BAB 33

Romance Completed 157983

Sudah dua minggu Alisa memulakan kerja. Bermakna lebih dua minggu semenjak terakhir kali Alisa bertemu dengan Rizqi. Sejak dari pertemuan itu Amira kerap menanyakan perihal Rizqi dan Ilham. Jenuh Alisa melayan semua persoalannya. Seolah sedang jatuh cinta pandang pertama a.k.a angau.

Dia hanya menggeleng kepala melihat penampilan Amira yang terseksa seksi. Setahu Alisa sejak dulu Rizqi dan Ilham tidak pernah meletak syarat untuk calon isteri. Tapi kalau sudah penampilan terseksa seksi confirm direject mereka berdua.

Munirah yang juga teman serumah Alisa juga boleh tahan seksinya. Mereka berdua sudah berteman sejak dari universiti dan sangat rapat. Mereka mencari teman serumah baru kerana penyewa sebelum ini sudah berpindah keluar. Alisa seakan dapat mengagak penyebabnya.

Baru tiga minggu di rumah sewa, Alisa dapat melihat sedikit sebanyak sikap pergaulan bebas Amira dan Munirah. Mereka kerap membawa masuk rakan lelaki sehingga lewat malam.

Satu malam ketika Alisa terjaga dari tidur, dia terasa haus. Dia bangun menuju ke dapur. Melintas saja di hadapan bilik Munirah dapat didengari dengan jelas suara lelaki. Pekara ini sudah berlaku beberapa kali.

Alisa berlagak seolah tidak tahu. Tapi Munirah dan Amira seakan tidak kisah kegiatan mereka diketahui Alisa. Lima malam lepas, mereka bertindak lebih jauh. Diajak beberapa kawan lelaki datang melepak di rumah. Dibawa juga minuman keras untuk menghangatkan lagi suasana.

Malam itu, Alisa sangat tidak selesa. Perasaan takut merajai hati apabila salah seorang rakan lelaki Amira menghalang jalannya ketika menuju ke bilik. Hampir menangis Alisa melihat lelaki yang separuh sedar akibat penangan Alkohol.

Dia menolak tubuh lelaki itu kuat dan terus meloloskan dirinya ke dalam bilik. Pintu juga dikunci dari dalam. Pintunya diketuk kuat beberapa kali. Tapi tidak Alisa endahkan. Semalaman Alisa tidak tidur dek rasa takut yang tidak hilang dalam dirinya. Tangisannya juga pecah malam itu. Serasa tidak selamat walaupun pintu sudah berkunci.

Penat mental Alisa melalui malam-malam yang bagaikan mimpi ngeri. Kepenatan juga telah mempengaruhi emosinya sehingga membuatkan Alisa hampir menangis ketika berada di tempat kerja. Badan yang penat seolah tidak ada tempat yang dapat direhatkan. Setiap kali pulang ke rumah hanya perasaan takut yang dirasainya.

Alisa suarakan ketidakselesaannya. Seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Amira malah memancing emosinya dengan sengaja mengajak dia menyertai mereka. Entah apa yang diceritakan Amira dan Munirah. Pada malam itu salah seorang kawan lelaki mereka merenung Alisa bagai menelanjangkan tubuhnya, mengeletar tubuh Alisa melihat pandangan itu. Saat lelaki itu jalan mendekatinya, terus Alisa melarikan diri ke dalam bilik. Lemah lututnya menyandar ke pintu bilik. Sejak itu Alisa sering ketakutan ketika berada di rumah.

Lamunan Alisa dikejutkan dengan panggilan telefon. Senyuman kecil terukir di bibir melihat nama pemanggil yang terpampang di skrin.

"Assalamualaikum" Alisa menghulur salam.

"Waalaikumussalam" sambut pemanggil di hujung talian.

"Tengah buat apa Lis? Aku ganggu kau?" kedengaran suara Rizqi bertanya.

"Tak adalah. Aku tengah baring-baring je?", jawab Alisa.

"Jom teman aku makan malam", pelawa Rizqi.

"Sekarang", tanya Alisa sambil melihat jam atas meja tidurnya. Baru berganjak ke pukul sembilan.

"Yalah. Kau bersiap dulu. Dalam dua puluh minit lagi aku sampai", arah Rizqi. Tanpa menunggu balasan Alisa, talian diputuskan.

Alisa melihat handphone di tangannya. Macam tu je dia letak phone. Tak tanya pun aku setuju ke tak. Rungut Alisa.

Namun hatinya tetap gembira kerana tidak perlu berada di rumah malam ini. Sesak, terasa seperti berada dalam sangkar.

***********

Sewaktu makan Alisa banyak termenung. Perubahannya tidak dapat ditutup dari Rizqi. Dia berlagak seperti biasa namun tetap dapat dikesan Rizqi. Jangan dicerita wajahnya yang agak pucat dan tak bermaya. Letih dan tak cukup tidur barangkali.

Tadi sebaik saja menjejak kaki ke dalam kereta, Rizqi sudah menanyakan perihal wajahnya yang pucat dan kelihatan lesu. Dia memberi alasan masih menyesuaikan diri di tempat kerja baru. Rizqi tidak memanjangkan isu itu.

Makanan dalam pinggannya tidak banyak luak. Dia hanya mengkuis sahaja nasi dalam pinggan. Tidak dibawa ke mulut. Airnya juga hampir tak tersentuh. Tidak tahan melihat tingkah Alisa Rizqi membuka suara.

"Tak kena dengan selera kau?", tanya Rizqi

Tersentak Alisa yang sedang mengacau-gacau straw dalam gelas. "Hah..Tak, tak..sedap je", gugup Alisa menjawab

Rizqi tidak membalas, dia hanya melirik matanya pada pinggan Alisa.

Faham maksud Rizqi, Alisa terus berdalih. "Aku kenyang lagi. Sebelum keluar aku dah makan",

Rizqi hanya mendiamkan diri. Entah percaya entah tidak dengan alasan Alisa. Ditolak pinggannya sedikit ke hadapan.

"Kau ada problem ke? Why not share dengan aku. Pandangan orang luar kadang-kadang lebih better", tanya Rizqi serius.

Alisa masih membisukan diri. Tidak tahu sama ada wajar atau tidak dia memberitahu Rizqi. Kalau tidak diberitahu, boleh gila rasanya menanggung seorang diri. Tetapi dia rasa tidak enak membebankan Rizqi dengan masalahnya.

Dalam Alisa teragak-agak, kedengaran suara Rizqi. "Kalau pendam bukannya boleh selesaikan masalah. Malah makin terbeban".

Alisa menghela nafasnya mendengar kata Rizqi. Ada betulnya, kalau mampu diselesaikan sudah Alisa settlekan sebelum ini.

Setelah lama mendiamkan diri Alisa membuka mulut. "Actually pasal housemate aku. Aku just tak selesa serumah dengan diaorang".

"Kenapa? Aku pun tak berkenan sangat dengan housemate kau", balas Rizqi dengan muka tak bersalah.

Alisa mencari kata-kata yang sesuai. "Macam mana nak cakap ya... mungkin cara hidup kitaorang tak sama itu yang buat aku tak selesa.

"Tak sama yang macam mana?", serius Rizqi bertanya.

Terbuka, tertutup mulut Alisa, namun tiada suara yang keluar. Serba salah nak dicerita.

"Diaorang agak bebas... bawa lelaki balik rumah", terluah juga ayat itu dari mulut Alisa.

"Bermalam dekat rumah?", tanya Rizqi

"Hmm", pendek Alisa membalas.

"How many times", selidik Rizqi lagi.

"Banyak kali", masih pendek jawapan Alisa.

"Lebih dari tu", tanya Rizqi perlahan.

Alisa membisukan diri, tidak membalas. Sejujurnya tidak tahu macam mana nak mulakan cerita. Sedikit sebanyak dia masih takut dan trauma.

Melihat Alisa mendiamkan diri, Rizqi mengubah tempat duduk ke samping Alisa. Ditarik kerusi Alisa menghadapnya. Nasib baik malam ini tidak terlalu ramai pelanggan dan kedudukan mereka agak tersembunyi.

"Lis, what happen", lembut suara Rizqi bertanya.

Alisa meluahkan apa yang berlaku minggu lepas dan lima hari lepas. Bagaimana salah satu rakan lelaki Amira yang mabuk cuba menghalang jalannya dan mengetuk keras pintu bilik. Serta pandangan mata teman lelaki Munirah yang cuba mendekatinya.

Tanpa Alisa sedari, air matanya mengalir semasa dia meluahkan kepada Rizqi. Rupanya dia hanya berpura-pura kuat, hakikatnya dia sangat takut dan tertekan.

Rizqi meraup rambutnya kebelakang dan mengusap belakang lehernya selesai mendengar cerita Alisa.

"Kau cadang nak sembunyi masalah ni sampai bila?", tanya Rizqi, marah dengan tindakan Alisa.

"Aku tak tahu nak buat apa", balas Alisa dengan suara serak.

"Lis, the only thing you should do keluar dari rumah tu. Kau nak tunggu apa lagi dekat situ", tanya Rizqi menahan geram.

"Tak boleh Riz, aku menyewa tak sampai sebulan lagi", jawab Alisa.

"Are you being serious right now? Kau nak stay kat rumah tu lagi", agak tinggi kali ini nada bicara Rizqi.

"Aku baru mula kerja. Rumah tu pun sewa tak sampai sebulan. Kalau aku keluar macam tu je burn semua deposit aku. Deposit tu pun papa yang bayarkan. Kalau nak cari rumah baru mana nak nak 'cekau'. Nak minta dengan papa aku? Mesti papa tanya sebab apa aku nak pindah. Apa aku nak jawab", luah Alisa panjang lebar.

"Lis kau punya safety lagi penting dari deposit tu. Kau nak stay dekat situ sampai something happen dekat kau? Masa tu dah terlambat kalau terjadi apa-apa. Cuba kau fikir jauh sikit Lis", Rizqi masih mengawal nada suaranya, kerana berada di tempat awam. Hatinya masih membara dengan sikap degil Alisa.

"Bagi aku masa nak fikir. Nak bagi financial aku kukuh dulu. Baru boleh angkat kaki nak cari rumah sewa baru", balas Alisa tidak yakin. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan di rumah tu.

"Tak payah tunggu lagi. Kau cari rumah sewa lain terus pindah masuk. There is no way kau boleh terus stay dekat situ. Duit deposit dengan sewa aku bayar. Aku bukan discuss dengan kau sekarang, aku suruh kau pindah keluar", tegas pendirian Rizqi.

"Tapi Riz, tak kan aku nak minta kau bayar rumah sewa aku".

"Habis tu kau nak papa kau bayar? Boleh, kalau kau nak bagitahu apa yang jadi", tanya Rizqi keras. "Lis ni bukannya masa kau nak fikir tentang duit, ini masa kau fikir soal keselamatan kau", sambung Rizqi.
Alisa sedar betul kata-kata Rizqi. Tapi dia segan mahu menyusahkan Rizqi, mengeluarkan wang membayar rumah sewanya.

"Percaya cakap aku. Jantan tu semua ada niat tak baik dengan kau. Batter kau cepat keluar dari rumah tu. Please Lis, thing more about yourself", pujuk Rizqi.

"I know. Bagi aku masa nak settle semua urusan. Aku kena cari rumah dulu", balas Alisa akhirnya mengalah.

Agak tegang perbualan mereka malam ini. Mungkin bersangkut dengan soal keselamatan Alisa, Rizqi agak tegas dan tidak bertolak ansur dalam isu ini. Akhirnya Alisa hanya menurut kemahuan Rizqi, untuk pindah keluar dalam masa terdekat.

Selesai makan Rizqi menghantar Alisa pulang sehingga ke depan pintu rumah. Kedengaran riuh rendah di dalam dengan gelak tawa dan dan muzik yang dipasang agak kuat.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience