BAB 48

Romance Completed 157983

"Marilah masuk Riz. Mak cik kamu dah siap masak", pelawa Encik Shahrul sambil menyambut huluran tangan Rizqi.

"Langkah kanan saya harini pak cik", tersenyum Rizqi menerima pelawaan Encik Shahrul.

Rizqi mengambil duduk bersebelahan dengan Encik Shahrul. Rancak mereka berborak, habis semua isu hendak diulas. Dari isu ekonomi, naik turun saham, bisnes dan urusan kerja.

"Papa, jemput Riz minum dulu. Dari tadi ralit bersembang kering dah tekak tu", celah Puan Anisa sambil meletakkan dulang atas meja.

"Mak cik apa khabar. Sihat?" ramah Rizqi menyapa Puan Anisa.

"Sihat, Alhamdullilah. Lama tak jumpa kamu Riz. Bila kamu balik sini", tanya Puan Anisah.

"Lebih dua tahun dah saya balik sini. Balik saja terus masuk kerja mak cik. Tak sempat nak rehat-rehat. Sibuk sangat masa tu", balas Rizqi.

"Sembang-sembang juga anak dara awak mana. Tak nampak dari tadi", berkerut dahi Encik Shahrul menyoal.

"Ada dekat atas lagi tu, tengah bersiap. Lis tolong saya dekat dapur tadi. Itu yang lambat bersiap", terang Puan Anisa. Dia tahu suaminya tidak suka membuat tetamu tertunggu-tunggu. Tidak beradap sebagai tuan rumah.

Melihat anak gadisnya menuruni tangga Encik shahrul menegur lembut Alisa. "Lis, bila ada tetamu, tak baik biar tetamu tertunggu-tunggu".

"Lis minta maaf papa. Tudung yang Lis dah iron tu jatuh. Kena iron semula. Itu yang lambat", walaupun Alisa anak tunggal Encik Shahrul dan Puan Anisa tidak berlebihan memanjakannya. Didikan Alisa agak tegas sebenarnya.

"Tak apa pak cik. Saya yang datang awal. Lagipun tak rushing. Saya boleh tunggu", ujar Rizqi.

"Makanan dah siap berhidang. Mari kita makan dulu. Nanti lambat pula bertolak balik", Encik Shahrul mengajak sambil berjalan ke meja makan.

**************

"Minta maaf menyusahkan kamu Riz", ucap Encik Sharul semasa Alisa dan Rizqi sudah berjalan ke kereta.

"Tak ada apalah pak cik. Jalan kami sehala. Tak ada apa yang susah. Lagipun kereta saya dekat sana tak ada siapa yang naik. Terbiar je dekat situ. Baik juga Lis yang naik" ujar Rizqi, cuba mengusir rasa serba salah Encik Shahrul dan Puan Anisa.

Alisa hanya membisu berdiri di samping ibunya. Tidak masuk campur. Dibiarkan saja papanya yang berbual dengan Rizqi, sesekali Puan Anisa ada menyampuk.

"Kalau itu kata kamu, tak apalah lega sikit hati pak cik dengar", Encik Shahrul menepuk perlahan bahu Rizqi.

"Sekejap!! Lis lupa nak ambil charger phone atas meja tadi", Alisa menjerit kecil berlari masuk ke dalam rumah.

Puan Anisa menuruti langkah anak gadisnya ke dalam rumah sambil membebel. Risau ada benda lain pula yang ditinggal Alisa. Bukan dekat nak berpatah balik. Encik Shahrul mengeleng kepala melihat gelagat anak daranya.

Usai menghidupkan enjin kereta, Rizqi menghampiri Encik Shahrul yang berada di sisi kereta. Dia menyampaikan hajatnya dan meminta izin Encik Shahrul. Riak terkejut terpampang di wajah lelaki paruh baya itu. Tidak lama berselang Encik Shahrul menepuk perlahan bahu Rizqi, sambil membisikan beberapa nasihat kepadanya.

Melihat Alisa menghampiri bersama Puan Anisa, Rizqi mula meminta diri. Alisa memeluk lama kedua orang tuanya. Merasa birai matanya terasa panas, Alisa mengusap perlahan pelupuk mata. Setiap kali nak berpisah selalu berdrama macam ni. Sebab tu Alisa malas nak balik. Sedih.

Rizqi menghulur tangan menyalami Encik Shahrul sebelum masuk ke dalam kereta. Selesai sesi air mata, Rizqi memecut kereta membelah jalan. Makin lama rasanya makin menjadi sedih Alisa.

*********

Sampai di perkarangan apartment Alisa. Rizqi menghalang gadis itu turun terlebih dahulu.

"Kereta malam nanti aku hantar. Kau ada nak pergi mana-mana", tanya Rizqi.

"Tak apa, tak ada nak pergi mana. Tapi kau jangan lupa pula Riz, esok aku nak pergi kerja macam mana la kalau kau lupa", Alisa menoleh menatap Rizqi dengan riak sedih.

Tergelak kecil Rizqi melihat Alisa yang sengaja mahu memancing rasa simpatinya. "Aku tak lupa. Malam ni aku datang dengan Am".

Belum sempat Alisa melangkah turun, Rizqi mencapai tangan gadis itu. Serius riak wajahnya memandang Alisa.

"Lis, about what we are talking yesterday, I'm serious. Please give a thought", dalam Rizqi merenung Alisa.

"Like I'm say. Aku tak paksa kau Lis. Tapi aku tak kan mengalah, aku tak kan lepaskan kau", sambung Rizqi.

Alisa menundukan wajah dan melarikan pandangan matanya. "Itu paksa namanya", rungut Alisa.

"I'm not. I'm willing to wait for you", selamba Rizqi membalas. "Kau tak payah rasa terbeban, just follow the flow and trust the process", yakin Rizqi menjawab.

Kali ini tangan Alisa yang berada dalam genggamannya di bawa ke bibir dan dikucup lembut. Alisa memandang Rizqi tidak berkelip. Ini kali kedua Rizqi melakukannya.

"I will see you tonight", ucap Rizqi sambil mengukir senyuman yang mampu mendebarkan hati setiap wanita.

************

"Bila sampai Lis", tegur Shima yang baru balik. Dia terus mengambil duduk di samping Alisa yang sedang menonton tv.

"Sampai tadi. Tapi tak ada orang dekat rumah", jawab Alisa sambil menghulurkan keropok berperisa ikan kepada Shima.

"Hujung minggu macam ni memang diaorang tak lekat dekat rumah. Keluar dating. Malam baru balik selalunya", terang Shima tanpa diminta.

"You Shima, tak keluar dating. Kesian cik abang mesti rindu", usik Alisa.

"Tak ada maknanya dia nak rindu. Harini dia ada kerja. Emergency katanya. Habis cancel semua plan", Shima mencebik mulutnya.

"Biasalah, Daktor kan kerja memang macam tu. Kena cuba biasakan diri. Nanti dah kahwin kena bertolak ansur. Baru boleh hidup aman bahagia... sampai ke anak cucu", sengaja Alisa meleretkan suaranya.

"Iyalah, I dah bertolak ansur ni, sebab tu tak hentak-hentak kaki sampai guling-guling atas lantai", jawab gadis itu sambil membenamkan wajah di bantal.

Terlepas juga ketawa Alisa mendengar rajuk Shima. "Make sure kalau nak buat macam tu ada Farid sekali. Nanti tak ada siapa nak tolong pujuk. Kalau budak yang buat macam tu boleh tahan lagi. Mak budak buat perangai macam tu mengucap tengok", semakin menjadi-jadi gelak Alisa.

"Ishh...Lis", marah Shima. Dibaling bantal yang berada di tangan.

"Sorry, sorry. Lis gurau je. Kalau nak merajuk sampai guling-guling pun tak apa. Ada yang nak tolong pujuk", dikutip bantal yang sudah tergolek di lantai bersama sisa ketawa.

"Habis tu, Lis dengan Rizqi bila lagi. Tak kan tak nak ikat langsung", tanya Shima.

"Ikat apa", Alisa buat-buat tidak faham.

"Ikat la. Bertunang ke kahwin ke. Tak kan nak biar macam tu je. Rizqi tu lebih daripada mampu", bebel Shima sambil menepuk dahinya.

Alisa menelan air liur mendengar bebelan Shima. Nak kahwin dengan bertunang macam mana. Jawapan dekat Rizqi pun dia belum bagi.

"Lis masuk bilik dulu. Tak Maghrib lagi ni", laju Alisa mencari alasan. Tidak mahu bersoal jawab isu itu.

Melihat laju langkah Alisa menuju ke bilik, sempat Shima melaung. "Sekarang ni ramai penyondol kena cepat-cepat. Nanti melepas menangis di bucu katil jawapannya".

Alisa hanya mengeleng mendengar nasihat tidak berbayar Shima.

*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience