BAB 47

Romance Completed 157983

Mendengar kata cinta dari bibir Rizqi tidak pernah Alisa bayangkan walau sekadar dalam mimpi. Dia menatap wajah Rizqi, serasa tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Walaupun dia mencintai lelaki di hadapannya, sekalipun dia tidak pernah cuba membayangkan perasaan itu akan berbalas. Mustahil, kerana hati Rizqi sudah terisi dengan nama wanita lain. Alisa tidak mahu menjadi pengganti. Sakit sekali rasanya menjadi pilihan kedua. Dia ingin dicintai kerana dirinya sendiri.

"I don't know what happen...Maybe kau keliru dengan perasaan kau sendiri. Sejak kau berpisah dengan Zulaika, aku satu-satunya perempuan yang rapat dengan kau. Mungkin sebab tu timbul perasaan suka dekat aku", ini kali pertama Alisa membangkitkan nama Zulaika di hadapan Rizqi, sejak mereka bertemu kembali. Tapi dia tidak dapat menipu persaan sendiri. Hatinya masih sakit menyebut nama wanita yang pernah bertahta di hati Rizqi, dan mungkin masih lagi bertahta.

"Kau anggap aku tak faham perasaan aku sendiri. Aku bukannya muda lagi, Lis. Untuk umur aku sekarang I can see clearly my feeling. Apa yang aku tak sedar dulu aku boleh nampak dengan jelas sekarang", perlahan kedengaran suara Rizqi. Seolah ada rasa kesal yang mendalam dalam dirinya.

"Kalau kau nak cakap tentang keliru, I don't think so. Kalau aku nak perempuan lain dalam hidup aku, boleh je aku buka ruang tu. Tapi hati aku hanya bersedia nak buka ruang tu, bila kau yang hadir", sambung Rizqi.

"Riz, kau cuma perlu berlajar untuk terima wanita lain, seperti mana kau belajar buka hati kau untuk Zulaika. Kau rasa selesa dengan aku, mudah nak terima aku dalam hidup kau sebab kita dah lama kenal. Jadi kau tak perlu ajar hati kau untuk terima kehadiran aku", serak suara Alisa menahan perasaannya. Dia tidak mahu Rizqi mengungkapkan kata cinta, dalam ketidakpastian.

"Kenapa aku tak boleh buka hati aku dekat kau? Kenapa kau tak boleh ada dalam hati aku?", sedikit dingin kedengaran nada suara Rizqi.

"Kalau kau mampu buka hati kau untuk aku, kalau betul aku boleh takluk hati kau kenapa tak dari dulu. Kenapa dulu kau tak pernah ada perasaan dekat aku. That why, aku kata kau keliru. Kedekatan kita kebelakangan ni buat kau confused", air mata Alisa pecah juga. Kenapa perlu dia bahas isu yang membuatkan hatinya hancur. Kenapa perlu dia mengingat kembali cintanya yang terkandas. Dia menyapu perlahan air matanya dan memusatkan kembali pandangan ke hadapan. Tidak lagi menatap Rizqi.

"Lis..", Rizqi terdiam, tidak menyambung kata-katanya.

Rizqi tahu Alisa mempersoalkan perasaannya pada Zulaika. Dia benarkan gadis itu mengisi seluruh hatinya. Dia yang menghulurkan tangan kepada Zulaika, dan disambut mesra gadis itu. Tanpa sedar dia menghancurkan hati Alisa yang ikhlas mencintai dia. Sejujurnya, bukan tidak ada rasa cinta terhadap Alisa. Dia hanya gagal memahami dengan jelas perasaanya ketika itu.

Kegagalan dia melihat dengan jelas cintanya waktu itu membuka ruang di hati untuk menerima Zulaika. Perpisahan selama lapan tahun menggaburkan lagi perasaannya pada Alisa. Tapi ketika mereka bertemu kembali selepas bertahun-tahun menyedarkan Rizqi perasaannya pada Alisa selama ini. Dia mencintai gadis itu. Jika mahu membahas cinta pertama dia sedar Alisa adalah cinta pertamanya.

"Kau tak percaya dengan aku, betul tak, Lis?", lemah Rizqi bertanya melihat butir jernih masih menghiasi pipi Alisa.

"Riz, aku tak kuat nak jadi pengganti. Untuk jadi pilihan kedua. Mencintai seseorang yang cintanya bukan sepenuhnya milik kita, menyakitkan. Kalau akhirnya hati aku sendiri yang akan terluka berdarah. Aku rela terus bersahabat. Aku tak sanggup, kalau sudah serahkan seluruh cinta, satu masa kau anggap semuanya hanya sebuah kesilapan. Waktu tu...aku tak pasti jika luka yang ditorehkan tu mampu sembuh. Lebih baik kita terus bersahabat, mungkin itu yang terbaik", Alisa meluahkan perasaan yang terpendam.

"Kau yakin? Lis, kau yakin kita berdua mampu bersahabat?", tajam renungan Rizqi memanah mata Alisa.

"Memang tu hubungan kita selama ni. Aku yakin Riz, kita boleh", Alisa menggengam erat kedua tangannya. Mencari kekuatan. Dia tidak yakin dengan diri sendiri. Macam mana untuk dia yakinkan Rizqi.

"Lis, simpan keyakinan tu untuk diri kau sendiri. Jangan babitkan aku. Dari awal aku dah bagitahu, susah untuk aku kawal diri bila dengan kau. Jadi jangan kau yakin aku boleh kawal perasaan aku dekat kau. If anything happen between us, terlanjur ke apa jangan salahkan aku. Aku dah ingatkan kau", keras peringatan Rizqi kepada Alisa.

Dia hanya lelaki biasa. Sudah dia ingatkan dari awal, dia anggap Alisa lebih dari sahabat. Jika terus berjumpa jangan salahkan dia jika lost control. Dia pasti akan bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri. Tapi kalau betul-betul terjadi tidak tahu bagaimana penerimaan Alisa.

Alisa menoleh memandang Rizqi dengan wajah bingung. Tidak percaya kata-kata itu boleh terkeluar dari bibir Rizqi.

"Riz, kau jangan bagitahu aku sepanjang kau belajar dekat luar negara kau amalkan pergaulan bebas", Menjengil mata Alisa bertanya. Seolah tidak percaya Rizqi yang sudah lama dikenalinya berkelakuan begitu.

"Malangnya tak. Jangankan pergaulan bebas, berpeluk pun tak pernah. Sepanjang aku dengan Zulaika pun aku tak pernah peluk dia. What kind of question you asking, Lis", Rizqi menentang kembali pandangan Alisa dengan tajam. Geram mendengar tuduhan gadis itu.

"Then, jangan takutkan aku. Cakap if something happen between us. Perangai kau bukan macam tu", Alisa menghela nafas lega. Berdebar juga mendengar ancaman Rizqi tadi.

"Aku memang tak pernah peluk perempuan lain pun. In case kau lupa, lebih dari sekali aku peluk kau. Ke depan tak tahu la, maybe lebih lagi", sindir Rizqi.

Merah muka Alisa. Kalau tadi sebab seram dengan peringatan Rizqi. Kali ini malu mengingatkan kembali kejadian sebelum ini. 'Ishhh, Riz ni. Ya pun betul tak payah la ungkit balik', rungut Alisa. Tapi hanya berani complain dalam hati.

"Ishh, kau kenapa Riz? Masa bercinta dengan Zulaika, baik je kau. Dengan aku macam-macam kau ingatkan. Why? You think I'm easy?", marah Alisa. Geram dengan perangai Rizqi. Tahulah Zulaika tu perempuan baik-baik, tudung labuh. Tapi dia pun baik kut. Tak adalah teruk sangat. Mungkin pakaian je tak macam ustazah. Masa dekat luar negara dia jaga kut batas pergaulan. Riz ni je yang aci redah, tak minta izin.

"Bukan tu aku maksudkan. Dengan kau, aku tak boleh kawal diri. Tarikan kau untuk aku terlalu kuat", Rizqi menggeleng kepalanya melihat jelingan tajam Alisa.

"Tak payah jumpa senang. Berhubung melalui phone je", cadangan Alisa menerima side-eye dari Rizqi. Terus dia menutup peti cadangan.

Suasana tegang pada awal pertemuan tanpa disedari sudah mulai mengendur. Alisa menyandarkan tubuh ke kerusi. Menghela perlahan nafas. Belum sempat Alisa membuka mulut. Rizqi terlebih dahulu memintas.

"Lis, aku tak paksa kau terima aku. Aku cuma nak kau tahu perasaan aku dekat kau. Try slow-slow untuk proses confession aku dekat kau. Cuba pertimbangkan dulu jangan terburu-buru nak tolak bulat-bulat. What happen between me and Zulaika is over. Itu kisah silam aku. Tak lebih dari tu. Bila aku terus-terang perasaan aku dekat kau, means aku nak mulakan hubungan baru dengan kau. And I dead serious", Rizqi menggenggam erat tangan Alisa cuba menyakinkan gadis yang sudah terlanjur kecewa selama bertahun-tahun.

Alisa menunduk memandang tangannya yang berada dalam genggaman Rizqi. "Riz bagi aku masa untuk fikir. Semuanya terlalu mendadak bagi aku. Fikiran aku kosong".

"Sure, ambil masa sebanyak mana kau perlukan. Aku boleh tunggu", Rizqi yakin dia mampu tunggu sehingga Alisa bersedia membuka hatinya. Seperti mana Alisa mampu mencintai selama bertahun-tahun.Tapi apa tindakan yang dia bakal ambil seterusnya, hanya dia yang tahu.

Melihat Alisa menunduk mendiamkan diri, Rizqi tidak lagi memaksa untuk menyambung perbualan mereka. "Dah nak Maghrib ni. Kita balik dulu". Rizqi mengakhiri perbualan mereka

Rizqi memberhentikan kereta di hadapan rumahnya. Dia meminta Ilham memandu keretanya pulang kerumah. Sementara Rizqi dan Alisa menaiki kereta Puan Anisah, Ibu Alisa.

"Lis, kereta kau mana?", Rizqi bertanya soalan yang sudah bermain di kepalanya sejak tadi.

Alisa tersengih malu. "Dekat workshop", perlahan dia menjawab. Segan.

Rizqi menjongket sedikit keningnya. "What happen?".

"Nothing, just papa hantar pergi bengkel, aku terlangar tembok", Merah wajahnya. Bukan salah dia. Macam mana boleh ada tembok dekat situ, sebelum ni tak ada pun. Sudah la dia drive balik malam-malam buta. Tengah mamai memang tak nampak la.

Rizqi mengariskan sedikit senyuman di bibir melihat wajah malu Alisa. Tidak mahu mengusik gadis itu berlebihan, nanti merajuk pula.

"Then kau balik macam mana esok", tanya Rizqi prihatin.

"Aku drive kereta my mum pergi sana. Nanti bila free baru balik ambil kereta aku dekat sini. Tak urgent pun", balas Alisa.

"Tak payah drive kereta ibu kau. Esok balik dengan aku",

"Tak boleh Riz, I need car dekat sana. Nak pergi kerja macam mana", tolak Alisa laju. Tak ada kereta seolah lumpuh kakinya. Walaupun banyak pengangkutan awam tapi Alisa sudah terbiasa bergerak dengan kereta.

"Kereta aku lagi satu ada dekat sana. Kau guna dulu", mudah Rizqi membalas.

"Tak nak lah Riz, buat susah-susah je", tolak Alisa lagi. Tidak mahu menyusahkan Rizqi.

"Kereta tu dah lama tersadai dekat situ. Tak ada siapa naik. Kau guna je dulu. Esok aku pergi ambil kau dekat rumah", tegas sudah keputusan Rizqi. Tak ada rundingan.

"Kau gerak balik dulu, Lis. Dah nak Maghrib ni. Hati-hati bawa kereta", pesan Rizqi sebelum Alisa memandu pergi.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience