BAB 29

Romance Completed 157983

"Alisa", panggil Rizqi perlahan. Dia mengangkat wajah gadis itu memandang tepat wajahnya. Air mata itu dia seka perlahan.

"I'm sorry", melihat raut Alisa yang sedih bersama air mata, perlahan Rizqi hulurkan maaf. Menyedari keras dan dingin nada bicaranya pada Alisa.

"Okey, aku tak ungkit pasal ni lagi. Just anggap kau nak main aci sembunyi dengan aku", ujar Rizqi melihat air mata Alisa yang mulai kering.

Ketawa Alisa pecah mendengar kata-kata Rizqi. 'Masa kecil pun tak pernah main, bila besar baru nak main sembunyi-sembunyi. Biar betul', rungut Alisa dalam hati.

Alisa merasa serba salah. Dia yang bersalah tetapi Rizqi yang perlu menghulur maaf. Rizqi juga yang mencari alasan untuknya walaupun tidak 'berapa cerdik'.

"Rizqi, I'm sorry", perlahan Alisa hulurkan maaf. Kali ini kata maaf itu diucapkan setulus hati.

"Kita dah nak tutup buku. Lebih baik jangan bahas isu ni lagi. Nanti orang fikir bukan-bukan tengok kau menangis", Rizqi mengetuk-getuk perlahan permukaan meja dengan jari. Serius wajahnya.

"Kau menyewa dekat mana sekarang?", Rizqi memecah kebisuan antara mereka.

"Area Sungai besi.", jawab Alisa.

"Taklah jauh sangat dengan rumah aku".

"Kau menyewa dekat mana?", tanya Alisa ingin tahu. Dia tidak bertanya secara detail kepada Ain sebelum ini memikirkan Rizqi sudah berumah tangga.

"Cheras. Aku menyewa dengan Am", Rizqi memberitahu.

"Korang sewa berdua je?",

"Hmm. Aku nak lebih privacy". Jawab Rizqi.

Alisa sedia maklum jika berkongsi terlalu ramai semakin banyak masalah. Setiap orang sikapnya berbeza. Perlu tolak ansur dan kesabaran yang tinggi supaya dapat hidup aman harmoni.

"Aku tak bagitahu lagi Am, aku ada di Malaysia", ujar Alisa, mengingatkan dia belum memberitahu Ilham perihal kepulangannya.

Melihat pandangan mata Rizqi setajam panah, Alisa meneguk air liurnya. Baik, silap tajuk. Tajuk mengenai kepulangannya ke Malaysia perlu dielakkan. Fikir Alisa sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

Sapaan dari rakan sekerja Rizqi menghentikan perbualan mereka berdua. Rizqi mempelawa keduanya menyertai mereka. Memandangkan Alisa tidak mengenali rakan sekerjanya Rizqi mengubah duduk ke sebelah Alisa. Risau sekiranya gadis itu tidak selesa. Alisa hanya tersenyum tanda menyapa kedua rakan Rizqi yang dikenali sebagai Syafiq dan Fikri.

"Aku teragak-agak nak tegur kau tadi. Hairan pula tengok kau dengan perempuan cantik mana. Takut silap orang aku singgung Si Fikri ni berkali-kali", tergelak besar Syafiq beritahu.

"Nasib tak tertiarap aku, agak-agak la nak singgung pun. Ini tidak disinggungnya sekuat hati. Macam ada dendam tersembunyi selama ni", bebel Fikri tidak puas hati.

Ketawa kecil Alisa meletus mendegar kata-kata Fikri. Rizqi hanya mengeleng kepala melihat sikap temannya yang dia sudah sedia maklum sangat kepoh.

"Kau tak nak kenalkan dengan kitaorang ke, siapa this beautiful lady sebelah kau ni", tanya Syafiq dengan sengihan.

"Alisa, kan aku dah kenalkan tadi", malas Rizqi menjawab.

"Aku bukan tanya nama, aku tanya hubungan korang berdua", menepuk dahi Syafiq mendengar jawapan Rizqi.

"Hubungan kami berdua complicated. Korang tak payah ambil tahu", wajah tidak berperasaan Rizqi pamerkan.

Alisa hanya termangu-mangu di tempat duduknya. Keliru. Sejak bila hubungan mereka berdua jadi complicated ni. 'Kitaorang kawan sekolah, sahabat baik, kawan lama atau childhood friends. Kalau tambah dari sisi Alisa secret crush. OKEY!! complicated jugak hubungan kitaorang ni', pening Alisa memikir sendirian.

"Dah berapa lama korang kenal?", tanya Fikri mengubah topik perbualan.

"Almost 18 years", selamba muka Rizqi menjawab

Syafik dan Fikri memandang wajah Rizqi dan Alisa silih berganti. Berkerut dahi mereka mendengar jawapan Rizqi. Entah percaya entah tidak.

"Kau ni biar betul. Aku saja tanya. Kau nak kelentong pun agak-agak la Riz", tanya Syafiq dengan rasa tidak puas hati.

"Aku jawab benda yang betul", Rizqi masih mempamerkan muka tidak berperasaannya.

Alisa hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Tidak mahu menyertai. Berselang tidak lama, Alisa meminta diri untuk kembali ke bilik hotel.

Rizqi menoleh memandang Alisa. Dia bangun menghantar langkah Alisa hingga ke lif walaupun sudah ditegah.

"Bilik kau tingkat berapa?", Rizqi masih tidak melepaskan Alisa memasuki lif.

"Tingkat lima". jawab Alisa.

"Satu tingkat bawah aku".

"Harini kau free? Jom keluar jalan-jalan", Rizqi mengajak Alisa memandangkan hari masih pagi.

Lama Alisa terdiam. Namun dia mengangguk juga memberi persetujuan.

"Lis, kau punya phone number masih sama?", tanya Rizqi.

"Ya, still sama", jawab Alisa polos.

"This time aku harap kau reply masej or call aku", pesan Rizqi sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Dia menatap Alisa lama.

Merona merah muka Alisa mendengar pesanan Rizqi. Dia malu, segan sebenarnya. Sedar Rizqi menyindir halus perbuatannya sebelum ini.

"I will", pendek Alisa membalas, dengan wajah yang masih merah.

"Alisa, better keep your promise this time", Rizqi mengingatkan Alisa.

"Yes, I know", Alisa menundukkan sedikit wajahnya, serba salah. 'Tahu sudah berkali-kali dia melanggar janji kepada Rizqi.

Setelah puas hati, baru Rizqi melepaskan Alisa memasuki lif. Rizqi menunggu sehingga pintu lif tertutup rapat sebelum melangkah menuju kembali ke dua rakannya.

"Kau Riz. Patutlah tak pernah melayan perempuan-perempuan yang minat dengan kau sebelum ni. Dah ada colon rupanya", ledak Syafiq di sambut dengan ketawa besar Fikri.

"Punya cantik girlfriend kau, buat apa sembunyi." tanya Fikri sengaja mahu mengusik.

Rizqi hanya membiarkan Syafiq dan Fikri menjadikan dia bahan usikan. Malas nak diterang kedudukan cerita sebenar. Mereka berdua bukan boleh dipercayai sangat. Dua-dua dasar playboy. Nanti ada yang masuk jarum pula. Kalau stock baik-baik tak apa juga ni stock yang tak berapa semengah.

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience