BAB 38

Romance Completed 157983

"Brangg.." mendengar bunyi dentuman yang kuat, Alisa merasa beban di tubuhnya menghilang. Perlahan dia membuka mata yang tadi ditutup rapat tidak mahu melihat wajah Ash. Pandangannya kabur diselebungi air mata. Namun dapat dilihat jelas Rizqi yang berdiri di birai katil bersama wajah yang merah padam.

Melihat raut itu, tangisan yang tidak mereda dari tadi semakin dihambur. Alisa bangun duduk memeluk lutut sambil menangis. Sakit di tubuhnya tidak dihiraukan.

Rizqi merentap cadar yang sudah separuh tercabut dan menutup kepala dan tubuh Alisa. Melihat keadaan gadis itu, Rizqi hilang pertimbangan. Dia mendekati Ash yang sudah terperuk di tepi katil akibat tendangannya tadi.

Seperti hilang kewarasan Rizqi menumbuk dan menendang Ash. Tidak dapat menahan amarah yang meluap-luap dalam hati. Ilham yang baru tiba hanya memerhati dari depan pintu tidak cuba menghentikan. Hatinya juga sama sakit dengan Rizqi.

Di belakang Zack dan Airil yang baru sampai terus merempuh masuk ke dalam bilik. Melihat Rizqi seolah hilang akal sihatnya, mereka berdua pantas menarik dia menjauh dari Ash. Jenuh mereka cuba menenangkan Rizqi yang sudah menggila. Sakit juga tubuh mereka berdua terkena tempias amarah Rizqi.

"Am kau jangan tengok saja!", marah Airil melihat Ilham hanya memandang sambil melipat tangan ke dada.

"Aku tak tolong hulur kayu dekat Rizqi, dah cukup bagus. Tidak biar mampus jantan tu", dingin kedengaran suara Ilham.

Melihat dingin wajah Ilham dan Rizqi yang seolah menggila, mereka berdua terdiam tidak tahu mahu berkata apa.

Mendengar tangisan Alisa yang semakin menjadi-jadi, Rizqi tersedar dari kabut amarahnya. Laju dia menapak ke birai katil mendekati Alisa yang masih berbungkus cadar.

Alisa tidak memanggung wajah sedari tadi. Dia berterusan menangis sambil memeluk lutut. Tidak sanggup melihat keadaan Alisa seperti itu, Rizqi menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Dipeluknya Alisa erat cuba menyalurkan sedikit semangat dan mengusir rasa takutnya.

"I'm sorry Lis. I'm so sorry. I should not let you come here alone. I should come here faster", Berkali-kali Rizqi memohon maaf, walaupun jelas bukan salahnya.

Alisa memeluk tubuh Rizqi erat. Dia menghamburkan tangisannya di dada lelaki itu Tangannya mencengkam erat baju Rizqi.

"Apa salah aku? kenapa dia buat aku macam ni. Berkali-kali aku merayu suruh dia berhenti. Kenapa! kenapa layan aku macam ni...Aku takutt... Aku takut sangat-sangat", tangisan Alisa pecah kembali mengingat detik hitam itu.

Berkaca mata Rizqi mendengar luahan Alisa. Dapat dia dengar dengan jelas Alisa merayu dan menangis di corong telefon. Hatinya terasa dirobek-robek, disiat lumat mendengar jeritan dan tangisan Alisa. Menggigil tangannya menggenggam telefon, merah padam muka dan matanya menahan amukan dalam jiwa.

"Lis aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf", ujar Rizqi sambil mengusap lembut belakang Alisa.

"Lis.. kita balik ya", lembut Rizqi mengajak Alisa. Namun tidak disambut oleh gadis itu.

"Lis.." panggil Rizqi sambil menjauhkan tubuhnya dari Alisa. Dia menatap wajah gadis itu yang kemerahan akibat menangis serta pipi kirinya yang mulai lebam. Terasa sakit hati Rizqi melihatnya.

"Am, kau tolong bawa turun bag Lis. Bawa turun semua sekali. Dia tak kan jejak kaki dia dekat sini lagi", Rizqi meminta pertolongan Ilham.

"Mana kunci kereta kau", minta Ilham sambil menghulur tangan. Zack membantu Ilham mengeluarkan semua beg dan bagasi Alisa ke bawah.

Rizqi membuka jaket yang dipakainya. Dihulurkan kepada Alisa. Mustahil untuk membiar Alisa keluar berbungkus cadar. Lagi pula baju yang tersarung di tubuh Alisa sudah koyak. Alisa memandang kosong baju yang dihulur Rizqi. Melihat gadis itu hanya membatu, Rizqi membalut jaket itu ke tubuh Alisa. Dia mengutip selendang yang berselerak di lantai dan sarungkan ke kepala Alisa.

"Lis, tolonglah jangan diam membisu macam ni. Risau aku", pujuk Rizqi sambil bertekuk lutut di lantai.

"Riz, aku penat. Aku nak balik, just nak rehat", balas Alisa perlahan.

"Ya, sure. Jom kita balik", ajak Rizqi.

Perlahan Alisa bangun dari katilnya. Terasa remuk rendam seluruh tubuhnya, akibat meronta-ronta dan dipukul Ash. Kepalanya terasa pening dan berat, kesan dari tamparan tadi.

Dia mengatur langkah berjalan sambil dipimpin Rizqi. "Lis, kau okey, boleh jalan?", tanya Rizqi risau melihat Alisa memegang kepalanya.

Tidak menunggu jawapan Alisa, dia terus mencempong tubuh Alisa berjalan menuju ke lif. Tidak dihiraukan pandangan orang lain semasa berjalan menuju ke kereta.

Alisa tidak membantah atau memberontak. dia hanya membatukan diri dalam kendongan Rizqi. Mental dan fizikalnya sudah terlalu letih.

Sampai di kereta, Rizqi terus mendudukkan Alisa di seat belakang. "Riz, better kita pergi check up dekat hospital dulu", usul Ilham. Belum sempat Rizqi menjawab, pantas Alisa memintas.

"No. I want to go home", celah Alisa. "Pleasee..", Alisa merayu apabila tidak mendengar persetujuan Rizqi mahupun Ilham.

"Hmmm", Rizqi hanya membalas perlahan.

Keheningan menyelubungi perjalanan mereka. Tidak ada yang bersuara memulakan perbualan. Masing-masing diam melayan fikiran. Rizqi memandang tepat kehadapan, begitu fokus dengan pemanduannya. Dalam hati hanya tuhan yang tahu. Ilham memejamkan mata sambil menyandar tubuh ke kerusi. Wajahnya berkerut.

Alisa meyandarkan tubuh miring ke tingkap. Matanya dipejam. Namun air jernih itu masih setia mengalir di pipi. Sesekali terdengar esakan kecil walau dia menutupi bibirnya dengan tangan.

Sepanjang perjalan Ilham langsung tidak membuka mata. Dia cuba menenangkan kembali fikiran yang berkecamuk. Menata kembali emosi yang tidak stabil. Dia seorang doktor. Tidak mahu dalam keadaan Alisa yang memerlukan sokongan dia juga hilang pertimbangan.

Mungkin tidak disedari rakan yang lain. Tapi Rizqi tidak boleh sembunyikan dari dia. Jangan dilihat dari luaran, Rizqi kelihatan tenang. Emosi lelaki di sebelahnya tidak boleh diagak. Seolah gunung berapi yang bila-bila saja bakal meletus. Dia cuma mengekang segalanya dalam hati.

Sebaik saja sampai, Rizqi menoleh ke belakang. Melihat Alisa masih memejamkan mata Rizqi memanggil perlahan. "Lis, kita dah sampai", Rizqi tahu Alisa tidak tidur. Hanya tidak mahu membuka matanya.

Dia memandang Ilham dengan ekor matanya. Faham isyarat mata Rizqi, Ilham keluar dari perut kereta. Dia mengeluarkan bagasi Alisa yang dibawa dari rumah sewanya. Separuh lagi ada dalam kereta Alisa yang dipandu oleh Zack.

Rizqi temankan Alisa di dalam kereta. Tidak membuka mulut bersuara. Hanya membiarkan gadis itu menenangkan diri.

"Riz", panggil Alisa perlahan seraya membuka matanya.

"Ya, Lis", balas Rizqi sambil menatap tepat mata Alisa.

Alisa memandang lama wajah Rizqi. Namun tiada kata yang keluar dari bibirnya. Dia kemudian mengeleng kecil, melangkah keluar dari kereta. Alisa menyandarkan tubuh pada pintu kereta sebelum melangkah perlahan. Sejujurnya fikirannya kosong. Rizqi mengekori rapat langkah Alisa dari belakang.

Sebaik sampai di muka pintu kelihatan kelibat Zack dan Ilham sedang menyusun bagasinya di tengah ruang tamu. Airill tidak tahu menghilang ke mana. Mungkin masih ada sesuatu yang perlu diuruskan.

"Am, can you get me panadol", minta Alisa lemah.

"Why not, I check you first", saran Ilham. Tidak berputus asa kerana Alisa menolak ke hospital

"Maybe later", ujar Alisa lalu melangkah ke bilik yang sudah dihuninya lebih dua minggu.

Sebaik melangkah masuk Alisa mengunci pintu dari dalam. Dia menyandar ke pintu dan perlahan-lahan tubuhnya melorot ke bawah. Dihamburkan tangisan semahu-mahunya. Perasaan marah, jijik, benci, sedih bercampur baur. Dia mengosok-gosok tubuhnya kerana jijik. Walaupun jantan tidak guna itu tidak meragut mahkota yang selama ini dijaga, dia tetap tidak sudi disentuh walau sedikit oleh lelaki itu.

Perit terasa permukaan kulitnya. Sudah kemerah-merahan akibat digosok. Alisa bangun berjalan masuk ke kamar mandi. Ingin membersihkan diri yang terasa begitu kotor. Lama dia membiarkan pancuran air itu mengalir membasahi tubuh. Badan terasa menggigil, wajahnya sudah bertukar pucat. Menyedari tubuhnya sudah kedinginan Alisa melangkah keluar dari kamar mandi.

*************

Mendengar sayup- sayup tangisan Alisa dari dalam bilik Rizqi yang baru melabuhkan punggungnya di sofa terus menumbuk keras dinding di sampingnya. Melihat sedikit bercak merah di dinding Zack terus menarik tubuh Rizqi menjauh.

"Riz", panggil Ilham dengan nada kecewa. Dia mengeleng kepalanya. Tidak tahu bagaimana ingin menasihati Rizqi. Kerana dia juga beremosi mendengar tangisan Lis di sebalik pintu bilik.

Ilham melangkah ke bilik mengambil peti kecemasan. Dibeleknya tangan Rizqi, risau juga kalau patah. Bertambah masalah. Namun dia tiada tenaga ingin membebel kepada Rizqi.

"Riz, Lis need us. So don't hurt yourself. Tak membantu dalam keadaan sekarang", ucap Ilham datar.

Rizqi menyandar tubuhnya ke kerusi sambil mendongak kepala merenung syiling. Dibiarkan Ilham membalut dan mencuci lukanya yang tidak seberapa. Melihat kedua rakannya, Zack hanya menghela panjang nafasnya sambil meraup wajahnya. Tidak tahu bagaimana dia boleh terjebak dalam situasi ini.

"Zack sorry kacau kau. Harini aku dengan Riz tak balik rumah. Kau balik la dulu rest. Sorry Zack", Ilham membuka suara selesai merawat tangan Rizqi.

"No hal la Am. Tak payah la nak sorry, sorry", balas Zack seraya berdiri. Dia ingin beri mereka berdua ruang untuk berehat dan menenangkan diri. Sebetulnya, dia juga sudah sangat letih. Macam-macam yang terjadi malam ini.

"Aku balik dulu. Apa-apa korang roger", ujar Zack menepuk sekilas bahu Rizqi dan Ilham sebelum berlalu pergi.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience