BAB 37

Romance Completed 157983

Hari ini Alisa pulang kerja lebih awal dari kebiasaan. Dia bercadang mahu singgah sebentar di rumah sewa mengemas barang-barang yang masih tersisa. Melihat hari masih cerah dia membuat keputusan untuk pergi sendiri. Tidak mahu menganggu masa kerja Rizqi dan Ilham.

Suasana suram menyelebunggi sebaik kaki melangkah masuk. Pasti Amira dan Munirah masih belum pulang. Tidak mahu berlamaan di situ Alisa terus menapak ke biliknya.

Keadaan bilik masih tidak berubah, kekal sama seperti yang ditinggal dua minggu lalu. Alisa meletakkan handbag di atas katil dan terus mengemas barang-barang yang tidak sempat dibawa tempoh hari.

Serasa tidak sedar masa yang berjalan. Saat Alisa mendongak melihat jam di sisi katil, jarum sudah berganjak ke angka tujuh. "Patutlah pinggang rasa lengguh, hampir dua jam duduk berkemas", bebal Alisa kepada dirinya sendiri.

Dia terus bangun berdiri dan merenggangkan urat-urat yang terasa sudah bersimpul-siul. Alisa melepaskan tudung bagi menunaikan solat maghrib, sebelum menghubungi Rizqi. Risau terlepas waktu kalau dilengahkan lagi.

Usai menunaikan kewajipan, Alisa menata barangnya yang masih tersisa. Dia menyarung kembali tudung setelah semuanya siap berkemas. 'Dah pukul sembilan, Riz dah balik ke belum. Patutnya dah balik kan', Alisa berkira-kira dalam hati.

"Assalamualaikum", sebaik panggilan dijawab, Alisa menghulur salam.

"Waalaikumussalam, ya Lis", jawab Rizqi.

"Riz, kau dah habis kerja?", mendengar suasana yang agak bising di sekitar Rizqi, Alisa bertanya.

"Dah habis, aku lepak dekat kedai makan dengan member. Kenapa?", tanya Rizqi.

"Iya ke. Sorry Rizz..aku kacau kau?", pantas Alisa memohon maaf. Serba salah menganggu Rizqi bersama rakannya.

"It's okey, kau dekat mana?", tanya Rizqi.

"Aku ada dekat rumah sewa. Petang tadi aku datang kemas. Ingat nak minta tolong kau angkut barang-barang aku sekali", beritahu Alisa.

"Kenapa tak bagitahu nak singgah sana?", berkerut wajah Rizqi bertanya.

Serba salah Alisa hendak menjawab. "Harini aku balik awal sebab plan nak singgah sini, tak nak lah kacau masa kerja kau. Itu yang tak bagitahu", perlahan Alisa menjelaskan. Rizqi sejak dari bangku sekolah kalau sudah marah agak menyeramkan.

"Ada siapa dekat rumah kau sekarang", tanya Rizqi.

"Aku sorang. Mira dengan Moon tak balik lagi". Baru Alisa menjawab kedengaran pintu di ruang tamu dihempas kuat. Berdegang bunyinya. Terus Alisa bangun dari duduknya di katil. "Aku rasa diorang dah balik", beritahu Alisa kepada Rizqi di hujung talian.

Entah kenapa Rizqi rasa tidak sedap hati mendengar bunyi di sebalik telefon Alisa.

"Lis, kau ada dekat mana sekarang", tanya Rizqi.

"Dalam bilik", jawab Alisa keliru mendengar nada suara Rizqi yang berubah.

"Kau pergi kunci pintu bilik. And just stay there". Belum sempat Alisa mencelah Rizqi menyambung. "Now Lis", tegas suara Rizqi kedengaran.

Mendengar suara Rizqi seakan marah Alisa terus berjalan menuju ke pintu dan mengunci dari dalam. Sebaik pintu dikunci dia mendengar bunyi kaca jatuh berderai di lantai.

Telefon dalam pegangan Alisa terlepas akibat terkejut. Mendadak suasana bertukar sunyi. Alisa menahan nafasnya ketakutan. "Bang..bang..", pintu bilik tiba-tiba ditolak kuat.

Menjerit Alisa, menahan rasa debar. Mengeleter tubuhnya mendengar suara lelaki di luar pintu bilik. Lelaki itu menghentak pintu bilik Alisa sekuat tenaga. Alisa cukup kenal suara di balik pintu, 'Ash' bisik Alisa dalam hati. Rasa takut semakin merajai dirinya.

"Lis, Liss" kedengaran cemas suara Rizqi di hujung talian apabila tidak mendapat respon dari Alisa.

Rizqi terus bangun dari meja makan berjalan laju menuju ke kereta. Ilham yang sedari tadi mengikuti butir perbualan Alisa dan Rizqi ikut panik. Dia bangun mengejar langkah Rizqi. Walau tidak dapat dipastikan secara jelas perkara sedang berlaku yang pasti bukan sesuatu yang mereka inginkan.

Zack bangkit mengejar langkah kedua rakannya, manakala Airil menuju ke kaunter membuat pembayaran. Malu mereka semua kalau muka terpampang di media sosial kerana melarikan diri setelah makan.

"Lis..Lis..Liss, come on answer me", jerkah Rizqi di hujung talian dengan rasa panik yang tidak dapat dibendung lagi.

"Riz! How is she?", tanya Ilham tidak kalah cemas dari Rizqi ketika mereka menuju ke kereta.

"I don't know. She did't answered", tinggi suara Rizqi menjawab kerana emosi yang tidak terkendali.

Sebaik sampai di kereta mereka berdua terus melolos masuk. Kereta dipecut dengan kecepatan tinggi. Tidak dihiraukan had kelajuan dan lampu isyarat.

***********

Bergegar pintu bilik Alisa impak dirempuh kuat dari luar. Melihat kesungguhan Ash, Alisa sedar pintu itu tidak akan bertahan lama. Dengan tangan menggigil bersama air mata berjurai Alisa mencapai handphone yang sudah tergolek di atas lantai. Dia menyandarkan tubuh ke pintu cuba menahan impak akibat dirempuh dari luar. Dapat Alisa dengar butir bicara dari mulut Ash. walau tidak jelas.

"Rrrizz...", bergetar suara Alisa memanggil sebaik mendekapkan telinga telefon.

"Lis! Liss.. wait for me, aku otw. Don't ever hung up your phone", tinggi suara Rizqi mengingatkan sebaik mendengar suara Alisa.

"Riz aku takut. Aku betul-betul takut. He sound like crazy", pecah tangisan Alisa di hujung talian. Alisa terlalu takut. Tidak pernah Ash cuba memaksa sekeras ini untuk pecah masuk ke biliknya .

"Lis, everything going to be okay. Trust me. Please trust me. We will arrive soon. Don't hung up your phone", Rizqi cuba menenangkan Alisa. Walaupun tangannya sendiri menggenggam stereng kereta hingga timbul urat hijau. Menggambarkan betapa dia sedang menahan perasaan. 'Please, bertahan Lis', berkali-kali Rizqi meraup wajahnya. Dadanya terasa sesak dan sakit.

Merasa rempuhan itu semakin kuat, Alisa bangun dan berganjak ke belakang dengan handphone masih setia di tangan.

"Baby, I know you inside. Buka pintu ni", kedengaran suara Ash di balik pintu. Sengaja mahu memancing Alisa. Terus Alisa menekup mulutnya, menahan nafas dan rasa takut yang sudah bercampur baur.
"Banggg..", pintu biliknya ternganga luas akibat rempuhan yang kesekian kali. Kaki Alisa bagai terpaku ke tanah melihat senyuman jahat Ash di muka pintu. Suara Alisa seolah tersekat di kerongkong.

Lelaki itu berjalan mendekati sambil menyeringa jahat. Alisa mengundur kebelakang, dengan tubuh yang mengigil menahan takut.

"Apa yang kau nak. Kau jangan cuba buat bukan-bukan. Aku boleh report kau dekat polis", marah Alisa

"I nak you. Mana ada I buat bukan-bukan. I will make you feel like heaven darling", ujar Ash mendekati sambil tangannya cuba mencapai lengan Alisa.

Laju Alisa mengelak, mengundurkan langkahnya ke belakang sehingga rapat ke dinding. Melihat Alisa tidak lagi boleh melarikan diri, Ash terus menarik keras tubuh Alisa dan merangkulnya erat.

"Lepaskan aku! lepaskan aku! Let me go....", jerit Alisa. Handphone di tangannya sudah jatuh entah kemana.

Dia meronta-ronta sekuat tenaga dalam pelukan Ash. Dapat Alisa mencium bau masam dari lelaki durjana itu. Mabuk. Fikirannya sudah dikuasai nafsu. Lelaki itu, tidak dapat berfikir dengan waras.

Semakin kuat Alisa meronta semakin erat Ash memeluk tubuhnya. Marah dengan penolakkan Alisa, terus Ash merentap kuat tudung yang menutupi rambut Alisa.

Ash membenamkan wajahnya di leher Alisa. Tidak sudi disentuh lelaki itu, Alisa menjerit memohon pertolongan. Namun tiada siapa yang mendengar. Dalam keadaan takut dan panik, Alisa memijak kuat kaki Ash. Terlepas pelukan Ash dari Alisa.

Dia terus berlari ke muka pintu. Malangnya langkah Ash lebih cepat. Direntap tangan Alisa kuat dari belakang. Dengan rasa marah yang membuak dia menampar pipi Alisa. Berdesing telinga Alisa, serasa berputar dunianya.

Alisa mengaduh kesakitan menahan perit di pipi. Ash terus mencempung tubuh Alisa menghempasnya ke katil. Melihat Ash melepas tali pinggangnya tubuh Alisa menggigil tidak terkawal. Bersama kepala yang masih pening akibat tamparan lelaki itu, Alisa merangkak bangun cuba melepaskan diri. Ash menarik keras kakinya menyebabkan tubuh Alisa kembali jatuh.

"Tolonglah lepaskan aku. Tolonglah. Apa salah aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Aku tak pernah kenal kau", rayu Alisa bersama air mata yang sudah membanjiri pipinya. Hilang punah semua harapan.Terasa gelap dunia.

Ash memanjat naik ke atas katil dan menolak keras tubuh Alisa hingga terlentang. Melihat Alisa yang kembali meronta-ronta hebat, Ash menarik rambut dan berbisik ke telinga Alisa, "Kalau kau nak main kasar aku on je. Aku lagi suka. Baru mencabar, nikmat. Let me see, seliar mana kau atas katil". Ash mendekatkan wajahnya pada Alisa yang berada di bawahnya.

"Jangannn.. ", bergema jeritan Alisa di segenap ruang bilik...

**********"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience