Bab 40

Romance Series 186474

DINDING yang dipenuhi dengan gambar-gambar Zarina Medina dipandang. Tanpa sedar bibir itu ketawa kecil.

"Ari..... Kenapa kau tinggalkan aku?" soal Jeffri sambil memegang sekeping gambar Zarina yang sedang tersenyum. Gambar dipegangannya diusap perlahan berserta senyuman sinis.

"Aku cinta kau! Kenapa kau buat aku macam ini, bodoh?!" Dia menekup gambar itu kedadanya. Air matanya mengalir.

Dia mahukan Zarina Medina. Hanya Zarina Medina sahaja yang layak menjadi permaisuri hatinya.

"Bodoh!! Bodoh!!" Dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar Zarina ditumbuk bertalu-talu bagi melepaskan rasa amarah yang bergelora dihatinya.

Rasa sakit tidak dia pedulikan. Bahkan bertambah kuat tumbukan dia. Yang penting, dia puas

Terhenti tumbukan dia dek penat. Gambar Zarina yang sedang makan itu direnung dalam-dalam. Lama.

Gambar Zarina yang sedang tersenyum manis diambil. Pemetik api dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Kalau aku tak dapat kau.... Tak ada siapa layak dapat kau..." Gambar Zarina terus terbakar apabila terkena api kecil itu. Dia melepaskan gambar itu jatuh ke lantai.

Dia terus melangkah kearah laci. Dibuka laci itu kasar. Satu persatu gambar dikeluarkan.

" Rayyan..... " Ya, gambar Rayyan yang nampak bahagia dengan Iris dipegang erat. Bara hatinya tatkala melihat senyuman penuh kebahagiaan itu.

"Kau kena mati, Rayyan..." Gambar Rayyan dan Iris dibakar menggunakan pemetik api

Dia berdendam dengan Rayyan. Rayyan lah penyebab dia menderita. Gambar Rayyan dan Iris yang berada diatas lantai dipandang dengan penuh rasa benci.

"Kau pun boleh ikut mati dengan Iris!!!" teriaknya gila.

Sebab satu kejadian, dia hilang segala-galanya. Semua itu sebab Rayyan! Ezzul Rayyan! CEO SILVIA R! Rayyan lah penyebab hidup dia musnah!

"Kau dah kembali ya..? Jangan harap aku akan biarkan kau bahagia. Jangan harap, Rayyan!!" teriak Jeffri lagi lalu terus membaling sebuah pasu keatas lantai menunjukkan kemarahannya.

"Abang!! Kenapa ni?!!" Kedengaran suara lunak menjerit terkejut. Dia toleh ke ruang pintu bilik.

Jeffri mendengus. Sibuk je perempuan ni!

Julia yang terkejut melihat keadaan bilik itu yang penuh dengan gambar dan gambar yang terbakar diatas lantai, terus bergegas untuk mendapatkan air.

Dituang air itu keatas lantai kalut. Matanya bertentang mata dengan abangnya.

"Abang, macam mana boleh terbakar?" soal Julia sambil matanya memandang sekeliling. Bilik yang dipenuhi dengan gambar Zarina Medina. Malah, gambar yang terbakar juga gambar Zarina!

"Sibuk lah kau!" marah Jeffri.

"Abang! Tangan abang darah!!" Julia menunjukkan kearah tangan Jeffri yang berdarah. Mungkin kerana kesan tumbuk dinding.

"Mari Lia tengok." Automatik Julia memegang lengan abangnya. Banyak juga darah pekat yang mengalir. Apa yang abangnya buat hingga berdarah tangannya?

Jeffri mendengus. Cepat-cepat dia menepis kasar tangan lembut yang cuba menyentuh tangannya itu. Terkejut Julia dengan tindakan Jeffri. Wajah Julia direnung tajam.

"Perempuan! Kau tak payah buat baik sangat lah dengan aku!!" jerkah Jeffri. Sungguh dia tidak sukakan adiknya. Malah dia membenci perempuan itu. Perempuan itu bukannya adik dia!

Terhinjut bahu Julia mendengar jerkahan abangnya. Telinganya sudah lali mendengar jerkahan atau makian abangnya. Setiap kali dia cuba buat baik dengan abang dia, setiap kali itulah kata-kata cacian yang dia dapat sebagai hadiah.

Bukan itu sahaja, Jeffri tidak pernah melihat dia sebagai seorang adik. Selalu sangat dia diherdik dan dijerkah sebegitu rupa. Bahkan dia rendahkan lagi martabat perempuan!

Bukannya Julia tidak tahu. Abangnya selalu sangat pergi kelab. Meniduri perempuan-perempuan di kelab itu. Abangnya selalu tukar-tukar perempuan macam tukar baju.

"Abang, Lia ni adik abang la! Lia cuma risaukan abang! Salah ke?" ujar Julia lembut. Jika api lawan api, mana boleh menang? Mana tahu kalau dia berlembut, hati abangnya turut lembut.

Jeffri mengetap gigi. Dia mendengus.

"Kau tak perlu sibuk! Kau bukannya adik aku pun! Sampai bila-bila kau bukannya adik aku!!!" herdik Jeffri di telinga Julia sebelum keluar dari bilik.

Julia memejamkan matanya rapat. Ya Allah.... Kenapa begitu susah untuk abang menerimaku sebagai adik?

Julia duduk mencangkung. Satu persatu gambar Zarina Medina dikutip. Tetapi ada satu sahaja gambar yang menarik perhatiannya. Gambar lelaki dan perempuan yang tampak bahagia yang separuh terbakar.

Siapa mereka?

Otak Julia cuba mencerna siapa lelaki yang pernah dilihatnya itu.

"CEO SILVIA R?" Ya! Pesaing Gemilang! Tetapi kenapa abangnya membakar gambar ini?

Hatinya berteka-teki cuba mencari jawapan.

_____________

"Haikal Jeffri!" panggil Dato Kamarul sambil memegang I-Pad.

Langkah Jeffri terus terhenti. Dia toleh memandang papanya. Hasrat untuk pergi ke kelab terbatal lah nampaknya.

"Apa dia, papa?" soal Jeffri kasar malas.

"Kamu nak pergi mana?" soal Dato Kamarul keras.

Jeffri mencebik. Macam tak tahu pula orang tua ni.

"Macam biasalah, pa" jawab Jeffri acuh tak acuh sambil memasukkan tangannya kedalam poket seluar.

Dato Kamarul mengeluh. Dimana lah salahnya dalam mendidik anak?

Haikal Jeffri dan Hayna Julia sangat berbeza. Julia menutup aurat dan lebih lembut percakapannya. Berbeza sekali dengan Jeffri.

"Sebab kamu, Gemilang rugi!!"

Terangkat kening Jeffri. Rugi apa pula ni?

"Jangan nak buat tak tahu, Jeff. Kamu cakap yang Gemilang akan buat itu buat ini.. Hasilnya?! Client lari sebab kamu delay lambat! Saham Gemilang jatuh!!" ujar Dato Kamarul dalam nada yang meninggi. Bukan niatnya untuk meninggi suara tetapi anaknya harus sedar.

Jeffri mendengus. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Masak aku!

" Ada banyak projek besar yang kamu gagal, Jeff. Tender pun langsung kamu tak dapat! Client yang lari pun client yang ternama!"

Jeffri diam tidak terkutik. Salah dia ke semua benda itu terjadi? Salah dia ke?

"Kamu tahu tak client lari mana?" soal Dato Kamarul sambil merenung tepat wajah anaknya.

Jeffri hanya diam. Mana lah aku nak tahu! Aku bukan bibik diorang!

"Semua client lari ke SILVIA R!" Berderau darah Jeffri mendengar nama syarikat tersebut.

"Rayyan...." Tanpa sedar bibir itu menyebut nama CEO SILVIA R.

"Apa kamu cakap?!" Dato Kamarul seperti terdengar Jeffri sedang berkata.

Jeffri menggelengkan kepalanya ulang kali.

"I want you to clean back the mess that you have done for Gemilang!" Dato Kamarul bersuara tegas dan keras.

"Okay." Lancar sahaja mulutnya menjawab.

"If not, I pass the Gemilang to Lia. Understood?" soal Dato Kamaral dingin.

"She knows nothing about business" jawab Jeffri.

"Yes, but I can teach her"

Baru sahaja Dato Kamarul mahu melangkah beredar, dia terus berpatah balik. Jeffri mendengus.

"Apa lagi?!"

"One more thing, Gemilang need to combine with SILVIA R." ujar Dato Kamarul lagi.

Tersentak Jeffri.

"What???" Suaranya sudah naik keoktaf.

Dato Kamarul menayang wajah selamba.
"I repeat, Gemilang need to combine with SILVIA R." Dato Kamarul mengulangi ayatnya.

"For what?!" soal Jeffri masih lagi terkejut.

"New project of course. You need to see Rayyan, owner of SILVIA R. They already sign the contract "

Jeffri mendengus mendengar kata-kata ayahnya.

"Kenapa kita kena kerjasama dengan diorang??!" soal Jeffri tidak berpuas hati.

"Sebab SILVIA R lebih successful than Gemilang. Lain-lain info, your PA will inform. And.... Don't go to club" Dato Kamarul terus beredar.

Jeffri meraup kasar rambutnya. Sah sah lah dia tak boleh pergi kelab malam ni kalau masalah yang dia hadapi sikit punya besar!

Rayyan, Rayyan, Rayyan! Apa game kau weyh? Kenapa kau sign?!

Dinding wallpaper menjadi mangsa tumbukan dia. Bertalu-talu tumbukan dia hadiahkan kepada dinding itu.

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

"Kau tunggulah, Ezzul Rayyan!!!" teriak Jeffri sambil menendang dinding itu.

Tanpa sedar, Julia sedang memerhati tingkah Jeffri. Dia memegang erat gambar Rayyan dan Iris yang sudah separuh terbakar.

Tepat sangkaan dia. Abangnya berdendam dengan Rayyan, pemilik SILVIA R.

Tetapi kenapa?

________________________________________
"AM ......." panggil Zarina.

"Hrmmm........." jawab Helmi yang sedang baring menutup mata.

"Apa kata kalau kita jangan cakap kau-aku? Kasar sangat lah...." omel Zarina yang sedang tidur mengiring menghadap Helmi.

"Dah tu nak panggil apa? Tak kan nak panggil Zame-Miam kot?" soal Helmi sarkastik yang masih memejamkan matanya.

Muncung sahaja mulut Zarina. Memang tak lah dia nak nickname tu! Jarinya diletakkan kepada pipinya acah berfikir.

"Apa kata kalau aku panggil kau abang, kau panggil aku anje?" cadang Zarina sambil tersengih.

Terus mata Helmi terbuka. Membesar mata dia memandang Zarina yang tersengih.

"I'm not your brother and you're not 'manja'.." balas Helmi lalu memejamkan matanya semula.

Zarina mencebik. Memang lah kau bukan abang aku, bodoh!

"Jangan kutuk aku, Ari" ujar Helmi yang masih menutup matanya.

Terangkat kening Zarina. Eikkk... Mamat sambal belacan ni tahu ke aku fikir apa?

Zarina mendengus. Dagunya digaru.

"Kalau saya-awak?" cadang Zarina lagi.

"Meluat." jawab Helmi selamba.

"Bie or darling?"

"Menyampah"

"Sweetie or hubby?"

"Geli"

"Sayang atau baby?"

"Aku bukan baby kau."

Zarina ketap gigi. Ish! Dia ni memang kurang asam betul! Zarina terus tidur menghadap dinding. Tidak mahu menghadap Helmi! Merajuk!

"Tak baik tidur belakang suami...."

Biar lah! Zarina hanya melayan merajuknya. Entahlah. Sejak akhir-akhir ini, dia rasa dirinya macam lain macam sikit. Kuat sentap.

Tiba-tiba dia terasa seperti ada hembusan nafas di rambutnya. Terasa seperti ada tangan sedang memeluknya.

" Sorry...." Kedengaran suara Helmi meminta maaf. Zarina hanya diam. Mahu melihat sejauh mana Helmi memujuknya.

Ubun-ubun Zarina dicium dengan penuh kasih.

"Aku bukan prince charming. Aku tak kaya macam kau. Aku bukan anak dato atau anak tan sri atau anak raja. Tapi aku anak emak. Aku cuma ada hati dan cinta je yang boleh aku bagi dekat kau." ujar Helmi dengan suaranya yang gemersik.

Zarina sebak mendengar kata-kata Helmi. Terharu dia. Adakah Helmi turut mencintainya?

" Aku cinta kau.... " Helmi meletakkan kepalanya diatas bahu Zarina. Tangannya semakin mengeratkan lagi pelukan antara mereka.

Air mata Zarina bergenang. Ya Allah! Aku adalah wanita paling bahagia dibumi ini! Akhirnya, cintaku dibalas!

"Kau... Menangis ke?" soal Helmi apabila merasakan bahu Zarina terhinjut-terhinjut.

"Pandang muka aku." Helmi memegang bahu Zarina memaksa Zarina memandang wajahnya.

Tepat sangkaan dia. Zarina sedang menangis. Mata bundar itu sedang menitiskan air mata!

"Ari.... Kenapa menangis?" soal Helmi lembut.

"Ari punnn.... Cintakan Ammm......" jawab Zarina teresak-esak. Sedaya upaya dia mahu membalas luahan cinta Helmi.

Helmi tersentak. Dia tersenyum lebar. Hatinya berbunga-bunga mendengar luahan hati Zarina.

"Jangan lah menangis... Buruk tau.." usik Helmi tetapi mendapat cubitan daripada Zarina.

"Wow! Kenapa aku tak perasan ah? Isteri aku ada bakat nak jadi mak ketam!" usik Helmi lagi. Tangannya mengesat air mata Zarina.

Zarina gelak kecil. Terhibur dengan usikan manja Helmi. Helmi tersenyum.

"Kan bagus senyum. Sejuk sikit hati aku pandang" ujar Helmi serta sengihan panjang. Zarina mencebik.

"Ari pun suka aku...?" soal Helmi. Zarina mengangguk malu.

"Tapi kenapa? Aku bukan prince charming. Aku tak kaya ma......" Kata-kata Helmi terhenti apabila jari lembut Zarina singgah di bibir Helmi. Helmi terkedu sebentar.

"Yes, Am bukan prince charming. Am tak kaya. Am bukan anak dato atau anak tan sri ...." Kata-kata Zarina terhenti seketika. Dia memandang suaminya yang dicintai dengan penuh kasih.

"Tapi Am dah ambil hati Ari. Am dah curi hati Ari. Am yang Ari cinta. Bukan orang lain!" ujar Zarina lembut sambil mengukir senyuman paling manis buat suaminya.

Helmi terkedu mendengar kata-kata Zarina. Direnung mata coklat cair itu redup.

"Aku tak romantik. Aku tak reti bagi pickup line atau ayat lori gula jatuh." ujar Helmi.

"Am dah cukup romantik. Kalau lori gula jatuh kang dapat diabetes pula" gurau Zarina. Helmi ketawa halus mendengarnya.

"Aku cinta kau. Tapi aku tak janji aku boleh bahagiakan kau" Ya! Itu yang dia takut! Dia takut dia tidak boleh bahagiakan Ari!

Zarina tersenyum.
"Ari dah cukup bahagia. Asalkan Am janji tak akan tinggalkan Ari!"

"Janji!" Helmi pantas menjawab.

"Sungguh?" Jari kelingking dihulurkan. Pantas jari kelingking Helmi bertaut dengan jari Zarina.

"Sungguh! Aku tak akan tinggalkan kau!" janji Helmi. Lega hati Zarina apabila Helmi berjanji tak akan tinggalkan dia.

"Nak buat 'love' tak?" soal Helmi sambil tersengih nakal. Keningnya diangkat nakal.

Zarina mengangguk tersipu malu. Helmi terus mengucup bibir manis itu lama. Zarina tenggelam didalam kucupan itu. Zarina bagai tersedar. Dada bidang itu ditolak lembut.

"Kenapa?" soal Helmi cemas apabila Zarina menolaknya. Zarina menunduk. Helmi memegang dagu Zarina supaya Zarina mendongak memandang dia.

"Atia.... Atia, macam mana?" soal Zarina sayu. Mesti hati Atia akan retak seribu. Helmi terkedu. Yalah! Dia sudah lupa terhadap Atia!

Helmi mengeluh.
"Ari, there's no he. There's no she. But us. So stop thinking about others. Lets be selfish" ujar Helmi lalu mengucup dahi Zarina.

Zarina mencebik.

"Cebik lah lagi mulut tu. Kiss baru tau!" ugut Helmi. Tidak tahan melihat cebikan mulut mungil itu.

"Apa pula kena selfish? Nanti kalau ada anak, mesti anak pun ikut selfish!" omel Zarina. Helmi tersenyum nakal.

"Ari cakap pasal anak.. Maksudnya kau dah sedia lah nak ada anak?" soal Helmi sambil kulum senyuman.

Zarina tersentak. Bibirnya digigit. Alamak! Tersasul sebut anak lah pula!

Helmi sembunyi senyum. Seronok melihat gelagat Zarina yang mencuit hati.

"Ari... Jom buat 'love'...." Bulat mata Zarina. Buat love, buat love! Buat 'hate' je lah!

Pada malam itu, bertemankan bulan dan bintang. Mereka membuat tanggungjawab sebagai suami isteri dengan ikhlas dan tanpa 'tak rela'.

Tanggungjawab yang dilaksanakan dengan rasa cinta dan sayang.... Adakah matahari dapat kekal membawa sinar?

AFS! Scarlett berusaha turunkan ego Am tau! Tidaknya, Am masih lagi dengan ego dia yang tinggi. Hope terhibur dengan chap ni! Selamat Hari Raya AidilAdha untuk esok ya! ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience