Bab 76

Romance Series 186474

DIA memandang Zarina, Ray dan Aryan yang sedang bersama disebalik tingkap kaca. Matanya menggambarkan betapa sedih dan sayunya dia. Hatinya bagai dirobek-robek dengan sebilah pisau yang tajam melihat kebahagiaan dan kemesraan mereka yang bagaikan sebuah keluarga bahagia.

Dia mengangkat kaki beredar dari kawasan itu dengan hati yang terluka. Kereta Myvi  dihampiri. Pintu kereta dibuka. Dia masuk kedalam lalu dihempas pintu kereta itu kuat.

Terkejut Atif dan Halina dengan tingkah Helmi.

"Dia tak ada ke?" soal Halina yang sedang duduk di seat belakang. Dia rasa ada yang tak kena dengan abangnya, Helmi. Tadi elok sahaja turun dari kereta, bila datang balik terus taufan Katrina datang menyerang.

"Tak ada." Dingin dan tegas sahaja intonasi Helmi. Cukup menggambarkan emosinya pada ketika ini.

"Tapi lampu buka...." kata Atif yang duduk di seat driver sambil menunding kearah butik yang terang-benderang dengan lampu. Macam tipu je kalau Zarina tiada....

"Aku cakap tak ada, tak ada lah!!" tengking Helmi, bengang. Berombak kencang dadanya dengan api amarah.

Atif dan Halina terkesima dengan tengkingan Helmi secara tiba-tiba. Mereka saling berpandangan. Mereka sudah dapat mengagak. Ada benda yang tak kena. Tak ada angin tak ada ribut terus jadi macam dragon?

"Tapi—"

"Dia dah maafkan kita kan? Itu je kan yang kita harapkan? Kita tak patut kacau kehidupan dia. Dia dah bahagia lah. Come on, biar dia capai kebahagiaan dia sebab kita dah bagi dia menderita." pintas Helmi, lirih. Gaya percakapannya seakan pasrah. Dia sudah nampak begitu bahagianya Zarina dan Aryan disisi lelaki yang bernama Ray. Andai itu yang tersurat pada takdir, aku redha.

"Baik...." Menunduk wajah Halina dengan pelbagai emosi yang berkecamuk. Dia fikir, dia mahu berjumpa dengan Zarina face to face. Mahu meluahkan segala yang terbuku dihati. Mahu memeluk dan bermesra lagi dengan Zarina.

'Maafkan aku kerana mengecewakanmu...

Hati ini rak dapat merubahkan apa pun..

Diri ini telah dimiliki dan tanpaku sedari...

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu.. Ku terima.....'

"Tutup ring tone tu, Tif." arah Helmi. Dia tahu telefon yang berdering itu milik Atif disebelahnya.

"Ah, maaf!" Atif menyeluk poketnya lalu diangkatnya telefon yang berbunyi tanda ada panggilan masuk.

Helmi melontarkan pandangan ke luar. Sementara menunggu Atif menghabiskan perbualannya dengan si pemanggil, baik dia berfikir.

Lagu ring tone 'Kisah Antara Kita' by One Avenue Band itu membuatkan Helmi tidak senang duduk. Seperti mengejek dia sahaja lagu itu.

Ya, aku tahu aku bukan yang terbaik untuk dia. Kerana itu juga lah aku sanggup undur diri melihat kebahagiaan dalam hidupnya.

'Dengarkan bibirku yang berbicara
Tapi dari hatiku yang kini sepi
Kenapa perlu berpisah
Bila semua punyai cinta di jiwa

Apa mungkin ini selamanya
Ataupun ini hanya seketika
Kenangan yang tersimpan di hati sampai mati
Ku janji pulangkan suatu hari nanti

Oh oh hari nanti
Oh oh hari nanti

Ku ada kamu
Tapi ku perlukan jawapan jujur
Dari kamu
Biar dunia pun tahu

Kau, kau penipu
Setiap tutur kata mu permainan mu saja
Untuk aku
Sedihnya hidup begini

Setiap yang ku lakukan untuk diri mu
Terasa bagaikan angin berlalu
Bila diri mu tiada, hati ku rasa hiba
Kau tanda bahagia, kau lah dunia

Walaupun aku tahu kau bukan milik ku
Kau perlu tahu sedihnya novel cinta ku
Biarlah yang fahami hanya diri ku saja
Ku tetap berdoa agar kau bahagia
Agar kau bahagia

Ku ada kamu
Tapi ku perlukan jawapan jujur
Dari kamu
Biar dunia pun tahu

Setiap yang ku lakukan untuk diri mu
Terasa bagaikan angin berlalu
Bila diri mu tiada, hati ku rasa hiba
Kau lah bahagia, kau lah dunia

Walaupun aku tahu kau bukan milik ku
Kau perlu tahu sedihnya novel cinta ku
Biarlah yang fahami hanya diri ku saja
Ku tetap berdoa agar kau bahagia
Agar kau bahagia

Agar kau bahagia'

Tamat sudah lagu yang berjudul 'Bahagia' by Eza Edmond yang berkumandang didalam radio Hot fm.

Helmi memejamkan matanya rapat. Kenapa? Lagu ini cukup buat dia terasa dan tersentap.

Dia penipu. Itu fakta yang seperti ditujukan khas kepadanya.

Bait-bait lirik 'Bahagia' semuanya membuatkan dia tersentap!

Novel cintanya sungguh menyedihkan. Bila Ari tiada, dia rasa hiba. Ari lah bahagia dan juga dunia. Setiap kebahagiaan yang terjadi ibarat angin berlalu.  Dia tahu Ari bukan miliknya. Tak akan. Dan dia sentiasa mendoakan agar Ari bahagia.

'Aku tak percayakan diri mu...
Pendusta cinta
Kau menduakan cinta ku
Ku terluka..... Dengan ego mu'

Lirik lagu 'Pendusta Cinta' pula yang berkumandang di radio.

Helmi mendengus. Ah, kenapa semua lagu itu terasa ditujukan khas untuknya? Kenapa semua lagu pada malam ini amat menyedihkan? Sama seperti diri dia.....

Dia tahu dia punyai ego yang tinggi. Dia tahu dia buatkan Ari terluka. Dia tahu dia tidak boleh dipercayai. Dia tahu dia ialah pendusta cinta.

'Tinggalkan aku
Jika engkau ada yang baru
Maafkan diriku
Ku bukan yang terbaik untukmu'

Pap!

Laju Helmi menekan butang 'off' pada bahagian radio.

"Awat hang tutup radio?" soal Halina tak puas hati. Tadi tu lagu favorite dia kot! 'Bukan Yang Terbaik'. Tiba-tiba je Helmi tutup!

Helmi hanya diam membisu. Ah, dia tak tahan lagi! Terasa radio sedang mengejek dan memandangnya hina!

Dia tahu dia siapa. Jadi, berhenti lah ejek dia!

"Jom gerak." Atif meneruskan pemanduan setelah selesai bercakap dengan pemanggil ditelefon.

Kereta Myvi itu bergerak keluar dari perkarangan kawasan butik itu.

Helmi menyandarkan kepala pada kerusi. Dia memandang pemandangan luar.

'Ari, moga kau bahagia...' desis hatinya berbaur rindu.

_______________________________
AISH mundur-mandir di dalam balai polis. Dia berjalan keliling kawasan itu setempat sambil tongkat dagu. Gelisah dia dibuatnya sehingga dapat digambarkan pada ekspresi wajah. Semakin laju dia mundar-mandir.

"Aish, relax lah wei. Chill, bro." Rayyan cuba menenangkan Aish. Dia juga gelisah. Tetapi dia tetap tenang dalam menangani masalah seperti ini.

"Macam mana aku nak relax kalau si Jeffri tu masih bebas dekat luar sana?!" tengking Aish kuat. Dia amat marah pada ketika ini. Urat-uratnya timbul pada leher.

Rayyan mengeluh sambil meraup rambutnya. Pihak anggota polis telah memanggil dia dan Aish sendiri. Katanya, berkenaan dengan Haikal Jeffri.

Yang Rayyan musykil, kenapa Zarina Medina tidak dipanggil? Zarina juga terlibat dengan Jeffri, jadi mengapa dia juga tidak dipanggil di balai polis?

"Kau dah ganggu anggota polis yang sedang bertugas, Aish. Harap bersabar." Tegas Inspektor Ibrahim. Dia menunjukkan kearah anggota polis yang sedang melakukan kerja masing-masing. Memang Aish itu kawan dia, tetapi istilah kerja harus diutamakan. Dia perlu tegas. Dia kan berpangkat Inspektor?

Aish ketap gigi bengang. Dia melabuhkan punggung duduk diatas sofa yang telah disediakan, kasar.

" Dayang, dah jumpa ke pasal dokumen tu?" soal Inspektor Ibrahim kepada Inspektor Dayang yang sedang mencari sesuatu.

"Belum, Ibrahim. Masih mencari." Jawab Inspektor Dayang serius. Dia mencari dokumen tersebut di setiap rak-rak.

Inspektor Huzaimi menghampiri mereka. "Rahim, aku dah cari dekat setiap tempat. Memang tak ada." kata Inspektor Huzaimi dengan wajahnya yang juga serius.

Inspektor Ibrahim mendengus. "Macam mana dokumen bukti pasal penjenayah tu boleh hilang?"

"Dayang, berhenti cari." arah Inspektor Huzaimi.

Inspektor Dayang akur. Dia berhenti mencari. Dia menghampiri mereka.

"It doesn't make any sense that all the documents of the proofs are all gone! It is all vanish! Disappear! Someone stole it! I bet it 100%!" marah Inspektor Dayang sambil bercekak pinggang. Semua dokumen mengenai Haikal Jeffri telah hilang!

"Calm down, Dayang. Kemarahan tak akan membawa ke apa-apa solution. Rahim, you also need to calm down." ujar Inspektor Huzaimi. Marah-marah, bukannya dapat penyelesaian pun.

"Tuan Jazlan mesti bengang. Padahal dokumen itu baru kita dapat semalam dan semua dokumen mengenai Haikal Jeffri dah hilang." Kata Inspektor Dayang sedikit risau. Tuan Jazlan, ketua anggota polis di dalam balai polis ini pasti akan mengamuk mendengar berita yang buruk ini.

"Apa yang hilang?" soal Rayyan mencelah perbualan mereka. Sejak dari tadi, dia memasang telinga mendengar.

Inspektor Huzaimi memandang Rayyan. "Awak siapa?"

"Dia dan lelaki ni ialah orang yang terbabit dengan Haikal Jeffri, lelaki yang diburu." pintas Inspektor Ibrahim laju. Lupa pula mahu perkenalkan kepada mereka.

"Tak kan dua orang je? I'm sure ada banyak orang yang terbabit dengan penjenayah ni." ujar Inspektor Dayang bersahaja. Dia silang tangan.

"Dayang......" Meleret suara Inspektor Ibrahim memarahi Inspektor Dayang.

"What?" Inspektor Dayang jungkit bahu pura-pura tidak mengerti.

"Baiklah. Saya, Inspektor Huzaimi. Perempuan gila ni Inspektor Dayang. Dia memang mental sikit." Inspektor Huzaimi memperkenalkan diri sambil diselitkan ejekan kepada Inspektor Dayang. Dia tersenyum senget.

"Zaim!!" Marah Inspektor Dayang. Gila? Mental? Kau tu yang gila, Huzaimi!

"Nama cantik tapi tak kena dengan perangai." gumam Rayyan perlahan.

"Kau!" Inspektor Dayang menjeling Rayyan. Eh, lelaki ni pun sama-sama masuk air dengan Huzaimi!

"Sudah-sudah!" Marah Inspektor Ibrahim meleraikan pertengkaran mulut mereka.

"Kita kena laporkan hal ini pada pihak atasan. Walaupun aku tahu Tuan Jazlan tak akan gembira dengan berita ni." ujar Inspektor Ibrahim serius.

"Haihhh.... Aku tak puas hati lah macam mana benda tu boleh hilang!" Inspektor Dayang masih lagi tidak berpuas hati. Dia duduk diatas kerusi kasar.

"Boleh saya tahu benda apa yang hilang?" soal Aish pula sekali lagi mencuba nasib. Rayyan tanya tak dijawab. Mari dia bertanya sekali lagi.

"Dokumen bukti dana haram Gemilang Holding dan rakaman pembunuhan Dato Kamarul......" ujar Inspektor Ibrahim. Wajahnya automatik menjadi tegang.

"Hah??!"

Terkejut Aish dan Rayyan. Semua dokumen bukti yang mereka serahkan pada pihak polis semuanya hilang?

"Berserta dengan dokumen bukti forensik penyembunyian Haikal Jeffri." sambung Inspektor Huzaimi. Dia menyandarkan badan pada dinding.

"Hah??!!"

Terbeliak mata mereka tanda terkejut. Forensik penyembunyian Haikal Jeffri?!

"Kami baru dapat dokumen forenstik itu semalam. Dan tiba-tiba sahaja dokumen itu hilang. Bukan setakat itu je, semua dokumen tentang penjenayah yang bernama Haikal Jeffri telah hilang." ujar Inspektor Ibrahim lagi. Dia berpeluk tubuh disuatu sudut.

Aish dan Rayyan saling berpandangan. Masing-masing tidak dapat bersuara dek terkena culture shock.

"Tengok? Percuma je bagitau diorang. Bukannya boleh buat apa-apa pun!" Inspektor Dayang mencebik geram.

"Tak kan lah tak ada salinan?" soal Aish pelik.

"Semua dokumen including salinan yang banyak kami buat, semua dah hilang!" balas Inspektor Dayang bengang.

Rayyan dan Aish tergamam. Macam mana semua boleh hilang?

"Korang letak dekat mana semua dokumen tu?" Tanya Aish lagi.

"Dalam peti besi yang dikunci." jawab Inspektor Ibrahim. Memang sangat ganjil apabila semua dokumen itu telah lesap pada pagi tadi.

"Means, penyangak tu bukan orang luar tapi dalam. Ada pembelot yang bekerja sebagai polis!" ujar Inspektor Ibrahim sangat menongkat dagu.

"But who? Kunci ada dekat kita." balas Inspektor Dayang, lemah.

"Mungkin Inspektor Furqan." Kata Inspektor Huzaimi membuat andaian.

"Kau jangan tuduh melulu, Zaim. Furqan tu kumpulan kita. Aku tak nak syak ahli kumpulan kita." Tegas Inspektor Ibrahim agak tidak menyukai pertuduhan Inspektor Huzaimi. Kalau boleh, dia tidak mahu bersangka buruk terhadap ahli mereka.

"Eh, Rahim! Hanya kita berempat sahaja yang pegang kunci peti besi tu. Plus, only us who know where the hell is the safe box. Only us. Tengok sekarang, mana si Furqan tu? Bila kita nak investigate je mesti dia hilang! Ada je alasan! Tuan Jazlan pun tak ambil kisah. Jadi, Furqan lah pengkhianat!" Kata Inspektor Huzaimi bengang. Apa Ibrahim ini buta ke?

Inspektor Ibrahim terdiam. Ada betulnya juga. Tapi, Furqan itu kawan baik dia sejak universiti lagi. Tak mungkin lah Furqan berkomplot dengan penjenayah, Haikal Jeffri.

"Boleh kami nak tahu tentang penyembunyian Jeffri?" Tanya Rayyan, mencelah. Dalam otak, dia sudah merangka satu pelan.

"Kami sudah menemui satu rumah kecil yang menjadi tempat penyembunyian Haikal Jeffri. Malangnya, dia sudah berpindah tetapi dia meninggalkan bukti. Hanya itu sahaja yang kami boleh bagitahu." terang Inspektor Huzaimi. Dia tidak boleh  melebih-lebih memberitahu. Polisi sebagai seorang anggota polis yang berkaliber.

"Boleh bawa kami ke rumah tu?" soal Rayyan lagi.

"Tak boleh! Orang luar, tidak boleh datang!" Tegas Inspektor Dayang. Sudah lah orang luar, mahu datang pula. Diorang ingat diorang siapa?

"Macam mana kalau saya cakap, saya ada salinan tentang dana haram Gemilang Holding dan juga rakaman tu?"

"Apa?!"

Semua orang tergamam mendengarnya. Semua mata memandang Rayyan dengan reaksi terkejut.

"Encik ada salinan?" Tanya Inspektor Huzaimi serius.

Aish juga memandang Rayyan pelik. Pehal lelaki ni?

"Ya. Dan kalau aku bagi dokumen tu, in return aku nak korang bawa kami pergi ke lokasi penyembunyian Jeffri. Deal?" Rayyan tersenyum senget penuh sinis. Aish disebelahnya pun automatik mengukir senyuman sinis. Wah, Rayyan memang genius!

Inspektor Ibrahim, Inspektor Huzaimi dan Inspektor Dayang saling berpandangan. Mereka berbisik seketika.

"Baiklah. Kami setuju. Also in return, aku nak kau bagitahu apa kena mengena kau dengan Haikal Jeffri. Deal?" Inspektor Dayang menayang wajah ketat.

Rayyan terkedu seketika. Dia tersenyum sinis sebelum mengangguk.

"Ya."

"Alhamdulliah! Tuan Jazlan tak akan mengamuk!" Inspektor Huzaimi merebahkan diri pada sofa.

Inspektor Dayang dan Inspektor Ibrahim ketawa kuat.

Aish pandang Rayyan. Lelaki ini... Lebih banyak berahsia daripada dia. Penuh dengan rahsia.

Selama ini, dia tidak tahu Rayyan ada kaitan dengan Jeffri secara peribadi.

Jadi, semuanya pasti akan terbongkar!

_______________________________
"FIERA....."

"Apa, Ina?" Tanya Syafiera yang sedang memotong buah epal.

"Kau dah berapa bulan?" Soal Zarina sambil menunding kearah perut Syafiera yang semakin membesar.

Syafiera tersenyum tipis. Dia mengusap lembut perutnya. "6 bulan."

"Dah tak lama dah....." gumam Zarina sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya.

"Kau tu jangan nak aktif sangat. Jangan gerak sana-sini sangat tau." larang Zarina serupa Aish Qayyum sahaja. Macam suami Syafiera pula.

"Bukan aku yang aktif. Tapi baby dalam ni." Kata Syafiera selamba sambil menepuk-nepuk perutnya perlahan.

"Baby boy or girl?"

"Boy."

Zarina tersenyum kelat. Mampus! Ada tiga troublemakers pula nanti! Tak termasuk dengan anak-anak Misha Dayana dengan Farah lagi. Haru!

"Kau nak bagi nama apa?" Soal Zarina mahu tahu nama untuk anak kedua.

"Aku dengan Aish tak bincang lagi lah. But maybe Muhammad Syafie. Macam nama Imam Syafie!" balas Syafiera sambil tersenyum.

Zarina menyumbat satu potongan epal kedalam mulutnya. Dia mengangguk mengerti.

"Que dekat penjara macam mana?"

"Alhamdulillah. Aku tengok budak tu makin lama makin sihat. Dia dah pakai tudung dah." jawab Zarina sambil tersenyum. Tiada apa yang mampu kukatakan selain ALHAMDULILLAH dan ALLAHUAKBAR. Sesungguhnya Engkau ialah Maha Berkuasa.

Zarina setiap hari akan menjenguk Querina di penjara. Querina sering kali menunjukkan perubahan yang positif. Moga itu akan berkekalan hingga ke Jannah.

"Noraini pula?"

Zarina terdiam. Noraini.... Wanita itu sedang dimasukkan kedalam Hospital Sakit Jiwa dek dia tiba-tiba sahaja menjadi gila. Mungkin tidak dapat menerima kenyataan apabila semua yang dimiliki telah punah. Tapi dia lupa, semua yang dia miliki itu bukan miliknya. Zarina juga sering berdoa agar Noraini dapat sempat bertaubat.

"Sihat je."

"Kau dah bagi surat ke belum?" Tanya Syafiera.

"Surat apa?"

"Surat kepada orang yang mengharapkan kemaafan kau."

Zarina tersentak. Oh, yang tu...

"Aku dah suruh bodyguard aku letak dekat peti surat diorang. Should dah sampai ke tangan diorang dah." Jawab Zarina.

"Macam mana eh kau senang je maafkan diorang? Including mereka yang telah fitnah kau 4 tahun lepas." Tanya Syafiera ingin tahu. Memaafkan memang perkara yang amat mulia, tapi sangat sukar. Bukannya dia tidak mahu Zarina tidak maafkan mereka, tetapi sangat mustahil hati yang terluka untuk memaafkan.

Zarina mendongak memandang langit yang jelas sekali membiru. Dia mengukir senyuman tipis.

"Memaafkan orang itu indah. Hati aku rasa tenang je. Mula-mula, memang susah nak maafkan orang yang dah hancurkan hati kita. Tapi aku sedar, aku tak sempurna. Aku hanya lah manusia yang melakukan kesilapan dan tidak layak menilai orang. Aku nak ikut Rasulullah. Memaafkan orang yang pernah buat jahat dekat baginda dengan mudah. Aku pun nak ikut jejak Rasulullah. Jadi, aku maafkan diorang tanpa paksaan. Kerana memaafkan itu perkara yang mulia. Sampai bila kena berdendam?" Jawab Zarina panjang lebar. Dia toleh memandang Syafiera sambil kulum senyum.

Syafiera turut melakar satu senyuman. Zarina semakin matang. Ya, Zarina sangat matang! Dia bangga dengan Zarina!

"Eh, mana laki kau?" soal Zarina pelik. Dia menyumbat satu potongan epal kedalam mulutnya lagi. Pelik juga apabila Aish tiada dirumah. Padahal hari cuti.

"Dia keluar dengan Rayyan pagi tadi. Tak balik-balik lagi dua orang tu. Pergi mana pun aku tak tahu!" omel Syafiera. Bukannya Aish nak bagitahu pergi mana pun dekat dia. Dia isteri Aish!

"Erghhh... Balik lah dua malaun nanti." gumam Zarina sambil menyelak rambutnya ketepi. Hanya apabila Aish tiada di rumah sahaja dia boleh membuka tudung.

"Julia pergi Pavillion lagi?" Tanya Syafiera. Julia ini selalu lesap sejak akhir-akhir ini.

"Mestilah. Dia kan nak enjoy dengan kawan dia." balas Zarina. Enjoy, enjoy juga. Moga jaga diri sendiri dengan baik sudah. Walaupun ada Dollah dan Mat, tak semestinya Julia selamat.

"Aku harap...."

"Harap apa?"

Zarina tersenyum penuh makna.

"Aku harap hari-hari lain bakal indah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience