ZARINA Medina sedang membelek-belek kain di Kamdar.
Hrmmmm.... Kain jenis mana yang sesuai untuk buat baju raya ya?
"Ryan! Tolong mummy boleh?" pinta Zarina kepada Aryan yang berada disisinya.
"Tolong apa?" Aryan mendongak memandang Zarina.
"Pilih kain warna kelabu yang mana yang Ryan suka!" Dia tekad. Dia akan ikut pilihan anaknya!
"Hrmmm.... Ini!" Aryan memeluk satu batang kain.
Mencerlung mata Zarina. "Hey.... Tu warna jingga, bukan kelabu!"
Aryan ketawa mengekek sambil memeluk batang kain itu. "Nak ini!" Dia tahu itu warna oren, tapi dia tetap nak kain itu. Suka dia usik mummy.
"Kelabu!"
"Nak oren!"
"Mummy cakap kelabu!"
"Ryan cakap oren!"
Zarina memicit dahinya. Boleh pening dia dengan telatah Aryan yang sangat nakal!
Zarina membuka satu buku kecil. Kalau design baju raya kelabu dengan kain oren pun elok juga ya?
Zarina memejamkan matanya. Cuba membayangkan baju kelabi dihiasi dengan corak oren. Cantik!
Zarina tersenyum lebar. Dia usap kepala anaknya.
"Thank you, sayang..."
Terkebil-kebil Aryan. Errr... Thank you?
"Dik, kasi kain oren ni 85 centimeter. Kain kelabu yang ini 2 meter."
Pekerja Kamdar datang membawa pembaris panjang lalu mengukurnya.
Terbeliak mata Aryan. "Wah.... Panjangnya..."
"Kejap ye kak. Saya nak gunting. Lepas tu bungkus." Zarina mengangguk.
"Ari?"
Zarina toleh kebelakang apabila terdengar namanya dipanggil.
"Hrmm?" Berubah air mukanya melihat wajah itu.
Helmi tersenyum kelat melihat raut wajah Zarina. Sudah agak dah...
"Apa yang Ari buat dekat sini?" soal Helmi cuba beramah mesra.
"Cuci tayar basikal." Gumam Zarina perlahan sambil silang tangan. Tak nampak ke tengah beli kain?
Helmi ketawa kecil. Zarina is still Zarina....
"Am datang sebab ibu yang suruh. Ibu suruh check kain mana yang sesuai, puasa nak dekat." ujar Helmi tanpa diminta oleh Zarina.
Zarina mencebik sembunyi. Aku tak tanya pun...
"Mummy, siapa uncle ni?" soal Aryan lalu memegang tangan mummy nya. Aryan kenal siapa lelaki ini. Lelaki yang memeluk dirinya ketika di taman permainan. Lelaki yang buatkan mummy nya menangis dan mengamuk.
"Dia—"
"Panggil uncle Am." pintas Helmi laju. Zarina menghela nafas lega. Dia tak kisah asalkan Helmi tidak menyebut nama penuhnya.
"Nama Ryan, Arjuna Aryan Bin Helmi Ikram!" Aryan perkenalkan dirinya seperti biasa. Mesti dia akan menyebut nama 'bin' nya sekali. Sudah menjadi kebiasaan.
Helmi sedikit terkedu apabila namanya disebut. Jadi, Aryan tahu lah ayahnya bernama Helmi Ikram.
Helmi pandang Zarina. Zarina pula memandang tempat lain.
"Nah, akak." Pekerja itu kembali dengan menyerahkan plastik yang berisi kain kepada Zarina.
"Berapa ya?"
"RM 30 sahaja."
Zarina menghulurkan tiga keping not 10. Pekerja itu memberi resit.
"Terima kasih, kak. Sila datang lagi." Zarina mengangguk sebagai balasan.
"Jom, Ryan"
"Tunggu!" Helmi berjalan laju menyaingi Zarina.
"Jom jalan-jalan keliling mall?" ajak Helmi. Dia mahu meluangkan masa dengan Zarina dan Aryan.
"No thank you, kami nak balik rumah terus." tolak Zarina cepat-cepat.
"Mummy... Bukan kita nak makan ke?" Aryan terkebil-kebil memandang mummy nya. Tadi cakap lepas shopping, nak makan. Tak kan nak balik dengan perut yang kosong?
"No, kita makan dekat rumah."
"Nak McD....." ujar Aryan sayu.
"Mummy akan masak sushi dan sashimi dekat rumah. McD is tak healthy!"
"Tapi, mummy dah janji..."
"Dengar cakap mummy, Ryan. Kenapa degil sangat ni?"
"Tapi uncle Bil ada dekat McD tunggu kita."
Zarina mendengus perlahan. What a damn bodyguard! Time-time Helmi ada, baru kau nak pergi McDonald? Darn you, Habil!
"Ari, kalau awak tolak permintaan Ryan sebab saya, saya merayu tunaikan lah permintaan Ryan.. Please... For our son.." ujar Helmi serius. Perkataan 'our son' diperlahankan hanya Zarina sahaja yang dengar. Dia tidak suka melihat wajah kecewa Aryan.
Zarina terkedu sebelum menarik nafas panjang.
"Fine!"
"Yeay!" Aryan bersorak gembira.
"Uncle, high five!" Aryan ber high five dengan Helmi. Helmi terkedu sebelum tarik senyuman panjang.
"Dah-dah jom!"
"Nak ikut, boleh?" tanya Helmi.
"No!"
"Mummy, please......" pujuk Aryan sambil kerdip-kerdipkan matanya banyak kali. Comel! Anak siapa pun tak tahu lah.
"Fine!" dengus Zarina.
"Yeay!!!"
*
"Boss, dah mereput saya tunggu dekat McD ni tau. Dah 3 kali saya makan ais krim Sunday Cone tau. Kembung perut saya." Kata Habil yang sudah duduk di kerusi. Dia menepuk-nepuk perutnya yang sasa.
"Siapa suruh awak makan ais krim? Kenapa tak order makanan je? Kasi besarkan perut urat besi awak tu." ujar Zarina menyampah.
"Nanti boss report dekat Boss Rayyan kata tak hormat boss pula sebab makan dulu."
"Eh, tak ada kena mengena pun."
"Ada boss. Cuma boss je yang tak nampak sebab bulu mata lebat sangat. Sampai tutup mata boss. Nak celik pun susah." Habil sengih, menjengkelkan lagi Zarina.
Helmi ketap bibir tahan ketawa. Ya lah.. Baru dia perasan, bulu mata Zarina lebat semacam.
Zarina menjegil marah. "Wah, nampaknya ada orang nak kena potong gaji awal ni?"
"Maaf, boss." ucap Habil langsung tidak ikhlas. Buktinya, dia siap sengih lagi.
Haihhh... Mana kau dapat bodyguard ni pun aku tak tahu lah, Rayyan.
Zarina melabukan punggung duduk dihujung sekali. Aryan pula duduk di sebelahnya. Helmi pula duduk disebelah Habil.
"Eh, bro. Kau salah meja ke?" tegur Habil yang sememangnya tidak mengenali Helmi.
"Uncle Bil! Tu uncle Am!"
Helmi tersenyum kelat. Uncle? Alangkah indahnya andai Aryan memanggil dia 'daddy'? Jangan berangan lah, Am. Benda tu tak akan pernah berlaku pun dalam hidup kau.
"Errr—"
"Tak pe, Habil. Saya benarkan. Dia kawan saya." Habil patuh mendengar penjelasan boss.
Sekali lagi Helmi senyum tawar. Kawan? Bukankah aku bekas suamimu? Ah, layak ke kau pegang title 'suami' kepada Ari? Dia tak cakap 'bekas suami' sebab dia masih bencikan kau, Ari. Ingat tu.
"Nak makan apa?"
"Ryan nak Big Mac dan ais kim Chocolate Sunday!"
"Big Mac dan French Fries. Ice lemon tea"
"Same like your boss."
Zarina menjeling. Eh eh.. Sibuk je mamat ni nak ikut aku!
"Okay! Noted!" Habil bangun untuk beratur.
Mereka semua diam. Sangat kekok dan janggal keadaan mereka walaupun McDonald sangat bising dengan ramai orang.
Diselangi dengan Aryan yang hyperactive memecah kesunyian, tetap tidak mampu memecah kejanggalan pada saat ini.
Sangat kekok sehingga lah Habil datang membawa makanan.
"Bon appétit!"
"Ryan, baca doa." arah Zarina.
Helmi mengangkat mukanya. Aryan reti baca doa makan?
"Tadah tangan semua...!" Dengan bangganya, Aryan mengarah. Serentak mereka semua menadah tangan.
"Bismillahirahmanirrahim. Allahu mabariklana fimarozaktana wakina azabannar. Amin...."
Helmi terpaku. Kanak-kanak berusia 4 tahun mampu menghafaz doa makan? Ari... Kau, wanita terhebat didunia!
Tidak selesa dipandang sebegitu oleh Helmi, Zarina menegur.
"Makan lah."
"B—Baik..."
Mereka pun menikmati hidangan itu.
"Uncle! Apa nama penuh uncle?"
Zarina yang sedang meneguk air gas itu tersedak. Begitu juga dengan Helmi yang sedang mengunyah burger.
Aryan terkebil-kebil melihat reaksi Zarina dan Helmi. Kenapa ni?
Habil yang sedang mengunyah French Fries memandang mereka pelik. Macam ada apa-apa je ni... Ada scandal ke apa ni?
"Na—nama penuh?" Aryan angguk laju.
"Ryan, tak baik tanya orang nama penuh. Tak sopan." tegur Zarina. Ah, dia main belasah je asalkan Aryan stop tanya nama penuh Helmi!
Terhenti kunyahan Habil. Dia pandang mereka berdua triple pelik. It's so weird! Masa mula-mula aku kerja dengan Zarina, Aryan tanya nama penuh aku, Zarina tak ada kata apa-apa pun. Something is off right now.
"Ha lah, bro. Aku tak tau pun nama penuh kau. Boleh jadi member kalau kepala kita berdua sama-sama masuk air." Untuk tidak menampakkan ianya sebagai suatu yang awkward, Habil selitkan dengan joke yang relevan dan sangat lah masuk akal.
"Am. Panggil aku Am."
"Hah? Pengetahuan Am ke?"
"Tak lah!"
"Dah tu?"
"It's Am. Just call me Am, Habil."
"Macam mana kau tahu nama aku? Kau stalk aku eh?"
Helmi garu lehernya. Celah mana stalk kau, woi. Sorry sikit, aku masih waras lagi.
"Bukan boss kau ke yang bagita—"
"Unfair! Kau tahu nama penuh aku, aku tak tahu nama penuh kau!" potong Habil laju.
"Bil, before I cut your salary, can you just shut up?" marah Zarina. Habil mendengus hampa. Dia pasti! Pasti ada rahsia disebalik nama 'Am'.
Kali ini, mereka makan tanpa bunyi bicara. Hanya makan dan minum sahaja.
"Mummy, Ryan nak shishi." ujar Aryan sambil menjilat jarinya, sisa garam masih berbaki ketika makan French Fried.
"Hah? Nak shishi? Let's go." Baru sahaja Zarina mahu mengangkat Aryan, Aryan bersuara.
"Tak nak. Nak pegi dengan uncle Am.." Aryan menunjukkan kearah Helmi. Helmi terkedu. Aku?
"No, Ryan. Pergi dengan mummy."
"Ryan nak try masuk toilet lelaki."
"Uncle Bil ada." celah Habil.
"No! Ryan nak pegi dengan uncle Am!" rengek Aryan mula meracau-racau seperti mahu menangis.
"Okay-okay." Helmi pandang Zarina, Zarina hanya mampu mengangguk.
Okay! Ari dah kasi green light! Chance untuk rapat dengan Arjuna Aryan!
Aryan memegang tangan Helmi sambil berjalan keluar dari McDonald. Terus Helmi terasa terkena shock. Ada connection yang mampu Helmi rasa saat tangan kecil itu memegang tangan kasarnya. Connection yang tidak mampu digambarkan.
Tiba-tiba Aryan berhenti. Helmi toleh kesisi.
"Ryan?"
"Uncle Am...."
"Ya?"
"Nape uncle Am buat mummy menangis?" soal Aryan sambil pandang Helmi.
Helmi terkejut. Buat Ari menangis?
"Malam-malam mummy mesti nangis sambil peluk gambar. Gambar tu uncle Am." ujar Aryan lagi, serius. Helmi tergamam. Ari menangis? Sambil peluk gambar aku?
"Tolong lah jangan buat mummy menangis! Ryan tak suka tengok mummy mena—"
Helmi memeluk Aryan apabila kanak-kanak itu sudah menangis.
"Shuuuhh, Ryan. Uncle Am janji tak akan buat mummy menangis lagi." Terasa bersalah segunung. Ari menangis kerana aku?
"Hrmmm.... Pinky pomise?" Aryan kesat air matanya sambil menghulurkan jarinya. Helmi menyahut jari kecil itu.
"Ya, pinky promise."
_______________________________
"TUAN, Tuan tahu tak salinan dokumen tu dah hilang?" tanya Inspektor Ibrahim.
"Tahu. Inspektor Dayang sudah beritahu." balas Tuan Jazlan yang duduk bersandar pada kerusi.
Mereka toleh ke Inspektor Dayang, dia tayang sengih. Salah ke nak bagitahu awal? Tak baik lewat-lewatkan perkara ini.
"Tapi korang sudah dapat kan salinan tu balik?"
"Memang lah, Tuan. Tapi Tuan tak pelik ke macam mana dokumen tu boleh hilang? Peti besi tu ada kami sorok dan kunci tu hanya kami berempat sahaja yang pegang." Inspektor Ibrahim meluahkan gusar dihatinya.
"So korang rasa ada pembelot dalam group korang?" soal Tuan Jazlan. Mereka berdua mengangguk.
"Tetapi saya syak pembelot tu mesti orang kanan Haikal Jeffri!" duga Inspektor Dayang.
"Dan korang rasa siapa pembelot tu?" Sambil pusing pen, Tuan Jazlan tongkat dagu memandang mereka berdua.
"Setakat ni Inspektor Furqan." Jawab Inspektor Ibrahim.
"Inspektor Furqan?"
"Ya."
"Kenapa syak dia?"
"Sebab dia selalu tak datang. Tengok? Sekarang ni pun dia tak ada."
"Inspektor Huzaimi pun tak ada..."
"Tapi dia selalu ada waktu kami tengah siasat!"
Tuan Jazlan mengeluh.
"Begini lah." Dia pandang Inspektor Ibrahim dan Inspektor Dayang serentak. "Benda yang korang nampak dengan depan mata, tak semestinya suatu kebenaran. Tapi kalau korang nampak dengan hati, pasti kebenaran akan terserlah."
Mereka berdua diam. Cuba hadam apa yang Tuan Jazlan baru sahaja cakap sebentar tadi.
"Jadi, maksud Tuan, Inspektor Furqan bukan pembelot?" soal Inspektor Dayang seakan memahami kata-kata Tuan Jazlan yang mempunyai makna tersirat.
Tuan Jazlan jungkit bahu. "Itu korang kena fikir sendiri."
Inspektor Ibrahim mengeluh.
"Tapi, lebih baik korang berdua fokus kepada Haikal Jeffri." ujar Tuan Jazlan serius. Hal pembelot tolak ketepi dahulu, yang penting penemuan Haikal Jeffri dahulu!
"Baik."
"Saya nak korang berdua bekerjasama tanpa dua orang Inspektor tu kalau korang ragu-ragu. Kita tak boleh biarkan keraguan itu makan diri kita. Faham?"
"Baik, Tuan!"
_______________________________
"LAN, saya nak awak jaga rumah ni. Saya tahu awak masih baru, dan Kudin akan beri tunjuk ajar dekat awak." Lan mengangguk faham.
"Baiklah, kalau tak ada apa-apa, saya pergi kerja dulu ya?" soal Rayyan. Serentak dua orang bodyguard itu mengangguk.
"Bye anak-anak papa!"
Raysha dan Rayqal yang berusia 5 tahun itu lari terkedek-kedek mendapati papa mereka.
Rayyan menggendong dua orang anaknya. Haihh... Berat pula anak-anak dia ni.. Ke dia yang tua?
"Sha! Papa nak kiss!" Rayyan menyua pipi kanan kepada Raysha. Raysha mencium pipi Rayyan lama. Siap bunyi lagi ciuman itu.
"Qal! Kiss!" Pipi kiri disua kepada Rayqal. Rayqal silang tangan sambil geleng.
"Kiss je lah!" cebik si kakak, Raysha. Dia pula silang tangan.
"Sha notty, boleh la! *naughty" ujar si adik, Rayqal.
"Hey, mana ada Sha notty! Qal yang notty lari-lari dalam rumah!"
"Hey-hey, guys... Papa nak kena pergi work dah ni.. So, where's my big hug?" soal Rayyan sambil sengih.
Raysha dan Rayqal serentak memeluk Rayyan, erat.
"Urkkk... Papa macam tercekik pula Sha, Qal.."
Mereka berdua ketawa mengekek, geli hati dengan lakonan papa mereka acah lemas.
Rayyan menurunkan anak-anaknya. Rayyan duduk mencangkung. Pipi Raysha, dielus lembut.
"Sha jaga Qal tau? Dia kan naughty." Raysha mengangguk laju sambil tersenyum lebar.
"Eh, mana ada Qal notty!" nafi Rayqal.
Rayyan beralih kepada Rayqal. Rambut Rayqal diusap. Dia memandang wajah Rayqal lama. Sumpah, mata Rayqal sangat serupa dengan Iris. Mata violet.
"Qal pula lindungi Sha. Dia perempuan. Qal pula lelaki. Boleh?" Rayqal yang baru sahaja mahu merajuk terus mengangguk.
Rayyan memegang tangan Raysha dan Rayqal. Sambil pandang anak-anaknya, dia membuat tangan Raysha dan Rayqal saling berpegangan.
"Janji dengan papa. Walau apa pun yang terjadi, jangan sesekali lepaskan tangan ini. Bukti kasih Sha dan Qal." ujar Rayyan dalam nada yang serius dan cuba dipaksa untuk tersenyum.
Raysha dan Rayqal mengangguk. "Kami janji."
"Baiklah, papa nak gerak dulu. Salam papa." Mereka menyalami tangan Rayyan.
"Bye, Sha. Bye, Qal." Rayyan masuk kedalam kereta mewahnya. Lalu kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
"Adik-adik, sila masuk kedalam." ujar Kudin lembut.
"Baik, uncle...."
"Din, kita dua je ke yang ada dalam rumah ni?" soal Lan.
"Sepatutnya ada Mak Jah, bibik tapi dia ada dekat kampung, suami dia baru meninggal." balas Kudin.
"Innalilaahiwainailahirajiun." ucap Lan.
"Pak Mat tu ada dekat pondok guard. Dia tu selalu tidur siang hari. Haihhh... Makan gaji buta betul!" Kudin menggeleng-gelengkan kepalanya.
Lan gelak kecil. "Biar lah.. Dia kan dah tua." Kudin mencebik.
"Anyway, bukan kita dua je bodyguard rumah ni, tapi 6. Az, Long, Daud dan Bob. Az pergi kedai beli makanan. Long, Daud dan Bob ada dekat dalam tengah berkawad."
"Kedai apa?" soal Lan tiba-tiba.
Kudin mula rasa pelik. "Err... Asal kau banyak tanya?"
"Aku nak tahu nama kedai, baru aku tahu dia beli apa. Kedai tu dekat ke tak, kalau dekat aku nak lari pergi kedai tu tambah order." terang Lan.
"Kedai Kak Leha. Dia beli nasi goreng 6. 2 Chicken Chop."
"2 Chicken Chop?"
"Ya lah. Untuk budak-budak tu. Diorang kuat makan tahu." Kudin sengih. Jangan pandang mereka sebelah mata, perut macam alligator!
"Dia baru gerak bila?" soal Lan kalah reporter. Tapi, Kudin jawab juga.
"2 minit yang lepas. Kiranya lagi 30 minit dia balik rumah, sebab kedai tu selalunya ramai customer, jarak pun jauh dari sini, Az jalan kaki je dan sebab Chicken Chop ambil masa sikit nak buat." balas Kudin.
Melihat Lan diam, Kudin menyerang.
"Ada apa-apa lagi nak tanya dekat kaunter pertanyaan ni?" soal Kudin sarkastik.
Lan sengih. "Tak, tak."
"Hah, kalau tak, jom kawad keliling rumah."
_______________________________
TENANG, Ari. You absolutely can do this!
"Mummy, kita nak ke ane?"
Seperti biasa, Zarina membalas pertanyaan Aryan dengan senyuman.
"Kita nak jumpa satu family ni." jawab Zarina bersama senyuman yang tidak lekang dari mulut.
Aryan meletakkan jari telunjuknya pada pipi kirinya sambil kerut dahi.
"Family?"
Zarina cuit hidung Aryan. "Ya, family." Geram dia dengan Aryan yang terlalu comel.
"Boss, dah sampai." beritahu Habil yang sedang parking di depan satu rumah.
"Ah? Dah sampai? Ryan, jom keluar." Tangan Aryan dipegang.
"Boss, saya tunggu dalam kereta ya?"
"No! Awak ikut sekali!"
Habil buat memek muka. Dia nak layan Mobile Legend dalam kereta. Tapi, nak buat macam mana? Ikut je lah kehendak boss...
Zarina hela nafas panjang sebelum mengetuk pintu.
"Assalamualaikum.." laung Zarina, menanti orang rumah membuka pintu.
"Waalaikumussalam."
Zarina cuba ukir senyuman memandang Hilna yang sedang membuka pintu.
"Eh.. Kak Ari?" Hilna jelas sekali terkejut dengan kehadiran Zarina.
"Na, sapa tu?" Hilman pula menjenguk dari luar tingkap di tepi pintu. Bulat mata dia.
"Kak Ari?!"
Serentak semua orang dalam rumah itu menjadi bising apabila mendengar Zarina di luar rumah. Mereka semua bergerak ke luar.
"Ari...?" Halima memandang Zarina sambil tersenyum lebar.
"Ari..." ujar Puan Maryam sambil tersenyum pilu. Matanya berkaca-kaca.
Halina hanya diam, tetapi ada banyak yang belum diluahkan.
Zarina tersenyum. Ya, sudah sampai masa untuk tamatkan semua ini!
"Mummy, sape ni?"
Semua orang memandang anak kecil di tepi Zarina. Dan semua orang dapat mengagak dia lah Arjuna Aryan.
*
"LAAAA.... Ni semua rancangan Am ke?" Halima tepuk peha Helmi. Helmi hanya garu lehernya.
"Ari yang minta semua orang berkumpul dekat satu rumah. Dan Am bagi alamat rumah Lina dekat Ari." ujar Zarina sambil senyum.
"Mummy..."
Zarina mengusap rambut anaknya sambil mencium rambutnya.
"Ye, sayang?"
"Sape semua ni?" Sambil garu rambutnya, dia memandang semua orang dihadapannya.
"Ini semua family mummy." Jawapan Zarina menyentuh hati semua orang. Zarina sudah mengaku mereka keluarga dia? Terharu betul...
"Hrmm... Family mummy, family Ryan kan?" soal Aryan, tersenyum lebar.
"Ye, sayang. Pandai.."
"Hi semua! Nama Ryan, Arjuna Aryan Bin Helmi Ikram!" Seperti biasa, Aryan akan perkenalkan dirinya.
Serentak itu semua pandang Helmi. Adakah Aryan tahu Helmi ayahnya?
"Nama aunty sape?" soal Aryan, ramah.
Hilna ketawa. "Aunty? Cam tak sesuai je.." Dia baru 21 kot.
"Okay lah. Nama aunty, Hilna Ehnas. Panggil aunty Na."
"Nama uncle ialah Hilman Ehsan. Ryan boleh panggil uncle Man."
Aryan tongkat dagu.
"Hrmmm... Aunty Na dan uncle Man ni kembar eh?"
Sejurus itu semua orang ketawa kuat. Pandai betul Aryan!
"Pandai! Kami memang kembar, cuma tak sama perangai!" ujar Hilman sambil ketawa.
Hilna buat rolling eye. "Tak sama langsung!"
Aryan angguk faham. Macam Sha dan Qal lah!
"Halima. Aunty Lima."
"Hrmmm... Lima?" Aryan menunjukkan jari lima kepada Halima. Sekali lagi, mereka ketawa kuat.
"Uncle, Firman. Uncle Fir."
"Nama uncle Atif. Panggil uncle Tif."
"Aunty punya nama, Halina Ifti. Ryan panggil aunty Lina ya?"
Aryan yang duduk diriba Zarina, mendongak pandang mummy nya.
"Macam nama Sha kan, mummy?" Zarina mengangguk. Ya, Halina Ifti dan Ifti Raysha. Tak sangka pula Aryan tahu nama panjang Raysha pun Aryan ingat.
"Am! Kenalkan nama hang!" arah Halina.
Helmi hanya diam.
"Aunty Lina! Ini uncle Am! Ryan tahu nama dia!"
Semua orang saling berpandangan. Adakah Aryan tahu Helmi lah ayah dia? Tidak. Sebab Aryan memanggilnya dengan 'uncle'.
"Nama Aunty pula?" Aryan menunjukkan kearah Puan Maryam. Dia gelak kecil. Aunty? Dia terlalu tua untuk panggilan aunty.
"Na—"
"Dia ni nenek Ryan tahu." ujar Zarina. Semua orang terkejut dengan pernyataan Zarina.
"Nenek?"
"Ya! Salam nenek Ryan!"
Aryan akur lalu menyalami tangan Puan Maryam. Puan Maryam terpaku sehingga air matanya jatuh.
"Nape nenek nangis ni?" soal Aryan sambil buat muka cemberut.
"Nenek.. Jangan nangis.. Nanti muka nenek dah tak cantik dah." Aryan kesat air mata yang mengalir pada muka Puan Maryam. Puan Maryam terus menangis.
*
Aryan sedang bermain dengan Aisyah, Uzair, Umar, Una, Uda dan Ufa.
"Ari...."
Zarina toleh.
"Ya?"
"Aku minta maaf.." ucap Halina sayu. Air matanya bergenang.
Zarina tersenyum. "Kan aku dah maafkan."
"Tapi... Tapi.. Ta—"
"Jangan risau. Ari dah anggap korang macam family Ari sendiri." ujarnya ikhlas. Dia pandang semua orang dihadapannya ini.
"Kita boleh jadi macam dulu tak?" soal Halina, risau.
"Mesti lah!" Zarina tersenyum ceria.
Halina seka air matanya sambil tersenyum.
"Terima kasih, Ari.."
"Ari nak makan? Ibu ada buat gulai. Nak?" pelawa Puan Maryam.
"Boleh juga. Terima kasih, bu.."
"Yang tinggi lampai ni sapa?" soal Puan Maryam sambil pandang Habil yang masih tercegat diruang pintu.
"Hah dia ni bodyguard dan driver Ari. Habil namanya." balas Zarina.
"Habil! Mai lah sini! Makan! Mak cik ada masak gulai dan ikan!"
Habil malu-malu berjalan kearah mereka.
Hilna terlopong lalu dia menyiku Hilman disebelahnya.
"Body dia ketul-ketul lah." bisik Hilna teruja sambil tepuk lengan Hilman. Habil pakai baju T-shirt putih, nampak lah six-pack dia. Macho!
"Habil! Minah sebelah aku ni suka kau!" laung Hilman. Merona merah muka Hilna lalu dia cubit lengan Hilman.
Habil toleh. Dia pandang minah yang disebutkan oleh Hilman. Hrmm... Lawa juga ya?
Semakin malu Hilna apabila Habil memandang dia tak lepas.
"Awak jangan pandang anak dara orang macam tu. Awak tu 27, dia tu 21!" Zarina memberi amaran.
"What? Age is not the matter for love. Right, boss?" balas Habil selamba.
"Awwww....."
Mungkin akan ada cinta antara mereka? Siapa tahu?
*
"Sekejap! Ryan nak minum air!" laung Aryan kepada kawan-kawan barunya.
"Okay Ryan! Datang cepat tau!" pesan Uda.
Aryan masuk kedalam rumah. Baru sahaja mahu masuk kedalam dapur, telinganya dapat menangkap bicara.
"Ari.. Ryan tau dak sapa ayah dia?" soal Puan Maryam. Dia pandang Helmi yang sedang berbual-bual dengan Habil.
Aryan terkedu. Ayah Ryan? Dia bersembunyi disebalik dinding. Mahu mendengar dengan lebih dalam dan tak mahu kena tangkap.
Zarina mengeluh sebelum menggeleng. "Belum." jawab Zarina lemah.
"Sampai bila Ari nak rahsiakan perkara ni daripada Ryan? Ryan berhak tahu."
Zarina hanya diam.
"Memang ibu tahu kami buat silap. Tapi Ryan berhak tahu siapa ayah kandung dia!" jelas Puan Maryam.
Zarina mengeluh. "Am tahu."
"Am tahu tapi Ryan tak tahu!"
"Ibu, selama ni Ryan selalu anggap ayah dia dah mati. Tak kan Ari nak cakap dekat dia yang ayah kandung dia masih hidup? Dan Am ayah kandung dia? Terkejut budak tu, ibu.." ujar Zarina serius.
Aryan tersentak. Hah?? Ayah kandung Ryan masih hidup? Uncle Am ayah kandung Ryan??
Aryan memandang Helmi dari jauh. Dia ayah kandung Ryan ke? Hatinya bertanya sayu.
Kakinya bergerak ke taman semula. Dia mendapati Uzair.
"Abang Zair.." panggilnya.
Uzair yang sedang bermain bola terus pergi kepada Aryan.
"Ya Ryan?"
"Apa name penuh uncle Am?" soal Aryan kalut. Dia seperti tergesa-gesa.
"Hah?"
"Jawab la.." desak Aryan.
"Err... Helmi Ikram. Kenapa ya?" Uzair memang tidak tahu tentang peristiwa 4 tahun yang lepas.
Aryan terkedu. Dia sudah dapat jawapannya. Jadi betul lah... Uncle Am itu ayah kandung dia? Sebab itu lah mummy dan uncle Am tak nak bagitahu nama penuh..
"T—Tak ada apa-apa..."
"Ryan nak main?" ajak Uzair.
"Ryan nak ke toilet. Shishi." jawabnya.
"Toilet dekat atas." beritahu Uzair.
"Ah.. Terima kasih.." Laju kaki Aryan berlari apabila Uzair pergi bermain.
Kakinya bukan berlari masuk kedalam rumah, tapi berlari keluar dari rumah.
Sambil toleh kebelakang, kakinya berlari keluar dari perkarangan rumah.
Kanak-kanak berumur 4 tahun ini seakan tidak dapat menerima kenyataan.
Nape mummy tipu Ryan? Mummy cakap daddy dah tak dek...
Nape uncle Am yang selalu buat mummy nangis jadi ayah Ryan?
Nape ayah Ryan tiba-tiba datang sekarang? Nape tak dulu?
Aryan menangis teresak-esak sambil berlari. Dari berlari terus berjalan. Kakinya sudah terasa sakit kerana dia tidak memakai kasut. Lantai ini ialah jalan bertar.
"Ryan?"
Aryan toleh.
Seorang lelaki bertopi hitam yang menutupi mukanya berada didepannya.
"Uncle sape?" soal Aryan sambil kesat air matanya yang masih tumpah.
Dia tersenyum sinis. "Nak uncle bawa Ryan ke tempat setiap hajat boleh ditunaikan?"
Aryan terkedu. Hajat?
"Hajat itu permintaan. Apa yang Ryan nak, semua akan dapat."
"Nak!" Aryan angguk laju.
"Ryan nak keluarga yang bahagia! Uncle boleh tunaikan?"
Lelaki itu mengangguk.
"Jom. Ikut uncle." Lelaki itu memegang tangan Aryan.
Aryan yang hanya budak-budak tanpa ragu-ragu mengikut lelaki itu menaiki kereta.
Perlahan-lahan kereta hitam itu bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.
_______________________________
AZ bersiul-siul sambil membawa plastik yang berisi makanan.
"Yo, Pak Mat!" Az menyapa Pak Mat yang berada di pondok guard..
Riak wajahnya bertukar apabila mendapati tubuh tua itu seperti berlumuran dengan darah.
"Pak Mat!!" Dia berlari masuk kedalam pondok itu.
"Pak Mat? Kenapa ni?!" soal Az cemas sambil menggoncang tubuh itu. Di dada Pak Mat, penuh dengan lubang. Ya, kesan tembakan.
Tapi sayang, tiada sahutan daripada Pak Mat.
"Sekejap..." Az terkedu. Diorang!
Kakinya laju berlari masuk kedalam rumah. Baru sahaja mahu masuk ke dalam rumah, dia menjerit.
"KUDIN!!!!" teriaknya sambil mendapati Kudin yang terkulai lemah diatas lantai. Bukan setakat ditembak, malah muka Kudin penuh dengan lebam.
"Kudin!! Bangun!!!!" jerkahnya sambil cuba menggerakkan Kudin. Tapi sayang, tiada tindak balas.
Az ketap gigi. Sha dan Qal!
Dia berlari menaiki tangga. Mahu tercabut jantungnya melihat Long dan Bob berlumuran dengan darah. Kali ini lagi ngeri kerana kepala mereka seperti terkena hentakan.
Az berlari masuk kedalam bilik Sha dan Qal.
"DAUD!!"
Daud terbaring diatas lantai. Dia juga ditembak dan dibelasah teruk-teruk. Dan dia juga sudah tidak bernyawa.
Az cemas. Air matanya bertakung. Dia cuba mencari Sha dan Qal diseluruh rumah. Malangnya, mereka langsung tidak ditemui.
Az turun ke ruang tamu. Baru dia perasan ada tulisan pada cermin besar itu.
'HUTANG NYAWA DIBALAS NYAWA, RAYYAN!!'
Share this novel