"AM! Jom pi rehat!!" ajak Aiman lalu bingkas bangun dari tempat duduknya.
Helmi tersenyum sambil mengangguk. Buku-buku dia kemaskan agar kelihatan teratur lalu bangun.
"Rul, tak nak ikut?" soal Helmi. Keningnya terangkat tanda pelik.
Fakhrul yang duduk dikerusi meja guru hanya terdiam. Tidak menjawab pertanyaan Helmi. Ibarat membiarkan angin berlalu pergi.
Memori berkenaan Helmi dan Atia berlayar-layar di kotak memorinya.
Aiman yang duduk diatas meja pelik.
"Awat ngan hang Rul?" soal Aiman.
Fakhrul menggelengkan kepalanya.
"Aku tak nak rehat sekali dengan lelaki yang tak reti menghargai bini." ujar Fakhrul selamba dalam nada dingin.
Aiman menghalakan jarinya pada dirinya sendiri.
"Aku?"
Helmi yang berdiri berdekatan dengan Fakhrul terdiam. Terasa seperti pisau dicucuk pada hatinya.
"Bukan hang lah Man..." ujar Fakhrul lalu membelek-belek buku latihan milik muridnya.
"Hang dah pasaipa, Rul?" soal Helmi menahan amarah yang sedang bergelora dihatinya.
Fakhrul menoleh memandang Helmi. Senyuman sinis terukir dihadiahkan kepada Helmi.
"Laaaa..... Terasa ka?"
Berombak kencang dadanya menahan gelojak kemarahan.
"Jangan buat bodoh, Am...." Sengihan penuh sinis dilemparkan. Fakhrul bangun daripada tempat duduk. Sekarang ini, dia berdiri berhadapan dengan Helmi.
Aiman yang diam memerhati mereka bertanya-tanya didalam hati.
"Hang penipu! Hang kata nak tolong aku tapi hang tikam belakang aku!!" teriak Fakhrul didalam nada yang masih terkawal kerana mereka sekarang berada didalam bilik guru.
"Maksud hang?" soal Helmi mendatar masih tidak mengerti apa yang Fakhrul maksudkan.
Fakhrul ketawa sinis.
"Jangan buat bodoh, Am.. Hang kata nak tolong aku dengan Tia!! Tapi hang tipu!!"
Butang mata Helmi.
"Aku tak lagi dengan Atia!!"
"Hang tipu!!"
Helmi terdiam. Jelas kelihat di tengkuk Fakhrul, urat-uratnya tegang tanda marah.
"Kalau hang tak mampu nak bahagiakan Ari, kalau hang tak mampu nak setia, hang jangan seksa Ari! Dia tak bersalah!"
Helmi mengepal penumbuknya. Dia mencengkam kolar baju Fakhrul kasar.
"Hang diam! Hang tak tahu apa-apa!" ujar Helmi bengang sambil merenung tepat wajah Fakhrul.
Fakhrul ketawa sinis mendengar kata-kata Helmi.
"Hang jangan buat lawak weyh. Aku tahu. Aku tahu hang curang dengan Ari! Dasar lelaki tak sedar diuntungkan hang ni?!"
Pap!!
Satu tumbukan padu hinggap tepat mengenai wajah Fakhrul. Butang mata Aiman. Dah lebih ni!
Dia bergegas menghampiri Fakhrul. Dia menoleh Helmi.
" Woi! Hang dah awat, Am?! " soal Aiman kepada Helmi lalu menolak bahu Helmi. Helmi terdiam. Aiman memapah Fakhrul.
Fakhrul mengesat darah yang keluar pada bibirnya. Dia gelak sinis.
"Kesian Ari dapat laki tak guna macam hang." sinis Fakhrul.
"Kurang ajar!!" Baru sahaja Helmi mahu tumbuk, Aiman menghalang Helmi.
"Dah lah weyh! Malu orang tengok!" marah Aiman sambil memandang sekeliling. Ramai guru yang sedang melihat adegan mereka.
"Jom blah, Man. Aku tak dak kawan yang curang macam Am" ujar Fakhrul lalu beredar keluar dari bilik guru. Aiman yang terpinga-pinga tidak tahu apa yang berlaku terus mengejar Fakhrul.
Helmi mendengus. Rambutnya diraup kasar. Apa kena dengan Fakhrul ni?
________________________________________
"WARDA, sila masuk."
Warda yang berjawatan secretary masuk kedalam bilik apabila boss nya memanggil
"Ye, boss?" soal Warda ceria. Dia memandang boss nya itu.
Ezzul Rayyan. CEO SILVIA R. Duda anak dua itu sangat terhangat. Duda terhangat! Wajah yang tampan dan kacak mampu melemahkan lutut setiap perempuan yang memandang dirinya.
Nasib baik Warda sudah berkahwin. Kalau tidak, pasti dia turut terkejar-kejarkan lelaki segak itu.
Rayyan tersenyum memandang secretary nya.
"Apa schedule saya hari ini?" Lembut Rayyan bertanya.
"Oh! Sekejap ya?" Warda membuka buku nota kecil miliknya. Tercatat segala maklumat dan jadual boss nya. Dibelek helaian buku nota itu satu persatu.
"Boss ada meeting sekejap lagi pukul 10. Jam 12 tengah hari, ada appointment dengan Gemilang Holdings. Then, boss kena pergi site. Itu je." Buku nota kecil ditutup.
Terangguk-angguk Rayyan jadinya.
"Gemilang Holdings?"
Warda mengangguk.
"Ya. Dengan Dato Kamarul dan Haikal Jeffri." jawab Warda lancar.
"Okay, you may leave now." Warda mengangguk tanda hormat lalu beredar keluar dari bilik boss nya itu.
Rayyan tersenyum sinis.
"Jeffri? Tak sabar aku nak jumpa kau....."
Share this novel