ZARINA sedang menyanyi kecil sambil tangannya lincah bergerak-gerak.
"Anata wa nani o ryori shite imasu ka (apa yang awak tengah masak?)" tegur Aira yang sedang keluar dari biliknya.
Zarina toleh memandang Aira atas bawah. Rambut serabai kusut masai. Wajah serupa lion bangun tidur. Dengan baju tidur lagi.
"Saisho ni ryuyoko shitakunai? (tak nak mandi dulu ke?)" perli Zarina sambil melirik Aira atas bawah.
Aira tersengih menayangkan sebaris giginya yang putih. Dia mengambil tempat duduk di atas lantai.
Di Jepun, mereka mengamalkan makan diatas lantai yang berlapit tikar tatami. Gaya hidup Jepun lebih cenderung ke arah traditiosal. Makan diatas lantai.
"Tabemono! Tabemono! (makanan! makanan!)" Aira mengetuk-ngetuk meja itu. Zarina kacip gigi geram. Bising betul mak cik ni!
"Mada dekimasen? (Diam boleh tak?)" soal Zarina sambil menjeling Aira. Aira tersengih.
"Dekinai! (Tidak boleh!)" Aira menjelir lidah. Zarina ketawa kecil sambil meneruskan masakan. Sumpah macam budak-budak! Kalah Aryan!
"Nane o tabaru? (masak apa?)" soal Aira.
"Kineya Kugimaru" jawab Zarina. Membesar mata Aira teruja.
"Oishi! (Sedap!)" Terbayangkan kineya kugimaru, sejenis udon yang amat dia gemar. Zarina menjeling. Bukannya nak tolong pun!
"Junbi kanryo! (Siap!)" Zarina meletakkan udon itu diatas meja. Aira mula memegang chopstick dengan keterujaan. Tak sabar mahu makan.
"Terima kasih!" ucap Aira sambil tersenyum manis kepada Zarina. Zarina berbalas senyuman.
"Sama-sama. Makan perlahan-lahan. Udon still hot" ujar Zarina kepada Aira.
Dengan gelojoh, Aira makan udon itu dengan rakus. Nampak sangat kebulur itu. Zarina menggelengkan kepalanya perlahan.
"Ouch! Hot!" Aira mengadu kesakitan sambil memegang bibirnya. Zarina menjeling.
"What did I said?" sinis Zarina sambil menuang air green tea ice kepada Aira. Aira meneguk rakus air itu. Dia tersengih kepada Zarina.
"Arigato. (Terima kasih) ." ujar Aira sambil tersengih. Zarina buat rolling eyes.
"Watashi wa Ryan o shokku shitai. (Saya nak kejut Ryan)" Setelah mendapat anggukan daripada Aira, Zarina terus berlalu masuk kedalam bilik.
Pintu bilik ditolak. Maklum lah, di Jepun, sesetangah rakyatnya masih mengamalkan tradisi mereka. Pintu harus ditolak.
Dia mendekati Aryan yang enak tidur dibuai mimpi.
"Ryan... Bangun sayang..." panggil Zarina dengan suara yang lembut. Tubuh anak lelakinya itu digoncang lembut.
Aryan mengeliat kecil apabila tidurnya terganggu. Dia membuka matanya perlahan-lahan.
"Hmm?"
Zarina kulum senyum. Sumpah! Aryan kelihatan sangat comel dengan rambut yang messy dan pipinya yang gebu! Matanya yang kuyu juga comel!
"Mummy mummy... Ryan nak tidur laa.." rengek Aryan manja lalu memusingkan badannya kearah dinding.
Spontan kening Zarina terangkat dengan tindakan Aryan. Tak mahu bangun budak ni? Budak bertuah sungguh!
"Mummy masak kineya ugimaru" bisik Zarina ditelinga Aryan. Kelopak mata Aryan terbuka laju. Dia bangun menghadap ibunya.
"Hontoni? (Benarkah?)" soal Aryan. Matanya membesar ketika nama makanan itu disebut. Udon itu memang kegemaran dia! Zarina mengangguk.
Aryan terus bangun daripada tempat tidurnya. Baru sahaja Aryan mahu bergerak ke pintu, Zarina terus bercekak pinggang.
"Habis siapa yang nak kemas tilam ni?" soal Zarina garang Mencerlung mata dia memandang anak lelakinya itu. Aryan tersengih menayangkan sebaris gigi bongsunya yang putih berseri.
"Hai... Hai... (Ya.. Ya..)"
Aryan terus melipat selimutnya sendiri. Kemudian dia meletakkan selimut itu di dalam almari. Dia juga melipat tilam toto bersaiz kecil lalu diletakkan kedalam almari. Begitu juga dengan bantal.
Zarina hanya diam memerhatikan tingkah laju Aryan. Wow! Nampaknya Aryan sudah pandai kemas bilik sendiri! Dia tersenyum sendiri. Syukur, dia berjaya mendidik Aryan menjadi anak yang murni budi pekertinya.
Siapa kata jika tiada seseorang yang bergelar ayah, anak tidak dapat dibentuk?
Siapa kata jika seseorang yang dicintai mengkhianti cintanya, lantas dia pasrah?
Siapa kata disebabkan peristiwa lama, dia akan mengalah?
Siapa kata hidupnya berakhir apabila kehilangan suami dicintai sejurus kehilangan sebuah keluarga yang penyayang?
Dia Zarina Medina.
Perempuan yang kehilangan suami.
Perempuan yang kehilangan sebuah keluarga
Perempuan yang dibuang keluarga.
Perempuan yang difitnah.
Perempuan yang nampak hina dan jijik dimata keluarga itu.
Perempuan yang kehilangan makna ketabahan dalam diri.
Perempuan yang terpaksa membesarkan anak lelakinya seorang diri.
Dia lah perempuan itu. Dia juga dapat bangkit daripada kegelapan. 4 tahun dia cuba untuk bangkit, lantas dia berjaya.
Aryan berdiri berhadapan ibunya.
"Mummy! I'm done!" ujar Aryan gembira.
Di rumah ini, tiada katil. Memandangkan rumah ini mengikut tradisi Jepun orang zaman dulu, maka tilam toto yang disediakan. Jadi, mereka terpaksa tidur diatas lantai berlapit toto.
Zarina tersenyum.
"Yes, Ryan. You may eat now." Rambut anaknya diusap lembut. Aryan tersenyum lebar.
"Ya, mummy!"
Zarina memandang Aryan yang laju berlari keruang tamu
Aryan persis Helmi.
________________________________________
"SAKURA Medina butikku e yokoso!! (Selamat datang ke butik Sakura Medina!!)" teriak Aryan teruja di luar pintu butik.
Orang yang lalu-lalang di kawasan itu serta merta pergi ke butik itu. Wajah comel Aryan dipandang.
"Kawai!! (Comel!)" puji mereka.
Aryan tersenyum lebar yang nampak comel.
"Anata wa kanari tenshi no yo de, anata wa hansamudesu! (Awak cantik macam bidadari dan awak pula kacak!)" puji Aryan sambil membuat aksi comel.
"Kawai! Namae wa nanidesu ka? (Comel! Nama apa?)" soal salah seorang daripada mereka. Aryan toleh. Dia tersenyum.
"Arjuna Aryan! Namae wa? (Nama apa?)" soal Aryan semula.
"Akiko Ayume!"
"Yamamoto Hajime."
"Sakuka Ichijou."
"Hotaru Ginjiro."
"Itsuki Kaito!"
"Manzo Machiko"
Aryan mengangguk-ngangguk sambil memuncungkan mulutnya. Mereka sekali lagi cair dengan aksi Aryan.
"Kawai! Watashi wa yukitai! (Comel! Saya nak masuk dalam lah!)" Salah seorang daripada mereka bersuara.
"Watashi mo! (Saya juga!)"
"Watashi mo! (Saya juga)!"
Mereka terus masuk kedalam butik. Tersenyum Zarina melihat Aryan.
Aryan comel. Dia sangat mesra dan mudah bergaul dengan orang ramai. Butik mereka mendapat sambutan kerana Aryan lah. The secret weapon!
"Medina-san!" panggil Aira. Zarina tersentak. Dia bergegas pergi ke Aira.
"Hai? (Ya?)" soal Zarina.
"Customer ni nak dress for spring. It must be trendy, elegant, versatile, comfy and stylish." ujar Aira.
Zarina mengangguk faham. Dia tersenyum manis kepada customer itu. Harus lah senyum! Depan customer kot!
"Watashi ni shitagatte kudasai (Ikut saya)" ujar Zarina. Wanita itu mengangguk.
Mereka berlalu menghampiri satu rak. Zarina mengambil satu dress yang tersangkut.
Dress yang bercorak bunga krim biru dan kainnya lembut berwarna putih. Sangat sesuai dan cantik untuk spring season!
Kriteria untuk dress spring ada caranya.
1. Warna mestilah terang dan coraknya mampu memberikan style yang menarik
2. Neutral warna lebih baik supaya boleh matching warna dengan corak yang dipilih
3. Selalunya, dress untuk spring fabriknya lebih ringan dan sangat selesa
4. Memilih corak bunga kerana spring melambangkan bunga
" Kore wa daijobudesu? (Yang ini okay?)" tanya Zarina. Wanita itu mengambil dress itu.
"Hana no iro o kaeru koto ga dekimasu? (Warna bunga boleh tukar?)" soal wanita itu ingin tahu. Dia menilik dress itu dengan teliti. Cantik but bunga yang tak cun!
"Hai... Anata wa don'na iro o shitaidesu ka? (Ya... Warna apa yang awak mahu?)" Zarina menguntum senyuman manis buat wanita itu.
"Anoo.. Aka? (Errr.. Merah?)" Zarina mengangguk. Dia mencari dress yang bercorak bunga merah.
"Kore wa daijobudesu? (Yang ini okay?)" Dress berwarna putih bercorak bunga merah dihalakan kepada wanita itu.
Warnanya putih dan bunga berwarna merah. Style dress ini sedikit berlainan daripada dress pertama kerana dress ini ada sedikit 'flowing' cuts yang menyerlahkan dress ini.
Dress ini berlengan pendek dan sangat klasik yang membolehkan dress ini memberikan kehangatan kepada tubuh badan.
Potongan dress dan maxi- dress ini mampu menarik perhatian orang ramai. Kainnya ringan dan jenis yang berangin apabila ditiup. Sesuai sangat dengan spring!
"Utsukushi. Watashi wa kore o toru! (Cantik. Saya ambil ini.)" Wanita itu membuat keputusan. Senyuman terukir.
"Arigato! Anata wa kenmeina sentaku o suru! (Terima kasih! Awak buat pilihan yang bijak!)" Zarina menunduk. Sememangnya, di Jepun mereka mengamalkan sikap menunduk hormat tak kira kepada sesiapa sahaja.
*
"Mummy... Ryan apar... Lama agi ke nak alik umah??" rengek Aryan sambil menyandarkan badannya pada kaki Zarina yang sedang duduk membuat rekaan baju.
Zarina memandang Aryan. Jatuh kasihan dia kepada anak lelakinya itu. Dari pagi mereka di butik ini. Mesti Aryan lapar.
" Jom beli dorayaki! " Zarina terus bangun.
"Yipi!" Aryan menjerit keterujaan. Dia melompat-lompat keriangan. Tersenyum Zarina melihat tingkah Aryan.
Jarak kedai dorayaki dengan butik tidak lah begitu jauh. Hanya beberapa minit sahaja sudah sampai jika berjalan kaki.
"Ryan tunggu sini dulu ye. Mummy nak beli dorayaki." ujar Zarina sambil memandang Aryan. Aryan mengangguk. Dia terus masuk kedalam.
Tiba-tiba sahaja hari ini, kedai dorayaki ini ramai orang pula. Sesak dalam kedai itu sehingga Zarina terpaksa menyuruh anaknya duduk diluar sekejap.
Aryan duduk bercangkung memandang bayang-bayangnya diatas jalan. Dia melambai-lambai kearah bayang-bayang itu. Pelbagai aksi dia lakukan.
"Nani o yatte iru no? (Apa yang awak buat?)" tegur seorang perempuan berhijab kepada Aryan. Aryan berpaling.
"Kage to hanasu (Bercakap dengan bayang-bayang)" jawab Aryan.
"Namae wa? (Nama awak?)" soal wanita itu lagi.
"Ryan." balas Aryan sepatah.
"Anata wa kawaidesu! (Awak comel!)" puji wanita itu.
"Watashi wa jibun no hensemu ga kawai wakede wanai (saya tak comel saya hensem)" ujar Aryan selamba. Wanita itu ketawa kecil mendengar kata-kata Aryan, kanak-kanak lelaki itu.
"Hai.. Hai.. (Ya.. Ya..)"
Zarina yang baru sahaja keluar dari kedai dorayaki pergi kearah Aryan yang sedang duduk mencangkung. Dahinya berkerut apabila memandang seorang wanita berhijab disebelah Aryan.
"Ryan?" panggil Zarina. Aryan menoleh. Senyuman lebar terukir.
"Mummy!" Aryan terus berlari menuju kearah Zarina. Tubuh ibunya dipeluk.
"Anooo... Anata wa daredesuka? (Errr.. Awak siapa?)" soal Zarina pelik apabila wanita itu tidak berkelip memandang dirinya.
"Anata wa Zarina Medina? (Awak Zarina Medina?)" soal wanita berhijab itu. Terkedu Zarina dibuatnya. Macam mana dia tahu aku?
Zarina memandang wajah manis itu. Macam pernah dia kenal tetapi siapa ya? Yang dia tahu wanita itu dari Malaysia.
Kelihatan mata wanita itu berkaca-kaca dengan air mata. Semakin berkerut lah dahi Zarina.
"Saya... Tia. Atia Melur."
Share this novel