DIA menangis teresak-esak. Am tidak cintakan kau, kau sedar lah diri tu, Ari!
Air matanya mengalir laju seiras dengan air di sungai yang mengalir deras.
Dia hanya menyewa tubuh Helmi, tidak bermakna hati dan cinta juga dia sewa.
Ari... Ari... Am layak dengan Tia, bukan kau! Cinta Am milik Tia, kau hanya sewa Am sahaja!
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.
Lelaki yang jahat hanya untuk perempuan yang jahat.
Helmi baik, jadi dia hanya untuk yang sendondon, Atia.
Jeffri jahat, jadi dia hanya untuk perempuan yang jahat.
Ari..... Kau jahat.
Kau
Jahat.
Musnahkan dua hati yang saling mencintai.
Menipu keluarga yang tak bersalah.
Rampas cinta orang.
Itu tak namanya jahat ke?
Buat apa dia lari satu dunia jika Haikal Jeffri juga akan menggunakan kuasa untuk menjejaki dia?
Baru sahaja dia dapat mesej daripada Hayna Julia.
Hayna Julia menghantar gambar bilik Jeffri. Terbeliak biji mata Zarina. Bulu romanya meremang.
Bilik itu dikelilingi dengan gambar-gambar dia! Gambar dia makan, gambar dia senyum, gambar dia bersembang, gambar dia masuk rumah.. Ah! Banyak lah!
Jeffri benar-benar hilang akal. Sampai gambar dia juga ditampal sekeliling bilik.
Julia
Hati-hati kak. Abang Jeff dah macam orang tak betul je Lia tengok.
Itu lah pesanan daripada Julia yang sudah dianggap sebagai adik
Querina dan Datin Noraini bagai menyepi selama 1 bulan. Zarina yakin. Mereka sedang merancang pelbagai rancangan untuk menjatuhkan dia dan membolot semua harta milik Dato Azman.
Memandangkan Zarina lah satu-satunya pewaris Wisma Holdings, Querina pasti tidak akan berdiam diri membiarkan Wisma menjadi milik Zarina.
Macam lah Zarina tidak kenal dengan adik tirinya, Querina si anak setan kelas pertama.
Rambutnya diraup kasar. Air matanya menitis untuk kesekian kalinya
Orang cakap, masalah itu ibarat bayang-bayang. Sentiasa mengekori kita kemana sahaja. Tetapi kalau berada di tempat gelap, bukankah bayang-bayang akan hilang?
Berada di tempat gelap sangat memeritkan. Saat cahaya kebahagiaan disuluh, bayang-bayang kembali mengejar.
Dia menyangka dengan berkahwin dengan Helmi, segala masalahnya akan hilang tapi semakin bertambah!
Dia kembali menangis sambil duduk mencangkung. Bahunya terhinjut-hinjut menangis.
Atif yang sedang berjalan-jalan terus terhenti langkahnya. Matanya terancap pada satu susuk tubuh yang sedang duduk ditepi sungai.
Terbeliak biji mata dia. Mak aii... Langsuir ke tu? Sekarang kan dah senja mestilah banyak hantu berkeliaran di sana sini.
Entah mengapa kakinya terasa gatal pula nak menghampiri perempuan yang berambut panjang itu. Terlebih berani pula si Atif hari ini.
"Ari?" Terkedu dia melihat Zarina Medina sedang menangis. Zarina gigit bibir bawah. Kacau betul lah mamat ni!
Cepat-cepat dia kesat kasar air mata yang jatuh turun ke pipi itu. Tidak mahu Atif melihat dia sedang menangis. Tetapi mata Atif lebih tajam daripada helang.
"You menangis ke?" soal Atif lalu duduk bersebelahan Zarina. Mak! Asal dia duduk sini pula?!
"Tak lah. Aku tengah menari berjoget-joget. Tak nampak ke?" Zarina membalas sarkastik. Renungan tajam kalah pedang samurai dihadiahkan kepada Atif.
Atif ketawa halus. Atif.. Atif.. Kau ingat Ari akan bagitau ke? Memang sah sah lah dia tak akan bagitau. She's not like anyone. She's special.
Yang suka memendamkan segala perasaan. Yang suka merahsiakan banyak perkara. Banyak juga yang Atif tidak tahu pasal Ari.
Kerana dia Zarina Medina.
Like a Cinderella with thousand scars in the heart.
"Joget? Nak join boleh?" Atif tersengih. Sudah namanya Atif Malik, masakan dia akan berputus asa. 3 tahun belajar di luar negara mengajar dia jangan berputus asa.
Zarina menjulingkan matanya keatas. Sejujurnya dia tidak berapa menyenangi kehadiran Atif. Sudah lah tengah senja ini.
Nama yang asing. Orang yang asing. Dia, Atif Malik. Abang kepada Atia Melur yang terpaksa menunggu 2 bulan lagi untuk bersama Helmi.
"Asal kau ada dekat sini?" soal Zarina keras seolah-olah marah. Atif membesarkan matanya.
"This is my home. Why I need a reason to be here?"
Zarina merengus. Loyar buruk! Atif kulum senyuman.
"I ada dekat sini sebab I ni kan prince Charming Cinderella.." Zarina buat rolling eyes apabila Atif mendepakan tangannya ibarat Prince Charming .
"I'm not a Cinderella. What make you said that?" soal Zarina. Dia bukan Cinderella! Tetapi macam mana Atif boleh tahu dia Cinderella?
Atif tersengih.
"Yes, you're a Cinderella. Sebab I rasa you ada banyak rahsia dan kisah yang you pendam. Disebalik mata hazelnut you tu, ada kesedihan... Cinderella with scars."
Tepat sekali sangkaan Atif. Cinderella yang ada banyak luka dan rahsia.. Zarina menggenggam erat tangannya.
" And of course I'm a prince Charming! " Zarina mencebik.
"Excuse me? If I'm Cinderella, then Cinderella don't have prince Charming! Cinderella live alone!" ujar Zarina.
"Hrmm... Then let me become superhero!" ujar Atif sambil tersenyum.
"Superhero? Kau ingat kau ni superman ke pakai spenda dekat luar? Sorry to say.. Not my taste" balas Zarina dalam nada angkuh
"At least, I pakai spenda dekat dalam. I ni bertamadun lah Ari! Superman tu tak bertamadun, sebab itu dia pakai spenda dekat luar!" Zarina tergelak kecil. Terhibur dengan gurauan Atif.
Atif tersenyum sambil memandang wajah cantik Zarina. Dia suka wajah itu tersenyum. Dia suka wajah itu ketawa. Dia tidak mahu Zarina menangis.
" Cantik you ketawa.... " Terkedu Zarina mendengar pujian Atif. Errr.... Is that actually a compliment?
"Ketawa macam nak mengilai pun cantik?" soal Zarina pelik. Biar betul dia ni. Atif ketawa.
"Ari, you tak takut ke?" soal Atif. Zarina pandang Atif.
"Takut apa?"
"Takut hantu. Sekarang kan Maghrib.. Tak takut hantu ke?" Atif mengangkat keningnya nakal. Dia tersengih. Zarina mencebir.
"Kau lah hantu tu!" Menjegil mata Zarina kepada Atif. Dia membuang pandangan menghadap arah lain. Dia berpeluk tubuh.
Atif ketawa lagi.
"Eh, kau memang suka gelak kan?" soal Zarina sinis sambil menjeling tajam Atif. Asyik gelak je dari tadi. Rimas dia!
Atif tersenyum.
"Ha'ah sebab you ni lawak." Butang mata Zarina. Terasa dipermainkan.
"I'm not an entertainer. My job is not make you laugh, Tif." ujar Zarina bersahaja.
"Yes, I know...."
"Okay last question!" Zarina ketap gigi. Ingat ni sidang media ke boleh tanya banyak soalan?
"What?!" Zarina menyoal geram. Dia mahu cepat balik ke rumah.
"Kenapa you menangis?" soal Atif serius. Nadanya bertukar serius. Zarina mengetap bibir. Rasanya soalan ini lagi susah daripada soalan SPM. Kau boleh jawab ke?
Zarina memandang sungai yang kelihatan bersinar.
"Hidup ini bukan sekadar fairy tale. Terlalu banyak masalah yang aku hadapi. Berat masalah itu untuk aku pikul.." luah Zarina bersama matanya yang berkaca-kaca.
Atif mendengar dengan penuh semangat.
"Kau sangka aku hanya Cinderella? Kau tak kenal aku, Tif. Kau tak tahu apa-apa pasal aku. Ya, aku memang Cinderella.
Cinderella pakai baju cantik-cantik. Itu yang orang nampak. Tapi sebernanya, Cinderella itu comot. Orang cakap aku baik tapi sebernanya aku jahat. " Air mata Zarina bergenang.
Tersentuh hati Atif mendengar dan melihat air mata itu bergenang.
" Aku jahat. Aku rampas kekasih adik kau. Mesti kau bengang dengan aku kan? Keluarga aku pun macam ada tak dek je.. " Teresak-esak Zarina menangis meluahkan segala yang terbuku dihati.
Air mata dia kesat kasar.
"Mesti kau ingat aku cengey kan? Maaf lah kalau kau terpaksa tadah telinga dengar bebelan aku.." Zarina tersenyum nipis yang tampak hambar di mata Atif.
"Dah habis dah?" Tersentak Zarina. Nampaknya, Atif langsung tak ambil kisah.
"Ari menangis sebab terkenangkan hidup Ari? Yes, it's true. Life ain't fairy tale. No such thing as happy ending because the happy ending is not a true ending.
Life is like weather. Sometimes sun will shine brightly bring happiness. Sometimes the rain will come bring sadness. It just a natural cycle. So try to chase your ending. Try to make your ending become colorful just like rainbow in the sky . " balas Atif serius. Zarina terkedu. Dia tersentuh dengan jawapan Atif.
" You're not cruel. You're not evil. You're not a wicked witch. You're not an antagonistic person. You are Ari. You are Zarina Medina, wife of Helmi Ikram.
Atia is not wife of Helmi. So there's no such thing of 'rampas'. You need to wake up, Ari. Chase your own life. Don't think about others. " sambung Atif sambil mengusap-usap rambut Zarina. Zarina tersenyum. Kata-kata Atif menusuk ke kalbunya.
" Kalau Am bukan jodoh Ari, korang tak akan berkahwin. Kalau Am jodoh Ari, terima dia seadanya. Ajar dia erti cinta. Ajar dia erti setia. Sebab dia dikaburi dengan Atia. Boleh?" Zarina mengangguk. Air matanya hampir bergelinang mendengar kata-kata Atif. Atif tersenyum.
" So, I don't want to see tears. Okay? "
" Okay, boss! " Zarina mengangkat tabik. Atif ketawa geli hati. Zarina turut ketawa.
" Tif, kau memang superhero! " ujar Zarina ceria. Atif tersenyum bangga
"Yes, I am. But surely I much more to a prince charming. What do you think?" soal Atif mengharapkan jawapan yang terbaik daripada Zarina. Zarina tersenyum manis.
"Prince Charming is belong to Helmi! The one who makes me cry. The one who makes me smile. The one who makes me crazy. It is him." Senyuman manis dihadiahkan kepada Atif. Atif terkedu. Dia tersenyum hambar
"Ya......"
Zarina terus bangun.
"Okay, Tif! Aku balik dulu ye?" Atif mengangguk lemah. Zarina terus berlari anak sambil melambai-lambai kearah Atif.
"Bye-bye!"
Atif tersenyum kelat. Tif.... Dia bukan milik kau.. Kau bukan prince Charming dia.. Tapi Am....
________________________________________
USAI solat Maghrib, Zarina terburu-buru masuk kedalam bilik untuk melipat telekung. Dia mahu meminta maaf dengan Helmi. Dia terasa berdosa!
Tiba-tiba dia terasa seperti ada tangan yang sedang memeluknya. Dia kaku sekejap.
"I'm sorry...." Suara husky itu menerjah ke gegendang telinga Zarina. Suara itu yang membuatkan jantungnya berdetak laju.
Zarina menoleh perlahan-lahan menghadap sang suami tercinta. Mata milik Helmi direnung dalam-dalam untuk mencari keikhlasan.
"Ari, aku minta maaf. Memang Atia tu cinta pertama aku but kau cinta terakhir aku sampai ke Jannah. Aku tak cintakan dia lagi. Aku cintakan kau...." ucap Helmi sayu sambil menggenggam erat tangan Zarina. Sebak hati Zarina mendengar luahan Helmi. Terasa dirinya berdosa dengan suami.
"Patutnya Ari yang kena minta maaf... Ari cemburu buta.. Ari tuduh Am bukan-bukan. Maafkan, Ari ya?" Tangan suaminya dikucup penuh shahdu. Helmi terharu dengan tindakan isterinya. Lantas, tubuh itu dimasukkan kedalam dakapan dia.
"Shuuuuu... Jangan minta maaf dah.. Kita mulakan hidup baru ya?" Zarina mengangguk laju. Ya, hidup baru bersama Helmi Ikram! Pelukan dileraikan.
"Am janji takkan tinggalkan Ari ya?"
"Ya! Aku janji!" Dahi isterinya dicium penuh kasih.
"Am... Stop kata aku-kau boleh tak? Kasar!" rengek Zarina manja. Cubaan kedua! Mana tahu kalau lembut hati Helmi nak tukar panggilan.
"So apa aku patut panggil kau?" soal Helmi malas. Baginya, panggilan tidak mampu menunjukkan rasa cinta.
Zarina meletakkan jarinya pada pipi acah berfikir. Comel pula dia pada pandangan Helmi.
"Sayang?" soal Zarina. Helmi mencebik.
"Cliché. Lapuk ditenggelami zaman" Zarina mencebik. Mana ada lapuk.
"Honey?"
"Ari bukan madu. Kau bukan makanan" jawab Helmi selamba. Zarina merengus perlahan.
"Baby?"
"Ari bukan baby."
"Cinta?"
"Cinta kita lagi kukuh dari panggilan 'cinta' itu"
"Darling?"
"Macam nama duit shiling je.."
"Dear?"
"Tu bukan rusa ke?"
Zarina mendengus. I'm surrender! Helmi tersenyum melihat wajah Zarina. Dagu isterinya diangkat menatap wajahnya.
"Panggilan sesama suami isteri tidak mampu menandingi cinta kita. Cukup aku buktikan cinta aku sudah. Kan aku dah cakap.. Aku tak romantik..." ujar Helmi dengan suaranya yang cukup gemersik.
Mata Helmi terancap pada satu sasaran. Bibir Zarina! Terus dikucup bibir itu. Zarina terkedu tetapi dia biarkan sahaja Helmi berbuat sebegitu.
Terasa mual, terus Zarina menolak tubuh Helmi hingga terdorong ke belakang. Dia berlari masuk kedalam tandas untuk muntah.
Dia memuntahkan segala isi perut.
Helmi menghampiri isterinya. Belakang badan isterinya ditepuk-tepuk lembut.
"Are you okay?" Suaranya cukup menunjukkan dia risau.
Zarina membasahkan mulutnya dengan air.
"I'm fine.." Zarina cuma sedikit pening. Dia terus keluar dari tandas.
"Are you sure?" Zarina merengus perlahan.
"Yes, 100% sure!" Zarina menjawab geram. Aku dah kata aku okay, aku okay lah! Helmi tersenyum nakal.
"Shall we continue?" Laju Zarina menggelengkan kepalanya. No way! Muncung sahaja mulut Helmi.
"Aku romantik atas katil je. Tak nak rasa ke?" Zarina menggeleng. Otak kau romantik atas katil! Wak lu!
"Ari! Aku dah bet dah dengan abang Fir! Anak berdozen-dozen!" ujar Helmi sayu yang dibuat-buat. Zarina mencebik.
"Itulah.. Siapa suruh bet?" Baik Hilna.. Baik Halina.. Baik Helmi.. Semua sama je! Suka bet!
"Ari... Jom lah buat anak berdozen-dozen!" rengek Helmi manja. Butang mata Zarina. Lepas Maghrib nak buat anak? Wak lu!
"When I say no, it's a no!"
"Malam ni malam Jumaat..." ujar Helmi tidak berputus asa. Zarina mencebik. Kisah pula aku?
"Eiii.. Mulut tu kan!" Geram pula Helmi apabila Zarina asyik mencebik.
"Should I punish this lips?" soal Helmi sambil mengangkat kening. Dia tersenyum nakal.
Kecut perut Zarina. Dia mengundur setapak demi setapak sehingga dia terlanggar dinding . Jangan buat kerja bodoh, Am!! Solat Isya' belum lagi!
Laju bibir Helmi menindih bibir Zarina. Mulanya perlahan, tetapi ciuman itu semakin rakus apabila kucupan itu berbalas.
"Guyss! Ibu ajak makan!!" Ternganga mulut Hilna apabila melihat adegan tak berbayar itu.
Zarina yang terkejut terus menolak dada bidang Helmi kuat hingga terjatuh keatas katil yang empuk.
Hilna bagai terkena renjatan elektrik. Dia kaku di ruang pintu. Cuba mencerna kembali apa yang dia lihat sebentar tadi.
"Na, it's not like what you think.." ujar Zarina cuba meyakinkan adik iparnya.
Helmi mendengus kasar. Kacau betul! Spoil lah Hilna ni!
"Ibu!! Depa tengah buat projek!! Tak boleh diganggu!!!" teriak Hilna lantang. Bulat mata Zarian. Projek?
"Ah! Na jangan kacau depa lah kalau macam tu!!" laung Puan Maryam di dapur. Dapat Zarina tangkap beberapa gelak ketawa didapur. Dia ketap bibir.
"Okay, maaf menganggu. Sambung lah dulu ye.. Tapi jangan lupa solat Isya' ya.." ujar Hilna lalu beredar.
"Na! Tutup pintu!" teriak Helmi. Hilna terus berpatah balik. Dia tersengih.
"Sorry!" Terus pintu kayu itu ditutup rapat-rapat.
Zarina menjeling tajam kearah Helmi yang tengah baring diatas katil. Boleh pula buat wajah selamba je!
"Am lah ni!" marah Zarina.
"What?" soal Helmi selamba. Merah padam wajah Zarina. Malu betul!
"Kita kan suami isteri.. Buat apa nak malu?" soal Helmi. Zarina memandang kearah lain. Dia berpeluk tubuh.
"Shall we continue?" Bulat mata Zarina. Wajah bersahaja Helmi dipandang.
"Pervet!" jerit Zarina kecil lalu membaling bantal tepat kearah Helmi. Sempat Helmi menangkap.
Zarina berlari ke pintu. Dia sempat kalih.
"Helmi miang!" Dia terus membuka tombol pintu.
"Miang dengan kau je! Bukannya dengan orang lain!" teriak Helmi lalu ketawa terbahak-bahak diatas katil empuk itu.
Share this novel