Lapangan Terbang KLIA,
Seorang wanita berselendang biru gelap sedang melangkah keluar dari pintu gate bersama luggage yang ditarik. Dia menghirup udara segar. Sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia, sekarang dia sudah tiba di tanah air yang tercinta. Kemudian dia mengeluh berat. Betul ke apa yang dia buat ni?
"Maaf, cik ni cik Hayna Julia Binti Dato Kamarul ke?" Hayna berpaling apabila kedengaran orang menyeru namanya.
"Ya dan awak berdua ni siapa?" soal Julia sambil memandang dua orang lelaki yang berbadan tegap dan sasa. Kejap... Kenapa kacak sangat diorang ni?!
Seorang lelaki tersenyum senget melihat Hayna tidak berkelip memandang mereka.
"Saya, Dollah. Kawan saya ni Mat. Kami berdua ini bodyguard yang diupah oleh Tuan Ezzul Rayyan untuk menjaga cik Hayna Julia." Dollah memperkenalkan dirinya.
Julia terkedu. Bodyguard? Rayyan yang upah? "I'm not a kid!" Tegas Julia. Serentak itu dia menghadiahkan renungan tajam kepada Dollah dan Mat yang sedang tersenyum sinis.
"No, you're a little girl." Dollah tersenyum herot sambil memandang Julia. Julia mengetap giginya geram. Dia kata aku budak perempuan? Hello? Aku ni wanita lah!
"Mat, ambik luggage dia." arah Dollah. Mat akur lalu merampas luggage yang berada di genggaman Julia. Membulat mata Julia. "Hey!"
"Kami akan hantar cik Hayna ke rumah kawan Tuan Ezzul Rayyan." Julia berpeluk tubuh memandang Dollah. Kenapa mamat ni macam annoying?
"Saya boleh pergi sendiri lah. Now give me back my luggage!" Tegas sahaja Julia bersuara. Tetapi mereka hanya buat endah tidak endah sahaja dengan kata-kata Julia.
"Cik dah bawa dah rakaman tu?" soal Dollah serius.
Berubah terus air muka Julia mendengar soalan yang diajukan itu. Dia memegang erat handbag yang tersarung dibahunya.
"Ada dalam handbag ni."
________________________________________
"ABANG! Tolong buka pintu! Sayang tengah masak!" laung Halina yang sedang berada didapur. Dia mahu masak nasi goreng kampung bersama telur yang merupakan kegemaran suaminya yang tercinta.
"Baik!" Seorang lelaki yang merupakan suami kepada Halina sedang mengatur langkah pergi ke ruang pintu. Tombol pintu dipulas. Membulat mata lelaki itu. "Kak Lima?"
"Atif!" ujar Halima apabila memandang wajah Atif yang terkedu melihat dirinya di rumah mereka.
Halina dan Atif berkahwin 2 tahun yang lepas. Mereka melayari bahtera perkahwinan. Mereka sangat bahagia menjadi pasangan suami isteri. Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel.
"Kak Lima mai lah masuk dalam." ujar Atif lalu menjemput Halima dan Firman masuk kedalam. "Abang siapa tu?" soal Halina yang sedang keluar dari dapur. Terkejut dia apabila memandang Firman. Terus dia berlari masuk semula kedalam dapur.
Firman menunduk memohon maaf. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia telah melihat aurat Halina. Bukan sengaja ya. TERsengaja. Fahamkan.
Atif tersengih. Lupa pula dia untuk memberi amaran kepada isterinya supaya memakai tudung. Natijahnya, Halina duduk di sisi Atif lalu memukul lembut bahu suaminya. "Kenapa tak bagi signal?" marah Halina dalam keadaan yang berbisik. Atif hanya mampu tayang sengih. Mulutnya bergerak tanpa suara tetapi jelas kelihatan maksud yang cuba disampaikan. "Sorry!"
Halina menjeling tajam suaminya lalu dia memandang kakaknya, Halima. "Awat kak Lima mai rumah Lina?" Tak payah nak pusing-pusing, terus straightforward je lah.
Halima menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan. "Kak akan habaq bila semua ahli dah berkumpul." jawab Halima serius. Terangkat kening Halina tanda tidak faham. Bila semua ahli dah berkumpul? "Maksud?" soal Halina tidak mengerti apa yang kakaknya maksudkan.
Halima melepaskan keluhan berat. Firman menggenggam erat tangan isterinya untuk mengalirkan sokongan kedalam badan isterinya. Halima tersenyum kecil.
"Kita kena tunggu depa sampai."
________________________________________
"WOW, hensem betul dia!"
"Siapa mamat kacak tu?"
"Who's that guy?"
"Ah! Dia pandang aku tadi!"
"Oh my God! Dia senyum kat aku!"
Zarina melepaskan keluhan berat. Wajah Ray yang sedang tersenyum senget dipandang geram.
Manusia-manusia yang berada didalam butik itu dijeling tajam. Dia bercekak pinggang.
"Nak kena potong gaji ke?" soal Zarina kepada pekerja-pekerjanya yang begitu asyik memandang Ray. Nak pandang tu pandang senyap-senyap je la!
Terus mereka terkocoh-kocoh membuat kerja mereka. Gerun pula apabila boss mereka menyoal dalam nada yang amat garang persis harimau Jawa.
Ray ketawa perlahan yang amat sinis di pendengaran Zarina.
"Biar lah diorang nak tengok I yang hensem lagi macho..." ujar Ray sekali gus memuji dirinya juga. Dia tersenyum lebar yang tampak menawan. Ciri-ciri Alpha Male betul!
Zarina mencebik menyampah. Dia menayang muka meluat. Hensem? Macho? Urkkk... Rasa macam kerongkong aku ni nak muntah biru je!
" Saya tak nak pekerja saya makan gaji buta je. That's it." ujar Zarina bersahaja.
Tetapi harus Zarina akui. Ray mempunyai raut wajah yang sangat tampan. Mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat wajahnya. Tarikan utama Ray ialah mata. Matanya sedikit sepet dan berwarna amber. Kacukan Jepun kan... Harus lah.
"Dah puas scan muka I?" Zarina terkejut apabila disoal sebegitu. Dia menunduk malu. Merona merah wajahnya dek malu yang tinggi.
Ray tersenyum senget melihat reaksi Zarina yang malu apabila disoal.
"Tak berkedip you pandang I tau... I know I'm handsome. Kalau you tak puas tatap muka I, you boleh je ambil gambar. Simpan bawah bantal." ujar Ray selamba lagi bersahaja.
Bulat mata Zarina mendengarnya. Amboi! Yakin betul dia kata dia handsome! Pikir dia heran sangat ke? Pigidah! This is Zarina Medina lah bro! Tak kan tergoda punya! Biar pun kau hensem mengalahkan artis ke aku tak heran la!
Dia berpeluk tubuh. Dia memandang Ray dengan pandangan seperti merendahkan diri Ray. Dia menyilangkan kakinya agar kelihatan sedikit angkuh. "Kacak? Saya rasa pokok dekat parking lot tu berjuta kali ganda dari awak!" jawab Zarina bongkak.
Tersenyum sahaja Ray mendengar jawapan Zarina. So kiranya dia samakan aku dengan pokok dekat parking lot? Nak kena dia ni...
"Hello, Ari? I tak cakap I kacak. I cakap I handsome. Kiranya you approve and agree lah kata I handsome plus macho? How sweet of you, Ari!" ujar Ray bersama lirikan nakal. Dia menghadiahkan kenyitan mata kepada Zarina. Terasa bahang sahaja muka Zarina. Errkk.. Aku pula yang terkena!
"Anyway you jealous ke diorang tenung I? No problem, sweetie! Now you boleh tenung muka I banyak mana yang you nak!" Ray mendepakan tangannya senang hati. Dia tersenyum lebar.
Zarina mencebik menyampah. Dia memandang sekeliling. Kelihatan ramai pekerja Butik Sakura Medina sedang memandang mereka. Banyak spekulasi yang bermain dikepala mereka. Zarina menggigit bibir bawah. Sumpah, dia rasa macam nak tendang-tendang aje si Ray ini keluar dari butik. Sibuk je!
"Apa kejadah pula saya nak jealous? Eh, baik saya jealous kalau ada orang suka Ryan!" Erkk... Ari? Entah mengapa soal Aryan pula dikaitkan. Zarina ketap bibir. Mula lah rasa nak maki mulut ni. Gatal je tersasul sebut nama anaknya depan 'stranger'.
Ray tersenyum. "Anak you macam mana? Sihat? Nakal as always?" soal Ray kepada Zarina. Mahu bertanya perihal Aryan.
Berkerut dahi Zarina mendengar pertanyaan Ray. "What do you mean by 'always', Ray? Awak bukannya kenal Ryan sangat kan?" soal Zarina tajam membuatkan senyuman Ray kelihatan sedikit pudar.
"Well, boys right? Of course la naughty." Ray cepat-cepat cover semula kesilapan. Mujur akalnya pantas berfikir dan mulutnya pantas bersuara logik. Zarina mengangguk-anggukkan kepalanya. Hrmm... Make sense...
"Eh, Ray. Saya ni pelik lah. Setiap hari awak bertandang ke butik saya. Apa sebernanya kerja awak?" soal Zarina lalu memandang tepat wajah Ray yang masih lagi tersenyum.
"Kerja? Nak buat you jatuh cinta dengan I. Susah tau.'' jawab Ray dalam nada manja.
Terkelu Zarina mendengarnya. Pipinya bertukar merah padam dek malu setinggi gunung Kinabalu!
Cinta. Sudah lama dia tidak mendengar kalimah teragung itu. Mungkin patut kah dia membuka pintu hatinya kepada insan lain yang berhak mendapat cintanya?
"Awak ni memang jenis mulut penuh dengan tebu eh?" soal Zarina pantas mahu menutupi kegugupan dihati. Ray tersenyum. "Tebu dekat mulut ini akan bersuara tatkala berjumpa dengan jodohnya...." jawab Ray lalu merenung dalam anak mata Zarina.
Zarina tersentak. Dia membalas renungan itu. Mahu mencari keikhlasan disebalik mata amber itu. Begitu cepat lelaki ini mengungkapkan cinta sedangkan mereka berjumpa hanya beberapa kali. Pertemuan mereka mampu dihitung dengan jari.
"Awak tahu kan saya ni janda? Agaknya saya lagi tua daripada awak." Zarina bersuara perlahan. Dia tidak mahu Ray terburu-buru dalam melafazkan kalimah itu. Lagipun, Ray kelihatan sangat muda berbanding dia. Ray mengangguk laju. "I tahu you janda. And umur bukan lah penghalang. Age is just a number. Who cares?" Sangat bersahaja Ray membalas. Nampak sangat matang.
Zarina mengeluh. "You're too young, Ray." ujar Zarina perlahan. Ray tersenyum. "Me? Too young? Gap age between the two of us is only 3." jawab Ray dengan penuh yakin.
Berkerut seketika dahi Zarina. Kiranya Ray berumur 26 tahun? Eh, jap! Macam mana dia tahu umur aku? "How do you know my age, Ray?" soal Zarina sambil merenung tepat wajah Ray. Berubah air muka Ray.
"Errrr.. Just take a guess. Aryan is 4 or 3 years old. So maybe you 29 or 28? I have a sharp eye, you know?" jawab Ray sedikit tergagap.
Zarina mencerlungkan matanya memandang Ray. Bergerak-gerak rahang Ray apabila Zarina seperti meraguinya. "Sometimes, Ray.. I thought you were stalker. But you're much more than a stalker." ujar Zarina sambil mata tidak lepas memandang Ray.
"Of course I'm not a stalker." balas Ray yakin. Zarina mengangguk perlahan.
"Yes, you're not. But you're the weirdest guy I've ever met! Awak mental! Go get your treatment!" ujar Zarina kuat lalu memijak kaki Ray sebelum masuk kedalam butik semula.
Ray mengadu kesakitan. Dia memandang Zarina yang sedang menjelir lidah kearahnya didalam butik. Dalam dia menahan kesakitan, bibirnya mampu mengukir senyuman.
Zarina sudah bergelar ibu. Tetapi masih lagi perangai kebudak-budakan. Comel!
"Moga kita ada jodoh, Ari."
Share this novel