Ha, untuk korang yg ckp Scarlett jahat, hei! Scarlett x jahat lah! Kalau jahat, x ada maknanya Scarlett nk update awal. Baik x? Haha anyway enjoy ya!
"AARRGHH!!"
Kolar baju Habil dicengkam kuat. Tajam matanya merenung muka Habil.
"Kau memang tak guna kan?! Kenapa kau tak jaga Ari betul-betul?!" tengking Helmi sambil merentap kolar baju Habil.
Habil hanya menundukkan wajahnya kesal. Ya, dia tahu itu semua salah dia. Kalau dia tak ngorat polis tu, dan halang Zarina daripada keluar dari balai polis, semua ini tak akan jadi.
Tapi, apa kena mengena Helmi dengan boss dia sampai Helmi mengamuk sebegini?
"Helmi, relax. Ina tak akan apa-apa." ujar Aish yang sedang duduk diatas sofa.
Syafiera menitiskan air matanya.
"Kenapa semua ini terjadi? Ina pun kena culik?" rintihnya. Terkenangkan pula dekat Syafiq yang sebentar tadi tanya dekat dia, 'Mana Ryan' dan 'Mana Aunty Ari'. Perit dia mahu menjawabnya. Tak akan lah nak cakap 'Diorang kena culik'. Habis pemikiran budak 4 tahun itu!
Ray yang duduk bersandar di dinding hanya mengeluh.
"Aku dah hantar orang-orang aku jejak van itu. Dan sekarang mereka tengah cari." ujar Ray serius. Tidak sangka Zarina dan Aryan diculik!
Aish tersenyum pahit. "Thanks, Takahashi." Ya, dia meminta bantuan daripada Ray untuk mencari mereka. Dan Ray sangat membantu.
Ray mengangguk tanda tidak mengapa. Kebetulan, dia mahu datang ke rumah Aish untuk bincangkan tentang projek perumahan, tetapi malapetaka pula yang muncul! Ari hilang! Ryan hilang! Juga anak-anak Rayyan, CEO Silvia R!
Julia peluk Syafiera sambil menangis. "Kak.... Macam mana ni?" Kak Ari dalam bahaya! Ryan, Sha dan Qal pun dalam bahaya!
Rayyan ketap gigi sambil genggam penumbuknya. "Polis tu memang bodoh!! Tak dapat nak cari van tu! Dasar babi!!!"
"Sabar, Rayyan. Helmi, kau pun sabar." ujar Aish tegang.
"Macam mana aku nak sabar kalau anak dan bekas bini aku kena culik!! Kita tak tahu mereka dibawa kemana!!" herdik Helmi yang sudah melepaskan cengkaman kolar baju. Dia mengamuk.
Ray sedikit terkedu. Yalah. Helmi kan bekas suami Ari?
"Aku tahu. Tapi kita kena bawa bertenang. Kalau mengamuk macam ini, bukannya dapat cari pun jalan penyelesaian. Kita kena fikir secara rasional. Jangan ikutkan emosi sangat." nasihat Aish.
"Kau cakap senang ah!!" jerit Rayyan lalu menyepak kerusi. "Bukan anak bini kau yang kena culik!! Macam mana kalau Fiq kena culik?? Macam mana kalau Fiera kena culik??! Jadi, kau tak tahu apa-apa, kau diam ajalah Aish!!"
Pap!
Satu tumbukan padu hinggap tepat mengenai muka Rayyan. Rayyan jatuh terjelopok.
Semua orang terlopong, terkejut melihat insiden itu.
Aish kacip gigi. Dia mencengkam kolar baju Rayyan.
"Memang bukan anak bini aku yang kena culik!! Kau jangan jadi macam 4 tahun lepas saat kau kehilangan Qairina!! Mana Rayyan yang selalu tenang bila berdepan dengan masalah?! Mana CEO SILVIA R?! Mana suami Iris Qairina?! Mana papa Sha dan Qal?! Mana adik ipar aku?! Mana kawan aku?!" jerit Aish sambil pandang Rayyan tajam.
Semua orang terkejut melihat babak itu. Lagi-lagi stranger. Iaitu Ray, Helmi dan Habil.
Rayyan terdiam. Perlahan-lahan air mata jantannya mengalir turun.
"Aku tak boleh, Aish. Sha dan Qal itu amanat arwah Iris dekat aku. Aku tak boleh biarkan diorang mati. Aku tak ada siapa-siapa, kau faham tak? Ari tu kawan baik aku, kawan baik arwah Iris. Ryan anak Ari. Kalau aku biarkan diorang semua mati, arwah Iris pasti bengang dengan aku.... " luah Rayyan pilu. Biarlah dia lihat macam tak macho sebab menangis tapi dia dah banyak kali menangis kalau soal 'keluarga'. Mereka semua keluarga dia.
"Eh, bodoh! Siapa cakap kita akan biarkan diorang mati?"
Rayyan pandang Aish yang sedang tersenyum yakin kepadanya.
"Kau ada plan ke?"
"Of course!"
"Apa plan abang Ish?" celah Julia sambil kesat air mata pada mukanya.
Aish tersenyum lebar.
"Actually... Inspektor Furqan tu...."
_______________________________
"GOOD morning, sweetheart."
Zarina yang sedang membuka matanya dalam keadaan mamai, terus 100% terjaga melihat Jeffri sedang membuka pintu.
"Lepaskan budak-budak tu, Jeffri......" rayu Zarina lemah. Sudah beberapa hari dia terperangkap didalam bilik ini. Dia sudah tidak punyai tenaga kerana dia sudah lama tidak makan. Tekaknya terasa kering.
Jeffri mendekati Zarina.
"Alolo... Kau dah tak ada tenaga ke, sayang?" soal Jeffri, sinis sambil pegang pipi Zarina. Muka pucat Zarina ditenung lama.
Zarina tidak membalas. Kerana apa? Dia tidak larat mahu membalas. Tetapi dia tidak mahu dipegang oleh Jeffri.
"Asyik pakai tudung je, tak rimas ke ah?" Jeffri pandang tudung Zarina lama.
"Allahuakbar. Allahuakbar." zikir Zarina. Maafkan aku, Ya Allah. Maafkan aku kerana tidak solat. Aku tidak sembahyang kepada-Mu dalam masa beberapa hari ini.. Aku mohon Kau berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk melawan syaitan ini...
"Hah? Kau membebel apa tu, sayang?"
Zarina tidak endahkan Jeffri. Meskipun tekaknya terasa kering dan perit, masih dia cuba gagahkan lidah dan mulut untuk berzikir. Jikalau aku mati ditangannya, Ya Allah.. Tolong matikan aku dalam keadaan iman
Jeffri yang bengang kerana Zarina tidak membalas, terus bertindak menarik tudung bawal Zarina.
"Argghhh!!!!!" teriak Zarina ketakutan melihat tudungnya dilempar keatas lantai berjauhan dengan dia. Ya Allah! Auratku!
"Rambut kau makin panjang... I like..." Jeffri mengelus rambut Zarina yang diikat secara sanggul.
Rahang Jeffri bergerak-gerak. Ah, dia sudah tidak tahan lagi melihat leher jinjang Zarina yang putih berseri. Terus diserang leher itu.
"Urgghh... Jangan...." rintih Zarina. Kalau boleh, dia mahu menggigit telinga itu agar Jeffri berganjak. Tetapi malangnya, dia sudah tidak punyai kudrat.
Jeffri beralih kepada telinga Zarina pula. Dikerjakan pada bahagian itu.
"To—Tolong..... ber—ber—berhen—berhenti..."
Setelah puas, Jeffri memasukkan tangannya dalam baju Zarina. Dia menggapai bra Zarina lalu dilemparnya jauh.
Zarina memandang Jeffri dengan pandangan yang merayu. Air mata Zarina mengalir.
"To—To—long... Ja—Jangan.... Jeff...."
Jeffri kenyit mata nakal. Dia bangun berdiri.
"Well, I'm not that cruel, Ari."
Menitis air mata Zarina. Dia menarik nafas lega. Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana menjaga maruahku...
"Furqan, masuk!"
Furqan masuk kedalam dengan membawa I-Pad.
"Tunjuk dekat dia." arah Jeffri.
"Baik!"
Furqan menekan-nekan skrin I-Pad itu. Kemudian, dia tunjukkan kepada Zarina yang lemah.
Mata kuyu Zarina terpaksa bertahan melihat skrin I-Pad itu.
Tergamam dia melihat Aryan, Rayqal dan Raysha didalam skrin itu. Mereka nampak lemah sekali dengan tangan dan kaki yang diikat.
"Mummy... Nak mummy... Mummy dekat ane?"
Hati Zarina terusik melihat Aryan memanggil dia.
Mummy dekat sini, sayang.
"Ryan lapar!" rengek Aryan.
Turun air mata Zarina melihat anaknya sedang menangis.
Bersabar, sayang.
"Huaaa..... Sha nak balik! Tempat ni seram!" Raysha menangis teresak-esak.
"Qal nak papa... Sha jangan nangis ya.." Rayqal memujuk kakaknya.
Air mata Zarina tumpah. Ya Allah... Kasihan budak-budak itu!
"K—Kau... Kau binatang, Jeffri!" Marah Zarina sambil memandang Jeffri dengan penuh kebencian. Dasar tak guna!!!
Jeffri ketawa sinis. "Kau nak tahu tak diorang tak makan lagi?"
Zarina tercengang. Mereka sudah diculik lagi lama daripada dia, tapi mereka tidak makan lagi?
"Kau iblis, Jeffri!!!!!!" teriak Zarina kuat. Jeffri memang kejam!!!
Jeffri smirk. "Kau tak nak merayu dekat aku ke bagi diorang makan?"
"Bagi dio—diorang makannn ple—please...." rayu Zarina sambil menangis. Tolong lah! Dia tak sanggup melihat budak-budak itu menderita kebuluran dan kedahagaan!
Jeffri tersenyum sinis. "Kalau aku bagi diorang makan, kau nak buat apa?"
"A—Aku... buat se—semua apa yang kau su—suruh..." Dia tak kisah. Dia sanggup gadaikan nyawa asalkan budak-budak itu dapat makan!
"Apa kata macam ni? Aku nak kau dan aku akan bagi budak-budak tu makan sedap-sedap. Amacam?" cadang Jeffri sinis.
Zarina terkedu. Dia nak aku?
"Well, just your body. You'll be my sex slave. How about that? Sounds great right?"
Zarina pejamkan matanya. Ya Allah.... Patutkah aku gadaikan maruahku kepada lelaki syaitan ini supaya dia bagi budak-budak itu makan?
"A—Aku setuju." Pedulikan itu semua. Dia sanggup serahkan maruahnya kepada lelaki itu. Semuanya demi Ryan, Sha dan Qal!
Jeffri mengukir senyuman sinis. "Furqan, tolong blah."
"Baik."
Jeffri membuka bajunya lalu dilempar jauh. Dia mendekati Zarina laju.
Baru sahaja tangannya mahu membuka butang baju Zarina, dia tenung wajah Zarina lama.
Zarina sedang pejamkan matanya rapat sambil menggigil-gigil ketakutan. Mukanya comot dan basah dengan air mata.
Sumpah... Jeffri teringatkan 'dia'... Adik kembarnya sendiri. Tanpa sedar air matanya bergenang.
Jeffri bangun lalu memakai bajunya semula. Bra milik Zarina diatas lantai diletakkan ditepi Zarina.
"Buka lah mata."
Zarina membuka matanya perlahan-lahan. Eh, tak ada apa-apa pun!
"Jangan risau. Aku tak buat apa-apa. Aku akan bagi diorang makan." Jeffri terus berlalu.
Zarina masih terkedu.
Jeffri menangis?
*
"Firzal, bagi budak-budak tu makan." arah Jeffri sebelum beredar.
Firzal yang terkebil-kebil hanya mengikut perintah.
"Baik pula boss!" ujar Lan. Furqan mengangguk.
"Eh, kau bukan Inspektor ke?" soal Lan.
Furqan senyum sinis.
*
Furqan masuk kedalam bilik itu. Kelihatan Aryan, Rayqal dan Raysha sedang makan. Lalu ditutup pintu itu rapat.
Dia mendekati mereka.
"Pegi lah!" halau Aryan. Nak seksa mereka lagi ke?
"Shuuhh...." Furqan meletakkan jari telunjuknya pada mulut.
Dia membuka ikatan tali pada kaki Rayqal. Seterusnya, pada kaki Aryan. Dan kaki Raysha.
"Dik, nanti polis akan datang. Dik tunggu dekat sini je tau nanti ada tembak-tembak. Bahaya." pesan Furqan.
Mereka mengangguk faham.
"Hah, mak Aryan ada dekat sini." ujar Furqan.
"Hah? Mummy ada dekat sini??" soal Aryan terkejut.
Furqan mengangguk.
"Bawa kitorang jumpa Aunty Ari please..." rengek Raysha.
"Nak jumpe mummy..."
Furqan menggeleng lemah. "Tak boleh. Bahaya. Tapi mummy selamat."
"Mummy selamat?" soal Aryan.
"Ya..."
Furqan meletakkan tali itu diatas kaki mereka.
"Hah, abang ikat olok-olok je tau. Takut diorang perasan."
"Okay, bang."
Furqan bangun lalu mendekati pintu.
"Kejap! Abang ni siapa?" tanya Rayqal. Rasanya abang ini bukan orang jahat.
Furqan tersenyum.
"Anggota polis yang menyamar jadi penjahat. Inspektor Furqan."
"Jadi, awak baik kan?" soal Raysha polos.
Furqan ketawa kuat. "Ya, sebab abang ni polis."
Mereka mengangguk-ngangguk faham.
"Nanti ada abang akan selamatkan korang. Abang janji Korang cuma kena tunggu je." pesan Furqan lagi.
"Baik!"
Furqan menyeluk poketnya mengambil telefon.
"Ya, Tuan. Gudang lama hutan Bukit Kinalu. Hantar orang-orang masuk sekarang. Hati-hati, diorang ada banyak senjata yang kaw-kaw."
*
BAM! BAM!
"Kita diserang!!!!" teriak Put kepada kawan-kawannya yang lain.
"Ambil senjata semua!!" laung Roy sambil mengangkat handgonne nya.
Mereka semua mengambil senjata mereka masing-masing, bersedia untuk melawan musuh.
"Eh, Furqan mana?" soal Lan pelik. Mana pula dia ni?
"Siapa kisah? Serang!!!"
Polis-polis yang berpakaian hitam dan kalis peluru masuk kedalam gudang itu.
"Polis!!! Jangan bergerak!" teriak Inspektor Ibrahim.
BAM! BAM!
Raysha menekup telinganya takut. Tangannya menggeletar. Rayqal meneguk air liur banyak kali apabila mendengar bunyi tembakan.
BAM! BAM! BAM!
Raysha memejamkan matanya rapat, takut. Dia menahan nafas.
Tiba-tiba....
Raysha membuka matanya. Dia memandang Aryan disebelahnya.
Aryan tersenyum yakin. Tangannya sedang memegang tangan Raysha. Raysha mengangguk faham. Dia pula memegang tangan Rayqal. Rayqal juga memegang tangan Aryan, maka terbentuklah satu bulatan.
Bagaikan ada semangat dan keberanian yang mengalir apabila mereka memegang tangan antara satu sama lain.
"Papa pesan, jangan lepaskan tangan ni." ujar Rayqal mengulangi kata-kata papanya.
Mereka mengangguk faham.
PAK!
Mereka tersentak. Pintu yang terbuka mereka pandang.
"Aku dah jumpa budak-budak!" teriak Inspektor Dayang. Tidak percaya disini rupanya mereka disorok.
Aryan, Rayqal dan Raysha tersenyum gembira. Akhirnya, mereka akan diselematkan!
Baru sahaja dia mahu berlari kearah mereka,
"Jangan bergerak."
Inspektor Dayang toleh. Pistol betul-betul diacu pada kepalanya.
"Zaim?" soal Inspektor Dayang terkejut. Tidak menyangka lelaki itu sedang memacu pistol kepadanya!
Inspektor Huzaimi tersenyum sinis. "Kenapa? Tak percaya? Terkejut?"
Inspektor Dayang ketap gigi. Selama ini dia ingatkan Inspektor Furqan yang membelot, tetapi.. "Kau rupanya pembelot!! Kau brangsat, Huzaimi!! Kau penipu!!"
Inspektor Huzaimi memegang telinganya, jengkel. "Ah... Bising lah, perempuan. Ya, aku memang pembelot. Puas hati?"
Membara mata Inspektor Dayang penuh amarah.
"Dasar syaitan bertopengkan manusia!!" tengking Inspektor Dayang lagi.
"Huhu... Kau yang akan mati di tangan syaitan ini.." Inspektor Huzaimi sudah bersedia untuk menekan sambil kulum senyuman sinis.
Inspektor Dayang menutup matanya rapat.
BAM! BAM!
Inspektor Dayang membuka kembali matanya. Eh, tak ada apa-apa pun?
Mata Inspektor Dayang membesar melihat Inspektor Huzaimi sedang terbaring diatas lantai. Eh?? Dia toleh.
"Furqan!"
Inspektor Furqan sedang memacu pistol kepada Inspektor Huzaimi yang terbaring.
"Heh, dasar sampah! Aku dah agak dah dia dalang disebalik semua ini." ujarnya jijik dengan perlakuan Inspektor Huzaimi.
"Maaf, Furqan. Aku ingat—"
"Tak apa. Aku maafkan. Yang penting budak-budak ni kena diselamatkan!" Inspektor Furqan berlari kepada budak-budak itu.
"Abang!" jerit mereka serentak, teruja.
"Abang dah janji kan?" sengih Furqan lalu menggendong Rayqal.
"Terima kasih!"
Inspektor Dayang menggendong Raysha.
"Jom pergi semua! Tempat ini bahaya!"
*
"Ari!!!"
"Ari!! Kau dekat mana?!"
"Zarina Medina!!"
Zarina mahu menjerit apabila terdengar orang sedang memanggilnya. Tetapi apakan daya, tekaknya terasa perit untuk bersuara.
"A—Aku.... de—dekat..... si—si—sini...."
"Tolong.... sela—selamat—kan.... a—a—aku....."
*
"Korang tunggu sini tau. Duduk dalam kereta ni je." arah Inspektor Dayang lalu kembali masuk kedalam gudang semula.
BAM! BAM!
"Sha boleh dengar bunyi pistol lagi lah..." ujar Raysha ketakutan. Dia menarik baju adiknya.
"Korang, Ryan nak masuk dalam lah." kata Aryan tiba-tiba.
"Hah?" Raysha dan Rayqal terkejut. Nak masuk dalam?
"Ryan nak buat apa?" soal Rayqal dengan wajahnya yang gusar.
"Selamatkan mummy." Aryan terus membuka pintu kereta lalu dia berlari laju masuk kedalam gudang.
"Ryan!!!" Rayqal mahu ikut keluar, tetapi dihalang oleh Raysha.
"Jangan, bahaya."
"Tapi, Ryan?!"
Raysha terdiam. Kalau dia dewasa, mahu saja dia masuk dalam gudang itu. Tapi dia hanya lah budak kecil berumur 6 tahun.
"Sha yakin. Ryan akan selamat."
Sementara itu...
"Jeffri! Kau nak lari mana lagi?!"
Jeffri kacip gigi. Sudah ramai orang-orangnya yang telah mati ditembak. Pihak polis terlalu ramai.
"Tak guna kau Furqan!! Kau tipu aku!!" marah Jeffri sambil merenung Inspektor Furqan yang sedang memacu pistol kepadanya.
"Well, aku ni spy yang menyiasat korang. Huzaimi pula spy yang menyiasat kami. Win-win maa..."
Inspektor Ibrahim yang turut memacu pistol tersengih. Tuan Jazlan sudah terangkan semuanya kepada dia seorang sahaja. Kebetulan, Aish waktu itu sedang curi dengar. Kenapa Tuan Jazlan merahsiakan kerana tidak mahu ada sebarang gangguan sewaktu Inspektor Furqan sedang menyamar sebagai orang Haikal Jeffri.
"Kenapa kau culik anak-anak aku?" Rayyan menyoal Jeffri.
Jeffri gelak sinis. "Kau jangan buat bodoh, Rayyan. Aku masih ingat lagi kejadian 20 tahun yang lepas!" jerit Jeffri lalu mengeluarkan pistol dari dalam poketnya.
"Heh, kau nak tembak siapa, Jeffri? Kau tembak, kami multiple tempak kau." ujar Inspektor Furqan bersahaja.
Helmi telan air liur melihat pistol itu. Submarine gun....
Jeffri gelak sinis. Serentak itu semua orang terdiam. Kenapa... Jeffri gelak?
"Bodoh, bodoh! Korang semua ni bodoh!" Jeffri menolak pintu disebelahnya lalu ditarik satu tangan kecil.
"Ryan!!!!" teriak Helmi terkejut melihat Aryan sudah berada di tangan Jeffri.
Pihak polis mula menjadi serius.
"Huhu....." Aryan menangis kuat apabila pistol Jeffri diacu tepat mengenai kepalanya.
Semakin meruntunkan hati Helmi. Ah! Tak guna!
"Kau lepaskan budak tu, Jeff. Dia tak bersalah." ujar Rayyan serius.
"Malangnya, aku tak dapat nak tangkap anak-anak kau Rayyan. Dapat anak Zarina pun jadilah."
"Kalau kau nak tahu, bukan aku yang rogol Lia!!" teriak Rayyan lantang. Inilah masa yang sesuai untuk membentangkan keadilan.
"Penipu!!!" jerit Jeffri lalu menembak-nembak siling beberapa kali. Semakin kuat raungan Aryan.
"Sebelum aku tembak budak ni, baik korang blah. Korang juga yang kena tanggung kalau dia mati kan?"
Inspektor Ibrahim dan Inspektor Furqan terdiam.
"Hah, sebelum budak ni mati dekat tangan aku, apa kata korang buka pintu tu." Jeffri menjuihkan bibir kearah satu pintu.
Inspektor Dayang terus bergerak ke pintu itu.
"Zarina Medina!"
Semua orang terkejut. Zarina?
"Ari!" teriak Rayyan dan Helmi serentak.
Inspektor Dayang cuba membuka ikatan tali pada tangan dan kaki Zarina yang sudah tidak berdaya.
"Haha, ibu dia mesti lah kena tengok anak dia mati kan?" Ketawa sinis Jeffri pecah.
"Mummy!!!!" teriak Aryan sambil menangis.
Zarina membuka matanya kuyu.
"R—Ryan...." Dia cuba kumpulkan tenaga untuk menjerit.
"RYAN!!!!!!" jerit Zarina apabila melihat Aryan hampir ditembak oleh Jeffri.
"Haha, pertemuan anak dan ibu!" Jeffri memacu pistol tersebut kepada Rayyan pula.
"Uncle....."
Jeffri pandang Aryan. "Ada kata-kata terakhir sebelum mati?"
"Ryan dah tahu permintaan Ryan..." Kata Aryan tanpa memandang muka Jeffri.
"Wasiat bila kau dah mati ke?" soal Jeffri tanpa rasa serba salah.
"Ryan tahu uncle ni baik sebenanya..."
Jeffri terkedu. Ayat Aryan amat membuatkan dia terasa.
"Tapi, uncle ni shunyi kan? *sunyi" tanya Aryan lalu mengangkat mukanya. Basah mukanya dengan air mata.
"Jadi lah kawan Ryan! Kita main same-same ye!" Aryan mengukir senyuman manis sambil air mata yang bergelinang.
Jeffri terkesima. Kata-kata budak itu membuatkan hatinya pilu. Dia seakan tersedar.
Helmi yang melihat ini sebagai satu peluang keemasan, terus bertindak menghampiri mereka laju. Dia ingin menarik Aryan.
Tetapi, tanpa Jeffri sedar, dia tertekan punat tembak pada pistol itu.
BAM!
Zarina yang melihat adegan itu tergamam. Air matanya tumpah.
"AM!!!!!!!!"
Share this novel