Bab 10

Romance Series 186474

SEDAR atau tidak mereka sudah bergelar suami isteri selama 2 minggu. 2 minggu berlalu tapi tiada yang berubah. Tiada perubahan langsung yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu.

Jika seorang ke Selatan, maka sudah pastinya seorang lagi manusia akan pergi ke Utara. Memang bertentangan. Ibarat air dan minyak. Cuba lah berapa ribu sekali pun pasti tak akan bersatu juga. Air dan minyak... Masakan boleh bersatu?

Helmi Ikram. Sudah namanya lelaki kaum Adam, ego pasti tinggi menggunung tahap langit ketujuh memang tak dapat dielakkan. Hobinya banyak cuma semua hobi itu dikaitkan dengan Zarina. Menyinis itu memang pasti. Suka menyakitkan hati Zarina memang wajib malah sudah menjadi kebiasaan untuk mengguris hati wanita yang sudah sah menjadi isterinya. Dan... Melemparkan kata kata pedas hanya untuk sang isteri 'pujaan'. Bak kata Zarina, pedas macam sambal belacan. Ya
Rabbi... Pedas tu...

Lawan pula dengan Zarina Medina si kaki menjawab kelas pertama. Memang tak lah dia nak duduk diam apabila dihentam teruk. Disebabkan pengalamannya menjadi 'Cinderella', sudah dia tahu macam mana hendak membidas balik kepada si pembuli. Lagi bertambah menyakitkan hati apabila Zarina suka membidas dan mempamerkan reaksi selamba apabila dia telah memberi kata kata pedas. Tak ada button marah kot dalam sarah otak Zarina seolah olah tak terkesan langsung.

Gaduh, gaduh dan gaduh ajelah yang mereka tahu. Perang mulut tidak akan pernah berhenti jika salah seorang mengalah. Tapi semua itu hanya dibelakang keluarga mereka sahaja.

Depan keluarga, mereka berlakon mereka lah suami isteri paling bahagia di alam semesta ini. Berpura pura menjadi pasangan yang sangat bahagia. Tapi hakikat.. Watak Tom And Jerry selalu sangat dilakukan dibelakang pentas lakonan. Hebat bukan? Tepuk sikit untuk pasangan ini!

2 minggu telah berlalu.. Ini bermakna cuti telah berakhir. Dan Helmi akan mula bekerja sebagai guru matapelajaran Sejarah.

Zarina hanya memerhati tingkah Helmi yang sedang memasang butang baju kemeja. Al maklumlah first day start kerja mesti lah pakai smart smart macam baju kemeja. Baru segak! Ada class gitu. Apa? Ingat orang kampung tak tahu berfeshen ke? Please lah. Diorang lagi maju daripada budak bandar wahai rakyat sekalian...

Dalam ralit memerhati Helmi, terjentik satu persoalan atau perasaan dalam diri Zarina yang sedang duduk diatas katil itu.

Sampai bila nak macam ini?

Ya! Hati kecilnya sedang berteka teki yang belum tentu mendapat jawapan.

Zarina tahu bahawa perkahwinan mereka hanya sementara. Cukup 3 bulan, segala galanya akan berakhir kelak. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta malah dalam huru hara.

Zarina berasa jelik apabila terkenangkan cara dia 'melamar' Helmi di rumah sewa Halina. Malu menggunung. Tetapi bukannya Zarina mengharapkan mereka akan memupuk untuk bercinta. Huisshh.. Jauh sekali itu. Masakan Tom dan Jerry akan bercinta. Memang tak pernah berlaku dalam history.

Zarina cuma berharap dia dapat membuat kenangan manis bersama Helmi. Dia cuma mahu mengakhiri perkahwinan ini setelah 3 bulan dengan cara yang baik dan aman like peace war. Bukan perang dingin macam ini!

Dia mahu membuat sweet memory dengan Helmi Ikram sebagai seorang kawan. Bukan suami. Bukan kekasih gelap mahupun cerah. Hanya sebagai kawan.

Tetapi kalau tengok keadaannya yang macam ini, terkubur ajelah impian Zarina hidup hidup. Helmi selalu sangat hot and cold mana bisa jadi kawan?

Button hot akan berfungsi memberi kata kata pedas. Hot itu.

Button cold pula selalu sangat layan Zarina dingin. Cold itu.

Kalau tak kerana Helmi Ikram merupakan suaminya, pasti Zarina akan wrestling habis habisan. Tak cukup dengan itu, bungkus pula Helmi Ikram ikat tepi lalu campak masuk dalam laut. Baru puas hati Zarina Medina yang bernanah nanah ni!

"Ishh!" Helmi mendengus kuat.

Zarina yang jauh mengelamun sampai Afrika terus tersentak. Dah apahal dengan mamat sambal ni? Sekeh kepala kang!

Zarina mengintai Helmi disebalik pantulan cahaya cermin. Dia menepuk dahinya sendiri. Mahu ketawa guling guling dia apabila melihat Helmi yang gagal memasang butang baju! Kelakar sungguh!

Berkerut kerut dahi Helmi cuba memasang butang baju kemeja. Rasa menyesal timbul dalam hati Helmi kerana memilih baju itu sebagai baju first day of work. Mahu buat macam mana lagi? Baju itu yang boleh dikatakan cun. Much more, kebanyakan semua baju yang dia ada ialah T-shirt. Tak kan nak pakai baju T-shirt kot waktu first day. Tak pernah di buat orang!

Melihat Helmi yang masih terkial kial memasang butang baju, Zarina bertindak bangun lalu menghampiri Helmi.

"Ehem!" Zarina berdehem kecil. Nak tunjuk kata ada someone dalam bilik itu. Much more she is not a ghost. So, Helmi boleh aje minta tolong pasang butang baju itu daripada dia. Lagipun dah lewat ni.

Tercatat dalam history, Cikgu Datang Lewat ke Sekolah Tak Memasang Butang Baju Lagi. Kalau benarlah ada manusia yang baik hati buat akhbar pasal benda itu, Zarina lah orang pertama yang akan borong surat khabar itu.

"Ehem!!" Zarina berdehem lagi tapi kali ini lebih kuat setelah Helmi tidak menunjukkan sebarang reaksi. Nak kata tuli, sihat Wal-Afiat aje ni. Tahi telinga penuh kot dalam telinga.

"Kau ape hal? Sakit tekak? Dekat dapur ada herba! Pergi main jauh jauh!"

Zarina buat rolling eyes. Dah lali dia mendengar suara jerkahan Helmi. Nasib baik semua orang dalam rumah ini masih enak dibuai mimpi kecuali Puan Maryam. Telinga dia dah bernanah dengar suara menyakitkan hati itu.

" Kau nak aku pasang ke? "

Nasib baik Zarina murah hati nak offer pasang butang baju. Selalunya dia lah yang paling liat kalau tolong Helmi.

Hari ini terlebih makan air ketum pula jadi otak ada fius sikit. Itu yang rajin baik hati semacam aje.

Helmi mendongak memandang Zarina yang kelihatan bersungguh sungguh nak pasang butang baju. Okay, topik kita hari ini ialah Pasang Butang Baju!

"Tak payah bajet baik sangat! Aku bukan budak budak lagi! Blah la!"

Terhinjut sedikit bahu Zarina. Dia mengurut dadanya. Kus semangat. Nasib baik dia tak ada penyakit jantung. Kalau dia mati, Helmi lah oranh pertama yang dia akan cari!

Zarina mencebik. Jual mahal betul! Orang offer tak nak! Dia berlalu pergi daripada bilik itu.

Dia duduk diatas kerusi. Nasi lemak diambil lalu dibuka daun pandan. Menu pagi ini ialah nasi lemak, pulut sambal dan kuih!

"Ari, mana suami kamu?" soal Puan Maryam pelik sambil menuang air jus kedalam cawan.

"Dalam bilik lagi ibu. Dok make up lama sangat '' seloroh Zarina selamba.

Mencerlung mata Puan Maryam.

" Dah pukul berapa ni! Lambat macam perempuan! "

" Biasa lah tu ibu... "

" Man dan Na dah pergi sekolah dulu! "

Zarina menghirup air jus. Diteguknya beberapa kali. Buat habis air liur dan tenaga aje tadi dia layan Helmi. Keras kepala!

"Am!!!" jerit Puan Maryam.

Tersedak air yang diminum Zarina. Suara tinggi ni ikut gen ke apa?

Terkocoh kocoh Helmi berlari keluar daripada bilik.

Bulat mata Puan Maryam melihat Helmi masih tak bersiap.

"Awat hang tak siap lagi ni? Butang baju tu pasang laaa.."

Helmi sengih sampai gusi.

"Itu yang nak suruh bini Zarina tolong pasangkan..." balas Helmi manja. Helmi melirik Zarina yang mahu makan nasi lemak.

Zarina membuat rolling eyes sambil mencebik. Aku offer kau awal awal tak nak. First come first serve. Early bird catch worm first. Offer is now closed!

Tetapi melihat pandangan mata Puan Maryam beralih kepada Zarina, Zarina menelan air liur. Aku juga yang kena pasang?

Zarina terpaksa bangun lalu menghampiri Helmi. Dia mengukir senyuman manis walhal sudah masam cuka.

"Eiiii... Miam ni gatal lah!" rengek Zarina manja lalu menepuk lembut bahu Helmi sebelum memasang butang. Ingat kau sorang aje boleh berlakon? Aku pun boleh la!

Helmi tercengang. Miam? Apa kejadah bende tu? Mi Siam ke?

"Alaaa... Gatal dengan Zame aje..." Helmi mengenyit mata nakal.

Giliran Zarina pula nak masamkan muka. Zame? Camel ke? Eiii.. Muka comel macam aku dia namakan Zame? Geramnya!!!

Bibir tua Puan Maryam mengukir senyuman senang. Lega melihat mereka sedang bahagia.

" Am pergi dulu ibu..." Helmi mencium tangan Puan Maryam.

"Kerja elok elok.." pesan Puan Maryam

Helmi mengangguk.

"Salam!" pinta Zarina manja. Errr... Geli gelemab pula Zarina bila dia cakap macam itu.

Helmi tersenyum sinis. Zarina mencium tangan suami. Helmi mencium dahi Zarina. Lakonan yang mantap bukan?

"Assalamualaikum, ibu.. Zame..." Helmi terus meloloskan diri.

Mereka memandang asap motor Helmi yang mula hilang..

Lengan Zarina dicuit.

"Nampaknya ibu boleh dapat sorang lagi cucu lah nampak nya!"

Zarina tersenyum kelat. Cucu? Helmi tidak pernah menyentuhnya masakan dia mahu mengandung?

P/S : Hi guys! I'm back! So sorry lambat update sebab sibok dengan exam. Sorry juga sebab chap kali ni sikit aje. Insha Allah cuti dua minggu ni saya akan sungguh sungguh update. Orang sibuk anyam ketupat buat kuih saya pula update chapter. Haha... Selamat berpuasa ya! Jangan ponteng makan! Dan Selamat bercuti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience