Hi guys... Citer ni kin boring kn? Sudah lh jarang update, x best pula tu. Haha sya hrp smua blh bersbar dngn saya. Sorry sangat lama x update. Serius saya busy. Life full of book. Student's life. Tpi sya kn cuba nk hbiskan. Hope korang enjoy!
"OI, awal balik." tegur Zarina yang sedang memegang mug berisi air Coffee. Kakinya diatur bergerak keruang meja yang penuh dengan alatan jahitan serta rekaan baju. By hook or by crook, dia perlu habiskan design yang ditempah oleh pelanggan malam ini juga!
"Aku balik awal salah, aku balik lambat salah. Cer citer kau nak aku balik bila?" balas Aish sedikit geram. Dia melabuhkan punggung duduk diatas sofa. Terus dia menyandarkan badannya, penat.
"Aku tak cakap salah pun. But Heritage Holdings tu dah maju sangat ke sampai balik sebelum Asar?" Zarina jeling Aish. Selalunya, Aish akan pulang kerumah selepas Maghrib atau selepas Isya. Tak adanya istilah balik sebelum senja. Tetapi hari ini tiba-tiba sahaja balik sebelum Asar. Pelik!
"Aku tak nak lah berlagak tapi Heritage memang maju sangat." jawab Aish, angkuh.
"Hek eleh.. Heritage tu maju pun sebab arwah Iris tau! Idea Iris pasal bisnes dengan Mr. Walker tu buatkan Heritage kembali maju. Apa sumbangan kau pada Heritage? Heh, nothing!"
Aish Qayyum, abang kembar kepada Iris Qairina. Heritage Holdings merupakan syarikat arwah ayah mereka, Farouk Ibrahim. Pada awalnya, syarikat itu diuruskan oleh Iris setelah Faydl yang menyamar sebagai Tan Sri Farouk Ibrahim ditangkap. Kemudian, syarikat itu diserahkan kepada Aish kerana Iris mahu menjadi isteri sepenuh masa kepada Ezzul Rayyan. Iris juga lah yang banyak membantu Aish dalam hal-hal bisnes kerana Aish masih baru dalam industri itu.
"Iris memang bagi sumbangan yang besar kepada Heritage. I can't deny it. Sebab dia tu adik kesayangan aku." Aish senyum kecil. Teringat pula dengan arwah Iris Qairina, si adik 'monster' yang memiliki wajah miripnya sendiri. Sudah namanya kembar.
"Tapi tadi kau tanya sumbangan aku? I'm CEO, bruh! Apa sumbangan CEO?" sambung Aish, berlagak. Dia menyilangkan kakinya sambil menongkat dagu persis seorang CEO yang berkaliber.
"CEO otak kau! Heritage tak combine dengan apa-apa famous company ke apa?" sinis Zarina selamba. Jika kata-katanya mampu membuatkan Aish berusaha dengan lebih gigih dalam membangunkan Heritage Holding, dia sangat berbesar hati.
"Ha, ni yang aku nak citer dekat kau ni." Aish memusingkan badannya menghadap Zarina.
"Aku rasa bedtime story lambat lagi kut." balas Zarina bersahaja sambil mendongak memandang jam dinding. Minuman itu disisip lembut pada tepi mug. Sebernanya, dia malas nak dengar Aish membawang. Dia tak ada mood lah. Lagipun, dia ada banyak baju untuk dibuat.
Aish mendengus geram. "Eh! Kau jangan macam-macam, Ina! Nak dengar ke tak ni?"
"Cop cop cop.... Asal kau x citer je kat bini kau ? Dia ada kat atas tengah tidur. Asal aku juga jadi mangsa? Not fair!" bentak Zarina, tidak berpuas hati. Dia merehatkan tangannya diatas kerusi sebelahnya.
"Ina, kau kena faham antara isteri dan bestfriend. Bestfriend ni macam tempat untuk aku luahkan perasaan. Isteri tu tempat aku luahkan cinta." Aish tersengih lebar saat berkata pada hujung ayat. Zarina mencebik.
"Oh! So aku ni Drive And Thru kau lah ni?"
"Ish.. Kau nak dengar masalah aku ke tak ni?" Aish memuncungkan mulutnya. Zarina menggelengkan kepalanya ulang kali. Dah bergelar bapa pun, perangai kalah Aryan. Malu lah sikit, bro!
"Fine! Once upon a time...?" soal Zarina tergantung seraya menjongket kening. Mug itu diteguk sedikit demi sedikit bagi menghilangkan rasa haus di tekak.
"Heritage akan berkerjasama dengan satu company ni. Kau agak siapa?" Aish mengangkat keningnya ulang kali.
"Hrmmm.... Ideal One?" Zarina menongkat dagu. Aish menggelengkan kepalanya.
"Aku malas nak jawab soalan SPM kau yang tak ada markah. Straight to the point, please?" soal Zarina, malas. Dia tak ada masa lah nak bersoal jawab. Ini bukan interview.
"Okay, jawapannya dia.... Goldmine Holdings." jawab Aish dengan nada teruja. Terjongket kening Zarina. Goldmine?
"What company is that?" soal Zarina sambil kerut dahi. Goldmine? Macam pelik aje nama itu. Emas milik saya? Tak pernah dengar pun nama syarikat itu.
Aish tepuk dahinya sendiri atas kebodohan diri sendiri seraya tersengih. "Chit, aku lupa kau kan 4 tahun tak balik Malaysia."
Zarina menjeling. "Tahu pun." Dia silang tangannya. Sudah 4 tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Semestilah segala perkembangan mengenai industri perniagaan dia tidak tahu. 4 tahun itu tempoh yang sangat lama. Sudah tentu lah pasti akan ada nama syarikat dan hal-hal bisnes yang terbaharu.
"Let me explain to you, what is Goldmine." Aish berjeda seketika sebelum menyambung.
"Goldmine tu syarikat top 5 dekat Malaysia. Rival Idea One, bro!" Zarina tayang muka bosan sambil menguap.
"So?"
"Aku perlu jumpa dengan CEO diorang dalam big projek tentang tapak binaan dekat belakang Butik Bintang."
"Woa.. CEO to CEO? I thought that the workers will handle that project, not the big boss?" Tanya Zarina pelik.
"Yes, it supposed to be. But, we gonna compete with Ideal One. And CEO Ideal One akan turun padang. Kau rasa?"
Bulat mata Zarina. Serta merta keningnya terangkat. CEO Ideal One masuk campur? Mesti projek tu besar sangat kalau CEO Ideal One turun padang. "Serius lah weyh? Zayn handle?"
Aish hanya mengangguk dengan wajahnya yang cemberut seakan bengang. "Tu lah kan. Aku bengang gila Ina. Sudah lah si Zayn tu pergi combine pula dengan Mr. Albert. Kau rasa?" Aish meluahkan perasaannya seraya mendengus.
"Weird! Usually, Zayn akan suruh budak-budak dia handle. Ni dia yang handle? Dimanakah ciri-ciri CEO Ideal One yang berkaliber?" soal Zarina berserta sindiran di hujung ayat, mengejek.
"Ina, nama pun Dato Zayn Mikael Arryan si tak gentleman, bruh!" Zarina jungkit bahu lalu menghirup lagi air itu.
"Secretary aku bagitahu Zayn masuk campur, terus aku nak handle projek ni. CEO vs CEO!" Aish bersuara yakin.
"Eleh... Kau boleh ke lawan Zayn? Dia kan Dato, CEO Ideal One.." Zarina bertanya sambil jungkit kening banyak kali.
Aish silang kaki sambil tepuk dada. "Hey, ni Aish Qayyum lah! Kalau waktu aku 17 tahun, aku boleh settle kan masalah aku dan Iris, masalah ni pun aku boleh settle lah!"
Zarina mencebik, angguk kepala. Yakin gila mamat ni. Tak pe tak pe. Mungkin keyakinan ini mampu menjadi pembakar semangat untuk dirinya. Fikir Zarina yang sedang teguk air.
"Pasal Goldmine tu?" Tanya Zarina. Aish high five dengan dahinya perlahan. "Nasib baik kau ingat, kalau tak aku lupa nak cerita!"
Zarina menghadiahkan jelingan tajam kepada Aish. "Hrmmm... Nyanyuk."
"CEO Goldmine, Mr. Takahashi. Aku perlu jumpa dengan dia." kata Aish. "Jumpa je lah." jawab Zarina selamba yang sedang teguk air. Macam perempuan betul lah Aish ni! Suka rumitkan benda yang tak complicated pun sebernanya. Mungkin kerana berkongsi rahim yang sama dengan Iris Qairina membuatkan dia sebegitu. Aish... Aish... Hati kau keras.
"Aku patut jumpa dengan dia today but dia pula boleh cancel appointment tu last minute! Geram betul aku bila PA dia datang jumpa aku cakap 'Oh, maaf Encik Aish. Mr. Takahashi tak boleh datang kerana ada urusan yang penting. Mr. Takahashi minta maaf sangat-sangat.' Kau rasa? Sudah lah dekat sejam aku tunggu dia! Urusan apa lagi yang penting selain urusan projek perumahan ni? Huh, kata company yang hebat! Rupanya musibat!" luah Aish, bengang. Dia merehatkan tangan pada sofa sambil meluaskan lagi kakinya.
Zarina yang mendengar segala luahan Aish, hanya mampu tahan senyum. Kelakar betul Aish apabila melakonkan watak PA itu tadi. Siap dengan gaya dan suara yang dibuat-buat seakan lunak. Huishh.. Macam mak nyah! Naik bulu roma aku tadi! Lagi-lagi dengan ayat di hujung ayat, memang kelakar habis. Nak je aku gelak tapi nanti Aish marah pula sebab tak ambil peduli pasal feeling dia. Ah, lantak pergi lah kat kau!
"Hahahaha !!" Akhirnya, meletus juga ketawa Zarina yang cuba ditahan. Dia ketawa berdekah-dekah sambil ketuk meja kayu itu banyak kali. Perutnya ditekan kuat sambil ketawa kuat.
Aish tayang muka tak puas hati melihat Zarina sedang ketawa. "Bab mana yang lawak, Ina? Aku rasa aku tak ada pun buat stand up comedy." Semakin kuat Zarina ketawa.
Dia mengesat air mata yang bertakung di birai mata. Huishh.. Lawak betul sampai dia pun menangis! Dia bangun daripada kerusi sambil tepuk tangan. "Woa!!! Stand up comedy yang terbaik yang pernah aku tengok!! Hebat!! Syabas!!" sorak Zarina sambil membuat bunyi 'woa' dengan kuat sekali. Boleh bergegar rumah banglo tiga tingkat ini.
Aish sudah tarik muka. Main-main pula dia ni! "Kay kay.. Sorry.. Tapi serius lawak gila tadi." Zarina pinta maaf tetapi disusuli dengan tawa kecil di hujung ayat.
"Ina!!!" jerit Aish. "Iya?" Zarina tahan tawa lagi. Aish peluk tubuh. "It's not funny. I'm not making a joke." ujarnya jengkel. "Huh? It is funny, Ish." balas Zarina tenang.
"What are you laughing at? Is it me or my situation that make you laugh?" Zarina kulum senyum. "Both" Mencerlung mata Aish. "Ina!!!" jerit Aish lagi. "Iya?" sahut Zarina dengan senyuman di bibir. Seronok benar apabila dapat ganggu member sendiri.
"Okay fine. Aku stop." Zarina angkat tangan tanda surrender. Dia menghirup lagi air kopi itu.
"Tapi kan Ish... Siapa Mr. Takahashi tu?" soalnya ingin tahu. Entah mengapa Encik Hati mula gatal mahu bertanya siapakah jejaka itu. Encik Jantung pula berdegup kencang tanda berdebar-debar. Ah!! Dua-dua mereng!
"Asal kau nak tahu?" tanya Aish pelik. Sejak bila Zarina minat dengan hal bisnes? Eh, silap. Kalau nak lebih spesifik, minat dengan CEO Goldmine yang digelar, Mr. Takahashi.
"Saja." Jawapan cliché standard kindergarten diberikan. Kalau untuk orang yang bijak-bijak belaka, pasti mereka tahu jawapan 'saja' itu mempunyai makna tersirat lain yang sangat mendalam. Cuma, apakah maksud 'saja' itu? Kau bukannya pernah jumpa pun, Ari.
"Aku pun tak pernah jumpa 4 mata lagi dengan dia. Cuma company diorang nak combine dengan Heritage. So, aku dengan lapang hati terima. Yang aku tahu, Mr. Takahashi tu kacukan Jepun! Ayah dia, Encik Aki Hafiz menyerahkan company tu dekat anak dia. Basically, nenek Takahashi tu yang owner sebenar Goldmine. Tak silap aku, Puan Sri Miyuki kot nama nenek dia. Aku tak tahu nama panjang Takahashi tu. Tapi dekat company, ramai orang gelar dia Mr. Takahashi. Hanya orang-orang tertentu je yang pernah jumpa Mr. Takahashi. Aku akan termasuk dalam golongan itu. Rare." Aish tersengih pada hujung ayat.
Bulat mata Zarina. Aku tanya pasal Mr. Takahashi je. Bukannya minta karangan SPM. Ishh.. Iris dengan mamat tiga suku ni sama je! Kembar betul! Sudah lah aku tak faham satu apa pun sebab dia cakap laju macam bertih jagung. Mana sempat nak pick up? Aku syak dia ni Iris 2.0. Banyak cakap. Orang tanya sepatah, siap essay diberi sebagai jawapan.
"So, basically, kau dah jumpa dah dengan Si Takahashi tu?" Soal Zarina sambil angkat kening.
Aish buat muka cemberut. "Hell no!" jeritnya. Zarina tekup telinga. Sumpah, sebiji macam Iris. Suara yang nyaring bak nyamuk yang membunuh.
"Oi, agak-agak lah, bro! Ryan dan Fiq ada dalam rumah ni lah! Fiera tengah tidur! Jangan dikacau!" marah Zarina, bengang. Dia kerut dahi sampai renung Aish tajam.
"Not my fault. Siapa suruh kau tanya soalan cepumas?" bidas Aish semula. "Eh, bukan kau suka ke jawab soalan cepumas macam ni?" balas Zarina, menyindir.
"Since when?!"
"Okay, back to Mr. Takahashi please ?" Malas nak panjang-panjang cerita, baik dia leraikan perbalahan perang mulut ini dengan Mr. Takahashi.
Aish buat wajah tak puas hati. "Ishh.. Yang aku tau nama dia Takahashi. Nama panjang, aku tak tahu." jawab Aish acuh tak acuh.
Hishhh... Dah gelar ibu dan ayah pun, perangai tak matang tu tak buang lagi.
"Projek perumahan tu.. Macam menarik je." gumam Zarina perlahan tetapi masih dapat didengari oleh telinga lintah, Aish!
"Woi, Ina! Heritage memang architectural design and services! Semua projek kami based on tapak perumahan tak pun bangunan. Tak kan kau dah lupa? Jangan buat aku gelak lah weyh." ujar Aish mengejek. Zarina sekadar menjeling walhal hatinya panas membara apabila Aish seakan menyindirnya. Kau nak sangat lawan api kan? Hah, rasakan!
"Kalau nak gelak, dipersilalan. Tak kan lah aku kena bentang red carpet kut kalau kau nak gelak?" sinis Zarina, pedas. Berubah seketika air muka Aish. Zarina menyambung kembali setelah menarik nafas panjang. "Projek tu menarik sebab Zayn campur tangan, bukan sebab perumahan, bendul!"
Okay. Keadaan menjadi senyap sunyi seketika. Sungguh kekok dan janggal situasi tersebut. Masing-masing membisu melayan ego sendiri.
"Wei, Ina." panggil Aish. "Apa?" Zarina menjawab malas.
"Takahashi tu stay dekat Jepun selama 5 bulan atas urusan kerja." ujar Aish tanpa disuruh oleh Zarina. "Kerja apa?" Tadi gaduh macam taufan Katrina, sekarang dah berbaik semula macam kucing.
Aish jungkit bahu. "I don't know. But one thing that I sure. Dia ada kerja dengan Mr. Yamamoto, si ketua yakuza." Bulat mata Zarina. Ketua yakuza? Biar betul!
"Biar betul kau ni?" Tanya Zarina sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Dia menggaru kepalanya yang berlapit tudung bawal.
"Serius weyh aku tak tipu!" Aish mengangkat tangan kanan tanda sumpah. "And dia jumpa dengan family belah ayah dekat Jepun." sambung Aish lambat-lambat.
Zarina teguk air kopi yang hampir habis itu. Tengok? Layankan Aish sangat sampai nak jahit baju pun tak boleh! Nak design dan lukis pun, pensel pun tak sentuh!
Zarina letakkan mug diatas meja. Peralatan menjahit diambil. Sketchbook digapai untuk melihat rekaan baju yang perlu dijahit. Baru sahaja tangannya mahu mula menekan suis mesin jahit itu, Aish bersuara.
"But do you know what?" Tanya Aish lagi. Zarina dengus geram. Ya Allah! Apa masalah mamat ni? Dia kacip gigi. Kepalanya terpaksa disengetkan sedikit untuk memandang Aish. "What?" soalnya geram.
"Takahashi tu balik Malaysia same time macam kau. Hari yang sama, pukul yang sama, flight yang sama! Tak kan kau tak berlanggar dengan dia?" Aish sengih sambil jungkit kening triple jerk.
Zarina tayang muka bosan. Mamat ni nak cakap bodoh, kang marah. Panggil idiot, pun melenting. Perkataan apa lah yang sesuai untuk describe kau wahai Aish Qayyum?!
"Ngeng, berapa puluh manusia dalam flight tu? Majority Jepun kot! Agak-agak lah wei. Muka pun aku tak pernah nampak. Jangan buat lawak lah weyh. Tak berjaya buat aku gelak." Balas Zarina selamba dan dalam masa yang sama menyindir Aish.
Aish hanya mencebik dan menjeling sebagai balasan. "Aku tanya je. Tu pun nak marah" Aish sandarkan badan pada sofa.
"Eh, tak marah pun Encik Aish Qayyum. Tak nampak ke saya ni sekarang tengah senyum?" Zarina melebarkan senyuman plastiknya kepada Aish. Aish hanya mengajuk senyuman plastic itu. "Macam ni eh?"
"Woi—" Baru sahaja Zarina mahu membidas dengan kata-kata yang pedas, phone milik Aish berdering lagu Al-Haq.
Berkerut dahi Aish seribu melihat nama yang tertera pada skrin phone nya.
"Assalamualaikum?" Aish menyapa sang pemanggil itu dengan suara yang serius.
Hati Zarina berteka-teki sendiri. Siapakah pemanggil itu? Hrmm.. Mungkin urusan company lah kut. Fikirnya.
"Ya, aku." Aish berdehem seketika sebelum menghela nafas panjang.
"Ari?" Aish toleh kepada Zarina. Berkerut dahi Zarina. Dia menunding kearah dirinya sambil mulut menyoal tanpa suara. *Aku?*
"Ah— Ya ya. Oh, dia pun?" Aish kelihatan seperti sedang berbual dengan si pemanggil. Ye lah berbual, tak kan menangis pula? Apa lah kau, Ari?
"Fine! Where's the location?" Zarina hanya memasang telinga mendengar dengan teliti. Pemanggil itu seperti mengenali dirinya. Siapa kau?
"You gotta be kidding me, right?" Aish menyoal si pemanggil. Tidak sampai beberapa saat, dia mengeluh.
"Alright, madam. We'll arrive soon." Aish mematikan panggilan. Dia melepaskan keluhan berat sebelum meluruskan badan memandang Zarina.
"Get ready now!"
'' Apa benda ni, Ish?" soal Zarina keliru. Dia sangat keliru. Apa benda yang sedang terjadi ni? Get ready mende ni?
"Julia mana?" soal Aish. Soalan Zarina dibiarkan seperti angin yang lalu.
"Dengan kawan-kawan dia lah. Pavillion." jawab Zarina walaupun hatinya memaki hamun Aish yang tidak menjawab pertanyaan dia.
"Call her now!" arah Aish, keras. "Why?!" bentak Zarina. Selagi Zarina tidak mendapat jawapan, selagi itu dia tidak akan akur. Ini Zarina Medina lah! Buat apa nak ganggu Julia yang sedang have fun dengan geng dia meskipun ditemani dengan Dollah dan Mat, si bodyguards setia.
Aish berdecit sebentar. Dia mengurut-ngurut dahinya yang seakan berdenyut. "Kita kena pergi jumpa dia sekarang."
"Dia tu siapa?" desak Zarina. Yang bagitahu sekerat itu buat apa? Straight to the point. Don't belok-belok lah, Aish Qayyum!
"Orang ternama yang mampu beri kita bukti pasal kes papa kau."
*
Restoran Kopitiam menjadi tempat untuk mereka berjumpa. Sementara untuk mengisi perut mereka yang kosong meminta perut untuk diisi, dia boleh menceritakan apa yang berlaku beberapa hari dahulu. Sudah lah dia tidak sempat lunch tadi atas urusan kerja, sekarang sudah mahu Asar pula.
Straw yang ada didalam gelas berisi air sirap, dikacau-kacau. Berbunyi-bunyi apabila ais-ais ketul itu berlaga dengan gelas kaca itu.
"Apa hajat tuan hamba memanggil hamba kemari?" soal Halina cuba bercanda tetapi masih dalam nada yang serius. Mengapa Hilna menghimpunkan Halima, Hilman dan dirinya sendiri?
Hidangan nasi briyani hasil masakan daripada Kopitiam, langsung tidak disentuh. Mahu mendengar dahulu apa yang bakal Hilna sampaikan.
"Kita makan dulu." ujar Hilna setelah lama mendiamkan diri.
Halima pandang Halina. Halina pandang Halima. Hilman pandang Halina dan Halima. Masing-masing pelik.
Sudu dan garpu sudah dipegang. Masing-masing senyap makan hidangan itu tanpa membuka mulut.
"Pstt pstt.. Kak, Na tu awat?" bisik Halina sambil mendekatkan sedikit wajahnya kepada Halima disebelahnya. Halima jungkit bahu tidak tahu dengan wajahnya yang cemberut.
"Period perhaps?" bisik Hilman perlahan. Sejurus itu, Halima dan Halina serentak menjeling Hilman tajam.
Hilmam tayang wajah blur yang seakan tidak bersalah. "What? Am I wrong? Who knows?"
Usai berkata, Halina menghadiahkan cubitan. Hilman mengadu sakit sambil mengusap-ngusap pehanya yang menjalani perkhidmatan cubitan ketam Halina.
"Woi! Hang pehal,?" marah Hilman, geram. Dia kacip gigi. Aduh, sudah lama dia tidak mendapat cubitan Halina. Kali terakhir pun ketika dia mengejek Halina persis dugong in dress di akad nikah Halina.
"Guys, stop." arah Hilna setelah lama mendengar butir bicara mereka. Tegas. Keras. Hanya dengan 2 perkataan mampu mereka membuatkan mereka berdiri tegak. Alahai, macam lah Hilna itu yang paling tua dalam kalangan mereka. Padahal Hilna lah yang paling bongsu.
Serta merta mereka terdiam mendengar suara dingin Hilna. Mulut ibarat terkunci. Bagai digam dengan gam Gajah.
Hilna mengeluh berat. Dia meraup wajahnya, kesal. Reaksi Hilna yang tidak pernah ditunjukkan membuatkan mereka terpana.
"Hang okay ka?" soal Halima, risau. Lagaknya seperti seorang kakak yang mengambil berat terhadap adiknya.
Hilna hanya mampu menggeleng lemah. "Hang pasaipa, Na?" soal Hilman bengang. Risau itu memang ya, tetapi sedikit geram apabila Hilna tidak menjelaskan sebab dia menghimpunkan mereka semua.
"Aku nak habaq pasai 'dia'." ujar Hilna perlahan. Berkerut-kerut seribu dahi semua orang. Dia? Adakah dia....
"Kak Ari?" teka Hilman dan Hilna mengangguk sebagai jawapan.
Halina menyandarkan badannya sambil silang tangan, angkuh. "I think we're missing someone stupid now."
Halima mengangguk setuju. Ya, mengapa Hilna tidak mengajak Helmi turut berkumpul disini?
"Not stupid but stupider!" Hilman bersuara jengkel. Dan ayat itu ditujukan khas buat abang 'kesayangan' itu. Dasar lembap!
"Talk to mirror, is it?" Hilna bersuara lagi. Masing-masing terdiam. Sedikit terasa.
"Remember, we also stupid. Our stupidness make we lost a very good person. And I know you know who is the 'person'." sambung Hilna. Dia menyisip air milo itu sedikit.
"Kalau hang nak habaq pasai Ari, hang patut panggil Am sekali. He's one of us!" ujar Halina tegas. Jika Hilna mahu bercakap tentang Zarina, bukan kah sepatutnya Helmi juga dijemput?
Halima berbeza dengan Halina. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Dia perlu tenang tidak perlu terburu-buru. Dia lebih memilih untuk mendengar penjelasan Hilna dahulu sebelum membuat kesimpulan.
"Yes, I admit it. In fact, arwah Tok Mah and ibu also involve in this case. But, Am is different. Dia lain pasai dia tak percaya Arjuna Aryan tu anak dia sendiri." jawab Hilna panjang lebar tapi masih lagi dalam nada mendatar.
"Ibu tau dak kak Ari tak bersalah?" soal Hilman tiba-tiba. Teringat dengan bonda yang tercinta yang tinggal keseorangan di kampung, Kedah.
Halima jungkit bahu. "I don't know. But, I guess ibu tak tau lagi kot sebab kak dok rasa tak dak sapa habaq dekat ibu."
"Kita patut habaq kat ibu dak?" soal Hilman. Terasa bersalah pula andai sang bonda tercinta masih lagi dilanda kesedihan. "Hell no! No way!" celah Halima laju.
"What will happen if we tell her? Depress! Ibu mesti akan rasa bersalah macam kita dan ibu nak ke KL nak jumpa Ari. Jangan tambah garam dalan luka." Tegas Halima. Hilna angguk setuju.
"Agree. And back to our topic, Ari." Semua mata terancap pada Hilna menantikan bicara dengan penuh debar.
"Na jumpa dia." Butang mata semua orang mendengarnya. Hilna sudah berjumpa dengan Zarina Medina, orang yang mereka fitnah sehingga pergi meninggalkan mereka?
"Bila ?" soal Halina mendatar. Ya Allah... Tiba-tiba terasa sebak didada. Lagi-lagi pabila isu Ari, kawan baiknya dikaitkan. Dan Ari akhirnya muncul kembali!
"3 days ago." jawab Hilna bersahaja. Tercengang semua orang. Tiga hari sudah?!
"Awat tak habaq kat kami awai-awai lagi?" soal Hilman, marah. Hilna sepatutnya memberitahu mereka dengan lebih cepat! Bukan mereka satu keluarga kah? Ya, satu keluarga yang berdosa menfitnah orang yang tidak berdosa!
Hilna mengeluh berat, kusut. "Na cuba terima hakikat." jawab Hilna seakan kesal.
"Hakikat apa?" soal Halima berdebar-debar. Berkerut beribu dahinya menanti jawapan dengan penuh sabar. Ya, dia perlu tenang dan sabar.
"Hakikat yang kak Ari tak akan maafkan kita!"
Terbeliak biji mata mereka. Maksudnya, Ari tak akan maafkan mereka? Ari tidak dapat menerima maaf mereka?
"Na jumpa dah ngan kak Ari. Dia, keras. What I mean is, her heart. Kak Ari yang dulu dah berubah. Sangat. Dia jadi tegas dan keras. Mana mungkin dapat maafkan kita." Hilna mengeluh berat pada hujung ayat.
Halima melontarkan pandangan kearah lain bersama mata yang berkaca-kaca. Halina melepaskan dengusan kasar sambil meraup wajahnya kesal. Hilman menyepak kaki meja dengan menggunakan kakinya. Seraya itu bibirnya mengeluh.
Hidangan nasi briyani dengan ayam besar itu tidak mampu untuk menjentik rasa lapar dihati mereka. Mereka sudah tidak ada selera untuk makan. Selera makan mereka sudah mati.
Hati yang keras? Dapatkah mereka dimaafkan? Rasanya keadaan lebih sukar untuk mereka.
"Dia kat mana? Dia sihat ka Na? Dia okay? Dia bahagia dak?" Tanya Halina bertubi-tubi. Dia menggenggam tangan Hilna. Matanya bertakung, sedaya upaya cuba ditahan daripada menitis.
"Dia sihat." Hilna tersenyum hambar. Halina menghela nafas lega. ''Like what kak Lima said, kak Ari have a son. Arjuna Aryan memang sebijik macam Am!" Sambung Hilna lagi. Dia gigit bibir bawah. Tiba-tiba dia menjadi sebak terkenangkan Zarina tidak membenarkan dia menyentuh Aryan.
"But, I guess... Kak Ari dah nikah." Hilna tersenyum kelat. Tetapi, Ari memang layak bahagia dengan lelaki lain!
Semua orang tersentak mendengar pernyataan Hilna. Ari sudah berkahwin?
"Ari... dah.... kah.. win?" soal Halima dan Halina serentak. Terkejut betul mereka mendengar khabar itu.
Hilna jungkit bahu, tidak pasti. "Hang tau Kak Ari kat mana?" soal Hilman. Kahwin ke tak kahwin dia tidak kisah. Kemaafan Zarina yang paling penting!
Hilna memandang Hilman sekilas lalu menghirup air Milo itu. Dia mengangguk.
"Kat mana?!" Tanya Halina kuat. Dia merenung Hilna menantikan jawapan.
"Butik Sakura Medina."
_______________________________
"INA, aku nak kau bersabar dengan orang yang kita nak jumpa ni." ujar Aish sambil memandu kereta Mercedes itu.
Berkerut dahi Zarina disebelahnya. "Maksud kau?"
"Dia ni jenis irritating sikit. So, be patient je lah." Aish meneruskan pemanduan.
Zarina memandang sekeliling. Hutan? "Kau confirm kita tak sesat jalan?" soal Zarina takut-takut.
"Memang ini jalannya, kak" celah Julia dibelakang yang sedang memandang luar.
Zarina berkerut seribu, pelik. Rumah orang yang mereka nak jumpa ni ada dekat dalam hutan? Biar betul! Dah lah seram!
"Okay, dah sampai." Aish mematikan enjin keretanya. Mereka semua keluar daripada kereta itu.
Ternganga luas Zarina melihat sebuah istana tersegam mewah dihadapannya. Istana dalam hutan? Adakah ini cerita Istana itu?
"Kau biar betul?" soal Zarina. Dia dah rasa lain macam dah. Aish hanya anggukkan kepala.
"Selamat datang ke Bloody Rose Mansion." Mereka disapa oleh seorang maid yang memakai pakaian seragam maid. Terkejut Zarina apabila disapa sebegitu.
Aish ketawa sinis. "Rumah lain tapi nama sama? Weird as always like herself." sinis Aish.
"Sila ikut saya."
*
Kepulan asap daripada Rose Tea naik terbang keudara menandakan betapa hangatnya minuman itu.
Panahan mata seorang wanita bertopeng masquerade berbulu membuatkan Zarina tidak selesa. Apa hal dia renung aku?
Dia toleh kepada Aish, mengharapkan jawapan mengapa mereka disini! Wajah Aish kelihatan keruh. Kenapa ni? Dipandang pula Julia disebelahnya. Kasihan, Julia. Terpaksa membatalkan rancangan dia dan kawan-kawannya.
Terpegun dia tatkala melihat rumah besar di dalam hutan ini. Ibarat sebuah istana didalam hutan. Melihat sahaja dalaman rumah itu, membuatkan dia terpukau. Sungguh mewah! Ditambah lagi dengan hiasan rumah yang bertemakan rose semamangnya membuatkan dia terpesona.
Sudah lah air teh ini juga perisa rose. Kek yang dihidangkan juga perisa strawberry rose. Errrkk... Naik muak dia dibuatnya!
Wanita bertopeng yang Zarina rasa berumur sekitar 50 an itu hanya tersenyum sinis sambil tidak lepas merenungnya.
Errr... Tudung aku senget ke?
"Straight to the point, madam." ujar Aish dingin. Terangkat kening Zarina. Kenapa Aish dingin sangat? Madam? Memang kena panggil dia madam ke?
Seperti biasa, wanita berusai separuh abad itu hanya tersenyum sinis yang amat menjengkelkan.
"Siapa awak?" Tanya Zarina geram. Yang smirk tu kenapa? Introduce yourself lah!
"Hrmm... Me?" soal wanita itu semula. Zarina mengetap bibir. Sekarang baru dia tahu maksud Aish yang sebenar. Memang wanita ini bikin sakit hati.
"Tak lah, sofa belakang awak tu." perli Zarina. Geram betul dia!
Wanita itu masih tersenyum sinis. "Such a nice joke."
Zarina membuat muka toya. Dia cuba sabarkan hati dia melayan karenah wanita misteri ini.
"Siapa awak?" soalnya lagi.
"Aku? Aku.... Roseville."
Share this novel