Bab 23

Romance Series 186474

DIA memandang ke luar jendela. Satu pandangan kosong diutarakan ke luar jendela yang dihiasi dengan tirai bercorak kelabu.

Bilik beradunya itu seperti....

Kelam.

Gelap.

Sunyi.

Dinding yang dicatkan dengan warna putih sedikit sebanyak mengundang rasa 'biasa' dan 'kelam' didalam hidupnya.

Kamar beradunya itu bukan sahaja menjadi gelap gara gara dinding yang kosong itu. Malah, lampu yang tidak menyala juga memberi efek terhadap kecerahan bilik ini.

Ibarat terperangkap didalam satu balang kaca. Tetapi rasanya ini bukan balang kaca tetapi ini namanya gua. Gua yang tiada penghuni melainkan si dia.

Pintu bilik itu juga ditutup rapat bah kan dikunci.

Dia tidak mahu ada sesiapa menganggu privasi dia. Dia tidak mahu ada sesiapa yang menganggu hidupnya.

Yang dia mahu hanya bersendirian cuba memahami takdir yang menimpa dirinya. Dia mahu bersendirian tanpa ditemani sesiapa pun.

Cahaya matahari dari luar jendela sedikit sebanyak menerangkan bilik yang gelap itu. Tetapi hanya kawasan yang berdekatan dengan jendela itu sahaja.

Esakan tangisan dari luar bilik memang meruntunkan hatinya. Sungguh
Sungguh hatinya terusik dengan esakan anak anak kecil diluar. Luluh hati dia dibuatnya.

Perlahan lahan air mata yang bertakung menitik juga. Sayu dan sebak apabila tangisan itu bergema pada gegendang telinganya.

Pintu bilik dikuak.

"Rayyan, Iriz dan Ifti dah menangis...." ujar Syafiera lembut sambil mendukung anak kecil.

Syafiera tidak langsung berasa hairan dengan keadaan bilik Rayyan. Bilik yang gelap memang sudah lama menjadi pedoman dalam hidup Rayyan.

Rayyan langsung tidak berpaling dari menghadap jendela.

Farah yang geram mula masuk campur.

"Ini anak siapa? Anak kau kan???" soal Misha dalam nada yang tinggi. Dia benar benar geram dengan lelaki yang bernama Ezzul Rayyan.

Iriz yang berada didalam gendongan Farah hanya mampu menangis. Rasa sayu memagut hati Farah. Hati perempuan mana tidak terusik memandang anak kecil yang tidak berdosa ini?

Misha mendengus kasar apabila Rayyan tidak memberikan sebarang respon malah langsung tidak berpaling menghadap mereka.

"Kau ni Rayyan bila kau nak sedar? Iris dah pergi tak boleh ke kau wake up terima kenyataan??" marah Misha sambil bercekak pinggang.

Tangisan Ifti dan Iriz makin kuat apabila Misha seolah olah menjerit.

Menitis lagi air mata Rayyan mendengar tangisan anak anaknya itu.

Farah dan Syafiera cuba menenangkan anak anak kecil itu. Misha mengeluh.

"3 bulan Yan. 3 bulan Iris pergi, tetapi kau aku tengok macam zombie dekat kubur Kristian je.." keluh Misha.

"Rayyan, Ifti dan Iriz perlukan kasih sayang ayah...! Iris dah pergi jadi kau kena jadi ayah...! Jangan jadikan mereka sebagai patung yang tidak bernyawa, Rayyan..." sambung Misha. Segaris senyuman pun langsung tidak terlakar pada bibirnya.

Rayyan masih lagi diam membisu.

"Kalau Iris nampak kau abaikan Ifti dan Iriz, confirm dia kecawa. Frust dengan kau. Sebab kau campakkan anak anak kau ketepi."

Misha berdecit sebentar. Serupa bercakap dengan dinding pula. Dinding pun dengar aje apa dia cakap.

"Okay lah Rayyan. Itu je yang aku boleh nasihat dekat kau. Kau fikir fikir kan lah. Everything is up to you. You're the only one that Ifti and Iriz have. You are they're father" Misha terus berlalu sambil menutup pintu kuat.

Wajah pusat lesi itu hanya dibasahi dengan linangan air mata. Dia tidak mampu bersuara. Mudah sungguh air matanya itu mengalir.

Hidup ini tidak sentiasa indah. Tetapi kenapa dia diuji seberat ini?

Hanya air mata yang mampu memberi jawapan.

--------------------------------------------------------------------
KELOPAK matanya terbuka. Terpisat-pisat dia bangun. Rambutnya yang serabai digaru dan diraup. Terpisat pisat dia bangun jadinya.

Dia jadi mamai pula pada pagi ini. Digosoknya mata kirinya sambil menguap kecil. Sisa mengantuk masih bersisa.

Dia memegang dahinya yang berdenyut sedikit. Kenapa ya kepala dia rasa berat? Badan dia pula terasa lenguh semacam

Dia memandang segenap ruang bilik dengan matanya yang kuyu. Cuba mengingati apa yang berlaku semalam.

Serta merta dua biji mata bundarnya terbeliak segar. Dia memandang tubuhnya. Dua kali ganda besar matanya dibuatnya.

I'm naked!!!

Zarina menekup mukanya menahan malu apabila segala kenangan semalam berlayar di kotak memorinya.

Dia dan Helmi sudah buat 'benda' itu!

Setiap kehangatan asmara yang cukup menggairahkan mampu membuatkan Zarina malu sampai langit ke tujuh!

Zarina mengerling kesebelah katil. Kosong. Keningnya terjongket.

Mana Am?

*

"Pagi, bu!" sapa Zarina ceria sambil duduk diatas kerusi.

"Selamat pagi, Ari. Lambat bangun...?" soal Puan Maryam yang sedang membaca surat khabar.

Zarina hanya tersengih menayangkan sebaris giginya yang putih.

"Biasalah, bu. Janji tak bangun lambat dari orang tu.." ujar Zarina separuh selamba sambil mengerling ke arah pintu bilik tidur yang tertutup rapat.

Puan Maryam hanya mampu ketawa kecil apabila mendengar jawapan Zarina. Tahu sudah siapa yang dimaksudkannya itu. Tak lain tak bukan Halina lah si Sleeping Beast itu.

Karipap yang berada diatas pinggan dicapai oleh Zarina. Dikunyahnya karipap itu perlahan. Karipap inti kentang ini sangat sedap menyengat rasa.

Sambil mengunyah karipap itu, matanya melilau mencari kelibat seseorang.

Puan Maryam memandang pelik menantunya itu.

"Ari cari sapa tu?" tegur Puan Maryam.

Zarina tersentak. Errrrr.... Nampak ketara sangat ke kelakuan aku?

"Am mana, bu?" soal Zarina terus terang.

Dari tadi dia mencari Helmi tetapi langsung tidak berjumpa. Hari ini hari Sabtu tak akan lah kena pergi sekolah kot?

Lagi pula, hanya seminggu lagi sebelum cukup dua bulan usia perkahwinan mereka.

"Eh? Am tak bagitahu Ari ke?" soal Puan Maryam sedikit terkejut.

Terhenti pula suapan dan kunyahan Zarina. Errr... Ada apa apa aku perlu tahu ke?

"Bagitahu apa???" tanya Zarina.

"Am kan pergi jalan-jalan. Tak kan dia tak bagitahu Ari?" soal Puan Maryam tidak percaya.

Zarina menggeleng. Dia tak bagitahu aku pun. Memang lah. Bangun bangun je dia dah lesap.

Tak pe. Aku dah jumpa kau, Am!

*

Udara segar Zarina hirup sepenuh hati. Hirup lah banyak kali pun memang tidak akan puas. Kerana udara itu terlalu segar dan nyaman.

Tidak boleh didapati di Kuala Kumpur. Dek asap kenderaan dan kilang yang banyak, ianya mencemarkan alam sekitar.

Udara segar di kampung ini sukar didapati dimana mana memandang kampung ini terletak diluar bandar. Limited Edition je tau..

Tangan dihayunkan kedepan dan kebelakang. Rambutnya yang natural dibiarkan lepas itu ditiup lembut oleh angin.

Angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup lembut itu memang kena dengan perasaan yang dialami oleh Zarina.

Niat hati dia mahu mencari Helmi dan meluahkan perasaan dia pada Helmi. Helmi sudah meragut daranya. Haruslah Helmi turut menyintai dia, iye tak?

Senyuman panjang memang tidak lekang dari bibir. Senyuman itu bukan senyuman plastik tetapi senyuman manis dan ikhlas.

Wah! Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan Helmi!

Kelibat seseorang menghentikan langkah Zarina. Terus mati senyuman manis itu tanpa disuruh.

Helmi dan Atia....

Pasangan itu nampak sedang ketawa bahagia pada depan matanya.

Air matanya bertakung. Senyuman Helmi... Tidak pernah Helmi senyum sebegitu rupa apabila dengan dia. Apabila dengan Atia, bibir itu mudah sahaja senyum.

Perlahan lahan air mata itu berjurai jurai menitik menodai pipinya. Sungguh hatinya hancur retak bagai kaca yang dicampak keatas lantai.

Melihat sahaja pasangan sejoli itu cukup meruntunkan hatinya. Bagai hatinya disiat siat oleh parang.

Mereka nampak sangat bahagia. Tidak perlu lah ungkap betapa bahagia nya mereka. Lihat sahaja pada muka sahaja sudah tahu.

Zarina menggigit bibir cuba menahan tangisan. Dia memegang dadanya. Ari.... Kenapa kau perlu menangis? Kenapa hati ini perlu sakit melihat mereka bahagia?

Kau datang menghancurkan kehidupan mereka..... Kau datang bagai watak antagonis kedalam cinta mereka..... Kau datang bagai orang ketiga yang jahat.....

Kau cuma menyewa Helmi Ikram untuk menjadi suami bukan menyewa cinta Helmi Ikram!

Jadi mengapa hati kecil ini perlu berasa sakit melihat mereka bahagia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience