MULUTNYA menguap besar. Mengantuk pula pagi-pagi ini. Ini ke penangan cerita Istana tu?
Phone Samsung yang berada ditangan dia tekan-tekan banyak kali. Data dah ada. Boleh lah dia tahu perkembangan KL sepanjang dia tiada.
Harap Mifzal dan Misha dapat menjaga Wisma dengan baik buat masa sekarang.
Automatik matanya yang kuyu segera membulat apabila matanya dapat menangkap sesuatu pada skrin phone itu.
'Jeffri....' gumam hati Zarina seraya bibir bawahnya digigit.
Setelah sekian lama Jeffri menyepi. Zarina ingatkan Jeffri sudah lenyap dari hidupnya tetapi dia lupa. Jeffri juga lah salah satu sebab dia terpaksa berkahwin dengan Helmi. Hanya untuk melarikan diri dari cengkaman buaya itu.
'Hi sweetheart. How are you doing in Kedah? (love emoji)'
Zarina cemas. Macam mana pula si Jeffri tahu lokasi dia? Siapa yang bagitahu?
Misha? No way. Misha itu Personal Assistant yang paling loyal. Mustahil kalau dia bagitahu Jeffri.
Hanya Misha Dayana sahaja yang tahu dimana dia berada. Orang lain tidak tahu menahu pun lokasi dia. Tetapi mulut becok itu boleh sahaja buka mulut.
Rasanya Zarina sudah lupa siapa Jeffri. Haikal Jeffri Bin Dato Kamarul. Anak CEO Gemilang itu boleh buat apa apa sahaja dengan kuasanya.
Jeffri is always a Jeffri.
He never changed. Jeffri who always wanted something that not his to be his never changed since Zarina left KL.
Laju sahaja tangannya menekan nekan keyboard setelah berfikir sejenak.
'Who tell you that? Are you stalking me?'
Nampak tenang tetapi keras sahaja ayat yang Zarina hantar. Kalau boleh, nak sahaja dia mencarut dan block Jeffri tetapi dia cuba berlembut.
Cukuplah, Jeff! Aku tak suka kau pun! Stop lah! Rimas aku! Pergi lah dekat perempuan perempuan keliling pinggang kau tu!
'Well, my darling dah lupa ke siapa I? What I want, I will get it no matter what'
Amboi! Cepatnya reply! I told ya! Jeffri is Jeffri!
Bibir diketap geram bersedia untuk membalas. Rasanya dia boleh bayangkan Jeffri sedang tersenyum sinis sekarang.
'Jeff, I'm married. Remember?'
Zarina tidak mahu menyerang. Dia lebih suka berbincang. Mana tahu kalau berbincang dengan tenang dengan si mamat buaya ni, Jeffri akan lepas kan dia?
'Who cares? I just want you, baby...'
Uhhh.... Jeffri Haikal memang tak reti nak putus asa ke? Aku tak nak dia tu boleh pula keep going. Ingatkan berkahwin, boleh buat dia putus asa tetapi aku silap.
'Enough is enough, Jeff! Please stop!'
'Remember that night? I should just do that at that night. But your lips is damn sexy and hot. I always remember your delicious body.'
Phone Samsung terus dicampak keatas tikar. Dia meraup kasar rambutnya. Masakan dia boleh lupa malam itu?
Malam yang hampir meragut daranya. Malam yang mampu meragut kesuciannya. Malam yang boleh sahaja membuatkan hidupnya merana. Si jantan keparat itu memang tak guna!
Sekarang ini pun dia terasa jijik tatkala mengingati jantan itu menyentuh dia. Haknya sebagai perempuan hampir dicabul oleh Jeffri!
Jeffri ingat dia siapa? Girlfriends dia yang selalu tidur malam ke? Kau silap Jeff! Kau silap besar kalau ingat aku akan depress dan mengalah sebab malam tak guna itu!
Kalau boleh, dia mahu saja membalas 'You are stupid, Jeff! Fuck you!' Mahu sahaja dia mencarut dan memaki hamun Jeffri.
Tetapi apabila otaknya teringat pada malam itu, dia hampir lemah. Tidak mampu berhadapan dengan Jeffri. Saat itu juga lah dia tekad mahu tinggalkan KL.
Urgghhh... Si jantan keparat yang brangsat!
Tak pe... Aku akan tunjukkan siapa Zarina Medina yang sebenar!
________________________________________
SILVIA R. Dia sekarang berada dihadapan sebuah syarikat terkemuka yang sudah lama dia tidak pergi. Syarikat yang sudah sekian lama dia tidak jejaki.
Syarikat yang tersegam mewah dihadapannya dia pandang kagum. Semuanya tidak berubah walaupun sudah lama dia tidak melihat bangunan ini.
Tidak semena mena bibir itu mengukir senyuman tipis.
Banyak kenangan dia dengan SILVIA R, syarikat arwah ayahnya. Lebih banyak kenangan dia dengan isterinya di SILVIA R.
Perlahan lahan dia mengatur langkah masuk kedalam syarikat itu. Dia memandang sekeliling.
'Tak berubah pun....' desis hatinya sambil mata melilau memandang segenap ruang lobi yang mewah dan luas.
Ya. Memang keadaan syarikat SILVIA R langsung tidak berubah walau sekelumit. Nampak sangat pekerja pekerjanya sedaya upaya cuba mengekalkan keadaan syarikat SILVIA R.
"May I help you, Mr?" soal seorang perempuan dengan suaranya yang lunak.
Rayyan toleh apabila merasakan dia sedang diseru seseorang.
"Oh, yes?"
Bulat mata perempuan itu apabila memandang wajah seseorang yang amat dia kenali.
"Boss!" Tanpa sedar bibir itu menjerit kecil tanda terkejut. Melopong mulut perempuan itu.
Rayyan senyum simpul. Dia sudah lama dapat agak. Kehadirannya ke SILVIA R pasti mengundang terkejut setiap pekerja SILVIA R.
"Amboi, Aufa... Nampak saya macam nampak hantu... Ada hantu ke belakang saya?" perli Rayyan sekadar bercanda serta senyuman kecil pada bibirnya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Aufa, salah seorang pekerjanya.
Aufa masih dengan riak terkejutnya. Tidak percaya boss yang sudah 5 bulan menyepi, datang semula ke sini. Masakan tidak? Bossnya itu ibarat ghaib selama 5 bulan!
Aufa menutup mulutnya. Acah malu. Konon nak cover bagi perempuan Melayu terakhir sikit depan boss besar itu.
"Boss! Orang lain tahu tak?" soal Aufa berbisik seraya memerhati sekeliling. Ramai orang ramai, tapi tak ada sesiapa pun yang perasan Rayyan sedang berdiri dihadapannya sekarang.
Rayyan menggeleng. Biarlah menjadi rahsia buat masa sekarang ini. Dia datang balik pun sebab nak uruskan hal syarikat yang sudah lama tertunggak urusannya. Bukannya nak buat family reunion pula ke.
Aufa senyum senget. Okay, my turn to do this for Mr. Ezzul Rayyan!
"Welcome back, Mr. Ezzul Rayyan!" jerit Aufa kuat seraya mendepakan kedua dua belah tangannya. Bibir itu asyik tersenyum lebar sahaja.
Rayyan tersentak. Mak ai... Budak ni nak buat apa ni?
Semua orang yang berada di dalam syarikat itu automatik memandang kearah mereka. Terkejut mereka dibuatnya.
"Boss???"
"Boss Rayyan??"
Rayyan menepuk dahinya. Aigoooo... Budak ni memang sengaja lah!
Semua orang terus pergi kearah mereka. Pelbagai soalan diajukan.
"Boss, are you okay??"
"Boss, datang balik??"
"Boss okay tak ni?"
"Yea! Boss dah kembali!"
"Boss..... Rindu boss...."
Rayyan menjeling Aufa yang hanya tersengih persis kambing putih. Tengok lah tu buat muka innocent dia! Pergi tayang gigi buat apa? Sudah lah tu siap buat peace pula!
Bengang pula Rayyan dengan pekerjanya yang terlebih bijak pandai ni
" Welcome back , boss to the SILVIA R!" Serentak mereka bersuara.
Rayyan memandang seorang demi seorang pekerjanya. Bibir itu tersenyum kecil.
"I'm back ....."
Share this novel