Bab 57

Romance Series 186796

"DASAR perempuan murahan."

"Am tak patut kahwin dengan kau"

"Eh, perempuan jenis apa kau ni ah?"

"Kau tipu aku!"

"Kami tak akan maafkan kau!"

"Tak sangka aku kau ni perempuan jalang."

"Betina sundal!"

"Aku tak akan jadi ayah untuk anak haram ni!"

"Kau, pelacur."

Zarina terus terjaga daripada tidur. Dia memegang dahinya yang basah dengan peluh.

Bibirnya diketap. Tidak semena-mena air matanya mengalir hangat.

Sampai hati Helmi menghina dirinya. Tidak cukup dengan itu, dia hina pula Aryan, darah daging Helmi sendiri.

Dia menyandarkan kepalanya ke bantal. Perbincangan dia dengan Syafiera tempoh hari berputar di kotak ingatannya.

'Ina, kau kena kuat. Suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar. Kita gelak je puas-puas tengok diorang melutut dekat kau.' Syafiera memberi kata-kata semangat.

'Ya, tapi sampai bila? Aku tak larat lagi...' keluh Zarina perlahan.

'Kau cintakan Am ke?' soal Syafiera sengaja menduga.

'Hell no!! Buat apa aku nak cintakan lelaki yang dah buang cinta aku? Masuk dalam jamban lah cinta tu!' Zarina menafikan sekeras-kerasnya.

'Dah tu kenapa kau kena menangis? Kenapa kau tak terus terang je? Asal kau tak dedahkan yang kau tak bersalah?' serang Syafiera. Zarina terkedu. Yalah.. Kenapa dia tidak dedahkan hal sebenar?

'Ina... Sebab kau cintakan Am...' ujar Syafiera sambil memandang Zarina.

'Tak!! Aku tak akan pernah cintakan lelaki yang tak percaya aku! Aku benci dia!' bentak Zarina. Dia cinta Helmi? Mengarut!

'Dia buang cinta aku.. Dia hancurkan cinta aku.. Dia hina Ryan... Diorang memang nak mampus!' Apabila terbayangkan peristiwa 4 tahun yang lepas, hatinya menjadi luluh.

'Aku tahu dia hina Ryan. Aku tahu dia pijak cinta kau. Tapi kenapa kau tak boleh jatuh cinta dekat suami untuk disewa itu?'

Zarina terkedu. Sudah lama dia tidak mendengar 'suami untuk disewa' itu.

'Sebab dia hina aku dan Ryan!! Kau boleh faham ke tidak?!' Ada juga yang dia pukul sekejap lagi.

'Kalau dia dah tahu semuanya? I mean... Kebenaran sudah terbongkar.. Diorang minta maaf dengan kau.. Masih adakah ruang untuk Helmi di hati kau jika dia meminta maaf?' Zarina terkilan. Syafiera ini memang pandai main psychology betul lah. Dah namanya cikgu kaunseling.

Zarina mengeluh membayangkan kata-kata Syafiera tempoh hari. Dia memusingkan badannya

' Masih adakah ruang untuk Helmi di hati kau jika dia meminta maaf?'

Masih adakah ruang untuk Helmi dihatiku?

Kata-kata maaf pun dia tidak dapat terima ini kan pula terima cinta!

Aryan yang sedang lena itu ditatap tanpa jemu. Hatinya menjerit.

Ah, Am!! Kau tak nampak ke wajah Ryan ni sama dengan kau?!

Dia memeluk tubuh itu. Dia memejamkan matanya.

Satu je yang pasti, dia mahu mereka melutut meminta maaf apabila kebenaran sudah terbongkar!

Dia tidak mahu Aryan pergi. Dia mahu Aryan terus kekal disisinya.

________________________________________
"SELAMAT datang ke Butik Sakura Medina!" Aryan menjerit kuat di hadapan butik itu. Sememangnya menarik perhatian orang ramai.

Alhamdulillah.. Baru sahaja opening, sudah dapat sambutan yang baik. Ini semua kerana Aryan!

Zarina sengaja menyuruh Aryan memakai kostum Dinosaur rekaannya. Comel sahaja!

Bukan setakat Aryan sahaja, Syafiq, Mia, Mika, Ifti, Iriz dan Farish juga turut membantu. Dengan pakaian Dinosaur tu memang comel!

Zarina pula tidak menang tangan nak handle orang yang membuat tempahan. Ramai sangat!

Mujur lah Aish, Syafiera, Yana, Haris, Farah, Hakimie dan Rayyan datang membantu. Butik dia pun dibanjiri dengan ramai orang.

"Dress yang ini cantik lah.."

"Ya, dress itu menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi. Adakah puan mahu order yang itu?" Dengan sopan Zarina bertanya.

"Kalau tukar warna dia boleh tak? Saya nak warna pink. Lagi satu dress ini bagi besar sikit."

Zarina mencatat sesuatu di buku notanya.

"Baik, ada apa-apa lagi yang puan mahu tambah? Misalnya, labuci pada pinggang ke.."

"Eh, tak payah... Dah elok sangat tu." Zarina tersenyum.

"Ah, nama penuh puan apa ye? Dan nombor telefon?" soal Zarina. Ya, ini memang prosuder mengambil tempahan.

"Datin Suraya Binti Wahab." Wanita itu ukir senyuman.

"Datin? Maafkan saya jika saya terkasar Bahasa" Zarina memohon maaf. Uiii... Dapat customer datin!

"Ishh... Apa datin-datin ni? Panggil je lah aunty Su." Wanita itu tersenyum. Zarina turut tersenyum.

"Nombor telefon aunty Su?"

"" jawab Datin Suraya.

"Okay! Aunty Su boleh ambil dress ni hari Ahad minggu depan ye? Nanti saya call"

"Hrmm.. Baiklah.. Errrmm. Kamu ni Zarina Medina Binti Dato Azman ke?" Zarina tersentak.

Dia tahu nama penuh aku? Memanglah aku pemilik butik ini. Tetapi aku hanya menggelar Medina. Jadi, bagaimana dia tahu nama penuh aku?

"Aunty Su ni kawan rapat mama kamu. Takziah ye diatas pemergian papa kamu" ucap Datin Suraya. Zarina tersenyum pahit.

"Aunty Su ni kawan rapat mama saya ke atau Datin Noraini?" soal Zarina ingin tahu. Mana tahu dia rapat dengan Noraini ke.. Tup tup dia bagitau Noraini aku ada dekat sini. Bahaya tu. Datin Suraya menayang muka jelik.

"Ishh.. Buat apa aunty Su nak rapat dengan Aini tu! Dasar gila harta!" balas Datin Suraya menyampah. Nampak sangat menyampah dengan Datin Noraini.

Zarina tersenyum kelat.

"Ari makin lawa ye... Ayu je aunty Su nampak.." puji Datin Suraya. Zarina tertunduk malu.

"Aunty Su pun apa kurangnya? Nampak awet muda!" Zarina memuji kembali bersama sengihan.

"Ish.. Apa kamu ni.." Malu pula dia apabila dipuji sebegitu. Zarina gelak senang hati.

"Ah, aunty Su nak inform dekat kamu. Querina dengan Aini tu tengah jadi queen dekat Wisma. Harta papa kamu semua diorang ambil!" Datin Suraya meluahkan ketidak puas hati.

"Aunty Su... Saya tak kisah pun pasal harta.." balas Zarina. Dia memang tidak pernah ambil tahu pasal harta. Kau nak ambil? Ah, dengan lapang dada aku bagi semua harta!

"Apa kamu ni Ari.. Harta papa kamu tu memang nak serah dekat kamu pun!"

"Aunty Su, harta tu bukan boleh dibawa sampai mati pun.." Zarina tersenyum.

"Memang lah tak boleh bawa sampai mati! Kamu nak ke syarikat yang papa kamu bina hancur kerana dua perempuan tu?" soal Datin Suraya sambil merenung tepat Zarina. Zarina terkedu.

"Nanti saya plan sesuatu. Terima kasih ye aunty sebab bagitau." Zarina tersenyum.

"Sama-sama. Harta papa kamu tu 7 keturunan tak akan habis, tapi kalau Aini dan anak dia yang dapat, bukan sampai 7, 1 keturunan pun dah habis!" omel Datin Suraya. Zarina tertawa lucu. Memang lah kalau dua-dua shopaholic.

"Ari.. Ada sesuatu yang tak kena pasal wasiat tu. Kamu kena siasat tau" ujar Datin Suraya serius. Zarina mengangguk. Ya, dia perlu siasat.

"Okay lah. Aunty Su kena balik dulu. Apa-apa aunty Su call Ari ye kalau ada perkembangan pasal diorang" Datin Suraya meminta untuk undur diri. Zarina menyalami tangan Datin Suraya.

"Baiklah, aunty.." Kelibat Datin Suraya yang semakin menghilang dipandang sepi.

Que... Noraini... Apa muslihat korang?

"Ari!! Ambil order!" laung Farah. Zarina tersentak dari lamunan.

"Baik!!!"

*

"Ah, penatnya!!" Aish merebahkan badannya diatas sofa. Syafiera tersenyum.

"Hek eleh... Baru je opening.." sindir Yana. Aish menjeling.

"Sebab baru opening lah aku penat" bidas Aish. Yana pula mencebik.

"Dah! Jangan gaduh-gaduh! Ais krim Juara ada di sini!" Farah datang bersama Hakimie dengan sebungkus plastik di tangan.

"Nak!!!" Apa lagi? Zombie lah mereka! Zarina hanya ketawa geli hati. Dah ada anak pun, masih tak matang.

"Ina, kau tak nak?" soal Syafiera sambil menjilat rakus ais krim itu.

"Makan je lah mak buyung" Syafiera tersengih.

"Ari, kau sempat ke nak buat baju-baju tu?" soal Farah khuatir. Zarina tersenyum lebar.

"Aku boleh lah!" ujar Zarina yakin. Farah tersenyum. Dia tahu perempuan itu boleh.

Zarina melilau mencari Rayyan.

"Mana Rayyan?" tanya Zarina.

"Eikkk... Rindu ke?" usik Yana. Zarina hanya buat endah tidak endah.

"Dia pi cari air blender dengan budak-budak" beritahu Hakimie. Zarina mengangguk.

"Korang... Aku ada benda nak bagitahu" ujar Zarina.

"Apa dia?"

"Aku jumpa..... Iris"

"Hah????" Semua tercengang mendengar kata-kata Zarina.

"Bukan bunga Iris kan?" soal Yana. Zarina menggelengkan kepalanya.

"Tapi Qairina kan dah tak dek ...." ujar Aish perlahan. Syafiera memandang sayu suaminya.

"Aku tak Iris hidup balik. Aku cuma cakap aku jumpa Iris dekat Jepun!" Zarina menunjukkan phone Samsung nya yang mempunyai gambar dia dengan Aira ketika di Jepun.

"Eh, sebiji lah!!!" Bulat mata semua orang memandang wajah Aira.

"Ke itu gambar lama waktu Iris masih hidup?" Yana membuat andaian sendiri.

"Oi, ngeng! Kau tak nampak ke Ryan dekat tengah-tengah? Tarikh pun masih baru!" balas Farah bengang.

"Apa nama dia?" Bergetar sahaja suara Aish.

"Sakura Aira"

"Korang bincang apa ni?" tegur Rayyan tiba-tiba.

"Ahhh!!! Mak kau hijau!!" latah Yana kuat.

"Tak dek papa!" balas Syafiera cepat-cepat.

"Alaaa... Citer la!" desak Rayyan. Apa ni dia datang terus senyap?

"Errr... Ari nak belanja kita!" ujar Farah. Mencerlung mata Zarina. Eikkk.. Aku pula yang kena?

"Untuk?" soal Rayyan.

"Laaa... Korang dah tolong aku, aku belanja la!" pintas Zarina.

"Let's go boys and girls!! Aunty Ari nak belanja kita makan!!" teriak Yana. Budak-budak itu bersorak keriangan.

Zarina menepuk dahinya. Habis lah duit poket aku....

Guys! Scarlett nak opinion! Korang prefer Ari dngn Am atau Ari dngn Ray? Sebab ending dia masih samar2. Your opinion may influence my decision!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience