Bab 2

Romance Series 186474

KELOPAK mata Zarina perlahan lahan terbuka. Rasa silau menyergah ke matanya. Cepat cepat dia menarik selimut lalu menutupi wajahnya. Nak tidur lagi!

"Amboi amboi.. Dah bangun tu bangun la!" sinis satu suara garau.

Zarina terkedu disebalik selimut. Mamat bangla mana pula tu? Aku kena rogol ke?
Zarina menilik badannya. Nafas lega dihembus. Syukur.. Masih ada lagi pakaian dekat badan aku.

"Ari dah bangun ke?" soal satu suara lunak pula.

Zarina terkelu. Siapa pula tu? Ini game teka siapa saya ke? Sekejap garau dan sekarang lunak. Aku kena culik ke apa ni? Tapi macam mana diorang tau nama aku? Jangan kata diorang nak kerat badan aku 14 then ambil organ dalaman. Huaaaa!! Aku tak sedap!! Bermacam macam perkara tidak baik bermaib main difikiran Zarina.

Zarina masih tidak berani untuk membuka kain selimut yang disarung dibadannya. Nafas ditarik.

"Entah la dekat kawan kau tu.. Mati agaknya.." sinis satu suara garau lagi lalu berlalu pergi. Kedengaran bunyi tapak kaki melangkah keluar dari bilik.

Kawan? Diorang kawan aku ke? Nak buka selimut tapi aku takut. Aisey man.. What to do? Ah.. Buka aje lah!

Tangan digenggam erat. Air liur ditelan. Selimut di buka.

"Ari! Kau dah sedar!" jerit seorang perempuan.

Berkerut dahi Zarina cuba amati wajah itu. Seluruh muka manis itu Zarina menilik. Kening yang hampir bersambung. Hidung tak berapa nak kempis. Kulit putih. Mata hazelnut sedikit sepek. Rambut yang sudah diikat secara sanggul.

"Halina?" soal Zarina.

Perempuan yang bernama Halina Ifti itu terus mencebik.

"Serius la kau amnesia ke? Lupa kawan sendiri?" perli Halina sambil memuncungkan bibir sedepa. Gayanya dah macam bapak itik. Acah acah merajuk. Sampai hati lupa kawan!

Zarina mengukir senyuman nipis. Cik Itik ini merajuk la.. Siapa yang kena pujuk? Sudah semestinya tak lain dan tak bukan pemenangnya adalah Zarina Medina!

"Alolo.... Kesian sayang kita ni..." ujar Zarina sambil dilunakkan suara. Pasti kasi meleret.

Halina terus menunjukkan aksi geli geleman.

"Eeiii.. Tak payah nak bersayang bagai! Geli aku!" cebik Halina.

Zarina tersenyum melihat telatah Halina. Ya. Itu baru kawan baik yang kita kenal. Tak mudah merajuk dan tak suka ber sweet. Perwatakan agak tomboy tetapi tetap perempuan Melayu terakhir. Aceh aceh..

" Nah makan bubur ni. Minum green tea ni tau. Masih panas lagi. Segar dari ladang" ujar Halina lalu meletakkan bubur dan cawan berisi air green tea di atas kabinet bersebelahan dengan katil yang sedang Zarina baring.

Zarina mengangguk lemah. Tadi bukan main punya semangat sekarang sudah lemah macam agar agar. Mood swing betul!

Mangkuk diambil lalu di kacau dengan sudu supaya panas berkurangan. Kepulan asap masih ada. Hmm.. Mesti baru masak. Sudu diambil lalu disuap kedalam mulut.

"Wei, macam mana kau boleh pengsan atas jalan raya weyh?" soal Halina lalu mengambil kerusi duduk di sebelah katil.

Zarina terus tersedak. Zarina terbatuk.

"Uhukk! Uhukk!!"

Kalut Halina jadinya melihat Zarina yang batuk kuat. Dia terus panik.

"Air mana air??" soal Halina kalut + blur lalu memusing di sekeliling bilik. Cuba mencari air untuk Zarina minum. Mana air? Tak kan nak bagi Zarina minum air paip kot?

"Oiii.. Mambang tanah.. Mambang air.. Di manakah air? Aku seru air.." selamba Halina membacakan 'mantera' demi menyeru air untuk Zarina minum.

Zarina terus mengambil bantal katil lalu dibaling kepada Halina. Tepat mengenai muka Halina. Tujuannya untuk mendiamkan tingkah Halina. Geram betul Zarina dengan Halina yang suka merepek.

"Oi kau apahal?" marah Halina. Sesuka hati aje baling bantal kena pula dekat muka orang. Macam mana kalau ada lebam? Calar ke? Siapa nak bertanggungjawab?

Zarina menggapai cawan yang berada diatas kabinet lalu diteguknya. Hua... Segar..

"Yang kau dah melalut kenapa? Air dekat sini aje. Nasib bantal lembut ni yang kena muka kau kalau aku baling bubur ni kat muka kau baru ternganga kepanasan" sinis Zarina. Kadang dia hairan dengan Halina Ifti. Datangnya dari planet Marikh ke? Ada fius ke dekat otak dia? Suka sangat meracau racau.

Halina diam. Diam bukan kerana tersentap. Tetapi diam kerana berfikir. Halina menjadi blur 5 saat.

1..
2..
3..
4..
5..

Terlopong mulut Halina dengan senyuman. Dahinya ditepuk sendiri.

"Lupa lah aku! Cawan besar gajah ni aku tak nampak! Haha!" Halina ketawa terbahak bahak atas kebodohan sendiri.

Zarina memandang Halina. Dia menahan senyum. Serius dalam kepala Halina ini tak dek otak ke?

"Okay. Back to my question. Asal kau pengsan dekat jalan tadi?" Halina mengubah topik. Bantal dipeluk erat. Tapi dia memang mahu tahu pasal hal ini. Kalau Tadi dia sedang ketawa sekarang riak wajahnya amat serius. Langsung tiada segaris senyuman.

Zarina mengetap bibir. Perlu ke aku jawab? Tapi bila difikir fikir balik baik dia bagi tahu apa masalah yang dihadapinya. Halina yang selalu ada tikala susah dan senang. Halina juga lah yang menjadi pendengar setia masalah keluarga Zarina.

Zarina menarik nafas dalam dalam lalu menceritakan dari A - Z. Halina terlopong selama 3 saat.

"Serius la? Berani gila setan setan tu! Memang nak kena ni!" marah Halina. Bantal yang berada ditangannya menjadi mangsa gusti Halina. Ditumbuknya bertalu talu tanpa belas kasihan. Dipijaknya kuat. Habis bergegar satu rumah dek pijakan baby elephant a.k.a Halina Ifti.

Zarina ketawa kecil.

" Aku yang kena.. Kau yang bengang tahap gila.."

"Jom ikut aku!" ujar Halina serius sambil berdiri.

Zarina memandang Bantal yang berada di atas lantai. Habis kemik bantal itu dibuatnya. Nasib kau lah bantal..

Zarina memandang pula Halina.

"Pergi mana?" soal Zarina sambil mengerutkan dahi. Keningnya bertaut. Memalam buta ni nak pergi mana?

"Pergi jumpa nenek nenek kebayan lah ngeng." balas Halina sarkastik.

Pantas Zarina menggelengkan kepala laju. Gila ke apa? Cari nahas betul!

"Tak payah la.. Rileks Lina.." Zarina cuba menenangkan Halina. Aku yang kena dia pula yang melebih. Nasib Halina mendengar kata. Dia duduk semula diatas kerusi kasar.

"Rileks mende Ari? Sanggup betul papa kau buang kau!" rungut Halina tidak berpuas hati sambil mengalihkan pandangan tempat lain.

Zarina tersenyum kelat.

"Kalau aku nak dapat redha ayah aku, aku kena kahwin.." ujar Zarina lembut sambil menggenggam sudu bubur.

"Apa susah? Kahwin aje lah! Berlambak lelaki lain kat luar sana yang layak jadi suami kau selain dari Jeffri!" balas Halina selamba.

Mencerlung mata Zarina memandang Halina. Ewah... Dia ingat kahwin ni macam main pondok pondok? Sorry to say la buat marriage is complicated!

" Semua lelaki dekat luar sana tak jujur. Pandang rupa dan harta aje. "

Halina mengangguk persis burung belatuk tanda setuju dengan apa yang aku cakap. Tangan Halina diletakkan didagu acah acah fikir.

"Apa kata kau sewa seorang lelaki untuk dijadikan suami?" cadang Halina.

Bulat mata Zarina mendengar cadangan Halina.

"Bengap gila idea itu!" balas Zarina sambil dicebikkan bibir.

Kening kanan Halina terangkat. Amboi amboi.. Dia ejek idea aku Bengap?

"Kan aku dah kata. Lelaki tak boleh dipercayai..." sambung Zarina.

Halina tersenyum lebar. Berkerut Zarina memandang Halina dengan senyumannya.

'Apalah yang minah ni fikir?' desis hati Zarina.

"Kau silap! Ada je lelaki yang boleh dipercayai. Kau dengar sini plan aku !"

Halina mendekatkan mulutnya dekat dengan telinga Zarina. Dibisiknya sesuatu yang membuatkan Zarina terkedu. Perlahan lahan Zarina turut mengukir senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience