Bab 75

Romance Series 186474

"HEL, baik kau mengaku. Siapa perempuan mengandung yang serang bengkel kita hari tu?" soal Jamal berterus-terang. Dia merenung tajam Helmi yang sedang enak makan maggi.

"Huh? Kawan bekas isteri aku." jawab Helmi bersahaja. Dia sudah tidak mahu elak-elak. Baik dia berterus-terang. Bukannya mendatangkan bala pun.

"Asal dia jumpa kau, marah-marah bagai?" Jamal mula duduk disebelah Helmi.

Helmi memandang skrin TV yang menayangkan cerita 'Cinta Tiada Ganti'. Ah, dia bukannya minat pun dengan drama. Fikiran dia pun bukannya dekat cerita tersebut.

"Private matter." jawab Helmi senada. Dia menghirup kuah maggi perisa tomyam itu. Sedap!

"Okay, fine." Jamal angkat tangan surrender. Helmi ni memang jenis yang suka berahsia. Duduk satu bumbung, tapi perahsia.

"Memang aku tak tahu punca korang bercerai but kalau kau masih sayangkan dia, go for it." ujar Jamal memberi kata-kata semangat. Dia tepuk-tepuk bahu Helmi.

"Bro, aku dah lukakan hati dia.. Layak ke aku dapat sewa cinta dia?" soal Helmi lalu toleh memandang Jamal. Lirih sahaja nadanya.

"Sewa tak sewa, kau still sayangkan dia kan?" duga Jamal. Dari gaya percakapan Helmi, dia dapat rasakan masih terpalit rindu dihati yang cuba dinafikan.

"She deserve better than me." balas Helmi lalu pusing hadapan menghadap skrin TV.

"Why? Dia dah kahwin ke?" Eh, sibuk pula kau, Jamal. Sejak bila kau jadi Pak Cik Bawang?

"Dia tak kahwin, cuma aku syak dia ada orang lain la....."

"Then, kau nak mengalah macam tu je? Pengecut lah kau, bro." ejek Jamal.

"Tak kisah ah. Aku dah bagi dia menderita. Jadi dia layak untuk bahagia dengan orang yang mampu membahagiakan dia." jelas Helmi dengan wajah poker nya.

"Huissh.. Aku ingat watak macam kau ni, ada dalam drama je! Tak sangka dalam realiti pun ada yang sanggup korbankan diri untuk orang tercinta." Terlopong luas mulut Jamal.

"Mal, everything is not impossible when it comes to love." jawab Helmi kosong.

"Aku rasa en kehidupan kau lagi complicated daripada cerita tu." Jamal menunding kearah skrin TV.

Cinta Tiada Ganti.

"Ah, tu semua tipu je lah." balas Helmi tak puas hati. Mana boleh nak samakan realiti dengan cerita atas skrip!

"Ya, aku tahu..."

"Kehidupan realiti dengan dalam TV lain, bro." kata Helmi.

"Aku rasa yang mampu bahagiakan dia ialah kau." ujar Jamal serius.

Helmi tersentak. Dia toleh memandang Jamal.

"Kau mengarut apa ni, Mal?" soal Helmi, marah.

Jamal mengeluh. "Senang cerita apa kata kau jumpa dia and confess? Kalau dia terima kau, say thanks to me. But kalau dia reject kau, don't hate me." ujar Jamal sambil tersengih.

Helmi menjeling Jamal tajam. "What a great idea, bro." Dia tekankan perkataan 'great'. Biar nampak sarkastik sikit.

"What?! At least kau cuba. Kalau macam apa yang kau buat sekarang, confirm kau tak akan dapat jawapan." Jamal petik jari dihadapan muka Helmi. Sekadar menyindir.

"Kau nak dia benci aku ke?" soal Helmi geram. Bagi idea pun macam apa!

Jamal tersenyum sinis.

"Eikk... Bukan kau tak nak bersama dengan dia ke? Konon kau sanggup biar dia bahagia dengan orang lain. So, asal pula kau kena susah hati kalau dia benci kau? Bukan kau memang nak dia benci kau ke agar dia dapat bersama dengan orang lain?" serang Jamal. Kau masuk dalam perangkap tikus aku!

Helmi terdiam.

"It's better than nothing, Hel. Kau boleh tahu tentang perasaan dia. Betul kan?"

"Aku—"

"Helmi! Ada surat untuk kau!" laung Fizi yang sedang masuk kedalam rumah.

"Hah? Dari siapa?"

"Zarina Medina Binti Dato' Azman."

________________________________________
"DATIN, ada orang datang." ujar Mak Leha kepada Datin Suraya yang sedang bermain dengan telefon.

"Huh, siapa?" soal Datin Suraya. Dia mengangkat kepala memandang pembantunya. Jangan-jangan Han ke? Sudah beberapa hari Han tidak balik rumah. Sudah pulang kah dia?

Mak Leha tersenyum tipis. Dia jungkit bahu sebelum beredar. Ditinggalkan Datin Suraya terkebil-kebil.

Siapa yang datang?

"Assalamualaikum, aunty!"

Terkejut Datin Suraya. Terbeliak biji matanya memandang orang yang memberi salam.

"Ya Allah, Shuu!"

Shuu tersengih. "Tak jawab salam Shuu ke, aunty?"

Datin Suraya termalu sendiri. "Waalaikumussalam, Shuu. Ha, bila sampai?"

"Tiga hari yang lepas." Jawab Shuu. Ya, sudah tiga hari berlalu sejak dia berbincang dengan Ray.

"Laaa... Lama dah.. Habis tu tidur dekat mana?" soal Datin Suraya. Balik Malaysia lama sudah, tapi datang jenguk mak saudara baru sekarang. Haihh... Bertuah punya anak saudara!

"Tidur dekat hotel lah, aunty. Hotel bajet je." Wak lu kau, bajet! Hotel Valley Paradise, kau kata hotel bajet? Hotel 5 star tu!

"Kenapa tak tidur dekat rumah aunty je? Ada banyak je bilik."

"Hari ni lah nak tidur, aunty." Shuu sengih lagi.

Datin Suraya menggelengkan kepalanya. Haihh.. Untuk lah dapat anak saudara jenis macam ni.

"Kenapa balik?" tanya Datin Suraya.

"Aunty ni macam tak suka je Shuu balik sini." Shuu mencebik seperti merajuk.

"Haihh... Aunty tanya je, Shuu.. Nenek Miyuki macam mana? Aunty dengar dia masuk hospital. Betul ke?" soal Datin Suraya risau. Dia terdengar ibu mertuanya dimasukkan kedalam hospital.

"Alaaa... Jangan risau sangat, aunty. O bachan Miyuki sihat je, aktif lagi." jawab Shuu. Dia tidak boleh berbicara dalam bahasa Jepun dengan aunty Suraya. Aunty Suraya tidak boleh bertutur dalam bahasa Jepun.

"Kejap aunty panggil kan Hana ya?"

Shuu mengangguk. Oh, Rayhana ke? Sudah 5 tahun dia tidak berjumpa dengan sepupu itu.

"Hana!! Turun sekejap!!" laung Datin Suraya.

Terkocoh-kocoh Rayhana menuruni tangga.

"Kenapa umi— Aaaaaaaah!!!"

Terkejut Rayhana melihat kehadiran sepupu lelakinya. Dia tidak bertudung!

Dia memegang rambutnya lalu bergegas menaiki tangga.

Shuu bersiul, terkejut. Pertama kali melihat rambut sepupunya. Adakah itu salah dia kerana tertengok?

Datin Suraya tepuk dahi. Ya Allah... Kenapa lah dia tak cakap yang Shuu dah balik?

"Maaf ya, aunty." Shuu menundukkan wajahnya. Dia tidak tahu ini salah dia atau tidak.

"Eh... Bukan salah Shuu. Ni salah aunty lah sebab tak naik atas panggil Hana je."

Rayhana datang dengan kepalanya yang bertutup dengan tudung bawal. Wajah Rayhana kelihatan merah padam mungkin masih lagi malu.

"Apa khabar, abang Shuun?" soal Rayhana yang sedang menundukkan wajahnya. Malu masih menebal dalam jiwa.

Shuu tersenyum senget. Rayhana malu sangat ke sampai panggil dia dengan nama manja?

Nama panjang dia ialah, Muhammad Shuunsuke. Nak singkat panggil Shuu. Hanya ibu dan ayah dia sahaja yang memanggil dia Shuun. Tiba-tiba sahaja Rayhana panggil dia Shuun.

"Khabar baik, Nuha." Haha, kalau Rayhana panggil dia Shuun, dia akan panggil dia Nuha!

Rayhana menjeling Shuu. Nuha? Dia paling tak suka orang panggil dia Nuha!

"Aunty, mana si Takahashi tu? Nak main PS4 lah dengan dia." Soal Shuu. Hai, Shuunsuke. Pandai kau buat-buat tak tahu ye? Bukan kau dah sedia maklum ke Ray memang tak balik rumah?

Berubah air muka Datin Suraya dan Rayhana.

"Jangan tanya pasal dia lah."

Shuu terdiam. Alamak... Nampaknya kes ni lagi berat daripada yang disangka.

Dia ingat mahu membantu Ray. Itu tujuan dia mahu tinggal didalam rumah aunty Suraya.

Dua orang perempuan ini nampak benci sangat dekat Ray.

Shuu mengeluh.

Haihh, Takahashi... Kau settle masalah kau sendiri lah, bro! Aku tak nak masuk campur!

____________________________________
"ABANG, tolong tengok-tengokkan Aliyya! Sayang nak siram pokok sekejap!" laung Halina yang sedang memakai tudung bawal.

"Baik!" Atif dari dapur terus menghampiri anak perempuannya yang baru berusia 8 bulan.

Digendong bayi perempuan itu. Ditatap muka comel itu lama dengan penuh kasih sayang tanpa jemu.

"Ala bucuk-bucuk... " Atif membuat bunyi melalui mulut sehingga Aliyya ketawa.

Haihh... Comel betul lah Aliyya!

Tapi kan...

Kenapa macam busuk je?

Atif menghidu bau Aliyya. Dia pandang lampin Aliyya. Oh, sudah berat!

Dia terus berlari masuk kedalam bilik mengambil pampers.

Halina tersenyum simpul melihat suaminya sendiri dalam melakukan penjagaan. Sangat matang!

Dia keluar dari rumah. Dia menghampiri peti surat. Banyak betul surat yang diterima.

Dia menilik-nilik surat-surat tersebut satu persatu. Sehingga lah dia ternampak sebaris nama yang cukup mendebarkan hatinya..

'Zarina Medina Bt Dato' Azman'

Surat daripada Ari?

Laju dia membuka surat itu. Matanya bergerak-gerak membaca butir-butir perkataan yang ditulis.

Dia menekup mulutnya sendiri menahan sebak setelah membaca keseluruhan surat.

Dia berlari kembali masuk kedalam rumah.

"Abang!!!" teriak Halina mencari suaminya.

"Abang dekat dapur!" sahut Atif dari dapur.

Bergegas Halina berlari masuk kedalam dapur. Dia melihat Atif sedang memberi Aliyya minum susu.

Atif memandang isterinya pelik. "Kenapa sayang lari-lari ni? Siapa kejar?" tanya Atif diselitkan gurau senda.

"Abang!"

"Iye."

"Abang...."

"Iye..."

Menggigil-gigil tangan Halina ketika memegang surat. Kolam mata Halina berkaca-kaca.

Semakin tak keruan lah Atif dibuatnya. Kenapa isterinya menangis?

"Abang, Ari...."

"Hah? Kenapa dengan Ari?" soal Atif kalut.

"Ari...."

Halina tersenyum lebat bersama air mata yang bergenang dari kelopak mata. Dia mengenggam erat surat itu.

"Ari dah maafkan kami!"

_______________________________
RAY berjalan masuk kedalam butik Sakura Medina.

Dia bertekad hari ini juga dia akan selesaikan segala-galanya! No more running from problems!

"Maaf ya, encik. Butik kami dah tutup. Hari dah lewat malam." ujar Firzanah sopan apabila melihat Ray memasuki butik. Dia mengukir senyuman.

"Saya datang, bukan nak beli apa-apa. Saya nak jumpa Zarina Medina." Kata Ray serius. Memang dia sengaja datang pada waktu malam. Supaya dia dapat berbincang dengan Zarina tanpa ada gangguan.

"Huh? Boss Zarina?"

Ray mengangguk.

"Errr.... Boss ada dekat dalam. Jemput lah." pelawa Firzanah.

"Terima kasih." Ray terus berlalu pergi.

Dalili terlopong sebelum mencuit lengan Firzanah.

"Apa kau?!" marah Firzanah. Tiba-tiba je cuit lengan orang!

"Dia lah mamat yang hari tu ketuk pintu kaca butik ni! Siap jerit nama boss lagi!" cerita Dalili dengan mata yang terbeliak.

"Eh, lelaki tu ke?" Atirah tidak melepaskan peluang untuk membawang juga.

"Yelah! Aku ingat muka dia!"

Mawar tersenyum singkat. "Hensem juga dia! Mata dia warna amber!" puji Mawar.

"Aku syak dia tu bukan orang Malaysia lah." ujar Zuqrina sambil tongkat dagu.

"Kacukan kot!" Firzanah memberi pendapat.

"Apa-apa pun, lelaki tu serius hensem! Kalah Henry Cavill!" Melambung-lambung pujian Mawar. Errr... Macam telah dilamun cinta je...

"Kau jangan macam-macam eh, Mawar. Aku rasa dia dengan boss ada something. Kau jangan jadi orang ketiga pula. Tak pasal-pasal kau kena buang kerja." Atirah memberi amaran siap-siap. Si Mawar ni bukannya boleh percaya sangat.

Mawar buat rolling eyes. "Aku tahu lah! Aku bukannya desperate sangat nak dekat lelaki tu!" balas Mawar sambil mencebik.

"Eh, ye lah tu!" sindir Zuqrina dan Dalili serentak. Mereka ketawa mengekek.

"Tak nak balik ke?" tegur Zarina dari jauh.

Erkkk.... Boss lah! Mati lah!

Mereka toleh kebelakang perlahan-perlahan. Kelihatan Zarina sedang silang tangan sambil memandang mereka tajam.

"Errr... Nak balik la ni, boss." balas Dalili sambil garu leher yang tidak gatal.

"Kenapa? Boss nak tumpangkan kami ke?" soal Firzanah sambil tayang sengih.

"Eh, tak ada masa lah nak tumpangkan korang. Dah, balik lah. Dah malam ni." ujar Zarina yang sedang menyandarkan badan pada dinding.

"Orait, ma'am!" sahut mereka serentak.

Zarina kulum senyum. Haihh... Ada-ada je lah pekerja-pekerjanya..

"Bye, boss!"

"Assalamualaikum, boss!"

"Bye-bye, boss!"

"Boss! Jangan sampai kena tangkap basah tau! Tata!"

Zarina tersentak. Tangkap basah?

Kelibat pekerja-pekerjanya telah pun hilang. Zarina hela nafas. Harap perkara itu tidak akan berlaku. Amin....

"Ah, Ray. Asal awak datang sini?" soal Zarina senada sambil pandang Ray yang sedang duduk diatas sofa.

"Saya nak settle kan apa yang patut." balas Ray dengan nada yang serius.

"Okay. And pastikan awak balik rumah awak. Aunty Suraya risau pasal awak." ujar Zarina juga serius. Perisitwa beberapa hari yang lepas masih segar didalam kotak memorinya.

Ray tersentak. Macam mana Ari tahu? Serentak itu dia memandang Zarina yang sedang berdiri.

"How the hell do you know that?" Keras dia bertanya.

Zarina terdiam. Tak kan lah nak jawab Aunty Suraya yang bagitahu? Makin berjauhan lah hubungan mereka!

"Umi ke yang cakap?"

Zarina tidak jawab.

"Saya tanya awak, Ari! Answer me!" jerkah Ray, marah. Dia teramat lah bengang sekarang ini.

Terhinjut bahu Zarina sedikit apabila dijerkah sebegitu. Jarak dia dengan Ray jauh, tetapi suara Ray jelas kedengaran bahawa dia sedang menjerit dalam keadaan marah.

"Umi awak yang bagitahu." Tolong jangan jauhkan hubungan mereka! Hubungan antara ibu dan anak!

Ray ketap gigi. Dia mendengus kuat sebelum menumbuk sofa dengan tangannya yang digenggam erat. Dia dah agak dah! Ini semua angkara umi!

"But jangan salahkan umi awak. She just told me the truth." Cepat-cepat Zarina cover kembali ayat yang terlepas dari mulutnya.

Ray merengus. Go to hell lah dengan truth!

"Actually, ini semua salah awak."

Ray mendongak memandang Zarina. Salah aku?

"What do you mean, Ari?"

"Siapa suruh awak tinggikan suara dengan umi awak? Siapa suruh awak tolak cinta Julia? Siapa suruh awak derhaka dengan umi awak? Siapa suruh awak kurang ajar dengan umi awak?" serang Zarina bertalu-talu tanpa henti.

Ray terkedu. Dalam hati, dia sudah mengamuk. Umi dia menceritakan tentang semua benda!

"Semua itu sebab saya cintakan awak, Ari." balas Ray lirih sambil memandang Zarina.

"Cinta Julia lagi agung untuk awak. Saya ni janda and awak ni muda sangat." balas Zarina. Tak habis-habis dengan cinta!

"I don't mind! Age is just a number. Julia? I don't love her. I only love you..." Ray membuat pengakuan cinta lagi.

Zarina mendengus. Kenapa lah mamat ni tak pernah kenal erti putus asa?

"Cinta apa namanya kalau tak direstui oleh umi awak? Cinta apa namanya kalau ianya hanya buatkan awak dan umi awak saling berperang? Cinta apa namanya kalau awak menanam benci terhadap umi awak kerana tidak merestui cinta awak? That's not what it means by love, Ray." Kata Zarina dengan penuh emosi. Nadanya semakin lembut apabila tiba di penghujung ayat. Dia memandang Ray yang seakan terkilan. Moga Ray mengerti dengan apa yang cuba dia sampaikan.

"Then, what is love? Teach me."

Zarina terkejut. Lelaki ini masih lagi tidak berputus asa!

"Love is a relationship that been approve by your parents. On the other hand, your love toward me is forbidden. I think it's actually not a love. But a empathy that formed when 'sorry', 'like' and 'passion' been mixed. Your 'sorry' because I'm a widow with one son. Your 'like' when you see me. Your 'passion' to protect the one that has been hurt by the beloved. It's not a love, Ray. You should understand it without doubt before you express the words of love." terang Zarina satu-persatu dengan nada yang begitu emosi. Dia perlu yakinkan Ray, sebernanya Ray tidak pernah mencintai dia pun!

Ray terkedu mendengar penerangan Zarina. Sedikit sebanyak menyedarkan dia. Benarkah cintanya kepada Zarina hanya lah palsu? Hanya simpati?

Tiba-tiba sahaja kolam matanya seakan panas. Sebutir air mata jatuh dari takungan mata.

Dia seka air matanya sendiri yang mengalir. Kenapa kau menangis, Ray?

"If you want to know about love very deeply, Julia can teach you the true meaning of love." Zarina senyum tipis yang ikhlas. Tersentuh hati dia melihat Ray sedang menangis. Menandakan bahawa 'simpati' Ray benar-benar ikhlas.

"Terima kasih, Ari. Untuk cinta yang disewa ini...... walau sekejap...." ucap Ray sambil menyeka air matanya yang masih mengalir.

Ah, mungkin kau kecewa Ray sebab kau tak cintakan Ari pun sebernanya! Kau baru sedar kau langsung tak cintakan Ari! Benar kata Ari. Sekadar simpati yang terbentuk atas dasar suka, minat dan maaf.

Zarina tersenyum nipis. Dia mengangguk kecil.

"Dan terima kasih, Ray. Sebab baik dengan saya."

Ray mengangguk.

"Maafkan saya, Ari...."

"Hah? Sebab?"

"Sebab gagal untuk lindungi awak dengan Ryan." jawab Ray sayu. Ya, dia tidak dapat untuk melindungi Aryan dan Ari sendiri.

Zarina menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Jangan risau, Ray. Akan ada nanti manusia yang bergelar suami untuk saya yang bakal melindungi saya dan Ryan." jawab Zarina tulus. Ya, bakal suaminya akan melindungi dia dengan Ryan!

Ray turut menguntum senyuman.

"Saya doakan kebahagiaan awak, Ari."

"Amin... Saya pun sama, Ray!"

Teringat kata-kata Shuu tempoh hari.

'Mati? Aku tak nak doakan dia mati!' jawab Ray agak tidak senang dengan bicara Shuu.

'Aku tak suruh kau doakan dia mati pun!'

'Habis tu?'

Shuu tersenyum senget.

'Aku nak kau tahu, mati tu bila-bila. Dia bukan jodoh kau. Sebaliknya, Aunty punya pilihan itu jodoh kau. Macam mana kalau kau mati esok hari? Sudah lah gaduh dengan aunty. Tak dapat nak minta maaf pula. Aku rasa kau patut settle kan benda ni cepat-cepat.'

Thanks, bro.

"Saya harap awak akan buka hati awak untuk Julia, ya?" tanya Zarina dengan matanya yang penuh dengan harapan.

"Insha-Allah." Ray tersenyum.

Zarina mengucap syukur didalam hati. Alhamdulillah.... Segalanya telah berakhir!

"Mummy......"

Zarina dan Ray berpaling.

"Ryan dah bangun?" soal Zarina sambil menghampiri Aryan yang berjalan keluar dari biliknya.

Aryan mengangguk kecil sambil gosok matanya. Rasa mengantuk masih bersisa.

Kasihan anak ini... Terpaksa meneman dia di butik ini sehingga tertidur. Maafkan mummy, sayang.

"Eh... Uncle Ray ada lah!"

Laju Aryan berlari mendapati Ray. Hilang sudah rasa ngantuk nya setelah Ray berada disini!

"Hello, Ryan... Ryan nakal lagi ke?" soal Ray sambil mengecilkan mata memandang Aryan.

"Eh, mana ada! Kan, mummy?" Aryan memandang mummy nya meminta jawapan. Zarina hanya tersengih.

"Ari........"

"Ya?"

"Can I hug him?"

"Of course!"

Ray tersenyum lebar sebelum menggendong Aryan. Dia memeluk tubuh kecil itu erat.

"Eiiii.... Ryan berat lah... Tak larat uncle nak angkat.." usik Ray nakal.

"Ish, mana ada lah uncle! Ryan ringan je lah!" Aryan menjawab pantas.

"Ringan macam mana tu?" soal Ray sambil tersenyum lebar.

"Macam ni..." Aryan menunjukkan jari kecilnya. Alahai, comel!

"Alaaa.... Uncle tak nampak lah, Ryan..."

"Uncle... Ryan ringan macam gula-gula kapas lah! Apa lagi?" jawab Aryan sambil mengembungkan pipinya, merajuk.

"Eh, mana ada!"

"Tapi Ryan lagi ringaaaaaaan dari uncle. Kan, mummy?"

Zarina ketawa berdekah-dekah mendengar ayat Aryan. Kelakar betul!

"Kenapa awak gelak, Ari?" soal Ray tak puas hati.

"Buekkk! Uncle memang berat!" Aryan menjelir lidah sebelum mendaratkan kaki diatas lantai.

"Oh... Ejek uncle ye? Tengok raksasa nak kejar Ultraman!"

"Ahh!! Mummy!! Hep me!!! *Help" teriak Aryan keseronokan sambil lari.

Zarina hanya mampu ketawa riang. Alahai, bahagia dia saat ini melihat Aryan gembira!

Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang memerhati mereka disebalik cermin kaca butik itu.

Lalu, dia mengorak langkah pergi dengan hati yang berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience