GAMBAR-GAMBAR yang dilekat di sekeliling dinding hanya mampu membuatkan dia ketawa kecil tapi sinis.
"Ari.... Kau dah makin cantik.." Ujar Jeffri sambil memandang gambar Zarina yang bertudung.
"Tapi, anak kau dah besar..." Tajam matanya memandang seorang kanak-kanak lelaki yang sedang dipeluk oleh Zarina.
"Agaknya apa jadi kalau aku bunuh anak kau, Ari?" Dia memegang gambar Aryan yang sedang makan kek.
Dia ketawa sinis sambil meronyok gambar Aryan dan Zarina di pegangannya. Gambar itu dilepas jatuh diatas api kecil. Makin galak dia ketawa melihat gambar itu terbakar.
"Lagi senang kalau aku hapuskan dua-dua sekali."
Gambar Rayyan yang dilekat juga diambil. Gambar Rayyan dan anak-anaknya, Ifti Raysha dan Iriz Raykal.
"Kau semakin bahagia, Rayyan... Tapi kebahagiaan kau tak lama.." ujar Jeffri lalu merenung tajam gambar itu.
"Aku patut bunuh kau ke atau anak-anak kau?" soal Jeffri sendirian sambil matanya merenung gambar itu.
Gambar itu dilepas lalu jatuh kedalam api.
"Semua aku bunuh! Kematian dibalas kematian. Hutang nyawa dibalas nyawa!" Membara matanya. Jelas terpancar kebencian di matanya.
"Kalau bapak aku pun boleh bunuh, ini kan pula langau macam korang?" Dia ketawa lagi. Ya, Dato Kamarul mati dilanggar kerana dia. Dia yang melanggar ayah kandungnya sendiri. Sebab apa? Sebab ayah nya akan menjadi penghalang untuk dia lunaskan dendam kesumat dihati. Baginya, Hutang nyawa perlu lah dibalas hutang nyawa juga!
Dia memandang pula gambar adiknya, Hayna Julia. Gambar itu dicampak kedalam api.
"Kau pun akan aku bunuh! Kau nampak aku lah penyebab kematian bapa!" Membara-bara hatinya apabila diberitahu adiknya telah melihat kejadian itu. Dia fikir dia mahu tamatkan sahaja riwayat adiknya tetapi Julia terlebih dahulu pergi ke Europe.
"AAAAAHHHH!!!! Aku akan bunuh korang!!!" jerit Jeffri persis orang tak siuman.
Gambar-gambar yang sedang dijilat api itu dipandang dengan renungan kebencian penuh kepuasan.
________________________________________
"MUMMY!" teriak Aryan lalu berlari terkedek-kedek pergi kearah Zarina yang berada di muka pintu.
Dengar sahaja deruman kereta Nissan milik Zarina, terus Aryan bergegas pergi ke pintu. Cerita Ultraman episod baru dibiarkan sahaja yang penting mummy!
"Ryan! My son!!" Zarina tersenyum gembira lalu mendukung Aryan. Pipi gebu Aryan dicium banyak kali. Aryan ketawa mengekek.
"Mummy! Enough!" Mengekek-ngekek Aryan ketawa geli apabila Zarina mencium pipinya bertalu-talu.
"Then, kiss mummy!" Muncung sahaja mulut Zarina. Pipi kirinya disua kepada Aryan dengan harapan mahu Aryan cium.
"Nope." balas Aryan bersahaja sambil membuat aksi tidak menggunakan jari telunjuknya. Zarina mengetap bibir geram dengan Aryan yang sedang menarik tali dengan dia.
"Oh, tak nak kiss mummy ya? Nanti mummy makan ais krim Oreo Ryan baru tau!" ugut Zarina.
"No!!!" Aryan menggelengkan kepalanya laju. Terus dia mencium tangan kecilnya lalu tangan itu menyentuh pipi kiri Zarina.
"Done kissing!" Aryan bersorak gembira. Mencerlung mata Zarina memandang Aryan digendongan. Pandai betul Aryan. That's not a kiss! That's indirect kiss!
"Nah! Tak puas! Kiss betul-betul! Kalau tak ais krim Ryan selamat masuk dalam perut mummy!" ugut Zarina.
"Ish! Mummy ni! Tak aci la makan ais kim oraaang...." cebik Aryan tidak berpuas hati.
"Eh.. Ais krim tu mummy yang beli. Kiranya mummy punya lah!" Semakin galak Zarina mengusik anak lelakinya. Aryan mengembungkan pipinya geram. Terus pipi Zarina dicium. Zarina tersenyum kemenangan.
"Good boy." Zarina mengusap-ngusap rambut Aryan.
"Good girl." Aryan mengusap kepala Zarina yang berbalut tudung. Terkedu Zarina dengan tindakan Aryan. Aryan yang sedang tersenyum dipandang.
"Mummy! Let me go!" ujar Aryan apabila sudah agak lama dia didukung oleh Zarina. "Ah, I'm sorry!" Cepat-cepat tubuh Aryan diletak diatas lantai.
"Mummy, let's go!" Aryan terus menarik tangan Zarina. Terkedu Zarina apabila tangan kanannya ditarik oleh Aryan.
"Ryan, kita nak pergi mana ni?" soal Zarina.
"Mummy tunggu ya!"
Mereka sekarang berada di dapur. Aryan mengeluarkan ais krim Oreo yang berada didalam peti ais. Walaupun dia terpaksa menginjat untuk mengambil ais krim, dia berjaya buat tanpa memerlukan bantuan mummy nya.
"You want me to watch you eat?" teka Zarina apabila Aryan sedang membuka pembalut ais krim Oreo itu. Aryan mengangkat muka. "No!!"
"Then?" soal Zarina tidak berpuas hati. Dia mahu tahu mengapa Aryan menariknya ke sini.
"Nah!" Aryan menyua ais krim itu kepada Zarina. Berkerut dahi Zarina tidak faham.
"For what?"
"For mummy!" balas Aryan sambil mengukir senyuman lebar.
"Ryan nak mummy makan, is it?" Aryan mengangguk laju. Terharu Zarina apabila Aryan sudi berkongsi ais krim itu dengannya. Zarina menggeleng perlahan.
"Ryan makan lah... Mummy tak nak..." Zarina tersenyum kecil. Mencuka sahaja wajah Aryan apabila Zarina menolak.
"Mummy kan penah cakap, sharing is caring. Ryan cares about mummy!" Terkilan Zarina. Dia memandang Aryan yang masih menghulurkan ais krim itu. Kepetahan Aryan sangat luar biasa. Sungguh dia terharu apabila Aryan berkata sebegitu. Terasa bahagia milik dia selama-lamanya.
Perlahan-lahan Zarina menyambut ais krim Oreo itu. Dimakan ais krim itu sedikit.
"Hrmmmm......"
"Sedap?" soal Aryan. Matanya bukan memandang Zarina tetapi memandang ais krim itu. Kebarangkalian takut ais krim itu akan habis. Tapi, Zarina tak kisah. Asalkan Aryan mengambil berat kepadanya sudah memadai.
"Sedap! Nah, terima kasih, Ryan!" Ais krim Oreo itu dihulurkan kembali kepada Aryan. Aryan menyambutnya lalu menjilat ais krim itu rakus.
"Sedap?" Giliran Zarina pula untuk bertanya. Aryan mengangguk laju. "Oishi!" Zarina ketawa senang hati apabila Aryan bertutur dalam Bahasa Jepun.
Aryan mengangkat wajahnya. Terserlah la mulutnya yang comot dengan ais krim.
"Mummy... Hug..." Aryan seperti meminta untuk didukung. Terus Zarina mengangkat Aryan.
"Muuuaah!!!" Bulat mata Zarina apabila Aryan mencium pipi kirinya. Terasa sejuk di pipinya. Ais krim! Matanya beralih pada Aryan yang sedang tersengih.
"Done kissing!" Aryan terus melompat dari dukungan lalu memijak lantai. Mencerlung mata Zarina memandang Aryan yang sedang ketawa mengekek.
Aryan mencium pipinya dengan mulutnya yang penuh dengan ais krim! Habis comot pipi kirinya dengan bekas ciuman Aryan.
"Arjuna Aryan!!!" teriak Zarina geram memanggil anaknya sebelum Aryan berlari ke ruang tamu.
________________________________________
"HUH!" Halima terjaga daripada mimpi ngeri.
Manik-manik peluh membasahi wajah Halima. Dia meraup wajahnya yang basah.
"Austaghfirullahalazim....." Ucap Halima sambil menarik nafas dalam-dalam.
"Yang... Kenapa ni?" soal Firman. Terpisat-pisat dia bangun apabila dia perasan isterinya terjaga.
"Awakk.. Yang mimpi..." Menggigil-gigil jari jemari Halima apabila terkenangkan mimpi yang baru sahaja dialaminya itu.
"Mimpi apa?" soal Firman risau.
"Yang mimpi... Ari..." jawab Halima dengan matanya yang bertakung. Sungguh dia gerun apabila mengenang kembali mimpi itu.
Berkerut dahi Firman mendengar jawapan isterinya. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Semenjak Zarina dihalau 4 tahun yang lepas, mulut semua orang bagaikan terkunci daripada menyebut nama itu. Walaupun samar-samar, dia masih dapat melihat mata isterinya seperti berair.
"Mimpi macam mana tu, Yang?" soal Firman lagi. Wajah isterinya dipandang.
"Yang kena jilat dengan api.. Yang nampak Ari.. Yang minta tolong Ari.. Tapi Ari buat tak tau..." Bergenang air mata Halima mengenang kembali mimpi dimana dia seperti terperangkap di sebuah tempat yang dikelilingi dengan api. Dia ternampak Zarina yang sedang berjalan melintasi tempat itu. Dia menjerit meminta tolong tetapi hanya senyuman dan air mata yang dia dapat oleh Zarina. Betapa seksanya dia dibakar dengan api.
"Shuuh.. Jangan menangis..." Halima dibawa kedalam pelukan. Cuba menenangkan Zarina.
"Yang rasa Ari tak bersalah.... Yang takut..." Teresak-esak Halima menangis di dada suaminya.
"Awak... Nanti kita pergi cari Ari ye? Yang nak minta maaf sangat. Yang takut bila Yang terbakar... Sakit... Perit... Pedih... Panas..." ujar Halima. Dia terasa seperti dia berada di api neraka kerana kedengaran jeritan orang tetapi hanya dia sahaja yang ada di tempat api itu.
" Adakah gambar tu tipu? " soal Halima sambil memandang suaminya dengan linangan air mata.
Firman berisitifghar. Baru dia teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz di masjid tempoh hari. Mengenai fitnah.
Ustaz Syed itu menceritakan tentang isteri Nabi Muhammad, Saidatina Aisyah ra. Berlakunya fitnah besar terhadap Aisyah ra semasa berlakunya peperangan Bani al-Mustaliq.
Kisah itu bermula apabila Aisyah ra turut keluar bersama Rasulullah saw dalam peperangan tersebut setelah cabut undi di kalangan isteri-isteri baginda.
Apabila mereka semua pulang dari peperangan itu mereka singgah di beberapa tempat. Di suatu tempat yang mereka singgah, Aisyah keluar untuk membuang air lalu hilang kalung kakaknya yang dipinjamkan kepadanya.
Kemudian dia berpatah balik mencari kalung itu. Tatkala itu kumpulan yang mengusung pengusungannya datang lalu mereka sangka Aisyah berada didalamnya. Mereka tidak perasan yang Aisyah tiada di tempat pengusungan itu kerana Aisyah seorang yang kecil dan tidak terasa berat tubuhnya.
Kemudian Aisyah kembali ke tempat persinggahan mereka setelah menemui kalungnya dan tiba-tiba mendapati tiada sesiapa di situ. Lalu dia pun duduk disitu berharap mereka akan sedar akan kehilangannya dan akan kembali untuk mencarinya.
Ketika Aisyah menunggu sehingga tertidur, dia tersedar apabila mendengar suara Safwan bin al-Mu'attil beristifghar kerana menyedari bahawa Aisyah ra ialah isteri Rasulullah saw lalu beliau menjemput Aisyah menunggang untanya sambil diheret olehnya. Akhirnya mereka tiba di Nahr al-Zahra. Apabila manusia melihat hal sedemikian, mereka pun bercakap-cakap dengan berbagai ragamnya.
Abdullah bin Ubay mendapat peluang untuk meniupkan kejahatannya. Laly disebarkan racub kemunafikannya dan kedengkian yang bersarang dalam tulang rangkanya itu. Dia pun membawa cerita fitnah, disebar dan dijajanya merata tempat sehingga para sahabatnya berkeremun kepadanya untuk mendengar berita itu.
Berita tersebut sampai ke Rasulullah saw dan baginda meminta pandangan sahabat dan Saidina Ali mengisyaratkan supaya Aisyah diceraikan dan Usamah dan selainnya berpendapat agar terus menerimanya sebagai isteri dan jangan mempedulikan berita itu.
Pada masa yang sama Aisyah ra tidak mengetahui berita itu sehingga lah diberitahu oleh Ummu Mistah iaitu ibu kepada salah seorang yang terbabit menyebarkan fitnah itu. Aisyah terus berjumpa dengan ibu bapanya dengan izin Rasulullah saw untuk memastikan berita tersebut.
Dia menangis dua malam dan sehari lamanya sehingga tidak dapat tidur kerana menangis. Aisyah ra menyerah diri kepada Allah dengan memberi perumpamaan kata-kata bapa Nabi Yusuf yang bermaksud: "Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohon pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu. "
Kemudian dia berpaling dan berbaring dan tatkala itu turunlah wahyu dan Rasulullah saw nampak riang dan tersenyum. Maka perkataan yang pertama sekali diucapkan oleh baginda ialah: "Allah telah membersihkan kamu."
Teresak-esak Halima menangis mendengar kisah itu. Sungguh dia tidak mahu menjadi seperti Abdullah bin Ubay tetapi dia tidak tahu bahawa itu semua fitnah.
Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah sebahagian ayat 217 yang bermaksud: ".... Dan berbuat fitnah lebih besar dari membunuh..."
"Yang menyesal... Yang nak minta maaf dekat Ari.." ujar Halima bersungguh-sungguh. Meskipun 4 tahun telah berlalu, dia tetap mahu berjumpa dengan Zarina meminta maaf kepadanya
"Saya akan cari Ari!" Tekad Firman.
Firman Allah swt dalam surah An-Nut ayat 11 ialah salah satu wahyu yang diturunkan dalam menyelesaikan berita fitnah yang berlaku kepada Aisyah ra yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong adalah dari golongan kamu. Janganlah kamu menganggapnya buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka memperoleh apa yang dia kerjakan dari dosa itu. Dan siapa yang mengambil bahagian yang terbesar didalamnya di antara mereka, baginya azab yang besar. "
Allah swt juga pernah berfirman didalam surah Al-Hujarat ayat 6 yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Malah, ada satu firman Allah yang menerangkan tentang jiwa seseorang yang kotor didalam surah At-Taubah ayat 125 yang bermaksud :
" Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran hanb sedia ada pada mereka dan merka mati, sedang mereka kafir."
Rasulullah saw menegaskan, memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di Akhirat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah saw.
Surah Al-Isra ayat 36 bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan."
Sempat kah mereka untuk meminta maaf keatas dosa besar yang telah mereka lakukan?
Share this novel