AIR matanya yang bertakung terus mengalir laju dan lebat tanpa henti. Menodai pipinya yang kasar. Langsung dia tidak kesat air mata yang menodai pipi itu.
Air matanya menitis turun mengenai buku kecil Yaasin. Setitik demi setitik air matanya turun dengan laju mengenai buku kecil Yaasin.
"Sayang....." tutur seorang lelaki sambil air mata tidak berhenti mencurah curah. Dia duduk menekur menghadap kubur sang isteri.
Dia mengusap lembut batu nisan yang tertera dan tertulis nama 'Iris Qairina Binti Farouk Ibrahim'. Air matanya menitis bagai titisan pilu hujan. Tanda tidak mahu berhenti.
"Rayyan, dah dah lah tu. Jom balik." ajak Aish Qayyum sambil menutup Yaasin. Dia mengesat air matanya yang bertakung. Mujur tidak tumpah air matanya itu.
Rayyan menggeleng perlahan tanda dia masih mahu berada di situ.
"Tak nak. Aku tak nak balik." jawab Rayyan mendatar. Kubur Iris dipandang sayu.
"Esok aje lah kita lawat Iris?" cadang Syafiera sambil menuang air kepada tanah kubur Iris. Air mata dikesat.
Sedih juga melihat kawan sendiri masih meratapi pemergian Iris Qairina. Siapa tak sedih apabila Iris pergi? Pergi tanpa amaran. Pergi tanpa bicara. Pergi tanpa menyusukan anak anaknya buat kali kedua.
Rayyan menggeleng.
"Dah lama kita kat kubur ni. Jom lah balik.." ujar Misha Dayana sambil bangun untuk berdiri.
Rayyan menggeleng lagi.
"Macam mana dengan Ifti dan Iriz? Kesian diorang kat rumah.." ujar Farah memasang umpan. Dia melirik kearah kubur Iris dengan pandangan yang sayu.
"Aku kata aku tak nak aku tak nak lah!!!" jerit Rayyan bengang.
Serentak semua orang tersentak.
"Aku nak teman Iris! Dia isteri aku!" ujar Rayyan dalam nada suara yang sangat tinggi. Dia memandang kubur isterinya itu.
"Redha kan pemergian Iris, Rayyan." ujar Haris Ikhwan sambil memegang bahu Rayyan.
"Kau orang luar jangan masuk campur!!" marah Rayyan lalu menepis kasar tangan Haris. Dia memandang tepat anak mata Haris. Terserlah la rasa bengang di dalam mata Rayyan.
Dipandang pula kubur Iris. Tanahnya masih merah lagi. Diusap tanah itu sambil tersenyum.
"Abang tunggu sayang untuk kembali.." ucap Rayyan lalu tersenyum manis.
Semua orang menekup mulut tanda terkejut. Lagak Rayyan seperti tidak tumpah macam orang gila.
Mereka takut. Mereka kaget. Mereka risau jika Rayyan terpesong. Mereka takut Rayyan terlalu merindui Iris sehingga kewarasannya sudah tidak stabil.
Aish menggenggam erat kedua dua belah tangannya. Dia mengetap gigi.
"Iris Qairina tak akan kembali! Tak kan pernah kembali!" ujar Aish meninggi tetapi masih cuba dikawal kerana mereka sekarang berada dikubur.
Rayyan memandang kosong wajah abang iparnya, Aish Qayyum.
"Siapa cakap? Iris akan kembali lah. Dia kan isteri aku. Bunga Iris aku." balas Rayyan tanpa riak.
Syafiera, Dayana dan Farah menggigit bibir cuba menahan esakan. Rayyan terlalu terpesong. Terlalu rindukan Iris.
Aish mencengkam kolar baju Rayyan sehingga menyebabkan Rayyan yang sebentar tadi duduk menekur terus bangun berdiri.
" Redha kan pemergian Iris Qairina, Rayyan!" Menitis air mata Aish. Matanya membara memandang Ezzul Rayyan.
"Iris akan pulang lah, Aish. Aku tengah tunggu dia lah"
"Kau cakap apa ni Rayyan?? Iris tak akan kembali!!!"
"Dia akan kembali, Aish. Aku yakin"
Aish mengetap gigi. Sedas tumbukan padu hinggap pada pipi kiri Rayyan sehingga Rayyan terjelopok terjatuh ketanah.
"Abang! Dah lah tu!" ujar Syafiera sambil memegang bahu suaminya, Aish.
"Korang tak payah lah nak bertekak kat kubur ni!" marah Farah.
Rayyan menutup kedua dua belah kelopak matanya. Dia mendongak kearah langit sambil mata terpejam rapat. Dia meraup wajahnya. Dia beristigfar cepat.
Ya Allah... Begitu sukar untuk melupakan nama Iris Qairina didalam kotak ingatan Ezzul Rayyan. Susah untuk melenyapkan segala memori dia dan Iris Qairina ketika bersama.
"Aku.. Aku tak boleh lupakan Iris.." ujar Rayyan sambil air matanya mengalir lagi. Ya. Penangan wanita yang bernama Iris Qairina cukup hebat sehingga Rayyan sukar untuk melupakan dia.
Aish menggeleng perlahan.
"Aku tak suruh kau lupakan Iris. Aku cuma nak kau jangan tutup hati kau buat wanita lain. Ifti dan Iriz perlukan ibu!" balas Aish.
Rayyan meraup wajahnya lagi.
"Kunci hati aku tu ada dekat Iris." Rayyan memandang kubur Iris. Ya. Iris Qairina lah pemegang kunci hati Rayyan. Tak pernah akan terbuka selagi kunci itu tiada.
"Jadi macam mana dengan Ifti dan Iriz? They need mother!" soal Dayana.
"Then, I'll be their mother" balas Rayyan tanpa riak.
"Kau tu father je." ujar Haris.
"Then, I'll be both"
Syafiera menggeleng lemah.
"Kau tak boleh. Kau tak boleh isi jawatan 'ibu' tu" jawab Syafiera mendatar.
Rayyan memandang sepi kubur Iris.
"Mana Ezzul Rayyan yang kami kenal? Yang kerek.. Yang pantang menyerah kalah.. Yang tabah.. Yang cekal.. Mana Ezzul Rayyan?" soal Syafiera sambil menangis.
"Ezzul Rayyyan yang korang kenal... dah mati. Terkubur bersama Iris" balas Rayyan kosong.
Semua tersentak.
"Apa... kau cakap ni?" soal Dayana.
"Aku kehilangan orang tersayang. Korang tak akan faham."
Aish menarik kolar baju Rayyan kasar. Dia memandang tepat mata Rayyan.
"Kau ingat kau sorang je kehilangan orang tersayang? Aku kehilangan Iris! Iris Qairina! Adik kandung kembar aku sendiri! Darah daging aku!"
".. Kalau kau lupa meh aku ingatkan kau.. Kitorang terpisah ketika kecil. Iris hidup dalam penipuan. Dua belas tahun baru kami jumpa balik. Aku tak sempat nak melepaskan sepenuh rindu lagi dia dah pergi! "
".. Beberapa bulan selepas itu isteri aku, Fiera alami keguguran. Bayangkan anak pertama aku dah mati! Sekarang cakap! Apa erti 'kehilangan orang tersayang' bagi aku tak cukup ke untuk kau? " soal Aish marah sambil merenung tajam tepat anak mata Rayyan. Rayyan melarikan pandangan.
Aish melepaskan cengkaman. "Iris tinggalkan kau satu amanah. Amanah yang sangat besar."
"Kau tahu apa amanah tu?"
Rayyan tidak mengangguk tanda mengiakan malah tidak menggeleng tanda tidak tahu.
"Amanah tu Ifti Raysha dan Iriz Raykal"
Mata Rayyan automatik besar. Bagai tersedar dari mimpi.
"Dah berbulan bulan kau tinggalkan diorang macam bayi yang tergantung sepi. Mengarah bibik untuk jaga. Kau meratapi pemergian Iris. Kau tak jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang ayah. Kau layan diorang macam halimunan. Kau rasa apa yang Iris rasa kalau dia tahu kau buat semua itu?" soal Aish.
Bagai satu tamparan kuat hinggap pada pipi kiri Rayyan . Dia tertampar pada pipinya. Terjaga daripada tidur yang lama.
Mengalir air mata Dayana, Syafiera dan Farah.
Angin bertiup dengan kencang. Langit mula mendung. Burung mula pulang kesarang masing masing.
"Pulanglah kepangkal jalan, Rayyan." ucap Aish lalu memikul pinggang isterinya, Syafiera lalu beredar.
Dayana menunduk lalu memegang tangan suaminya, Haris lalu keluar dari kawasan perkuburan Islam.
Farah memandang Rayyan.
"Aku cukup kecewa dengan kau" Farah terus angkat kaki beredar meninggalkan Rayyan.
Rayyan memandang kubur isterinya itu. Dia menggigit bibir menahan tangisan daripada berbunyi. Air mata sekali lagi memgalir.
"Maafkan abang, sayang.."
Share this novel