"ARI tak nak, papa!! Ari tak nak kahwin dengan Haikal!!" bantah Zarina Medina. Suara nya cuba dikawal agar tidak terlalu meninggi. Tetapi permintaan ayahnya agak melampau.
Bersuamikan Haikal Jeffri? Tidak! Mahu sengsara hidupnya bersuamikan playboy. Merana menangis tidak berlagu dia tak mahu tanggung. Haikal Jeffri sudah la perempuan keliling pinggang. Silap silap dia terpaksa memegang status janda ketika usia 25 tahun. Tidak mahu!!!!!!!!!
"No, Ari! Keputusan papa adalah muktamad!!" balas ayah Zarina. Lelaki yang berpangkat dato itu sangat runsing dengan sikap anak perempuan nya. Jika putih kata Dato Azman, maka hitam lah kata Zarina. Pasti Zarina akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Dato Azman. Lagi dilarang, lagi dibuat. Keras kepala terlebih. Overdose.
"Tidak!! Ari tak nak kahwin dengan playboy tu!!!!" Zarina Medina tetap dengan keputusannya. Jika A kata Zarina, maka hasilnya harus lah A. Bukan B. Bukan C. Bukan D. Pasti A. Apa papa nya pekak ke? Sudah berulang kali Zarina kata tidak mahu tetapi Dato Azman tetap dengan keputusannya. Bapa borek anak rintik.
" Kahwin aje lah.. Apa susah? Mengada ngada." ujar Querina, adik tiri Zarina sambil dicebikkan bibir. Suka sangat menjadi batu api pergaduhan antara Zarina dan Dato Azman. Nampaknya Querina memang tidak suka akan Zarina malah berada di tahap membenci.
Zarina juga hairan. Mengapa Querina selalu sangat tidak berpuas hati kepadanya sedangkan Querina sudah mendapat perhatian yang cukup dari Dato Azman. Apa lagi yang perempuan ini tidak berpuas hati?
"Kau diam lah anak setan!" marah Zarina kepada Querina. Sungguh tahap kesabarannya sudah mulai menipis. Tahap kesabaran Zarina hanya senipis kulit bawang sahaja. Memang Zarina ni jenis yang baran sedikit.
Pernah sahaja Zarina mengajak Querina untuk berdamai sesama adik beradik. Tetapi apa yang dia dapat? Kata kata hinaan! Memang tak lah dia nak buat baik dengan Querina walau sekumit! Say bye bye to good deed!
Kalau tak kerana Querina memegang status adik, memang tak lah Zarina nak bagi muka. Pasti akan Zarina campaknya ke planet Utarid! Biar terbakar dan hangus jadi arang! Baru puas hati Zarina! Muahahaha!!!!
"Abang, tengok anak abang ni panggil Que anak setan! Jahat betul!" adu Datin Noraini, ibu tiri Zarina. Cuba menambah minyak ke dalam api yang baru nak marak. Masih kecil lagi api.
Wanita ini juga Zarina tak suka. Tapi bukan sampai tahap membenci. Nasib baik wanita ini memegang title ibu, kalau tak dengan dia sekali Zarina campak keluar dari bumi. Campak sampai bulan biar berkawan dengan alien! Sepatutnya Datin Noraini mencurahkan kasih sayang sebagai ibu kepada anak, Zarina. Ini tak!
Depan Dato Azman, lemah lembut terlebih. Sampai pijak semut pun tak mati. Belakang Dato Azman, pijak semut bukan setakat semut je yang mati, habis lantai retak! Didera nya Zarina di suruh Zarina buat itu ini. Sedangkan rumah mereka sudah ada maid, tapi Datin Noraini sengaja ingin menyeksa Zarina Medina. Kalau depan Dato Azman, suara mengalahkan Mahsuri, belakang Dato Azman, suara macam Kasim Selamat! Sebiji macam Giant dalam Doraemon!
"Ari! Jangan nak kurang ajar!" ujar Dato Azman. Suara ditinggikan untuk menakut nakutkan Zarina. Semenjak dia berkahwin lagi, Zarina berubah menjadi seorang yang pendiam. Degil dan kuat memberontak. Apa la yang nak jadi dengan Zarina..?
Zarina ketawa sinis.
" Ari yang kurang ajar ke diorang ni pa? Perempuan ni kahwin dengan papa sebab nak harta aje!" balas Zarina sambil memandang Datin Noraini. Dalam kiraan 3 saat, drama akan berlangsung.
1....
2....
3....
"Sampai hati Ari cakap macam itu dengan mama.. Mama tak pernah pun berniat nak ambil harta papa.. Mama sayang papa setulus hati mama..." ujar Datin Noraini dengan nada yang meleret. Air mata menitik.
Zarina pula mencebik sambil meletakkan tangan kanan di pinggang.
Dia berasa jijik melihat babak air mata yang tak berbayar. Bukan sekali dua dia melihat drama itu. Syarat untuk melihat drama tak berbayar + murahan ada satu. Mesti dilakonkan didepan Dato Azman! Hanya itu sahaja la kelebihan Datin Noraini. Pura pura baik, hipokrit!
"Kenapa Ari cakap macam itu? Mama berusaha untuk jaga Ari tahu tak. Terima la kenyataan yang mak kamu dah tak dak!!" marah Dato Azman.
Air muka Zarina berubah tegang. Bab arwah mama jangan main lah. Zarina memang pantang kalau isu arwah mama dikaitkan. Kalau sesuatu yang bagus dia bangga lah juga. Tapi ini...
" Kenapa papa ni? Suka sangat arah arah Ari? Papa selalu sangat lebihkan perempuan perempuan sundal ni! Sebab papa lah, mama mati!!!!!" jerit Zarina. Diluahkan segala yang terbuku di hati. Bukan niat dia untuk meninggikan suara terhadap ayah nya. Tetapi dia harus mengetuk pintu kesedaran ayahnya. Mereka cuma mahu kan harta papa!
Pang!!
Satu tamparan hinggap di pipi mulus Zarina. Zarina terkedu. Dia memandang Dato Azman dengan riak tidak percaya.
"Ari ini memang dasar anak kurang ajar! Mulai hari ini, kalau Ari tak ada calon suami, papa tak akan mengaku Ari ini anak papa! Jangan jejak rumah ni sampai Ari tak jumpa calon!!" jerkah Dato Azman.
Mata Zarina mula berkaca kaca. Hanya tunggu masa untuk menitis. Tak sesekali dia sangka. Dato Azman akan meninggikan suara kepadanya. Tak sesekali dia sangka. Tangan Dato Azman hinggap di pipi kanannya.
Zarina mengukir senyuman sinis.
"Baiklah. Ari pun tak ingin lah nak hadap dua orang perempuan yang gilakan harta! Baik Ari blah! Jaga diri. Assalamualaikum" Zarina terus berlalu meninggalkan perkarangan rumah banglo 3 tingkat.
Datin Noraini dan Querina bersorak keriangan didalam hati. Musuh wasiat Dato Azman sudah tiada lagi!
"Ari..." panggil Dato Azman perlahan. Jujur dia tidak mahu anaknya pergi. Zarina adalah satu satu anak kandung yang dia ada. Cuma ego tinggi menguasai diri. Mahu sahaja dia berkata jangan pergi, Ari.
Datin Noraini melirik kearah Dato Azman.
"Abang.. Bagi lah masa dekat Ari. Orang perempuan biasalah. Perlukan waktu..." ujar Datin Noraini lembut sambil mengurut perlahan bahu Dato Azman. Ada udang disebalik batu betul!
"Ha'ah, papa. Kak Ari pasti akan datang sini. Que kenal kak Ari. Tak pe. Kalau kak Ari tak dek, Que still anak papa juga kan?" Giliran Querina berlakon menjadi mithali.. Nak tambah perasa dalam lakonan mereka ialah dengan memeluk Dato Azman. Ya. Itu yang Querina lakukan sebagai anak 'mithali'.
Dato Azman tersenyum nipis. Mujur dia ada isteri dan anak yang masih menyanyangi nya. Setia bersama dia tak
kira masa. Benar kah?
--------------------------------------------------------------------
HUAN lebat mula turun seolah olah mengetahui hatinya sedang sedih. Matahari pula berselindung disebalik awan seperti kebahagiaan bersembunyi disebalik kesedihan. Awan awan pula kian mendung dan kelam menandakan perasaan hatinya. Angin sejuk bertiup kencang dapat menaikkan bulu roma tetapi tidak dapat menyejukkan hatinya yang bercampur baur.
Allah... Zarina menggenggam erat kedua dua belah tangannya. Dia menggigil kesejukan. Sungguh dia sejuk. Air hujan membasahi rambutnya yang panjang.
Air mata Zarina mengalir. Dia sangat suka hujan. Kerna apabila hujan mula turun, tiada siapa yang nampak bahawa dia sedang menangis. Air matanya bergabung dengan air hujan. Menodai pipi Zarina.
"Mama.. Kenapa mama tinggalkan Ari?" rintih Zarina. Sungguh dia sedih dan sebak. Mengapa ibu nya pergi ketika dia baru berumur 15 tahun? Mengapa? Walaupun 10 tahun telah berlalu, rasa sayang pada ibu tercinta tak pernah luput malah kian bercambah dan mekar.
Pandangannya mula kabur. Kepala terasa berat dan berpusing pusing. Seolah olah dunia berputar putar. Terasa seperti dunia turut kelam.
Zarina rebah diatas muka bumi.
Share this novel