Bab 69

Romance Series 186474

Hello guys! Sorry tau lmbt update. Internet problem sikit. Chp ni sikit je but hope u gais enjoy ya!

DIA merenung lama kelibat yang sudah menghilang dari pandangan, pilu.

Matanya sudah berkaca-kaca. Dia tahu itu semua salah dia. Semuanya salah dia. Egonya yang tinggi membuatkan segala-galanya musnah.

Kebahagiannya telah musnah. Hanya kerana ego.

Perlahan-lahan dia bangun lalu melangkah pergi dari taman permainan itu dengan hati yang dipagut sayu.

-----

"HISH!"

Zarina menutup kasar pintu kereta itu. Dia mendengus seraya berpeluk tubuh.

"Oit kau ni pehal?" soal Syafiera geram. Ish, agak-agak lah kalau nak bengang sekali pun. Ada Aryan dan Syafiq kut dalam kereta ni. Eh, kau pun sama Fiera.

"Kau yang pehal! Asal kau tak buat apa-apa pun bila lelaki tu peluk Ryan?!" jerit Zarina, bengang. Dia mengerling Aryan yang menangis kuat kerana dia marah. Geram betul dia apabila Syafiera hanya berdiri disitu menjadi pemerhati tanpa berbuat apa-apa.

"Slow down, Ina. You make Ryan cry!" Tegas Syafiera. Wah, nampaknya Zarina memang benci akan Helmi kan? Sampai Aryan yang menangis di belakang pun dibuat tidak endah.

"Answer me, Fiera." Tanpa menghiraukan kata-kata Syafiera, dia berterusan bertanya. Sakit hati dia masih tidak terubat lagi sejak pulang dari Hotel Olive. Kini, semakin berdarah hatinya tatkala berjumpa lagi dengan lelaki itu! Urghhh, what a bad day!

"Huh? What kind of question?" soal Syafiera pura-pura tidak tahu. Sebernanya dia malas mahu menjawab soalan Zarina. Benda dah berlalu kan?

Zarina mendengus. Dia menyandarkan kepalanya pada stereng kereta. Geram!!! "Don't be fool, Fiera."

"What? Dia ada hak kan nak sentuh anak dia?" balas Syafiera, menyampah. Langsung terlupa akan keberadaan Aryan didalam kereta ini.

"But how the hell he know?!" jerit Zarina lagi sambil ketuk stereng kereta. Bertambah kuat lah Aryan menangis. Syafiq cuba memujuk Aryan.

"Ina, stop it!! Stop act childish!" marah Syafiera. Geram dia kepada Zarina yang langsung tidak menghiraukan tangisan Aryan.

"It's you that act childish, Syafiera Ain!" Zarina merenung Syafiera tajam.

Syafiera menghela nafas berat. "Jangan cakap dekat sini. Diorang dengar lah!" Tak akan lah nak cakap depan Syafiq dan Aryan kut?

"So you admit it that you told that guy?" Tajam mata Zarina menikam. Syafiera meneguk air liur. Errr... She got me!

"Maybe some DNA test?" jawabnya sambil garu kepala.

"What?!!" Nyaring teriakan Zarina bergema didalam ruang kereta itu.

"Are you crazy, Fiera?" Zarina mengeluh berat. Wah, rupanya memang Syafiera yang punya angkara!

"Ina, sampai bila kau nak hidup macam ini? Dengan Am yang asyik anggap kau yang bersalah. I'm sick of it, don't you?" Syafiera meluahkan isi hatinya. Zarina terdiam.

"Ryan, stop crying." arah Zarina sambil toleh kebelakang. "Mummy janji ulu jangan marah. *dulu" Aryan kesat hingusnya lalu dihalakan jari kelingking.

"Yes, dear. I'm promise." Zarina tersenyum segaris, kelat. Seraya itu jari mereka bertaut.

"Okay!" Aryan terus sahaja kesat air matanya.

Perlahan-lahan Zarina memandu kereta itu keluar dari perkarangan parking itu dengan hati yang sebal.

Mengapa dia harus ditakdirkan untuk berjumpa sekali lagi dengan lelaki yang pernah menghancurkan cintanya?

Ya Allah, Yang Maha Agung...

Apa yang Engkau cuba tunjukkan kepadaku?

_______________________________
"HAH? Hang jumpa Ari?!"

Nyaring suara Halina bergema didalam rumahnya itu. Terkejut dia apabila Helmi meminta mereka semua berkumpul dirumah Halina. Berita yang disampaikan teramatlah membuatkan mereka semua terkejut. Lagi-lagi Halina.

"So, how was she?" soal Halina agak kekok. Dia tersenyum hambar.

"Fine, I guess. But one thing that I sure, she is very mad at us." Mendatar suara Helmi. Peristiwa semalam masih tidak dapat dilupakan!

"Mestilah dia marah kat kita. Gila ka tak marah? Kita fitnah dia kot!" Hilman bersuara lantang.

Halina mendengus seraya meraup kasar rambutnya. Mengapa dia masih belum lagi berjumpa dengan Zarina Medina?

"Dia dah berubah." ujar Helmi mendatar lagi.

"Of course lah! It's been 4 years, Am!" balas Hilna. Dia tahu apa yang Helmi maksudkan dengan 'berubah'. Ya, harus Hilna akui. Zarina telah berubah. Dia bukan lagi Zarina yang dahulu.

"Hang dah jumpa dah dengan Arjuna Aryan?" soal Hilna mengubah topik. Serius sahaja wajahnya saat bertanya

Helmi menghela nafas berat. "Yes."

Halina gigit bibir bawah. "Jadi sekarang hang dah percaya?"

"DNA test. Proven that Arjuna Aryan is my son." jawab Helmi lemah sekali. Dia sepertinya tidak bersemangat untuk berbincang soal ini.

"Hang buat DNA ka?" soal Atif, menyampuk perbualan mereka adik beradik.

"Bukan aku, Tif. Tapi kawan Ari." Helmi melontarkan pandangan ke luar.

Hilman melepaskan keluhan berat. "Hampa rasa kita boleh dimaafkan dak?"

"I'm afraid no, Man. Dosa kita besar. Kita aniaya dan fitnah orang yang tak bersalah. How cruel we are!" Hilna menjawab sambil menundukkan mukanya.

"Correction, Na. It's 'how stupid we are'..." celah Halina. Hilna mengangguk setuju

"So, kita nak buat lagu mana sekarang?" soal Hilna yang terus berdiri. Dia tidak mampu duduk dengan tenang andai Zarina tidak memaafkan mereka atas dosa lalu.

"Hrmmmm... Lagu tu laa.." balas Helmi, lemah.

"Hang nak putus asa ka, Am? Arjuna Aryan anak hang kot!" kata Atif kepada Helmi. Dia tidak puas hati apabila Helmi hanya menjawab acuh tak acuh sahaja.

"Hang rasa aku layak ka jadi ayah kepada Aryan?" Helmi tersenyum pahit. Dia redha andai itu takdirnya... Andai itu yang ditulis pada takdir, dia akur.

"Wake up, Am! Everyone makes a mistakes including us that involve in it! But trust me, we need to face the reality together. We need to beg Ari like what she did 4 years ago!" Tegas Halina. Dia tidak mahu abangnya itu menderita melihat Aryan dari jauh.

"Hang tau ka Ari kat mana? Tak tau kan?" sinis Helmi lalu ketawa kecil yang tidak ikhlas.

"Butik Sakura Medina! Kita kena pi esok after kak Lima dan abang Fir ambik ibu! Kita sama-sama minta maaf kat butik tu!" bidas Hilna cepat.

"Buat apa habaq ibu pasal benda ni? Kesian ibu!" ujar Helmi meluahkan ketidak puas hati.

"Am, sin is a sin. Tak mengira umuq dan sapa. Kita semua fitnah dia. And kita semua kena minta maaf dekat Ari even though Tok dah tak dak!" Tegas Halina. Atif tersenyum kecil dengan bicara isterinya. Halina sudah semakin matang dalam mengharungi dugaan hidup.

Helmi terdiam. Dalam diam, dia akui kata-kata Halina itu ada betulnya. Dosa tidak melibatkan umur. Puan Maryam juga terlibat dalam hal ini, sudah tentu lah dia juga harus meminta maaf kepada Zarina.

"So, butik Sakura Medina is it?"

"Yes. Esok, kita pakat-pakat pi butik."

_______________________________
"HAN! Mari makan!"

Sepi. Tiada sahutan setelah laungan sang bidadari. Datin Suraya bercekak pinggang. Ishh, mana anak terunanya yang seorang ini?

"Hana! Pergi panggil abang kamu tu. Masih bermimpi lagi la tu!" arah Datin Suraya diselitkan dengan bebelan kepada anak perempuannya.

Nuha Rayhana yang sedang bermain telefon pintar terus memuncungkan mulutnya.

"Alaaaa, umi... Nanti abang turun lah tu. Pandai-pandai lah dia turun sendiri. Dia kan dah besar?" Rayhana cuba memujuk uminya. Siap kenyit mata lagi. Abang dia ni pun satu hal. Tak akan lah tak boleh turun sendiri. Kaki kan ada?

"No, Nuha Rayhana! By hook or by crook, you have to go upstairs! If not, say bye-bye to the mee goreng." ugut Datin Suraya.

Rayhana memuncungkan mulutnya. "Seriously, umi? It's totally unfair to me!" bantah Rayhana. Abang dia ni dah besar lah! Bukan kindergarten lagi! Tengok umi main ugut-ugut pula!

"Okay fine. No mee for you! Is that clear?"

Rayhana bangun daripada sofa. Dia menghentak-hentakkan kakinya berkali-kali tanda protes sebelum bergerak ke tangga. Tergeleng-geleng kepala Datin Suraya dengan kelakukan Rayhana.

"Abang!!! Mari makan!!!" teriak Rayhana nyaring.

Bulat mata Datin Suraya.

"Hey, lazy girl! Pergi naik atas lah, gerak betul-betul! Bukan jerit macam gorilla!" Bebel Datin Suraya.

"Oh, nak gerak pun kena ada cara yang betul eh, umi?" soal Rayhana terlebih polos. Pura-pura tidak tahu.

Datin Suraya tepuk dahi dengan karenah anak daranya. "Go now before I turn into gorilla!"

Terus Rayhana terkocoh-kocoh berjalan menaiki tangga. Kalau umi bertukar jadi gorilla, semua pun takut!

Tergeleng-geleng kepala Datin Suraya melihat telatah Rayhana. Ini baru sorang je. Belum tambah lagi dengan si abang yang masuk air. Memang meriah sangat rumah ini meskipun dia hanya ada dua anak.

Si abang kuat mengusik. Si adik kuat merajuk. Hrmmm... Pening nak layan karenah masing-masing! Mereka dah besar kan?

"Hrmm... Dah sampai dah hero negara!" perli Datin Suraya apabila matanya terancap pada Rayhana dan abangnya yang sedang menuruni tangga.

"Hero puihh! Kuat kot abang Han berdengkur!" sindir Rayhana pedas sambil memandang sinis abangnya.

Si abang membuat muka cemberut. Bangun pagi-pagi terus kena ejek? Apa kes ni?

Tajam matanya menjeling si adik, Nuha Rayhana.

"Kau diam lah, dik. Kalau Hana nak tahu, Hana lagi kuat berdengkur. Malam-malam, huisshh! Abang ingatkan Hantu Kak Limah! Rupanya Hana!" sindir si abang semula. Tengok? Memang kuat mengusik betul si abang ni.

"Umi.... Tengok abang Han ni.." Meleret sahaja nada Rayhana mengadu kepada Datin Suraya.

"Nuh Rayhan! Jangan usik adik kamu boleh tak? Pening umi dengan kamu berdua ni!"

Ray tersenyum kelat lalu terus duduk diatas kerusi. Haruman mee goreng sememangnya menusuk ke rongga hidung, tetapi entah mengapa dia tidak ada selera.

"Han, kenapa ni?" Tanya Datin Suraya khuatir. Ray menggeleng. Dia cuma teringatkan....

"Pasal awek lah tu!" sampuk Rayhana yang sedang memasukkan mee goreng kedalam mulutnya.

Ray ketap gigi sambil menjeling adiknya. Memandai je!

"Ah! Cakap pasal perempuan, kamu ni dah ada calon isteri ke belum?"

Gulp! Ray telan air liur sebaik sahaja mendengar pertanyaan 'special' itu. Dia menggaru lehernya yang tidak gatal. Sudah agak pasti isu kahwin akan dibangkitkan.

"Hana kahwin, baru Han kahwin." jawab Ray selamba. Nak beri jawapan, kena lah petik nama si adik! Baru betul! Fair and square!

"Oi! Kenapa pula Hana? Hana muda lagi kot! Abang Han tu yang dah tua!" bantah Rayhana sekeras-kerasnya.

"I'm 26 okay? Muda kot! Tak belajar math ke? Kata budak account!"

"Ishhh... Abang Han!"

"Sudah.. Depan rezeki pun nak gaduh." Tegur Datin Suraya. Terus senyap mereka berdua.

"Han, kalau boleh umi nak tengok sangat anak umi kahwin sebelum umi tutup mata. Nak harapkan Hana? Hana masih U. Kamu je lah harapan umi.... Tak kan lah kamu baru nak kahwin bila umi dalam kubur? Macam arwah walid?"

"Umi jangan sebut pasal arwah walid! Han tak suka!" Mendatar sahaja suara Ray cukup tidak menyenangi apabila nama walid dipetik.

Datin Suraya mengeluh. "Kamu ada calon ke tidak?"

"Errrr....."

"It's decided. Malam Rabu, umi akan bawa seorang perempuan ni jemput makan malam dekat rumah kita." Datin Suraya membuat kata putus memandangkan dia ketua.

"Tapi, umi—"

"No tapi-tapi, Rayhan! Dengar cakap umi! Ini lah pilihan terbaik! Umi yakin Han akan suka!"

"Tapi, umi patut bincang dengan Han. Bukan buat keputusan macam tu je." Tegas Ray. Adakah dia sebagai anak tidak mempunyai hak untuk bersuara?

"By hook or by crook, Han kena ikut cakap umi! Trust me."

Terus sahaja Ray beredar dari meja makan.

"Han nak pergi mana tu?!"

Dia naik kedalam bilik, sebal. Dia menutup pintu kasar. Rambutnya diraup kasar. Geram dengan umi yang tidak habis-habis atur hidup dia.

Umi suruh kerja di Goldmine Holding, dia ikut. Umi suruh jadi CEO walaupun dia hanya lah fresh graduate, dia ikut. Umi suruh tinggal sekali dengan umi, dia ikut.

Jadi, apa lagi yang umi nya tak puas hati? Terlebih queen control!

Potret yang terlukis satu wajah yang dia amat kenal dipandang lama. Tangannya menyentuh potret itu.

"Ari....."

Wajah Zarina yang dilukis pada kertas itu direnung sayu. Dia cintakan perempuan itu. Tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu menjadi anak derhaka.

Beginikah penamat episod cinta kita?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience