Bab 77

Romance Series 186474

"JOM, guys!"

Laju Julia mendekati satu rak baju. Dibelek-belek baju itu lama.

"Jue, rasanya baju ni lagi cantik." Ronzalna menunjukkan kearah sehelai blouse yang bercorak garisan.

"Tak lah. Ni lah yang elok lagi." Bilqis memegang satu baju yang bercorak bunga.

"Chop... Chop... Aku ke korang yang nak beli baju? Aku kan? Korang pilih baju korang lah." Julia meleraikan pergaduhan. Dia mengambil satu baju yang agak cantik.

Bilqis dan Ronzalna memuncungkan mulut.

Julia membayar baju itu di kaunter.

"Terima kasih. Sila datang lagi!"

"Jom pergi kedai kasut!" Kata Ronzalna ceria.

"Okay!"

"Nah, angkat!" Julia menghulurkan beg plastik yang berisi baju kepada Dollah.

"Penuh tangan aku ni. Kau tak nampak ke?" Marah Dollah bengang. Kedua-dua tangannya penuh dengan beg plastik. Begitu juga Mat disebelahnya.

Julia buat rolling eyes. "Apa gunanya ada bodyguard kan? Angkat je lah!" Terus Julia membaling beg plastik itu kepada Dollah dan Dollah berjaya menangkapnya.

"Err... Jue, tak pe ke suruh diorang angkat?" soal Bilqis.

"Alaa... Tak pe. Itu memang tugas diorang pun." jawab Julia selamba.

Panas telinga Mat dan Dollah yang mendengarnya. Eh, tugas kitorang bukan bibik, tapi jaga kau yang tak reti nak jaga diri sendiri!

"To the shoe's shop!" laung mereka kuat lalu laju mara kehadapan.

Mat menggelengkan kepalanya sambil mengeluh kuat. Longlai kaki mengikut mereka.

"Mat, orang perempuan memang macam ni eh? Kaki shopping padahal dah round setiap kedai berapa kali dah." rungut Dollah tak puas hati.

"Entah lah, Dollah. Naik lenguh kaki aku ni. Tangan aku pun rasa nak patah." Mat juga meluahkan rasa tidak berpuas hati.

Dari satu kedai, ke suatu kedai mereka bergerak. Dollah sudah tidak mampu bertahan lagi. Apa nak jadi, jadi lah.

Dia menjatuhkan beg-beg plastik. Dia berjalan kearah Julia.

"Awak nak apa?" soal Julia pelik apabila Dollah tiba-tiba sahaja mendekati dia.

"Aku nak kau."

Hah? Berkerut dahi Julia tidak mengerti. Bilqis dan Ronzalna pula sudah membutangkan matanya terkejut.

"Apa dia?"

"AKU CINTAKAN HAYNA JULIA!!!" teriak Dollah tiba-tiba. Sejurus itu, mereka mendapat perhatian ramai orang.

Membulat mata Julia dengan tindakan Dollah yang tidak cukup bertamadun. Merah padam wajahnya apabila ramai orang sedang melihat mereka.

Mat pula lagi lah terkejut. Dollah cintakan Julia? Biar betik?

"Ye, ye awak menang. Saya tak akan paksa awak angkat beg ni. Dah lah tu." kata Julia sambil menutup mukanya, malu menjadi perhatian ramai orang di Pavillion ini. Dollah pun satu, tahu lah marah dekat dia, tapi tak payah lah jerit biar public dengar.

"Tak, aku memang cintakan kau." ucap Dollah jujur. Dia benar-benar ikhlas sekarang ini.

Julia masih tidak mengerti. "Errr.... Awak, tak baik lah sambut April Fool... Tak baik... Ikut cara orang Yahudi tu."

Dollah menggeleng laju. "Bukan, bukan April Fool lah."

"Habis tu?" Julia mendekatkan mukanya kepada Dollah. Macam Puss In Boot betul! Comel!

Dollah kacip gigi. Terus dia berjalan ke tempat lain sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya.

"AKU CINTAKAN HAYNA JULIA!!!!! AKU CINTAKAN HAYNA JULIA!!!!! DENGAR LAH, SEMUA... AKU CINTAKAN HAYNA JULIA!!!!" jerit Dollah kuat. Suaranya sangat lantang sampai kan semua yang datang ke Pavillion pun boleh dengar pengakuan cinta Dollah. Mahu tercabut anak tekaknya.

"Dollah!" Marah Julia. Okay, sekarang dia percaya yang Dollah 'cintakan' dia. Kalau tak, apa sebab untuk Dollah buat kerja gila macam ni?

"KAU TERIMA CINTA AKU KE TAK??!!" teriak Dollah sambil memandang Julia. Habis semua mata memandang Julia.

Mat masih lagi ternganga tidak percaya. Sepanjang dia kenal dengan Dollah, ini lah kegilaan paling dasyat yang pernah dia nampak.

Semua pengunjung Pavillion menepuk-nepuk tangan sambil jerit 'woaa' dan 'say yes' ramai-ramai.

Julia memintal-mintal shawl miliknya malu-malu kucing.

"Yes....." jawabnya malu sambil menundukkan wajahnya. Ya, dia juga memiliki perasaan yang sama terhadap Dollah setelah pulang dari rumah Datin Suraya. Disitu cinta mula berputik.

"APA??!! TAK DENGAR LAH!!" teriak Dollah. Sengaja mahu mengusik Julia. Dia dengar jawapan itu. Tapi suka tengok muka Julia merah padam. Macam tomato! "CUBA KAU ULANG LAGI SEKALI!!!"

Merona merah muka Julia. Dollah memang jahat!

"Say yes....!"

"Yes! Yes! Yes!"

Orang ramai sekali lagi menghangatkan suasana dengan jeritan mereka.

"Yes!!!!" teriak Julia.

"KUAT LAGI!!!"

"YES!!!!!" teriak Julia lantang. Suara lunaknya kedengaran garau pula. Transformasi yang amat hebat!

Mereka semua tepuk tangan kuat memberi semangat kepada dua orang kekasih ini.

"Awak ni memang dasar gila!" Sumpah! Dollah memang gila!

Dollah tersengih nakal. "Aku tak tahu kau suka aku pun." Dia mendekati Julia.

Julia memandang tempat lain. Malu mahu bertentang mata dengan Dollah.

"Saya pun tak tahu awak suka saya." Jawab Julia acah sombong.

"So, jom couple!"

Hah? Julia pandang Dollah. Couple?

"No no. Couple is haram." balas Julia pedas.

Dollah memang dadanya acah tersentap. "Ouch... Deep!"

"Wah, Jue! Congrats! Aku doa kau dengan Dollah sampai ke perkahwinan ya?" Bilqis dan Ronzalna memegang tangan Julia sambil tersenyum lebar.

Belum sempat Julia mahu membalas, Dollah pula yang memotong.

"Amin... Nanti datang ya kenduri kahwin nanti?" ajak Dollah beriak selamba.

"Dollah!" Marah Julia. Haishhh.. Bodyguard aku ni!

"Dollah, sejak bila kau suka dia?" Tanya Mat ingin tahu. Dia berbisik.

"Sejak kita selalu ikut dia." balas Dollah turut berbisik.

"Boss Rayyan dan Boss Zarina sure will be surprise with this relationship....." ujar Mat sambil mata yang dibesarkan.

Dollah ketawa mengekek. "Lepas ni, kena up gaji untuk aku sebab aku bakal suami Julia." Dia tersengih.

"Perasan!"

"Eh, gaji aku?" Tanya Mat terkebil-kebil.

Dollah tepuk dada Mat. "Kau stranger bro bagi diorang. Just a bodyguard."

"Woa... Ada juga yang aku silat sekarang ni. Kurang ajar betul!"

"Silat nak lawan karate? Kau biar betul?" Dollah tersenyum angkuh.

"Silat aku bukan sebarang silat! Sejak keturunan Hang Tuah tau?!" Mat tidak mahu mengalah.

"Karate aku ni, boleh tendang bontot kau sampai kau tak boleh berhadas besar tau. Kau jangan main-main." Dollah memberi amaran.

"Eh, nak try ke?!"

"Ha, mari lah! Bring it on!"

Julia menggelengkan kepalanya. Haihh... Dah biasa betul dengan pergaduhan dua orang bodyguard ini... Masing-masing lawan nak tunjuk kuat.

"Mat....."

Mat toleh.

"Ya, Bilqis?" soal Mat sambil memandang kawan Julia, Bilqis.

"Awak ni single ke?" Tanya Bilqis malu-malu. Ronzalna dan Julia sudah dapat meneka apa yang akan berlaku sekejap lagi.

"Ha'ah. Kenapa ye?"

"Ada chance lah ni..." jawab Bilqis sambil tersenyum malu. Merah padam wajah Mat. Aikk... Aku kena try ke apa ni?

"Woa!!!"

Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang memerhati mereka tajam dari jarak yang agak jauh.

"Fu**  it!"

Dia pusing kebelakang lalu membetulkan topi hitamnya agar tiada sesiapa dapat melihat mukanya. Dia memasukkan tangan kedalam poket jaket yang juga berwarna hitam lalu beredar.

_______________________________
BERDEGUP kencang jantung Ray menahan debar. Dia menggaru kepala yang tidak gatal lalu menghembuskan nafas lelah. Gementar dia untuk masuk kedalam.

Ray! You can do it!

Pintu kaca itu ditolak perlahan.

"Assalamualaikum....."

Ray memandang sekeliling rumah. Kosong... Mana diorang?

"Waalaikumussalam."

Datin Suraya berjalan keluar dari dapur apabila mendengar ada orang ada beri salam.

"Han?"

Terkedu Datin Suraya melihat anak lelakinya berada di depan matanya. Anak sulungnya sedang berdiri didepan pintu!

Ray melakar senyuman lebar. Gembira dapat bertemu dengan umi nya.

"Umi...." Ray menghampiri Datin Suraya. Dicium tangan tua itu lama. Datin Suraya seakan kaku membiarkan Ray mencium tangannya.

"Keluar."

Hah?

Ray mendongak memandang Datin Suraya. Apa?

"Umi tak ada anak yang tak dengar kata macam Han. Keluar dari rumah ni!" halau Datin Suraya sambil memandang Ray tajam. Rasa geramnya kepada Ray yang meninggalkan rumah sangat tebal.

"Maafkan Han, umi. Han akan dengar cakap umi." ucap Ray tulus. Sekarang dia sudah sedar. Datang lah berapa banyak perempuan untuk memenangi hatinya sekali pun, tetap tidak mampu memegang makhota 'umi' didalam hatinya.

"Tidak!! Umi nak Han keluar dari rumah ni!!" Marah Datin Suraya sambil menunjukkan kearah pintu.

Ray mengeluh halus. Uminya nampak marah sangat kepadanya. Apa besar sangat kah dosanya?

"Umi... Apa bising-bising ni? Hana nak tidur pun tak senang..." Rayhana turun melalui tangga sambil gosok kelopak matanya. Dari atas boleh dengar umi sedang menjerit. Apa benda lah dipagi hari ini?

"A—Abang!" Rayhana menjerit kecil tanda terkejut. Mana tak terkejut melihat abang yang sudah berhari-hari tidak balik rumah, muncul kembali?

"Hah?? Apa dia, apa dia?" Shuu yang sedang tidur diatas sofa terus terjaga. Dia pandang Rayhana dengan matanya yang kuyu.

"Nuha panggil abang ke tadi?" Tanya Shuu mamai. Dia menguap besar.

"B—Bukan abang Shuun... Tapi abang H—Han..." ujar Rayhana tergagap-gagap sambil menunding kearah Ray.

Automatik matanya yang kuyu segera menjadi segar apabila mendengar kata-kata Rayhana. Dia terus pandang arah yang Rayhana tunjuk. Eh, Takahashi!

"Bro, kau pergi mana?" Shuu menghampiri Ray. Dia tahu Ray pergi mana, cuma dia perlu menipu mereka. Berlakon tidak tahu Ray pergi mana.

Ray tersenyum sinis nipis. Dah sampai dah mamat Jepun ni.

"Shuu! Jangan dekat dengan dia!" Jerit Datin Suraya tiba-tiba.

Shuu menayang wajah blur. "Why?"

"Dia bukan anak aunty!!" Tegas Datin Suraya sambil menjegil Ray tajam.

"Austaghfirullahalazim.... Tak baik aunty cakap macam tu. Mengucap aunty... Kalau betul pun aunty marah, jangan sampai tak mengaku anak. Bahaya tu!" Kata Shuu sambil buat-buat urut dada. Ray hanya menjeling. Cis! Pandai kau berlakon! Acah terkejut pula kau!

Rayhana menghampiri mereka. Dia memegang lengan umi nya sambil memerhati Ray. Hari tu.... Abang dia tengking dia...

"Apa kata aunty dengar penjelasan si malaun ni dulu?" cadang Shuu.

Datin Suraya terdiam. Ada betulnya juga dia dengar penjelasan anaknya dahulu. Perlahan-lahan dia mengangguk.

Shuu tepuk kepala Ray. Lebih kepada tampar rasanya.

"Baka! Cepat lah cakap! *bodoh" Marah Shuu. Seronok betul ejek Ray yang sekarang ni sedang ketap gigi sambil jeling dia. Haha! Bila lagi dapat ejek dia macam ni? Peluang keemasan ni!

Ray menarik nafas panjang bersama mata yang terpejam rapat lalu dilepaskan helahan nafas itu. Dia membuka matanya.

"Han tahu Han salah. Han jerit dekat umi, dekat Hana. Kurang ajar dengan umi. Ya, Han berdosa. Anak yang derhaka...." Kata-kata Ray terhenti seketika. Sengaja membiarkan bicaranya yang tergantung. Kasi suspen sikit.

Datin Suraya dan Rayhana mendengar dengan teliti. Tapi, Datin Suraya sudah mula emotional. Shuu pula cuba tahan senyum. Tak tahan la! Jarang nampak sisi sepupunya yang macam ni!

"Han memang sayangkan Ari sangat-sangat. Han rasa macam nak lindungi Ari dengan anak dia. Buat macam Han rasa mereka perlu dilindungi..."

Zarina Medina, seorang janda anak satu itu kelihatan sungguh polos dan naif. Apabila tahu Zarina pernah dilukai, dia berikrar untuk menjaga Zarina.

Arjuna Aryan, anak kecil yang berusia 4 tahun. Anak itu ialah salah satu sebab untuk dia melindungi mereka. Dan, Ray rasa melindungi mereka dengan bersatu menjadi keluarga bahagia.

Tapi, dia silap.

Ray tersenyum pahit. "Han sedar tu bukan cinta. Itu cuma prihatin yang cuba berubah menjadi cinta. So sad...." ujarnya sambil menundukkan wajahnya, kecewa. Kecewa kerana itu bukan cinta.

Datin Suraya mula rasa bersalah. Entah mengapa dia sedih melihat wajah Ray yang kecewa. Ah, dia sudah rosakkan segala-galanya!

Ray mengangkat wajahnya.

"Dan cinta yang Han cari sebernanya ialah cinta umi. Cinta yang paling agung. Cinta yang Han patut jaga seperti serpihan kaca yang senang pecah." Kata Ray sambil menguntum senyuman lebar. Dia merenung mata uminya.

Mata Datin Suraya berkaca-kaca menahan air mata daripada tumpah. Hati tuanya cukup tersentuh dengan kata-kata anaknya. Sudah cair kebenciannya kepada anaknya.

"Han......." Datin Suraya memeluk Ray. Begelinang air matanya menodai pipi. Bicara Ray cukup membuatkan dia tersentuh.

"Maafkan Han, ya?" pinta Ray dalam pelukan uminya. Maaf umi yang paling utama.

Rayhana turut mengukir senyuman nipis. Dia seka air mata yang hampir bergenang pada birai mata. Tersentuh melihat adegan ini.

"Nak nangis tu nangis je lah." Gumam Shuu perlahan yang berdiri disebelah Rayhana. Rayhana menjeling Shuu tajam. Ah, spoil lah sepupu 'terbaik' ni!

"Umi... Han janji. Han akan dengar cakap umi." Ujar Ray membuat keputusan setelah pelukan dileraikan.

Butang mata Datin Suraya. "Betul ke, Han?"

Ray mengangguk sambil tersenyum.

"Tapi kan, Han... Umi minta maaf sebab cuba pisahkan Han dengan Ari. Umi bukan apa, Ari itu baik, cuma umi mahu yang terbaik untuk Han." kata Datin Suraya. Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anaknya?

"Tak pe, umi. Yang penting umi menjadi keutamaan Han dulu."

"Tunggu kejap. You guys left one person right now." Celah Shuu tiba-tiba.

"Hah?"

"Ni, Nuha. Dia bukan family juga ke?" soal Shuu acah berkerut. Dia menunjukkan kearah Rayhana.

Ray tersengih, memahami maksud tersirat Shuu. Maknanya, mereka telah meninggalkan Rayhana dalam adegan ini.

"Alolo.... Meh datang dekat papa ni. Meh." Ray memanggil Rayhana seperti memanggil baby. Siap tepuk tangan bagai. Kelakar!

Rayhana tayang muka jelik. Haih... Untung lah dapat abang dan sepupu yang overdose biul macam ni. Nasib badan!

"Hana, mari. Kita peluk." Lembut sahaja bicara Datin Suraya memanggil Rayhana.

Rayhana tersenyum lebar. Dia mendekati mereka perlahan-lahan. Mereka saling berpelukan.

Giliran Shuu pula terasa dipinggirkan. Teringat pula dekat Okasan dan Otosan dekat Jepun. (ibu dan ayah) Apa khabar lah mereka agaknya ya?

Setelah pelukan dileraikan, Ray memandang uminya.

"Julia dekat mana? Han nak jumpa."

"Errr... Untuk?" Tanya Datin Suraya sedikit tidak senang.

"Eikkk... Bukan umi nak kami disatukan ke? Sekarang Han dalam proses untuk terima Julia lah sekarang ni!" balas Ray agak hairan dengan pertanyaan Datin Suraya

Datin Suraya menghela nafas panjang.

"Han.... Julia dah ada orang lain..."

Berubah air muka Ray secara mendadak. Jelas sekali terkesan dengan bicara uminya. Julia sudah ada orang lain?

"Tapi tak pe. Ada banyak lagi perempuan dekat luar sana yang sesuai untuk Han. Bunga bukan sekuntum. Okay?" Datin Suraya cuba menenangkan Ray.

"Betul, bang. Hana ada banyak kawan yang sepadan dengan abang Han. Jangan sedih ya?" Pujuk Rayhana.

Ray mengukir satu senyuman penuh makna.

"Baik."

Pasti akan ada hari-hari yang indah menanti dia! Pasti akan ada kebahagiaan untuknya!

_______________________________
"KITA dekat mana ni?" soal Aish sambil memandang keluar tingkap.

"Hutan Bukit Aman." jawab Inspektor Dayang yang sedang memandu.

"Bukan hutan ni ada banyak binatang buas ke?" soal Aish lagi.

"Ko diam boleh tak!" jerkah Inspektor Dayang.

Rayyan urut dada sambil menggelengkan kepalanya. Hishh... Laki dia ni mesti ada sakit jantung. Boleh sakit jantung dibuatnya!

Sekarang ini, mereka sedang memakai satu suit yang berwarna putih yang menutupi seluruh badan. Sarung tangan pun kena pakai. Bukan setakat mereka je yang pakai, para Inspektor pun pakai sekali. Katanya, mahu elak DNA kita ada dalam rumah itu.

Kereta Naza di parking disuatu tempat.

"Dah sampai...."

Mereka keluar dari perut kereta Naza. Rayyan dan Aish memerhati sekeliling.

"Tu... Rumah lama!" Kata Rayyan sambil menunjukkan kearah satu rumah kecil yang agak lama di tepi sungai. Usang sungguh rumah itu.

"Ha lah!"

"Itu lah lokasi penyembunyian Haikal Jeffri." ujar Inspektor Huzaimi sambil melangkah kearah rumah itu.

"Tak nampak ke ada tape warna merah dekat rumah tu? Buta." sinis Inspektor Dayang lalu bergerak pergi.

Benar, ada tape warna merah berjalur putih di sekeliling rumah itu. Tandanya, tidak boleh masuk.

"Jom." ajak Inspektor Ibrahim.

Mereka menghampiri rumah itu. Pintu rumah dibuka.

"Assalamualaikum..." ujar Aish.

"Tak payah nak bagi salam lah. Bukan ada orang pun." Kata Inspektor Huzaimi.

"Bagi salam dekat malaikat." jawab Rayyan lalu terus masuk kedalam rumah itu. Inspektor Huzaimi pula kelihatan tersentap.

"Hati-hati. Jangan sampai terkena tempat yang tulis tanda tu." pesan Inspektor Ibrahim.

"Macam mana korang boleh jumpa tempat ni?" Tanya Aish sambil memandang sekeliling. Sangat lama rumah kayu ini

"By investing, of course." jawab Inspektor Dayang.

"Apa yang korang jumpa?" soal Rayyan.

"Nothing much. Just a proof that Haikal Jeffri lived here....."

Rayyan menganggukkan kepalanya mengerti sambil melihat segenap rumah.

"....And.... "

"And?"

"Ikut sini." Inspektor Dayang berjalan kearah suatu bilik.

Mereka pun mengikutinya. Terkejut Aish dan Rayyan melihat sekeliling bilik itu. Terbeliak biji mata mereka melihat apa yang ada pada dinding itu.

"Gambar Ina.... Ryan... Lia...." ujar Aish masih lagi terkejut.

"Gambar aku... Sha dan Qal..." sambung Rayyan. Terketar-ketat suaranya.

Apa semua ini?! Kenapa ada banyak gambar Zarina, Aryan, Julia, Rayyan, Raysha dan Rayqal?! Semua gambar itu menunjukkan rutin harian mereka pada tahun ini! Gambar makan, gambar bermain, gambar shopping, gambar di kubur dan ah, banyak lagi lah! Bukan setakat itu sahaja, penuh dengan tulisan 'Bunuh!' dan 'Bunuh semua!' yang bertulis warna merah di dinding.

"Apakah....."

"Kami dapati Haikal Jeffri sedang stalk korang. Aku tahu kenapa dia stalk Zarina, kerana dia sukakan Zarina. Dia stalk Julia, kerana dia benci Julia. Tapi aku tak tahu kenapa Haikal Jeffri stalk kau." ujar Inspektor Ibrahim sambil merenung Rayyan tajam.

Muka Rayyan menjadi tegang sebelum dia ketawa kecil.

"Kau tak tahu keseluruhan cerita." jawab Rayyan sambil gelak halus.

"Jadi, tell us!" desak Inspektor Dayang.

"Asal pula?" Tanya Rayyan seakan mencabar Inspektor ini. Macam lupa pula tentang deal semalam.

"Bukan setakat nyawa kau, nyawa Zarina, Julia je tapi tentang nyawa anak-anak kecil tu. Diorang tak bersalah." ujar Inspektor Ibrahim serius.

Air muka Rayyan berubah mendadak. Ya, dia perlu ingat tentang nyawa Ifti Raysha, Iriz Rayqal dan Arjuna Aryan!

Rayyan mengeluh berat sebelum mengangkat mukanya.

"Aku akan ceritakan semuanya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience