WAJAH manis itu Zarina renung lama dengan pandangan setajam helang. Pelbagai persoalan yang timbul didalam otaknya.
Secawan kopi espresso disisip lembut. Zarina menenguk perlahan air kopi itu. Mulutnya hanya dikunci rapat mahu orang didepannya yang bercakap dahulu.
Tiba-tiba je menyibok dekat sini. Siap ajak berjumpa berbincang di House Of Coffee di Tokyo ini. Ingatkan mahu membuka mulut, tetapi dia hanya diam sahaja
Sudah lah tu siap renung dia dengan pandangan mata sayu itu. Naik rimas Zarina dibuatnya. Mujur ada espresso.
Cawan itu sekali lagi disisip ke mulutnya. Kepulan asap daripada air espresso itu menambahkan lagi aroma kopi itu. Aroma yang begitu menyegarkan.
Aryan? Perempuan dihadapannya ini bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Jadi, Aryan sedang bermain dengan lelaki itu di taman permainan berdekatan cafe ini.
Katanya, mereka boleh dipercayai. Jadi, Zarina relakan sahaja. Tetapi kalau apa-apa jadi pada anaknya walaupun calar, dia tidak akan maafkan perempuan di hadapannya sampai bila-bila!
"Tak luak ke tenung muka saya macam tu?" tegur Zarina selamba sambil memandang perempuan didepannya.
Atia tersentak apabila ditegur sebegitu. Dia tersenyum kelat yang tampak hambar.
"Awak dah bertudung..." ujar Atia sambil tersenyum. Zarina buat muka toya
"Setiap manusia berubah kan? Jadi saya pun cuba untuk berubah supaya tidak ditindas lagi. " jawab Zarina dalam nada sindiran.
Tersentak Atia mendengarnya. Air mukanya berubah apabila mendengar jawapan Zarina. Tetapi bibir itu digagahkan untuk senyum.
"Aryan anak awak ke?" soal Atia.
Zarina merengus kasar. Baginya, Atia itu bodoh sebab tanya soalan bodoh. Sudah terang lagi bersuluh Aryan memanggil dia mummy sebentar tadi.
"Tak kan anak awak pula kan?" Sarkastik Zarina menyoal.
"Muka dia macam Am.." ujar Atia perlahan.
"Iye lah. Dah nama pun anak Am. Tak kan anak orang lain pula?" soal Zarina nada sinis. Berubah lagi air muka Atia.
"Awak dah kahwin?" soal Zarina mahu mengorek rahsia tentang Atia Melur ini.
"Dah.... Sekarang ni tengah honeymoon...." Mendatar sahaja suara Atia. Zarina mengetap bibir. Sah! Dia kahwin dengan Am! Adakah Am turut berada disini?
"Oh, berapa tahun?" Air kopi dihirup perlahan. Mula lah nak rasa dahaga sekarang.
"Baru 8 bulan." Hati Zarina bagai mahu menjerit apabila mendengar jawapan Atia. Sudah 8 bulan mereka berkahwin? Kenapa tak 4 tahun yang lepas sahaja?
"Dengan siapa?" Walau berat hati untuk bertanya, mulutnya digagahkan jua untuk menyoal. Bergetar sahaja suaranya.
Terangkat kening Atia.
"Lelaki tadi. Fakhrul"
Membesar mata Zarina. Lelaki yang sedang bersama dengan anaknya ialah Fakhrul? Kawan Helmi?
Satu kejutan yang baru dia tahu hari ini sejak 4 tahun yang lepas. Atia tidak berkahwin dengan Helmi tetapi berkahwin dengan Fakhrul?
Sudah Helmi mengagung-agungkan Atia, 4 tahun yang lepas kerana dirinya difitnah. Zarina ingatkan pasti mereka akan berkahwin.
Wah! Dia berasa mahu menepuk tangan kuat-kuat. Dan dia mahu menjerit sehingga satu dunia mendengarnya. Dia terasa dirinya diperbodohkan. Terasa dirinya dipermainkan. Dia hidup selama 4 tahun semenjak peristiwa itu beranggapan bahawa Helmi sudah sah menjadi milik Atia tetapi bukan!
"Asal tak kahwin je dengan Am? Bukan dulu cinta bagai nak mati ke sampai sanggup fitnah saya?" Soal Zarina tajam matanya memandang mata Atia.
Atia terkedu. Dia menundukkan wajahnya. Ya, dia bersalah. Dahulu dia khilaf. Dia terlalu mengejar cinta sehingga sanggup menfitnah orang.
" Tia, Tia minta maaf.. " Mutiara jernih turun kebawah.
Terkedu Zarina. Woa! Senangnya minta maaf! Begini kan lumrah manusia? Sudah buat salah, minta maaf. Senang buat salah senang minta maaf. Macam ini kah dunia berfungsi?
Dia difitnah sehingga suami tidak percayakan dia. Dia dihalau sehingga dia tiada arah tuju. Dia dibenci sehingga anaknya dibesarkan seorang diri. Dia dihina dimaki sehingga dirinya berasa lemah.
Lantas, masih relevan kah perkataan 'maaf' dengan dirinya sekarang?
"Minta maaf? Sebab?" tanya Zarina selamba seakan cuba bertarik tali. Dia mahu Atia mengaku sendiri perbuatannya!
Atia menggigit bibir bawah. Zarina memang sengaja. Tetapi itu semua salah dia. Semua ini berpunca daripada dia sendiri. Jadi, dia tidak patut salahkan Zarina Medina yang terseksa selama 4 tahun!
"Tia fitnah Ari.. Tia suruh Am ceraikan Ari.. Tia minta maaf.." Semakin deras lah air mata itu mengalir.
Zarina mengeluh perlahan yang tidak didengari. Atia memang dramatik kan? Mengaku pun salah!
"Don't be sorry to me. Sorry to Aryan. Because of you, he lives without a daddy." ujar Zarina senada tanpa perasaan. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap.
Kelihatan Aryan sedang bermain diatas buaian. Fakhrul pula menolak buaian itu. Aryan kelihatan seperti bahagia sekali.
Apa yang Zarina mahu ialah Aryan tersenyum. Dia mahu Aryan bahagia. Besar sangatkah permintaan dia?
Air mata Atia menitis. Ya Allah.. Begitu besarnya dosa dia. Dia meragut kebahagiaan Aryan. Dia membuatkan Aryan kehilangan Helmi. Dia berdosa.
"Tia minta maaf." ucap Atia ikhlas dalam nada sedu. Terhinjut-hinjut bahunya dek menangis. Orang yang datang ke House Of Coffee yang memandangnya pelik dia tidak pedulikan. Jika meminta maaf boleh mengubah segalanya, dia rela minta maaf beribu kali.
"Sorry to say. Your 'sorry' is no use. Minta maaf lah banyak kali. Tak dapat kembalikan masa 4 tahun yang lepas pun" balas Zarina bersahaja. Jujur hatinya tersentuh sedikit tetapi Atia perlu diajar sedikit.
"Tia tahu... Sekurang-kurangnya dapat sejukkan hati Ari yang marah. Tia minta maaf.."
Zarina mengeluh. Entah berapa kali Atia minta maaf dia pun tak tahu. Yang pasti, dia muak dengan minta maaf Atia itu.
"Hati saya dah beku sejak dihalau. Saya tak ambil kisah sangat. Dah tertulis ini lah perjalanan hidup saya, saya redha. Asalkan Aryan ada dengan saya, saya sanggup tempuhi duri untuk mencari kebahagiaan Aryan" ujar Zarina tanpa senyuman . Sedikit tenang berbanding tadi.
Kata-kata Zarina menusuk ke kalbu Atia. Dia tersentuh dengan kata-kata Zarina. Zarina lah perempuan yang paling tabah dan kuat yang pernah dia jumpa!
"Tia minta maaf.." Atia menundukkan kepalanya.
Zarina mengeluh untuk kesekian kalinya. Kepala yang berlapit dengan shawl digaru. Asyik minta maaf je dia ni.
"Saya maafkan." balas Zarina sambil memandang luar tingkap.
Atia mengangkat kepalanya. Air mata dikesat. Bulat matanya memandang Zarina. Benarkah?
"Betul?" soal Atia sekali lagi. Zarina mengangguk sebelum menghela nafas panjang.
"Ya, saya maafkan awak. Buat apa nak berdendam? Awak fitnah saya tapi bukan awak yang hantar gambar tu. But still awak juga salah satu sokongan fitnah itu. Yup, saya maafkan awak" ujar Zarina tenang.
Bersinar-sinar mata Atia mendengarnya. Zarina memang baik! Jiwanya murni sepatutnya sedondon dengan Helmi. Tangan Zarina dipegang.
"Terima kasih!" Atia tersenyum.
"Don't thank me. I just forgive you but that incident, I'll still remember. I will remember forever" Berubah air muka Atia. Senyuman Atia terus mati.
"But Ari maafkan Tia kan?" Zarina mengangguk.
"It's useless kalau asyik berdendam" Air espresso diteguk sekali lagi bagi menghilangkan rasa dahaga.
Atia menarik nafas lega. Nasib baik Zarina maafkan dia. Kalau tidak, pasti dia akan diselebungi dengan rasa bersalah sepanjang hayat.
"Am tak kahwin dengan awak ke?" soal Zarina ingin tahu mengenai Helmi, bekas suaminya.
"Tak. Sebab cinta dia kepada Ari terlalu tinggi" balas Atia sambil tersenyum kecil. Terkedu Zarina. Am masih cintakan dia?
"Cinta? Dia dah ceraikan saya pun." ujar Zarina sinis. Atia menggelengkan kepalanya.
"Tak, dia masih cintakan Ari. Semenjak hari Ari dihalau, dia tak mampu nak senyum. Makan pun tak lalu. Hidup asyik terkurung dalam bilik je. Tia cuba nak pikat hati Am but I guess his love for you is very high." ujar Atia sambil merenung wajah Zarina.
Zarina ketawa halus mendengarnya. Baginya semua kata-kata Atia sangat kelakar
" Cinta? Dia janji akan setia, dia janji tak akan tinggalkan saya tapi last last dia ceraikan saya. Tinggalkan saya. Saya dihalau macam anjing kurap. Padahal saya tengah mengandungkan Aryan, anak kandung dia sendiri. Dia tak percaya. Dia lebih percayakan gambar itu daripada isterinya sendiri. Saya merayu bagai nak gila dekat dia dengan satu keluarga itu akhirnya saya ditendang. Apa awak rasa kalau orang yang paling awak percaya tak percaya awak? " Menitis air mata Zarina tatkala mulutnya berbicara.
Dia berjeda seketika. Sebak hati Atia mendengarnya. Dia memasang telinga dengan teliti.
" Sedih? Kecewa? Marah? Ya! Saya rasa semua itu! Orang paling saya percaya halau saya! Fitnah saya! Saya lahirkan Aryan, tanpa ada suami disisi! Saya besarkan Aryan di tempat asing! Saya besarkan Aryan seorang diri! Aryan itu anak saya!" Zarina meluahkan perasaannya sambil air mata berjurai-jurai jatuh. Dia memegang dadanya. Ah, semua kesakitan terpahat disini.
Atia mengetap bibir menahan sebak. Zarina sungguh tabah! Terasa dirinya berdosa kerana menfitnah Zarina walaupun Zarina telah memaafkan dia!
"Mummy?"
Kelihatan Aryan yang tidak jauh daripadanya. Dia cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tidak mahu Aryan tahu dia menangis.
"Mummy angis? Kenapa?" Aryan semakin menghampiri Zarina. Lantas tubuh ibunya dipeluk.
Jika ibunya menangis, maka dia akan memeluk ibunya bagi meredakan kesedihan ibunya. Itu memang pasti.
"Mummy tak nangis, sayang." ujar Zarina tersenyum kecil.
"Mummy tipu! Ryan nampak ada air dekat mata mummy!" tegas Aryan. Aryan mengesat air mata yang berada dicelah bulu mata.
"Mumny jangan angis... Ryan tak suka.." Pipi kiri ibunya dicium. Tersentuh hati Zarina. Terasa air matanya mahu mengalir lagi tetapi dia tahan.
"Baiklah, sayang..." Tubuh kecil itu Zarina peluk sekuat hati. Perlahan-lahan air matanya menitis.
"Ari...." Zarina mengesat air matanya. Aryan diletakkan kebawah. Dia berdiri memandang seseorang yang menyeru namanya.
"Fakhrul..."
Wajah Fakhrul sudah berubah. Kelihatan sedikit tua. Iyelah 4 tahun telah berlalu. Haruslah ada perubahan.
"Apa aku nak cakap, Am masih cintakan hang walaupun 4 tahun dah berlalu" ujar Fakhrul tegas. Atia menghampiri suaminya.
Zarina buat endah tidak endah. Tubuh Aryan digendong.
"Sayonara (Selamat tinggal)" Zarina mengatur langkah keluar dari House Of Coffee itu bersama Aryan.
________________________________________
"KAU betul-betul nak pergi?" soal Aira sambil memandang Zarina yang berada didepannya.
Zarina tersenyum mendengar soalan Aira. Dia mengangguk.
"Janganlah pergi! Tak boleh ke stay je dekat sini?" soal Aira sebak.
Zarina mahu pulang ke Malaysia! Gila! Dan mereka sekarang berada di Central Japan International, Jepun salah satu lapangan terbang yang terbesar di dunia.
Tak ada angin, tak ada ribut terus nak balik ke Malaysia?
" Tak boleh, Aira. Ini bukan tempat aku dan Ryan. Aku kena bawa Ryan balik Malaysia. Lambat atau cepat memang Ryan kena balik Malaysia" balas Zarina sambil melirik kearah Aryan yang sedang bermain dengan patung Ultraman.
Memuncung sahaja mulut Aira acah merajuk. Zarina ketawa kecil. Terhibur dengan gelagat Aira. Aira juga ikut ketawa. Dia memegang tangan Zarina.
"Don't forget me, Medina." ujar Aira sayu sambil merenung mata Zarina dalam-dalam.
Senyuman terukir pada wajahnya. Dia mengangguk.
"Ya! Macam mana aku nak lupa dekat kau?" Mereka berpeluk.
"Tolong jaga butik ya." pesan Zarina dan Aira mengangguk.
"Kau pun kena buka butik dekat sana dan jaga tau." pesan Aira pula. Zarina pula mengangguk.
"Hai! (Ya!)" Zarina turut tersenyum.
"Kau tak nak balik ke?" soal Zarina pula. Hairan dia dengan Aira. Anak Malaysia tetapi menetap di negara orang. Mana prinsip 'hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri'?
Aira menggeleng.
"Belum sampai masanya aku nak balik Malaysia...." balas Aira mendatar. Dia ada urusan yang perlu dilangsaikan di negara 4 musim ini. Zarina mengeluh. What to do? Dah Aira ada urusan ikutkan sahaja lah.
"Medina! Kalau ex-husband kau datang balik, kacau hidup kau, kau call aku tau!" Tegas Aira bersuara.
Berubah air muka Zarina. Ya lah. Peratus untuk dia terserempak dengan Helmi sangat tinggi. Tetapi Helmi tinggal di Kedah kan?
Zarina mengukir senyuman manis yang tampak hambar.
" Yelah, Aira yang comel lagi manis! " sinis Zarina. Aira mencebik.
"Memang aku comel pun!" balas Aira selamba dan Zarina pula mencebik menyampah.
"Mana ada! Ryan lagi comel!" celah Aryan membuatkan Aira dan Zarina terpinga-pinga. Serentak mereka memandang Aryan yang mengembungkan pipinya geram.
Mereka ketawa kuat sehingga mampu menarik perhatian orang ramai di lapangan terbang itu. Aira duduk mencangkung sambil memandang Aryan yang bercekak pinggang.
"Wakatta wakatta! Ryan paling comel okay? (Saya faham saya faham!)" Aira memuncungkan bibirnya serupa itik. Aryan menggeleng pula.
"Ryan tak comel Ryan hensem!" ujar Aryan sambil tersenyum bangga. Tercengang Zarina dan Aira dibuatnya.
"Kan mummy kan?" soal Aryan sambil tersengih memandang ibunya. Sebaris gigi susu yang putih berseri ditayangkan. Zarina ketawa halus lalu mengangguk.
"Ya, Ryan hensem..."
Aira pula tayang muka tak puas hati apabila Aryan seperti mengejek dirinya. Lantas, pipi gebu Aryan dicubit sekuat hati.
"Aduh! Aunty Aira! Sakit!" Aryan memegang pipinya yang merah. Aira tersenyum puas.
"Huh! Padan muka!" Aira menjelir lidah. Aryan menyorok di belakang Zarina.
"Mummy! Aunty Aira jahat! Dia cubit pipi Ryan!" adu Aryan sambil memeluk patung Ultraman nya.
"Eh, apa pula?!" Aira pula tidak berpuas hati. Zarina ketawa kecil. Aira memang kebudak-budakan kalau dengan kanak-kanak. Tetapi dia sebernanya seorang yang matang dan penyayang. Macam 'dia'...
"Dah dah lah tu.. Ryan, salam Aunty Aira. Kita nak bertolak dah" arah Zarina. Nak atau tak nak Aryan terpaksa akur dengan kehendak mummy nya. Dia menyalami tangan Aira.
"Aunty.. Corry... *Sorry" ucap Aryan dengan pelatnya. Aira yang tidak tahan dengan kecomelan Aryan terus memeluk tubuh kecil itu.
"Okay! Aunty maafkan! Aunty pun minta maaf!"
Tersenyum Zarina melihat adegan mereka. Senyumannya mati apabila pengumuman dibuat.
"Aira, aku kena pergi dah." ujar Zarina sayu. Dia memandang Aira. Aira memeluk Zarina erat.
"Kalau itu kebahagiaan yang kau impikan selama ini, aku tak akan halang. Kau kena ingat aku selalu support kau" ujar Aira sambil mengalirkan air mata.
Tersentuh Zarina mendengarnya. Air matanya menitis. Aira memang kawan yang baik.
Luggage ditarik. Tangan Aryan dipegang erat. Dia memandang kawan baiknya buat kali terakhir.
"Kiot sukete, Aira-san... (Jaga dirimu baik-baik, Aira)" ujar Zarina sambil menguntum senyuman manis. Aira mengangguk.
"Same goes to you."
Zarina mengatur beberapa langkah kehadapan. Dia menoleh memandang Aira yang sedang melambai-lambai kearahnya.
"Sayonara... (Selamat tinggal)"
Zarina terus mengatur langkah pergi ke gate.
Sakura Aira... Wajahnya mirip Iris Qairina, isteri Ezzul Rayyan.
Mata violet.
Suara.
Muka.
Rambut.
Perangai.
Semuanya seperti Iris Qairina.
Adakah ini semua kebetulan atau suratan?
Mungkin mereka tidak akan berjumpa buat masa ini. Tetapi...
Jodoh kuasa Allah.. Siapa tahu?
Rayyan, aku dah jumpa Iris!
"Mummy... Ryan antuk.. *ngantuk" ujar Aryan yang selamat berada disisi Zarina didalam kapal terbang.
Zarina tersenyum.
"Tidur lah, sayang." Zarina menyandarkan kepala Aryan diatas paha nya.
Zarina membelai rambut Aryan penuh kasih sayang. Serentak itu dia memandang ke luar tingkap.
Apa yang dia nampak hanya langit yang berwarna biru serta kepulan awan putih.
'Apa aku nak cakap, Am masih cintakan hang walaupun 4 tahun dah berlalu..'
Zarina menyandarkan badannya pada seat.
Cinta? Benarkah?
Tetapi perlukah dia memberi cinta kepada orang yang telah membuang dia?
Share this novel