Bab 56

Romance Series 186474

Hola! Hari ni Scarlett terlebih rajin. Jadi new chapter for u all! Sebelum proceed dengan readings, Scarlett nak korang tarik nafas panjang2 sebelum baca. Enjoy ya!

LELAKI yang menghancurkan hatinya itu kembali.

Masakan dia bisa lupa pada lelaki yang telah memijak-mijak sekeping hatinya?

Meskipun 4 tahun telah berlalu, tidak akan sesekali dia lupa pada lelaki yang bernama Helmi Ikram!

"Am...." Tanpa sedar, nama itu meniti pada bibirnya.

Jujur dia terkejut. Tidak menyangka mereka akan berjumpa secepat ini di Kuala Lumpur! Bukankah dia sepatutnya berada di Kedah?

Dia pernah merindui lelaki itu. Dia pernah mencintai lelaki itu. Dia pernah menyayangi lelaki itu.

Lantas, apa yang dia dapat?

Kata-kata hinaan!

Zarina memandang Helmi Ikram yang terkejut melihat dirinya. Mereka hanya terdiam.

Harus Zarina akui Helmi semakin segak dan tampan. Tapi itu tidak bermakna dia mencintai lelaki yang pernah mengkhianiti dirinya.

Lama mereka bertentang mata tanpa ada satu patah bicara.

Ray yang memerhati mereka hanya diam membisu. Dalam hatinya sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang berlaku di antara mereka.

Helmi memandang Zarina atas bawah. Wanita yang pernah menjadi ratu hatinya telah muncul kembali. Dengan penampilan terbaru dengan bertudung.

Mana boleh dia lupakan wanita yang telah menipu dia hidup-hidup?

Bibir itu mengukir senyuman sinis.

"Kau dah bertudung rupanya. Nak tutup aurat kau macam kau tutup apa yang kau dah buat ke?"

Zarina terkedu mendengar suara yang amat sinis di telinganya. Dia merenung wajah yang sedang tersenyum sinis itu.

Dia mengetap bibirnya menahan sebak. Dia sangka lelaki itu sudah insaf atau menyesali perbuatan.

Setidak-tidak pun mengetahui kebenaran. Tetapi ketiadaannya selama 4 tahun tidak merubah apa-apa yang luar biasa!

"Awak jangan tuduh sembarangan, Am.." Bergetar sahaja nada Zarina. Mengapa dia lemah apabila berhadapan dengan Helmi? Rasa cinta sudah dibuang jauh masuk dalam lombong jadi kenapa lututnya masih lemah?

Helmi gelak sinis. Dia memandang Ray lama dengan pandangan tajam.

" I guess this man is a black sheep right?" Bernanah telinga Zarina mendengarnya. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Helmi dan dia tidak suka.

Dia pasti ingat Aryan anak haram dan Zarina terpaksa berkahwin dengan Ray untuk menutup aib. Kau silap, Am!

Ray membalas renungan lelaki yang baru dikenali itu. Eh eh mamat ni dah pehal panggil aku black sheep?

"Whatever it is, kau silap." balas Ray bersahaja sambil memegang tangan Aryan.

Helmi ketawa sinis. Dah malu mana lah nak mengaku?

Dia merenung tepat wajah manis Zarina.

"Kau ni memang tak malu kan? First aku jadi kambing hitam now dia? Kau ni memang jenis yang suka permainkan lelaki eh?" soal Helmi dalam nada yang sinis.

Terasa hati Zarina dirobek-robek apabila Helmi berkata sebegitu. Kau tak boleh lemah, Ari!

"Saya tak bersalah. One day, the truth will come to you and you and your family will regret!" ujar Zarina tegas.

Helmi tersenyum sinis. Apa-apa je lah. Dia menjatuhkan pandangan memandang Aryan disebelah Ray.

"Kesian budak ni.. Tak tau kata mummy dia perempuan murahan. Tak tau kata dia anak haram." ujar Helmi perlahan tetapi nadanya masih sinis.

"Helmi Ikram!! Watch your mouth!!" jerit Zarina bengang dalam nada yang masih dikawal. Mereka sekarang berada di tempat awam. Jadi, dia tak nak buat kecoh.

Dia tak nak Aryan dengar pembohongan. Aryan anak sah taraf! Dan dia bukan perempuan murahan!

Helmi gelak sinis. Dia menayang wajah bersahaja.

"Kenapa? Bukan betul ke?" soal Helmi bersahaja.

Berasap telinga Zarina. Wajahnya kemerah-merahan tanda marah. Dadanya berombak kencang menahan amarah. Helmi is too much! You cross your limit Helmi!

"Aryan bukan anak haram! Dia anak halal! Saya bukan perempuan murahan!!" Tegas Zarina.

Mujur sahaja Aryan masih budak-budak. Tidak faham apa maksud anak haram.

"Kau jangan nak tipu boleh tak?!" bentak Helmi. Sudah bersalah, tapi tak nak mengaku salah pula!

"Eh, bro. Kurang ajar namanya cakap macam tu. Dah dia kata Aryan anak halal anak halal lah." Bengang pula Ray dengan lelaki yang baru dikenali ini

Tajam pandangan Helmi kepada Ray.

"Kau jangan nak masuk campur. Kesian kau jadi suami betina ni." ujar Helmi kepada Ray

"Ray, leave." arah Zarina tanpa memandang Ray.

"But...."

"Just leave with Ryan!!" arah Zarina keras. Terkedu Ray apabila dimarah sebegitu.

"Ryan, jom uncle bawa jalan-jalan.." ujar Ray kepada Aryan. Aryan memandang Ray.

"Tapi mummy?" soalnya. Matanya beralih memandang Zarina. Dia tidak mahu meninggalkan mummy!

"Dengar cakap mummy, Ryan!" Tegas Zarina. Aryan menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan mereka berlalu dari situ.

Dia tidak mahu Aryan dengar.

"Dia bukan suami saya!" tegas Zarina. Dia memandang tajam wajah bekas suaminya itu.

"Dah tu apa? Untuk buat pakai stok kau ke? Dah upgrade kau, Ari! Bravo!" Helmi menepuk-nepuk tangan. Senyuman mengejek terukir.

"Eh awak dah kenapa ah? Awak tak tau apa-apa pasal saya boleh diam tak?!" bentak Zarina bengang. Ketabahan dan keberanian mula berkelana di hatinya. Dia harus kuat!

"Apa yang aku tak tau pasal kau?" Helmi mendekati Zarina perlahan-lahan.

Zarina menelan air liur. Apa yang dia nak buat dekat aku? Helmi mendekatkan bibirnya ke telinga Zarina yang berbalut tudung.

"Kau, pelacur."

"Anak kau, haram."

Terkilan Zarina mendengarnya. Lantas, pipi Helmi ditampar kuat.

Orang ramai yang lalu lalang terus memandang mereka. Mereka melihat drama di waktu senja ini.

Air mata Zarina berlimpah-limpah turun. Dia merenung tepat Helmi yang sedang memegang pipinya.

Dia tidak tahan lagi apabila terus dihina sebegitu. Dia sudah fed up. Dia tidak dapat bertahan berterusan dipersalahkan. Dia tidak bersalah!

"Awak boleh nak hina saya tapi awak jangan hina anak saya!! Enough is enough, Am!!" jerit Zarina bengang. Air matanya menitis untuk kesekian kalinya.

Dia tidak kisah jika Helmi mahu menghinanya, tetapi jangan hina anaknya yang merupakan anak kandung Helmi!

Hatinya sangat rapuh apabila berkaitan dengan Aryan. Cukup-cukup lah tu, Am!

Terkedu Helmi melihat titisan air mata itu. Hatinya terusik tetapi cepat-cepat ditepis.

'Dia tipu kau, Am!' bisik hati Helmi.

"Dasar pelacur." Helmi terus berlalu pergi.

Zarina menggigit bibir bawah menahan esakan. Orang yang melihat drama mereka berbisik-bisik antara satu sama lain. Tidak kurang juga lah yang mengumpat.

Ah! Dia benci Helmi Ikram!

________________________________________
PULANG sahaja terus dia masuk kedalam bilik. Dia duduk bersimpuh diatas lantai bersandar di katil.

Dia mengetap bibir. Dia menangis semahu-mahunya.

"Mummy?" soal Aryan lalu mengetuk-ngetuk pintu bilik. Dengan harapan, mummy nya akan buka. Tapi hampa, tiada sahutan.

"Ryan.. Kenapa ni sayang?" soal Syafiera lalu menghampiri tubuh kecil.

Aryan mencebirkan bibirnya seolah-olah mahu menangis.

"Aunty... Mummy nangis..." ujar Aryan lalu memeluk tubuh Syafiera. Terkedu Syafiera. Zarina menangis?

"Ryan jangan nangis ye.. Mummy cuma tak sihat.." Syafiera cuba menenangkan anak kecil itu. Dia mengusap belakang badan Aryan dengan tujuan untuk menenangkan Aryan.

"Iyeke? Mummy sakit apa, aunty?"

"Mummy cuma pening-pening je. Nanti bila mummy dah sembuh, mummy dah tak nangis dah. Okay?" Aryan mengangguk. Dia mengesat air matanya.

"Ryan pergi main den Fiq ya?"

"Okay, aunty" Kelibat Aryan yang menghilang dipandang sepi.

Syafiera menarik nafas dalam-dalam sebelum memulas tombol pintu itu.

Zarina yang sedang duduk bersimpuh didekati.

"Ina...." panggil Syafiera. Hanya esakan yang didengari sebagai balasan.

Terhinjut-hinjut bahu Zarina menangis. Dia menangis teresak-esak.

"Ina kenapa ni?" soal Syafiera risau. Dia menyentuh perlahan bahu Zarina yang terhinjut-hinjut.

Zarina berpaling. Wajahnya yang basah dengan air mata membuatkan Syafiera terkedu.

"Fieraaaaaa......" Tubuh Syafiera dipeluk erat. Air matanya bergelinang.

"Ya?" soal Syafiera risau.

"Akuuuu jummpaaaa Ammmmm....." ujar Zarina teresak-esak.

Syafiera terkedu. Benar lah kata suaminya. Tetapi mengapa secepat ini mereka berjumpa?

"Lepas tu??" soal Syafiera tidak sabar. Bertambah kuat lah Zarina meraung.

"Dia kataaa Ryan anakkk haraam..." Bulat mata Syafiera. Dia cakap Aryan anak haram?

"Aku takk kisaah kalauu dia nak hinaa aku tapi dia kata Ryaan anaak haraam.. Aku tak boleh terima Ryan kena hinaa dengaan ayah kanduuung diaaa...." ujar Zarina tersedu-sedan. Air matanya bercucuran untuk kesekian kalinya.

Syafiera terpana. Dia beristifghar. Dia menyangka mereka sudah tahu kebenaran. Tetapi sangkaannya meleset habis. Mereka masih tersesat didalam fitnah!

Syafiera memeluk Zarina erat.

"Sabar,Ina.. Allah tengah uji kau.. Doa orang yang teraniaya sangat mujarab..." ujar Syafiera perlahan.

Zarina menangis semahu-mahunya.

"Aku benci dia!"

________________________________________
HELMI menghempas kasar pintu kereta Kancil itu.

"Woa, Am... Pecah pintu aku karang!" marah Halina. Geram betul dia apabila Helmi menutup kasar pintu kereta Kancil miliknya. Helmi disebelah dijeling banyak kali.

"Kau diam, Lina! Aku tengah bengang ni!" Terkebil-kebil Halina. Eikk.. Aku pula yang kena?

"Kau pehal?" balas Halina. Bahasa KL dibalas bahasa KL.

"Weyh, Lina." panggil Helmi .

"Pesal?!" soal Halina bengang. Ishh.. Lambat lah dia nak balik rumah..

"Aku jumpa Ari" ujar Helmi mendatar. Halina terkejut. Wajah Helmi yang serius dipandang banyak kali.

"Kau serius ke?!" Suara Halina sudah naik seoktaf. Tengok, bila dengar je nama terus terkejut bukan main kepalang.

Sudah berabad juga rasanya dia tidak mendengar nama itu.

Helmi mengangguk lemah.

"Hidup lagi ye betina tu? Ingatkan dah mampus!" kata Halina sinis. Jelas sekali wajahnya menunjukkan rasa jengkel.

Helmi tidak mengendahkan omongan Halina. Dia berfikir sejenak.

"Dia ada anak." ujar Helmi perlahan.

"Anak luar nikah!" cebik Halina menyampah.

Helmi menyandarkan kepalanya ke kerusi.

"Aku rasa dia dah ada pengganti."

"Kesian lah lelaki tu dapat perempuan macam betina tu" kutuk Halina pedas.

Helmi hanya diam membisu. Air mata Zarina...

"Dia dah bertudung." ujar Helmi lagi.

"Tapi hati busuk!" balas Halina. Memang dia benci sangat dengan Zarina.

Zarina sangat cantik apabila bertudung. Jelas keayuaannya kelihatan.

"Am tak rasa ke Allah temukan dia sebab nak dia minta maaf?" soal Halina. Dia memang menganggap Zarina yang bersalah.

"Hrmm ... Entah lah.." jawab Helmi acuh tak acuh.

"Jom balik rumah! Aku nak report dekat semua orang!" Tekad Halina. Matanya jelas terpancar kebencian kepada Zarina Medina.

Kereta Kancil itu dipandu keluar dari parking Sunway Mall.

Sepanjang perjalanan, mulut Halina tidak habis-habis mengutuk Zarina Medina.

Helmi melontarkan pandangannya ke luar.

Ari.... Kita berjumpa lagi..

Apabila terbayangkan lelaki yang bersama Zarina, membuatkan hati Helmi terasa panas.

Dasar pelacur! Habis semua lelaki nak kebas!

Helmi mendengus sambil berpeluk tubuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience