Bab 68

Romance Series 186839

SECAWAN air hot chocolate dihirup lembut. Beberapa biji macaroon sudah singgah kedalam mulutnya lalu dikunyah-kunyah menjadi sebati.

Matanya meliar memandang sekitar tempat yang mereka duduk sekarang. Tidak sangka Zarina Hotel Olive ini menyediakan macaroon. Oh, terlupa Zarina bahawa hotel ini sedikit iras-iras gaya barat.

Sekarang ini pula, matanya jatuh pada skrin phone Samsung miliknya. Dia sedang ber chatting dengan Syafiera melalui aplikasi whatsapp.

'Assalamualaikum, Fiera. Buat apa tu?' - Me

Send! Siap dengan smiling face lagi Zarina bagi! Tiba-tiba pula jadi formal sangat ni.

Syafiera is typing.....

Ting!

'Waalaikumussalam. Aku tengah get ready ni. Sebelum tu, aku nak bawa Ryan dan Fiq jalan-jalan boleh tak?' - Syafiera

Zarina mula menaip-naip sesuatu.

'Kau bukan ada due ke?' - Me

Syafiera is typing.....

Tak silap Zarina, hari ini Syafiera ada due. Terus Zarina high five dengan dahinya sendiri. Kalau Syafiera ada due, mesti lah dia kena bawa Syafiq dan Aryan sekali! Tak ke menyusahkan?

Aish? Dia kan mahu berjumpa dengan Inspektor Ibrahim a.k.a kawan baiknya sendiri. Mahu bagi bukti katanya.

Julia? Dia sudah lama berada di Butik Sakura Medina. Dia yang in charge butik itu buat masa sekarang kerana Zarina terpaksa menggantikan Aish. Geram kepada Aish masih belum surut lagi tau!

Ting!

'Yes and Fiq and Ryan is coming along with me.' - Syafiera

Tengok? Kan betul Zarina cakap! Pasti Aryan dan Syafiq akan ikut sekali. Tidak kah itu hanya menyusahkan?

'Kau send diorang kat butik je lah. Suruh Lia jaga' - Me

Senang! Habis cerita kalau Syafiera hantar mereka sekali ke butik Sakura Medina.

Syafiera is typing.....

Ting!

'No need to troublesome her. I can do it, Ina.' - Syafiera

Zarina mencebik. Habis itu, tak menyusahkan kau ke?

Zarina menaip-naip papan kekunci itu.

Send!

'Dengan perut 6 bulan kau tu? Jalan-jalan lagi? Wake up, beb!' - Me

Syafiera is typing....

Zarina hanya menunggu... Menunggu dan menunggu. Dia pandang skrin itu.

Syafiera is typing.....

Ya Allah! Lama gila dia type!

Last seen at 12.03

Bulat mata Zarina. Last seen? Ini dah lebih!

Baru sahaja dia mahu 'spam' Syafiera, muncul pula 'online'

Ting!

'Sorry weyh. Phone buat hal' - Syafiera

Zarina dengus kecil. Cek! Ingat kan kau sengaja!

Ting!

'Aku memang ingat nak bawa diorang jalan-jalan. Don't worry, aku okay. Masih kuat lagi.' - Syafiera

'Okay, fine. I approve!' - Me

Dia mematikan phone itu. Dia mengerling jam di tangannya.

12.04? Oh my goodness! Lama gila aku ada dekat hotel ni!

Dia pandang wajah seorang perempuan disebelahnya.

"Mr. Takahashi memang selalu macam ini eh? Tak menepati masa?" soal Zarina ingin tahu.

Perempuan yang bernama Fatini iaitu secretary Aish hanya gelak kecil seraya mengangguk. "Masa boss Aish pun, dia tak datang langsung!"

Zarina ketap bibir. Tak berdisiplin betul!

"Maaf kerana lambat tiba di appointment ini. " Mereka disapa oleh seorang lelaki berkemeja daripada belakang.

Zarina tidak toleh. Malas pula mahu pandang lelaki itu.

"Saya boss Goldmine Holding, Mr. Takahashi. Awak boleh panggil saya Nuh Rayhan."

Seraya itu Zarina duduk tegak. Kaku dia mendengar nama itu. Membulat matanya terkejut. Nuh Rayhan? Adakah dia....

Zarina pusing kebelakang perlahan-lahan. Tergamam dia melihat wajah itu.

"Ray?" soalnya benar-benar terkedu. Dia ditipu? Ray merupakan CEO Goldmine Holding?

Ray yang tersenyum, terus mati senyumannya tatkala melihat wajah perempuan yang disukainya itu. Zarina Medina. Ari!

"Ari?" Tidak sangka dia orang yang menggantikan Aish Qayyum ialah Zarina Medina!

"Wah! Pandai awak tipu saya kan? Penganggur konon.." sindir Zarina sambil tepuk sangan mengejek. Panas hatinya apabila dia ditipu hidup-hidup oleh orang yang dia amat percaya!

"Look, Ari. I can explain—" Ray cuba menghampiri Zarina. Zarina terlebih dahulu bertegas.

"Stay away from me, you liar!" jeritnya geram, hanya mereka sahaja yang mendengar. Merah padam wajahnya menahan gelojak amarah didada.

Terkedu Ray dengan tindakan Zarina. Adakah hanya dia mengatakan dia hanya pengganggur, Zarina sudah naik angin? 

"Ray pakai baju biasa-biasa. Tuan Nuh Rayhan or Mr. Takahashi pakai kemeja. Wow! Awak memang ada banyak identiti eh?"

Fatini hanya menikus diam tidak tahu apa sebernanya yang sedang berlaku. Tidak mahu mencelah, takut ditengking pula.

Adegan mereka menjadi perhatian pula oleh tourists yang datang ke Hotel Olive ini.

"Ari, I can explain." Ray cuba mengajak berbincang. Dia mahu menjelaskan segala-galanya.

"There's nothing to explain, Tuan Nuh Rayhan! The fact is you just the same like others! Liars!" jerit Zarina lalu terus melangkah pergi.

"Ari!" Ray cuba mengejar Zarina, tetapi ditahan oleh Fatini.

"Mr. Takahashi, she can't be disturb. You have to know. Let her calm down first." ujar Fatini, tegas. Dia memang tidak kenal dengan Zarina dengan lebih mendalam. Apa yang dia tahu, perempuan itu diberi masa untuk bertenang.

Ray mendengus kuat. Dia meraup rambutnya kasar. Kaki meja ditendang kuat tanpa menghiraukan orang ramai.

"Darn it!"

_______________________________
"SO, ni lah evidences yang kau cakap tu?" Tanya Inspektor Ibrahim sambil jungkit kening. Aish angguk laju.

"Video ni clear gila tau! Pasal wasiat ni pun. Semuanya menunjuk kepada mereka!" ujar Aish yakin.

Inspektor Ibrahim menyandarkan badan ke kerusi sambil humming perlahan. Dokumen-dokumen yang berada diatas meja dipandang lalu dibelek-belek.

"Overall, kau rasa Querina Nasstia dan Datin Noraini lah punya angkara?" soal Inspektor Ibrahim. "Yes!"

"Aku rasa bukti ni cukup untuk dapatkan waran. Tapi mungkin esok rasanya dapat. Kau tak kisah kan?" Soal Inspektor Ibrahim.

"Aku tak kisah. Tapi kalau boleh, serbuan ke Wisma boleh tangguh sekejap?" Berkerut dahi Inspektor Ibrahim itu. "Tangguh sampai bila tu, Aish?"

"Next Friday. Okay?" Inspektor Ibrahim angkat bahu. "Don't mind actually sebab diorang ni 'easy'.."

Bertaut kening Aish. "Don't look down on them, Im." ujarnya serius.

"Okay, so ni pula bukti berkenaan dana haram dan kematian Dato Kamarul?" Satu dokumen dipegang. Aish angguk.

"Yes!"

Inspektor Ibrahim membuka dokumen itu. "You know what, Ish? Kes ni dah lama tutup sebab tak ada bukti, but now kau dah bagi bukti, kita boleh tangkap Haikal Jeffri!" ujar Inspektor Ibrahim sambil senyum sinis.

"Tapi kan mana kau dapat bukti-bukti ni? Pihak kami punya lah susah nak dapat?" Soal Inspektor Ibrahim ingin tahu.

"Don't know. Fall down from the sky, perhaps?" Tidak akan lah dia mahu dedahkan tentang Roseville. Kerana Roseville tidak mahu dirinya diketahui orang ramai sebagai 'Pemberi Bukti'.

Inspektor Ibrahim ketawa berdekah. "Pandai kau buat lawak tak jadi eh, Aish."

Aish turut tersenyum.

"Okay, aku tak kisah dari mana kau dapat. Tapi apa yang aku nak kau tahu, Haikal Jeffri sedang bersembunyi. Pihak kami sedang cuba jejak lokasi terakhir dia." Kata Inspektor Ibrahim serius.

"Ya, pihak kami juga sedang cuba cari dia." ujar Aish pula.

Inspektor Ibrahim merenung Aish tajam.

"He's wanted in top crimes, you know?"

_______________________________
SYAFIERA melangkah masuk kedalam perut kereta. Dia tersenyum kepada Syafiq dan Aryan.

"Lama tunggu?" soalnya.

"Tak!" Serentak mereka menjawab laju.

"Okay! Playground!"

"Yeay!!" sorak mereka kuat sambil melompat-lompat didalam kereta.

*

"Haha Ryan! Lari laju lagi!" laung Syafiq. Aryan hanya ketawa seronok. Laju kakinya berlari keliling slide.

"Jangan lari!" Mika dan Mia cuba mengejar mereka memandangkan sekarang ini giliran mereka.

Syafiera senyum simpul melihat mereka bermain-main.

"Yana, tolong tengok sekejap diorang." ujar Syafiera sambil menepuk perlahan bahu Dayana. Dayana tersenyum sambil mengangguk. Dia tahu kawannya itu mahu ke mana.

"Hati-hati tau." pesan Dayana.

"Fiq! Ryan! Mama pergi kedai jap tau!" teriak Syafiera.

"Okay, mama!"

"Okay, aunty!"

Syafiera terus mengatur langkah bergerak kedalam suatu bengkel motor.

Kelibat seorang lelaki yang sedang membaiki sebuah motosikal dipandang geram. I've found him!

Dokumen dipegangan dipegang erat. Laju kaki berjalan kearah lelaki itu.

"Ya puan ada apa yang boleh saya bantu?" soal lelaki itu ramah seraya bangun. Dia mengesat minyak yang terkena pada mukanya.

Syafiera tanpa amaran, terus sahaja bertindak mencengkam kolar baju lelaki itu. Lelaki itu terkejut dengan tindakan Syafiera.

"Errr... Apa hal ni?" soalnya tergamam. Mana tak tergamam kalau ada wanita mengandung terus mencengkam kolar baju dia!

Pekerja-pekerja bengkel itu terus meluru kearah mereka. Cuba meleraikan.

"Jangan masuk campur!" Tengking Syafiera sambil merenung tajam wajah pekerja-pekerja itu satu persatu.

Mereka meneguk air liur. Tak berani pula nak masuk campur.

"Eh, kau ni memang lelaki tak guna kan?!" Tengking Syafiera kepada lelaki yang dicengkam kolar baju itu.

"Kau ni pehal, gila?!" Sedaya upaya lelaki itu cuba meleraikan pegangan Syafiera pada kolar bajunya. Kalau dia tolak, kang gugur pula. Satu hal pula.

"Helmi Ikram! Aku tahu siapa kau!"

Helmi terkedu. Perempuan gila ni kenal aku?

"Kau nak apa?!" soal Helmi kasar.

"Kau ni memang lelaki paling tak guna dan dayus yang pernah aku tengok dalam dunia!!!" jerkah Syafiera. Dia sudah lama geram dengan lelaki ini.

"Eh, kau cakap baik-baik sikit eh. Kau siapa ah nak cakap aku dayus la tak guna la?" marah Helmi. Customer is priority langsung tidak relevan dalam situasi ini.

"Aku? Huh! Aku kawan Zarina Medina! Bekas isteri kau! Orang yang pernah kau hina, cela, maki! Orang yang kau kata pelacur! Ibu kepada anak yang kau kata anak haram!" jerit Syafiera bagai nak gila. Tidak kisah dia jika orang pandang dia ibarat pesakit yang terlepas dari Hospital Bahagia, janji hatinya puas.

Helmi tergamam. Perempuan ini kawan Zarina? Adakah Zarina mengadu pada perempuan ini? Huh! Dasar pengadu manja!

"Well, betul kan?" Helmi menepis kasar tangan Syafiera membuatkan Syafiera sedikit terdorong ke belakang.

"Dia memang pelacur sebab jadikan aku kambing hitam. Dia perempuan licik tahu tak? Dia perempuan sial!" Ah, tidak tahan Syafiera untuk mendengar segala cacian Helmi! Macam mana kau bertahan, Ina?

"Korang boleh blah tak?" soal Syafiera bengang kepada orang-orang yang melihat adegan mereka. Terus mereka terkocoh-kocoh beredar. Gerun siot dengan Syafiera ni.

"Salah! Dia sewa kau cuma 2 sebab. Pertama, nak elak daripada Haikal Jeffri, lelaki yang kau nampak dalam photo tu! Photo yang kau nampak Ari dengan Haikal sedang kiss! Padahal Ari hampir kena rogol, bukan kerelaan dia sendiri!"

"Kau kawan dia memang akan tutup mata lah dengan maksiat yang dia buat." Helmi mencebik. Kawan mana yang akan tak sokong kawannya?

Syafiera tepuk dahi. Ya Allah... Kenapa lelaki yang bernama Helmi Ikram ini sangat ego?

"Terserah kau nak percaya atau tidak. Yang penting aku dah bagitahu kebenaran."

Helmi hanya diam menanti bicara perempuan itu.

"Sebab yang kedua, dia nak dapatkan keredhaan papa dia. Itu je. Papa dia punya lah nak dia kahwin dengan Jeffri, tetapi Ari confirm lah tak nak kan setelah apa yang Jeffri buat. Tetapi papa dia cakap cari suami then Halina cadangkan kau. Sebab tu kau jadi suami Ari! Tak dek kena mengena dengan 'kambing hitam' tau!" terang Syafiera lantang, panjang berjela. Ini baru secebis je.

Helmi terdiam. Dia cuba mencerna apa yang Syafiera cakap dalam-dalam.

"Kau tau tak kau dah buat Ari menangis banyak kali? Semuanya sebab kau! 4 tahun Ari menderita merana. Semuanya pasal kau, Am!" teriak Syafiera lagi. Geram dia memikirkan betapa Zarina hidup menderita selama 4 tahun. Segala penderitaan itu cuba dia lalui seorang diri.

"Asal? Itu bukan salah aku." Mendatar sudah intonasi suara Helmi.

Syafiera mengeluh berat. Ya Allah! Ego nak mampus dia ni!

"Siapa cakap bukan salah kau? Hah? Hah? Mana mungkin dia mampu lupakan kata-kata hinaan kau dan keluarga kau pada dia! Orang yang dia sayang bagai nak rak hina dia! Kau rasa?!" jerkah Syafiera. Dia mahu membuka isi hati Zarina kepada Helmi. Dia mahu Helmi membuka matanya.

Melihat Helmi yang hanya membisu, membuatkan Syafiera melepaskan keluhan berat.

Kerusi yang kebetulan berada disitu, terus dia duduk. Penat... Mestilah penat dengan anak dalam perut lagi.

"Am... Hidup Ari tak dek lah indah mana. Kaya? Dia sangat kaya! Tapi dia tak pernah bahagia. Sejak mama dia meninggal waktu dia umur 15 tahun, dia murung, Am." ujar Syafiera sedikit tenang tetapi kedengaran lemah sekali.

Helmi hanya mendengar dengan teliti.

"Papa dia pula kahwin dengan orang lain. Mama tiri dan adik tiri dia selalu buli dan dera dia. Ari tak pernah dapat kasih seorang ibu. Nak bagitau papa? Papa dia memanjang ada outstation. Ari jadi keras kepala"

Helmi bungkam. Begitu sadis kisah Zarina sejak kecil. Ya Allah! Apa yang dia sudah lakukan kepada Zarina yang berhati murni?

"Adik tiri dan mak tiri dia nak bolot semua harta. Papa dia halau Ari and kau dan Ari kahwin. Again Ari kena halau plus kena fitnah plus kena cerai. Ari memang rasa nak mati." Syafiera jeling Helmi tajam. Helmi hanya mendengar sahaja.

"Dia ada satu-satunya pengubat dia iaitu...."

"Arjuna Aryan." sambung Helmi. Mulutnya bersuara automatik tanpa dia sedari. Dia ingat nama itu.

"Yes! Pandai pun! Budak tu yang jadi pengubat hati dia! Tak cukup dengan dugaan, papa dia pula meninggal! Ari memang sedih bagai nak mati! Kau pula hina dia dan anak kau sendiri!" tengking Syafiera seraya bangun daripada kerusi.

Helmi terdiam. Dia akui sedikit sebanyak memang salah dia. Adakah apa yang Syafiera katakan itu benar?

"Tapi aku kena tengok bukti bahawa Arjuna Aryan itu anak aku!" Tegas Helmi. Dia hanya mahu tahu itu sahaja!

"Kau nak sangat kan? Ambik ni!" Syafiera melemparkan sekeping dokumen tepat mengenai muka Helmi. Helmi menangkap dokumen itu.

"Apa benda ni?" Tanya Helmi. "Baca dulu itu pun kalau kau tahu Bahasa Inggeris la." jawab Syafiera selamba.

Helmi membuka sekeping kertas daripada dokumen itu.

'Tulisan Inggeris...' gumamnya. Mahu pening dia melihat tulisan dalam Bahasa Inggeris itu. Dia bukannya mahir pun.

Tetapi dia dapat mengagak dan mampu mencantumkan segala butir kata dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

'Paternity Test Certificate?'

Helmi membaca semua itu dari atas sehingga bawah dengan teliti. Walaupun dia tidak mahir, dia mampu untuk meneka.

Role
-Alleged Father
- Child

Name
- Helmi Ikram
- Arjuna Aryan

Eh... Nama aku?

Helmi membaca ke bawah. Jadual result itu amat memeningkan. Jadi, dia terus skip kebawah sekali.

'Based on our analysis obtained, the probability of paternity is 99.999997%. It is practically proven that Helmi Ikram is the biological father of the child Arjuna Aryan.'

Jatuh sekeping kertas itu kebawah. Lalu, kertas itu ditiup oleh angin.

Matanya terbeliak. Kaku dia berdiri disitu cuba mencerna kembali apa yang dia baca.

"Satisfied?"

Syafiera peluk tubuh sambil duduk diatas kerusi, angkuh. Huh! Baru nak terkejut ke?

Syafiera memang tidak ada due hari ini. Dia pergi ke hospital untuk mengambil keputusan DNA test.

Jangan tanya dia dari mana dia dapat DNA Helmi, kerana dia Syafiera Ain lah! Isteri kepada CEO Heritage Holding!

"Is that a truth?" soal Helmi gagap. Terketar-ketar dia bertanya. Rasa gelisah dan gugup mencengkam jiwanya. Jantungnya berdetak laju. Badannya seperti dihempap oleh sesuatu setelah membaca surat itu.

"Nak aku translate ke?" soal Syafiera bersahaja. Haha padan muka kau!

"Kejap, Arjuna Aryan tu... Anak aku? Darah daging aku?" Tanya Helmi bagaikan tidak percaya. Dia hina anak kandungnya sendiri? Dia kata anak kandungnya sendiri haram?

Syafiera mengetap gigi geram. Tak faham-faham lagi ke budak ni?!

"Yes! Arjuna Aryan memang anak kau! Bukan anak orang lain atau Haikal Jeffri! Dia anak kau yang kau hina dia anak haram! Kau hina darah daging kau sendiri! Ari is clearly innocent! And she lives with fear for 4 years!!! Can you even imagine how tough she is?!" teriak Syafiera kuat. Mahu sakit jantung dia jika dia berterusan menjerit. Cuma dia tidak mahu Zarina berterusan dihina oleh lelaki yang bernama Helmi Ikram!! Dia mahu menyedarkan Helmi!!

Dadanya terasa sesak untuk bernafas. Jantungnya berdegup kencang, gugup.

Dia yang salah selama ini. Ari tak pernah salah!

Ya Allah... Dia terasa seperti lelaki yang tak guna. Lelaki yang bodoh walhal itu memang hakikatnya.

Dia meraup kasar rambutnya. Kenapa dia tidak percayakan Ari? Jika benar dia mencintai Ari sepenuh hati, mengapa dia tidak menyokong Ari? Kenapa dia ikut serta dalam menfitnah Ari?

Ah! Aku memang bodoh! Sial! Tak guna!

"Mana diorang?" soalnya lemah. Dia terduduk disitu juga. Kakinya terasa longlai dan lemah sekali untuk menerima kenyataan itu.

Dia mahu berjumpa dengan Ari dan Aryan! Dia mahu meminta maaf! Dia mahu melutut merayu!

"Heh! Nak buat apa? Nak minta maaf?" Syafiera gelak sinis. Manusia... Manusia... Ingat kesalahan yang dilakukan mampu diubat dengan kata 'maaf'? Kalau macam itu, kata 'maaf' itu tiada erti apa-apa.

Hati manusia ibarat kaca. Begitu juga dengan sekeping hati milik Zarina Medina. Harus dijaga dengan baik. Tetapi, andai kaca itu pecah, tidak mampu menjadi baik semula. Walau kaca itu dicantum semula dan digam, tetap tak mampu mahu mengembalikan semula kecantikan kaca itu kerana sudah terluka. Ya, luka semalam masih ada.

Helmi mengeluh lemah. Semua salah dia! Semua silap dia! Mengapa dia buta dalam menilai kaca dan permata? Mengapa dia menuduh Ari tanpa menyiasat dahulu?

Dia berasa mahu gelak sehingga satu dunia mendengarnya. Dia mahu gelak, atas kebodohan diri sendiri. Ya, dia bodoh! Dia bodoh selama 4 tahun, mempercayai yang Ari yang bersalah!

Tetapi dia rasa mahu menangis juga. Menyesali atas kesalahan dan kebodohan lalu pun tiada guna. Dia pasti kata 'maaf' tidak mampu merawati sekeping hati yang berdarah-darah kerana dia! Nasi sudah jadi bubur. Masa yang lalu tidak dapat diundur semula.

"Jom ikut aku!"

Helmi mengangkat wajahnya memandang perempuan yang baru dikenalinya itu. Hebat perempuan itu. Walaupun perut sudah memboyot, masih megah untuk menjerit dan bergerak-gerak.

"Pergi mana?" Lemah sahaja dia bersuara. Sungguh! Dia perlukan masa untuk tenangkan diri!

"Kau nak jumpa anak kau ke tak?" Syafiera bertanya. Mata Helmi membesar. Nak jumpa Aryan? Laju dia mengangguk. Ya, dia mahu berjumpa dengan anaknya!

"Aryan?"

"Ya lah." Syafiera buat rolling eyes. Tanya soalan bodoh pula.

"Nak, nak."

"Jom!"

Helmi hanya akur mengikut Syafiera yang bergerak laju kehadapan. Sedar tak sedar, mereka sudah sampai di taman permainan.

"Buat apa dekat sini?" soal Helmi pelik sambil mata meliar memerhati taman permainan itu.

"Cuba kau tengok dekat sekumpulan kanak-kanak tu." Syafiera menjuihkan mulutnya kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main dengan riang.

Helmi turut memandang mereka. Matanya terancap pada satu susuk tubuh yang amat dikenali.

"Aryan?"

Laju kakinya automatik berjalan kearah sekumpulan kanak-kanak itu tanpa disuruh oleh Syafiera.

"Arjuna Aryan!" Nama Aryan meniti pada bibirnya.

Aryan yang sedang seronok bermain terus berhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Dia toleh memandang empu suara.

"Uncle?" Dia ingat lelaki ini. Lelaki yang buat ibunya menangis ketika pulang dari Sunway Mall. Lelaki yang buat ibunya sedih dan marah.

Helmi sebak. Nafasnya seperti tersekat-sekat saat mata mereka bersabung. Harus dia akui, apabila melihat dari dekat, wajah Aryan mirip dirinya sendiri. Bereerti Aryan itu anak kandungnya!

Tanpa dia sedari, tubuh kecil itu didakap erat. Air mata jantannya menitis dengan mudah.

Dua sebab mengapa air mata itu turun. Rasa bersalah yang menebal dan rindu yang tiba-tiba muncul.

Pelukan itu sangat lah hangat dan selesa. Degupan jantung mereka berdegup seirama menambahkan lagi sebak di hati Helmi sendiri.

"Eh, uncle ni nape?" Aryan cuba meleraikan pelukan lelaki yang pernah membuat ibunya menangis. Sudah lah dia tidak selesa. Terasa bahunya basah pula dengan air mata lelaki itu.

Air matanya mengalir lagi. Bertambah sayu dan sedih hatinya apabila anak sendiri menggelarnya 'uncle'. Ya Allah...

"Hands off my son!"

Zarina terus meluru menarik Aryan yang dalam pelukan Helmi. Tubuh kecil itu ditarik kebelakangnya. Tajam mata itu merenung Helmi.

Helmi kesat air matanya. Dia bangun, longlai. Wajah perempuan yang pernah dia hancurkan hatinya itu direnung dalam-dalam penuh kasih. Kasih yang telah hilang. Tidak, kasih yang telah bersembunyi.

"Ari....."

"Stay away from my son!" tengking Zarina sambil menunding Helmi. Berasap wajahnya apabila pulang sahaja dari Hotel Olive dengan hati yang penuh dengan amarah, jumpa pula bekas suami. Ah! Lelaki memang macam ini ke?!

Helmi menundukkan kepalanya. Marah? Masakan dia mahu marah. Bukan salah Ari pun. Sedih? Ya, dia sedih kerana Ari tidak membenarkan dia memegang anaknya sendiri.

"Ari.... Am nak minta maaf..." ucap Helmi, kesal sambil cuba mendekati mereka. Ya, dia benar-benar kesal dan menyesal. Dia mahu Ari menerima maaf dia walaupun dia tahu kesalahannya amat besar.

"Eh, kau siapa ah?! Suka hati je peluk anak orang!" jerkah Zarina. Ah, tidak kisah dia jika ada orang memerhati mereka. Asalkan hatinya puas!

"Am ni kan ayah Aryan..." balas Helmi lemah. Dia tidak layak bergelar ayah. Dia tahu itu

"Huh? Ayah kepada anak haram? Kau biar betul?" Zarina ketawa sinis. Berani pula mengaku ayah Aryan. Padahal pernah hina Aryan.

Bagaikan ada satu tamparan pada muka Helmi. Dia rasa ditampar oleh kata-kata Zarina. Rasa mahu menangis pun ada.

"Aku kan pelacur. Mesti kau jijik nak sentuh anak aku kan? Well, aku ni perempuan murahan yang cuba nak memperkambing hitamkan kau kan? Dia pun kau kata anak haram. Kau tak rasa jijik ke?"

Pap! Pipinya terasa ditampar lagi dengan kata-kata Zarina. Hatinya bagai dipukul saat mendengar kata-kata Zarina yang cukup memilukan. Dia pernah bilang itu. Dan kini dia menyesal. Eh, Am. Kau menyesal bagai nak rak pun tak akan ubah segalanya.

"Am minta maaf sangat-sangat, Ari. Am menyesal." Helmi terus melutut merayu. Ya, dia Helmi Ikram! Dan dia sudah melutut memohon kemaafan!

"Oh, waktu aku melutut merayu dekat kau, ada kau dengar cakap aku?" soal Zarina bersahaja, sinis dan sarkastik.

Helmi menghela nafas berat. Ya Allah.. Benar kata orang, kifarah itu wujud. What you give, you get back.

"Tak kan? So go to hell lah dengan maaf kau tu! Sorry to say, dah expired!" Zarina menengking Helmi tanpa mempedulikan Aryan yang seperti mahu menangis melihat ibunya marah.

"Mummy... Jangan marah..." Kata Aryan sambil mencebik-cebikkan mulutnya mahu menangis. Zarina terkedu. Dia pandang Aryan. "Maaf ya, sayang. Mummy janji tak akan buat lagi." Terus dahi itu dikucup.

"Hey, kau! Aku nak kau jauhkan diri dari kami! Stay away from us!" jerit Zarina, perlahan. Tajam matanya memandang Helmi.

Helmi merenung mata hazelnut itu redup. Dia boleh nampak rasa benci pada mata itu.

Zarina terus beredar. Yana juga bersama anak-anaknya dan Syafiq. Tinggal Syafiera.

"Am, kata 'maaf' tak dapat ubah keadaan. Pergi lah, Am. Ari dah cukup terseksa dengan kau." Usai habis berkata, Syafiera juga terus pergi.

Helmi meraup wajahnya kasar. Matanya berkaca-kaca. Semua ini memang salahku.

Andai masa dapat diputarkan, aku akan pastikan semua ini tidak akan berlaku.

Ari sudah cukup terseksa. Maafkan aku, Ari!

Aryan hidup tanpa bapa. Maafkan daddy, Aryan!

Helmi tidak berganjak dari situ. Sebaliknya, hanya mampu menyesal atas kesilapan sendiri. Lebih tepat, kebodohan sendiri.

Helmi memandang langit. Ya Allah.. Mengapa ini semua terjadi? Dimana silapnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience