Bab 47

Romance Series 186474

RAMBANG mata Zarina apabila memandang baju-baju.

Ada satu baju yang sangat menarik hati dia. Blouse berwarna merah lengan pendek bercorak sedikit vintage dipegang.

"Kak, berapa harga ni?" soal Zarina yang sedang memegang blouse berwarna merah itu.

"30 ringgit" jawab wanita itu sopan. Bulat mata Zarina.

30? Bapak murah nya... Rasanya dekat Chow Kit lagi mahal. Apatah lagi kalau dekat Pavillion atau dimana-mana shopping complex di Kuala Lumpur.

Mungkin kerana kain nya sangat berkualiti berbanding dengan blouse di sini. Tapi Zarina kisah apa?

"Saya beli yang ni lah" Beberapa keping not 10 dihulurkan kepada wanita itu.

"Terima kasih. Lain kali datang beli lagi na. Saya jual..." ujarnya sambil tersenyum. Zarina mengangguk sambil menguntumkan senyuman.

Dia melangkah keluar dari kedai itu. Setelah habis satu kedai, dia pergi satu kedai lagi. Hampir semua kedai dia pergi. Tiba-tiba dia diserang penyakit Q.B. Iaitu Querina Boros.

Dia bukannya shopaholic tetapi hari ini, entah mengapa dia rajin pula pergi shopping. Mungkin sebab baby ni suka belanja! Dia tersenyum sendiri.

Hari ini hari sekolah jadi pekan ini agak lenggang dengan tidak ramai orang. Bukan senang dia nak dapat waran daripada Puan Maryam untuk pergi ke pekan seorang diri. Tetapi setelah dipujuk rayu, akhirnya Puan Maryam membenarkan.

Kedai keperluan bayi dia melangkah masuk. Senyuman lebar terukir apabila dia menyentuh satu baju bayi yang berwarna biru.

Agak-agaknya anak dia nanti jantina apa? Ah, beli lah dua-dua!

Bukan setakat baju bayi yang Zarina beli, pampers, botol tisu, stoking, bantal dan banyak lagi lah yang dia beli.

"Anak baba sihat?" Telinga Zarina dapat menangkap perbualan orang ketika dia sedang membuat pembayaran.

Dia menoleh kebelakang.

Kelihatan seorang lelaki sedang mengusap perut isterinya yang sedang memboyot. Tersentuh hatinya melihat adegan mereka itu.

Hari ini dia sendiri tanpa ditemani suami... Sebab Helmi sibuk, Ari!

Agak-agaknya, begitukah keadaan dia dan Helmi ketika beberapa bulan akan datang? Zarina tersenyum hambar. Dia tak mahu menaruh harapan tetapi dia berharap sangat.

"Awak nak bayar ke tak nak?" soal seorang perempuan yang berada di belakangnya. Zarina tersentak.

"Maaf.."

Zarina dengan senang hati keluar dari kedai bayi itu. Tekaknya terasa kering. Perutnya meminta ais krim.

Dia tersenyum sendiri. Perutnya yang kempis diusap perlahan.

"Nak ais krim ya? Sat gi mummy beli ais krim ya.."

"Ari!" Langkahnya terhenti apabila terdengar namanya diseru. Dia toleh untuk melihat empu badan yang memanggil.

Terasa sesak nafas apabila melihat wajah yang amat dibenci itu. Terasa dadanya sesak tatkala mereka bertentang mata.

Mengapa lah dia ditakdirkan untuk berjumpa dengan dia?

Haikal Jeffri!

Lelaki yang hampir meragut kesuciannya 3 bulan yang lalu! Mana mungkin dia melupakan lelaki itu?

Jeffri menghampiri Zarina.

"Ari, long time no see!" sapa Jeffri ceria. Zarina menjulingkan matanya keatas. Long time kepala otak kau!

"I ada projek. Sebab tu I ada dekat sini" ujar Jeffri walaupun Zarina tidak bertanya.

"Tak tanya pun!" sinis Zarina lalu berpeluk tubuh. Pandangannya dilontarkan kearah lain. Benci terhadap lelaki itu masih menebal.

Jeffri ketawa kecil.

"You buat apa dekat sini?" soal Jeffri ingin tahu sambil memandang Zarina atas bawah. Still cantik! Desis hatinya.

"Well, tak nampak ke aku tengah sembang dengan jantan yang hampir rosakkan aku?" perli Zarina sepedas yang mungkin.

Jeffri ketawa halus. Dia tahu Zarina memaksudkan dirinya. Sindiran itu ditujuan khas kepadanya.

Tawa nya mati apabila memandang isi beg yang dipegang oleh Zarina. Isinya adalah perlatan bayi. Keningnya terangkat. Ari mengandung?

"You're pregnant?" Soalan Jeffri mampu membuatkan jantung Zarina hampir terhenti.

"Tak lah!" nafi Zarina sekeras yang mungkin. Dia menyembunyikan beg itu dibelakangnya.

Jeffri tidak harus tahu. Jeffri tidak patut tahu. Bahaya jika Jeffri tahu dia mengandung. He is unpredictable. His action is very dangerous for Zarina to predict.

Telahan Jeffri tepat apabila Zarina menyorokkan beg itu.

"Anak I?" Zarina ketawa kuat apabila Jeffri menyoal soalan paling bodoh yang dirasakan di alam semesta.

"Excuse me? Malam tu, Allah selamatkan aku tau dak?! Syukur banyak-banyak Allah selamatkan aku!" sinis Zarina sambil merenung tajam lelaki yang hampir memperkosanya.

Dia harus tabah. Dia harus kuat untuk menentang lelaki buaya yang jahanam yang bernama Haikal Jeffri!

" Then anak suami you ke? " Agak mendatar sahaja suara Jeffri. Kebarangkalian mungkin kecewa.

"Tak lah. Anak nenek kau!" ujar Zarina lalu toleh untuk melarikan diri. Tetapi Haikal lebih cekap. Dia merentap kasar tangan Zarina.

"Jeff! Lepaskan aku!!" jerit Zarina. Malangnya, tiada orang yang lalu-lalang dikawasan itu.

"Aku tak nak kau mengandung anak orang lain! Faham?!" jerkah Jeffri. Dia benar-benar marah dan hilang kawalan.

Terus Zarina memijak kaki Jeffri. Dia berlari laju meninggalkan Jeffri. Jeffri erang kesakitan.

"Awwwww!!!"

Dia memegang kakinya sambil memandang sepi kelibat Zarina yang telah lari.

"Ari.. Ari.. Kau tak kenal aku... Kalau aku tak dapat kau, tak dek siapa layak dapat kau! Hari ini kau akan sengsara!"

________________________________________
ZARINA masuk kedalam rumah.

"Assalamualaikum." ucapnya. Dia terkedu apabila melihat semua ahli keluarga sedang berkumpul diruang tamu merenung tajam dia.

"Ada apa-apa ke ni?" soal Zarina polos. Kelihatan rata-rata mereka sedang merenung tajam dia.

"Kenapa kau tipu kitorang?" Mendatar sahaja suara Halina. Dan loghat yang digunakan Halina adalah KL.

Terangkat kening Zarina. Tipu apa?

"Tipu apa ni?"

Pang!!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Zarina. Dia benar-benar terkedu. Terasa perit dipipi. Dia toleh memandang Tok Mah yang menampar dia.

"Apa salah Ari? Kenapa tok tampar Ari?" soal Zarina. Matanya sudah berkaca-kaca. Bertakung air matanya menanti empangan pecah.

Tok Mah kelihatan mencebik menyampah.

"Salah hang? Hang tok sah nak tipu kami, Ari. Cakap betul-betul! Apa tujuan hang kahwin dengan Am!" herdik Tok Mah.

Zarina tersentak. Dia memandang Helmi meminta penjelasan. Tetapi Helmi menayangkan wajah yang bengis sekali.

"A.. Ari kah..win.... dengan.. Ammmm... sebaaab....."

"Kenapa tergagap-gagap?!" herdik Halima pula. Zarina terkedu. Kenapa mereka seolah-olah marah dengan dia?

"Eh, Ari.. Kau ingat adik aku patung ke? Suka hati je nak sewa bagai dengan kerja sebagai cikgu!" jerkah Halima.

Zarina tergamam. Pasal ini sahaja kah? Dia memandang Halina minta penjelasan. Lina, itu idea kau kan?

"Aku dah bagitau diorang aku yang cadangkan idea gila tu. Tapi tak sangka tu bukan tujuan asal kau, Ari. Aku cukup kecewa" ujar Halina kecewa.

Zarina tercengang. Tujuan asal? Tujuan asal aku untuk elak berkahwin dengan Jeff lah!

"Ibu tak sangka Ari macam tu...." Puan Maryam menitiskan air matanya. Bertambah terkedu lah Zarina dibuatnya. Apa? Apa yang aku buat?

"Apa yang Ari buat?" soalnya. Empangan air mata cuba ditahan daripada pecah.

Hilna tersenyum sinis.

"Wah! Buat baik-baik pula dia ni!" ujar Hilna.

"Eh, perempuan! Kau jangan buat-buat alim boleh tak?! Aku dah tanggalkan topeng kau, betina!" jerkah Helmi ditelinga Zarina.

Tergamam Zarina mendengar jerkahan Helmi. Aku buat apa?! Air matanya mengalir.

"Dah keluar dah babak air mata dia ni!" sinis Hilman.

"Apa salah Ari..? Kenapa korang benci Ari??" soalnya sambil air mata mengalir.

Helmi ketawa sinis.

"Eh, anak dalam perut kau tu bukan anak aku! Kau sengaja kan?! Anak luar nikah! Anak haram!" herdik Helmi.

Air mata Zarina mengalir hangat mendengar herdikan Helmi.

"Am... Apa Am mengarut ni? Ni anak Am lah! Bukan anak haram!" jawab Zarina teresak-esak.

Kenapa ni? Kenapa semua orang salahkan dia? Kenapa semua orang fitnah dia? Kenapa?!

"Kau ni memang betina sundal kan? Kau terlanjur dengan orang lain lepas tu kau sewa aku. Jadikan aku kambing hitan. Perempuan jenis apa kau ni ah?!" Bengis sahaja wajah Helmi.

Laju Zarina menggeleng bersama dengan linangan air mata. Ya Allah.. Apakah ujian yang sedang menimpa dia? Diherdik dan difitnah bertubi-tubi oleh ramai orang yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.

" Am... Ari ikhlas kahwin dengan Ammm...." jawab Zarina tersendu-sendan.

"Eh, kau mengaku je lah!" jerit Halina bengang.

Sumpah Zarina terasa dikhianati. Kawan baiknya menfitnah dia?

"Semua orang, dengar! Ari cakap dekat Lina yang dia kahwin dengan Am sebab nak dapat keredhaan ayah dia. Bulat-bulat Lina percayakan dia dan sokong dia. Rupanya dia nak kahwin sebab nak tutup aib dia!!" teriak Halina sambil merenung tajam wajah Zarina yang sedang menangis.

" Kau ni memang perempuan jalang kan? "

" Dasar betina jahat! "

" Am tak patut kahwin dengan dia! "

Terkelu lidah Zarina untuk menegakkan kebenaran. Kerana dia dihentam teruk-teruk oleh keluarga Helmi. Hanya air mata yang mampu menjadi jawapan. Dia difitnah!

" Ni gambar ni apa?! " Tok Mah mencampakkan beberapa keping gambar kepada Zarina.

Terkedu Zarina. Ini gambar.. Ya, gambar dia dan Jeffri. Malam dimana dia hampir diperkosa oleh lelaki jahanam itu.

"Ni memang gambar Ari. Tapi..."

"Ah! Aku dah tahu Ari! Kau ni memang penipu! Kau tipu keluarga aku hidup-hidup!!" teriak Helmi bagai gila. Siapa tak gila kalau ditipu oleh orang yang dicintai?

"Tak! Ari kena perkosa!!" Zarina menangis. Kenapa susah sangat mereka nak percaya dia? Dia tak bersalah!

Hilna ketawa sinis.

"Boleh caya ka?" Hilang sudah rasa hormatnya kepada kakak iparnya.

"Perempuan! Aku reti bezakan mana gambar ori mana gambar edit! Ini gambar ori! Kau tak boleh nak tipu, Ari!!" jerkah Helmi lagi.

Zarina memejamkan matanya. Ya Allah.. Aku tak mampu hendak membalas kerana ramai-ramai menghentam dia.

"Lina, sumpah! Jeff cuba perkosa aku!!" Zarina memandang Halina dengan penuh rasa sayu. Tak kan lah Halina tak kenal Jeffri?

"Maaf, kali ini aku tak boleh percaya kau" Halina memandang tempat lain. Sungguh gambar itu nampak real.

Zarina memandang sayu semua orang. Air matanya bergenang untuk kesekian kalinya.

"Tolonglah! Ari kena fitnah!!" teriak Zarina sambil menangis.

"Tolonglah... Air mata kau dah tak berbaloi.." sinis Halima.

"Am..." panggil Zarina sayu. Suami sendiri tak percaya dia malah menfitnah dia...

Pang!!

Zarina memegang pipinya yang terasa perit dek ditampar oleh suaminya sendiri. Air matanya menitis.

"Kesalahan terbesar aku adalah mencintai kau!! Aku menyesal sebab percayakan kau!! Patutnya aku kena dengar cakap Atia!!"

Zarina menggigit bibir bawah. Ya, Atia. Semuanya Atia. Dia kelihatan seperti penjenayah di depan keluarga itu.

"Ari boleh jelaskan......"

"Kau dengar sini perempuan! Bersaksikan semua orang, aku ceraikan kau, Zarina Medina Binti Azman dengan talak 1!!" jerit Helmi lantang.
Terasa seperti dunia berpusing, Zarina hampir rebah disitu. Aku.. Telah diceraikan? Kata la ini semua mimpi...

Dia memegang kaki Helmi.

" Am... Ari tak bersalah! Jeff hampir rogol Ari!! Macam mana dengan anak kita? " rayu Zarina sambil menggoncangkan kaki Helmi. Air matanya mengalir deras.

"Lepaskan kaki Am!!" teriak Tok Mah lalu menolak tubuh Zarina hingga terduduk.

"Itu bukan anak aku! Itu anak haram!! Jangan kau jejakkan kaki kedalam rumah ni!!" jerit Helmi dengan wajah bengisnya. Dia melemparkan beg pakaian Zarina keatas lantai.

Zarina tunduk mengambil beg pakaiannya. Air mata Zarina menitik lagi. Mendengar kata-kata itu lahir dari bekas suaminya, bertambah sayunya dia. Dia memandang semua ahli keluarga itu. Mata mereka... Penuh dengan kebencian terhadap dirinya..

Dia perlahan-lahan bangun.

" Tolong halalkan makan dan minum Ari.. " ucap Zarina ikhlas tetapi kedengaran pasrah.

"Kami tak kan halalkan.." Hilman menjawab selamba.

Zarina kesat air mata. Sungguh besar ujianaMu kepadaku, Ya Allah...

"Terima kasih kerana benarkan Ari sewa rasa kasih ini walaupun sekejap. Ari janji. Ari tak akan datang balik." Dia memandang semua ahli keluarga itu dengan renungan sayu.

Wajah Helmi yang masih tegang direnung sebak. Ah, begitu hinakah aku disisi keluarga ini?!

" Assalamualaikum. " Zarina terus keluar dari rumah itu.

Dia memejamkan kelopak matanya. Air matanya mengalir hangat.

Ya Allah.. Mengapa cepat sangat kebahagiaan berlalu pergi? Mengapa begitu sukar ujianMu Ya Allah...

Dia mendongak langit bersama linangan air mata. Awan yang mendung. Tanda hujan akan turun.

Tipu... Tadi elok sahaja cuaca terik. Benar kata Atif, hidupku umpama cuaca.

Am tipu! Dia janji tak akan tinggalkan aku tapi dia tipu!!

Aku mengusap lembut perutku yang masih kempis.

"Baby.. Daddy dah buang mummy.. Jadi baby akan jaga mummy ya? Mummy pun akan jaga baby!" Dia tersenyum sendiri yang tampak hambar. Air matanya mengalir deras.

Dia menoleh kebelakang. Rumah kayu itu dipandang lama. Titisan hujan pula turun.

Segala kenangan indah terpahat di memori Zarina. Dia berunsur pergi dengan hati yang kecewa.

Walaupun banyak kali dia kesat air mata, air matanya tetap akan turun.

Baru semalam dia bahagia. Baru semalam dia bergelak-ketawa dengan semua orang. Kini, mereka membenci dia. Apatah lagi suami sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience