Hello gais.
Maafkan Scarlett sbb lmbt update. This week, Scarlett tengah 'war'. Perang.
It's exam week!
Sbb tu, Scarlett x update. Sibok dengan final exams. Now this chap is for u gais!
Scarlett dh kaji dn baca semua komen korang. Scarlett boleh jamin 93% vote for ari n am.
Scarlett x mmpu nk reply comment korang sbb apa yg scarlett nk ckp ni benda yg sama.
Actually scarlett rasa menyesal pula buat battle ni. Terlalu banyak pendapat yang bertentang dengan idea Scarlett.
But,
To guys yang vote for dorang
Scarlett rasa otak korang ni tak betul lah. Haha. Tetap sokong lelaki yg x percaya perempuan yg dicintai. Hrmmm... Weird. Tapi x pe. Scarlett ttap support keputusan korang. But x bermakna Scarlett akn ikut korang.
Okay. Ari n ray.
This one Scarlett estimate 7% je yg vote for dorang.
To guys yg vote for dorang
Move on itu bagus. X perlu toleh dekat masa silam, mara kehadapan.
Scarlett rsa sedih dn kesian dkt ray. Yelah. Majority smua x nk dia dngn ari. Sob sob.. Haha.
Ya, every single novels akn buat hero pertama dengan heroin dia get back. Scarlett pun rasa that's very typical and cliché novel.
But keputusan di tangan Scarlett! Overall, ikut suka hati Scarlett lh kn nk buat ari dngn sapa kan?
The last battle of voting is already close!
Keputusan Scarlett muktamad dn hope x dk yg berpuas hati. Hope sangat smua berpuas hati!
"FIERA....."
"Apa?" soal Syafiera. Gelisah melihat Zarina yang seperti orang kemurungan sejak semalam.
"Aku nak tarik balik dakwaan tu..." ujar Zarina seakan merayu.
Kening Syafiera terjungkit. Nak tarik balik? Gila ke apa dia ni?!
"Dakwaan ke atas Querina Nasstia?"
Zarina mengangguk laju dengan mukanya yang meminta.
"Kau gila ke apa, Ina? Asal kau nak tarik balik?" tanya Syafiera jelas terkejut dengan bicara Zarina.
"Sebab aku yakin Querina dah berubah!" jawabnya yakin. Querina memang sudah berubah. Walaupun tidak bertudung, dia tidak lagi memakai baju yang terdedah. Dia sudah memakai baju kurung labuh. Satu perubahan yang baik!
Syafiera menongkat dagu. Seperti dapat meneka sesuatu.
"Kalau dia tak berubah?"
"Memang tak lah aku nak tarik balik dakwaan tu!"
"Kau tipu..."
"Mana ada!"
"Penipu..."
"Tak lah!"
Syafiera hela nafas panjang. Lagi lama dia melayan karenah Zarina yang suka main tarik tali, boleh gila dia dibuatnya. Boleh menjejaskan bayi yang berada didalam perutnya.
"Punca kau nak tarik balik dakwaan tu sebab kau dah maafkan dia kan?" teka Syafiera lagak seorang detektif.
"Errr... Probably?" Zarina menjawab acuh tak acuh sambil garu lehernya sendiri. Tindakan spontan apabila sudah kantoi.
Syafiera membetulkan duduknya lebih kepada posisi yang selesa untuk duduk dengan perutnya yang membesar.
"Kau dah maafkan dia kan?" tanya Syafiera sambil mengambil air susu di atas meja. Diteguk sedikit bagi membasahkan tegak. Susu ini lah menjadi minumannya setiap hari ketika dia mengandung!
"Of course!"
"Kenapa kau maafkan dia?"
"Sebab dia dah berubah!"
"Kenapa kalau dia tak berubah, kau tak akan maafkan dia ke?"
"Errr......." Lidah Zarina terkelu. Terasa seperti terjerat didalam perangkap Syafiera.
Syafiera tarik senyuman senget penuh sinis. Asal tak boleh jawab? Umpan aku dah kena makan!
"Sebab kau sayangkan dia. Walaupun dia dah penah buat jahat dekat kau, kau tetap sayangkan dia. Betul kan?"
Lambat-lambat Zarina menganggukkan kepalanya, setuju.
"Even though kalau dia tak berubah, kau pasti akan tarik balik kan?" teka Syafiera lagi cuba membuat spekulasi sendiri.
"Aku tak tahu apa yang kau mengarut ni, Fiera. But aku tak akan tarik balik kalau dia tak berubah. Aku cuma kesian dekat dia je!" tegas Zarina. Ya, dia cuma kasihankan si Querina.
"Salah."
"Hah?"
Syafiera kuntum senyum.
"Sebab dia adik kau."
Zarina terkedu. Itu pun betul juga. Walaupun Querina dah banyak buat salah kepada dia, dia tetap maafkan Querina. Sebab apa? Sebab Querina itu satu-satunya adik tirinya!
"Sorry aku cakap. Kau tak boleh tarik balik dakwaan itu. Pihak polis dah jumpa bukti yang sahih. So, nak ke tak nak diorang akan teruskan hukuman. Dan dakwaan itu Aish yang buat, bukan kau. Conclusion, it's very complicated." terang Syafiera lagi.
Zarina terdiam. Lama-kelamaan dia mengeluh halus. Susah betul!
"Tapi kan Fiera...."
"Hrmmm?"
Zarina tersenyum tipis.
"Betul kata Aish. Dendam itu ibarat sekam. Dan jika aku lepaskan sekam itu, nescaya aku akan bahagia. Walaupun aku belum dapat kebahagiaan yang aku tercari-cari selama ini, hati aku....."
Kata-kata Zarina terhenti seketika. Dia memegang dadanya sendiri sambil mengukir senyuman.
".... Hati aku rasa tenang. Jiwa aku rasa tenteram. Sanubari aku rasa damai saja. Aku rasa.... tenang. Setelah memaafkan Querina. Tak pernah aku rasa macam ini!" luah Zarina sambil tidak dapat berhenti untuk tersenyum. Betul! Hatinya terasa lapang sahaja!
"Dendam tu kotor. Hitam. Makin bertakhta di hati kau. Tapi kalau kau buang dan cuci balik hati kau, keputihan dan kesucian akan terserlah digantikan dengan rasa kepuasan memaafkan orang lain." balas Syafiera tersenyum. Kata-katanya sungguh gramatis. Mesti lah! Syafiera ini guru Bahasa Melayu kut!
Tetapi....
Syafiera suka dengan perubahan Zarina.
Benar lah kata orang. Kisah lalu, kenangan pahit, mengajar kita untuk jadi tabah. Jadi kuat dan cekal dalam mengharungi dugaan. Zarina semakin matang.
Dan juga Querina.
Andai Zarina ialah Cinderella yang terperangkap didalam kisah dongeng, pasti Querina menjadi 'kakak' tirinya. Tetapi sejahat-jahat 'kakak' tiri didalam kisah Cinderella, pasti 'kakak' tiri itu mempunyai sisi baik. Sama seperti Querina!
Terkejut gila Syafiera pabila melihat perubahan Querina secara mendadak. Memang lah tidak memakai tudung. Tetapi itu lebih baik daripada berterusan memakai dress paras lutut itu. Terdedah sana sini. Sekarang ini sudah memakai baju kurung labuh berserta selendang. Mana tahu kalau Querina suatu hari nanti akan berniat mahu berhijab?
Memang benar dan tidak dapat dinafikan lagi, Ya Allah. Kalimah-Mu begitu teragung.
Cukup cantik percaturan-Mu. Hidayah itu sememangnya milik-Mu.
Setiap yang Engkau mahu, pasti akan terjadi.
Atas kalimah agung-Mu KUN FAYAKUN.
"Dan, aku bersedia untuk maafkan diorang!" Kata Zarina tekad sambil memandang Syafiera.
Membulat mata Syafiera. Tidak jadi dia untuk meneguk air susu itu.
"Maksud kau....."
Zarina melakar senyuman lebar penuh makna. Dia genggam tangannya erat.
"Ya! Aku dah bersedia!"
_______________________________
"IKRAM! Ni check motor ni!" laung Encik Zaki.
Helmi yang baru sahaja mahu berehat, terus duduk statik. Tak jadi mahu berehat.
"Okay!" sahutnya kembali apabila dia sudah tahu motosikal yang mana dia perlu baiki.
Helmi yang sedang masih duduk mencangkung, terus dia menggapai botol air mineral. Diteguknya air itu rakus lalu dituang pada atas kepalanya. Mahu hilangkan rasa panas.
"Nah!" Botol mineral itu dicampak kepada kawan kerjanya, Fizi yang duduk bersebelahan dengannya sebelum bangun.
"Kurang asam! Tinggal suku baru kasi kat aku!" Fizi merungut sambil membuka penutup botol mineral itu.
Helmi hanya gelengkan kepalanya. Haihh.. Bersyukur je lah aku bagi dekat kau. Kalau tak, aku terus sumbat masuk dalam perut aku!
Helmi mengatur langkah pergi ke motosikal merah yang ingin dibaiki. Dia melihat susuk tubuh lelaki yang sedang berdiri dihadapannya.
"Abang ke owner motor ni?" soal Helmi sopan.
"Ya ya saya." jawab lelaki itu.
"Apa masalah motor ni bang?" soalnya lagi. Yelah. Mesti lah kena ambil tahu apa masalah motosikal ini.
"Tak tau lah, bro. Tiba-tiba je tak boleh nak start." beritahu lelaki tersebut.
"Oh, minyak dah isi ke belum?"
"Dah isi dah."
"Rasanya enjin ada problem kot. Sebab tu tak boleh nak start."
"Ye ke? Agaknya kalau baiki ni ambil masa berapa jam?" soal lelaki itu.
"Errr... Tak lama pun. Tapi kalau abang pergi makan mana-mana ke, lepas tu abang datang balik, Insha-Allah motor ni dah siap." balas Helmi sambil memasang sarung tangan pada tangannya.
"Kalau macam tu, saya pergi mamak kejap. Nanti saya datang balik."
"Ya ya."
"Nah, kunci motor." Lelaki itu menyerahkan kunci motosikal kepada Helmi. Helmi menyambutnya laju.
"Kalau macam tu, saya gerak dulu ya."
"Orait bang!"
Lelaki itu pun berlalu pergi dari Bengkel Zaki.
"Wei Fiz, tolong aku kejap!" pinta Helmi kepada Fizi yang sedang duduk bercangkung.
"Hah? Aku penat doh. Tadi aku baiki satu motor yang gila cool dan besar gila ni." balas Fizi sambil buat-buat mengeliat malas.
Helmi ketap bibir geram. Apa ingat Fizi seorang sahaja yang baiki motor? Eh, dia pun baiki juga! Dia pun penat juga! Heh, inilah nama kawan baik! Hampeh!
"Mal, kau pass box tu kat aku." Helmi mengarah Jamal yang juga kelihatan sedang berehat.
"Box merah ni ah, Hel?"
"Ya!"
Kotak berwarna merah dihulurkan kepada Helmi. Helmi menyambutnya lalu meneruskan kerjanya iaitu membaiki.
"Mal." panggil Fizi.
"Apa?" Jamal berpaling memandang Fizi disisinya.
"Mal." panggil Fizi lagi.
"Apa dia?" Agak keras pertanyaan Jamal. Panggil nama orang banyak kali dah kenapa?
"Malam ini, kita berdua~" Fizi menyanyi kecil sambil membuat aksi menari.
Jamal kacip gigi. Hampeh punya kawan! Nyanyi lagu? Saja nak provok lah tu! Lagipun, ada ke lirik lagu yang berbunyi 'malam ini, kita berdua'?
Jamal terus meneguk air mineral sambil kesat peluh didahi. Al maklum lah, baru repair satu motor ni.
"Mal." panggil Fizi lagi.
"Kau nyanyi lagu je, aku sepak kau dengan helmet dekat sebelah aku ni." ugut Jamal. Disisi Jamal, ada helmet jenama Arai. Jangan main-main tahu!
"Aku serius ni." ujar Fizi dengan wajahnya yang kelihatan serius.
"Apa dia?" tanya Jamal juga berubah riak wajahnya.
"Kau ingat tak minggu lepas hari Khamis?" Fizi menyoal.
Jamal kelihatan sedang berfikir. Hrmmm.... Minggu lepas hari Khamis? Ada apa-apa yang istimewa ke pada hari itu?
"Asal?"
"Hari Khamis minggu lepas. Ada satu perempuan mengandung ni serang bengkel ni. Dia serang Hel. Kau ingat tak dia jerit dekat kita pasal kita cuba nak tenangkan dia?" terang Fizi dengan begitu terperinci sekali.
"Ha! Ya! Aku ingat dah! Perempuan mengandung yang gila tu kan? Yang jerit bagai nak gila tu kan?" Jamal kelihatan sudah tahu tragedi hari Khamis minggu lepas.
Fizi petik jari apabila Jamal sudah teringat. Dia mengangguk sambil ukir satu senyuman.
"Tak padan dengan ada anak dalam perut, boleh pula terjerit kelolong macam biawak tepi jalan." omel Jamal. Apa? Itu satu fakta yang tidak mampu diubah! Sudah lah perut tengah besar, boleh pula ada tenaga nak jerit bagai orang terlepas dari Hospital Bahagia?
"Dia serang Hel. Dia marah Hel. Kan?" soal Fizi serius sambil memerhati Helmi yang sedang membaiki motosikal.
"Yes. Dia punya marah tu sampai boss kita Encik Zaki pun kecut perut, tak berani nak halau perempuan tu." ujar Jamal sambil kepala yang diangguk-anggukan berulang kali.
"Kau perasan tak bila kita tanya Hel je mesti dia elak? Dah dekat seminggu kot." Fizi menyuarakan ketidak puas hati.
"Dah nama pun Hel. Mesti lah perangai pun macam 'Hell'?" Jamal cuba berjenaka apabila melihat wajah ketat Fizi. Seraya itu Jamal ketawa halus, langsung tidak kedengaran seperti satu ketawa yang ikhlas.
"Nice try, bro."
Terhenti ketawa Jamal. Zup! Alamak! First time tengok Fizi yang tiba-tiba jadi serius! Selalunya, Fizi akan main ketawa sama macam dia je walaupun jenaka itu tidak kelakar. Dah nama pun otak fius kan?
"And kau tahu tak Hel dah pernah kahwin?" Fizi bertanya lagi.
Jamal mengangguk.
"Dia pernah bagitahu aku. Sebab dia setia pada bekas isteri dia lah, dia tolak semua perempuan yang cuba dekati dia." balas Jamal. Selaku kawan baik, mesti lah dia tahu mengenai status Helmi!
"Betul. Duda tanpa anak."
"Eh, macam mana kau tahu si Hel tu tak ada anak?" serang Jamal. Main cakap aje si Fizi ni. Kesan serius dah hilang ke?
Fizi jungkit bahu. "Aku main cakap aje."
"Berbalik pada topik perempuan mengandung tadi, kau tak nak ambil tahu ke siapa perempuan tu?" soal Jamal, berminat.
"Nak tu nak lah. Tapi Hel tu nak kasi tahu dekat kita ke? Kita tanya dia kenapa tolak Wilda pun dia punya susah gila nak jawab." balas Fizi. Wilda, perempuan bertudung yang cantik manis. Selalu datang ke bengkel ini semata-mata untuk bertemu dengan jejaka hero yang telah menyelamatkan kereta Persona miliknya. Tetapi sayang, cintanya ditolak oleh Helmi.
"Eh, ni Jamal lah. Jamal! Apa je yang aku tak boleh buat?" soal Jamal angkuh sambil tepuk dada. Fizi mencebik.
"Okay. Kau pikir kau terror? Hari ni juga aku nak kau dapatkan jawapan siapa perempuan mengandung tu!" cabar Fizi.
"Boleh je! Bukan setakat hari ni, tepat jam 5.07 petang, aku akan dapatkan jawapan!"
Membulat mata Fizi. Terkejut. Yakin gila dia ni! Orang selalu cakap, overconfident boleh membawa padah.
"Hoi! Kerja lah!" laung Encik Zaki yang sedang bercekak pinggang.
"Baik, baik!" Laju sahaja Jamal dan Fizi bangun. Alamak! Boss besar dah sound!
_______________________________
SEPERTI biasa, Butik Sakura Medina masih sesak dengan ramai orang.
Nampaknya, ramai pelanggan yang datang ke butik ini kerana semata-mata mahu membeli pakej Luv & Lucky.
Tidak menang tangan para pekerja Butik Sakura Medina melayan gelagat dan karenah pelanggan yang cerewet.
Zarina juga termasuk didalam 'tak menang tangan'. Dia sekarang berhadapan dengan Evelyn.
Wanita berambut blonde kerinting ini memang pelanggan tetap. Tetapi karenah nya amat merimaskan jiwa.
Pekerja-pekerja Zarina apabila ternampak sahaja susuk tubuh Evelyn datang ke butik ini, semua akan buat-buat sibuk membelek baju, mengemas tempat, bertanya dengan pelanggan, dan banyak lagi lah.
Zarina, boss Sakura Medina terpaksa turun padang layan para customer. Ternampak pula si Evelyn keseorangan. Ye lah tiada siapa nak jemput dia duduk. Confirm! Bulan ni tak ada siapa dapat bonus!
"Butik ni makin famous lah. First time I came, it looked like abandoned and idle boutique. Totally sucks me." ujar Evelyn dengan gayanya. Siap buat memek muka dan tangan lagi. Dia memerhati sekeliling.
Sabar lah duhai hati.... Jangan sampai tanganmu hinggap dimukanya yang penuh dengan contengan.
Zarina cuba sabarkan hati. Siap cuba tersenyum lagi. Biar pun nampak plastik senyuman itu asalkan bukan kertas.
'Nasib baik kau customer tetap aku. Kalau tak, pasti muka kau akan aku buat jadi warna kuning!' omel hati Zarina.
"I dengar ada pakej yang menarik sampai kan I nak masuk dalam butik ni pun susah." Kata Evelyn. Jujur dia berkata, ketika dia mahu masuk ke dalam butik ini, penuh dengan ramai orang. Mungkin tidak lah ramai, tetapi cukup untuk dikatakan butik ini sangat laris.
"Ha! Butik ini memang ada pakej yang bertajuk Luv & Lucky yang menawarkan harga sebanyak 25%. Di samping itu, cik Evelyn dapat memilih corak yang bersesuaian dan accessories." ujar Zarina sambil tersenyum lebar. Tidak sangka berita tentang pakej yang dianjurkan oleh butik Sakura Medina sangat cepat tersebar di kawasan ini. Terselit bangga pada sanubari nya.
"Call me Miss Evelyn." pintas Evelyn laju.
Zarina mencebik. Miss? Hello, aku panggil kau 'cik' pun sudah beruntung tahu? Kalau aku tambah 'mak' dekat depan 'cik', maka jadi lah kau mak cik. Sesuai sangat lah dengan style rambut kau ala uban versi kuning.
"Fine. Let me take a look at the picture of it." ujar Evelyn masih lagi angkuh nadanya.
"Ini dia." Zarina menghulurkan buku gambar-gambar dress.
"Heh!"
Membesar mata Zarina. Amboi! Bukan main kasar lagi dia ambil buku ni! Adab mana adab?
"Tch. Tak ada lah cantik sangat dress ni." komen Evelyn sambil membelek-belek setiap helaian.
Wooo... Ni dah lebih! Berani kau kutuk hasil ciptaan Sakura Aira, business partner aku? Mengamuk budak tu dengar kau cakap macam tu! Agaknya kalau dia ada, dia tendang je kau ni!
Apa sebab kenapa Zarina masih lagi mampu bersabar dengan Evelyn?
Satu, Evelyn ini ialah pelanggan tetap meskipun mulutnya serupa murai.
Dua, Evelyn mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri fesyen.
Tiga, Evelyn ialah anak orang kaya yang sombong.
Okay, tiga sebab tu je kenapa Zarina masih bersabar dengan perempuan rambut kuning ni.
"25% je? Kalau nak tarik customer kena lah 50%!"
Eh eh. Kau tengah nak ajar aku ABC ke ni? Silap tempat lah, kak. Tu dekat rumah, depan cermin, ajar lah ABC tu banyak mana yang kau nak.
Ini butik aku ke kau?
Hanya batin Zarina sahaja yang mampu menjerit geram. Tangan Zarina sudah menggengam erat. Disebalik tudung, urat di leher Zarina sudah timbul.
Tiba-tiba ada satu tangan mengetuk meja mereka. Tersentak Zarina dan Evelyn.
Zarina mendongak memandang empu tangan. Membulat mata dia. Ju.. Julia?
"Get out now." arah Julia kepada Evelyn.
Evelyn yang sedang silang tangan menunjukkan dirinya.
"Me?" Tidak percaya betul Zarina. Perempuan rambut kuning ni masih lagi sombong.
"Saya rasa saya boleh nampak old hag rambut kuning depan saya ni. Awak pun tahu kan siapa old hag tu?" Tajam mata Julia merenung mata Evelyn.
"Hey, you! You tahu tak I siapa? I ni anak Dato Omar! I boleh saman you!" Wajah putih Evelyn sudah bertukar merah dek kemarahan yang terkandung didada. Dia menunding jari kearah Julia.
"Oh really, aunty? Saya tak tahu pula Dato Omar tu ada anak macam aunty ni." ujar Julia, sinis. Dia kenal siapa Dato Omar. Malah, cukup kenal. Dato Omar merupakan kawan kepada ayahnya.
"You tak ada hak nak halau I! Mulut you ni memang kurang ajar kan?!"
"Sorry, aunty. Saya kerja di sini. Jadi, saya ada hak nak halau aunty." balas Julia selamba.
"I ni regular customer tau tak?!"
"We don't deal with customers like you. Dress is not pretty enough? Then, open your own boutique. Let me insult your boutique then. I bet you should make a 50% discount. 25% is not enough? Then, 74%! Go back home, and cry to your daddy please!" cebik Julia berpeluk tubuh.
Evelyn gigit bibir bawah.
"You!"
"Huh? Want to cry to your daddy? Go ahead!" Julia seperti mengajuk.
"I'll sue you!" Evelyn terus berlari keluar sambil hentak-hentak kaki.
Zarina terlopong. Berani gila Julia! Big respect! Big respect!
"Buat apa akak layan orang gila macam dia?" soal Julia dengan wajahnya yang masam sambil duduk diatas kerusi yang baru sahaja tadi Evelyn duduk.
"Saja." balas Zarina sambil jungkit bahu. Dia cukup terpaku dengan tindakan Julia.
"Money is not everything, kak. Sometimes, jerk customers like that, just ignore it. They're don't even worth our time! Especially, that old hag! My pardon, crazy old hag!" kata Julia dengan wajah jeliknya.
Zarina ketawa kecil, geli hati. Sekarang, dia sudah dapat ilmu daripada Hayna Julia!
"Ha, macam mana dinner hari tu? Hensem tak bakal suami Lia?" Soal Zarina. Baru teringat tentang Julia pergi ke rumah Datin Suraya. Walaupun dia sudah sedia maklum lelaki tersebut ialah Nuh Rayhan.
Berubah 100% air muka Julia.
"It's ain't go well, kak." Mendatar sahaja suara Julia.
Terangkat kening Zarina. Patut lah hari tu, apabila balik sahaja dari makan malam itu, Julia kelihatan murung!
"Why?" Makin menarik pula kisah novel cinta Julia. Sampai kan Zarina pula tertarik. Kau jangan buat-buat lupa, Ari. Lelaki itu Ray.
"Akak... Dia tu cinta pertama Lia. My first love. Kami actually kenal 4 tahun lepas, pasal kes arwah papa. Dia yang cuba tolong Gemilang. Tapi sayang, Gemilang terus terjunam jatuh." beritahu Julia dengan wajah sedihnya.
"Macam mana Lia boleh suka dia?" soal Zarina ingin tahu.
"Bukan suka! Tapi cinta!" Tajam mata Julia merenung nata Zarina.
Tersentak Zarina. Errr... Cinta? Okay....
"Lia pun tak tahu lah, kak. Bila Lia tengok je muka dia, hati Lia macam lain macam. Dia asyik nak dup dap dup dap je!" Julia memegang dadanya. Ya, disini lah punca semua kuasa!
Zarina terlongo. Cliché betul! Tengok muka pun dah boleh jatuh cinta?
"Kiranya jatuh cinta at the first sight la?" Julia mengangguk.
"Then, why it ain't go well?"
"Sebab dia cintakan orang lain!" Mata Julia dan Zarina bertembung
Zarina teguk air liur. Kenapa panahan mata Julia... Macam something je?
Julia menundukkan wajahnya kebawah.
"Rasa tu sakit sangat, kak. Tapi Lia sanggup undur diri. Demi kebahagiaan insan yang Lia sayang." ucap Julia, sayu.
"Pengorbanan? Come on, Lia! Tu semua dalam novel dan drama je! Jangan jadi baik sangat. Kejar cinta dia! Curi hati dia!" ujar Zarina sambil tersenyum segaris. Ari... Kau nak suruh Julia curi hati Ray? Mampu kah kau?
"Tapi, perempuan yang dia cinta tu—" Perempuan yang Ray cinta ialah Zarina. Masakan dia mahu curi hati Ray?
"Pedulikan pasal perempuan tu! Jadi selfish lah, Lia. Think about yourself!" Bersungguh-sungguh Zarina mahu meyakinkan Julia. Rasanya, perempuan yang Ray cinta itu.... Dia?
"Tapi—"
"Boss."
Mereka berpaling.
"Ya, Tirah?" soal Zarina sambil memandang pekerjanya yang bernama Atirah.
"Ada orang nak jumpa boss." jawab Atirah.
"Siapa?"
"Datin Suraya."
Share this novel