PIPINYA yang basah dengan linangan air mata dikesat kasar. Dia memandang lauk yang dia masak hari ini.
Jijik sangat kah dia sehingga Helmi ketawa apabila mengetahui dia chef hari itu?
Segala penat lelah dan kasih sayang dia curahkan kedalam masakan itu. Tidak dapatkah Helmi merasai rasa itu?
Dia sedar siapa dirinya. Dia tahu siapa yang bertakhta di hati Helmi. Tetapi mengapa begitu susah untuk mencuri sekeping hati itu?
Dia tahu hati Helmi sudah ditiup dengan nama Atia Melur bersama asmara cinta. Bagaimana dia mahu tiupan angin itu bertukar arah?
Dia tahu dia hanya lah watak antagonis kedalam hidup mereka. Tetapi setiap antagonis berhak kebahagiaan kan?
Dia tahu dia kejam. Kejam kerana tamak cuba memiliki Helmi tanpa mengira perasaan Atia. Tetapi dia hanya mahu sewa cinta Helmi sekejap sahaja sudah memadai.
Lagipun, dia cuba memikat hati suaminya sendiri.. Kiranya tidak berdosa dan bertentang dengan agama bukan?
Tiada gunanya air mata itu mengalir lagi. Tak ada guna jika dia sering menangis.
Kerana pasti ada banyak misi memikat hati suami untuk disewa itu! Ya, dia akan pikat hati suaminya yang penuh dengan nama Atia!
________________________________________
SUDAH beberapa hari berlalu sejak peristiwa lauk itu.
Halina seolah olah melancarkan perang dingin dengan Helmi tetapi itu tidak kekal lama setelah Zarina memujuk Halina separuh mati.
Halina mula berbaik baik dengan Helmi tetapi dia tetap memasang jarak. Dia masih bencikan Helmi! Peristiwa adegan mesra Helmi dan Atia tidak akan luput dari kotak ingatkan Halina!
Malam sudah menyapa. Mereka solat Isya' berjemaah. Firman menjadi Imam dan semua penduduk rumah itu menjadi makmum.
Ini adalah kali pertama Zarina solat jemaah beramai ramai. Yang Zarina dan Helmi solat berjemaah Subuh itu hanya berdua. Ini beramai ramai.
Malahan, si dua pasang kembar iaitu, Umar dan Uzair dengan Una, Ufa, Uda juga solat sekali. Baru Zarina sedar.
Keluarga ini sangat menitikberatkan tentang Agama.
Tadi ketika ambil wudhu, Uda menegur dia kerana mengambil wudhu salah. Betapa malunya dia. Terasa iman dan pengetahuan mengenai Islam hanya senipis kulit bawang. Terasa jahil dan kerdilnya dia jika di sisi Allah.
"Ya Allah, Engkau ampunkan lah dosa aku dan kedua ibu bapaku yang telah mendidik kami sejak kecil."
Air mata Zarina menitis tatkala Firman mengetuai bacaan doa. Patutkah dia ampunkan dosa ayahnya yang telah lama mengabaikan dia?
Patutkah dia mengampunkan dosa ibu tirinya yang selalu mendera dia?
"Ya Allah, jika sekarang ini kami menghulurkan tangan kehambaan penuh keinsafan, Kau rahmati lah kepada kedua ibu bapa kami Ya Allah. Kau ampunkan lah segala dosa Muslimim dan Muslimat.."
"Ya Allah, Kau janganlah limpahkan segala kemewahan di dunia hingga membuatkan kami terleka kepadaMu Ya Allah. Jauhkan lah kami dari seksaan kubur, api neraka, hasad dengki dan fitnah dajjal."
"Ya Allah, Tuhan sekalian alam... Pencipta alam semesta. Kami berseru kepadaMu Ya Allah. Dari seorang hamba kepada penciptaNYA Ya Allah. Kau makbulkan lah segala doa kami.."
"Rabbana ati na fiddun ya hassanah wa fil akhirati hassanah taun' wakina azabannar..."
Mereka mengaminkan doa. Jujur harus Zarina akui. Doa yang Firman ketuai sedikit sebanyak mengusik hatinya.
Dia mahu berubah tetapi kenapa ya, hanya hati sahaja yang berkata mahu berubah tetapi tindakan langsung tidak dibuat?
*
Tepat jam 9 malam, cerita hantu bermula. Semua penghuni rumah itu duduk beramai-ramai diruang tamu tepat didepan TV kecil itu.
Siaran cerita seram yang berjudul 'Istana' itu mampu membuatkan semua penghuni rumah kecuali Umar, Uzair, Una, Ufa dan Uda berkumpul menyaksikan cerita itu.
"Man, pi ambik keropok lekor kat dapur sat." Kedengaran suara ditaktor selamba Hilna mengarah apabila Hilman bangun daripada tempat duduk.
Ada beberapa minit sebelum cerita itu bermula. Baik suruh si abang kembar dia bawa makanan. Baru seronok makan sambil tengok cerita!
Fulamak! Dia buat macam Hilman pula yang adik! Opposite sungguh!
Hilman menjeling geram kembarnya. Cis! Tak guna hang, Na! Hang ingat hang sapa? Sapa abang sapa adik ni?
Baru sahaja kaki ini hendak melangkah, suara seseorang melaung.
"Tuang ayaq nyok sat. Semua orang pun nak jugak. Hang pandai pandai kiralah..." Halina memberi perintah daulat kepada hambanya, Hilman.
Dah alang alang Hilman nak pergi dapur, baik suruh ambil semua ja. Tak gitu?
Hilman mendengus sambil buat muka tak puas hati. Okay, ingat dia kuli rumah ni ke. Baru sahaja dia mahu membalas, Puan Maryam pula bagi arahan baru.
" Man... Bawak mai pisang goreng sat. Kat meja makan tu. Ibu dah masak. " arah Puan Maryam.
Hilman mengeluh halus yang tidak dapat didengari sesiapa pun. Sudah permaisuri bagi arahan, akur sahaja lah. Perlahan lahan kaki itu mengatur langkah longlai menuju ke dapur.
Halina dan Hilna senyum sinis sambil buat high-five. Seronok dapat kenakan Hilman.
Zarina senyum kecil. Jujur dia rasa kasihan terhadap adik iparnya, Hilman. Macam flashback pula. Dia kan pernah jadi Cinderella, itu yang dia faham perasaan Hilman.
Tetapi melihat sahaja riak wajah tak puas hati Hilman, sangat menghiburkan. Tak tahu nak gelak ke nak kesian. Sebab bercampur baur. Tetapi lebih kepada gelak kot.
Zarina memandang sekeliling. Helmi sedang bersembang dengan Firman. Mereka juga sedang menanti cerita ini. Tok Mah pula sudah terlena kepenatan.
"Memang selalu ke cerita seram ni?" soal Zarina berbisik pada Halima yang duduk disebelahnya.
Halima tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.
"Entah lah. Tetapi kalau ada cerita macam ni, memang penuh lah ruang tamu. Macam malam ni!" balas Halima teruja. Tidak sabar mahu menyaksikan cerita seram itu.
Zarina senyum kelat. Kenapa lah diorang minat sangat cerita hantu? Aku nak ke jamban sorang sorang pun takut.
" Cerita ni pasal apa? " soal Zarina lagi. Ingin tahu cerita apakah ini sehingga mampu menarik minat anak-anak Puan Maryam?
"Hmmmm.... Tentang sekumpulan anak muda yang pergi ke hutan untuk menyeru makhluk halus. Kemudian hujan pula turun dengan lebat, depa terpaksa tinggal dekat istana yang kebetulan berada di situ. Tetapi istana itu ada penghuni...." jawab Halima seperti dalam sinopsis cerita itu.
Meremang bulu roma Zarina tatkala Halima menerangkan sedikit sebanyak tentang Istana.
Aduhh... Macam seram je... Creepy la!
" Seramnya! " komen Zarina spontas.
Halima tersenyum panjang.
" Kan??? Seram lah baru rancak! Ada part mengejut ngejut itu memang gempak!" Dari nada pun sudah Zarina tahu. Betapa terujanya Halima mahu menonton cerita seram ini.
Zarina tersenyum hambar. Habis lah. Tak pasal pasal, part mengejut tu, dia cabut lari. Zarina ni memang penakut sangat. Apatah lagi yang berkaitan dengan hantu.
" Dah nak mula dahhh!!!" teriak Hilna diruang tamu itu membuatkan semua mata teralih kepada skrin kaca TV.
"Aaaaahhh... Tunggu lah sat!" laung Hilman lalu terkocoh-kocoh berlari sambil menatang air kelapa, pisang goreng dan keropok lekor. Tidak mahu terlepas cerita kegemaran dia.
Hilman duduk diatas tikar kalut. Cerita Istana baru sahaja hendak bermula. Ramai tangan mula meraba raba makanan yang berada diatas lantai.
*
"AAAAAAHHHH!!!!" Teriakan hantu dalam TV membuatkan Zarina menjerit terkejut. Diikuti Halina dan Hilna.
"Bising lah!" ujar Hilman tidak berpuas hati sambil mengunyah goreng pisang.
Zarina sengih sambil mengangguk perlahan. Dia terkejut, nak buat macam mana?
"Shuuhh!" ujar Hilna menyuruh Hilman senyap. Makan tu bagi perlahan lah.
Hilman sekadar menjeling.
Suasana menjadi senyap lagi. Semua mata fokus melekat pada skrin TV. Apatah lagi apabila si watak utama cuba membuka pintu.
Zarina menelan air liur. Bergerak gerak rahangnya. Suspense betul!
Si watak utama sedang membuka pintu.
Kosong. Tak ada orang.
Zarina menarik nafas lega. Nasib baik...
Si watak utama toleh kebelakang
"AAAAAAAHHHHHH!!!!!" Spontan Zarina dan Halina menjerit kuat. Terkejut melihat seorang wanita berkulit putih dibelakang watak utama itu.
"Senyap lah!" marah Helmi.
"Diam ah!" marah Halina semula sambil mengurut dadanya. Kus semangat...
Si watak utama mula melarikan diri turun tangga. Jantung Zarina berdegup kencang. Macam dia pula yang jadi watak utama.
Gelas yang berisi air kelapa diteguk rakus. Keropok lekor didalam pinggan digigit lalu dikunyah.
Dupp dabb... Si watak utama cuba melarikan diri keluar dari istana itu. Tetapi seperti dia tidak dapat melarikan diri.
"TOLONG!!!!" jerit watak utama itu sekuat hati. Air mata bergelinang di pipi.
Lolongan serigala dan ketawa mengilai hantu perempuan seiringan bergema di istana itu.
Watak utama itu berlari laju. Langkahnya mulai longlai. Ketakutan dia dibuatnya. Hantu perempuan itu semakin mendekati dia.
Tiada jalan keluar lagi. Dia terperangkap. Tercungap cungap dia berlari. Dia toleh kebelakang menghadap hantu perempuan itu.
"Apa yang kau nak ah?? Kenapa kau bunuh kawan kawan aku???!! Kenapa kau buat semua ni??? Apa salah kitorang pada kau ah?? Siapa kau ni ah???!!" soal watak utama dalam nada yang meninggi.
Goreng pisang dikunyah perlahan. Tak sabar mahu tahu siapa hantu yang membunuh semua kawan watak utama.
"Teman aku pi jamban"
Hahh?? Zarina tersentak. Terhenti sudah kunyahannya apabila Halina membisik. Dia toleh memandang Halina.
"Teman aku pi jamban!" bisik Halina yang berada disebelah Zarina.
Ternganga Zarina dibuatnya. Time time macam ni boleh pula nak pi jamban?? Time nak dedahkan identiti hantu tu? Like seriously bro?
"Pi lah sendiri!" balas Zarina tak berpuas hati. Zarina tahu jamban mana yang Halina maksudkan. Jamban yang berada di luar rumah.
Sudah lah gelap. Malam pula tu. Jamban tu ada dekat luar rumah. Takut lah! Dia tak nak! Lagipun, sikit lagi nak tahu siapa hantu tu!
Halina membuat memek muka comel.
"Pleaseeeeeeee.............."
Zarina julingkan mata keatas.
"Cepat lah! Aku tak tahan sangat dah ni... Nanti terburai kat sini!" Halina memegang perutnya.
"Pergi sendiri tak boleh ke??" soal Zarina malas. Pergi lah sendiri! Tak pun ajak Hilna! Asal kena ajak aku pula?
Halina menggelengkan kepalanya laju. Memang tak boleh lah, Ari! Dah lah lepas tengok cerita hantu, then nak pergi jamban sorang sorang memang tak lah! Buatnya jumpa langsuir dekat tepi sawah macam mana??
Zarina mengeluh. Lina!!!! Kenapa lah time macam ni baru kau nak pi jamban! Skrin kaca TV dikerling.
"Fine!" dengus Zarina perlahan lalu berdiri. Sempat dia mengambil satu lagi pisang goreng.
Lebar senyuman Halina. Dia pantas berdiri. Dia memegang bahu Zarina lalu keluar daripada rumah.
"Cepat!! Aku dah tak tahan dah!!" ujar Halina.
Zarina buat rolling eyes. Patutnya aku yang kena cakap benda tu kat kau tau?
"Ari, tunggu tau!!" pesan Halina lalu membuka pintu jamban.
"Iye! Aku tunggu! Cepat sikit!" balas Zarina sedikit jengkel sambil berpeluk tubuh. Kelibat Halina yang menghilang dipandang sepi
Zarina mengusap lengannya. Sejuk pula malam ni! Dia memandang sekeliling. Sawah padi tidak kelihatan sangat kerana gelap. Bunyi cengkerik menemani Zarina.
Dia mendengus. Lama betul Lina! Sudah lah seram! Tak pasal pasal kalau dia toleh kebelakang jumpa Kak Ponti! Ini semua sebab pengaruh Istana tu!
"Lina.... Cepat sikit!!" desak Zarina.
"Sabaq la! Tak keluar lagi ni benda tu!!" laung Halina dari dalam jamban.
Iyelah. Memang tak keluar lagi. Tak pasal pasal akak langsuir pula yang keluar!
Dia memandang sekeliling. Huisshh! Seram betul malam ni! Bunyi lolongan membuatkan dia tersentak.
Sejak bila kampung ni bela anjing?
Sebiji dalam cerita tu! Ada lolongan anjing! Seram banget! Halina ni pun bila nak habis?!
"Dah ke belum weyh!" teriak Zarina. Lain macam pula sekarang ni...
"Jap! Nak keluaq dah ni!"
Bunyi pintu berbunyi. Halina memandang Zarina tak puas hati.
"Aku tak habis lagi kau dah jerit!" rungut Halina tak puas hati.
Zarina mencebik.
"Jom masuk balik!" Baru sahaja ingin melangkah, kedengaran bunyi sesuatu.
Mereka kalih kearah sawah padi. Bunyi itu semakin kuat. Bunyi jantung mereka berdegup kencang.
Bunyi itu semakin kuat seolah olah menghampiri mereka. Cemas mereka dibuatnya. Mereka statik tidak berganjak.
Lembaga itu mula menunjukkan rupanya disebalik sawah padi .
"AAAAAAHHHHHHHHHH!!!!!!! HANTUUUUU!!!!!!" teriak mereka serentak kuat. Kaki mereka pantas berlari masuk kedalam rumah ketakutan.
Kembang berjalan keluar daripada sawah padi sambil mengunyah sesuatu. Dipandang Zarina dan Halina yang berlari masuk kedalam rumah.
Seisi ruang tamu yang seronok menonton cerita Istana menoleh kearah Zarina dan Halina. Diberi pandangan pelik.
"Awat terjerit?" soal Puan Maryam
Halina dan Zarina mengambil nafas.
"Ada hantuuuuu tepi bendang !!" ujar Halina ketakutan. Zarina mengangguk laju
"Hantu???" soal mereka serentak.
Anggukan laju Zarina dan Halina menjadi jawapan.
Hilman bangun menghampiri jendela.
"Tu Kembang ja lahh!!" ujar Hilman kuat membuatkan semua orang pergi kearah jendela.
"Ha'ah la! Kembang je lah!"
Termangu Zarina dan Halina dibuatnya. Ya Allah... Kembang je?
Halima memandang Halina.
"Lina.... Hang kencing ka??"
Semua mata memandang Halina. Halina sengih sambil menutup seluarnya.
"Tak tahan sangat...." ujar Halina malu malu.
Semua orang ketawa. Halina menunduk malu. Kurang ajor punya Kembang! Tengok esok aku conteng muka hang dengan make up Hilna!
Zarina tersentak. Lupa pula tentang Istana! Dia memandang TV.
Bulat mata dia. Errkk... Tamat???
Wajah Halina disebelah dijeling tajam. Halina hanya tayang gigi.
"Habis dah??" soal Zarina tidak percaya. Tengok tak dapat... Malu je yang dapat! Ini semua salah Halina!
"Ha'ah. Dah habis dah..." balas Hilna selamba.
Zarina tercengang. Siapa hantu tuu????? Apa ending dia????
"Ending dia Lysa selamat." ujar Firman.
Memang lah! Tapi tak cool lah kalau tak tengok depan mata! Halina dijeling banyak kali.
Aahhhhh!! Ini semua salah Halina!!!!!!
Attention From Scarlett! This is the last chap for this week and next week. Kiranya saya belanja 1 chap la. Sebab next week saya ada exam. Wish me good luck. Please doakan saya ya!
Share this novel