"KAK Ari!!!!"
Zarina toleh apabila mendengar namanya dipanggil. Kelibat Hilna, Hilman dan Halina yang berada di tengah-tengah sawah dipandang.
Dia memandang Hilna yang sedang melambai-lambai kearahnya. Bercantum keningnya. Diorang ajak aku pergi sana ke?
Zarina pandang pula Helmi yang berada disebelahnya. Helmi jongket bahu tanda tidak tahu. He has no idea what they up to.
"Jom je lah" Mereka menuruni tangga rumah dengan cepat.
Selipar Jepun disarung. Bergegas mereka cuba pergi kesawah. Terhenti seketika langkah Zarina. Helmi toleh. Dia mengangkat keningnya.
"Asal?"
Jari telunjuk Zarina ditunjukkan kebawah. Dia pakai kain. Macam mana nak jalan sampai tengah-tengah sawah padi.
Helmi tersenyum. Laaaa.... Tu je ke?
Dengan tangkas, Helmi mendukung Zarina. Zarina jerit kecil. Gila lah mamat ni!
Halina, Hilman dan Hilna yang berada ditengah-tengah sawah padi terlopong. Sweet bebenor abang mereka tu! Sampai sudi tolong angkat! Macam cerita Hindustan pula!
Zarina memandang Helmi tidak percaya. Helmi melemparkan senyuman manis kepada Zarina seraya mengenyit mata. Zarina tergamam. Lantas, bibir itu mengukir senyuman.
Helmi pelik hari ini. Tetapi dia lebih suka Helmi yang ini. Yang sweet dan tak menyinis.
"WOOHOO!! Sweet doh!!" teriak Hilman mengusik melihat Helmi yang sedang mendukung Zarina.
"Awat korang panggil kami?" soal Helmi lalu meletakkan semula Zarina ketanah.
Hilna menjelir lidah kearah Helmi.
"Kami tak panggil hang pon. Kami panggil kak Ari ja! Hang yang dok sibok!" ujar Hilna selamba. Balasannya, kepalanya disekeh geram oleh Helmi.
Zarina ketawa kecil.
"Kak Ari! Tengok ni!" Hilman menunjukkan sesuatu.
Bulat mata Zarina melihat orang-orang didepannya yang lengkap berpakaian moden. Ya.... Ini scarecrow....
Melihat sahaja reaksi Zarina yang blur, Halina menepuk dahinya sendiri.
"Ni orang-orang hang!"
Dahi Zarina berlapis. Orang-orang aku?
Hilna mencebir. Apalah... Halina tak reti nak explain.
"Ni kami yang buat orang-orang ni. Nama orang-orang ni, kak Ari! Sama kan?" terang Hilna
"Kami nak sentiasa ingat kak Ari!" sambung Hilman.
Zarina terkedu. Orang-orang kak Ari? Oh... Aku dah faham.. Diorang buat orang-orang ni dan modelnya ialah aku.
Zarina tersenyum lebar. Orang-orang dia......
Dia memegang orang-orang itu. Pertama kali dalam sejarah, ada orang cuba mencipta 'Zarina' untuk diingati.
Dia terharu. Matanya berkaca-kaca.
"Tak nampak macam Ari pun...." cebik Helmi sambil berpeluk tubuh.
Halina, Hilman dan Hilna yang mendengarnya mencebik 2 kali ganda. Kami penat-penat buat, komen negatif pula yang dilemparkan!
"Memang lah sebab Ari manusia, orang-orang patung" jawab Halina bersahaja.
Helmi senyap. Okay dia kalah.
Mereka semua ketawa bahagia.
*
"Satu..... Dua...... Tiga!!" Hilman berlari laju lalu melompat masuk kedalam sungai.
"Man!!! Basah baju aku!!!" jerit Hilna geram yang berada didaratan. Habis terpecik air sungai pada bajunya. Apa lagi? Meroyan lah jawabnya.
Kau pikir ini tempat diving ke? Boleh terjun suka hati kau? Ini sungai kampung! Bukan public swimming pool!
Hilman yang berada di sungai menjelir lidah kearah Hilna. Mahu provoke adiknya itu.
"Tangkap ah aku kalau berani...." provok Hilman sambil menjelir lidah
Hilna rengus geram. Kalau dia mahu, dia boleh je masuk dalam sungai tangkap Hilman. Tapi, masalahnya dia tak mahu basahkan bajunya!
Hilna menarik lengan Aida disebelahnya.
"Aida! Jangan layan Man tu!! Otak dia memang tak betul!" ujar Hilna selamba sambil memaut lengan Aida.
Aida ketawa kecil. Kelakar betul kembar ni! Melopong mulut Hilman. Amboi!
"Dah lah Man, jom lumba sapa selam paling lama" ajak Tajul yang juga sedang berenang didalam sungai itu.
Hilman tersengih.
"Cun! Hang, aku dan Khalid lawan tiga-tiga!"
Khalid mengangguk setuju sambil meraup wajahnya yang basah. Mana boleh tak setuju kan?
"Okay! Satu..... Dua...... Tiga!" Mereka terus menyelam didalam sungai. Ada yang tutup hidung ada juga yang tahan nafas.
Hilna menjulingkan matanya keatas. Lelaki! Suka sangat berlawan! Dapat apa pun tak tahu kalau menang?
"Aida jom main!" ajak Hilna. Apa? Ingat lelaki je ke yang boleh main?
Terangkat kening Aida.
"Main tu nak lah.. Tapi main apa Na?"
Hilna tersengih.
"Main sergah-sergah nak?"
Berlapis dahi Aida seribu mendengar kata-kata Hilna. Sudah lah tu siap senyum smirk. Apa yang difikirkan pun tidak Aida ketahui.
Aida memandang belakang. Oh! Patutlah! Nak sergah Halina ka?
Aida mengangguk setuju sambil jari membuat thumbs up. Dia ukir senyuman sinis. Sekali-sekala kenakan Halina apa salahnya?
Perlahan-lahan mereka mendekati Halina yang asyik termenung.
Satu je yang Hilna musykil. Selalunya, Halina lah yang aktif bab aktiviti luar ni. Ini, dia yang paling pendiam! Luar biasa!
Hilna membuat kiraan dan Aida mengangguk.
"Lina andartu!!!" sergah Hilna dan Aida serentak.
Halina yang terkejut disergah sebegitu terus melatah.
"Nenek hang grey!!!" latah Halina kuat.
Hilman, Tajul dan Khalid yang sedang berenang di sungai terus toleh memandangnya.
Meletus ketawa Hilna dan Aida. Hilna ketawa guling-guling diatas tanah. Nenek siapa grey? Nenek aku, nenek hang juga! Ini kalau Tok Mah dengar, mesti dia kejar Halina dengan parang satu kampung!
Halina memandang Hilna dan Aida yang ketawakan dia kecil besar. Mencerlung mata Halina. Amboi! Seronok ye hangpa ketawakan aku nooh?
"Kuajaq!!" teriak Halina geram. Malu betul dia! Tajul dan Khalid nampak dia melatah. Grrrr..... Jatuh saham dia!
Terkekek-kekek Hilna ketawakan dia lagi.
"Na!!!!" Halina bangun lalu mengejar Hilna
Zarina yang sedang letakkan kaki kedalam sungai sedang memandang semua orang. Wah! Meriah betul!
Kalau lah kak Lima dan The U's ikut, rasanya lebih meriah!
Zarina memandang baldi besi disebelahnya. Ada sesuatu lah yang sedang berenang-renang didalam baldi itu.
Terus Zarina meletakkan tangannya kedalam baldi itu dengan berani. Mahu tahu apakah makhluk itu.
"Owwww!!!" Cepat-cepat Zarina mengeluarkan tangannya semula. Dia memegang jarinya yang berdarah.
"Dia gigit aku!!" Sakit betul jarinya. Pedih sangat!
Helmi yang juga sedang berenang terus berenang kearah Zarina. Kalut dia jadinya mendengar jeritan Zarina.
"Asal? Asal?" soal Helmi cemas. Lagi cemas apabila melihat darah pekat sedang mengalir dijari telunjuk Zarina.
"Sakit....." adu Zarina. Tanpa sedar, air matanya bergelinang menunjukkan betapa sakit dan pedihnya jarinya.
Bulat mata Helmi. Ah! Air mata itu lagi!
Helmi terus memegang jari Zarina. Ditiup jari itu lalu jari itu dia masukkan kedalam mulutnya.
Butang mata Zarina. Amboi! Ambil kesempatan ke ni?!
"Dia bukan gigit.. Ni terkena duri ja... Sakit sangat ka?"
Zarina angguk. Helmi memasukkan semula jari itu kedalam mulutnya.
Tangan Helmi mengesat air mata Zarina. Mata mereka bersatu lama.
"Kan aku dah cakap... Aku tak nak tengok air mata kau jatuh..." ujar Helmi sambil merenung mata Zarina.
Renungan yang penuh dengan makna tersirat. Renungan yang membuatkan aku jatuh cinta.
Hati Zarina merintih. Am.... Jangan buat aku terseksa mencintai kau, Am.... Jangan buat aku jatuh cinta dengan kau berkali-kali......
"Pheewitt!!! Romantic nya!!!" laung Hilman.
Cepat-cepat Helmi dan Zarina memandang arah lain. Malu kot sampai budak underage pun tengok!
"Siap gigit jari naa!! Main kasar, abang Am!!!" teriak Khalid. Bulat mata Helmi mendengarnya. Amboi! Kau pun fikir bukan-bukan.
Merah padam wajah Zarina apabila diejek. Dia sempat mengerling kearah Helmi mahu lihat reaksi Helmi.
Terkedu dia lagi apabila mata mereka bersatu lagi. Terus dia melontarkan pandangan ketempat lain apabila panahan mata itu berlaku.
Helmi pula yang merah padam wajahnya. Ah! Kenapa dengan kau wahai hati?
________________________________________
"BOSS, ada orang datang" ujar Amy, PA Jeffri.
"Who?" soal Jeffri tanpa memandang PA nya.
"Dia kata kawan boss...."
Oh! Jeffri sudah dapat meneka siapa yang datang melawat dia hari ini!
"Suruh dia come in" arah Jeffri.
"Baik boss." Amy terus keluar.
"Ada apa kau datang cari aku?" soal Jeffri lagak seorang boss.
Kawannya yang hanya tersengih di pandang tanpa riak. Dia membelek-belek fail.
Ikutkan hati, dia tak mahu pun mengendalikan Gemilang Holdings tetapi dia takut Gemilang akan jatuh ke tangan adiknya, Hayna Julia. Ayahnya bukannya boleh percaya sangat pun.
Zack tersengih. Dia terus duduk diatas sofa sambil menyilangkan kaki ibarat di rumah sendiri.
"Salah ke aku nak jenguk kawan aku ni?" soal Zack sambil memandang Jeffri yang seperti sibuk itu.
Jeffri gelak sinis.
"Kau tak payah nak ayat manis sangat lah. Aku tahu kenapa kau datang. Kau nak duit kan?" teka Jeffri sambil menuntup fail. Wajah kawannya dipandang berserta senyuman sinis.
Zack ketawa. Haha! Jeffri memang hebat! Sudah tahu apa yang dia nak walaupun dia tak cakap lagi!
Memang itu hajat sebenarnya. Mahu meminjam wang dengan Jeffri. Lebih tepat meminta wang.
Itu lah rutin hariannya.
Habiskan duit mak dan ayahnya. Habiskan duit Jeffri.
"Kau nak buat apa?" soal Jeffri. Mahu tahu duitnya itu akan dijadikan apa.
Zack sengih.
"Club lah, bro!" jawab Zack.
Kepala Jeffri digelengkan banyak kali.
"Kau ni tak ada kerja lain ke weyh?" soal Jeffri lalu membuka wallet kulit miliknya.
Bersinar-sinar mata Zack apabila Jeffri mengeluarkan beberapa keping duit kertas not 100. Bibir itu mencebik.
"Kau pun buat kerja apa lah sangat? Setakat gi club, tukar perempuan aku pun boleh buat." cebik Zack.
"Aku lain, kau lain. Aku guna duit aku. Kau pula guna duit aku" sinis Jeffri sambil melemparkan wang itu kepada Zack.
Zack mencebik sambil menyambutnya. Memang benar. Dia akan gunakan duit Jeffri. Bukan duitnya sendiri.
"Aku nak Amanda puaskan aku!" ujar Zack tekad.
Jeffri gelak sinis. Amanda? Pelacur tu?
"Jangan weyh. Aku dah 'rasa' Amanda tu. Tak sedap mana pun... Badan macam pasu dapur aku..." balas Jeffri selamba.
Mencerlung mata Zack.
"Kau dah 'rasa' Amanda? Cis! Tak boleh jadi ni!" Geram pula Zack. Semua yang dia nak, semua tu Jeffri dah rosakkan.
Jeffri menyandarkan kepala kepada kerusi.
"It's all about money, bro. Poket berkepuk, semua perempuan nak layan" ujar Jeffri angkuh. Baginya, kalau ada banyak duit, semua perempuan akan bersujud kepadanya. Dia merasakan nilai perempuan sangat rendah dari babi.
Zack berfikir sejenak. Bibirnya tak semena-mena tersenyum sinis.
"Kalau aku 'rasa' adik kau?"
Jeffri tersentak.
"Hayna Julia ke?" Zack mengangguk. Kau ada berapa banyak adik, bro?
"Ikut suka hati kau lah. Aku bukannya suka dia pun" jawab Jeffri selamba tanpa perasaan. Dia bermain-main dengan telefon pintarnya.
Zack tersenyum. Teringat pula kepada adik Jeffri, Hayna Julia. Cantik! Bertudung labuh!
"Kena bayar ke?"
"Free sebab dia memang hina dari pelacur macam mak dia." jawab Jeffri selamba.
Zack kulum senyum. Hina tak hina janji badan sedap!
Haikal Jeffri ketawa sinis sambil memandang skrin phone nya.
Zack memandang Jeffri pelik. Dah kenapa mamat ni?
"Zack... Kau kenal tak Rayyan?" soal Jeffri berserta sisa tawanya.
Zack berfikir sejenak.
"Ezzul Rayyan? CEO SILVIA R?"
Jeffri mengangguk.
"Exactly!"
"Asal?" soal Zack ingin tahu.
Jeffri ketawa kuat.
"Dia dah buat comeback, bro. Dia dah balik. Crybaby is back!" ujar Jeffri sambil tergelak sinis.
Ternganga mulut Zack. Dengar cerita, Ezzul Rayyan susah menerima kenyataan bahawa isterinya sudah pergi. CEO SILVIA R sudah kembali? Rival Gemilang kot! Pesaing Gemilang!
" So, apa plan kau? "soal Zack sambil senyum sumbing.
Jeffri ketawa sinis lagi.
" This is Haikal Jeffri! Mastermind! "
Zack mencebik. Ewwww..... Puji diri sendiri nampak!
" Rayyan kenal aku. Rayyan kenal Ari. "
Terangkat kening Zack.
" So? "
Jeffri senyum sinis.
" Aku tahu apa aku buat... Rayyan, tunggu lah!" Dia merenung tajam seolah-olah Rayyan berada didepannya.
Share this novel