Hello! Maaf sangat sbb lmbt update! Ampun! Wi-fi memang problem. Draft dh siap, tapi x boleh update. Ini lah hasilnya. Harap semua pihak berpuas hati!
"ARI!"
Zarina mendengus. Mamat ni memang tak reti faham bahasa ke? Blah je lah! Ganggu kerja orang je! Dasar psycho!
"Macam yang saya cakap tadi, cik Marinie. Kalau cik pilih pakej Luv & Lucky ni, cik akan dapat discount sebanyak 25% kerana sekarang ini butik kami sedang membuat pakej baju yang menawarkan perhiasan yang cantik." Kata Zarina sambil cuba untuk mengukir senyuman paling manis.
Pelanggan yang bernama Marinie itu sedang membelek-belek setiap helaian muka surat. Dia terus pandang Zarina.
"Seriously 25%? Including this gown and the other accessories?" soalnya terkejut.
Zarina tersenyum sambil mengangguk. Pakej yang dibuat ialah bertujuan untuk menarik perhatian para pelanggan. Nasib baik Sakura di Jepun bersetuju dengan pakej yang dicadangkan oleh Zarina.
"Ya. Cik Marinie juga boleh memilih hiasan atau jenis-jenis accessories yang cik—"
"Ari!!"
"—mahukan." Zarina masih cuba untuk meneruskan bicaranya walaupun ada bunyi yang menganggu.
"Zarina Medina!"
Zarina ketap gigi. Dia tersenyum terpaksa kepada Marinie yang memandang tepi tingkap mereka terkejut.
"Maaf ya cik Marinie. Sekejap ya." Zarina menjeling tajam lelaki yang sedang mengetuk-ngetuk tingkap butik itu. Sebelah mereka je kot!
Zarina angkat tangan memanggil pekerjanya. Dalili datang menghampiri mereka yang sedang duduk ditepi tingkap.
"Dalili, boleh tolong halau orang gila tu tak? Kacau je." arah Zarina kepada Dalili perlahan dalam keadaan berbisik. .
"Boss, saya dah cuba halau dah dia tadi. Tapi dia buat tak tau je. Saya cadangkan boss pergi jumpa dengan lelaki tu direct." balas Dalili jujur. Memang betul pun dia sudah cuba menghalau lelaki itu. Tetapi lelaki itu buat endah tak endah je. Bagi Dalili, Zarina pasti kenal lelaki itu kerana dia asyik memanggil nama Zarina.
Zarina ketap gigi. Lelaki yang berada di luar dipandang tajam. Tengok! Dia sempat senyum dan tayang peace?! Kau tunggu lah aku kerjakan kau!
"Dalili, boleh tolong handle tak customer ni? Pakej Luv & Lucky." Soal Zarina. Dalili mengangguk.
"Cik Marinie, sila beritahu Dalili apa yang cik inginkan ya?"
Zarina terus keluar dari butik itu. Dia menghampiri seorang lelaki yang sedang tersenyum kepadanya.
"Are you crazy Nuh Rayhan?" Bengang betul Zarina. Mana tak bengang bila Ray ketuk tingkap butik dia, siap menjerit nama dia lagi! Gila! Memang gila!
"Yeah, crazy for you, Ari." Ray menjawab berserta sengihan nakal dibibir.
Zarina julingkan mata keatas. Hrmmm... Lelaki.. Sekali mulut penuh dengan tebu memang tak sah. Ayat berlori-lori gula, tapi puihh! Penipu juga!
"Kau boleh berambus tak dari sini?" soal Zarina masih lagi bersabar. Cuba berbincang dengan Ray.
"Nope."
Zarina bercekak pinggang. Tajam dia merenung Ray. "Kau nak aku call polis ke?"
Ray cuba tahan senyum. Sumpah! Zarina nampak cute gila!
"Hrmmmm.... Atas tuduhan apa?" Ray pun mengikut aje dengan permainan Zarina.
"Cuba mencuri barangan butik dan cuba stalk!" Zarina menjawab kuat .
"Oh, really? Don't worry saya tak curi barang butik awak. Saya cuba curi hati awak." Sengih Ray.
Zarina membuat muka toya. Percubaan pickup line gagal, Nuh Rayhan! Boring! Expired date lah 'curi hati' ni!
"Kalau ada masa nak bagi pickup line murah, baik kau berambus!" Tegas Zarina. Apa lelaki ini tidak faham kah? Perlu pakai mikrofon ke baru lelaki ni nak faham?
"Ari, kenapa awak nak marah? Kalau pasal penganggur tu, saya minta maaf lah sebab tipu. Tapi saya ada sebab buat macam tu." Ray cuba menenangkan Zarina.
"Aku tak nak dengar explanation kau! Baik kau blah dari sini!" Tengking Zarina. Kesabarannya sudah mulai menipis. Tidak kisah orang di butik memandangnya pelik.
"Kenapa?!" Ray ikut sama menjerit.
"Sebab semua lelaki suka tipu!!!" teriak Zarina sambil memejamkan matanya rapat. Dia tahu. Dia menjerit terlalu kuat sampai ramai orang memandangnya pelik.
Ray terdiam seketika tatkala Zarina berkata sebegitu.
"Kenapa awak kena prejudis sangat ah?"
"Hah?"
Aku dengar macam dia panggil aku prejudis.
"Kenapa perlu jadi prejudis dengan setiap lelaki ah? Every single man, you call them bad, liar... You don't know them deeply but you start to judge them. Just because of one man that betrayed your love, doesn't mean that all man in the world are a liar in love!" ujar Ray sambil merenung tajam mata Zarina. Tajam.
Zarina bagaikan ditampar tepat mengenai pipinya. Kata-kata Ray sangat menusuk kedalam kalbunya.
"Past is a past, Ari. Let them be. I mean... Let him be." ujar Ray sedikit tenang bersama segaris senyuman tipis.
"Who is 'him'?" soal Zarina mula rasa tidak enak. Berkerut-kerut dahinya. Adakah Ray memaksudkan Helmi Ikram?
"Don't fool me, Ari. He is Helmi Ikram. Your ex husband, am I right?"
Zarina tersentak. Bagaimana lelaki ini tahu?
"Kau upah orang siasat aku?" teka Zarina. Tajam renungannya kepada Ray.
"That's not the matter. The matter is that you still thought all man are same. But we're totally different! I'll prove you!" Nekad Ray. Ya, dia akan buktikan dia dengan lelaki yang bernama Helmi Ikram, tidak sama!
"Pergi lah, Ray. I'm tired." ujar Zarina lemah. Ya, dia benar-benar tidak larat.
"Ari, kalau saya cakap saya CEO Goldmine Holding, nanti awak cakap saya bongkak. Tak pun, awak puji saya dan saya riak. Hah! Kan tak elok? Tak pasal-pasal free-free je saya dapat dosa." Ray cuba berjenaka di saat yang amat serius ini.
"It's not funny, Rayhan."
"It's not a joke, Medina."
"It is!"
"No!"
"Stop acting like a dummy!"
"It's you acting like a dummy!"
"Not me!"
"Not me too!"
"It's you!"
"Not me three!"
Zarina mengeluh sambil memicit-micit dahinya yang seakan berdenyut. Macam budak-budak betul.
"Saya tipu awak bersebab. Untuk dekat dengan orang yang tersayang."
"Ray, believe me. We're not meant together!" Tegas Zarina. Ada sebab kenapa dia cuba elak daripada Ray. Untuk elak daripada jatuh cinta buat kali kedua.
"Who said?"
"Ray, saya ni janda. Awak muda lagi. Baik awak cari yang muda dan cantik." keluh Zarina. Nampaknya, kata ganti diri sudah bertukar daripada aku-kau ke saya-awak kembali.
Ray ketawa kecil. "Awak cakap macam awak ni tua kerepot lah, Ari. Funny."
"Ray! I'm serious right now!" Marah Zarina geram. Mana tak geram? Dia tengah serius, Ray pula gelak dekat dia!
"Okay, okay I'm sorry." Ray tarik nafas panjang sebelum menyambung berbicara.
"Age is just a number. Cinta tidak mengenal usia. You should know that. In fact, our age difference is only 3 years, Ari." Sedaya upaya Ray cuba mengetuk sedikit kesedaran dalam kepala Zarina.
Zarina terdiam. Dia merenung dalam mata Ray redup. Cuba mencari keikhlasan dalam mata itu.
"Please say that you love me." desak Ray. Dia tidak mahu berkahwin dengan perempuan pilihan umi nya. Dia mahukan Ari! Dia mahu berkahwin dengan Ari sahaja! Titik!
"Errrr...... Saya....."
"Ari?"
Zarina tersentak apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang. Melihat wajah Ray yang berada dihadapannya, amat sukar untuk dia tafsirkan. Wajah Ray kelihatan tergamam!
Perlahan-lahan Zarina toleh kebelakang. Terbeliak matanya memandang empu badan.
Sesak nafas Zarina apabila mata mereka saling bertaut. Dada Zarina terasa sempit saat dia sudah dapat mengecam muka-muka yang sekarang dia sedang pandang.
"Ari!!"
Puan Maryam terus memeluk Zarina bersama esakan tangisan. Terkedu Zarina seketika dengan tindakan Puan Maryam.
Dia sempat memandang 'keluarga' yang pernah dia ada dahulu.
Halima...
Firman...
Hilman...
Hilna...
Helmi...
Dan juga,
Halina.
Semuanya ada.
Mereka semua berkumpul berdiri dihadapannya.
Halima menekup mulutnya menahan sebak melihat ibunya memeluk Zarina.
"Ari... Ibu nak mintak maaf kat Ari... Ibu fitnah Ari...." ucap Puan Maryam sambil mengalirkan air mata.
Dapat Zarina rasakan bahunya terasa basah dengan air mata. Dapat dia rasakan betapa hangatnya pelukan seorang insan yang bergelar ibu.
Saat dia seakan terbuai, terus dia menolak tubuh tua itu lembut. Dia baru tersedar. Mereka lah yang pernah menfitnah dia.
"Ari, aku nak minta maaf. Aku tak percayakan kau. Aku patut percayakan kau daripada gambar bodoh tu!" Halina mendekati Zarina, kesal.
Zarina menepis tangan Halina yang cuba memegang dia dan direnung wajah Halina lama. Aku pernah rasa kau lah kawan terbaik yang pernah aku ada. Tapi, terima kasih kerana kau yang sedarkan aku apa erti persahabatan yang sebenar.
"Kak... Man minta maaf.. Man tak minta kak maafkan Man sebab Man tahu dosa Man besar." Hilman juga meminta maaf lalu disusuli dengan Hilna.
Zarina langsung tidak mengendahkan maaf mereka. Aku layan korang dengan baik sebagai kakak kepada adik, tapi korang juga yang buat aku macam sampah. Korang letak maruah aku dekat tapak kaki korang.
"Ari...."
Zarina berpaling. Halima... Aku pernah anggap kau macam kakak yang tak pernah aku ada. Aku ingat kau yang paling matang dalam adik beradik, tetapi sangkaan aku meleset sangat. Kau juga sama seperti diorang.
Zarina terdiam. Satu-satu muka yang pernah menghina dia dipandang lama.
"Senangnya awak semua minta maaf." ujar Zarina lalu ketawa kecil.
Helmi teguk air liur. Dia menghampiri Zarina.
"Am tahu Am berdosa dengan Ari. Am hina Ari. Am hina Aryan, anak Am sendiri. Am tak layak nak jadi ayah Aryan mahu pun memiliki hati Ari. Tapi Am minta maaf sangat-sangat. Andai Ari dapat terima maaf kami, kami akan tebus kesalahan kami. Please...." pinta Helmi, sayu. Dia merenung mata hazelnut Zarina dalam-dalam. Dia juga terluka dalam hal ini. Walaupun tidak seteruk Zarina, dia juga merana dalam kalah menang ini.
Zarina membuka handbag nya. Cermin untuk solek diambil lalu dicampak keatas lantai tar. Terus retak cermin itu. Semua orang tertanya-tanya dengan tindakan Zarina.
"Kalau saya minta maaf, agak-agaknya cermin ni boleh baik pulih, cantik sedia kala ke eh?" soal Zarina sambil memandang tepat semua orang.
Sepi. Tiada jawapan yang diberi. Membuatkan Zarina bertambah sakit hati dengan kebisuan mereka.
Masing-masing sudah memahami maksud tersirat dalam soalan Zarina. Terasa terkena pada batang hidung mereka.
"Mestilah tak! Saya minta maaf banyak kali pun tak akan pulih cermin ni! Macam tu juga dengan awak semua! Berapa ribu kali awak semua minta maaf, tetap tak dapat pulihkan hati saya! Memang! 4 tahun saya cuba kutip ketabahan dan jadikan sebagai pengubat! Tetapi lukanya tetap ada! Parutnya masih ada!"
Zarina kuatkan semangatnya dalam memberi kesedaran kepada mereka. Dia seperti mahu menangis sahaja. Dia tidak kuat.
Ya, 4 tahun. 4 tahun dia cuba kutip cebis-cebisan ketabahan untuk mengubati parut yang berbekas. Ingat senang ke dia boleh jadi tabah? Ingat mudah ke untuk dia lupakan mimpi ngeri?
Syafiera...
Aish...
Rayyan...
Arjuna Aryan...
Empat insan itu lah juga penawar Zarina untuk bangkit. Mereka lah yang banyak membantu dan menyokong Zarina. Lagi-lagi Arjuna Aryan. Anaknya yang satu.
Semua menundukkan wajah kebawah, kesal. Hanya penyesalan yang mampu mereka rasa.
"Ari...."
Zarina berpaling ke tepi apabila namanya diseru untuk kesekian kalinya. Bertaut keningnya memandang lelaki yang tidak dikenali itu.
"Tolong maafkan mereka. Manusia buat salah dan silap. Kita semua pendosa." ujar lelaki itu serius.
Semakin hairan Zarina. Ye lah kan. Dia siapa? Tiba-tiba suruh maafkan mereka.
"Atif, tak payah lah masuk campuq. Bukan hang yang buat dosa." pintas Halima.
Zarina terkedu. Atif? Atif Malik? Abang kepada Atia Melur? Zarina memandang lagi wajah lelaki itu.
"Ari, saya mahu meminta maaf atas pihak Atia dan semua. 4 tahun dah berlalu. Benda pun dah jadi. Nasi pun dah jadi bubur. Tiada siapa yang sempurna. Setiap manusia tak lari dalam melakukan dosa." ujar Atif, serius. Zarina terdiam.
"Abang, jangan.. Ini salah kami. Dosa kami. Jadi, biar kami yang minta maaf." Halina memegang tangan Atif.
"Tapi sayang, sayang kan isteri abang. Jadi tanggungjawab abang juga lah."
Tahu lah Zarina bahawa Halina dan Atif ialah pasangan suami isteri.
"Tok Mah dah meninggal, kak. Bila kak keluar dari rumah, tok terkena heart attack." beritahu Hilman.
Zarina tahu itu. Dan dia hanya mampu membisu.
"Beri saya masa untuk maafkan korang." Zarina terus berlari meninggalkan kawasan butik itu. Meninggalkan semua orang.
"Ari!!!"
Zarina terus berlari. Dia menggigit bibir bawah.
'Aku lari lagi.....'
Ya, dia tahu dia pengecut. Yang hanya lari dan tahu lari daripada masalah. Tetapi dia buntu.
Dia ibarat terperangkap didalam labyrinth. Hanya tahu berlari dan berlari tanpa tahu arah tuju.
Ray perlahan-lahan berlalu pergi. Dia lihat semuanya. Dia dengar semuanya.
Sekarang semuanya sudah lengkap. Kepingan puzzle sudah bercantum semula ketempat asal.
Dia tekad. Biar dia yang selesaikan masalah ini!
_______________________________
"KAK Ari okay ke?"
Zarina tersentak. Kalut dia memandang wajah Julia.
"Hah? Errrr.... Kak Ari okay je." jawab Zarina acuh tak acuh. Tudungnya digaru sebentar mahu menutupi kekalutan tersebut.
Julia tahu ada yang tak kena dengan Zarina setelah pulang dari butik. Tetapi Julia cuba untuk abaikan.
"Kak, apa kata kak rehat selama dua hari? Butik biar Lia je yang jaga." cadang Julia. Dia tahu Zarina penat. Lebih tepat lagi stress. Mungkin kerana kerja di butik berlambak-lambak.
Zarina tersenyum nipis segaris. Nampak benar betapa Julia sangat risaukan dia.
Hayna Julia.
Tiada langsung perkara Julia yang Zarina tidak suka. Sopan? Memang sopan! Baik pun baik! Caring sangat! Kadang pula suka bergurau.
"Kak Ari okay je Lia. I'm fine." jawabnya sambil tersenyum.
Julia masih tidak berpuas hati. Tetapi dia hanya mampu untuk mendiamkan diri. Dia menyambung semula jahitan baju.
Zarina memandang Julia yang sedang menjahit baju tanpa lepas.
"Lia nak gaji berapa?" soal Zarina tiba-tiba.
"Hah?!"
Terpinga-pinga Julia sebentar. Dia rasa dia macam dengar Zarina tanya nak gaji berapa je.... Atau dia sekadar berhalusinasi?
"Gaji. Gaji sebagai pekerja Butik Sakura Medina!" ujar Zarina ceria. Sudah Julia yang menguruskan butik juga dan membuat baju, mestilah diberikan gaji!
"Errr... Tak pe kak. Lia buat ikhlas. Lia memang suka jahit baju. Hobi." jawab Julia laju meskipun tergagap-gagap. Walhal dalam hati sudah berbunga-bunga mendengar perkataan 'gaji'.
Zarina tersenyum. Bukan sehari dua dia mengenal gadis itu.
"Kalau Lia tak nak, tak pe. Akak tak kisah—"
"Errrr... Kak! Lia nak!!"
Zarina kulum senyum. Tahu takut.....
"RM 9000?"
Terkejut Julia. "Banyak sangat tu, kak."
"Lia ni dalam management plus my assistant plus my servant plus my sister. So cukup lah kan? Atau nak dikurangkan?" Zarina menyoal selamba sambil cuba tahan senyum.
"Lia nak!!!"
Keadaan menjadi sepi semula. Zarina masih teringatkan tentang kejadian siang tadi.
Ah! Kusut betul! Perlukah dia memaafkan mereka?
-------------------------------------------------------
"HAN, get ready."
"Hah??"
Terkebil-kebil Ray yang sedang menonton televisyen yang menayangkan rancangan 'Arena Panggang'. Get ready apa pula ni?
Melihatkan Ray yang seakan clueless, Datin Suraya tepuk dahi. Huisshh... Berbunyi gelang emas yang dipakai pada tangannya saat dia tepuk dahi. Tetapi anak terunanya itu memang lembap. Hari penting yang macam ini pun boleh lupa?
"Haishh.. Lupa lah tu. Kan hari ni umi nak buat someone datang rumah ni?" beritahu Datin Suraya.
Terlongo Ray. Ha'ah lah! Macam mana lah dia boleh lupa?
"Alang-alang dah lupa, cancle je lah umi. Han tak nak jumpa dia." ujar Ray selamba. Memang minta penampar.
Mencerlung mata Datin Suraya. Wah! Selamba betul anaknya itu!
"Cancle? Dia tengah on the way tau!" Geramnya dia dengan Ray yang hanya acuh tak acuh soal perkahwinan ini yang cuba dia reka.
"Huh? Suruh dia patah balik. Kata rumah kita terbakar."
"Get ready now, Nuh Rayhan! You better wear nice clothes!" Arah Datin Suraya tegas. Jangan sampai dia menjerit.
"Pergi je lah! Umi dah sound kan?" sampuk si adik, Nuha Rayhana.
"You too Hana!" arah Datin Suraya.
"Hah?? Me too?" Rayhana menunding jari kearah dirinya sendiri. Kenapa dia pula?
"Tonight, dinner. By hook or by crook, all the family members must gather together and meet her, future wife Han!"
"Umi......." Melerer suara Ray menegur uminya, jelas tidak suka. Tidak habis-habis dengan future wife. Hatinya milik Zarina Medina!
"Siapa perempuan tu?" soal Rayhana sambil peluk tubuh. Hebat sangat kah perempuan itu?
Datin Suraya tersenyum. "You'll see...."
"Umi! Bagi lah hint ke apa ke!" Rayhana sekali lagi merengek persis anak kecil.
"Okay fine! Dia kerja di Butik Sakura Medina! That's it! Now get ready kids!"
Membulat mata Ray. Butik Sakura Medina? Adakah Zarina yang umi nya menjemput?
Seraya itu dia tersenyum lebar. Laju kakinya mengatur menaiki tangga dengan senang hati.
"Kenapa dengan abang kamu tu? Happy semacam je?" tegur Datin Suraya pelik dengan kelakuan Ray.
Rayhana jungkit bahu.
"Biasa lah umi. Period. Mood swing." jawabnya selamba.
Ray tersenyum panjang. Dia membelek-belek baju yang tersidai.
Dia memandang potret lukisan Zarina disebelahnya.
Aku dah agak Ari. Yang kita memang ada jodoh!
Share this novel