RAY masih lagi tidak mampu untuk berhenti daripada tersenyum lebar. Hatinya sungguh berbunga-bunga menanti kehadiran sang pemilik hatinya. Keterujaannya mampu dibuktikan dengan pakaiannya. Tuxedo. Padahal dalam rumah sahaja dinner itu.
"Abang Han, kenapa pakai tuxedo?" tegur Rayhana. Ye lah kan. Pakai tuxedo padahal dinner itu berlangsung didalam rumah. Bukan setakat itu je yang pelik. Dia dapati abang nya itu asyik tersenyum-senyum sambil bersiul. Ganjil! Hari tu bukan main lagi bantah pasal dinner ni.
"Hmmm? Mesti lah abang kena nampak macho kan depan future wife?" jawab Ray masih tidak lekang dengan senyuman sumbing persis kambing. Dia sempat longgarkan tie lagi! Cewah! Memang berharap betul yang Zarina akan datang!
Rayhana mencebik. Hek eleh... Hari itu bukan main lagi tentang umi bila umi nak calonkan dengan pilihan umi.. Sekarang terus senyum sampai ke telinga, apa cerita bro?
Ray tersenyum. Dia yakin pilihan uminya ialah Zarina Medina. Uminya memang kenal dengan Zarina, sebab itu lah dia tahu Zarina owner butik Sakura Medina. Kalau benar Zarina lah pilihan uminya, dia akan mengusik wanita itu cukup-cukup!
"Wah! Mak Jak masak steak! Hebat betul Mak Jah!" puji Rayhana teruja apabila pembantu rumahnya itu menghidangkan steak diatas meja. Setahunya, Mak Jah hanya mahir memasak makanan kampung. Tak sangka pula western pun Mak Jah pakar. Bau pun sedap!
"Datin cakap, tetamu kita hari ni suka makan steak. Mak Jah pun main ikut je lah resepi dekat YouTube." balas Mak Jah sambil sempat berseloroh. Rayhana tertawa lucu. Mak Jah pun layan YouTube? Advance beb!
Ray hanya mendengar dengan teliti. Zarina suka macam steak? Noted! Settle! Setiap hari aku akan hantar beef steak ke Butik Sakura Medina!
"Pandai juga Mak Jah masak! Lain kali ajar lah Hana! Let me be your assistant!" ujar Rayhana sambil tersengih girang.
"Hrmmm... Bab masakan om putih, laju je kamu ye." perli Mak Jah. Rayhana tersenyum senget. Of course! Favorite kot! Kiranya, bakal kakak ipar yang belum tentu jadi ni memang sekepala lah dengan dia? Tak sabar betul mahu jumpa guest itu!
"Mak Jah, semua dah siap ke?"
Datin Suraya masuk ke dapur apabila terbau haruman masakan beef steak itu.
"Sudah, Datin." jawab Mak Jah sambil tersenyum. Moga semua orang berpuas hari dengan air tangannya!
Terliur Datin Suraya melihat beef steak itu. Perrgghh.... Kalau dia tak tahan, pasti meleleh-leleh air liurnya. Kalah restoran 5 star!
"Bagus Mak Jah. Terima kasih ye sebab buat." Ujar Datin Suraya sambil menundukkan sedikit kepalanya, hormat.
"Eh, Datin. Memang tugas saya pun."
"Umi...... Bila dia nak datang?" soal Ray sambil memandang bintang yang berkelipan di birai langit. Sabar lah duhai hati menantikan sang pemilik cinta datang kemari menghadirkan rindu dijiwa....
Tersenyum senget sahaja Datin Suraya. Hrmmm... Nampaknya anak terunanya sudah angau meskipun belum pernah melihat rupanya.
"Sabar lah, Han. Sekejap lagi dia sampai lah."
Rayhana peluk tubuh sambil tayang wajah jengkel, dengan kelakuan Rayhan.
"Eiii.... Dasar gatal! Miang!"
Ray buat tak dengar dengan kata-kata adiknya. Bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tidak lekat dalam otak.
"Datin, tetamu itu sudah datang." beritahu Pak Idris, iaitu driver.
"Hah! Panjang umur!" Datin Suraya sempat tepuk peha anak terunanya memberi isyarat sebelum bangun menjemput tetamu.
Lebar senyuman sumbing Ray mendengarnya. Kembang kuncup kembang kuncup aje hatinya apabila wanita pujaan sudah datang.
"Hrmmmm... Let see who is my future sister in law!" Rayhana juga berjalan menghampiri ruang pintu bersama Datin Suraya.
"Selamat datang!!" ucap Datin Suraya kepada wanita yang berada diruang pintu. Automatik Rayhana juga tersenyum. Cantik rupanya! Manis!
Ray yang duduk diatas sofa cepat sahaja membetulkan tali leher. Gugup pula dia dibuatnya.
"Jemput masuk. Lawa je aunty tengok!"
Tatkala uminya menjemput tetamu itu masuk, senyuman Ray hilang melihat wajah itu. Wajah yang langsung dia tidak kenali. Bunga-bunga mekar dihatinya pula terus layu, mati. Raut wajahnya sudah berubah.
Orang cakap jangan terlalu berharap. Takut harapan itu berkecai. Ya, harapannya sudah berkecai-kecai.
Wanita bertudung shawl ungu lembut menundukkan wajahnya, malu apabila mata dia dengan Ray bersatu.
"Ni lah perempuan yang umi berkenan sangat tu. Ini Hayna Julia." Ceria wajah Datin Suraya ketika memperkenalkan Julia disisinya. Julia tersenyum.
Tetapi Ray tidak mampu untuk senyum. Dia seakan lupa bagaimana untuk senyum.
"Lia, ni anak sulung aunty. Nuh Rayhan. Hensem kan? Siap pakai tuxedo lagi sebab Lia."
Julia mengangguk malu-malu. Ya, hatinya berbunga-bunga melihat wajah Ray. Merona merah mukanya apabila Ray memakai tuxedo hanya kerana dia. Wah! Dia berasa dia di awangan!
"Ni pula—"
"Nuha Rayhana! Panggil Hana!" Laju Rayhana memotong bicara uminya.
Julia tersenyum. Dollah dan Mat setia berdiri di sebelah Julia. Rayyan dan Zarina bilang, mereka perlu mengikuti Julia kemana sahaja dia pergi.
"Umi... What is this?" soal Ray masih lagi dalam terkejut. Lirih dia menyoal uminya. Bergetar suaranya.
"Huh?" Datin Suraya tidak mengerti. Kenapa Ray tidak gembira? Tadi bukan main lagi gembira sampai tanya bila nak datang. Sekarang kenapa Ray tak senyum?
"What the hell is this?!"
Semua orang tersentak. Bergema suara Ray memenuhi ruang rumah. Ray mengenggam penumbuk.
"Abang.. Kenapa ni?" Rayhana masuk campur.
"Stay away from this, Hana!!" tengking Ray. Bukan dia berniat untuk tengking adiknya kerana soal hati. Tetapi dia rasa seakan tertipu.
Terhinjut bahu Rayhana terkejut dek ditengking oleh abangnya sendiri. Dia genggam tangan erat. "Fine!!" Rayhana terus berlalu beredar keluar dari rumah.
"Hana!" Datin Suraya memanggil Rayhana. Tetapi sayang, Rayhana langsung tidak berpaling.
Julia masih kaku disitu. Kenapa? Apa benda ni?
"Han! What is wrong with you?!" Datin Suraya ikut sama menjerit.
"Umi!! Han tak suka dia! Han tak cintakan dia!" Ray meluahkan isi hatinya.
Julia terkedu. Terasa hatinya dicucuk-cucuk. Pengakuan itu membuatkan dia sedar bumi mana dipijak.
"Han! Behave! Watch your mouth! Han juga yang cakap Han nak kahwin dengan dia!!" Bagi Datin Suraya, Ray memang betul-betul melampau. Kasihan Julia. Baru sahaja datang terus Ray buat hal.
"Itu sebab Han ingatkan dia orang lain! Perempuan yang Han betul-betul cinta!!" balas Ray meninggi.
"Siapa perempuan yang Han cinta mati sangat tu?!" jerit Datin Suraya bengang. Dia akan cari perempuan yang buatkan Ray kurang ajar dengan dia! Dia akan ajar perempuan itu cukup-cukup!
"Zarina Medina!"
Datin Suraya dan Julia tergamam. Ari?
Julia menundukkan kepalanya. Kak Ari... Sememangnya layak dicintai buat kali kedua!
"Oh! Janda tu lah yang buat Han jadi macam ni?" Tak sangka Datin Suraya, rupanya Zarina yang jadikan Ray sebegini. Tahu lah dia nak buat apa dekat Zarina!
"Umi! Tak baik cakap macam tu!" tegur Ray, marah. Janda? Zarina menjadi janda juga bersebab. Sememangnya status itu tidak layak buat Zarina.
"Apa yang Han buat dekat umi ni sekarang ni baik lah?" sinis Datin Suraya.
Ray terdiam. Dia tahu dia berdosa kerana meninggikan suara dengan wanita yang pernah mengandungkan dia selama 9 bulan. Tetapi uminya sangat biadap!
"Han, apa yang Han nampak dekat janda tu? Umur dah tua. Dah ada anak dah pun. Dah berkarat." soal Datin Suraya tidak berpuas hati.
"Umi! Ari baik lah!" marah Ray. Cara umi gambarkan Zarina, amat tidak patut. Merona merah wajahnya menahan amarah.
"Umi tak cakap dia jahat. Tapi Han boleh dapat isteri yang jauh lebih baik." Ya, Zarina memang baik. Tetapi dia mahukan yang terbaik untuk anaknya.
"Ari dah cukup baik untuk Han!" Tegas Ray. Apa uminya tidak faham kah? Zarina sangat sempurna dimata dia!
"Umi tetap tak suka! Lia lebih baik!" Dia mengerling Julia yang menundukkan wajahnya.
Ray ketap gigi. Tch!
"Umi tak faham!!"
Ray berlari keluar dari rumah.
"Han! Han!!"
Dengan longlai, Datin Suraya terduduk diatas sofa. Anak perempuan lari, anak lelaki pun lari.
"Aunty okay?" soal Julia risau sambil memaut bahu Datin Suraya.
Datin Suraya tersenyum segaris. "Ini lah kehidupan tanpa suami..." jawabnya mendatar. Ingat senang ke membesarkan anak-anak tanpa suami disisi?
"Lia okay ke?" soal Datin Suraya khuatir andai Julia terasa hati.
Julia tersenyum. Dia mengangguk. Walaupun hatinya sakit, tetapi dia okay.
"Sakit kepala aunty dengan Han!" keluh Datin Suraya sambil memicit dahi. Makan malam yang sepatutnya indah bertukar makan malam yang mahu dielakkan. Semuanya gara-gara ego seorang Nuh Rayhan!
"Aunty patut bagi dia masa." Julia tersenyum pahit.
_______________________________
"MUMMY, ane aunty Lia? *mana" soal anak kecil yang sedang merengek-rengek diatas pangkuan Zarina.
Tersenyum sahaja Zarina dengan telatah anak kecil itu. Arjuna Aryan namanya.
"Aunty Lia keluar lah Ryan." jawab Zarina sambil meraup rambut Aryan kebelakang. Hrmmm... Nak kena potong ni! Dah panjang rambut Ryan!
"Hah? Aunty Lia janji nak bawa Ryan keluar!" ujar Aryan tidak puas hati sambil memuncungkan mulutnya.
"Aunty busy lah, sayang..."
Aryan peluk tubuh sambil muncungkan mulut lagi. Dia menyandarkan badannya pada Zarina.
"Aunty Lia dah buat pinky pomise dah! *promise"
Aryan tarik muka. Nampak benar dia merajuk tu.
Zarina ketawa kecil. Alahai, comelnya aje Ryan!
"Nak buat macam mana Ryan? Okay mummy janji! Sekejap lagi mummy belanja Ryan makan ais krim!" Zarina membuat perjanjian. Selalunya, kanak-kanak seusia ini boleh dibawa berbincang dengan benda yang manis. Dia tahu makanan manis tidak baik untuk Aryan tetapi nak buat macam mana? Lagipun, dia sekarang tengah cuba kurangkan makanan manis untuk Aryan.
Mata Aryan seakan bersinar. Membulat matanya, teruja. "Betul ke mummy?"
"Ya!"
"Okay janji dulu!" Aryan menyua jari kelengking nya.
Zarina tahan senyum. Jari kelengking mereka bertaut.
"Okay pinky promise!"
"Hah? Lia pergi mana?" Muncul Aish di ruang dapur bersama mug berisi air kopi. Dia dapat juga lah tangkap bicara mereka. Patutlah rasa macam senyap je rumah.
"Oh! Dia pergi rumah Datin Suraya. Dia cakap Datin Suraya nak calonkan dia dengan anak lelaki dia." beritahu Zarina.
Aish perlahan-lahan pergi ke ruang tamu lalu duduk diatas sofa. Dia menyisip mug itu.
"Kiranya Lia nak kahwin dah lah?" soal Aish. Zarina jungkit bahu. "Something like that, I guess. Lagipun Lia memang dah patut kahwin dah pun."
"Hek eleh.. Kau pun patut kahwin!" ujar Syafiera yang sedang menuruni tangga. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dengan berwaspada. Ye lah. Perut dah memboyot.
Dengan sepantas kilat, Aish berlari pergi ke tangga. Dia memimpin tangan Syafiera untuk menuruni tangga.
Zarina tersenyum senget. So sweet! Caring and gentleman betul lah Aish ni!
"Wow! Sweet lah korang!"
"Kalau kau nak sweet, kau kahwin je lah, beb." ujar Syafiera dengan sempoi nya sambil dipimpin oleh Aish ketika mahu duduk diatas sofa.
Tersengih Zarina. "Senangnya kau cakap. Sebab kau bukan aku!" Menjegil mata Zarina memandang Syafiera yang sudah berada disebelahnya.
Tetapi Ari.. Kau harapkan someone like Aish juga kan untuk jadi suami kau?
Yang akan sayang kau.. Yang akan jaga kau.. Yang akan cinta kau.. Yang akan percaya kau..
"Ryan sayang... Fiq ajak main dekat luar." ujar Syafiera, lembut kepada Aryan.
Terus automatik Aryan bangun. "Betul ke aunty?" Syafiera mengangguk.
"Mummy! Ryan pergi main dengan Fiq ye?"
"Kiss mummy dulu." Zarina menyua pipi kanannya kepada Aryan. Dia tersengih. Dengan laju, Aryan mencium pipi Zarina.
"Tata mummy!"
Kelibat Aryan semakin menghilang diruang pintu.
"Eh, jap. Kau kata Datin Suraya nak kahwinkan Lia dengan anak lelaki dia?" soal Aish sekali lagi. Zarina mengangguk.
"Anak lelaki Datin Suraya tu sorang je.. Tak kan lah..."
"Tak kan lah apa, bang?" soal Syafiera tidak sabar.
"CEO Goldmine. Mr. Takahashi. Mr. Takahashi tu anak Datin Suraya." Kata Aish serius sambil menongkat dagu.
Zarina tergamam. Datin Suraya... Kawan arwah mamanya punya anak bernama Nuh Rayhan? Sekejap... Jadi Julia dan Ray akan berkahwin?
Untuk apa semua pengakuan cinta yang pernah dikata oleh Ray?
Zarina mahu ketawa kuat biar satu dunia mendengar ketawanya. Sekali lagi, dia terasa diperbodohkan. Memang dia hidup untuk diperbodohkan oleh manusia ke?
"The day yang korang patut berjumpa tu.. Sorry tau!" pinta Aish.
"Hah??"
"Dia cakap dia tak jumpa kau sebab dia busy. Again." ujar Aish sedikit jengkel.
Zarina terpinga-pinga. Apabila akalnya sudah memahami, dia tersenyum senget.
Lelaki... Lelaki... Penuh dengan penipuan semata-mata dan muslihat. Lelaki, spesies yang tidak layak dipercayai.
Hari tu, mengaku sayang lah cinta lah. Tapi rupanya akan berkahwin dengan orang lain. Dasar penipu!
Mujur Zarina belum menyerahkan sekeping hati miliknya kepada Ray. Jika tidak, pasti dia akan meraung.
Tetapi....
Zarina memegang dadanya.
Kenapa hati ini rasa sakit ah?
Zarina menelan air liur. Ini salah. Hatinya tidak patut sakit! Dia dan Ray baru berkenalan selama beberapa minggu sahaja! Mustahil cinta boleh berputik!
Tetapi Ari... 4 tahun yang lepas... Kau terjatuh cinta dengan lelaki itu selama sebulan sahaja. Tidak mustahil andai kau jatuh cinta kurang dari sebulan.
Ah, hati.. Kenapa kau perlu sebut tentang lelaki itu?
Serta merta dia teringatkan peristiwa semalam. Semalam. Kejadian dimana seluruh keluarga yang pernah dia anggap sebagai keluarga bertemu dengan dia. Untuk harapkan dia memaafkan mereka.
Maafkan mereka? Memang tak lah. Tidak mungkin dia maafkan mereka. Hatinya sudah terluka. Cukup lah sekali.
Sedih? Ya dia memang sedih melihat insan-insan yang pernah dia anggap macam keluarga sedang meminta maaf kepadanya.
Tetapi itu tak cukup. Kata 'maaf' mereka tidak mampu membeli jiwa Ari untuk maafkan mereka.
Ding Dong....
"Eh, ada orang datang lah." ujar Syafiera sedikit hairan. Ye lah kan. Siapa yang datang ke rumah mereka?
"Biar abang yang buka." Aish, sebagai seorang lelaki gentleman (bagi Syafiera sahaja) terus bertindak pergi ke ruang pintu.
"Aku nak naik atas jap." pinta Zarina yang sedang bangun. Dia mahu berehat. Tenangkan fikiran. Tenangkan jiwa.
"Ina, ada orang cari kau."
Hah?
Zarina berpaling. Terus tak jadi mahu naik tangga. Dia pandang Aish. Kenapa wajah Aish tegang?
Siapa nak cari aku? Terangkat kening Zarina beberapa kali sebelum bergerak ke ruang pintu. Aish memberi ruang untuk Zarina lalu. Syafiera juga bangun, berminat.
"Siapa—"
Terbeliak mata Zarina memandang 'orang' yang mahu berjumpa dengan dia. Ini bukan orang tapi bala. Macam mana mereka tahu ini tempat tinggalnya?
"Ari!"
Puan Maryam automatik melutut memegang kaki Zarina.
Terkebil-kebil Zarina dengan tindakan Puan Maryam. Dapat Zarina rasakan kakinya yang berlapit stoking seakan basah dengan air mata.
Zarina pandang pula depan.
Seperti semalam, Halima, Helmi, Firman, Atif, Halina, Hilman dan Hilna berdiri terpacak didepannya.
'Not again!' keluh hatinya. Hatinya sudah maki hamun dengan Pak Guard rumah ini yang memberi 'waran' pelepasan kepada mereka untuk masuk.
Tetapi hati mana yang tidak tersentuh dengan seorang wanita yang dianggap ibu sedang melutut dikakinya.
"Bangun lah."
Bergetar suara sang Zarina. Dia juga punyai hati perut. Masakan hatinya tidak mampu rasa apa-apa melihat Puan Maryam melutut dikakinya.
"Ari maafkan ibu ka, nak?" Lirih suara Puan Maryam bertanya. Dia mengangkat muka memandang Zarina.
Zarina gigit bibir bawah. Hatinya dipagut sayu melihat wajah tua itu yang basah dengan linangan air mata.
"Ibu, bangun lah!" Helmi bersuara lantang sambil mencuba menarik tangan ibunya untuk bangun
"Tak nak! Ibu tak nak!"
Firman turut membantu Helmi menarik Puan Maryam agar bangun. Dan mereka berjaya.
Terus Halina pula yang melutut dikaki Zarina.
"Aku tahu kata maaf kami tak mampu nak ubati luka pada hati kau. Aku tahu kami telah kecewakan kau...." Mendatar nada Halina bersuara. Matanya bertakung.
"Maafkan aku. Aku bukan kawan yang baik. Malah, aku tak layak jadi kawan kau. Kerana aku bukan kawan yang terbaik untuk kawan sebaik kau....." Mutiara jernih jatuh keatas kaki Zarina.
"Aku tak minta kau maafkan kami. Kesalahan kami sangat berat. Silap. Dosa kami sangat berat. Masakan kami bisa diampunkan?" Halina ketawa kecil bersama linangan air mata dipipi. Dia memberanikan diri memandang Zarina. Terkedu Zarina.
"4 tahun kau merana. Merana seorang diri. Menderita seorang diri. Tanpa insan yang bergelar 'keluarga' disisi. Ya aku tahu penderitaan kau cukup hebat. Cukup sengsara. Tak dapat aku bayangkan..." Setitik demi setitik air mata itu turun menodai pipi.
Zarina dapat rasakan keikhlasan disebalik mata hitam itu. Dan, hatinya cukup tersentuh.
"Kami bodoh. Bodoh kerana salah menilai kau. Walaupun aku sudah lama berkawan dengan kau, aku tetap salah menilai kau! Bodoh kan aku?" Halina tersenyum pahit segaris.
"Orang yang sepatutnya kau meluahkan segala masalah bukan aku. Ya, aku tak layak jadi kawan kau..."
Zarina diam menantikan bicara seterusnya.
"Aku tak mengharapkan bulan atau bintang. Aku tak mengharapkan emas atau permata. Aku tak mengharapkan wang atau kereta. Aku juga tak mengharapkan kau memaafkan kami kerana aku tau dosa bodoh kami sangat berat....." Halina menundukkan wajahnya sebentar.
"Aku hanya harapkan senyuman kau! Senyuman manis kau kepada kami! Masih sempatkah kami melihat senyuman kau?" soal Halina, lirih bersama air mata yang mengalir dipipi. Dia memandang redup mata hazelnut Zarina. Terhinjut-hinjut bahunya dek menangis.
Zarina terdiam. Dia cukup terkilan dengan luahan hati Halina. Sangat sayu. Tanpa sedar, kelopak mata Zarina bertakung.
"Bangun lah, sayang." Atif menarik Halina untuk bangun.
"Ari yang aku kenal bukan macam ni. Ari yang aku kenal 4 tahun lepas sanggup melukakan hatinya demi orang lain. Dimana hati kau yang tulus? Kemana hilangnya hati kau?" Atif menyoal serius.
'Hati itu tidak hilang Tif. Cuma rasa disakiti masih ada pada hati.' jawab Zarina tetapi dalam hati.
Tanpa mempedulikan Atif, Helmi pula yang melutut di kaki Zarina.
"Am bodoh. Ya gelak lah puas-puas dekat Am. Am memang bodoh! Bodoh menilai kaca dan permata! Bodoh kerana tak mempercayakan wanita yang dicintai! Bodoh kerana mempercayakan gambar itu bulat-bulat! Bodoh kerana tak memberi Ari penjelasan!! Bodoh kerana buat Ari menangis!!" Jerit Helmi kuat.
"Apa yang Am lakukan hanya lah hadirkan air mata kepada Ari. Am tak mampu hadirkan bahagia kepada Ari. Kerana Am bukan lah lelaki yang layak jadi suami Ari! Am tak layak terima cinta tulus Ari!" Air mata jantannya turun. Egonya turun. Kerana seorang wanita bernama Zarina Medina.
Sekali lagi hati Zarina dipagut sayu. Dia benar-benar terkedu. Am menangis?
"4 tahun... Kami memilih untuk mempercayakan gambar itu. Selama 4 tahun! Tanpa mengambil tahu kesengsaraan Ari!"
"Am bukan lah lelaki hebat. Am bukan lah lelaki sempurna. Yang hanya mampu membuat Ari menangis..." Helmi kesat air mata.
"Untuk itu... Jangan maafkan Am! Sampai bila-bila! Lelaki macam Am tak layak jadi suami mahu pun ayah!! Tolong... Am merayu.. Jangan maafkan Am!!" pinta Helmi pilu. Semakin lebat air matanya turun. Dosanya terlalu berat. Sanggup menghina Ari dan anaknya sendiri.
Terkedu semua orang mendengarnya. Jangan maafkan?
"Kak! Ampunkan kami kak!!" Hilman dan Hilna memohon maaf.
"Ari! Maafkan kami! Setiap manusia lakukan kesilapan!" Halima juga turut meminta maaf.
"Ya, Ari. Maafkan mereka. Tetapi jangan maafkan Am!! Jangan sesekali maafkan Am!!" Kata Helmi sambil kesat air matanya yang bercucuran.
Aku.....
Zarina terus menutup pintu kuat.
Aku tak kuat!
"Ari! Ari!"
Ketukan pintu dan laungan yang menyeru namanya di luar membuatkan air matanya mengalir hangat.
Dia bersandar pada pintu. Dia teresak-esak seperti kanak-kanak kecil.
Aish dan Syafiera hanya mampu memandang sayu.
Aku tak kuat...
Aku sedih atas apa yang mereka buat dekat aku. Aku marah sebab mereka tak dengar dulu penjelasan aku. Aku kecewa sebab mereka tak percayakan aku.
Aku tak nak maafkan diorang!
Tapi....
Pada masa yang sama, hati aku... Rasa sedih melihat mereka menangis hanya mengharapkan maaf mereka diterima.
"Kenapa kau tak maafkan diorang je?" Aish menyoal serius tetapi dia tetap kecewa dengan tindakan pengecut Zarina.
"Kau expect aku maafkan diorang setelah apa yang diorang buat dekat aku?" balas Zarina tersedun-sedan.
"Then, kenapa kau menangis?"
Zarina tersentak. Ya lah.. Kenapa aku menangis? Kenapa aku yang menangis?
"Sebab jauh disudut hati kau, kau masih sayangkan diorang. Cuma kau ego, Ina. Ego kau tinggi." Kata Aish.
Zarina terdiam.
"Kalau kau berterusan macam ni, korang semua akan menderita sama-sama!" celah Syafiera memberi pendapat.
"Ina, turunkan ego kau please. Maafkan diorang. Untuk kebaikan kau dan semua. Terutamanya Ryan." ujar Aish seakan merayu.
"Tak semudah itu, Ish." Zarina kesat air matanya yang mengalir dipipi. Tak semudah itu mahu maafkan orang yang menghancurkan hati kita.
"Dendam ibarat sekam, Ina. Kau yang berdendam dengan diorang bermakna kau sedang genggam sekam. Dan kalau kau terlalu berdendam, kau dan orang yang didendami akan sama-sama terbakar." bidas Aish pantas.
Zarina menyandarkan kepala pada pintu.
"Andai kau lepaskan sekam itu, Insha-Allah semua orang akan bahagia dan gembira. Bina hidup baru. Kata dah move on?" Syafiera tersenyum.
Zarina memejamkan matanya rapat. Lepaskan dendam ya? Semua akan bahagia dan gembira? Benarkah?
-------------------------------------------------------
AKU bukan Prince Charming. Romeo pujaan Juliet? Jauh sekali. Juga bukan lah lelaki yang baik. Mungkin aku memegang watak 'Beast' dalam 'Beauty And The Beast' versi miskin.
Aku tak kaya. Aku hanya budak kampung. Budak sawah padi. Budak kulit gelap. Budak Kedah. Budak mandi sungai. Dan seangkatan lagi dengannya.
Aku juga punyai ego sebagai seorang lelaki. Tetapi, silap aku. Ego aku tinggi. Sangat tinggi.
25/2/2014
Tarikh yang mencatatkan perkenalan aku dengan dia. Si perempuan gila yang cuba menyewa aku sebagai suami.
"Aku nak sewa kau jadi suami untuk 3 bulan je. Boleh?"
Tak pernah aku jumpa perempuan yang gila segila Zarina Medina. Tak kenal, tiba-tiba ajak kahwin. Apa perkataan yang mampu gambarkan Zarina selain gila? Okay, aku salah. Gila kuasa tiga!
Tetapi sebab aku terdesak yang amat untuk cari kerja, tanggung ibu dan Tok dikampung. Aku sanggup. Tak kan lah nak harapkan duit kak Lima, abang Fir dan Lina je?
Aku asyik digelar 'Suami Untuk Disewa' oleh dia. Errrr.... Hanya dia yang sewa aku. Bukan orang lain. Sebab itu Ari memang gila!
Sepanjang berkahwin dengan Ari, mustahil lah hati aku tak tercuit dengan tingkah manjanya. Hari-hari hati aku bagai diawangan!
Tanpa sedar, aku terlanjur mencintainya.
Tapi aku juga ada dalam dilema.
First love atau isteri sendiri?
Orang pertama yang hadirkan cinta. Atau orang yang buat diri sendiri rasa mahu dicintai olehnya?
Hatiku masih berbelah bagi
Apa yang buat aku berjaya confess cinta aku ialah ketika Atif ada memberitahu aku.
"First love tak semestinya jadi Last Love. Buat apa kejar First Love andai isteri disisi tidak nampak? Ketahui lah jasa seorang isteri yang diduakan suaminya amat lah tak ternilai. Kejar cinta Ari sebelum terlambat sebelum Ari belum jemu sewa cinta kau."
Aku fikir Ari pasti akan ketawakan aku. Kerana aku kalah dalam bet kami. Siapa yang jatuh cinta dulu dicop loser kan?
Tetapi siapa sangka takdir Allah sungguh cantik. Ternyata Ari juga mencintai aku, tulus. Air mata pada malam itu boleh aku gambarkan betapa besarnya cintanya kepada aku.
Sayang, aku menghancurkan cintanya. Ya, cintanya yang begitu agung.
Pada petang itu, beberapa keping gambar telah sampai kerumah kami.
"Abang Am!! Tengok gambar ni!!" Hilna bersuara lantang.
Tatkala aku melihat gambar itu, jantung aku berdegup laju.
Tidak syak lagi. Itu memang Ari!
Hatiku cuba untuk menidakkan bahawa itu bukan Ari. Tetapi....
"Huh! Aku dah rasa dah perempuan tu mesti ada agenda!!" ujar Halima jengkel.
"Kita tak boleh tuduh dulu. Mana tau ini gambar tipu? Ada orang dengki ngan Ari kot." Tok Mah memberi pendapat.
"Lina dah kenal lama sangat dengan dia, Tok. Tak mungkin dia buat kerja terkutuk ni." Halina membela Ari. Aku mengangguk setuju.
"Eh, Lina! Kita tak boleh nak teka apa ada dalam hati orang! Mungkin depan kita, dia buat alim. Tapi mungkin dibelakang kita dia buat taik!" herdik Hilna. Hilman hanya terdiam. Tidak seperti Hilna, Hilman berfikir dahulu sebelum berkata.
"There's no way Ari buat macam tu! I know her!" jerit Halina. Kalau isu Kembang, dia boleh bertolak ansur. Tetapi kalau isu Ari kawan baiknya, memang tak lah.
"Kak, I think Na is correct."
Aku pandang Hilman. Tak kan kau juga?
"Am, habaq kat ibu. Lagu mana hampa boleh nikah?" soal ibu sayu.
Aku telan air liur. Alamak!
Halina hela nafas panjang lalu bercerita dari A ke Z. Ternganga semua orang. Aku hanya mampu garu kepala yang tidak gatal.
"Tengok? Na dah agak dah! It's complete! Dia sewa abang Am sebab nak tutup aib dia! Tak kan lah cepat sangat mengandung?" Hilna melaungkan suaranya. Aku terkedu.
"Tak. Dia sewa Am sebab nak dapatkan keredhaan papa dia." Tegas Halina. Aku pandang Halina. Betul kah?
Halima gelak sinis. "Keredhaan? Kahwin dengan orang lain, itu dipanggil keredhaan? Jangan jadi bodoh, Lina!"
Halina terdiam. Dia akui itu agak tidak logik. Dan hatinya sedaya upaya cuba menafikan bahawa Ari tidak bersalah.
Tetapi sayang, dia tewas.
"Betul ka?" soalnya pilu. Tidak menyangka Ari berbuat sebegitu.
"Am! Tok nak hang ceraikan perempuan tu!" Tok Mah menengking aku.
Aku angguk, masih teragak-agak.
Aku nak percayakan Ari. Tapi bila aku pandang gambar tu.. Aku kecewa. Lagi-lagi bila seluruh keluarga aku sokong Ari yang bersalah, aku tewas dengan syaitan.
"Kau dengar sini perempuan! Bersaksikan semua orang, aku ceraikan kau dengan talak 1!"
Aku tidak tahu syaitan mana yang merasuk aku agar menceraikan Ari. Tetapi mulut aku lancar menjatuhkan talak pada Ari.
Luruh hati aku melihat perempuan yang dicintai menangis. Kerana aku.
Aku mahu peluk dia ketat-ketat. Tetapi aku tak boleh. Kerana apa? Kerana ego.
Melihat dia dari jauh, membuatkan aku menitiskan sebutir air mata!
Dan pada petang itu juga lah. Tok Mah meninggal dunia dek terkena serangan jantung.
Satu-satu ujian berlaku dalam hidup aku.
Tanpa sedar 4 tahun telah berlalu. Aku sudah move on. Tetapi hanya separuh.
Ari menderita. Aku juga menderita dalam rindu. Mungkin tak seteruk Ari tapi aku juga menderita.
Takdir Allah menemukan aku sekali lagi dengan Zarina Medina.
Ya, mula-mula Arjuna Aryan yang sesat di Sunway Mall. Saat aku melihat wajah Aryan, dapat aku tahu ada yang tak kena. Tetapi aku cuba nafikan kerana ada ramai lagi manusia yang rupanya sama seperti aku. Termasuk budak.
Melihat wajah perempuan yang aku rindui dalam diam, membuatkan hati aku tersenyum tetapi bukan wajahku.
Lagi-lagi dia sudah bertudung. Hrmmm... Nampak sangat manis!
Tetapi, sekali lagi. Mulut aku membuat masalah.
"Kau dah bertudung rupanya. Nak tutup aurat kau macam kau tutup apa yang kau dah buat ke?"
Rasa mahu tampar mulut aku. Hati berkata rindu mulut berkata benci.
Melihat seorang lelaki disisi Ari, memuatkan hati aku panas. Cemburu. Ya, cemburu.
"I guess this man is a black sheep, right?"
Mulut aku membuat masalah lagi. Mengapa aku masih melukakan perempuan yang aku cinta?
Ari menangis. Hati aku jua turut menangis
Melihat Ari, tahu lah aku. Aku tak sebodoh itu untuk tahu bahawa Aryan ialah anak aku. Tetapi aku bodoh kerana menghina Aryan.
"Kesian budak ni.. Tak tau kata mummy dia perempuan murahan. Tak tau kata dia anak haram."
Ya! Aku tahu! Aku lelaki paling tak guna didalam dunia! Lelaki paling brangsat!
Kerana sanggup melukakan hati perempuan yang kucintai.
Tetapi, aku terpaksa. Aku mahu Ari benci aku! Sampai bila-bila!
Bila semua adik beradik sudah dapat tahu Ari tidak bersalah, hanya aku yang diam.
Diam kerana aku sudah dapat meneka bahawa Ari memang tidak bersalah.
Aku menafikan dari mulut kerana aku cuba untuk menidakkan dari segi realiti. Kerana ego.
Sehingga lah kawan Ari menunjukkan test itu.
Ya, aku tahu. Tetapi hatiku bagi and disiat-disiat membaca paternity test itu.
Mendengar kisah hidup Ari membuatkan aku sebak.
Ego yang aku bela sudah memakan diri.
Aku? Helmi Ikram. Bukan lelaki idaman. Hanya lah manusia biasa. Aku tak sempurna. Aku bukan Nabi yang tak pernah lakukan dosa.
Aku mempunyai ego yang tinggi. Aku lelaki egois. Aku manusia yang selalu alpa dan buat salah dan silap.
Kesilapan terbesar aku ialah ego yang aku junjung tinggi selama ini.
Dan kerana ego itu lah aku merana. Ari merana. Semua merana.
Tahukah kau, apa perasaan aku bila Ari halang aku dari memeluk Aryan?
Sakit! Hati aku rasa sakit! Hati aku menangis! Sakit yang amat hanya Allah yang tahu!
Sepadan dengan kebodohan aku selama ini. Cukup matching.
Aku tak nak Ari maafkan aku. Layaknya aku di Neraka. Asalkan Ari memaafkan orang lain, aku cukup gembira.
Kalau boleh, aku tak nak muncul dalam hidup Ari. Lagi bagus kerana aku tak akan hadirkan air mata kedalam hidupnya.
Aku mahu lenyap. Aku mahu Ari bahagia.
"Jika cinta boleh disewa, aku rela menyewanya untuk kesekian kalinya asalkan cinta yang kusewa adalah milikmu."
Cinta? Huh! Aku hanya lah pendusta cinta! Kata cinta, tapi aku yang buang cinta dia.
Seperti lagu 'Pendusta Cinta' by Wani dan Waris, aku lah pendusta cinta. Yang berterusan mendusta.
Andai ditakdirkan dengan orang lain, aku akan bahagia.
Mencintai tak semestinya memiliki. Kau harus faham konsep ini.
Melihat orang yang dicintai bahagia dengan orang lain, turut dinamakan cinta.
Sungguh! Aku tak nak Ari maafkan aku! Aku hanya nak Ari bahagia dan lupakan aku!
Andai masa dapat diputarkan, aku tak akan wujud dalam hidupnya. Tak akan! Hadirnya aku membawa duka sahaja.
Ari, aku cintakan kau.
Jangan maafkan aku! Tolong lah!
Mencintai didalam diam sangat menyakitkan hati. Tetapi Ari lebih sakit bukan?
Gelak lah, satu dunia. Gelak lah melihat aku menderita. Gelak lah melihat aku merana.
Aku binatang! Layak dipandang hina! Dipandang keji!
Memang aku tidak layak mencintai perempuan semulia Ari!
Aku, Helmi Ikram, akan sentiasa mencintai Zarina Medina. Dengar lah luahan hati aku duhai Ari!
Share this novel