Bab 79

Romance Series 186474

KEADAAN menjadi senyap apabila Rayyan sudah selesai bercerita.

Sangat senyap keadaannya. Mereka langsung tidak bersuara. Ada yang usap leher, betulkan duduk, minum air. Mungkin kerana masih lagi terkena culture shock.

Aish pula melopong. Macam tak percaya je Rayyan dan Jeffri sudah kenal 20 tahun yang lepas!! Boleh bayangkan tak?! Dan mereka merupakan kawan baik dan terlerai ikatan persahabatan mereka kerana tragedi itu. Dia tak tahu punpun Rayyan dan Jeffri berkawan!

Air teh tarik disisip tepi. Inspektor Ibrahin berdehem seketika.

"Jadi, dia nak bunuh kau sebab dia ingat kau punca dia hilang mak dan adik dia?" Rayyan mengangguk.

"Siapa orang yang menyamar jadi kau?" tanya Inspektor Huzaimi. Dia mula berbahasa aku-kau. Tak selesa pula guna saya-awak. Tak sesuai!

"Orang tu nama Iqwan. Dia merupakan stalker Haira Julia. Dia stalk Haira dah lama..." balas Rayyan sambil melontarkan pandangan kearah lain.

"Bila kau tahu? Dia hidup lagi ke? Kenapa kau tak buat report? " soal Inspektor Ibrahim bertalu-talu.

"Aku tahu 18 tahun yang lepas. Waktu tu aku umur 17 tahun. Aku minta someone siasat untuk aku."

Aish jungkit kening. Mulutnya menyoal tanpa bunyi.

'Roseville?'

Rayyan yang memahami mengangguk kecil.

"Dan aku dapati Iqwan telah meninggal dunia dilanggar lori." sambung Rayyan. Kalau Iqwan masih hidup, mesti dia dah belasah jantan tu sampai mati!

Inspektor Dayang menumbuk meja makan kuat. Dia ketap gigi. Air milo ais yang dekat dengan tumbukan itu terus terpercik keluar.

Bengang Inspektor Dayang dibuatnya. Kalau lelaki bernama Iqwan tu masih bernafas lagi diatas muka bumi, pasti aku akan bawa dia ke makhamah! Memperlakukan perempuan sebagai objek! Kasihan perempuan yang bunuh diri itu.

"Eh, chop... chop...." Aish menongkat dagu. Berkerut dahinya.

"Kiranya, Hayna Julia bukan adik  Jeffri yang sebenarnya?" Melihat anggukan Rayyan, terjawablah semua persoalan kenapa Jeffri selalu melayan Julia dingin.

Haira Julia, Hayna Julia. Nama pun nak dekat sama!

"Lia tahu tak?" Rayyan menggeleng.

Aish mengeluh. Pasti Julia sedih apabila mendapat tahu dia bukan adik Jeffri. Darah ayah sama tapi bukan darah ibu.

"Haira tu umur berapa?" soal Aish lagi.

"15 tahun." Jawab Rayyan tidak bersemangat.

Inspektor Huzaimi menghirup air laici itu mahu menghilangkan rasa dahaga. "Maksudnya Haikal Jeffri dengan Haira Julia itu kembar lah?"

Sekali lagi Rayyan mengangguk. Aish mengeluh.

"Aku tak patut halang kau date dengan Haira. Patutnya aku biarkan je daripada jumpa Roseville yang langsung tak bagi kita bukti! Kalau aku tak halang kau, mesti semua benda ni tak akan berlaku!" Aish mula menyalahkan dirinya. Pada hari kejadian itu, mereka menemui Roseville atau lebih senang Madam X. Ingatkan dia nak bagi bukti pasal pembunuh ayah Rayyan, tapi dia cuma bagi hint je!

"Qada dan Qadar. Redha je lah. Benda dah lepas." balas Rayyan sambil tersenyum tipis. 20 tahun dia biarkan semuanya berlalu.

"Rayyan, kau tahu kau tak salah. Dan Jeff masih mempersalahkan kau. Kenapa kau tak bagitau je kebenaran? 20 tahun dah lepas!" desak Aish. Kenapa Rayyan tak bagitahu je bukan dia yang rogol Haira!

Tiga orang Inspektor itu mendekatkan wajahnya. Berminat ingin tahu kenapa Rayyan tidak dedahkan kebenaran je sepanjang 20 tahun ini?

"Aku terus lost contact dengan Jeff. Dia pindah sekolah. I mean... Oversea. 4 tahun lepas, aku baru jumpa dia. And dia still put the blames on me. Aku nak bagitahu, tapi dia tak bagi aku chance. Tak sangka benda ni jadi besar sampai nak bunuh kitorang" balas Rayyan sambil mengeluh. Dia meletakkan dagu diatas tangannya sendiri.

"When it comes to revenge, nothing is impossible. Kau tak patut ambil ringan." pesan Inspektor Dayang tidak menyukai Rayyan yang mengambil ringan.

"Betul tu." Sokong Inspektor Huzaimi.

"Nah dokumen." Aish menyerahkan dokumen kepada Inspektor Ibrahim. Dokumen salinan ini Rayyan yang buat.

"Kalau hilang lagi, call aku. Aku ada berlambak salinan dekat rumah aku." ujar Rayyan.

"Rumah kau dekat mana?" Soal Inspektor Huzaimi tiba-tiba.

"Jangan sibuk boleh tak?!" marah Inspektor Dayang. Inspektor Huzaimi tiba-tiba pula jadi kepochi!

"Aku nak awasi rumah tu. Mana lah tahu orang-orang Haikal Jeffri datang?" terang Inspektor Huzaimi.

"Err.... It's okay. Aku dah hired banyak bodyguards. Don't worry." balas Rayyan, sedikit tidak senang dengan Inspektor Huzaimi. Tapi ada betulnya juga..  Mana tahu Jeffri akan menghantar orang?

"Sekarang ni, kita cuma kena locate mana Haikal Jeffri. Dan Rayyan..." Inspektor Ibrahim pandang Rayyan. Rayyan mengangkat mukanya.

"Kau kena jaga anak-anak kau. Pastikan Julia tidak merayau-rayau. Suruh Zarina berhati-hati dan jaga anak dia baik-baik." pesan Inspektor Ibrahim.

"Baik!"

_______________________________
"IBU nak mee goreng atau benda lain?" soal Halima yang sedang membuka api. Dia menoleh memandang ibunya yang duduk diatas sofa diruang tamu.

"Mee goreng ja lah." jawab Puan Maryam yang sedang menutup Al-Quran. Sudah menjadi tabiat, selepas sahaja solat Dhuha, baca Al-Quran.

"Okay!" Halima menuang minyak kedalam kuali.

"Budak-budak nu pergi sekolah ka?" Tanya Puan Maryam lalu membuka cermin mata yang tersarung pada telinga.

"Ha'ah. Abang Fir pula pergi kerja." jawab Halima, fokus untuk membuat mee goreng.

Puan Maryam tersenyum tipis. Sudah besar cucu-cucu dia. Uzair, Umar, Una, Uda dan Ufa. Dua pasang kembar.

Uzair dan Umar sudah berumur 10 tahun. Dua-dua pengawas! Boleh bayangkan tak dua troublemakers menjadi pengawas sekolah? Tapi bagus lah mereka sudah matang.

Uda, Ufa dan Una pula berumur 8 tahun. Mereka sudah darjah dua. Kembar ini pula tiba-tiba menjadi lincah. Suka mengelirukan kawan-kawan dan guru-guru mereka dengan mengaku diri mereka orang yang sama. Haihhh... Comel!

Dan, Tok Mah. Wanita tua itu telah pergi buat selama-lamanya sejurus Zarina keluar dari rumah dek terkena serangan jantung.

4 tahun telah berlalu. Sayang, banyak benda yang berubah.

"Ibu nak pi butik Ari ka?" Halima bertanya sambil menggoreng mee goreng.

      "Tak apa lah.... Ibu tak nak kacau dia dah... Lepas ni jangan sapa-sapa kacau Ari dah. Habaq dekat adik-adik hang." balas Puan Maryam.

"Tapi dia ada anak! Ibu tak nak tengok anak dia ka? Cucu ibu sendiri."

Puan Maryam mengukir segaris senyuman tipis.

    "Nanti-nanti ja lah ibu tengok Aryan."

_______________________________
"GUYS, dengar sini." Rayyan bersuara serius sambil menongkat dagu, duduk diatas sofa. Dalam banyak-banyak spot, rumah Aish juga yang kau pilih untuk bincangkan hal ini. Baij pergi lepak mamak ke. Aish pun tak faham lah....

"Rayyan, asal kau datang sini?" soal Syafiera sambil dipimpin oleh Zarina.

"Aku nak korang buka telinga korang luas-luas. Hal ini sangat mustahak." Tak ada angin tak ada ribut Rayyan menghimpunkan Aish, Syafiera, Zarina, Julia, Dollah dan Mat.

"Aku tahu kehidupan kita semakin selesa. Tapi jangan lupa, penjenayah tu masih ada dekat luar sana. Aku rasa korang pun tahu siapa penjenayah yang aku maksudkan." ujar Rayyan dalam nada yang amat serius.

Semua membisu sambil mengangguk. Tahu sangat siapa penjenayah itu.

"Jeff— I mean... Criminal. Pihak polis dah jumpa tempat penyembunyian criminal itu."

"Hah??"

Masing-masing terkejut. Masing-masing membuat andaian masing-masing didalam otak mereka. Adakah Jeffri berjaya ditangkap? Adakah Jeffri terlepas? Dimana lokasi penyembunyian itu?

"But nampaknya dia dah pindah tempat." Rayyan menyambung ayatnya semula.

Mereka mengeluh hampa. Kecewa kerana jejak Jeffri tidak ada penghujung.

"But that's not our main point. The main point is, ada banyak gambar....." Ayat Rayyan tergantung. Tidak sanggup untuk menghabiskan bicara.

"Gambar?"

Mereka pula tertanya-tertanya sendiri. Suspen betul lah!

"Gambar Ina, Ryan, Rayyan, Sha, Qal dan Lia. Penuh dekat dinding. Gambar-gambar perkembangan korang. Juga ada tulisan 'Die' warna merah." Aish tahu Rayyan tidak dapat bercakap, jadi biar dia yang ambil alih.

Rayyan pandang wajah Zarina dan Julia.

Terkejut. Biasa lah. Mestilah terkejut apabila criminal itu stalk mereka.

"So, adakah kita diburu?" soal Zarina risau.

"Not diburu. But akan dibunuh." tegas Rayyan sambil tekankan perkataan 'dibunuh'.

"Probably. But I think Jeff—sorry, the criminal tak akan fokus dekat adults. Dia pasti akan fokus dekat kids." terang Aish. Hampir tersasul dia tersebut nama Jeffri. Nak jaga hati Rayyan, sebut je lah criminal!

"Ryan.... Sha... Qal...." ujar Julia sambil berkerut, takut. Dia tidak kisah andai dirinya diburu. Tetapi budak-budak! Mereka tak bersalah!

Dollah mengerling Julia. Reaksi gadis itu berubah menjadi takut. Dollah hanya mampu berdiri tegak sambil mengeluh.

"That criminal is unpredictable and very dangerous. Dah lama dah, tapi still pihak polis tak dapat tangkap. Unbelievable!" Sudah lama sejak Jeffri diburu pihak polis, tapi pihak polis masih tidak dapat tangkap! Jeffri ibarat rusa. Semakin lama cuba diburu, semakin laju rusa itu berlari. Sekejap... Jeffri yang diburu atau kita yang diburu?

"Dollah, Mat. Pastikan korang jaga Julia. Jangan kalih daripada Julia walau sesaat pun!" Arah Rayyan.

"With pleasure!" sahut Dollah bersemangat. Jangan kalih walau sesaat? Tengok muka Julia berjam-jam pun boleh. Dengan senang hati!

"Ari, aku akan upah—"

"No need. I can take care of myself and my son." Pintas Zarina laju.

"Don't be stubborn. Kita bukannya 24 jam dapat awasi anak. Kalau kau terleka, kau hilang semuanya!" tegas Rayyan. Keras kepala betul lah!

Zarina terdiam.

"Fine. I agree but not today."

_______________________________
"MUMMY, kita nak ke ane?"

Pertanyaan anak kecil itu membuatkan Zarina tersenyum.

"You will know, Ryan." jawabnya meneruskan pemanduan.

"Fine!" Kanak-kanak berusia 4 tahun ini berpeluk tubuh.

"Hah, dah sampai."

Laju Aryan membuka pintu kereta.

"Ryan.... Tunggu!"

Zarina keluar dari kereta Almera lalu menekan punat lock.

"Jom, mummy!" Aryan memegang tangan Zarina.

"Jom!"

Mereka memasuki satu bangunan kecil. Dia terlihat seorang pegawai.

"Saya nak jumpa Querina Nasstia."

"2 visitors?"

"Ya...."

Pegawai itu mengangguk lalu beredar.

Zarina duduk diatas kerusi. Aryan diangkat duduk diatas ribanya.

Aryan memegang kaca lut sinar dihadapannya.

"Ryan... Jangan main.." tegur Zarina.

"Mummy, kita nak jumpa sape?" soal Aryan. Dia dapat menangkap bicara mummy nya dengan pegawai tadi.

Zarina tersenyum tipis. Senyumannya bertukar lebar tatkala melihat Querina datang duduk diatas kerusi dihadapannya dengan memakai baju penjara.

"Ada 10 minit je." Pegawai itu memesan.

"Tahu lah." jawab Querina.

Zarina memegang telefon didinding bersebelahan setelah kredit dimasukkan. Querina meletakkan telefon ditelinganya yang tertutup dengan tudung.

Ya, Querina sudah bertudung. Alhamdulillah. Kuasa-Mu sungguh luar biasa.

"Siapa tu?"

Sayup-sayup kedengaran suara Querina di ganggang telefon.

Dia menunding kearah Aryan diriba Zarina. Zarina tersenyum panjang sambil usap rambut Aryan.

"Ryan, aunty ni tanya siapa Ryan.." Zarina menyerahkan telefon kepada Aryan.

"Hai aunty! Nama Ryan, Arjuna Aryan Bin Helmi Ikram! Anak mummy!" Aryan memperkenalkan dirinya kuat, riang sambil tersenyum lebar.

Querina terkedu. "A—anak akak ke?" Bukan setakat Querina sudah menutup aurat dengan sempurna, malah dia sudah menukar kata ganti aku-kau kepada akak-Que. Lebih sopan.

Zarina mengangguk. Querina menekup mulutnya sambil mata yang berkaca-kaca.

"Kalau lah, Que boleh sentuh dia...." Querina menyentuh kaca yang memisahkan mereka dengan telapak tangan.

Aryan menongkat dagu sebelum turut menyentuh kaca itu dengan telapak tangannya yang kecil. Ibarat ber high-five dengan Querina.

Sebutir permata jernih jatuh ke pipi. Querina tersenyum pilu sambil teresak-esak menangis.

"Aunty... Nape nangis?" soal Aryan pelik.

Querina yang tidak dapat mendengar soalan Aryan kerana adanya dinding kaca hanya meneruskan tangisannya.

"Ryan, ni aunty Ryan. Aunty, Querina. Aunty ni adik mummy."

"Oh! Macam ibu sadara eh, mummy? *saudara" Dia pernah mendengar Syafiq berkata tentang ibu saudaranya!

Zarina mengangguk. Aryan sangat bijak...

Aryan mengambil telefon itu ditangan Zarina.

"Hi aunty Querina! Nama aunty cantik lah! Boleh Ryan panggil aunty, aunty Rin? Sebab nama macam mummy!" pinta Aryan kuat.

Querina mengangguk kecil berserta air mata yang bergelinang di pipi. Entah mengapa hatinya sebak melihat Aryan.

"Jadi aunty Rin jangan nangis tau? Ryan tak suka!" Aryan bertegas dengan riak wajah yang serius.

"Baik, sayang...."

"Pinky pomise!" Aryan membuat jari janji pada cermin kaca itu. Querina turut menghulurkan jari kelingkingnya.

"Janji."

*

"Husband akak tinggalkan akak?! How could him!" marah Querina bengang.

"4 tahun dah Que. Biar lah. Akak pun dah maafkan dia. And his family."

"Tapi tak patut lah diorang fitnah akak tanpa selidik dahulu!" Querina masih mengamuk. Bengangnya tahap mereka tahap dewa! Tidak tahu dia Zarina sengsara sampai tahap begini!

"Well, past is past. Let past pass through to the nightmare like the flow of the wind." ujar Zarina tenang.

"Akak.... Maafkan Que, kan?"

Zarina tersentak. Dia tersenyum. "Mesti lah! Que kan adik akak?"

Querina tersenyum. "Terima kasih, kak."

"Dah, masa dah habis!" Pegawai itu memberitahu.

Zarina mula rasa nak menangis. Alaaa..... 10 minit dah berlalu? Macam cepat sangat pula!

"Bye, akak. Jaga diri akak tau. Bye-bye." ujar Querina senyum pahit.

"B—Bye...." Zarina kebam bibir, mahu menangis.

Saat pegawai itu mengusung Querina masuk kedalam, Aryan menjerit.

"Aunty!!! Aunty nak ke mana?!!!" jerit Aryan terkejut melihat Querina dibawa masuk kedalam lagak pesalah dengan tangan yang digari.

"Mummy! Nape aunty tak ikut kita?!" soal Aryan pandang mummy nya dengan wajah yang sugul.

Zarina diam. Dia hanya mampu tersenyum kelat.

"Mari balik, sayang."

_______________________________
"KAU pergi mana, Furqan?" Inspektor Ibrahim menyerang Inspektor Furqan yang sedang masuk kedalam bilik pejabat

"Ada hal urgent. Emergency." jawab Inspektor Furqan lalu duduk diatas kerusi.

"Kau tahu tak dokumen pasal Haikal Jeffri dah hilang?" tanya Inspektor Dayang yang duduk diatas meja. Fuishh... Sempoi gila!

"Ouh, ye ke?" soal Inspektor Furqan kosong.

Inspektor Huzaimi mencengkam kolar baju Inspektor Furqan.

"Kau jangan main-main! Kunci tu hanya kita berempat sahaja yang pegang! Macam mana dokumen tu boleh hilang?!" tengking Inspektor Huzaimi.

"Mana lah aku nak tahu.. Aku tak ada dekat office lah!" nafi Inspektor Furqan

"Jadi siapa?! Malaikat?! Kami syak kau ni spy Haikal Jeffri!"

Inspektor Furqan tersengih sinis sebelum melepaskan cengkaman Inspektor Huzaimi.

"Jangan tuduh sembarangan, Huzaimi. Jangan-jangan kau spy Haikal!" Inspektor Furqan merenung tajam Inspektor Huzaimi seolah mencabar.

Inspektor Huzaimi ketap gigi. "Kau—"

Baru sahaja mahu melepaskan tumbukan pada muka Inspektor Furqan, Inspektor Dayang menghalang Inspektor Huzaimi.

"Dah lah, Zaim!"

"Sabar, Zaim. Jangan bertindak melulu." pesan Inspektor Ibrahim.

Inspektor Huzaimi mendengus. Inspektor Furqan membetulkan bajunya.

Dia terus beredar.

"Woi! Kau nak ke mana, pembelot?!!"

"Bawa bertenang, Zaim. Kau faham tak?!" Marah Inspektor Dayang.

"Rekax, guys."

"The only way to solve all this mess is to break down the road." ujar Inspektor Ibrahim sambil menongkat dagu. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan!

P/S: Chap ni Scarlett kasi panjang sikit. Sebab apa? Sebab lagi 3 chapter lagi sebelum tutup buku! 3 Chapter guys!!! It means, tinggal 2 chapter lgi sebelum ending! Apa tunggu lagi? Tunggu je lah sampai tamat ending! Doa lah banyak2 agar hero korang dengan heroin. Sebab maybe there will be twist. Who knows?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience