Bab 28

Romance Series 186474

"AKU terima nikahnya Atia Melur Binti Hussein dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai."

Tangannya sedang berjabat tangan dengan tangan Pak Hussein, selaku ayah Atia yang menjadi wali.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

Hanya sekali lafaz, mampu membuatkan air matanya menitis. Saat memandang pasangan itu, hatinya bagai dirobek robek!

Zarina memejamkan kedua dua belah kelopak matanya. Dia tidak kuat untuk berdepan dengan semua ini. Dia tidak kuat untuk mengharungi semua ini.

2 bulan sudah berlalu. Ya, Atia Melur sudah selamat menjadi isteri lelaki itu. Helmi Ikram. Kegembiraan mereka tidak mampu digambarkan sebaliknya senyuman pada wajah mampu memberi jawapan.

Berbeza sekali ketika dia berkahwin dengan Helmi Ikram. Wajah yang kelat serta bibir yang sukar untuk tersenyum.

Zarina pasrah. Mungkin jodoh Atia dan Helmi sudah terletak di Luf Mahfuz. Tetapi yang peliknya, Helmi belum lagi menceraikannya!

-----

Tombol pintu dipulas. Dirinya seperti tidak mampu berjalan tetapi digagahkan juga.

Butang mata dia. Hampir luluh hatinya melihat Atia sedang mencium rakus bibir Helmi.

Atia menjeling sekilas kearah Zarina yang sudah masuk kedalam bilik sambil bibir mereka yang belum lagi dilepaskan.

Helmi seronok mencumbui bibir Atia sehingga tidak sedar akan kewujudan Zarina Medina di dalam bilik ini.

Sedih? Ya dia sedih! Kecewa? Memang dia kecewa! Hatinya terasa sakit melihat adegan mereka. Air matanya bertakung.

Atia melepaskan pautan mereka. Dia menjeling Zarina yang sudah terasa hati.

"Bie, bie tak nak ceraikan dia ke?" soal Atia manja sambil menjuihkan bibir ke arah Zarina.

Helmi memandang Zarina dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Zarina gigit bibir bawah. Dalam hati, dia sudah berdoa agar dia tidak diceraikan. Dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. Dia sanggup bermadu dengan Atia asalkan dia masih menjadi isteri Helmi.

"Aku ceraikan kau, Zarina Medina binti Azman dengan talak 3!" ucap Helmi tegang.

Air matanya berlimpah limpah turun tatkala lafaz itu diucap pada bibir lelaki itu. Setitik demi setitik air mata itu membasahi pipinya. Dia jatuh tersungkur.

Helmi sudah menceraikannya? Dengan talak 3? Dirinya masih lagi tidak percaya. Dia lemah.

Atia tersenyum sinis puas sambil menjeling tajam Zarina yang sudah terduduk itu. Huh, sudah lama dia menantikan hari ini! Hari dimana dia menjadi isteri Helmi juga hari dimana Helmi melafazkan talak.

3 bulan dia menantikan peluang ini. Peluang untuk merampas semula Helmi Ikram! Akhirnya, dia berjaya!

Zarina menekan nekan dadanya. Katakan lah bahawa ini semua mimpi. Rasa sakit menyelebungi hatinya pilu.

Dia harus kuat! Dia tidak patut biarkan ini semua berakhir!

Dia memegang kaki Helmi. Digoncangnya kaki itu kuat seraya dia mengangkat muka menatapi wajah bekas suaminya itu sayu.

"Ammm..... Kenapa buat semua niiiiii??? Ari cintakan Am laaaah......" teriak Zarina seraya itu air matanya mengalir deras. Makin kuat dia goncang kaki Helmi.

"Lepaskan kaki aku lah, sundal!!!!" jerit Helmi marah lalu menarik kakinya semula.

Atia memeluk tubuh Helmi sambil menjeling sinis Zarina.

"Kau boleh blah. Helmi aku punya!" sinis Atia.

Zarina gigit bibir bawah menahan esakan. Tidaaaakkkkk!!!!!!

Zarina terus terjaga. Dia mencari nafas. Dia meraba raba wajahnya seraya memerhati sekeliling. Bilik tidur mereka.

Dia menilik jam dinding. Pukul 4 pagi..... Masih awal. Adakah itu mimpi?

Dia meraup rambunya kasar. Mimpi buruk rupanya. Mimpi tentang Helmi berkahwin dengan Atia.

Serentak bibir itu ketawa halus. Kelakar betul mimpi itu! Atia yang sopan santun dan ayu tiba tiba jadi gedik! Can you believe it?

Dia bingkas bangun. Dia mahu bergerak kedapur. Tekaknya terasa haus. Mungkin dek kesan mimpikan Helmi dan Atia berkahwin.

Baru sahaja kakinya hendak melangkah ke luar bilik, dia terdengar tangisan bayi yang berada didalam biliknya.

Dia tersentak. Cerita seram pula ke ni????

Kalau ikut dari segi logik, mana ada bayi dalam rumah ni. Mahu pun The U's yang terdiri daripada Uzair, Umar, Uda, Una dan Ufa.

Kiranya memang tak logik dan sangat ganjil kalau bayi tiba tiba menangis! Datang mana pula bayi ni?

Zarina gigit bibir bawah. Sudah lah dia memang takut dengan benda benda mistik ni, bayi pula bersuara.

Dia perlahan lahan toleh ke belakang. Takut pula dia rasa. Tak pasal pasal ada hantu sergah dia nanti. Bulu romanya meremang.

Bulat mata dia. Kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki sedang mendukung bayi yang sedang menangis itu.

Dia hanya nampak badan mereka sahaja. Jadi, dia tidak dapat melihat wajah mereka. Tetapi kedengaran suara wanita itu cuba menenangkan bayi itu.

Entah keberanian mana yang dia dapat, dia menuju kearah mereka. Dia menyentuh belakang mereka perlahan.

Serentak mereka berdua toleh. Wajah yang dia sangat kenali! Atia dan Helmi sedang mendukung bayi perempuan yang asyik menangis.

Terkejut Zarina dibuatnya! Helmi dan Atia dah ada anak????

"Am....?" soal Zarina cuba mengesahkan.

"Shuuuh..." Atia meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sendiri. Tanda diam.

"Baby nak tidur... Jangan bagi terjaga pula......" ujar Atia lembut. Serta merta bulu roma Zarina berdiri tegak mendengar suara Atia.

Zarina mengangguk perlahan lahan. Dia memandang bayi itu.

Bayi itu berhenti menangis. Dia memandang Zarina.

Besar mata Zarina apabila memandang wajah bayi itu. Wajahnya sebiji macam dia!

"Mama!" panggil bayi itu seraya ketawa halus.

"AAAAAAHHHHHHH!!!!!!" jerit Zarina tidak percaya.

Zarina terjaga dari tidurnya. Dia meraup wajahnya kasar. Bibir itu mendengus kecil.

Mimpi lagi!

Ingat ni drama ke..? Mimpi dalam mimpi? So funny!

Habis berpeluh peluh wajahnya dibuatnya dek mimpi panjang yang seperti berlarutan.

Dia memandang jam dinding. Pukul 4 pagi... Okay, ini mimpi juga ke?

Dia menampar nampar pipinya. Okay, rasa sakit. Kiranya ini bukan mimpi. Sekarang dia berada di alam realiti.

Tanpa sedar, bibir itu mengeluh halus. Adakah itu mainan tidur? Atau satu petanda? Mimpi itu seperti benar dan real.

Mimpi yang aneh....
Mimpi yang ganjil....
Mimpi yang pelik....
Mimpi yang ngeri....

Dan,

Mimpi yang mungkin menjadi petanda untuk masa depan. Who knows right?

2 bulan lagi... Takdir yang tidak dia ketahui. Dan masa depan yang tidak menentu.

Dia kusut. Tekaknya haus tetapi dia tidak mahu pergi ke dapur. Silap hari bulan, jumpa benda lain pula!

Dia toleh ke sini. Kosong. Teman sekatilnya tiada. Siapa lagi kalau bukan Helmi?

Mana pula mamat tu pergi?

Ah, biar lah!

Baru sahaja dia mahu menyambung tidurnya, dia terdengar suara.

Kedengaran suara orang di luar bilik.

Alunan yang sangat merdu. Membuatkan Zarina terleka sebentar dengan suara itu.

Ini bukan nyanyian kan? Tidak... Ini solat..

Perlahan lahan Zarina bangkit daripada pembaringan. Dia melangkah ke luar pintu.

Zarina terkedu. Kelihatan Helmi sedang duduk di atas lantai seperti membaca sesuatu. Mulut nya terkumat kamit membaca.

"Sadakallahulazim....." Al-Quran ditutup.

Helmi mengangkat muka. Terkejut dia melihat Zarina yang berdiri di luar pintu.

"Kau.... Buat apa tu?" soal Helmi pelik. Pertama kali dia tengok Zarina bangun seawal ini!

"Kau.... Buat apa?" Soalan dibalas soalan.

Helmi buat muka malas. Dia menunjukkan Al-Quran yang terletak di meja kecil.

Kening Zarina bertaut. Bangun seawal ini untuk membaca Al-Quran? Biar betul?

"Aku solat Tahajjud. Asal?" soal Helmi dengan wajahnya yang tanpa senyuman. Jujurnya, dia tidak senang dengan kehadiran Zarina.

'Kenapa lah tak tidur ja?' gumam hati Helmi.

Dahi Zarina berlapis. Solat Tahajjud? Apa tu? Setahu dia, dia cuma tahu 7 jenis solat. Subuh, Dhuha, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' dan Terawih. Tak pernah dengar pun solat Tahajjud?

"Solat apa tu?" Bibirnya bertanya bersama beribu kerutan didahi.

"Errr... Solat untuk bersujud kepadanya. Untuk meminta pertolongan. Meminta pertolongan ketika bersujud...." jawab Helmi acuh tak acuh. Dah kenapa pula tanya pasal solat Tahajjud ni?

Zarina mengangguk kecil seraya membuat mulut 'o' tanda faham.

Sepi. Tiada langsung sebarang suara yang berbunyi selepas anggukan itu. Pagi ini sudah lah sunyi kerana semua orang masih tidur. Janggal pula situasi sekarang.

"Errr... Kau jadi imam aku boleh waktu Subuh?" pinta Zarina setelah lama terdiam.

Ingat dia jahil sangat ke? Dia ingat lah cara nak ambil wudhu dan cara hendak solat. Cuma, dia jarang solat. That's the problem.

Helmi terkedu. Tidak pernah pula mereka solat sekali. Dia pun tidak pernah nampak Zarina solat.

Helmi mengangguk perlahan lahan. Apa salahnya? Walaupun saling membenci, ibadah diutamakan.

Buat pertama kali mereka sembahyang berjemaah sekali. Mereka menunaikan tanggungjawab yang patut suami isteri lakukan.

Iaitu solat berjemaah suami isteri.

P/S: Hi guys! Sorry lambat update! Busy sangat! Busy dengan studies. Ini pun saja nak release stress studies. Wish me good luck ye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience