ZARINA menarik nafas lega apabila mereka sedang duduk diatas seat didalam kapal terbang.
Aryan yang sedang bermain dengan Ultraman disebelahnya dipandang sekilas.
"Mummy, kita nak pi ane?" soal Aryan sambil memandang Zarina. Ultaraman dipegangan digerakkan.
Zarina mengukir senyuman manis mendengar pertanyaan anak kecil itu.
"Balik rumah." jawab Zarina. Bertaut kening Aryan.
"Bukan umah kita dekat sana ke?" soal Aryan pelik sambil menghalakan jari kebelakang.
"Kita nak balik rumah dekat Malaysia. Tempat Ryan lahir. Okay?" Aryan mengangguk.
"Sorry, is this seat taken?" Soalan seseorang membuatkan Zarina terpaksa mendongak.
Seorang lelaki sedang tersenyum menawan memandang dia.
"Yes" balas Zarina pendek. Dia mengambil majalah lalu dibelek-belek.
Lelaki itu tersenyum mendengar kata-kata Zarina. Jual mahal betul! Dia terus melabuhkan punggung duduk bersebelahan dengan Zarina.
Zarina menjeling tajam lelaki yang duduk disebelahnya. Tengok aku cakap ada orang punya tempat, dia duduk pula! Agaknya ini mesti jenis yang tak faham Bahasa Inggeris!
Malas Zarina mahu melayan mamat jepun terus dia menyelak majalah Jepun itu. Ada juga penerangan tentang kapal terbang yang dinaiki ini.
"What is your name?" Kedengaran suara lelaki itu menyoal.
Sepi. Zarina hanya diam lalu membelek-belek muka surat demi muka surat. Senyuman sungging terukir pada wajah lelaki itu.
"Am I talking to a ghost right now? Only me can see you?" Lelaki itu memetik jari cuba mahu tahu adakah Zarina itu hantu. Zarina menjeling tajam.
"Sorry, who are you talking to? Air?" balas Zarina sarkastik. Lelaki itu tersenyum.
"Oh, you can talk! I thought you are a ghost that couldn't speak to the guy that have a handsome face!" sinis lelaki itu turut memuji dirinya. Zarina buat rolling eyes. Mamat jepun ni perasan pula.
"Whatever, weirdo!" balas Zarina jengkel. Lelaki itu tersenyum lagi.
"What is your name?" soal lelaki jepun itu lagi. Zarina mendengus.
"It's none of your business! Could you please stop asking my name??" Jengkel pula Zarina dengan mamat jepun ni. Lelaki itu hanya tersenyum herot.
"I'm not asking to you. I'm asking this handsome boy." Lelaki itu mengusap perlahan rambut Aryan yang berada ditepi tingkap.
Aryan tersenyum lebat seakan-akan memahami maksud lelaki itu
"Yes, I'm Aryan, the handsome boy!" perkenal Aryan dengan senyuman ceria di bibirnya. Zarina membuat muka toya apabila Aryan membalas pertanyaan lelaki itu.
"Ryan! Apa mummy selalu cakap? Jangan cakap dengan orang yang tak kenal! Lelaki ni jahat!" marah Zarina kepada Aryan. Lelaki itu tersenyum seakan memahami butiran Zarina.
"Wait a minute, Aryan's mummy. I'm not a bad person. I'm a good person." ujar lelaki itu. Zarina balas dengan jelingan menyampah.
"Whatever!"
" Where is the daddy?" soal lelaki itu sambil merenung wajah cantik Zarina yang macam harimau nak telan orang.
Zarina mengetap bibir. Sibuk betul mamat jepun ni!
"Could you please mind your own business? Shut up!" ujar Zarina geram.
"I'm not asking you, lady. I'm asking Aryan" Lelaki itu memandang Aryan yang sedang bermain dengan Ultaraman.
Zarina mendengus. Rasanya mesti perjalanan selama 7 jam ini akan mengambil masa yang sangat lama jika lelaki ini asyik bertanya.
Lelaki itu terus mengangkat tangan tanda surrender apabila jelingan tajam kalah helang diberikan. Lelaki itu terus memasang earphone.
Zarina mendengus. Mesti lama perjalanan untuk sampai ke Malaysia kalau lelaki ini sibuk mengalahkan mak cik bawang!
________________________________________
SETIBANYA di daratan, helahan nafas panjang dilepaskan daripada bibir mungil itu. Dia meregangkan otot lehernya.
Sudah sampai juga tanah air dia. Selama 7 jam masa diambil untuk tiba di tanah tumpahnya darah.
Terasa segala otot anggota badannya kejang dan kebas. Dia mengeliat kecil. Pergerakannya agak terbatas kerana kepala Aryan berada diatas ribanya.
Rambut Aryan diusap perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan anak lelakinya daripada tidur. Wajah comel Aryan yang sedang lena ditatap tanpa jemu.
Alis mata yang sedikit tebal. Warna mata hazelnut seperti mata dirinya. Bibir mungil seperti bibir dirinya. Semua itu serupa macam dia kecuali muka.
Ya, muka Aryan memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa muka Aryan mirip Helmi. Menunjukkan bahawa Aryan dan Helmi mempunyai pertalian darah.
4 tahun yang lepas, Puan Maryam pernah menunjukkan gambar Helmi sewaktu kecil. Memang mirip dengan Aryan!
Apa lah yang terjadi pada mereka selepas peristiwa itu, 4 tahun yang lepas?
Zarina mengetuk kepalanya. Dia tidak sepatutnya terfikirkan mereka yang telah menghalau dan menfitnah dia.
Zarina menampar-nampar pipinya perlahan berulang kali. Dia harus kuat! 4 tahun telah berlalu dan dia tidak lagi lemah yang boleh dipijak-dipijak!
Serta merta Zarina teringatkan Dato Azman. Apa khabar papa nya sekarang? Masih marah kah dia terhadap dirinya? Bagaimana pula dengan Querina dan Datin Noraini? Berjayakah mereka merebut harta papanya?
Zarina mendengus perlahan. Dia tidak patut larikan diri selama 4 tahun. Ya, dia perlukan ketenangan tetapi banyak masalah daripada ketenangan.
Dan, dia harus sedar. Dia telah berehat selama 4 tahun mencari ketenangan diri. 4 tahun telah berlalu, jadi dia harus bangkit menghadap realiti!
"Mummy, dah campai?" soal Aryan yang berada diatas riba Zarina.
Zarina tersentak daripada lamunannya. Dia menunduk memandang Aryan.
Wajah comel Aryan ditenung dengan renungan yang lembut. Aryan menggosok-gosok matanya menunjukkan rasa mengantuk masih bersisa.
" Sudah, sayang. Penat ye?"
Aryan mengangguk perlahan sambil menguap. Dia menutup mulutnya dengan tangan apabila menguap. Itu salah satu benda yang Zarina ajar.
Jatuh kasihan Zarina kepada Aryan apabila memandang wajah Aryan. Wajah itu kelihatan penat dengan matanya yang kuyu. Sudah lah tu, mulut itu asyik menguap sahaja.
Kecil-kecil lagi sudah terbang jauh dengan kapal terbang. Mana lah tak penat buat kalau mengambil masa 7 jam untuk sampai Malaysia dari Japan. Bagi Zarina juga badannya terasa lenguh semacam.
Zarina pandang luar. Malam telah pun menjelma. Bintang berkelipan menghiasi langit yang hitam membiru dipandang lama.
Selamat malam, Malaysia.
Lelaki itu terus keluar apabila mereka sudah selamat mendarat. Zarina juga keluar untuk mengambil luggage.
Zarina terpaksa menginjat apabila luggage itu sukar diambil dengan ketinggian dia yang begini. Urghh! Kenapa susah sangat ni?
Terkedu Zarina apabila ada tangan sedang mengambil luggage itu. Dia menoleh. Lelaki jepun itu!
"If you're short, you can ask my help." Lelaki itu berkata angkuh. Zarina terus mengambil luggage itu. Aryan digendong.
"I'm not asking your help!"
"Is that a proper response to someone that already help you?" sinis lelaki itu.
"As i already said, have I ever asked you for help? Never!" balas Zarina menyampah. Tak minta tolong pun!
"But should you at least say thank you to the handsome man?" soal lelaki itu dalam pada masa yang sama memuji dirinya.
Errkk... Rasa macam nak muntah hijau sahaja Zarina sekarang ini.
"Muka macam susu basi kata handsome? Celah mana handsome tu?" omel Zarina perlahan. Lelaki itu tersenyum.
"Pardon?"
"Oh, thanks!" ucap Zarina tidak ikhlas lalu berlalu pergi.
"Ah! Hope never meet you again!" laung Zarina yang sudau beberapa langkah berada dihadapan.
Lelaki itu tersenyum senget. Perempuan itu... Special.
________________________________________
Lapangan Terbang KLIA
Mata Zarina membesar melilau memandang serata tempat. Tangan kanannya sedang menggendong Aryan manakala tangan kirinya sedang memegang luggage.
Dia mengeluh perlahan.
'Mana diorang ni?' keluh hatinya sambil matanya mencari seseorang yang dicari. Tercari-cari dia jadinya. Ramai betul orang pada hari Sabtu ini menyukarkan Zarina untuk mencari orang yang harus menjemputnya
Aryan yang sedang tidur lena dipandang dengan pandangan kasihan. Kasihan, Aryan. Nampak sangat kepenatan itu sehingga terlena di gendongan Zarina. Natijahnya, tangan Zarina sangat sibuk.
Begini ya janji Melayu? Hari sudah larut malam. Tetapi batang hidung mereka pun Zarina tak nampak. Mujur Zarina sudah solat di lapangan terbang ini. Kalau tidak, pasti dia terpaksa tunggu ibarat tunggul kayu aje di lapangan terbang ini.
Surau di lapangan terbang ini pula sesak dengan ramai manusia. Mahu bergerak ambil wudhu pun susah. Lagi-lagi dengan Aryan yang sedang tidur. Zarina tidak mahu mengejutkan anak lelakinya daripada tidur kerana malam ini, Zarina tidak payah susah-susah dodoikan Aryan.
"Ina!" Zarina menoleh apabila terasa seperti ada orang menyeru namanya di belakang.
"Ish! Fiera!" Membesar mata Zarina apabila dua susuk tubuh yang sangat dikenali sedang menghampiri dia!
Aish Qayyum dan Syafiera sedang menghampiri dia. Senyuman lebar terukir pada wajah mereka. Begitu juga dengan Zarina.
"Lama gila tak jumpa korang!" ujar Zarina teruja. Teruja betul dia sampai kan Aryan pula mengeliat kecil. Mujur tidak terjaga.
"I think it's already been 4 years?" soal Aish dan Syafiera mengangguk.
"Fiera! Kau dah jadi mak buyung!" ujar Zarina apabila matanya terancap pada perut Syafiera yang besar.
"Atau, kau memang gemuk?" sambung Zarina. Mencerlung mata Syafiera mendengarnya. Lantas, lengan Zarina dicubit geram.
"Oww! Sakit lah gila! Ryan tengah tidur la!" marah Zarina bengang. Nadanya masih cuba dikawal agar tidak terlalu meninggi supaya tidak mengejutkan anak lelakinya.
Syafiera terkedu. Matanya merenung Aryan yang sedang tidur di pangkuan Zarina.
"Sorry..."
"Ina, kau tak tahu ke memang Fiera ni gemuk?" perli Aish sambil mengerling isterinya yang berada disebelahnya.
Zarina ketawa kuat tetapi masih dikawal. Mencerlung mata Syafiera. Amboi, suami aku pun naik kepala juga?
Lengan Aish ditampar lembut tanda geram.
" Sakit lah, sayang... " rengek Aish manja dengan suara yang sengaja dileretkan. Syafiera mencebik. Padan muka!
Zarina menjulingkan matanya keatas. Bibirnya dicebir menyampah.
"Dah dah, tak payah nak buat drama dekat sini. Badan aku dah letih dah ni. Bila boleh balik?" soal Zarina malas.
"Sorry sorry! Sekarang juga kita balik!" Terlupa pula yang Zarina sudah berada di sini.
"And this man need to carry the luggage! We the mothers , let's go!" Syafiera menarik lengan Zarina supaya mengikutinya.
Mereka berlalu meninggalkan Aish dengan luggage. Terkebil-kebil Aish apabila dua orang wanita itu meninggalkannya.
"Tunggu!"
*
"Ryan umur 4 tahun kan?" soal Syafiera memulakan perbualan. Dia menoleh memandang Zarina yang berada di seat belakang.
Aish memandu kereta Mercedes itu keluar dari kawasan lapangan terbang itu. Aish terus mengeluh. Jammed pula! Ramai betul kereta nak keluar!
Zarina mengangguk menggunakan isyarat. Syafiera memandang Aryan yang sedang tidur disebelah Zarina.
"Muka dia... lebih kepada ex-husband kau.." ujar Syafiera perlahan. Bukannya dia tidak tahu siapa bekas suami Zarina. Banyak kali juga lah Zarina cerita tentang bekas suaminya dulu ketika mereka masih berkahwin.
Zarina tidak menjawab kata-kata Syafiera. Dibiarkan seperti angin yang berlalu pergi.
"Berapa bulan dah?" soal Zarina cuba mengubah topik. Syafiera mengeluh apabila tahu Zarina cuba elak.
"5 months" jawab Aish laju.
"Berapa orang anak dah?" soal Zarina lagi.
"Sorang. Tu pun kat rumah, maid teman." balas Aish.
"Umur? Nama?" soal Zarina lagi bertubi-tubi.
Syafiera mencebik.
"Kau memang nyanyuk kan? Hari tu aku hantar gambar Syafiq kan?" soal Syafiera menyampah.
Zarina tersengih. Benar lah. 4 tahun yang lepas, Syafiera pernah menghantar gambar anak lelakinya, Syafiq Adam.
"Nanti Ryan ada kawan lah.." ujar Zarina teruja. Syafiq dan Aryan adalah sebaya. Jadi, mesti Ryan dah dapat kawan pertama di Malaysia!
"Bagus lah. Si Syafiq tu bukannya boleh duduk senyap pun." omel Syafiera. Syafiq itu troublemaker di rumah!
Zarina gelak kecil.
"Biasa lah weyh budak-budak.."
"Ina, aku pula yang pening dengan Fiera sebab suka membebel je!" ujar Aish sengaja mahu mengenakan isterinya.
Bulat mata Syafiera mendengarnya.
"Oh! Sekarang ni abang nak kata yang sayang ni nenek ke?" Tajam mata helang Syafiera memanah muka Aish. Aish tersengih persis kerang busuk.
"Eh, ada ke abang kata sayang ni nenek? But kalau sayang cakap macam tu abang setuju aje lah ye.."
"Abang!!" Bergegar kereta Mercedes itu dengan suara nyaring Syafiera.
"Weyh, Fiera chill. Jangan sampai Ryan bangun, aku debik kau!" ugut Zarina sambil menunjukkan penumbuk.
"Kau ni memang tak berubah lah, Ina." ujar Aish seraya ketawa kecil.
"Eh, pernah ke aku berubah?"
"Sudah lah tu! Dah solat?" soal Syafiera. Zarina mengangguk.
"Okay! Kau mandi rest tidur. Kalau lapar, dekat peti ais ada banyak stok makanan. Kau sebal je tapi jelly tu jangan ambil!" ujar Syafiera tegas di hujung ayat.
"Yelah, mak buyung..."
*
"Wow! Besar gila rumah korang!" puji Zarina. Matanya membesar kagum.
Rumah banglo 3 tingkat itu tersegam indah. Nampak sangat mewah dengan lampunya. Kolam mandi juga ada. Taman bunga yang menghijau turut terletak di tepi kolam. Pondok kecil yang dibina bersebelahan kolam turut menampakkan keindahan rumah ini.
"Mana ada besar. Biasa je." Jawapan cliché diberikan membuatkan Zarina mencebik.
"Ada renovate apa-apa ke ni?" soal Zarina apabila perasan kawasan rumah itu sedikit berlainan berbanding 4 tahun yang lepas.
"Bijak pun kau. Si Fiera ni pergi besarkan taman tu." balas Aish. Syafiera tersengih.
Malas mahu melayan, Zarina mengangkat Aryan yang sedang lena perlahan agar tidak terjaga.
"Ina! Jom masuk dalam! Biar je Aish angkat! Kita kunci dia dekat lua" Terus Syafiera menarik lengan Zarina agar mengikutinya.
Terpinga-pinga Aish jadinya. Dia cepat-cepat mengangkat luggage.
"Ah--- Tunggu lah!"
________________________________________
SETELAH selesai mandi, Zarina merebahkan badannya di atas katil. Wajah Aryan yang sedang tidur ditatap sepenuh hati.
Dia mengelus lembut rambut Aryan. Dikucup ubun-ubun Aryan lama.
Tanpa sedar, tubir matanya bergenang.
Dia sayangkan Arjuna Aryan.
Dia tak mampu hidup tanpa Arjuna Aryan.
Dia tak mampu bayangkan jika Arjuna Aryan tiada disisi.
Dia tidak kisah jika terpaksa derita, asalkan Arjuna Aryan setia menemani.
Dia mahu melihat Arjuna Aryan bahagia.
Dia tak mahu Arjuna Aryan menderita.
Dia tak mahu Arjuna Aryan melihat dia merana.
Dia memeluk tubuh kecil itu erat.
"Mummy sayang Ryan."
Tubuh kecil itu dimasukkan kedalam dakapan. Dia tidur lena dalam keadaan begitu di sisi Aryan.
Share this novel