Bab 35

Romance Series 186474

BUAH-BUAHAN yang berada didepannya dia pandang pelik. Dia telan air liur. Lehernya digaru walaupun tidak gatal

"Ni durian kan?" soal Zarina sambil memandang semua orang.

Mereka semua mengangguk mengiakan. Zarina mengeluh. Dia kena makan ke?

Buah yang agak kecil saiznya diambil.
"Ni buah apa?" soal Zarina lagi.

"Manggis" jawab Hilna yang sedang duduk bersimpuh diatas pondok.

Zarina hanya mengangguk mengerti sambil mulutnya dibentuk menjadi 'o'. Mangosteen?

"Ari kena makan semua ni ke?" Jari telunjuk dihalakan kearah beberapa buah durian dan manggis.

"Nak makan tak nak, tak nak makan boleh lepak mamak." balas Halina selamba lalu cuba membuka buah durian itu.

Zarina mencebik. Bahasa tak boleh bagi elok sedikit ke, saudari? Aku ni kakak ipar kau tau!

"Lina, nak potong kena pakai ni" Tok Mah datang sambil membawa sebilah pisau. Dipotong durian itu kuat.

"Uwaaah!!!" Hilman, Umar dan Uzair yang sedang bermain bola dikawasan luar rumah terus bergegas pergi ke pondok.

Bau durian ni sangat kuat sehingga mampu menarik minat mereka. Pengaruh kuat betul.

"Nakk!!!!!!!" Zarina tutup hidungnya. Busuk betul bau durian ni!

Berebut-rebut mereka datang mengambil ulas durian lalu disumbat kedalam mulut mereka.

"Ari tak nak ka?" tegur Tok Mah.

Zarina tersenyum kelat. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu lah makan durian. Not her taste.

Halina mencebik. Ulas durian disuakan kepada Zarina.

"Ambik ah" Halina menyuakan kepada Zarina mahu dia turut sama merasakan kesedapan durian itu.

Zarina menggelengkan kepalanya. Gila lah! Kau dah jilat pas tu nak bagi kat aku? Blah lah!

Halina mencebik. Hek eleh... Bajet je!

"Zame tak nak rasa ke? Sedap ni..." Entah dari mana Helmi datang lalu duduk bersebelahan Zarina. Zarina tersentak.

"Tak pe." balas Zarina sambil tersenyum.

Helmi merengus. Dia mahu Zarina makan durian ni. Sedap tau! Segar dari ladang!

Helmi mengambil seulas durian. Dihalakan kepada Zarina.

"Buka mulut.. Meh Miam suap" rengek Helmi manja memulakan lakonan drama happily ever after.

Tersentak Zarina melihat wajah Helmi. Pehal kau?

Zarina ketawa kecil. Ari, ingat ni cuma lakonan semata-mata. Bukannya betul-betul pun. Dia tak suka kau, Ari.

Dek pandangan helang oleh orang ramai, dia hanya mampu membuka mulut. Nak tak nak, kena buka mulut juga.

Besar mata Zarina. Amboi! Kau sumbat satu biji dalam mulut aku!

Dia menjeling tajam Helmi. Ulas durian yanh berada di mulutnya dipegang lalu digigit.

Hrmmm... Sedap tapi bau agak tidak menyenangkan. First time kot makan durian!

Manis betul!

"Durian lebih best makan dengan manggis" ujar Hilna yang sedang memandang Umar dan Uzair yang enak makan durian. Dua troublemakers yang gila akan durian!

Kening Zarina terangkat.

"Eikkk, kenapa?" soal Zarina polos.

"Sebab durian panas, manggis sejuk. Seimbang lah jadinya"

Terangguk-angguk Zarina mendengar keterangan Hilman.

Mangis diambil.

"Macam mana nak buka?" tanya Zarina blur.

"Macam ni kak" Baru sahaja Hilna mahu mengambil manggis yang berada ditangan Zarina, Helmi terlebih dahulu merampas.

"Hang kopek tak reti. Aku pro" ujar Helmi bersahaja.

Hilna mencebik. Buat rancak lah ah dia ni! Dia menyambung makan durian.

"Macam ni..." Helmi membantu Zarina kopek manggis.

"Nah" Helmi menghulurkan isi buah manggis yang putih.

Terjongket kening Zarina kagum. Wah! Kulit warna purple isi warna putih! Hebat!

Tanpa menyambut, Zarina terus makan isi manggis yang berada ditangan Helmi.

Zarina kulum senyuman. Hermmmm...... Sedapnyaaaa!!!! Betul kata Hilman! Rasa seimbang!

Helmi tersentak. Aku... Suap dia? Dia... Makan manggis kat tangan aku?

"Tak payah nak beromantika sangat lah" cebik Hilman mendatar tidak selesa dengan Zarina dan Helmi. Rasa sangsi terhadap cinta mereka masih bersisa.

Halina sekadar menjeling. Sibok lah budak underage ni! Biar lah mereka beromantika bagai!

Zarina tersenyum memandang Umar dan Uzair yang sedang makan durian. Comot betul. Comel!

"Tok.... Mar makan Zair punya.." rengek Uzair manja sambil mendekati Tok Mah. Sugul sahaja wajahnya tanda tidak puas hati.

Eikkk.... Dalam troublemakers pun ada pengkhianatan? Kelakarnya!

Yang pasti muka masam Uzair sangat comel! Muka Umar yang dibuat innocent pun comel! Jahat betul Umar kenakan kembar dia!

Hilna mencebikkan bibirnya.
"Tu laaah.... Hang selalu kacau Una sekarang abang kembar hang balas balik...." balas Hilna selamba.

Helmi menjeling tajam Hilna. Amboi! Mulut!

"Hilna, mulut tu jaga sikit naa..." tegur Tok Mah apabila perasan akan riak wajah cicitnya sudah berubah.

Hilna memuncungkan bibirnya. Tak kisah!

"Umar......." Tu dia. Suara Tok Mah versi hantu kak limah sudah keluar. Dileretkan panggilannya sengaja mahu menakutkan Umar yang rancak makan durian. Ini lah kaki troublemaker yang sebenar!

Umar toleh memandang wajah tua Tok Mah. Dia tersentak.

"Hang nak kena sunat ka Umar????" tanya Tok Mah tajam sambil menunjukkan sebilah pisau kepada Umar.

Butang mata Umar. Laju kepalanya digelengkan banyak kali. Takut dan gerun pula bila tengok pisau tu.

"Tak nak!!!! Hantu tok mudim!!!" teriak Umar sambil menggelengkan kepalanya.

Tawa mereka pecah. Teringat pula sewaktu cerita Hantu Tok Mudim dipertontonkan. Hilna sangat jahat kerana memaksa Umar dan Uzair tengok cerita tu malam-malam. Sudahnya? Nangis waktu tidur lah! Cari mak!

" Nanti tok kerat hang punya tu, simpan dalam botol kicap nak?" usik Hilna sengaja menambahkan perencah.

"Tak nakkkk!!!!!"

" Dah tu? Pi mintak maaf kat Uzair" arah Tok Mah sedikit lembut.

"Maaf Uzair! Umar janji tak kan buat lagi!" Kalut Umar meminta maaf sambil memegang tempat kemaluannya. Takut kena potong.

"Ya lah!" Mereka pun berbaik-baik. Happily Ever After! The End!

____

"Uiiiii.... Besaqnya!" Besar mata mereka semua apabila Tok Mah sedang membuka satu lagi kulit durian. Isinya yang kuning sangat besar!

"Ya lah... La ni kan musim durian." balas Tok Mah.

Satu ulas disumbat kedalam mulut Hilna.

"Tok curi mana durian ni tok?" soal Hilna selamba lagi bersahaja sambil Hilna menjilat ulas durian itu. Manis!

Satu tamparan padu hinggap pada paha Hilna.
"Adoiiiii!!!" Hilna mengerang kesakitan. Pahanya diusap perlahan-lahan. Aduhh! Tangan Tok Mah ni jenis platinum ke?

"Tu lah... Loghlaq lagi! Yang tu Pak Sudin yang bagi! Ada ka kata Tok curi. Loghlaq betul hang ni Na!" ujar Tok Mah tegas.

Muncung sahaja mulut Hilna. Acah merajuk!

"Tok ni nak baek ah panggil ceq loghlaq!" Hilna menepuk manja bahu Tok Mah.

"Memang pon." celah Hilman selamba sambil menyumbat seulas durian kedalam mulutnya.

Hilna toleh. Wajah Hilman yang seiras wajahnya dijeling sepuas hati. Eh eh. Monyet ni sibok ja!

"Sibok ah hang ni!! " teriak Hilna geram.

Hilman mengangguk persis burung belatuk bersahaja. Dia membuat memek muka mengajuk apa yang Hilna cakap.

Hilna ketap bibir. Eh eh. Monyet ni dah lebih!

"Aku bagitau Aida!!!!"

Hilman membesarkan matanya. Semua mata memandang Hilna dan Hilman berselang meminta penjelasan.

"Eh.... Awat kena habaq kat Aida pulak?" soal Halina kepoh mahu tahu apa skandal yang sedang berlaku.

Hilna pantas menekup mulutnya. Baru tersedar dia sudah tersasul. Hilman mengetap giginya. Ah, ini semua salah Hilna!

"Ada apa-apa jadi ka?" soal Helmi turut menjaga tepi kain orang. Wah, si Hilman sudah dilamun cinta ke? Berita sensasi, l

Hilman gigit bibir bawah. Wajah Hilna dijeling sepuas hati.

"Ah! Na suka kat cikgu Kamarul!" Hilman turut membocorkan rahsia. Mahu buat macam mana lagi? Ini je jalan keluar.

Terbeliak biji mata semua orang. Ternganga mulut semua orang. Hah??????

Wajah Hilna sudah bertukar. Kurang ajar punya abang kembar!!!!

"Betui ka??" soal Tok Mah meminta kepastian.

Hilna tidak menjawab. Sebaliknya, dia menjeling geram dan tajam wajah Hilman ibarat sebilah pisau.

Hilman menelan air liur. Gerun dengan Hilna. Rasanya dia sudah tahu apa yang akan berlaku nanti.

Dia cepat bangun lalu berlari meninggalkan mereka terkebil-kebil. Hilna yang melihat Hilman lari terus juga ikut sama bangun dan lari laju mengejar Hilman. Mana mau lari?!

Mereka yang di pondok hanya dapat memandang Hilman dan Hilna yang berkerjaran. Sesekali terdengar teriakan Hilna apabila berlari.

"Apa..... Yang sedang berlaku ni?" soal Zarina masih blur. Susah nak cerna segala yang berlaku tadi.

Tetapi mereka hanya menggelengkan kepala turut blur cuba memikirkan hal tadi. Aida pastu cikgu Kamarul?

Umar pandang Uzair.

"Awat tu?" soal Umar dalam keadaan berbisik.

Uzair menjongket bahu.

"Hal orang besaq jangan masuk campur" bisik Uzair semula.

Umar menganggukkan kepalanya tanda faham. Hal orang besar jangan masuk campur....

*

Zarina tersenyum memandang Hilman, Hilna, Uzair, Umar, Uda, Ufa, dan Halina sedang bermain-main. Malah, Helmi turut serta juga! Macam budak-budak!

Bibirnya menguntum senyuman. Mata tidak mahu lepas memandang Helmi yang dengan cool nya menyepak bola.

Tok Mah memandang cucu menantunya, Zarina yang sedang memandang Helmi. Ya, dia perasan itu.

"Ari...." panggil Tok Mah.

Zarina tersentak daripada lamunan. Dia memandang Tok Mah.

"Ya?"

Halima yang sedang mendodoikan Una hanya memasang telinga. Mahu tahu apa yang bakal dibicarakan oleh Tok Mah.

Tok Mah memegang tangan Zarina. Tangan tua itu dapat Zarina rasakan kehangatan.

"Tolong jaga Am ya?"

Terpaku Zarina mendengar permintaan Tok Mah. Aku jaga Am?

"Tolong jangan tinggalkan dia na. Cintakan dia sepenuh hati. Boleh dak?" Mata tua itu seakan bersinar.

Hati Zarina sebak. Kami kahwin atas dasar kepentingan diri sendiri, Tok. Saya cintakan dia tetapi dia tak. Cinta saya bertepuk sebelah tangan. Dan perkahwinan ini akan berhenti hanya 2 bulan lagi!!! Hatinya menjerit pilu.

Perlahan-lahan Zarina mengangguk. Terukir sedikit senyuman kelegaan pada wajah Tok Mah..

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia sangsi

"Tok.... Boleh terima Ari?" Ya, itu yang dia sangsi. Penerimaan Tok Mah sangat baik.

"Hah?? Mestilah!" jawab Tok Mah lancar.

"Bukan..... Ari kan.... rampas Am daripada.... Atia...." Zarina menyuarakan isi hatinya. Dia gusar.

Wajah Tok Mah terus berubah. Bibir tua itu dicebik menyampah.

"Jangan cakap pasal pompuan tu lagi!!!"

Zarina tersentak.

"Ke...kenapa?" soal Zarina berani. Mahu tahu kenapa Tok Mah benci Atia

Tok Mah mengeluh.

"Setiap hari Am dok usung perempuan tu kesana kesini. Kalau gatai sangat nak usung sana usung sini, nikah ja lah! Ni tak. Buat fitnah ada lah!" bebel Tok Mah sambil memandang Helmi yang asyik bermain bola.

Zarina mengangguk.

"Bila depa bercinta bagai nak rak, tok harap sangat lah depa akan nikah cepat-cepat. Tak pun putus ja. Doa tok termakbul...." Kata-kata Tok Mah terhenti. Dia menoleh memandang Zarina. Merenung mata coklat cair itu dalam-dalam.

"Am bawak calon bini. Tok gembiraaa sangat." sambung Tok Mah gembira.

Zarina ketap bibir. Ahh... Apa perasaan Tok Mah kalau tahu aku dengan Helmi tidak bercinta ya?

"Kalau tak bercinta pon tok tak kisah" Zarina tersentak. Aiii... Dia dengar ke apa aku fikir?

Zarina membuka telinganya mendengar dengan teliti.

"Sebab bercinta lepaih nikah lagi afdhal" ujar Tok Mah.

Zarina menggigit bibir bawah. Bercinta? Masakan kami bisa bercinta. Sedangkan cintaku hanya bertepuk sebelah tangan.

"Dulu, Am sangat rapat dengan arwah Mael....."

Kening Zarina terangkat. Mael? Siapa tu?

"Mael tu ayah Am... Ayah Lima.... Ayah Lina.... Ayah Man... Ayah Na... Mael rapat paling rapat dengan Am. Sejak Mael pergi, Am jadi murung. Makan tak nak... Pi sekolah tak nak... Dok terperap dalam bilik ja... Apa pun tak nak..."

Bibir bawah digigit menahan sebak. Ah! Kesiannya, Am!

Sempat Zarina mengerling kearah Halima. Wajah itu semakin menunduk bila perihal arwah ayahnya disebut.

" Pas tu, Atia datang. Bagi Am keluaq dari gua.. Tapi, tok tak suka dia suka bawak Am keluaq jalan-jalan. Boleh datangkan fitnah"

Ah! Aku telah merampas kebahagiaan dua kekasih! Cinta suci mereka telah aku musnahkan!

"Jadi... Ari tolong jaga Am naaa? Tolong cintakan Am sepenuh hati..." Tok Mah merenung anak mata Zarina.

Zarina dihurung rasa bersalah. Tok!! Hanya Ari yang cintakan Am! Am tak cintakan Ari!! Batinnya cuba meronta-ronta mendedahkan kebenaran. Tetapi lidahnya kelu untuk membongkar rahsia perkahwinan.

Zarina menganggukkan kepala.

Rasa bersalah makin menebal apabila melihat senyuman yang terukir pada wajah Tok Mah.

Agak-agaknya, bagaimana penerimaan Tok Mah apabila tahu aku hanya menyewa Am? Adakah Tok Mah masih akan menyayangiku sepenuh hati?

Aku berdosa. Aku menipu. Aku perampas. Aku berdosa kerana menipu dan merampas. Menipu keluarga yang tidak bersalah. Merampas kekasih orang.

Cinta mereka suci tetapi musnah dek aku yang menyewa Am.

Am hanya dicintai. Aku hanya mencintai. Jadi, siapa yang mencintai aku?

Layakkah aku menyewa cinta Am? Layakkah aku mendapat kasih keluarga ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience