PINGGAN yang berisi nasi minyak dan gulai ayam serta sayur sayuran dia jamah acuh tak acuh.
Tatkala paluan kompang kedengaran, dia mendongak sedikit memandang pasangan pengantin.
Pasangan mempelai itu tidak lekang dengan senyuman ketika mahu berjalan masuk. Senyuman manis yang bukannya terpaksa. Mereka nampak bahagia.
Sedikit sebanyak mengusik hati Zarina. Alangkah indahnya jika dia dan Helmi mempunyai perasaan sebegitu ketika berkahwin.
Zarina meraup rambutnya. Ahh... Ari, kau fikir apa ni?
Tepukan gemuruh diberikan oleh semua orang untuk pasangan bagai pinang dibelah dua itu. Termasuklah Zarina.
Zarina tersenyum hambar. Dia tidak pasti dengan perasaannya. Dia tidak tahu apa makna disebalik hati ini.
Dipandang wajah Halina yang rakus makan juadah nasi sekilas didepannya. Aisay.. Halina ini memang tak reti nak cover. Gelojohnya terserlah. Siap comot dekat tepi mulut itu.
Dia pandang sekeliling. Halima pergi bersembang dengan kawan-kawan. Firman juga begitu. Hilman dan Halina seronok berbual-bual dengan rakan sekolah. Manakala Una, Uda, Uzair, Umar dan Ufa sedang berkejaran di kawasan kampung ini.
Keningnya terangkat. Mana Helmi?
"Mana ibu?" Entah mengapa soalan lain pula terpacul pada mulutnya. Hati tanya lain, mulut pula berbicara lain.
Terhenti seketika aktiviti makan Halina. Dia mengangkat wajahnya memandang Zarina.
"Hah????" soal Halina dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Tersembur sedikit nasi hingga keatas meja.
Zarina sedikit tersentak dengan kelakuan spontan Halina. Nak gelak ke tak? But yakssssss.... Tak senonoh!
Dia toleh memandang sekeliling. Tak ada siapa yang nampak aksi Halina. So, pheww... Nafas lega dihembus. Dijeling tajam pula wajah dua puluh sen Halina.
"Tak senonoh lah kau ni!" marah Zarina.
Dibalas dengan sengihan nakal Halina serta 'peace'. Perlahan lahan Zarina turut mengulum senyuman. Gelagat Halina bikin dia terhibur.
"Ibu mana?" soal Zarina lagi. Padahal hati mahu tanya dimana Helmi Ikram.
Halina membuat mulut 'O'. Tangan kanan ligat menyumbat nasi serta daging kedalam mulut. Dikunyah perlahan.
"Dok sembang dengan mak cik bawang." balas Halina selamba.
Zarina mengangguk tanda mengerti. Tahu sahaja dia siapa yang Halina gelar sebagai 'Mak cik bawang'. Tak lain tak bukan, Mak Bedah, Mak Jah dan Mak Surya lah jawabnya.
Halina yakin. Mereka pasti akan bergosip mengenai pengantin baru kita, Cik Nab atau nama panjang Cik Nabilah Senah. Maklum lah, anak dara tua berusia 35 tahun baru berkahwin. Memang berita hangat lah kiranya.
"Hi, Lina!" sapa satu suara membuatkan Halina terpaksa mendongak memandang empu suara yang menyeru dia.
Ishhh.. Kacau aje. Nak makan nasi pun tak boleh.
Bulat matanya melihat susuk tubuh yang sangat dikenali.
"Eh, Tif??" tegur Halina dengan suara yang terpaksa dikuatkan. Muzik rancak yang memaksa dia berbuat demikian.
Zarina masih menunduk memandang juadah yang berada didepan mata diatas pinggan. Tidak berminat mahu masuk campur dalam urusan Halina.
Perlahan lahan sudu yang berisi nasi dan ayam diambil lalu disumbat kedalam mulut. Dia mengunyah perlahan ibarat slow-motion.
Entah mengapa tekaknya berasa tidak selesa mahu menelan makanan ini. Perutnya seperti menolak makanan ini berlawanan dengan arus.
Atif mengangguk perlahan. Hebat ingatan Halina! Sudah 3 tahun dia menetap di London, Halina masih ingat lagi dia!
Melihat sahaja anggukan Atif, Halina terlopong.
"Lama gila tak jumpa hang, Tif!!!" teriak Halina sedikit kuat.
Serius Atif ini lain gila. Dulu pergi London, macam nerd' sikit. Cermin mata tebal, baju selalu tuck-in masuk dalam seluar, rambut selalu sikat kemas rapi. Nerdy dan skema tapi pandai.
Tapi sekarang, Atif berubah 360°! Rambut ala ala Sasuke bad boy sikit. Cermin mata entah hilang ke mana. Tengok lah baju dia pun trendy gila. Hensem! Lain sangat Atif sekarang dan dulu. Macam langit dan bumi!
Atif tersengih mendengar kata kata Halina. Serentak bola matanya memandang seorang gadis yang menunduk memakan makanan.
Barangkali ini kah.. Zarina Medina? Hatinya berbicara.
Disebabkan kepalanya yang menunduk, Atif tidak dapat melihat wajah gadis itu.
Halina masih lagi tidak lekang dengan senyumannya. Tak percaya beb! Member dah balik dari oversea! Member mende? Dia 4 tahun lagi tua dari kau siot!
"Weyh, Tif. Aku pi tambah lauk kejap noh... Sat gi kita sembang. " pinta Halina seraya berdiri. Selepas mendapat anggukan daripada Atif, dia beredar pergi kearah orang ramai yang sedang beratur.
Atif mengambil kesempatan untuk berbual bual dengan isteri Helmi yang masih lagi menunduk.
Dia duduk dihadapan Zarina.
" Don't mind if I sit right?" soal Atif sambil memandang Zarina dengan wajahnya yang menunduk.
Teringin betul dia nak lihat wajah Zarina Medina. Cantik ke tidak? Manis ke tidak? Hodoh sangat ke sampai Helmi masih lagi bercinta dengan adiknya?
Zarina mengangkat wajahnya yang selamba tanpa riak.
"You already sit so I can't say no right?" balas Zarina bersahaja. Jelas terpamer pada wajahnya dia kurang menyenangi kehadiran Atif.
Atif terkedu melihat raut wajah yang manis itu. Ada kedamaian yang singgah tatkala wajah manis itu mendongak memandang dia.
'Cantik....' desis hati Atif. Masha Allah.. Sebegini Indah rupa isteri Helmi. Sungguh jelita. Tetapi mengapa Helmi masih lagi mencari adiknya?
Rambut yang berwarna hitam pekat dibiarkan lepas secars free style. Pipi yang putih kemerah-merahan. Alis mata yang tebal. Sepasang mata berwarna coklat cair sungguh memikat hati Atif. Mata yang bundar dan berwarna coklat cair. Itu yang menarik perhatiannya.
Zarina gigit bibir apabila sepasang mata itu tidak lepas dari merenung wajahnya. Ini yang dia tidak suka dengan pendatang asing ini. Apa yang tidak kena dengan wajahnya? Comot sebab makan nasi ke?
"Sorry, stranger. But can you stop staring at me?" soal Zarina dalam nada yang sarkastik. Kang tak pasal pasal garpu ini yang melayang dekat kerongkong kau, brother!
Atif tersentak.
"Sorry, sorry... Maybe 'cause you too pretty?" ucap Atif. Dia pula termalu sendiri.
Zarina buat rolling eyes. Pickup line kau tak jadi lah bro! Cuba lain!
"It was impolite and rude to staring at someone face who you did not know, stranger" ujar Zarina. Ada nada sinis pada ayatnya.
'Ishh mamat ni.... Tahu lah kenalan Halina. Tapi sibuk aje nak duduk sini. Apa meja lain sudah penuh ke?' cebik sanubari Zarina.
Atif hanya menghadiahkan sengihan. Okay, this girl sure is something.
"Well, I know you, Zarina Medina Binti Dato Aman." balas Atif sinis berserta senyuman yang menawan.
Berubah air muka Zarina. Macam mana dia tahu siapa aku?
"It's Azman!" marah Zarina. Tahu ke tak tahu, nama bapa dia salah. Itu memang nak kena debik sampai Myanmar ni.
"Sorry, missy." balas Atif. Azman ke? Silap pulak lah!
Zarina mencebik kemarahan. Gigi dikacip tanda bengang. Eiii mamat ni. Aku 'kepeluhuk' juga kau ni. Zarina bersandar pada kerusi sambil merenung tajam wajah Atif.
Atif menggaru kepala yang tidak gatal. The thing goes wrong.... Itu lah kau, Tif. Lain kali nak buat discussion, kena ada skrip.
"But how do you my name?" Ya. Itu soalan yang Zarina mahu tahu. Soalan lain? Nanti nantilah!
Atif tersenyum.
"You tak nak tau nama I ke?" Soalan berbalas soalan. Senyuman manis di berikan kepada Zarina.
Zarina buat rolling eyes. Menyampah. Kau fikir aku nak tahu nama kau ke? Tak kenyang aku okay tau nama kau!
"Atif. Atif Malik." Tanpa disuruh, Atif memperkenalkan dirinya berserta senyuman.
Eiii mamat ni kan. Aku tak nak tau nama kau lah bongok!!!!
"Abang Atia Melur...." sambung Atif sambil melirik wajah Zarina.
Berubah air muka Zarina. Kelat sahaja wajahnya.
'Ya, dia lah isteri Am!' desis hati Atif.
"Well, you nampak adik I tak?" soal Atif sambil melilau mencari Atia.
Zarina meneguk air Sirap. Ini abang Atia? Choii.. Patutlah muka sama!
"Adik sendiri buat apa nak tanya orang?" sinis dan sarkastik sahaja jawapan Zarina.
Atif tersenyum sinis.
"Cuba you tengok kat pokok kelapa tu." ujar Atif lalu menjuihkan bibir kearah pokok kelapa yang terletak berhampiran bendang.
Zarina toleh kearah yang dimaksudkan. Tiba-tiba wajahnya bertukar kelat. Air matanya bertakung pada kelopak mata. Bila bila sahaja boleh tumpah air mata itu.
Dia memegang dadanya sambil mata tidak lepas memandang seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang bergurau senda dibawah rimbunan pokok kelapa. Hati ini rasa sakit sangat. Sakit dan perit....
Atif melirik kearah Zarina.
'Dia suka Am tetapi mengapa mahu dilepaskan?'
Dibawah teduhan pokok kelapa, kelihatan Atia dan Helmi sedang bergelak ketawa bahagia. Sungguh meruntunkan hati kecil Zarina.
"You tak sayang dekat Am ke?" soal Atif sambil mata memandang pasangan yang bahagia di bawah pokok kelapa itu.
Sepi.
Walaupun muzik pengantin baru rancak kedengaran berserta suara orang kampung yang datang ke kenduri ini, dapat Atif merasakan kesepian antara mereka.
" Siapa cakap aku cinta dia?" balas Zarina sambil menunduk ke bawah lantai yang bertanah. Empangan air matanya sudah pecah.
Atif tersenyum senget.
"I tak cakap pun 'cinta'. I cakap 'sayang' je.." ujar Atif sinis.
Menitik menitik air mata mutiara itu jatuh. Ya, dia cintakan Helmi Ikram. Dia sayangkan Helmi Ikram. Dia sukakan lelaki yang bernama Helmi Ikram.
"Medina, look at me.." arah Atif. Dia mahu gadis itu mengangkat mukanya. Dia mahu menatap wajah itu.
Zarina menggeleng laju. Tidak mahu!
"Please, Dina....." pujuk Atif lagi.
Tersentak Zarina mendengat perkataan 'Dina'. Itu panggilan......
'Dina sayang mama!' Kelibat mamanya menerjah ke dalam memorinya. Raut wajah mamanya yang manis berlegar legar didalam kotak memori.
"Dina?"
Zarina tersentak.
Perlahan lahan wajahnya diangkat.
Atif terkedu. Wajah yang polos berserta air mata yang berjurai jurai jatuh. Wajah yang sebentar tadi putih terus bertukar kemerah merahan dek menangis.
Atif menggenggam kedua dua belah tangannya erat. Dia tidak mahu Zarina menangis! Dia tidak mahu air mata yang berharga itu jatuh hanya kerana seorang insan yang bernama Helmi Ikram!
'Am.... Kau tak layak nak dapat Zarina!' hatinya berdesis tekad.
Ya. Helmi Ikram tidak layak mendapat cinta suci daripada seorang perempuan bernama Zarina Medina!
Share this novel