Bab 58

Romance Series 186476

DIA memandang ke luar tingkap. Dia sedang mengelamun memikirkan tentang sesuatu.

Sekurang-kurangnya dengan menghayati suasana di Okinawa ini, dapat mengurangkan rasa beban di hati.

Perisitwa lalu berlegar-legar di kotak ingatannya. Tanpa sedar mulut itu melepaskan keluhan kecil.

Dia memejamkan matanya rapat. Dia menghirup udara segar. Mahu mengurangkan rasa bersalah di hati.

Dia memegang jendela. Tetapi, dia gagal. Dia mengeluh kecil. Dia asyik teringatkan dekat Zarina Medina.

Serba salah semakin menggunung dihatinya saban hari semenjak dia berjumpa dengan Zarina di Tokyo.

Walaupun Zarina telah menerima maaf dan memaafkan dia, rasa serba salah itu masih bersisa malah semakin menebal.

Ya, dia tahu itu semua salah dia. Segala yang berlaku 4 tahun yang lepas adalah salah dia. Dia begitu tamak sehingga memusnahkan kebahagiaan orang.

Dia melepaskan keluhan berat. Runsing hatinya apabila rasa bersalah itu tidak dapat dihakis daripada hati.

"Bunga?"

Fakhrul melingkari pinggang isteri tercinta. Dia meletakkan dagunya dibahu isterinya. Dia mencium lembut bahu isterinya itu.

"Kenapa Bunga dok mengeluh ni?" soal Fakhrul sambil memandang wajah manis Atia. Isterinya memang cantik. Warna kulit yang hitam manis sememangnya menambahkan seri kecantikan Atia. Lagi-lagi dagunya yang terbelah dua itu menaikkan kemanisan wajah isterinya.

Melihat sahaja daripada pemerhatian dia, ada sesuatu yang merunsingkan hati isterinya. Atia selalunya tidak macam ini. Tetapi semenjak mereka berjumpa Zarina, kelakuan Atia berubah mendadak. Atia menjadi lebih pendiam dan banyak termenung. Dia tidak suka Atia yang pendiam. Dia mahukan Atia yang ceria dan pemalu.

"Abang... Bunga ni jahat ke?" soal Atia, sayu. Dia menoleh memandang suaminya, Fakhrul. Matanya sudah berkaca-kaca.

"Eh... Apa pula cakap lagu tu.. Bunga mana jahat!" Terkedu Fakhrul mendengar soalan tak terduga daripada Atia. Terus tangan yang sebentar tadi melingkari pinggang isterinya terus dileraikan. Wajah isterinya itu direnung lama cuba mencari apa punca perubahan isterinya.

Tetapi Fakhrul dapat merasakan Atia menjadi murung semenjak kebelakangan ini mungkin kerana Zarina Medina. Semenjak mereka berjumpa, Atia sudah banyak termenung. Kadang-kadang Atia akan menangis di tandas. Macam lah Fakhrul tidak tahu.

Dia kan suami Atia Melur, esakan tangisan yang Atia cuba sembunyikan itu tidak lah kuat tapi dapat didengari dengan jelas oleh sesiapa yang lalu di luar tandas bilik hotel mereka. Sudah dua minggu mereka honeymoon, sudah hampir seminggu juga lah Atia sedikit pendiam. Hati suami mana tak risau apabila sang isteri tersayang berubah mendadak?

Sudah lah tu sekarang ini pula pergi tanya soalan pelik-pelik. Jahat? Isterinya jahat? Dari segi apa tu? Boleh naik gila Fakhrul dibuatnya melayan isterinya yang baru sahaja dikahwini.

"Bunga kan fitnah Ari..." Menunduk sahaja wajah Atia kebawah. Menitis air matanya menandakan betapa dia menyesal atas kesilapan dan kekhilafan lalu.

"Jangan lah menangis, Bunga .. Abang tak suka Bunga menangis...." Pantas Fakhrul mengesat air mata yang mengalir. Semakin kuat lah Atia menangis.

"Tapi bunga jahaaaaaaat... Layakkah Bunga dimaafkaaaan?" Atia memandang suaminya. Pipinya yang basah dengan linangan air mata dibiarkan sahaja.

"Bunga tak jahat. Ari pun dah maafkan Bunga kan? Lagipun bukan Bunga yang hantar gambar tu.. Bunga pun dah pernah bagitahu Am kan Ari tak bersalah. But dia pilih untuk percayakan gambar tu. That's his choice. It's not your fault." ujar Fakhrul cuba menenangkan hati isterinya.

Teringat kembali perisitwa 4 tahun yang lepas. Teringat semula beberapa hari selepas Zarina dihalau.

'Abang Am... Tia nak cakap sesuatu ni..' ujar Atia sedikit takut. Mana tak takut kalau nak bagitahu kebenaran?

'Hrmm......' Hanya itu jawapan daripada Helmi. Sawah padi yang berwarna kuning yang tandanya sudah masak menjadi pemandangan Helmi.

Semenjak Zarina dihalau daripada kampung ini, Helmi susah untuk tersenyum. Bilangan patah perkataan untuk sehari pun boleh dikira kerana Helmi pendiam. Atia tahu, pemergian Zarina memang memberi impak yang besar dalam hidup Helmi. Ditipu hidup-hidup oleh orang yang dicintai. Tetapi Zarina tidak bersalah!

Menggigil-gigil jari jemari Atia. Lidahnya seakan kelu untuk bersuara. Tekaknya terasa perit untuk meluahkan kebenaran. Nafas panjang ditarik lalu dihembus kuat.

'Ari tak bersalah.' ujar Atia. Helmi yang sedang memandang sawah padi terus menoleh kearah Atia. Atia menggigit bibir bawah. Kecut perutnya melihat panahan mata Helmi yang setajam helang.

'Maksud?'

Nafas berat dihela kuat.

'Tia yang fitnah Ari. Tia kan yang cakap anak yang dikandung Ari mungkin anak haram. Am tak ingat ke?'

Wajah tegang Helmi dipandang sekilas. Helmi masih mengekalkan riak wajah itu.

'Ya, memang Tia ada cakap. Tapi gambar tu menerangkan segalanya.' Helmi mengeluh kecewa. Hampa? Ya dia hampa! Marah? Ya dia marah! Hampa kerana mencintai Zarina. Marah kerana ditipu oleh orang tercinta.

'Mana tahu kalau ada orang dengki dengan Ari ke? Am mana tau pasal kisah Ari kan?' Atia tidak berpuas hati mendengar jawapan Helmi. Bukankah Helmi mencintai Zarina setulus hati?

'Tak.. Perempuan tu memang sekeji tu..' Terkedu Atia mendengar jawapan Helmi. Dia menudukkan wajahnya. Matanya berkaca-kaca. Mengapa dia sedih? Bukan patut dia gembira ke kerana dia ada peluang untuk pikat hati Helmi tetapi mengapa sanubarinya menjawab lain? Mengapa pilu hatinya apabila Zarina mengatakan Zarina itu perempuan keji? Bukannya ayat itu ditujukan untuk dia pun.....

'Errrr..... Tia balik dulu ye..' Terkocoh-kocoh Atia beredar.

Air matanya mengalir laju. Itu bukan Am yang dikenalinya! Am yang dia kenal tidak akan bertindak terburu-buru dan selalu siasat! Tetapi mengapa Am memilih untuk menuduh?

"Bunga?" Atia tersentak daripada lamunan. Dia merenung wajah kacak Fakhrul. Kasihan suaminya. Sudah hampir seminggu dia murung, mesti suaminya sunyi. Pipi Fakhrul disentuh lembut.

"Maafkan Bunga ya sebab buat abang risau.." Tangan Fakhrul dicium penuh kasih. Tersentuh hati Fakhrul apabila Atia melayannya sebegitu.

"Thanks, Bunga." ucap Fakhrul ikhlas. Atia tersenyum.

"Bunga harap jodoh Ari dengan Am akan bersatu. Mereka layak bahagia setelah Am tahu kebenaran!" ujar Atia. Fakhrul mencium pipi isterinya.

"Eeii.. Jangan lah fikirkan pasal orang lain. Fikir pasal kita je. Boleh?" Fakhrul mengenyit mata nakal. Merah padam wajah Atia apabila diusik sebegitu. Tetapi dalam hatinya, dia gembira kerana dikurniakan suami seperti Fakhrul. Moga bahagia berkekalan.

________________________________________
ZARINA sedang membelek-belek senarai tempahan yang diterima pada minggu ini. Kebanyakannya sudah langsai. Cuma ada beberapa baju sahaja yang belum dijahit.

Zarina mengucap syukur. Alhamdulillah, baru sahaja seminggu butik ini dibuka tetapi mendapat sambutan yang hangat. Zarina juga ada membuat website mengenai butiknya di laman sosial. Website itu juga mendapat sambutan yang ramai.

Pekerja-pekerjanya juga sangat rajin dan cekap dalam melakukan tugas. Sememangnya memudahkan dan meringankan tugas Zarina. Tetapi bilangan kerja hanya sedikit jadi Zarina terpaksa mencari orang yang mahu berkerja di Butik Sakura Medina ini.

Kawan-kawannya juga merupakan sokongan yang kuat dalam menjayakan butik ini. Semangat dan sokongan mereka mampu bertukar menjadi satu motivasi yang dapat diserap oleh Zarina.

Benarlah kata orang, kawan palsu hanya mampu hulurkan tisu saat kesedihan. Tetapi kawan baik pula akan tolong disaat kesedihan.

Teringat pula kata-kata Syafiera tempoh hari...

"Kawan tu ramai tapi kawan yang mampu setia itu ibarat permata yang tak ternilai. Susah dicari walau berapa banyak kau gali sekali pun. Itu membezakan kami dengan Halina"

Sedih? Tidak. Zarina cukup terkilan apabila Halina juga menuduhnya. Dia sangka Halina akan membantu atau pun mempercayainya. Tetapi sangkaannya meleset habis. Halina juga turut menuduhnya sedangkan Halina tahu dia tidak akan buat perkara terkutuk.

Dunia ni memang penuh dengan penipuan kan? 99.99% pasti akan memilih untuk percaya.

Kata kawan tapi sebernanya lawan. Kata jodoh tapi sebernanya bodoh. Kata keluarga tapi sebernanya tak berharga.

Helmi Ikram. Kata cinta tapi dia juga yang menampar. Kata mahu setia di sisinya, tapi dia juga lah yang meninggalkan.

Zarina cukup tidak sangka orang yang dicintai separuh mati tidak mempercayainya. Malah dia memilih untuk percaya gambar itu. Dasar lelaki brangsat!

Lagi tidak sangka apabila Helmi menghina anaknya. Sungguh dia cukup terkilan menghadapi tamparan dugaan itu. Membuatkan hatinya menangis.

Zarina melepaskan keluhan kasar.

Let bygone be bygone.

Forget about the past. Think about the future. Think about the present.

Zarina cuba memberi semangat kepada dirinya. Kemudian sketchbook diatas meja dibuka. Pensel diambil lalu dilukis sesuatu.

Dia tersengih jahat apabila lukisannya semakin terbentuk. Ya, dia lukis Helmi dengan tanduk setan sedang menangis. Ah, itu gambaran apabila kebenaran terbongkar!

"Cik Medina...." panggil Dalili sambil membuka pintu. Terkejut Zarina apabila pekerjanya tidak mengetuk pintu terlebih dahulu. Cepat-cepat buku itu ditutup.

"Lain kali ketuk pintu dulu" pesan Zarina. Dalili menunduk maaf.

"Ada orang nak jumpa dengan cik Medina." ujar Dalili.

"Who? Evelyn ke?" Evelyn ialah salah satu pelanggan yang sangat cerewet. Mana tahu kalau baju yang aku jahit itu tidak menetapi citarasanya. Biasalah orang muda yang ternama. Itu tak kena ini tak kena.

"No, dia lelaki" Zarina terdiam. Setahu aku.... Tak dek lelaki pun yang datang order dekat aku.

"Dia dah buat appointment ke dengan saya?" soal Zarina sambil memandang pekerjanya. Dalili menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aidehh.. Banyak tanya pula..

"It's okay. Never mind. Biar saya yang check. Awak boleh keluar"

"Baik"

Zarina bangun lalu menggapai purse. Dia berjalan keluar dari biliknya itu lalu menghampiri satu susuk tubuh yang tinggi lampai.

"Sorry.. Awak ke yang panggil saya?" soal Zarina. Lelaki itu toleh. Terkedu Zarina melihat wajah lelaki itu.

"Ray!" Ray tersengih menayangkan sebaris giginya yang putih.

"You owner butik ni ke?" soal Ray sambil memandang pintu butik ini. Zarina menggelengkan kepalanya.

"Business partner. Kenapa awak panggil saya?"

"Well, I just nak jumpa muka cantik you. Tak boleh ke?" Ray bersuara menawan. Zarina membuat muka toya.

"Kita kenal pun tak!" Mamat ni memang gila. Kenal pun tidak ini kan pula mahu berjumpa acap kali.

"Nama I Ray. Nama you Medina but you asked me to call you Ari. You have a son and you're got divorced. You pernah pergi Jepun and sekarang ini you tengah buka butik. Apalagi yang I tak tau pasal you?" Ray hanya menayang wajah selamba.

Zarina buat rolling eyes. Itu berdasarkan pemerhatian kau!

" It just your observation that you made. But I still think you're stranger. Weirdo" balas Zarina dengan harapan lelaki itu akan pergi.

"Like I said before, my name is Ray. Tak pun panggil Joe."

"Joe? Joe apa?"

Ray tersenyum senget. "Jodoh you."

Zarina mencebik mendengar pickup line tak jadi Ray.

"Yelah! Nama I Ray!" ujar Ray geram apabila melihat reaksi Zarina.

Zarina tersenyum herot. "Ray? Ray apa?" soal Zarina sekadar mahu menguji Ray.

"Redhakan lah jodoh kita. Chia chia chia"

"Habis dah dengan pickup line murah awak? Boleh pergi dah?" soal Zarina meluat seolah-olah menghalau Ray. Ray tersenyum menawan lagi.

"Pergi mana? Dalam hati you boleh lah!" balas Ray lagi dalam nada mengusik.

"Oh! Very sorry to say. Dalam hati saya ni ada Pak Guard yang jaga. So no entry!" Zarina membuat gaya pangkah dengan menggunakan tangan. Ray ketawa halus melihat telatah Zarina.

"You nak I buat apa? Gari Pak Biar tu?"

"Awak buat macam tu saya call polis!" ugut Zarina.

"Actually I yang patut call polis tau tak?"

"Why?"

"Sebab you dah curi hati I! Bagi balik!" ujar Ray sambil menghalakan tangannya kepada Zarina acah meminta semula.

"Nah! Pergi balik, stalker!" jerit Zarina lalu melemparkan selonggok kertas yang berada di dalam purse kepada Ray. Terus Zarina berlari masuk semula kedalam butik.

"What about a cup of coffee?!!" teriak Ray walaupun kelibat Zarina sudah menghilang.

Dia tersenyum sendiri.

"Perempuan yang istimewa."

________________________________________
"CIK Querina, syarikat sekarang ini dalam bahaya.." ujar Mifzal. Walaupun dia merupakan secretary Dato Azman, dia tetap setia terhadap Wisma Holdings. Itu amanat Dato Azman!

Querina yang sedang bermain phone itu tidak langsung memandang Mifzal.

"So?" soalnya bersahaja membuatkan Mifzal sakit hati.

"Wisma akan muflis if cik Querina tak buat apa-apa tugas." Tegas Mifzal.

Querina gelak sinis. Tepat renungannya memandang Mifzal.

"Do you think I even care?"

"Of course! You're the CEO!" Soalan yang tidak masuk akal bagi Mifzal. Menjadi pekerja Querina memang boleh jadi gila.

Querina ketawa lagi. "I jadi CEO ni bersebab. Bukannya I nak pun handle business ni.."

Mifzal kacip gigi geram. "So what's the reason you becoming CEO, huh?"

"Because of Ari, Mifzal. It's because of her!!" teriak Querina bagai orang gila. Terkejut Mifzal apabila Querina menjerit sebegitu.

"Why?" Mifzal memberanikan diri bertanya.

"I. Hate. Ari. Is that clear?"

"Why you hate her?" soal Mifzal lagi.

"Keluar!!!!" jerit Querina lantang. Mifzal terkedu mendengar jeritan Querina.

"Tapi..."

"I said get out!!!!" jerit Querina lagi. Mifzal terus keluar dari bilik itu tergesa-gesa.

Querina mendengus kasar.

"Aku tak akan biarkan perempuan tu bahagia sementara aku merana! Aku tak akan biarkan kau bahagia, Ari!" jerit Querina lalu menolak segala barang di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience