Hello, guys! Ramai yg confuse skang ni.. Hehe sengaja je bikin korang pening. X dek lh. Juz nk inform Roseville ni watak dri Pemilik Hati Iris. Klau ada yg prnah baca PHI, korang akn thu perangai n game Roseville.
Haha, i know citer ni cm sinetron yg melalut but don't worry. Sya akn habiskn juga. Asalkan semua orang sudi setia dn support sya, pun dh cukup n sngt mmbantu.
Psl slow-update tu. Memang maaf, bukan permintaan sya. But I'm really busy. Serius sya sangat busy. Sbb tu lh yg tetibe jdi slow update. It's not my will. And I'm very sorry klau ada rmai yg x puas hti. Nk buat mcm mana? Student kn? Msih dlm proses menimba ilmu.
N this chap is especially for u guyz yg bnyk support sya and setia menanti citer ni. Sya buat chp ni smpai lewat mlm tau.
Maaf kerana telah memberi mukadimah yg pnjg berjela. I know rmai yg skip baca sya punya ceramah. Better than read my ceramah.
Okay, hope u guys really enjoy this chap. And plis support me. Happy reading!
"ROSEVILLE?"
Roseville meneguk secawan air Rose Tea. Dia tidak menjawab pertanyaan Zarina dengan sefokusnya.
Zarina ketap bibir. Sikap Roseville benar-benar menjengkelkan dirinya. Wah,! Dasar kurang ajar! Mahu sahaja dia bercakap sebegitu, tetapi tak nak dia dilabel sebagai 'kurang ajar' kerana tidak menghormati orang tua.
"Roseville Mary. That's her full name." terang Aish memperkenalkan diri wanita bertopeng itu.
"Aish Qayyum, how could you tak perkenalkan diri aku dekat dia awal-awal lagi? Poor this girl wondering who actually I am." Roseville bernada sinis di hujung ayat. Tajam matanya merenung Zarina.
Zarina hanya mendiamkan diri. Dia harus tenang dalam berkomunikasi dengan insan sebegini. Malah, ada yang lagi teruk daripada ini iaitu pelanggan Zarina yang cerewet tahap langit ketujuh!
"Be grateful please aku introduce kau sekarang." ujar Aish, dingin. Entah mengapa sejak tadi lagi Zarina perasan Aish hanya dingin sahaja. Period ke?
"Errr... Your face looks familiar." komen Zarina sambil menilik lagi rupa Roseville. Meskipun bertopeng, Zarina berasa seperti penah lihat wajah itu. Tetapi dimana ya?
Membesar mata Zarina seraya otaknya kembali berfungsi. Dia menekup mulutnya yang terlopong habis.
"Butik Roseland?"
Ya! Baru dia ingat! Wanita dihadapannya sekarang ialah owner Butik Roseland yang bertaraf dunia! Dia pernah lihat wanita itu didalam majalah. Dan, Roseville hanya menutupi mukanya dengan topeng.
Roseville tersengih sinis. Nampaknya, Zarina juga kenal dia sebagai owner Butik Roseland. Tidak menyangka dia sangat terkenal sehingga Zarina Medina mengenalinya.
Roseville Mary!
Siapa yang tidak kenal dengan wanita misteri ini? Mempunyai 5 butik Roseland di America. Lebih 9 butik Roseland di England. 3 butik Roseland di Cambodia. Hampir sebelas butik Roseland berjaya dibuka di New Zealand. Ditambah lagi dengan di Greenland, Korea dan China. Apatah lagi di Malaysia. Memang banyak butik Roseland miliknya diseluruh dunia.
Tidak termasuk dengan kedai bunga Rossum. Jangan sangka kedai bunga ini biasa-biasa sahaja. Kedai bunga Rossum hanya memasarkan bunga Rose tulin sahaja! Berbagai-bagai jenis bunga Rose dan warnanya yang menarik. Ditambah lagi dengan hidangan Rose Tea dan kek Rose yang ditawarkan harga yang berpatutan. Sudah tentu lah mendapat sambutan yang hangat.
"Boleh tak awak just bagi evidence pasal Dato Azman? Then, we can go back home early!" Kata Julia, menyampuk perbualan mereka. Bukannya dia tidak kenal siapa Roseville yang sebenar. Malah, dia cukup kenal sehingga tahu perangai Roseville.
"Or do we need to play another stupid games just like Iris and I did?" celah Aish menyinis.
Roseville senyum sinis. Rose Tea itu disisip perlahan. "Looks like you all ready to play the games."
"No!!!" Nyaring Aish membantah. Siap bangun dari kerusi lagi itu.
Berkerut dahi Zarina. Terpinga-pinga dia tidak mengerti apa yang mereka bualkan. Games?
"What kind of games, Roseville?" Entah mengapa mulut ini terkena penyakit gatal pula mahu menyampuk perbualan mereka. Boleh lagi tanya game yang bagaimana. Kau memang berani, Ari!
Aish pandang Zarina. "Kau ingat kan aku pernah cerita betapa susahnya aku dan Iris nak kumpul bukti dan bertemu? Siap sesat dalam labyrinth lagi. Aku kena kurung pula tu."
Zarina mengangguk. Yes, apa kena mengena pula dengan game dan Roseville? Ke sesat dalam labyrinth itu adalah game? Hati Zarina berteka-teki.
"It's all because of her." Aish menghalakan renungan tajam buat Roseville yang berlagak selamba. Terangkat kening Zarina. Jadi, Roseville lah mastermind? Hati bertanya dan akal menjawab ya.
"Huh? Me?" Sikap pura-pura innocent buatkan Zarina bengang dengan Roseville. Zarina tahu wanita ini sengaja.
"Be grateful please aku yang temukan korang dan bentangkan keadilan." Roseville mengajuk kembali percakapan Aish tapi lebih kepada sinis.
"And that's why I meet you know. Because I always be grateful." balas Aish.
"Guys stop it!" marah Zarina bengang. Serta merta mereka senyap. "Aku datang nak dapatkan bukti bukan nak dengar korang bergaduh! Be grateful because I left my clothes to make just to meet you!" herdik Zarina geram. Aku tinggalkan baju yang perlu dijahit kot!
Keadaan menjadi senyap seketika. Mereka menikmati hidangan itu dengan senyap.
Terbeliak biji mata Aish. Roseville senyap? First time in history ada orang berjaya senyapkan mulut Roseville! Roseville sudah tertunduk kalah! Hebat betul Zarina Medina!
"Ada game ke?" Tanya Julia yang sedang menyuap sepotong kek kedalam mulutnya.
Roseville tersenyum. Yang pasti senyuman itu bukan senyuman sinis. "Aku terlalu tua untuk itu."
Aish mengangguk-anggukkan kepalanya. Kebarangkalian setuju dengan jawapan Roseville mungkin. Tetapi dia sangat lega. Kerana tidak payah mandi peluh main game lagi. Cukup lah terperangkap didalam labyrinth yang penuh dengan werewolves, vampire dan witch sekali. Cukup lah sekali untuk pengalaman menakutkan itu!
Roseville menepuk tangannya dengan penuh gaya dan sangat elegant. Sejurus itu seorang maid yang juga memakai topeng menghampiri Roseville sambil menunduk.
"Your highness, what do you want, madam?"
Terpukau Zarina mendengar ayat yang keluar dari mulut maid itu. Your highness? Adakah ini istana dan Roseville ialah ratu? Tetapi digelar madam...
"File 059 and File 060 please." pinta Roseville. "Will do, madam." Maid itu terus berlalu.
"Enjoy your meals, dear." Ujar Roseville lebih kepada arahan. Mereka akur menikmati hidangan itu.
"Here, madam." Maid itu datang semula dengan dua fail ditangan. Dihulurkan kepada Roseville. "Thank you" ucap Roseville. "May I leave now?" Soal Maid itu. Roseville angguk sedikit. Maid itu terus berlalu.
"Apa tu?" Soal Julia sambil matanya terancap pada fail di pegangan Roseville.
Roseville memerhati sekeliling rumahnya dengan panahan tajam. "Security! Gate Red, Blue, White and Pink!" laung Roseville, kuat.
Sejurus itu, beberapa orang lelaki berbadan tegap dan sasa mengawal pintu-pintu itu.
"Why?" soa Zarina pelik. "In this forest, the situation is unsafe. Even in this house. Maybe there's a spy watching us." jawab Roseville sambil mata memandang sekeliling.
"More security in Gate Yellow! Gate Green, Silver and Gold please!" Teriak Roseville lagi memberi arahan. Berbelas-belas lelaki yang bertubuh sasa beratur menjaga gate masing-masing.
"I think it's already safe." ujar Aish perlahan. "You never know. Even walls also have ear." balas Roseville sambil mengarah orang untuk menjaga gate.
Seperti berkawad, jejaka-jejaka yang berbadan besar mula bergerak kesana-kesini mencari posisi masing-masing. Sesudah itu, keadaan menjadi tenang
"So, boleh tahu dah isi file itu?" Soal Julia sambil menunjuk file di pegangan Roseville. Roseville merengus kecil. "No need to be fast. The truth will reveal."
Roseville mengeluarkan isi file pertama itu lalu diletakkan diatas meja. "File ini berkaitan wasiat plus kematian papa kau."
Zarina membesarkan matanya. Wasiat? Finally! Dia akan tahu kebenaran juga! Entah mengapa dadanya berdebar-debar. Kau mengharap papa kau bagi harta dekat kau ke? In your dreams! Anak derhaka macam kau layak ke dapat harta papa? Hati cuba menafikan.
Kejap! Kematian? Kiranya papa mati bersebab? Zarina tidak mahu menuduh, tetapi hatinya menegaskan bahawa Querina dan Datin Noraini ada kena mengena dengan kematian papanya.
Roseville mula membacakan dokumen itu. "Tiga bulan yang lalu, Dato Azman telah meninggal dunia. Dia meninggalkan seutus surat yang berkaitan wasiat. 100% kepada....." Kata-kata Roseville tergantung seketika.
Zarina, Aish dan Julia sabar menanti sambungannya dengan penuh debar. Roseville sempat menjeling sekilas kearah Zarina.
"......Querina Nasstia dan Datin Noraini."
Zarina tercengang. Jadi, wasiat itu sebernanya betul? Bukan satu pembohongan semata-mata? Zarina menundukkan wajahnya. Kau kecewa ke, Ari?
Aish mula berdiri sambil menepuk meja kuat. "Not fair! Betul ke apa yang kau baca tu?! Aku rasa kau salah baca! Impossible Dato tak bagi sikit pun dekat Ina?!" Aish menjerkah Roseville sambil merenung tajam wajah itu.
Julia cuba menenangkan Aish yang sudah menyinga. Jujurnya, Zarina pelik. Dia yang kena, kenapa Aish perlu marah? Mungkin ini lah ertinya seorang sahabat... Fikirnya.
Roseville masih berlagak tenang walaupun djerkah sebegitu. Kenapa dia perlu terkejut apabila djerkah oleh orang muda seperti Aish Qayyum? Itu bukan salahnya.
"Aish Qayyum, can you let me finish my talk?" Roseville menyoal tenang tetapi tetap tajam. "Aku tak habis baca lagi kau dah naik hantu. Salah siapa sekarang ni?" Roseville menyandarkan badan pada kerusi. Pen yang kebetulan berada sekali dengan file itu dipusing-pusing.
Aish mendengus sambil duduk semua dengan kasar. "Proceed with your talk, madam." Aish bersuara sinis sambil silang tangan.
"Well, wasiat ni real. Tak percaya? Tengok sendiri." Roseville meletakkan sekeping surat yang dibawa keluar dari fils itu diletakkan diatas meja untuk memudahkan semua orang lihat.
Mereka semua menegakkan badan sambil mendekatkan muka pada kertas itu. Terkumat kamit mulut mereka membaca butir bait yang tertera diatas kertas.
"Kak Ari! Ini memang sign Uncle Azman!" Julia menunjukkan satu tandangan di bahagian bawah kertas.
Zarina terpana. Ya, benar kata Julia. Tidak dapat dinafikan lagi ini sememangnya tandatangan papanya. Dia kenal tandatangan itu.
"So, memang betul lah Dato Azman nak bagi harta dekat diorang?" Suara Aish kedengaran tidak puas hati. Barangkali masih bengang pabila melihat bukti yang sahih berada didepan mata.
Roseville senyum sinis. "I'm gonna say no." jawabnya ringkas.
"Maksud awak?" soal Zarina sambil angkat kepala memandang Roseville.
"Don't be very stupid, Zarina Medina. Tak akan lah ayah kandung kau yang sayang kau selama ni tak bagi harta dekat kau yang sudah terang-terang anak kandung dia?" Zarina tersentap sedikit mendengar ujaran Roseville. Dia memasang telinga mahu mendengar lagi bukti bahawa papanya mahu memberi harta kepada dia.
Dia menyambung semula percakapannya. "Ari, kalau kau ingat papa kau anggap kau anak derhaka, you're wrong. You are totally wrong, dear. So, what's the point of writing the letter for you before he died?" Bukannya Roseville tidak tahu pasal surat yang ditulis oleh Dato Azman kepada Zarina.
Zarina senyap. Adakah dia maksudkan dengan surat itu?
"Awak ada bukti ke papa saya betul-betul berniat nak bagi harta dekat saya?" Soal Zarina mendatar. Tidak pula dia pandang Roseville dihadapannya ketika bertanya. Barangkali cuba mencerna semua butir bicara Roseville mungkin.
"What if I say yes?" Soal Roseville kembali, bermain tarik tali. Dia jungkit kening kirinya.
"Don't troublesome people, Roseville." Tegur Aish. Kenapa Roseville asyik belok sahaja? Kenapa tidak terus kehadapan? Straight to the point lah, madam!
"Nah, video." Roseville membuka rakaman dalam laptop miliknya yang sememangnya berada diatas meja.
Mereka memerhati rakaman itu dengan teliti. Terangkat kening Zarina. Kejap, situasi ni dekat bilik CEO Wisma Holding!
"Masuk!" Kelihatan pada skrin Dato Azman sedang mengarah seseorang masuk kedalam biliknya dengan garang.
Zarina sebak. Papa.....
Querina masuk kedalam bilik dengan penuh gaya ibarat Queen. "Yes, papa?"
"Don't call me papa, Querina! It's irritating me with your dumb act!" tengking Dato Azman.
Querina terkedu apabila ditengking oleh papa tirinya tetapi dia masih cuba berlagak tenang.
"What act?" soalnya seperti tidak tahu apa yang berlaku.
"Tonik apa yang kamu pernah bagi aku minum?!" Tiada lagi panggilan 'papa'. Bengang dia kepada anak tirinya sudah menggila. Setelah mendapat tahu kebenaran, masakan tidak marah?
Querina terkejut. Papa sudah tahu apa tonik yang dia pernah bagi? Manik-manik peluh membasahi dahinya. Dia masih lagi cuba berlagak tenang. "Tonik apa? Tonik kesihatan lah."
"Jangan cuba nak tipu aku!!" jerkah Dato Azman sambil menepuk meja biliknya kuat. Tersentak Querina seketika. "Kalau macam tu, tonik tu apa?" Soal Querina berani. Sengaja mahu menguji orang tua itu.
" Kau ingat aku bodoh?! Tu ialah tonik yang bagi aku penyakit Alzheimer!" tengking Dato Azman kuat. Tidak kisah dia jika ada pekerja di luar mendengar tengkingan dia. Sakit betul hatinya apabila hasil keputusan hospital mengatakan tonik itu mampu membuatkan seseorang itu menghidapi penyakit Alzheimer!
Querina tidak berasa terkejut. Kerana dia sudah dapat menjangka pasti Dato Azman akan menyuruh penyiasatnya menyiasat tentang tonik itu.
"Lambat juga kau tahu, orang tua. 4 tahun dah kut, baru nak tahu?!" jerit Querina, nyaring. Dia sempat ketawa sinis.
Terkedu Zarina yang menonton rakaman itu. 4 tahun? Tonik? Alzheimer? Apa semua benda ni? Kenapa dia langsung tidak tahu?
Harus lah kau tak tahu, Ari. Kau kan 4 tahun menyepi merawat luka di hati. Sampai kau abaikan papa kau. Kau ketepikan hal papa kau sedangkan dia cuma satu-satunya keluarga kandung yang kau ada. Ari!! Jahatnya kau!
Tercengang Dato Azman. Hatinya terasa sakit mendengar pengakuan Querina.
"Kenapa Que buat dekat papa macam ni?" Sayu hatinya menyoal anak tirinya yang ditatang penuh kasih itu. Apa salah dia sehingga anaknya memperlakukan dia sebegini rupa?!
"Kenapa? Sebab duit lah!" Hati tua Dato Azman bagaikan dihiris dan dirobek-robek dengan sebilah pisau. Apa tidak cukup kah segala pemberian wang dan kad debit kepadanya sehingga dia sanggup membuat sebegini rupa kepada ayah nya sendiri?
"Que tahu Que cuma anak tiri papa yang cuba menumpang. Que tahu papa mesti lebihkan Ari lebih daripada segalanya. Sebab itu... Que buat macam ni. Que takut akan kehilangan papa buat kali kedua." Querina menundukkan kepalanya kebawah menahan sebak.
Dato Azman cuba mendekati Querina. Querina mendongakkan kepalanya. Dia menepis kasar tangan Dato Azman yang cuba menyentuhnya.
"Sebab tu Que nak rampas segalanya yang Ari ada! Jadi kau pergi mampus lah orang tua!" herdik Querina lalu menolak tubuh Dato Azman.
Dato Azman mengundur sedikit. Dia memegang dadanya. Jantungnya berasa amat sakit. Sangat.
Laju tangannya cuba mengambil sekotak pil diatas meja. Baru sahaja dia mahu mencapai, kotak pil itu terjatuh diatas lantai sehingga bertaburan.
Tercungap-cungap Dato Azman cuba mencapai pil itu.
Querina merampas kotak pil itu serta mengutip pil-pil yang jatuh. Dia menilik-nilik kotak pil itu.
"Cancer?"
Dia pandang Dato Azman yang seperti orang yang tidak cukup nafas yang sedang memegang dada.
"Seriously, papa? How could you not tell me!" Querina senyum sinis. "Lagi mempercepatkan proses wasiat! I love it!"
Dia mengeluarkan sekeping kertas. Diletakkan diatas lantai berserta pen. "Sign!" arah Querina.
Laju Dato Azman menggelengkan kepalanya. Dia tidak boleh cakap, tetapi dia akan pastikan yang tangannya sendiri tidak akan sign! Harta itu milik Zarina Medina!
Querina ketap gigi. Dia duduk mencangkung. "Or else kau akan mati, orang tua. Dan kau tak dapat nak tengok anak kau! Aku akan seksa anak kau!" ugut Querina.
Zarina mengetap gigi, geram. Kurang ajar kau Querina! Aku akan balas dendam!
Menitis air mata Dato Azman. Dia tidak mahu Querina menyeksa anaknya. Tangannya menggigil-gigil cuba memegang pen lalu dia menandatangani surat wasiat itu.
"Bak sini!" Querina merampas surat itu. Dia tersenyum lebar. "Great!"
Dato Azman yang kesakitan cuba meminta kembali kotak pil itu. Querina senyum sinis.
"I take this as a present! Bye, papa! Pergi dekat neraka tau! Ari pun akan ikut papa!" Querina bersuara riang tetapi tetap sinis. Dia beredar pergi.
Dato Azman memegang dadanya yang terasa sakit yang amat. Dia menggelupur keseorangan disitu. Beberapa minit kemudian, dia kaku baring disitu.
"Papa!!!" teriak Zarina kuat. Mengalir air matanya melihat papanya meninggal dunia dengan cara yang sebegitu.
Julia cuba menenangkan Zarina. Aish memandang Roseville setelah rakaman itu sudah tamat.
"Sejak bila Wisma ada CCTV?" soalnya, pelik. Dia bukan pekerja Wisma Holding tetapi dia tahu selok-belok Wisma Holding kerana dia selalu mengintip syarikat itu. Setahunya, didalam bilik CEO, mana ada CCTV. Jadi macam mana adegan ini boleh terakam?
"PA Dato Azman, Mifzal yang memasang CCTV tersorok ini pada awal tahun ini." jawab Roseville.
"Mifzal masih dengan Wisma?" soal Julia ingin tahu. Roseville mengangguk. "Ya, sekarang dia PA kepada Querina."
Zarina kacip gigi sambil mengepal penumbuk.
"Querina! Sampai hati kau! Aku akan pastikan kau akan kena gantung diri atas perbuatan laknat kau! Aku bersumpah diatas nama papa aku!"
_______________________________
"BAK duit kau!"
Perempuan mendongak memandang dua orang lelaki dihadapannya dengan pandangan kosong. Seperti tiada apa-apa perasaan.
"Kau pekak ke badak? Aku kata bak duit kau!" herdik salah seorang daripadanya. Geram betul apabila perempuan tidak memberi apa-apa respon. Selalunya, kalau kena rompak, mestilah menjerit atau ketakutan. Ini tak!
Kosong. Sekali lagi perempuan itu merenung dua orang lelaki itu dengan renungan kosong. Sudah lah dia kena marah dengan ayah dia, sekarang dua orang perompak tak bertamadun ni menyerabutkan lagi otaknya!
"Korang ni tak ada kerja lain ke? Cer cari kerja yang halal." Eh eh. Tiba-tiba je perempuan tak bertudung ini cuba nasihatkan dua orang perompak. Mereka saling berpandangan.
"Eh, suka hati aku lah nak cari kerja halal ke haram! Kau sibuk pesal?! Kubur masing-masing kan?!" jerit lelaki bertopi hitam.
Perempuan itu menganggukkan kepalanya. "Oh! Kubur masing-masing! Kiranya nanti kau tanamkan mayat kau sendiri ya! Kubur masing-masing kan?"
"Pandai kau menjawab eh budak!" jerkah seorang lelaki yang tidak bertopi. Bukannya dia tak nampak buku SPM pada tangan perempuan itu. Baru nak habis SPM, dah reti menjawab.
"Kalau dah tahu aku ni budak, jangan lah rompak aku! Orang lain kan ada!" Perempuan itu sangat bijak bermain kata. Eh, harus lah! Lagi-lagi dalam keadaan begini, tak akan lah nak membisu je kena rompak!
Dua orang perompak itu terkedu. Eh, ye tak ye lah. Kenapa lah mereka memilih perempuan SPM ini sebagai sasaran mangsa mereka? Ah, pedulikan!
"Kau jangan banyak cakap, budak! Bak duit kau! Kalau tak naya kau aku kerjakan!" Lelaki bertopi hitam bertindak mengeluarkan pisau. Dihalakan kepada perempuan itu.
"Curi pisau dapur mak ya?" sindir perempuan itu. Wah, hebat betul perempuan itu! Dalam keadaan yang genting ini, boleh pula doa bercanda. Eleh, dekat bawah pisau itu tertera nama 'Senah'. Nak rompak pun tak kena gaya! Agak-agak ah!
Lelaki yang tidak bertopi itu menjeling rakan sebelahnya tajam. "Woi! Asal kau rembat pisau mak kau?!" marahnya. Lelaki bertopi menjawab sambol tersengih. "Pisau yang kita selalu guna tu tumpul lah."
"Asah je lah!" sampuk perempuan itu. Lelaki bertopi hitam menjegilkan mata kepada perempuan itu. "Tak reti!"
Mahu sahaja perempuan itu mahu gelak guling-guling diatas lantai. Sungguh! Telatah mereka sungguh menghiburkan hati! Tadi dia murung apabila dimarahi oleh bapanya, sekarang dia sudah mampu gelak. Thanks to this robbers!
"Hampa buat apa ni ah?!" Sergah seorang perempuan bertudung dari belakang. Dia perasan lelaki itu memegang pisau! Maknanya, perempuan itu dirompak!
"Tengah minta duit raya." Lelaki tidak bertopi menjawab selamba. Perempuan yang memegang buku SPM mengulum senyuman. Kelakar!
"Dasar perompak tak ada akhlak! Nak merompak ja kerja hampa!" Perempuan bertudung yang entah dari mana muncul terus menyepak pisau pada tangan lelaki bertopi sehingga terjatuh pisau itu. Laju perempuan itu menyepak lagi pisau rambo itu sehingga terpelanting jauh.
"Zad! Asal kau tak jaga?!" Lelaki tidak bertopi memarahi lelaki bertopi.
Perempuan bertudung itu mula membuka langkah. Eh dia ni ada silat tau tidak? Sekali dia buka silat payung, mahu mereka berlari lintang-pukang!
"Hyaaaa!" Perempuan itu bertindak menumbuk dua orang lelaki itu sekali gus. Lalu ditendang bertubi-tubi lelaki yang tidak bertopi sehingga terjatuh.
"Zad! Undur! Perempuan ni gila!" Lelaki tidak bertopi memberi arahan. Terus mereka berlari laju meninggalkan mereka.
Perempuan yang sedang memegang buku SPM melongo memandang adegan itu. Kagum dia pada perempuan bertudung hijau dihadapannya ini!
"Hang okay?" soal perempuan bertudung itu kepada dia. Laju dia mengangguk tanda dia tidak apa-apa.
Perempuan bertudung hijau tersenyum segaris. "Baguih lah kalau hang okay." Dia terus mengatur langkah beredar.
"Nama kau apa?" soal perempuan itu sedikit menjerit. Dia mahu tahu nama heroin dia yang sangat berani itu!
Terhenti seketika langkah perempuan bertudung hijau sebelum dia toleh memandang perempuan yang berambut panjang beralun itu.
"Lina, Halina Ifti."
Perempuan yang memegang buku SPM menghampiri perempuan yang bernama Halina Ifti itu. Halina Ifti hulurkan tangan sebagai salam perkenalan.
"Ari. Zarina Medina." Zarina Medina memperkenalkan dirinya seraya menyambut huluran itu.
Mereka memandang antara satu sama lain. Senyuman lebar terukir.
"Sayang?" tegur Atif. Lamunan Halina tersentak. Dia toleh memandang suaminya dengan mata yang berkaca-kaca.
_______________________________
"QUE!" Datin Noraini mendapatkan anaknya. Querina mendengus perlahan. Apa lagi lah orang tua ni?
"Apa, mummy?" soal Querina, letih. Kenapa mummy nya datang ke Wisma?
"Ari dah kembali!" jerit Datin Noraini. Membesar mata Querina. Dia kaku sebentar disitu. Zarina Medina dah kembali?
"Macam mana mummy tahu?" soal Querina. Bergetar-getar intonasi suaranya menahan debar.
"Kawan mummy cakap perempuan tu dah balik Malaysia! Siap buka butik lagi!" cerita Datin Noraini lagi.
Querina terus terduduk diatas kerusinya. Dia diam mahu berfikir secara mendalam.
"Macam mana kalau dia tahu kita yang pegang saham dan dapat semua harta?" soal Datin Noraini risau. Dia mengibas-ngibas bajunya yang baru dibeli.
"Biarkan dia tahu." Ujar Querina sambil mata fokus memandang sesuatu.
Terjungkit kening Datin Noraini. Dia pandang anaknya. "Hah?"
Querina menyandarkan badan pada kerusi sambil silang kaki. "Wasiat tu menang tulis nama kita. Wasiat itu real. Apa yang dia boleh buat?" Querina bersuara angkuh.
"Ye tak ye juga." sokong Datin Noraini. Dia kelihatan sudah faham dan lega mendengar kata-kata anaknya.
"Que ada plan?" soalnya. Querina menongkat dagu. "For now, tak ada. But soon..." Dia angkat kening.
Datin Noraini tersenyum lebar penuh sinis. "I know you can do it, dear! Jatuhkan perempuan itu pula!"
"Que bukan setakat nak jatuhkan dia tapi nak seksa dia sehingga dia tak larat nak teruskan hidup. Sampai dia merayu dekat Que, bunuh dia je terus!" jerit Querina lantang. Disusuli dengan ketawa sinis Datin Noraini.
"Bagus tu, Que! Mummy sokong you!" Bangga Datin Noraini punya anak yang mendengar kata.
Querina pandang gambar Dato Azman yang terletak di meja biliknya. Dia gigit bibir bawah.
Percaya kah mummy nya andai Querina berkata dia sangat merindukan papa?
Ya, dia memang pembunuh papanya sendiri tetapi hatinya masih sayang pada papanya yang telah menyayanginya sepenuh hati meskipun dia hanya anak tiri.
Zarina Medina. Nama itu memang baginya amat jelik. Dia benci. Bukan, dia cemburu dengan Zarina Medina yang punya keluarga yang bahagia sedangkan mummy dan daddy Querina sendiri asyik bergaduh lalu bercerai.
Bayangkan. Kesakitan dan keperitan seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang keluarganya langsung tidak bahagia.
Sewaktu dia kecil, mummy nya kerja sebagai GRO di kelab meskipun mummy nya telah memegang status ibu dan isteri. Daddy nya pula kaki judi. Setiap hari hidupnya merana dan sengsara menjadi mangsa daddy nya melepaskan amarah.
Dia hanya mampu memandang Zarina yang pada ketika itu berusia 14 tahun yang sedang berbahagia dengan ibu dan bapa tersayang, dari jauh. Dari jauh, dia impikan kehidupan seperti Zarina Medina. Tidak seperti hidupnya, yang bertemankan derita dan air mata.
Hidup normal yang penuh dengan senyuman menjadi impian Querina sejak kecil. Impian anak kecil yang berusia 12 tahun.
Siapa kata watak antagonis terlahir sememangnya kejam dari kecil? Siapa kata watak antagonis selalunya penuh dengan kebencian hitam di hati?
Dia juga manusia biasa. Yang gembira apabila disayangi oleh insan bergelar ayah. Disebalik kegelapan, ada cahaya kecil yang turut menyinari hatinya.
Betapa gembiranya hati dia tika berumur 13 tahun, saat mummy dan papa berkahwin. Dia sangka dia akan berkawan dengan Zarina Medina sebagai adik tiri.
Sangkaannya meleset apabila mummy nya menghasut dia.
"Que! Nurin perampas! Ari pun jahat! Dia gelakkan Que tau sebab kita miskin! Dia gelakkan Que sebab mummy pelacur, dan daddy kaki judi!"
Hati yang putih, lama-lama hitam pasti akan muncul jua. Persepsinya pada Zarina juga berubah dengan mendadak.
Saat itu, hatinya berikrar untuk menjadi kaya! Jalan yang singkat ialah membolot harta Dato Azman!
Dia tahu dia ibarat kakak tiri didalam Cinderella. Dia cuma adik tiri yang berhajat besar! Bermula lah kisah Cinderella.
Sejak kecil, dia sudah ditanam dengan benih kebencian dihati pada keluarga Zarina.
Dia sayangkan Dato Azman sangat-sangat. Belum pernah dia rasa kasih sayang seorang ayah. Sehingga lah dia dapat tahu Dato Azman akan menyerahkan semua hartanya buat Zarina walaupun dia telah menghalau Zarina.
"Mif, saya rasa saya nak bagi harta tu dekat Ari." ujar Dato Azman kepada Mifzal sambil tersenyum lebar.
Dia kejung disitu. Papa mahu bagi harta dekat Ari? Dia kepal penumbuk. Tidak ingatkah papa pada Que yang selalu tolong papa?
Ditambah lagi dengan hasutan bondanya yang mahu Dato Azman dibunuh, hatinya bertambah hitam.
Dia beri papa nya minum tonik. Tonik Alzheimer. Tonik itu memang berkesan tetapi tak cukup untuk seksa Dato Azman.
Ya, dia yang bunuh papanya sendiri. Tetapi tahukah mummy nya dia menangis bagai nak gila setelah pulang ke rumah?
Sakit dan sedih hatinya apabila membunuh papanya sendiri. Tetapi dia terpaksa, untuk berjaya.
Tahukah mummy nya dia sering melawat kubur papanya? Dia akan meminta maaf di pusara itu sambil menangis.
Dia mahu insaf. Tetapi dia sedar, semuanya telah terlambat. Dia tidak dapat berpatah balik kerana dia sudah berada di jalan yang salah. Dia berdosa. Dia seorang pendosa. Dosanya amat berat dan pasti tuhan tidak akan mengampunkan. Hatinya telah menjadi hitam sepenuhnya. Masakan bisa menjadi putih lagi?
Querina menyandarkan badan pada kerusi sambil memandang Datin Noraini yang giat ketawa.
Sampai bila harus begini?
Share this novel