Sudah sekian lama Scarlett menyepi, akhirnya Scarlett kembali! Rindu tak? Hehe... Scarlett minta maaf sangat2 sbb lmbt update. Tetibe kn citer ni jadi slow update. Scarlett ada bnyk tugasan as a student. Honestly, Scarlett perlu jadikan my studies as a priority. But Scarlett try nk balance kan studies dngn novel. Buat yg tertunggu2, this is for u! Enjoy!
"MUMMY, kenapa mummy acam sedih aje?" Aryan menyoal Zarina. Dia memandang mata hazelnut ibunya, redup.
Zarina gigit bibir bawah. Pertanyaan anak lelakinya yang sungguh polos meruntunkan jiwanya. You can't lie to kids even though they can't understand you, but they can know your eye.
Dia perlu tenang. Tidak mahu merisaukan anak kesayangannya yang masih kecil. Senyuman tipis terlakar pada bibirnya. Ari, you can do it!
"Mummy okay je Ryan. Why you asked?" soal Zarina cuba berlagak tenang. Wajah comel itu ditenung. Aryan menjongketkan kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu. "Your face looks shinpai... *risau" jawab Aryan jujur.
Berubah seketika air muka Zarina. Sedaya upaya dia cuba memaniskan wajahnya yang masam seperti cuka. "Alolo... So sweet anak mummy risau dekat mummy!" Dagu Aryan diciut lembut. Kenyitan nakal dihadiahkan buat Aryan. Aryan tersengih manja.
Dia tidak mahu anaknya tahu akan kesedihan dan kerisauan yang semakin berkelana dihatinya. Sedaya upaya rasa itu cuba disembunyikan. Ibu mana mahu anak mereka tahu tentang rasa dihati?
"Mummy selalu cakap kita kena selalu senyum. Sebab mummy selalu cakap kita akan dapat pahala kalau selalu senyum! Sedekah kan namanya mummy?" Hati Zarina tersentuh mendengar bicara Aryan. Petah sungguh Aryan berkata. Tidak menyangka Aryan masih ingat dengan nasihat yang dia pernah beri di Jepun.
Zarina tersenyum lebar. Dia mengangguk. Rambut nipis Aryan dibelai penuh kasih. Sungguh kanak-kanak itu ada sahaja untuk hiburkan hatinya. Benarlah kata orang, anak itu penawar hati.
"Tengok Ryan senyum!" Aryan melebarkan senyumannya yang menawan sehingga matanya seakan tertutup. Automatik Zarina juga turut tersenyum tipis. Alahai, terkena jangkitan virus optimis Aryan pula.
"Uncle! Ryan berjaya uat mummy senyum! Where's my present?! *buat" ujar Aryan kepada Ray yang sedang duduk di seat hadapan yang sedang memandu.
Ray tersenyum senget. Dia mengerling kearah Aryan yang sedang menghulurkan tangan meminta hadiah. "Good job, Ryan." puji Ray lalu mereka berlaga tangan penumbuk.
Mencerlung mata Zarina mendengar perbualan mereka. Eh, Aryan pujuk aku sebab disuruh? Nak kena ni! Tajam renungan Zarina kepada Aryan. "Ryan..... Do you have something to tell me about?" soal Zarina garang.
Aryan hanya tersengih. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal. Alamak, kantoi lah! Dia membuat aksi comel dengan menyandarkan kepala pada badan Zarina sambil tersenyum sehingga menampakkan giginya.
Zarina membulatkan matanya. Amboi! Baru nak buat aksi manja? "Ryan..... I'm asking you a question.... Not asking you to make a cute face!" Meleret sahaja nada Zarina.
Aryan hanya mampu tersenyum lagi.
"Ryan kan kiut.... Ryan tak kiut ke, mummy?" Aryan mengerdipkan matanya berulang kali agar kelihatan comel. Tangannya dibawa ke pipinya kasi comel.
Alahai... Zarina terasa dia terkena heart attack pula melihat aksi manja Aryan yang comel. Ah, terkena panahan Aryan pula! Ouch! Nak marah pun tak boleh lebih-lebih.
Walaupun Arjuna Aryan memiliki rupa Helmi, tetapi Arjuna Aryan memiliki mata Zarina. Hazelnut. Comel! Ditambah lagi dengan pipi Aryan yang tembam, ah! Sebiji macam patung bergerak!
"Tak." jawab Zarina selamba. Senyuman cuba ditahan. Dia tidak mahu Aryan melihat dia senyum. Kalah dia nanti dalam pertarungan ini!
Muncung sahaja mulut Aryan. Tangan yang tadi dipipi, terus dia berpeluk tubuh. Kaki pendeknya diayun ulang kali bersama mulut yang dimuncung. Zarina disisi dijeling. Acah merajuk lah kononnya.
Alamak! Sekali lagi Zarina terkena heart attack. Aduh, panahan comel Aryan ini terlalu kuat! Tidak dapat dia tahan!
"Muncung mulut tu lagi, Ryan. Nanti mummy ikat dengan getah baru tahu!" ugut Zarina. Aryan memandang Zarina sekilas. "Buekkk!! Mummy tak kan berani!" balas Aryan sambil menjerit lidah.
Bulat mata Zarina. Wah! Sejak bila Aryan suka menjawab ni? Nak lawan dengan mummy ye? Welcome to my court, Arjuna Aryan!
"No ice cream for you if you behave like this, Arjuna Aryan! Or nak lagi teruk, mummy sita all your toys including your Ultraman!" ugut Zarina lagi sekeras-kerasnya. Wajah Aryan dijeling tajam. Tengok! Betapa power nya ugutan kali ini!
Berubah air muka Aryan mendengar ugutan mummy nya. Bulat matanya. Dia memegang mukanya. "Oh no!!!!"
Tersenyum Zarina melihat tindak balas Aryan. Padan muka! "Mummy.... No....!" Aryan menggoncangkan tangan Zarina. Zarina hanya tayang wajah bersahaja.
"Ryan, tak pe. Biar je mummy rampas. Nanti uncle belanja Ryan makan ais krim dan beli ultraman ya?" ujar Ray yang sedang memusingkan kepalanya memandang mereka.
Aryan tersenyum lebar. Dia menggoyangkan kakinya, teruja. "Yeay! Thank you, uncle!"
"Kiss my cheek first." arah Ray. Laju Aryan mencium pipi kiri Ray. Ray tersengih.
Bulat mata Zarina. Wajah Ray yang tersengih kearahnya. Weyh, apa ni?! Ray, kau pehal?!
"Awak dah kenapa, Ray? Why you keep to interfere? Mind your own business, mamat Jepun!" Geram betul Zarina dengan Ray. Sibuk je! Baru dia mahu nak denda si anak kesayangan, Ray pula muncul to the rescue!
"Mummy... Mamat tu apa? Ais krim eh?" sampuk Aryan. Wajah Zarina dipandang. Zarina ketap bibir. Ray ketawa kuat membuatkan dia sangat jengkel. "Ryan kecil lagi." jawab Zarina kalut. Muncung sahaja mulut Aryan.
"Haha... Ari, stop bluffing please.. You sanggup ke nak sita Ryan punya toys? Tak kan? Tak baik ajar anak tipu... Berdosa!" ujar Ray disusuli dengan ketawa halus. Dia meneruskan pemanduan.
Mencebik mulut Zarina mendengarnya. Hek eleh! Berdosa apanya? "Awak ingat saya tak boleh ke?" Ray mengangguk. "Yup!" Zarina mendengus.
"You know nothing, Ray. Weirdo." Semakin galak Ray ketawa. "I'm not a weirdo, Ari. Stop saying that nonsense."
"Then who actually are you? Tak kan lah nama awak Ray je kan? Ke nama awak Rayqal? Atau Rayza? Or Rayshid Impossible lah kalau Ray je." ujar Zarina hairan. Call you Ray? What Ray? Podah!
"Hold on, Ari. Why you looks very interested about my name? Or you dah jatuh hati dengan I sampai nak tahu nama penuh I?" soal Ray nakal sambil melihat cermin belakang.
Bahang sahaja wajah Zarina dibuatnya. Errkk.. Aku pula yang terjerat dalam soalan aku!
"Mummy.. Acam ane hati boleh atuh? *jatuh" soal Aryan sambil memandang Zarina dan Ray silih ganti. Zarina ketap bibir. Ya Allah! Kanak-kanak pada usia ini memang selalu bertanya ya? Curiosity kills the cat.
"Jatuh hati tu bila mummy jatuh cinta dengan uncle!" jawab Ray selamba. Besar mata Zarina. Eh, bila masa aku nak jatuh cinta dengan kau, penipu?!
"Cita tu apa *cinta?" soal Aryan lagi. Zarina mengeluh lagi. Alahai, Ryan.. Banyak betul tanya..
Ray ketawa kuat. "One day you'll learn about cinta, Ryan." Aryan mengembungkan kedua-dua belah pipinya, tidak dapat jawapan yang dia inginkan.
"Okay! Who wants some ice cream?!" teriak Ray. Aryan mengangkat tangannya. "Me!!!!"
"Who wants some ice cream say hey!!!" teriak Ray lagi. "Heyyy!!!!!!!" jerit Aryan nyaring.
Zarina tersenyum melihat Aryan. "Mummy cepat erit mummy. *jerit" desak Aryan kepada Zarina. Zarina kulum senyum. "Hey....." ujar Zarina malas.
"Tak cukup kuat. Kuat lagi!!!" teriak Ray lagi. Zarina kacip gigi. Geramnya!
"Hey!!!!!!" jerit Aryan dan Zarina serentak. Mahu bergegar kereta Myvi itu dek jeritan mereka berdua.
Ray tahan senyum. "Good!"
*
"Ryan nak makan apa?" soal Ray kepada Aryan. Menu dibelek-belek helaian demi helaian.
"Ais krim!!" jawab Aryan laju bersama senyuman. Meja makan ditepuk kuat berulang kali, teruja.
Zarina menjeling Aryan disisinya. "Ryan! Jaga kelakuan!" marah Zarina. Aryan menutup mulutnya dengan tangan kecilnya. "Oopss....Corry mummy... *sorry"
Zarina tersenyum. Ini yang dia suka dengan anak lelakinya. Sekali marah, tidak akan memberontak atau menjawab. Syukur anaknya menjaga akhlaknya.
"Seriously, Ray? Pizza?" soal Zarina tidak percaya. Mereka sekarang berada di Pizza Hut. Isshh, Ray cakap dia ni penganggur tetapi takkan lah penganggur nak makan di Pizza Hut kut?
Ray mengangguk. "Why? Is it wrong?" soal Ray selamba dengan renungan matanya yang dikecilkan sedikit. Zarina menggeleng, kekok. Memang lah tidak salah. Siapa cakap salah? No one!
Zarina mendekatkan sedikit mukanya kehadapan. "Saya tak bawa duit lah awak..." bisik Zarina perlahan. Dia mana ada bawa purse! Ray ketawa halus sambil kepalanya digelengkan. "No prob, Ari. I belanja. My treat."
Berkerut dahi Zarina. "Awak ada duit ke?" bisik Zarina lagi. Takut pula dia kalau Ray mahu belanja, tetapi duit tak ada! Susah! Ray tersenyum. "Of course!"
Zarina menghela nafas lega. Bagus lah kalau Ray ada duit. "Nanti saya bayar balik tau." Ray menggeleng. "No need to trouble yourself, Ari. This is my treat." ujar Ray santai dan tenang.
Zarina termangu sebentar. Kepalanya yang berlapit tudung hijau digaru. Dia cuma tidak mahu menyusahkan Ray. Lagipun dia tidak tahu andai Ray ini orang susah.
"Kita makan kat tempat lain tak boleh ke?" pujuk Zarina mana tahu kalau terbuka jua hati Ray nak makan dekat tempat lain. Zarina juga hairan. Kenapa dalam banyak-banyak kedai dekat kawasan ini, Ray terdorong mahu makan di Pizza Hut? Tahu lah makanan disini sedap-sedap belaka, tetapi harga pun sedap juga! Ditambah lagi dengan anaknya yang hantu Pizza, memang banyak lah duit kena belanja. Nampak je perut kecil, tapi sebernanya perut alligator!
"Ari, don't worry. I ada duit lah." ujar Ray tenang sambil menepuk-nepuk poket seluarnya yang kelihatan kempis. Makin tak senang duduk lah Zarina. Aduhh... Kenapa Ray tenang gila? Si Zarina ni pula sudah mula gelabah apabila seorang waitress datang kepada mereka.
"May I take your order, sir and madam?" soal waitress itu ramah.
Ray menganggukkan kepalanya tanpa mempedulikan wajah Zarina yang berkerut-kerut menggelengkan kepala kepadanya.
"Sure. Can I have strawberry citrus tea?" Waitress itu kelihatan seperti mencatat order itu. Zarina ketap bibir bawah kuat. Strawberry citrus tea? Mahal gila air tu! Tapi kan, Ari.. Kau kisah apa? Guna duit dia kan? Biarlah dia nak beli apa-apa pun untuk dia.
"Ryan nak yang mana?" soal Ray sambil memandang Aryan yang sedang memegang dagu acah berfikir.
"Hrrrmmmmmmm........ Ryan nak ni lah!" Jari telunjuknya yang kecil ditekan pada gambar. Bulat mata Zarina melihat minuman yang dipilih oleh Zarina. Chocolate freeze yang berharga RM 9.10 menjadi pilihan Arjuna Aryan! Serius lah? Dalam banyak-banyak minuman, coklat harga hampir RM 10 tu yang Arjan pilih? Memilihnya!
"Ryan! Pilih yang lain!" marah Zarina. Okay, ni memang dia betul-betul ambil kisah. Minuman pun dah mahal, tak termasuk lagi dengan makanan. Aryan ni memang jenis yang memilih dalam bab makanan dan minuman. Kalau diberi pilihan antara air gas dan air coklat, dia lebih memilih air coklat. Lumrah kanak-kanak bukan?
Memuncung mulut Aryan apabila Zarina berkata sebegitu. Dia berpeluk tubuh, acah garang dan merajuk. "No way!!!"
Zarina senyum senget. Oh, nak melawan ya. "Choose another or your Ultraman Zero need to gisei. *korban" ugut Zarina keras. Aryan sangat meminati Ultraman Zero sehingga tidur juga sampai memeluk Ultraman itu. Kalau Ultaman itu hilang, menangis tak berlagu dia nanti. Tapi jangan ingat Zarina tidak berani ya!
Berubah air muka Aryan yang sedang berpeluk tubuh. "Mummy.... You're cruel...." Dia terus memeluk tubuh Zarina. Digoncang-goncang tubuh ibunya kuat. Meraung-raung Aryan ibarat mahu menangis dengan bibirnya yang dicebik-cebik. Tetapi, setitik air mata pun tidak keluar, tandanya Aryan hanya berlakon!
Zarina berdecit sebentar dengan perangai dan kelakuan Aryan yang sangat kebudak-budakan. Mengada!
Waitress yang melihat babak ibu dan anak itu hanya mampu tersengih. "Puan, kalau saya bagi discount, puan nak beli?" Waitress itu membuat tawaran menarik.
Zarina terkedu sebentar. Dia melihat kembali menu itu. Mana ada apa-apa discount yang ternyata di situ. "No, thank you. My son ni cuma nakal aje."
"Ah— No no. Don't cancel it. Proceed with that drinks. I'll buy that with no discount." pintas Ray. Dia sempat menghadiahkan kenyitan kepada Aryan, tanda dia sudah berjaya membeli minuman itu.
Waitress itu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia mencatat order itu.
Zarina menjeling Ray tajam. "What?" soal Ray bersahaja seperti tidak bersalah. Zarina gigit bibir bawah geram. "Awak buat apa tadi?" sinis Zarina bengang.
"Well, I just want a justice. I nak tegakkan keadilan." ujar Ray selamba. Tercengang Zarina. Keadilan? Keadilan wak lu!
"Ryan! You got that Chocolate!" Ray high five dengan tangan kecil Aryan. Aryan melonjak keterujaan. "Yipi!!! Thank you uncle! Uncle baik macam tenshi! *bidadari" ujar Aryan yang sedang melompat-lompat, gembira.
"Ep, mummy apa?" soal Zarina tidak puas hati. Ray baru buat baik sekali, dah digelar bidadari. Tak aci la! Aryan tersengih. "Mummy mazuhi tenshi! *bidadari yang kurang baik"
Butang mata Zarina. Dia cakap aku bidadari yang kurang baik? Kejamnya Aryan!! Baru Zarina mahu membalas, Ray terlebih dahulu memotong.
"You nak air apa, sayang?" soal Ray dengan perkataan 'sayang' yang sengaja ditekankan. Zarina menjeling geram. Ish, benci betul! Suka hati je panggil aku sayang!
"Air ais." ujar Zarina sambil cuba tersenyum manis kepada waitress itu. Waitress itu mencatat pesanan itu.
"Hep— No no. Cancel that drinks. Hot coffee please." pintas Ray laju. Zarina tercengang. Wajah Ray dipandang. Hot coffee? How can he know my favorite? Hati Zarina berteka-teki.
Ray membelek-belek menu itu. "2 mushrooms. Ari, you prefer Aloha Chicken, Hawaiian, Chicken supreme or Island Tuna?" soal Ray lalu mengangkat muka memandang Zarina. Zarina melihat menu yang disebut oleh Ray. Hrmmm... Semua mahal.
"Hawaiian." jawab Zarina. Dia memilih Hawaiian pun kerana Aryan amat gemar makan pizza itu. Dia buat semua ini kerana Arjuna Aryan! Aryan menganggukkan kepalanya laju, setuju dengan jawapan ibunya.
"Okay, it's decided. Hawaiian and Aloha Chicken." ujar Ray lalu menyerahkan menu-menu tersebut kembali kepada waitress. Terkedu Zarina. Aloha Chicken? Kita ada 3 orang je kot! Mana boleh habis!
"Hawaiian and Aloha Chicken? Will arrive later ya" Waitress itu terus berlalu.
Zarina memandang Ray tajam. Perasaannya bercampur baur sekarang ini. Pelbagai pertanyaan sedang berlegar-legar didalam otaknya. Bagaimana seorang penganggur, boleh membeli makanan sebanyak ini? Kenapa Ray memesan minuman Hot Coffee yang sememangnya kegemaran dia? Siapa kau, Ray?
"Why you keep staring at my handsome face?" Teguran Ray membuatkan Zarina kembali ke alam nyata. Wajah Ray dipandang. Wah! Dia memang ada ciri-ciri seorang Alpha Male betul! Sempat lagi nak puji diri dia sendiri!
Zarina mencebikkan mulutnya menyampah. "Awak ni memang juara perasan nombor 1 eh?" soal Zarina sinis.
Ray menggeleng. "No no. I tak perasan. It's fact. I ni handsome." puji Ray lagi. Senyuman senget yang menawan diukir.
Zarina julingkan matanya keatas, menyampah. "It's true. You nak I demonstrate?" soal Ray sambil tersenyum sinis. Sedikit tercalar egonya apabila Zarina seakan susah untuk mengaku yang dia ni handsome!
Sambil silang kaki dan tangan, Zarina mengangkat dagu agar kelihatan angkuh. "Prove it." Sumpah! Jengkel betul suara aku siap dengan gaya berlagak lagi. Bongkak namanya. Tapi tak kan lah nak kena hampar red carpet nak dia demo? Think lah brother!
Ray tersenyum senget. Nak aku buktikan? Matanya meliar memerhati segenap ruang kedai itu. Eh, kejap! Sasaran ada disebelah!
Dua orang wanita sedang dari tadi asyik memandang Ray. Ray senyum sinis. Kau nak sangat kan, Ari? Dia melangkah bangun menghampiri mereka.
"Hi sweetheart!" sapa Ray dengan suara gemersik yang cuba dibuat-buat teruja. Senyuman menawan yang kacak terlakar di wajahnya. Awwww... Cair ais batu dekat 7-Eleven tau apabila Ray hanya tersenyum.
"Hi—" Malu-malu mereka menjawab. Dua-dua menundukkan muka cuba control ayu. Ada yang pintal tudung. Ray tersengih. Dia sempat mengerling kearah Zarina disebelah. Wajah cemberut. Yes! Aku berjaya buat dia jeles! Go go Ray!
"Adik manis! Abang ni nak nombor boleh?" Next step, minta nombor phone lah!
Laju mereka mengangguk. Berebut mereka mahu memberitahu nombor mereka.
"Eh, aku dulu lah Afiya!"
"Abang hensem ni nak nombor aku la Sue!"
Masing-masing tak mahu mengalah. Ray hanya mampu tersengih. Hatinya terjentik satu persoalan. Mengapa dia buat kerja gila ni?
Semata-mata untuk membuat Zarina jeles, dia tersepit pula dalam masalah ini. Tengok lah tu, siap bergaduh sampai tarik rambut. Waduh! Aku punya problem ke ni?
"Guys, let me give you my number. Satisfied?" Laju mereka mengangguk. Ray tersengih. Satu keping nota kecil dikeluarkan daripada poket seluarnya.
"This is my number. I can't wait to hear your voice tonight, ladies." Dengan suara yang cukup husky, siap dengan gaya yang mampu digelar macho dan berkarisma, cukup membuatkan dua orang wanita itu cair.
"Thank you" Mereka menyambut nota itu malu-malu. Ray menghadiahkan senyuman paling menawan. Sebelum dia duduk semula di tempatnya, dia sempat menghadiahkan satu kenyitan kepada mereka.
"Look? I ni dikurniakan dengan wajah yang sangat handsome. Masih tak nak mengaku lagi, Ari?" soal Ray sambil menjongketkan keningnya nakal. Zarina mencebik sambil silang tangan. Never!
"Pizza!! Pizza!!" Aryan menjerit kuat sambil mengetuk-ngetuk meja menggunakan pisau dan garpu yang telah disediakan.
Mencerlung mata Zarina dengan kelakuan Aryan. Lagi-lagi apabila orang di Pizza Hut tertumpu kepada mereka. Malu bertingkat-tingkat lah Zarina dibuatnya dengan kelakuan tarzan versi di Pizza Hut, bukan di hutan.
"Ryan! Behave! Or else I eat your pizza later!" Zarina memberi amaran keras. Aryan mengangkat tangan, surrender.
"Oopss... Corry mummy.. *sorry" Mudah betul untuk menghentikan kenakalan Aryan. Dengan ugutan keras yang dilemparkan, mampu membuatkan Aryan tertunduk.
"Hey, you ni asyik ugut Ryan je. Tak baik lah." celah Ray. Zarina menjeling Ray. Eh eh, mamat ni. Sibuk aje lah!
"Sebelum dia jadi nakal yang teramat, baik saya disiplinkan dia dengan cara ini. Very effective. Awak apa tahu?" Geram betul Zarina apabila ada orang mempersoalkan cara dia mendidik anak. Salah ke? Bukan aku pukul dia pun! Dasar weirdo!
"I tak cakap salah. Just I think ugutan cliché macam tu sangat lapuk." sinis Ray.
"Then? You got any other effective way to discipline him?" bidas Zarina, sinis. Dia menyilangkan tangannya, angkuh.
Ray menggeleng. "Not discipline him. But you." Ray merenung tepat wajah manis Zarina. Terkedu Zarina dengan panahan mata itu. Entah mengapa disebalik mata itu macam terpendam sesuatu. Sesuatu rahsia yang sukar disingkap disebalik mata amber itu.
"Heh, me? I dare you." Walaupun agak terkedu, Zarina tetap berlagak selamba.
Ray senyum kecil. Berdegup kencang jantung Zarina melihat senyuman itu. Eh.. Kenapa dengan hati ni?
"Okay, Ari. As you wished, sweetie."
Ray merenung dalam-dalam mata hazelnut milik Zarina. Direnung dengan penuh kasih untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta buat wanita yang bergelar janda. Jujur hatinya sudah terpaut pada Zarina pada awal pertemuan di dalam kapal terbang. Tetapi dengan mata, tercapaikah hasrat hatinya?
Zarina mula tidak senang duduk dengan renungan mata Ray yang membawa beribu erti tersirat yang mendalam. Entah mengapa jantungnya tiba-tiba lari marathon. Alahai, encik jantung.. Jangan buat masalah boleh?
"Mummy! Inuman dah campai! *minuman *sampai" Teriakan teruja Aryan benar-benar membuatkan mereka berdua kembali ke alam nyata.
Tersentak Zarina dan Ray serentak. Mereka berdua memandang waitress yang sedang membawa minuman mereka.
"Enjoy!"
Zarina menghela nafas lega. Mujur waitress itu cepat sampai. Tidak, dia sudah hanyut dalam renungan mata Ray. Free-free je dapat dosa zina mata! Nauzubillah.
"Ryan boleh habis ke ni?" soal Zarina. Aryan sedang makan Chocolate Freeze itu. Habis comot mulutnya. "Oleh! *Boleh" balas Aryan yakin dengan mulutnya yang penuh dengan chocolate.
"Comot betul, Ryan." Terpegun Zarina apabila Ray mengelap mulut Aryan yang comot dengan chocolate. Sumpah, tindakan Ray tidak tumpah dengan kerisauan seorang ayah kepada anak. Layak menjadi ayah.
"Hehe!" Aryan membuat gaya peace sambil tayang gigi bongsunya.
"Ish, awak tak perlu lah lap mulut dia. Nanti comot lagi bila dia makan lagi." ujar Zarina. Ray tersengih, kekok. "Erkk.. Ye ke?" Belakang kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
Anggukan laju Zarina membuatkan Ray termalu sendiri. "Errr.... Enjoy your drinks!" ucap Ray untuk cover malunya. Zarina kulum senyum kecil. Comel betul Ray.
Tidak lama selepas itu, mushroom pula tiba. Selang beberapa minit, dua pizza juga tiba. Mereka menikmati juadah itu.
"Errr... Ray... Tak habis lah pizza. Macam mana ni? Membazir aje." ujar Zarina risau. Ada dua potong pizza tidak berjaya dihabiskan. Membazir betul kalau biarkan aje. Tetapi perut sudah penuh.
Ray yang sedang mengelap mulutnya dengan tisu menjawab. "No worries. Kita take away je." jawab Ray tenang.
"Urkkkk!" Aryan sendawa kuat. Serentak Zarina dan Ray ketawa kuat. Aryan hanya tersengih sambil mengucap Alhamdulillah. Mummy nya pernah pesan, kalau sendawa kena cakap Alhamdulillah.
"Kenyang?" soal Zarina, senyum. Aryan angguk laju. Dia makan semula chocolate freeze itu, gelojoh.
Zarina usap rambut Aryan lembut. Terselit bangga di sanubarinya. Benarkah dia anak yang kubesarkan selama 4 tahun tanpa suami disisi? Kalau benar, beribu ucapan syukur kuhadiahkan kepadaMu, Ya Allah.
"Mummy! Ryan nak kiss!" ujar Aryan sambil memuncung mulutnya, manja. Dia masih tersenyum girang Butang mata Zarina apabila Aryan cuba untuk mencium pipinya dengan mulut yang penuh dengan chocolate. Urhh.. Not again!
Tetapi bibirnya kuntum senyun dengan aksi manja dan comel Aryan. Nasib baik comel! Lantas, pipi Aryan dicubit geram. Tisu dilap pada mulut Aryan.
"Jangan ingat nak kenakan mummy!" Tersengih Aryan mendengarnya.
"I nak bayar." Ray membuka dompet kulitnya. Membesar mata Zarina melihat kandungan dompet itu. Penuh dengan not 100!
"I bayar, you pergi dekat kereta dulu ya." Ray menghulurkan kunci kereta kepada Zarina. Perlahan-lahan Zarina menyambutnya.
"Let's go, Ryan." Mereka berlari anak keluar dari Pizza Hut itu.
Ray mengangkat tangannya memanggil waitress itu. "Yes, tuan?"
"I nak bayar. This pizza please take away ya." Dua keping not 100 diberikan kepada waitress itu. "Keep the chance." sambung Ray lagi.
"Baik, tuan." Waitress itu menunduk hormat sebelum berlalu pergi.
Ray menyeluk poketnya sambil bersiul-siul. Matanya meliar memandang segenap tempat. Dia sudah arif dengan tempat ini.
"Ini take away nya, tuan" Waitress itu datang dengan membawa sekotak pizza. Waitress itu menunduk hormat lagi. Ray menyambutnya.
"Thanks. Your act is great But tak perlu lah tunduk ya." ujar Ray agak kurang senang. Macam di Jepun pula asyik tunduk sebegitu.
Waitress itu menggeleng. "Sebagai tanda hormat kepada Tuan Nuh Rayhan!"
Berubah air muka Ray. "Kan I dah cakap, jangan panggil nama penuh I!" tegas Ray sekadar berbisik.
Waitress itu tunduk lagi. "Maaf, tuan!"
"Tak apa. I forgive you. But next time, you will be fired" ujar Ray, sinis. Kakinya terus berlalu pergi ke parking lot.
"Lama tunggu?" soal Ray yang sedang membuka pintu kereta.
"Dari raya haji tahun lepas" jawab Zarina acuh tak acuh. Ray ketawa kecil. "Huishh.. Lama tu!" Seloroh Ray.
"Hrmmm...." Tangan Zarina mengusap kepala Aryan yang sedang lena diribanya. Pandangannya dilontarkan kearah tingkap.
Dia mendengar semua perbualan Ray dan pelayan itu di Pizza Hut.
Benarkah Ray hanya penganggur? Tetapi mengapa pengganggur boleh ada banyak duit? Tuan Nuh Rayhan? Tuan? Kau bukan orang biasa-biasa. Siapa kau, Ray?
Share this novel