MANIK manik peluh mula membasahi wajah Zarina. Diambil nafas dalam dalam. Kakinya tidak boleh duduk bersila diam diam. Sesekali dijeling kearah orang sebelahnya yang masih beriak selamba. Cool aje... Tak macam Zarina.
'Macam mana laki ni boleh tenang gila?' omel Zarina didalam hati sambil mengibas ngibaskan baju T-shirt warna merah akibat kepanasan. Almaklumlah rumah kampung kan tiada kipas sangat. Malah air conditioner pun tak ada. Memang tak ngam lah dengan Zarina. Macam mana lah Zarina nak tinggal selama 3 bulan?
Lagak Zarina yang terlebih gelabah itu macam kantoi tangkap dengan cikgu disiplin aje. Itu lah siapa suruh buat salah.. Tapi aku buat salah apa??!!
'Guru displin' dihadapan Zarina hanya merenung Zarina dan Helmi tajam. Oh my, tajam macam burung helang dah kenapa?
Zarina menjeling ke arah Helmi yang duduk bersila disebelahnya. Raut wajahnya sangat tenang. Pandangan dikalih pula ke arah 'guru disiplin'.
"Betui ka hampa ni bercinta?" soal Tok Mah sambil merenung tajam Zarina.
Zarina tersentak dengan serangan soalan mengejut. Perlahan lahan Zarina mengangguk sambil tersenyum hambar.
"Tak nampak macam bercinta pon." ujar Nek Mah sambil mencebik. Dia sudah banyak makan garam daripada Zarina dan Helmi. Dia tahu lah macam mana kalau orang jatuh cinta.
Zarina menggaru kepala yang tidak gatal. 'Aduhhhh.. Tanya soalan killer pula.. Memang lah tak macam orang bercinta sebab memang tak bercinta pun, tok!!!!' jerit batin Zarina. Ingin sahaja dia meluahkan tapi tidak berdaya.
"Biasalah orang bercinta zaman moden ni nek. Lain tau dari zaman dulu" jawab Helmi cepat cepat apabila melihat wajah gelisah Zarina.
"Ya ka?" soal Tok Mah.
Zarina mengangguk laju. Nasib baik Helmi cepat jawab.
"Tok terima. Hampa dua orang ni dah kahwin... Orang pompuan kena pandai jaga makan pakai laki... Faham, Ari?" soal Tok Mah.
Helmi menjeling kearah Zarina berserta senyuman sinis di bibir.
'Jaga makan pakai aku!'
"Orang laki kena pandai apa, Tok?" soal Zarina polos. Ingin juga tahu lelaki kena pandai apa. Asyik perempuan aje. Ini tak aci!
Bukannya dia tak nampak sinisan daripada Helmi. Sengaja mahu suruh aku jaga makan pakai dia lah! Dia kan dah besar bukannya budak lagi jaga lah sendiri!
Hampir tergelak Tok Mah dibuatnya dengan soalan polos Zarina tapi ditahan. Senyuman juga ditahan untuk tak nampak ketara sangat.
" Laki laki ni kena pandai cari nafkah untuk menyara keluarga. Laki jugak kena pandai jaga hati orang pompuan. Kang merajuk lari pula" terang Tok Mah.
Giliran Zarina pula untuk tersenyum sinis kepada Helmi. Helmi sekadar mencebik.
"Petua orang dulu dulu kalau nak perkahwinan kekal, suami kena peluk isteri waktu tidur."
Berkerut dahi Zarina dan Helmi. Mereka saling berpandangan. Peluk? Hell no way!
"Itu zaman dulu, tok. Zaman sekarang lain sikit. Zaman sekarang, lelaki romantik dengan cara lain lah. Cara tu lapuk la, tok" balas Helmi tergagap gagap
Cuba dikawal getaran pada suara untuk tak nampak tergagap sangat.
Tok Mah mencebik.
"Itulah budak budak zaman sekarang. Zaman dulu dibuang, zaman sekarang mula disanjung sanjung. Apa nak jadi lah..?" rungut Tok Mah.
Zarina tersenyum kelat.
"Malas la Tok nak cakap panjang panjang. Baik Tok pergi tidur" Tok Mah segera berlalu.
Keluhan berat dilepaskan. Akhirnya terlepas juga daripada 'guru disiplin'! Nasib baik ceramah tak panjang!
Zarina menjeling kearah Helmi.
"Romantik konon..." sindir Zarina. Romantik? Hahaha!!! Helmi buat lawak ke? Nak aku gelak?
Helmi menjeling tajam.
"Kau jangan ingat aku nak romantik romantik dengan kau ya?" ujar Helmi.
Zarina mencebik.
"Ingat aku kebulur sangat ke?" bidas Zarina.
"Mana tahu kau mengidam nak peluk tangan sado aku ni" Helmi menunjukkan lengannya yang agak berketul ketul. Bulat mata Zarina melihat lengan Helmi yang sasa. Wow... Belum tengok perut lagi. Ada six-pack tak? Selalu pergi gym ke? Tapi pelik lah. Cikgu sekolah, badan sado? Haha! Mau ketawa terguling guling aje Zarina dibuatnya.
"Assalamualaikum! Kami dah balik!" ucap suara suara dari luar rumah.
Kening Zarina terangkat. Siapa pula tu! Dia memandang Helmi yang hanya berdiam kan diri.
"Abang Am!!!!" jerit beberapa orang budak lalu memeluk tubuh sasa Helmi.
Bertambah hairan Zarina melihat banyak budak meluru kearah Helmi. Siapa pula budak budak tu?
"Ho.. Ho... Mati abang karang. Kuat sangat lah hampa.." ujar Helmi. Memang nampak macam sekumpulan semut mengelilingi makanan.
"Rindu abang ketat ketat!!"
Helmi tersengih.
"Maaf, siapa korang?" soal Zarina. Dari tadi berdiri tegak macam Patung Cendana nak tahu juga siapa budak budak zombie ni.
"Diorang...." Belum sempat Helmi mahu membalas, budak budak itu terus meluru kearah Zarina.
"Akak!!!!!"
"Woo...." Sesak nafas Zarina dibuatnya. Padu betul pelukan mereka.
"Ni anak buah aku." balas Helmi.
Berkerut dahi Zarina. Kenapa ramai sangat?
"Eh, Am." ucap seorang lelaki dan seorang perempuan lalu menghampiri Helmi. Lelaki iti dan Helmi bersalaman. Perempuan itu juga bersalaman dengan Helmi.
Kening Zarina terangkat. Muhrim ke?
"Ufa, Una, Uda, Umar, Uzair, lepas kan mak cik kamu tu. Kesian mak cik kamu tu." tegur perempuan itu yang merupakan ibu kepada 5 zombie ni.
Zarina mengetap gigi. Mak cik? Excuse me! I'm young okay? 25.. Dah kahwin tapi still tak boleh panggil mak cik
Mereka terus melepaskan pelukan dengan wajah yang masam. Alahai, comel betul muka diorang yang masam macam cuka.
" Eh, budak budak ni. Pergi main dekat luar tu!" arah si ibu.
Ufa, Una, Uda, Umar dan Uzair terkedek kedek berlari menuruni tangga untuk keluar dari rumah.
Zarina menghampiri Helmi.
"Abang Fir sihat?" soal Helmi sekadar berbasa basi.
Lelaki yang bernama Firman mengangguk.
"Ini ke isteri Am? Cantik bebenor!" puji perempuan itu lalu menilik nilik wajah mulus Zarina.
Zarina mula tidak senang dengan perilaku perempuan misteri itu. Dia sekadar tersenyum nipis dengan pujian dari perempuan itu. Telinga dia sudah bernanah mendengar pujian Ketika akad nikah tadi. Helmi yang menyedari hal itu terus mencelah.
"Nama dia Zarina Medina. Panggil dia Ari. Ari, ni abang ipar saya, Firman. Ni pula kakak saya, Halima." perkenal Helmi.
Zarina menunduk kepada Firman sebagai tanda perkenalan lalu menyalami tangan Halima. Zarina perasan akan perubahan kata ganti nama diri yang digunakan oleh Helmi. 'Saya'?
"Maaf ya, Ari. Anak anak kak Lima memang macam ni. Aktif semacam.." pinta Halima.
Zarina menggelengkan kepala.
"Tak pe, kak Lima.. Biasalah budak budak.." balas Zarina sambil tersenyum manis.
Halima tersenyum senang dengan Zarina.
"Mana mak, Am?" soal Firman sambil memandang segenap sekeliling setiap inci rumah. Tidak pun Kelihatan mak mertuanya.
"Mak pergi rumah kawan." jawab Helmi.
"Akak minta maaf sebab tak sempat datang akad nikah"
"Eh, tak pe, kak" ucap Zarina dengan senyuman yang mekar.
"Kak Lima!!!" teriak Halina dari dalam bilik lalu memeluk erat Halima.
"Ya Allah budak ni!! Mati lemas akak!" cebik Halima lalu melepaskan pelukan. Budak ni buat macam 10 tahun tak jumpa.
"Tapi Lina rindu akak!!" ujar Halina sambil mengenyit mata. Manja betul Halina dengan Halima.
Halima membuat aksi geli.
"Tak malu ke Ari dah kahwin sebelum Lina? Lina bila lagi?" soal Halima sengaja.
Halina membuat muka toya yang membuatkan Halima bengang.
"Eiii.. Akak tumbuk juga muka Lina" Halima mula membuat penumpuk. Geram pula Halima dengan reaksi Halina. Halina kecut perut. Dia cepat cepat menyorok di belakang Zarina.
"Eiii penakut betul!" perli Halima.
Halina menjelir lidah sebagai balasan.
Zarina tersenyum lalu mula ketawa halus. Mereka semua ketawa.
"Apa yang bising bising ni? Tok nak tidoq pun susah" rungut Tok Mah seraya keluar daripada bilik.
"Tok sihat?" soal Halima sambil menyalami tangan Tok Mah.
"Mestilah sihat kalau tak dah lama tok baring dekat wad." sinis Tok Mah.
Halima tersenyum.
"Fir pun balik?" soal Tok Mah sambil tangannya disalami Firman.
"Ya, tok. Tak kan nak dok sorang sorang kat rumah. Budak budak pun ikut sekali" balas Firman.
Muka Tok Mah Kelihatan teruja.
"Mana cicit cicit tok?" laung Tok Mah. Sengaja dikuatkan suara supaya anak anak Firman dan Halima mendengar. Sangkaan Tok Mah tepat sekali. Una, Uda, Ufa, Uzair dan Umar Pantas menaiki tangga untuk masuk kedalam rumah kayu itu.
"Tok!!!" teriak mereka serentak lalu memeluk tubuh tua itu. Walaupun Tok Mah sudah bergelar 'moyang', gelaran Tok Mah tidak pernah pupus mahupun luput.
"Cicit cicit Tok ni sihat ke?" soal Tok Mah.
"Sihat!!!!" teriak mereka lagi. Bergegar rumah kayu itu dengan suara ceria mereka.
"Umar dah tak kacau Uda dah?" soal Tok Mah sambil merenung tajam kearah Umar setelah pelukan dilepaskan.
Laju Umar menggelengkan kepala.
"Umar dah tak kacau Uda dah. Betul kan?" balas Umar.
"Mana ada! Tok, Umar tipu! Hari itu dia ambil mainan Uda!" balas Uda. Bersungguh sungguh dia menceritakan tentang Umar merampas mainan Uda.
"Betul tu!" sokong Ufa dan Una. Geng perempuan biasa lah.
"Uzair pun jahat!" adu Ufa pula.
"Eikk.. Mana ada!" nafi Uzair sekeras kerasnya.
"Ustaz kata tak baik tipu! Hari itu Uzair ejek rambut Una. Uzair cakap rambut Una macam maggie!" cerita Uda.
Zarina pun terpaku dengan kepetahan kanak kanak itu. Petah betul mereka berbicara. Umur berapa lah ya..?
Tok Mah memandang tajam kearah dua zombie dihadapannya. Umar dan Uzair. Troublemaker.
Cepat cepat Umar dan Uzair tunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan Tok Mah. Takut dengan renungan tajam kalah pedang samurai itu.
"Uzair janji. Uzair tak akan buat lagi"
"Umar minta maaf, Una, Uda, Ufa.."
"Ufa, Una, Uda Maafkan Umar dan Uzair.."
Lantas mereka adik beradik saling berpelukan.
What a touching moment... So sweet.. Comel betul. Semua yang berada didalam rumah itu tersentuh dengan gelagat adik beradik itu.
Zarina terlopong melihat penangan renungan Tok Mah. Power habessss.... Sampai diorang terus minta maaf walaupun Tok Mah tak kata apa apa lagi. Hebat betul. Mesti Tok Mah ni garang. Ahli kongsi gelap ke? Atau ahli kongsi cerah?
"Tapi rambut Una memang macam Maggie." ujar Uzair lalu menyorok dibelakang Tok Mah.
"Huaaa.. Tok... Abang Uzair ejek Una!!" rengek Una sambil menghentak kaki.
"Uzair!!!!"
Seisi rumah bergelak ketawa apabila Una mengejar Uzair didalam rumah. Uda dan Ufa turut menyokong Una.
--------------------------------------------------------------------
"SERIUS kita tidur dekat sini?" soal Zarina.
Helmi mengangguk.
"Ye ada apa masalah?" soal Helmi.
Zarina tercengang. Katil kayu itu dipandang. Sudah la kecil, tak kuat pula tu. Kukuh lagi ke? Tak siap siap patah terbelah 2 macam mana? Sudah lah Zarina baru lepas melantak 3 pinggan nasi. Selera betul. Mana tahu kalau katil kayu itu terus reban sebab berat Zarina?
Zarina menggigit bibir.
"Selamat lagi ke ni?"
Helmi tersenyum sinis. Dah agak dah. Memang Zarina pasti tak akan puas hati dengan katil ni. Dasar anak orang Bandar!
"Ke kau nak tidur dekat kandang tenuk? Aku okay je..." soal Helmi sarkastik.
Zarina menelan air liur. Kandang tenuk? Ewwww.. Memang tak lah dia nak tidur dekat situ. Jangan harap. Tawar lah duit sejuta ringgit sekali pun dia tetap tidak akan tidur di kandang tenuk yang busuk itu!
" Kau tidur atas lantai!" arah Zarina sambil menunjukkan kearah tikar mengkuang yang berada diatas lantai.
"Eikkk.. Apahal pula?" soal Helmi pelik. Sudah ada katil kenapa nak tidur atas lantai.
Zarina berpeluk tubuh.
"Kau ni cepat lah tidur!" Helmi menarik tangan Zarina lalu Zarina jatuh diatas katil.
"Kau..!!!" marah Zarina.
Helmi cepat cepat baring menghadap bertentangan dengan Zarina.
Zarina mencebik. Tahu takott!
"Family kau besar juga ya?" ujar Zarina. Terkenangkan Una, Uda, Ufa, Uzair dan umar. Gelagat mereka sangat mencuit hati Zarina. Pasti rumah ini akan bertambah meriah dengan kehadiran kanak kanak ribena.
"Hmmm...." balas Helmi pendek.
Zarina mengetap bibir. Menyampah betul!
Zarina juga cuba untuk tidur. Zarina tidur menghadap belakang Helmi. Dipejamkan matanya rapat.
*
Peluh membasahi muka Zarina. Belakang badan Zarina juga basah dengan peluh. Zarina mengibas ngibaskan baju. Cepat cepat dia bangun daripada baring. Ya Rabbi.. Panas yang amat!
Zarina toleh ke arah Helmi yang nyenyak tidur. Macam mana dia boleh tidur dalam keadaan yang panas macam ni?
Tak boleh jadi ni.. Kalau berterusan sampai esok pun aku tak boleh tidur!
Zarina membuka tingkap. Angin sejuk menyergah muka. Kunang kunang bercahaya. Bintang bintang berkelipan menghiasi langit yang kelam. Bulan sabit juga menerangi malam yang indah.
Zarina memejamkan mata. Cuba menghayati setiap detik itu.
'Mama, mama dekat mana? Anak mama dah kahwin dah..' rintih hati Zarina sambil air mata mengalir hangat.
Share this novel