"ABANG! Dah balik?" sapa Syafiera teruja apabila suaminya telah pulang.
Pelik sungguh! Suaminya pulang sebelum malam. Memang pelik bin ajaib! Iyelah. Selalunya, suaminya akan pulang pada waktu malam. Tetapi hari ini, dia pulang petang!
Aish ukir senyuman tipis. Soalan isterinya dibiarkan tergantung Ada sebab kenapa dia pulang awal. Syafiera mencium tangan suami tercinta.
"Abah dah balik?!" teriak Syafiq yang berada di bilik. Terkedek-kedek anak kecil itu berlari ke arah papanya.
Tersenyum panjang Aish dibuatnya melihat anaknya. Tubuh kecil itu dipeluk erat.
"Anak abah nakal-nakal ke waktu abah tak dek?" Pipi comel itu dicium banyak kali. Tersenyum sahaja Syafiera melihat mereka.
"Eh... Mana ada Fiq nakal-nakal!" Syafiq menggelengkan kepalanya ulang kali. Aish menahan senyum.
"Abah, tau tak.. Tadi Mia, Mika dan Farish datang tadi! Kami main came-came! *sama-sama" beritahu Syafiq berserta senyuman di wajahnya. Nampak benar teruja itu
Tersentak Aish mendengarnya. Dia memandang isterinya meminta penjelasan. Syafiera mengangguk kecil.
"Farah dan Yana datang sini. Tapi diorang dah balik dah." ujar Syafiera. Aish memandang Syafiq digendongannya.
"Fiq main mainan dulu ye." Syafiq mengangguk laju lalu terus meluru masuk kedalam bilik.
"Abang, nak sayang buatkan air?" tawar Syafiera. Aish menggeleng.
Matanya melilau memerhati segenap rumah itu. Dia melabuhkan duduk diatas sofa.
"Mana Ryan dan Ina? Macam sunyi je.." komen Aish perlahan. Dia menyandarkan badannya kepada sofa.
Selalunya Zarina akan duduk diruang tamu. Gelak ketawa Aryan pasti akan menghiasi rumah ini tetapi rasa macam sunyi sahaja.
"Oh! Ina dengan Ryan pergi Sunway Mall. Nak cari bahan untuk opening butik." balas Syafiera.
Berubah air muka Aish. Wajahnya bertukar kelat dan serius apabila mendengarnya.
"Kenapa abang?" tanya Syafiera. Dia duduk bersebelahan suaminya. Risau pula dia melihat wajah suaminya. Ada apa-apa yang tidak kena ke?
Aish memusingkan badannya memandang isterinya. Tangan isterinya digenggam erat. Mata Syafiera direnung dalam-dalam.
Terkedu pula Syafiera dengan tindakan Aish. Dia menelan air liur. Aikk... Jangan-jangan...
"Abang jangan macam-macam! Kita dekat luar nanti Fiq nampak! Kalau tak, sayang akan cubit abang!" ugut Syafiera.
Si Aish bukannya boleh percaya sangat. Ketika dia mengandungkan Syafiq, Aish selalu membuat 'benda' yang ringan-ringan. Miang terlebih ketika dia mengandung!
Mahu meledak ketawa Aish mendengar kata-kata Syafiera. Alahai... Comel ye isteri aku ni..
Dagu Syafiera dielus manja. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
" Sayang ni... Abang cuma nak tanya something je lah.. Ke sayang nak abang buat 'benda' tu?" soal Aish dalam lirikan nakal yang lagi menggoda. Terangkat-angkat keningnya.
Merona merah wajah Syafiera apabila Aish mengusiknya. Malu dikenakan sebegitu. Salah dia juga sebab anggap bukan-bukan. Aish pegang tangan je dah anggap benda pelik-pelik.
" Cepat lah tanya!" desak Syafiera mematikan senyuman Aish.
Aish menarik nafas dalam-dalam sebelum mula berbicara. Riak wajah serius Aish benar-benar menghadiahkan tanda tanya kepada Syafiera.
"Sayang, Ina bencikan Am ke?"
Terkedu Syafiera mendengar soalan yang tidak diduga itu. Kenapa suaminya tanya macam itu?
"Errr.... I guess the answer is yes... Probably laa.. Sebab siapa tak marah kan bila kena fitnah? So mestilah Ina bencikan Am walaupun Ina pernah cintakan Am sebab Am tak percayakan dia." jawab Syafiera panjang lebar. Aish tahan senyum. Isterinya memang special. Tanya sepatah, satu karangan dia jawab! Apabila mengandung je mesti perangai kebudak-budakan.
Mahu sahaja dia senyum tetapi dia tahan senyuman. Kerana dia mahu memberitahu Syafiera sesuatu perkara yang mustahak.
"Agaknya kalau Ina jumpa Am apa yang dia akan buat?" soal Aish lagak seorang polis.
Syafiera berfikir sejenak. Apa yang Ina akan buat jika mereka berjumpa?
"Sayang rasa mesti Ina akan larikan diri. But tu dulu. I think now Ina akan berdepan dengan Am dengan berani." jawab Syafiera yakin. Ya, dia ada keyakinan kepada Zarina.
Aish hanya diam seraya mengangguk-angguk.
"Sayang rasa possibility untuk diorang berjumpa tipis. Sebab Am kan dekat Kedah." sambung Syafiera memberi pendapat.
"Who said?"
Terangkat kening Syafiera. Apa maksud dia?
"Why?" soal Syafiera. Aish menarik nafas dalam-dalam.
"Abang ada upah orang siasat Halina's family. Dan.... Abang dah dapat info" ujar Aish.
Syafiera terkejut. Suaminya sudah dapat info tentang mereka?
"Apa maklumat tu?" soal Syafiera.
"It's Am."
"Yes apa info pasal dia?" soal Syafiera tidak puas hati.
Aish menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
"He's here."
________________________________________
"ARYAN?"
Langkah Zarina terhenti apabila kedengaran orang menyeru nama Aryan. Dia menoleh.
Terkedu dia apabila memandang satu susuk tubuh. Wajah tampan itu dia amati lama-lama. Siapa tu?
"Uncle!" Aryan meluru kearah lelaki itu. Dia memeluk lelaki itu. Tersenyum lebar sahaja lelaki itu memandang Aryan.
Berlapis dahi Zarina melihat tindakan Aryan. Aryan memeluk stranger?
"Aryan handsome boy!" ujar lelaki misteri itu. Aryan tayang giginya.
"Mummy! Ini uncle dalam kapal tebang tu lah! *terbang" ujar Aryan manja apabila melihat mummy nya seperti clueless.
Zarina berfikir sejenak. Terus matanya membesar kuasa tiga apabila dia sudah teringat.
"Mamat jepun muka susu basi!" Zarina menjerit kecil. Mulutnya terlopong.
Lelaki itu tersenyum kecil apabila Zarina sudah mengenali dia walaupun Zarina seakan mengejeknya.
"Cover your mouth, dear. Before moth come to your mouth." sinis lelaki itu. Zarina menjulingkan matanya menyampah.
"Ryan, jom." Zarina pantas menarik tangan anaknya untuk beredar. Tetapi Aryan meronta-ronta.
"Mummy! Ryan nak alan-alan dengan uncle! *jalan-jalan" rengek Aryan lalu memeluk lelaki jepun itu.
Butang mata Zarina. Aryan memang mudah mesra dengan orang. Tetapi lelaki jepun ini hanya dikenali untuk beberapa jam sahaja! Itu pun beberapa butir bicara mereka bersembang. Tidak mungkin Aryan sudah rapat dengan lelaki jepun itu!
Lelaki itu tersengih mendengar kata-kata Aryan. Terselit rasa bangga pada sanubarinya.
"Dia jahat tau tak? Kita tak kenal dia!"
"Hold on, Aryan's mummy.. I'm not a bad person. I'm a good person plus a handsome man. " ujar lelaki itu. Zarina mencebik.
"Tak sedar diri dia tu muka macam susu basi ada hati kata handsome. Wak lu kau!" omel Zarina perlahan. Tersenyum lelaki itu.
"Well well Aryan's mummy. Muka I ni lagi handsome dari muka Justin Bieber tau.." ujar lelaki itu bersama senyuman dibibir. Terpana Zarina mendengarnya. Dia reti cakap Melayu?!
"Do call me Ray. And stop saying my face looks like spoil milk." ujar Ray bersama senyuman di bibir.
"Aryan, jom jalan-jalan!" Pantas Ray menarik tangan Aryan.
Terpinga-pinga Zarina jadinya.
"Ehhh... Tunggu!!"
*
"Apa nama you?" soal Ray sambil makan ais krim. Mereka sekarang ini berada di kedai Delish Cafe di Sunway Mall ini.
Zarina membuat rolling eyes. Ini mesti nak ngorat ni!
"Buat apa nak tau?" soal Zarina selamba. Ray tersenyum.
"Saja nak berkenalan dengan mummy Aryan ni!" Ray mengenyit mata nakal. Zarina membuat aksi muntah.
"Saya rasa awak ni stalker. Kan?" Zarina mengecilkan matanya merenung tepat wajah kacak Ray.
Tawa Ray meletus. Aryan yang sedang makan ais krim hanya buat endah tidak endah.
"Muka macam I ni di cop sebagai stalker? First macam susu expired. Then stalker. Do I really look like one?" soal Ray sambil memandang tepat wajah Zarina.
"Errr... Kinda.." Zarina cepat-cepat menyambung makan ais krim. Rasa gemuruh pula dia. Muncung sahaja mulut Ray.
"Panggil je Ari." ujar Zarina pantas apabila Ray kelihatan seperti merajuk.
"Ari? Nice name! Like it! Just like the face!" puji Ray ceria sambil memandang wajah manis itu lama. Terkedu Zarina. Bahang sahaja wajahnya dek malu yang teramat.
"Err.. Whatever! Awak ni orang jepun eh?" soal Zarina ingin tahu. Ray tersenyum.
"Mix jepun. But masih anak orang Malaysia." terang Ray bangga Zarina menganggukkan kepalanya faham.
Keadaan menjadi sepi seketika antara mereka. Hanya bunyi kon ais krim yang digigit kedengaran.
"You tak rasa ke ini semua bukan hanya kebetulan?" Soalan Ray membuatkan Zarina terpaksa memandang Ray. Bercantum keningnya tidak mengerti.
"Maksud?"
"Well.. In Malay's term, it calls 'jodoh'. Aren't it? Kita bertemu lagi after satu pertemuan. Bukan jodoh ke namanya?" Ray mengangkat-angkat keningnya nakal. Sengihan nakal terukir pada bibirnya.
Zarina terkedu. Jodoh? Adakah ini yang dinamakan jodoh? Jodoh selepas kecewaan?
" Eh, comot lah Aryan makan! " Ray mengelap kesan ais krim di mulut Aryan menggunakan tisu.
Zarina hanya menjadi pemerhati. Selain Aish, harus Zarina akui. Aryan sangat rapat dengan Ray. Patutkah hatinya terbuka untuk cinta? Aryan perlukan ayah..
"Terima kashih uncle! *kasih" Aryan tersenyum. Ray mengusap rambut Aryan.
Belum pernah lagi Aryan mengukir senyuman sebegitu. Mungkinkah senyuman itu wujud apabila Aryan selesa dengan seorang yang mungkin dianggap daddy?
"Ryan, mummy nak ke toilet sekejap. Ray pastikan awak jaga anak saya betul-betul." ujar Zarina sambil memandang tepat wajah Ray.
Ray tersenyum lebar.
"No prob, boss!"
Perlahan-lahan Zarina mengatur langkah keluar dari cafe itu.
'Ryan sangat selesa dengan Ray...' detik hati Zarina.
Ray hanya memandang wajah Aryan. Terlintas di otaknya.
"Mana daddy?" soal Ray ingin tahu. Jika Zarina tidak mahu bagitahu, Aryan kan ada!
"Mummy cakap daddy dah tak dek. Ryan selalu nampak mummy angis sebab daddy.." ujar Aryan sambil menikmati ais krim.
Ray terkedu. Suami Zarina sudah tiada? Patutlah Zarina mengelak apabila ditanya soalan begitu.
Rambut Aryan diusap. Kasihan Aryan. Mesti dia dahagakan kasih sayang daddy nya.
Telefon Ray berdering. Ray menyeluk poketnya. Terkedu dia melihat nama yang menelefon dia itu.
"Aryan, uncle nak jawab telefon. Aryan jangan kemana-mana tau. Nanti uncle datang" pesan Ray. Aryan yang sedang menikmati ais krim itu hanya mengangguk.
Ray berlalu pergi untuk menjawab telefon itu.
Aryan dengan rakus menjilat ais krim itu. Dia memerhati sekeliling. Matanya terancap pada kanak-kanak yang sedang berlari sambil memegang mainan Robocar poli
Aryan yang sememangnya suka kepada mainan terus berlari keluar dari cafe itu.
"Car....." panggil Aryan lalu berlari mengejar kanak-kanak yang memegang mainan itu. Tetapi kanak-kanak itu semakin menghilang.
Apabila kelibat kanak-kanak itu hilang, Aryan terkedu. Terpinga-pinga dia memerhati sekeliling.
Ramai manusia lalu lalang di Sunway Mall ini. Tempat yang asing membuatkan Aryan takut.
"Mummy..." panggil Aryan dalam ketakutan. Air matanya hampir menitis apabila kelibat mummy nya tidak kelihatan.
Dia berada di mana sekarang? Mana mummy?
Aryan memanggil-manggil mummy nya. Matanya berkaca-kaca. Dia memandang sekeliling tempat yang sangat asing untuknya. Kanak-kanak kecil itu hampir menangis.
"Adik sesat ke?" Soalan seseorang membuatkan Aryan mendongak memandang empu badan.
"Nak mummy..." Lelaki yang menegur Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya melilau mencari mummy Aryan. Dia duduk mencangkung.
"Mummy adik mana?" soal lelaki itu. Dia memandang wajah Aryan.
"Mummy pergi toilet...." balas Aryan. Dia mengesat air matanya yang menitis.
"Mari uncle bawa adik pergi jumpa mummy adik. Tak mau menangis ye?" Lelaki itu mengesat air mata Aryan.
Aryan mengangguk laju. Baru sahaja lelaki itu mahu memegang tangannya, kedengaran seseorang menjerit nama Aryan.
"Ryan!!!"
"Mummy!!" Terkedek-kedek Aryan berlari mendapatkan Zarina. Tubuh Aryan dipeluk. Ray menghembus nafas lega. Mujur Aryan dapat dijumpai.
"Ryan pergi mana? Risau mummy!" marah Zarina sambil memegang bahu Aryan.
"Ryan kejar.. Robocar Poli..." balas Aryan takut-takut.
Zarina mengeluh perlahan.
"Lain kali jangan pergi mana-mana tau?" Aryan mengangguk.
"Corry mummy... *Sorry" Tubuh kecil Aryan dibawa kedalam dakapan. Risau dia apabila Aryan tiada di cafe itu. Nak marah Ray pun tak guna.
"Bagus lah puan dah jumpa anak puan." ujar lelaki itu lega.
Zarina berdiri. Dia memandang wajah lelaki itu.
Bulat mata Zarina. Terkedu dia apabila melihat wajah itu. Tidak percaya dia sekarang berdepan dengan lelaki yang dia benci
Lelaki itu juga kelihatan terkejut melihat Zarina.
Wajah itu...
Lelaki yang melukakan hatinya.
Lelaki yang membuang cintanya.
Lelaki yang tidak percayakannya
Lelaki yang menfitnahnya.
Lelaki yang pernah dicintainya...
"Am....."
Share this novel