Bab 67

Romance Series 186474

"AKU dekat mana ni?" soal Zarina sambil memerhati sekeliling. Gelap lah tempat ni.. Tempat apakah ini? Dimana kah dia berada sekarang?

"Ari...." Panggilan daripada seseorang membuatkan Zarina tercari-cari.

Suara pemanggil itu seperti bergema kuat di tempat itu. Sehingga Zarina tidak tahu dari mana pemanggil itu.

"Ari......." Jelas kedengaran suara pemanggil itu menyeru nama Zarina. Tetapi kali ini lebih mendayu-dayu.

"Siapa kau?!" Jerit Zarina sambil memusingkan badannya memerhati sekeliling yang kelihatan gelap dan kelam.

"Ari......."

"Kau siapa ah?! Tunjukkan diri kau!!" Teriak Zarina kuat. Tercari-cari dia dibuatnya.

"Ari..." Suara itu kedengaran seperti mengecil. Suaranya juga kedengaran lebih lunak. Terangkat kening Zarina. Perempuan?

Zarina toleh kebelakang kerana terasa seperti suara itu datang dari belakang. Terasa seperti suara itu betul-betul di belakangnya.

"Querina?" soal Zarina terkejut.

Kelihatan seorang wanita berdiri dihadapannya sambil menangis! Tubuh wanita itu seperti dikelilingi dengan aura-aura hitam. Dan perempuan itu ialah Querina!

"Ari.... Maafkan aku..." ucap Querina sambil mengalirkan air mata yang kelihatan berwarna merah darah.

Tercengang Zarina. Querina minta maaf?

"Tolong aku, Ari... Aku nak keluar dari tempat puaka ni.. Aku terseksa, Ari." rintih Querina, pilu. Semakin lebat air mata meranya mengalir deras.

"Macam mana aku nak tolong kau? Aku pun terperangkap dekat sini!" balas Zarina sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali. Apa benda semua ni?!

"Tengok diri kau, Ari." Zarina memandang tubuhnya sendiri. Terjungkit keningnya. Kenapa badannya bercahaya dan pakaiannya persis bidadari?

"Ari, kau sorang je boleh tolong aku. Aku nak keluar dari tempat ni.." Querina menitiskan air mata jernih. Kali ini air matanya jernih.

"Aku.... Aku..." Tergagap-gagap Zarina mahu berkata. Dia mengundur setapak demi setapak ke belakang.

"Aku kotor. Aku jahat. Aku pendosa. Aku buat macam-macam kat kau. Aku dikelilingi dengan hitam. Aku tak boleh jadi macam kau, putih." Querina terduduk. Ya, dia hitam. Zarina pula putih. Itu bezanya mereka.

Zarina mencangkung memandang Querina. "Kau bunuh bapa aku, Que...." ujar Zarina sambil mengalirkan air mata. Gigi dikacip.

"Aku tau. Tapi aku pun terseksa, Ari. Aku tak bahagia. Aku merana." Semakin mendayu-dayu rintihan Querina.

Tiba-tiba sahaja Zarina seperti terapung-apung meninggalkan Querina.

"Tolong aku, Ari!!!!"

....
..

Zarina terjaga daripada tidur. Dia meraup rambutnya kasar. Berpeluh-peluh dahinya dibuatnya.

Apa maksud mimpi itu tadi?

_______________________________
"FIQ! Fiq tahu tak mummy kite semalam gi mane?" soal Aryan yang sedang bermain dengan Ultraman. Tangannya yang sedang bergerak-gerak bermain patung Ultraman dan raksaksa terus terhenti.

Syafiq jungkit bahunya tanda tidak tahu. "Abah kite pun keluar dengan aunty Lia! Mama kite je yang tak keluar."

"Nape dorang suruh kite main dalam bilik eh?" Polos sahaja Aryan bertanya rakan sebayanya.

Syafiq hanya jungkit bahunya lagi. "Bukan kite memang selalu main dalam bilik ke? Dorang cakap jangan keluar...."

"Hrmmm... Ryan nak makan ais krim oreo pun tak oleh! *boleh" ujar Aryan, tidak senang dengan pipinya yang dikembungkan.

"Alaaaa...... Nak makan!" rengek Syafiq, comel.

"Jahatnya dorang, kan kan kan?" Aryan angguk laju, mengiyakan. "Tapi... Dorang macam tengah cakap-cakap laa.. Tak berani kite.."

"Ryan, nak tanya cikit boleh?" soal Syafiq sambil membuat gaya kecil. Ryan memandang Syafiq. "Tanya je lah!" jawabnya riang.

"Hrmmm... Jangan marah tau kalau Fiq tanya ni.." Aryan angguk laju.

"Mana daddy Ryan?"

Aryan terkedu. Tidak menyangka rakannya akan bertanya perihal ayah. Aryan hanya angkat bahu sambil bibir dimuncungkan..

"Mummy cakap, daddy dah tak dek. Tapi tiap malam Ryan nampak mummy angis." jawab Aryan. Ya, dia pernah nampak Zarina menangis sambil memegang sekeping gambar.

"Ryan tak nak daddy ke?" soal Syafiq lagi. Dia punyai ibu dan bapa yang cukup. Jadi, dia tidak tahu rasanya tanpa daddy.

Aryan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Ryan tak nak sebab Ryan dah ada mummy!" Aryan tersenyum girang. Ya, dia dah ada mummy. Dia tidak kisah jika dia tidak punyai daddy kerana mummy ada!

"Okay lah! Jom lah main!" Game konsol diambil.

"Jom!"

*

"Kita kena report polis."

Serentak itu mereka semua memandang Aish yang bersuara tegas.

"Betul! Kita dah ada bukti! Kita perlu bertindak!" Giliran Syafiera pula untuk bersuara. Memang semalam dia tak ikut berjumpa Roseville kerana dia perlu menjaga Syafiq dan Aryan. Tambahan pula, perutnya sudah memboyot. Serius dia memang letih semalam!

Tetapi memang dia tahu, mereka sudah mendapat bukti dan dokumen tentang kes kematian Dato Azman. Sekali gus mereka mendapat kes penggelapan dana haram dalam syarikat Gemilang Holding oleh Haikal Jeffri! Roseville memang hebat! Dapat kumpulkan maklumat sejelas itu!

Julia mengangguk setuju. Semalam, mereka terus pulang ke rumah usai mendapat bukti-bukti kerana mereka mahu berfikir dahulu. Mereka mahu lapangkan minda dahulu. Jujur Julia terkejut. Rupanya abangnya sendiri yang menggelapkan dana Gemilang lalu mencuri!

"Lia tak kisah kan kalau Jeff kena tangkap?" soal Zarina prihatin, pandang Julia. Kasihan gadis itu andai abang kandungnya terpaksa di masukkan kedalam penjara.

Julia tersenyum tipis sambil menggeleng. "Lia tak kisah. Abang Jeff kena tanggung sendiri apa yang dia buat. Kesalahannya amat berat." balas Julia positif.

"Kalau Lia okay, kita proceed je lah ye." Aish membuat sebulat suara. Memandangkan dia merupakan satu-satunya lelaki plus ketua, jadi dia lah yang membuat keputusan!

"Kejap!" celah Zarina. Semua mata memandang Zarina.

"Asal?" soal Aish tak puas hati sambil silang kaki. Dia peluk tubuhnya sendiri.

"Entah lah... Aku masih ragu-ragu..." ujar Zarina mendatar. Berkerut-kerut dahinya.

"Why, kak?" soal Julia khuatir. Zarina disisinya dipandang.

"Ha'ah. Kenapa Ina?" Tanya Syafiera pula.

"Entah lah. Tapi... Aku rasa Que dah insaf.." ujar Zarina perlahan.

Syafiera gelak sinis. "Eh, perempuan macam tu nak insaf? Agak-agak ah.."

Zarina terdiam. Ya, agak mustahil untuk orang seperti Querina insaf.

Tapi kau lupa, Ari. Kuasa Allah menandingi segala-galanya. Tidak percaya kah kau pada kalimah KUN FAYAKUN?

"Lagipun, dia kan pembunuh papa kau!" teriak Aish sambil renung tepat wajah Zarina.

Zarina menundukkan wajahnya. Ya lah.. Querina itu yang bunuh papa!

"Aku ada kawan yang kerja dia sebagai inspektor. Nanti aku pass semua bukti-bukti ni dekat dia." sambung Aish semula.

"Nak tangkap Que dengan Datin Noraini mudah. Tapi Jeffri je yang susah sikit. Sebab dia tengah bersembunyi." ujar Zarina mendatar.

"Ya, sebab itu aku akan hire orang-orang yang tangkas dalam mencari orang. Ditambah lagi dengan polis, eh Jeffri tu senang je lah nak cari!" Aish membalas yakin. Dia sangat yakin Jeffri dapat dicari andai semua pihak bekerjasama.

"Today ke kau nak jumpa inspektor tu?" soal Zarina. Aish mengangguk.

Terangkat kening Zarina. "Eikk... Bukan kau cakap kau ada appointment dengan CEO Goldmine ke? '' Zarina pernah ingat Aish pernah cakap yang hari ini dia perlu berjumpa dengan Mr. Takahashi itu.

Aish tepuk dahinya sendiri. Allah! Macam mana lah dia boleh lupa?

"Abang ada appointment?" soal Syafiera, pelik. Aish tidak cakap pun yang dia ada appointment.

Aish angguk lalu matanya tajam memandang Zarina. "Ina, kau tolong aku?" pinta Aish.

"Tolong pass dekat inspektor tu ke?" Aish menggeleng. "Yang tu aku buat. Cuma aku nak hang tolong gantikan tempat aku jumpa Takahashi tu!"

Mencerlung mata Zarina. Eikk... Asal aku pula? Kalau kena pass evidences dekat inspektor dia boleh lah tolong pass. Ini kena jumpa dengan CEO Goldmine bincang pasal hal-hal projek!

"Kau ni biar betul?" soal Zarina tidak puas hati. Mahu gagal projek tu nanti.

"Please lah weyh. Aku nak revenge dia je." Bersungguh-sungguh Aish mahu meminta pertolongan Zarina.

Zarina julingkan matanya keatas. Tak habis-habis dengan revenge kau! "Aku tak reti lah!"

"Aku akan bagi dekat kau fail-fail. Kau cuma kena curahkan idea bernas kau je tentang tapak perumahan! Kau cakap aku busy tau." Aish masih tidak putus asa untuk pujuk Zarina.

"Aku ada butik nak kena jaga lah weyh. Baju pun berlambak nak kena jahit." Zarina juga masih tidak mengalah untuk mengelak daripada menolong Aish. Menyusahkan!

"Lia boleh tolong jaga butik. Baju pun Lia boleh buat tapi kak kena tunjuk lah design. Kalau berlambak sangat, kita postpone dulu." sampuk Julia yang sedari tadi asyik mendengar. Syafiera pun terpaksa diamkan diri demi memahami perbualan mereka.

Aish bersorak teruja manakala Zarina menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Julia yang hanya buat peace.

Aish tepuk tangan." It's decided! Kau akan jumpa dia! Problem solved!"

Zarina memicit kepalanya. Aduhai.... Menyusahkan betul lah!

Terus fikiran Zarina melayang tentang mimpi itu.

Mimpi itu kelihatan benar. Adakah itu satu petanda atau mainan tidur semata-mata? Benarkah Querina sudah insaf dan perlukan dia untuk selamatkan dirinya?

Ya Allah... Aku perlukan petunjuk dariMu...

"Nah, fail!" Aish menghalakan beberapa keping fail kepada Zarina sambil tersengih.

Zarina kacip gigi geram. Aku tak cakap aku setuju pun!!!!!!

_______________________________
BUTIK Sakura Medina. Mereka sekarang berada betul-betul dihadapan butik Sakura Medina. Mereka berdiri dihadapan butik dua tingkat ini yang kelihatan mewah walaupun mereka belum lagi masuk kedalam.

"Are you sure, Hilna?" soal Hilman masih lagi ragu-ragu.

"200% sure." jawabnya yakin.

Mereka berempat berada di hadapan butik ini. Helmi? Buat apa mahu mengajak dia andai hatinya masih belum hilang dengan ego seorang Helmi Ikram? Tidak pasal-pasal hati seorang Zarina Medina akan terluka pula.

"Mana tahu kalau bukan?" Hilman masih lagi cuba membuat pelbagai andaian.

"I think this is it. Ada nama 'Medina'..." jawab Halina memberikan pendapat. Nama penuh Ari ialah Zarina Medina!

'Aku dah jumpa kau, Ari!' desis hatinya.

"Jangan nak rumitkan keadaan boleh tak? Kan aku dah habaq aku pernah jumpa kak Ari kat sini!" kata Hilna geram. Sudah beratus kali dia cakap, dekat sini lah tempat Ari kerja! Tak kan lah dia kena ulang banyak kali cerita persis radio buruk?

"I'm not complicating things. It's a possibility. Maybe your brain got some problems like shock or what?" bidas Hilman semula. Ada kemungkinan Hilna terlupa atau tersilap tempat. Di Malaysia, ada banyak orang nama Medina! Butik juga mestilah banyak!

"Hey! I'm not like you! My brain function very well!" Eiii... Geram bertingkat-tingkat dia dengan abang kembar dia yang masih lagi mahu cuba menafikan kepandaian dia dalam hal ini. Aku tahu lah sebab aku pernah jumpa dengan kak Ari!

"Okay okay. Enough! We don't have time to fight!" Halima sebagai kakak sulung cuba menghentikan pergaduhan sepasang kembar itu. Time-time macam ni pun nak gaduh?

Hilna peluk tubuh. Hilman tarik muka. Halina tepuk dahi. Ah, kusut!

"Man, let's trust Na for this time. Please... I'm begging you." Sungguh! Dia tak ada masa untuk pergaduhan tidak berfaedah ini. Dia hanya perlu jumpa dengan Ari!

"Jom!" Halina terlebih dahulu melangkah masuk kedalam butik. Nak gaduh, ikut suka hati hampa lah!

"Tu.. Tunggu!" Terkocoh-kocoh mereka masuk kedalam butik.

"Selamat datang ke Butik Sakura Medina!" Firzanah menyambut para pelanggan dengan ceria sekali.

Terus sahaja Halina merenung tajam wajah Firzanah, pekerja butik itu. Pelik dia apabila Halina merenungnya tanpa berkedip.

"Errr... Lina dah la.." Tegur Halima agak kurang senang dengan perlakuan Halina.

Hilna menyembunyikan mukanya di belakang badan Hilman. Itu Firzanah! Malunya masih menebal. "Hang dah awat?" soal Hilman kepada Hilna. Hilna membuat isyarat senyap.

"Boss ada tak?" soal Halima ramah sambil tersenyum.

"Err... Biar saya panggilkan boss.." Firzanah terus berlalu pergi, laju. Tidak betah apabila direnung sebegitu.

"Hang dah pasaipa, Lina? Renung macam hawk!" marah Halima. Halina memandang wajah Halima sekilas dengan renungan kosong. Pertanyaan Halima ibarat angin yang berlalu.

"Nervous gila aku nak jumpak kak Ari!" ujar Hilna sambil mengibas-ngibas tudungnya. Hilman meraup rambutnya. Dia juga nervous. Rasanya lebih kepada takut kut.

"Ada apa awak semua mahu jumpa saya?" soal seseorang dari belakang.

Mereka semua toleh.

"Eikkkk??" Terkejut mereka apabila bukan Zarina yang berada didepan mereka!

"Sapa hang?" soal Hilman mewakili semua orang.

Perempuan itu tersenyum. "Hayna Julia." Julia memperkenalkan dirinya.

"Awak ke boss butik ni?" soal Hilna masih lagi tidak berpuas hati. Dia yakin Zarina Medina lah boss butik ini!

"Tak lah. Saya cuma boss sementara. Boss sebenar ada hal." Julia masih lagi tersenyum. "Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Siapa owner butik ni?" soal Halima serius. "Sebernanya butik ni di pemilik dia dua orang. Sakura Aira dan....."

"Zarina Medina?" celah Halina. Berkerut dahi Julia. Errr... Macam mana dia tahu? Julia mengangguk. "Ya, Zarina Medina."

Halina terus terduduk, lemah. Akhirnya... Dia sudah hampir untuk jumpa Ari! Hilna memegang bahu Halina. Halina memejamkan matanya. Terima kasih Ya Allah!

"Awak semua ni siapa?" Soal Julia, pelik. Dari tadi tanya banyak soalan mengalahkan wartawan, siapa diorang ni?

"Habaq dekat kak Ari, orang-orang yang berdosa datang nak pohon secebis kemaafan." jawab Hilman lalu terus meninggalkan butik.

Julia masih lagi terpinga-pinga. Maklum lah, dia tak tahu sangat pasal kes sebenar.

"Ni nombor saya. Call saya kalau Zarina datang semula." Halima memberi sekeping kertas kepada Julia. Julia menyambutnya lambat-lambat.

"Apa alamat rumah Zarina?" soal Hilna yang telah bangun menghadap Julia.

Terkebil-kebil Julia. Apa benda ni? Siapa korang semua ni? Tiba-tiba je minta alamat rumah kak Ari!

"Maaf, saya sendiri pun tidak tahu." bohong Julia. Ada kemungkinan mereka ini spy-spy Jeffri atau Querina. Siapa tahu?

"Oh, ye ke? Kalau macam tu, tak pe lah. Kami minta diri dahulu." Hilna juga terus beredar. Halima pula terpaksa mengheret Halina pergi.

Mereka mendongak langit setelah berada di luar butik.

Ari, kami akan jumpa kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience