"MAN ! Kejaq ayam tu!" arah Hilna lalu berlari mengejar ayam jantan yang melarikan diri.
"Umar, jangan halang!" jerit Halina lalu menolak tubuh Umar ketepi. Nasib tak jatuh.
"Jangan biarkan ayam tu terlepas!!" teriak Hilna.
"Uzair, jaga belah sana!" arah Umar.
Misi mereka satu. Tangkap ayam jantan untuk lauk malam ini. Tok Mah bilang mahu masak special. Itu yang bertungkus lumus tangkap ayam jantan itu. Tapi ingat senang ke nak tangkap ayam jantan yang bernama Pak Man Tintong? Not easy as a piece of cake la...
"Pak Man! Jangan lari!" jerit Hilna lalu sama sama mengejar ayam jantan itu yang lari dengan tangkas. Kau pikir ayam itu akan jawab dan ikut cakap kau ke?
"Kok! Kok!"
Hilman sengaja menjatuhkan badan untuk menangkap Pak Man Tintong tapi Pak Man Tintong lebih bijak daripada Hilman. Pak Man Tintong melompat diatas tubuh Hilman yang jatuh lalu terkedek kedek lari.
"Kkok!"
"Argh!" keluh Hilman.
"Bangun lah bro!" ujar Halina lalu menyambung mengejar Pak Man Tintong .
Pak Man Tintong ialah ayam jantan. Tinggalnya di reban ayam Tok Mah. Tetapi pertempuran mereka sampai dibawa disekeliling rumah kayu itu. Pak Man Tintong sememangnya ayam jantan yang aktif. Gemuk gemuk pun tetap aktif dan lincah.
Dikejarnya ayam jantan itu sampai letih jadinya. Terlalu lincah Pak Man Tintong meskipun gemuk. Mesti sedap kalau buat lauk!
Giliran Hilna pula untuk menangkap Pak Man Tintong yang lari mengelilingi rumah. Nak tawaf ke apa ni?
"Kak Lina, pusing belah sana!" arah Hilna lalu berlari memusing rumah itu.
Uzair dan Umar berlari hanya sekadar untuk menyeronokkan diri. Tak kisah pun pasal lauk malam ni. Budak umur 8 tahun nak kisah apa?
Taktik Hilna ialah Halina harus berlari diarah kiri maka dia pula lari mengejar diarah bertentangan. Jadi, Pak Man Tintong akan terperangkap! Itu adalah hipotesis Dr. Hilna.
Seperti yang diarahkan, Halina berlari di sekeliling rumah mulai dari arah kiri. Seperti yang dirancang, Hilna pula berlari sekeliling rumah mulai dari arah kanan.
"Hang nak lari mana, Tintong?"
Seperti yang dijangka, Pak Man Tintong terperangkap Antara dua pihak. Halina dan Hilna menjilat bibir. Tak sabar nak makan Pak Man Tintong! Mereka tersengih jahat.
Masing masing cuba menerkam Pak Man Tintong yang kebuntuan dimana arah yang perlu dia pergi?
"Kkok!!" Pak Man Tintong bertindak mematuk tangan Halina lalu berlari kearah Kembang.
"Awwww..... Kurang ajaq punya ayam jantan! Aku kerat hang punya bird bird karang!" marah Halina lalu jatuh terduduk. Marah betul Halina dengan Pak Man Tintong sehingga berniat untuk memotong. Tapi ayam ada ke?
Hilna cuba untuk menerkam Pak Man Tintong. Pak Man Tintong terus melompat keatas badan Kembang.
Hilman yang sudah pulih daripada kejatuhan terus menerkam Pak Man Tintong
"Mana nak lari?!"
Pak Man Tintong terus melompat ke atas atap bumbung rumah kayu itu.
"Kkok!"
Terlopong mulut Hilman dan Hilna menyaksikan aksi Pak Man Tintong. Kalau record siap dengan slow motion dan matahati yang terpacak dekat atas mesti gempak.
"Oi, Pak Man Tintong! Baiq hang turun kalau tak aku sumpah hang jadi batu!" teriak Halina yang sudah muncul lalu bercekak pinggang.
"Turun lah!!" arah Hilna dengan wajahnya yang cemberut.
"Beta arahkah dikau untuk turun kebawah ni ya wahai hang Jebat!" Giliran Hilman untuk berlakon.
"Kok! Kok!" balas Pak Man Tintong. Yang bermaksud dia enggan turun. Nanti dibuat lauk.. Ajal maut kuasa tuhan...
Mahu tergelak Zarina melihat telatah Halina, Hilman dan Hilna. Sungguh mencuit hati. Kelakar sungguh melihat kebodohan Halina yang sudah berusia 25 tahun. Lawak betul!
Halima disebelahnya hanya menggelengkan kepala melihat karenah adik adiknya. Kalau bodoh sekali pun, simpan sikitlah dalam tabung! desis hati Halima.
"Kalau macam ini lah cara nak tangkap ayam, tak dapat lah merasa Pak Man tu. Raya Haji pun belum tentu dapat tangkap" bebel Halima lalu meneguk air jus. Kuih baulu dimasukkan didalam mulut lalu menyambung bebelan.
"Nama aje budak kampung tapi nak tangkap ayam pun tak reti. Terpaksalah kita berlapar. Pak Man tu pon dah penat nak layan depa.."
Zarina hanya tersenyum mendengar rungutan Halima. Dalam hatinya terdetik, kenapa tak akak je yang tangkap ayam tu? Tetapi diukir sahaja senyuman. Talam dua muka betul.
" Biar Ari aje lah yang tangkap.. " Zarina bingkas bangun daripada pondok kecil itu. Dilipat lengan bajunya sehingga ke siku. Tanda dia ready. Ya, I'm ready to catch Pak Man Tintong!
Bulat mata Halima. Adik iparnya nak tangkap Pak Man? Zarina lupa sesuatu. Atau mungkin tak tahu. Pak Man Tintong ni ketua reban ayam! Udah berusia. Sebab itu Tok Mah mahu menamatkan riwayatnya. Kalau dah namanya Ketua reban ayam mesti lah cerdik dan lincah! Boleh ke tangkap ayam sebegitu, Ari?
Zarina tersenyum sinis melihat renungan mata Halima. Nampak Seperti mengejek ataupun memandang rendah akannya. Hei, Puan Halima, jangan pandang Zarina Medina sebelah mata tau.. Pandang guna dua dua belah mata lah!
Zarina mengambil sesuatu di reban ayam. Dia mengatur langkah pergi ke Halina, Hilman dan Hilna yang masih berdiri merungut dengan tindakan Pak Man Tintong.
"Kurr kurr.... " panggil Zarina lalu menghalakan bekas nasi kearah atas. Cepat cepat Pak Man Tintong terjun ke bawah untuk makan nasi ditangan Zarina. Tetapi Zarina lebih cekap menangkap Pak Man Tintong
"Kok! Kok!"
Terlopong mulut mereka adik beradik. Kalau lalat masuk parking free dalam mulut pun boleh lagi kot. Terus bagaikan ada gam gajah dimulut mereka. Terus senyap situasi itu.
"Yeay!!! Dah dapat!!" sorak mereka semua sambil lompat kegirangan. Amboi, tadi diam sekarang riuh?
"Wow! Hebat lah hang, Ari!" Tak percaya betul Halina. Rasa macam nak hentak kepala dekat dinding bagi semua sel sel otak berhubung. Bahu Zarina ditepuk sekilas.
Zarina menjeling. Nak mengejek aku la tu! Ingat budak bandar tak leh tangkap ke? Ni bukan guna kekuatan tapi guna minda. Use your brain la, bro!
"Ada lauk lah kita malam ni!" laung Halima yang dari tadi duduk dipondok.
"Ha'ah! Caya lah kak! Man pon kalah!" ujar Hilna teruja dan Hilman sekadar menjeling. Manusia tak perfect okay?
--------------------------------------------------------------------
"ARI pandai masak?" soal Puan Maryam sambil membasuh sayur.
Zarina yang turut membasuh sayur terus tersentak. Tidak menjangka dia akan ditanya soalan KBAT seperti ini. Soalan daripara ibu mertua membuatkan Zarina teragak agak untuk menjawab.
Zarina menggeleng. Masak? Perkataan itu langsung tiada dalam kamus hidup Zarina. Sangat kelakar bagi dia jika dia dilabel 'chef'. Masak telur pun kuali boleh terbelah dua. Masak nasi pun boleh lembik terlebih air. Dapur boleh meletup tau jika chef nya Zarina.
Buka gas api pun tak reti. Inikan pula masak. Kata dia takut tiba tiba meletup la apalah. Dia pun tidak tahu gas api sepatutnya dipusing dari kiri atau dari kanan. Benda basic pun dia tak tahu. Kelakar bukan?
Sewaktu menjadi 'Cinderella' tak bertauliah di rumah banglo, dua ahli sihir selalu menyuruh dia memasak untuk dia. Sedangkan ada aje maid. Zarina pun pandai. Dia ikut aje apa yang mereka suruh masak.
Pizza. Habis dapur itu dikelilingi dengan tepung. Kesimpulannya, pizza tak menjadi, dapur yang menjadi. Habis dipaksa cuci dapur itu semula. Pizza yang dibuat ditolak mentah mentah. Komen tak bertauliah dilemparkan. Ewah kau pikir ini restaurant ke nak order order. Kalau nak sedap, suruh Chef Wan lah buat!
Kalau tak kerana Datin Noraini pegang status 'ibu', memang tak lah Zarina nak ikut cakap dia. Nasib dia ibu tiri kalau dekat Death Sea lah tempat dia jatuh. Si Querina anak setan pun sama. Memang anak setan betul. Bila dia sorang tanpa 'shining Armour' a.k.a Datin Noraini, kecut perut. Bila dengan 'shining armour', huh! Lupa bumi dipijak! Anak setan betul!
Order itu ini lah. Western food lah. Nasib baik Zarina murah hati. Dia tak bubuh racun pun dalam makanan semua tu. Hospital lah jawabnya jika dia bubuh racun. Itu pun tak reti bersyukur!
Puan Maryam mengukir senyuman tipis.
"Nak cuba masak?" soal Puan Maryam.
Laju Zarina menggeleng. Huishh jangan cuba cuba nak suruh dia masak! Nanti habis dapur yang dia masak! Dapur pun boleh hangit kalau Zarina masuk. Semua dapur boikot Zarina Medina. Parah tu!
Pegang pisau pun tak reti. Potong bawang pun tak reti. Nak bezakan bawang merah dan hitam pun tak reti.
Dalam hati Puan Maryam, terjentik satu persoalan. 'Kalau tak reti masak kenapa nak jadi isteri Am?'
"Ari bukan apa. Ari trauma la bila cuba nak masak " jawab Zarina mendatar. Hotak kau trauma! Trauma mende lah? Nak 'kencing' pun pergi tandas la.. Tetapi bagi Zarina, jawapan itu dikira selamat. Ya, dia memang ada trauma memasak! Ye ke?
Puan Maryam mengangguk. Ooh.. Trauma.. Patut tak nak masak.
" Trauma memasak?" soal Puan Maryam.
Zarina menggigit bibir bawah. Haduss.. Ditanya pula soalan lain. Waktu exam final tak rasa susah macam ni pun. Itu lah dinamakan keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
Puan Maryam ini pun satu. Ada instinct yang sangat kuat. Duhai.. Nama pun naluri wanita. Dia kan sudah lama makan garam daripada kau, Zarina. Bak kata pepatah melayu, sekilas air dilautan sudah kutahu mana yang jantan mana yang betina. Macam itu jugalah dengan Puan Maryam.
"Ha'ah" Zarina mengangguk. Iya kan saja lah. Dia tak rugi apa apa pun. Di dalam hati dia tidak putus putus berdoa. Moga moga han Puan Maryam tidak banyak tanya. Huh, tanya banyak macam kena interview!
"Kalau ibu minta tolong boleh?" soal Puan Maryam.
Zarina mengangguk. Tengok lah macam mana. Jangan suruh masak sudah.
Puan Maryam menghulurkan sesuatu kepada Zarina.
Berkerut dahi Zarina lalu mengambil sesuatu itu.
"Nah. Tumbuk tau." pesan Puan Maryam lalu memberikan cili kepada Zarina.
Zarina menyambut huluran tersebut acuh tak acuh. Cili padi? Tumbuk?
"Ari tahu kan macam mana nak tumbuk?"
"Hah? Tumbuk?"
"Ya. Tumbuk. Tau ke idok?"
"Err.. Mesti lah reti!"
Puan Maryam tersenyum lebar.
"Tumbuk dekat depan sana, ya?"
"Okay"
Zarina berlalu ke depan dengan segenggam cili dan sesuatu yang diperbuat daripada batu. Dia duduk bersimpuh. Kepala yang tidak gatal digaru.
'Tumbuk je ke?' desis hati Zarina. Ragu ragu dia nak tumbuk cili itu.
Ditumbuk cili itu dengan menggunakan tangan kanan. Berkali kali dia tumbuk.
'Nak tumbuk sampai esok malam ke ni? Tak jadi papa pun.. ' rungut hati Zarina. Berpeluh peluh dia tumbuk cili padi itu.
Zarina menutup kedua dua belah kelopak mata. Dihembus nafas. Cuba mencari kekuatan dalam konsentrasi. Kekuatan nak tumbuk cili dengan tangan tanpa sedar ada alat lain dapat membantu.
Helmi yang baru keluar dari bilik, memandang tingkah Zarina dengan pelik.
"Kau buat apa tu?" soal Helmi. Pelik bebenor dia lihat Zarina macam duduk bertafakur.
Mata kiri Zarina terbuka manakala mata kanan masih tertutup. Dia mengerling sekilas kearah Helmi dengan mata kirinya. Lalu dipejamkan mata semula.
"Oi, kau buat apa ni?" soal Helmi sedikit bengang. Pantang dia kalau dia tanya, orang tu buat bodoh aje.
Bagaikan ada gam gajah dimulut Zarina. Langsung tidak bersuara walau sepatah. Cuba mencari konsentrasi la kononnya.
Helmi mula naik bengang. Tak pasal pasal tangan dia naik lalu sumbat cili dalam mulut baru tahu!
"Ibu! Ari buat kerja bo..." Belum sempat Helmi mahu melaung, Zarina terlebih dahulu menekup mulut Helmi dengan depan tangan kanannya.
"Kau ni dah apasal?!" marah Zarina.
Helmi cepat cepat mengalihkan tangan Zarina dari mulutnya.
"Eii.. Asal tangan kau depan dia bau cili??" soal Helmi. Memang lah dia pegang cili, tapi takkan lah sampai depan tangan pun bau sekali?
"Isshh.. Aku tengah tumbuk cili ni! Jangan kacau! Shuuh! Shuuh!" Zarina menghalau Helmi dengan menghayunkan tangan kirinya. Lalu dia cuba fokus. Tangan kanan sudah bersedia nak tumbuk cili. Pandangan matanya kepada cili tajam mengalahkan helang.
Helmi tercengang. Tidak semena mena, bibir tebalnya meletus ketawa.
" Oi, kau apasal?!" Bengang betul Zarina bila konsentrasinya terganggu. Tak pasal pasal bukan cili yang ditumbuk, muka Helmi yang akan dia tumbuk. Tangan ini ringan aje nak landing dekat muka Helmi. Nasib baik tak ada passport! Nasib baik kau suami aku!
Helmi menekan nekan perutnya. Aduhhh.. Habis sakit perut sebab ketawa.
Zarina mempamerkan wajah tak puas hati.
"Kau nak tumbuk cili ni dengan tangan kau yang kecik molek ke?" soal Helmi sambil mengesat air mata akibat ketawa terbahak bahak.
Berkerut dahi Zarina.
"Iyalah!"
"Sampai raya tahun depan tak lunyai cili ni. Perabiskan tenaga adalah.." balas Helmi. Haduhh dasar budak bandar!
"Habis tu?" soal Zarina sambil mata dikerdipkan banyak kali. Nampak sangat desperate nak tahu. Wajah innocent Zarina pamer.
Dahi Zarina dijentik lembut. Terdorong Zarina kebelakang sedikit.
"Awwww......" Zarina mengusap dahi nya. Habis benjol!
"Binatang ni apa? Itik?" sindir Helmi sambil memegang 'sesuatu'.
"Tak lah. Taik tenuk" jawab Zarina selamba. Akibatnya, dahi Zarina sekali lagi menjadi mangsa jentikan Helmi.
"Awoo...." Sakit betul dahi Zarina!
"Benda ni nama dia lesung batu. Aku ulang, LESUNG BATU. "
Zarina mengangguk mengerti sambil mulutnya membentuk 'O'.
"Cuba kau ulang balik apa aku cakap" arah Helmi.
"Cuba kau ulang balik apa aku cakap" ujar Zarina selamba.
Helmi mengetap bibir. Tak pergi sekolah ke budak ni???
"Berani eh kau ajuk ajuk aku" Jari ditunding kearah Zarina. Sedikit meninggi suara Helmi acah acah nak takutkan Zarina. Nak bagi Zarina gertak aje.
Zarina mempamerkan muka tenang.
"Berani eh kau ajuk ajuk aku" Jari Zarina juga ditunding kearah Helmi. Nada suara juga seolah olah sama dengan Helmi.
Akibat geram, dahi Zarina sekali lagi menjadi mangsa buli jari Helmi.
"Adoii!" Zarina mengusap dahinya yang mulai merah. Huhu... Tahu lah dahi aku licin...
"Aku cakap elok elok kan. Cuba cakap apa benda ni"
"Lesung pipit?" balas Zarina bersahaja.
Helmi semakin geram dengan Zarina. Dahi Zarina dijentik lagi. Ah! Geram!
"Ouch!" Wah, macam macam bunyi yang Zarina keluarkan ketika Helmi menjentik. Bunyi apa lagi ya yang keluar lepas ni?
"Lesung pipit itu benda lain!"
Zarina mencebik. Tangan tidak berhenti mengusap dahi. Aku tahu lah lesung batu nama dia!
"Cara nak tumbuk dia macam ni. Kau tengok sini!" Helmi meletakkan cili kedalam lesung batu iaitu bekas penumbuk.
"Langkah seterusnya, ambil penumbuk ni dan tumbuk" arah Helmi.
Bagai lembu dicucuk hidung, Zarina menurut lalu mengambil penumbuk batu dan menumbuk cili itu kuat kuat.
"Eh eh. Yang kau tumbuk macam tumbuk pumping beg buat apa?" sinis Helmi. Risau dia melihat 'aksi' Zarina. Mahu lesung batu itu terbelah dua jika keadaan ini berterusan.
Tercengang Zarina untuk seketika. Mulut ternganga sedikit tanda apa nak buat lepas ni?
Dahi Zarina dijentik sedikit oleh Helmi.
" Oww... "
"Cam ni!" Helmi memegang tangan Zarina lalu menumbuk cili itu dengan cara yang betul. Tak kuat.
Muncung aje mulut Zarina tanda mengerti.
"Faham?" soal Helmi sambil merenung tepat anak mata Zarina.
Zarina mengangguk.
"Iya... Faham, cikgu Helmi Ikram... Tapi lain kali jangan jentik dahi aku lagi. Kalau bodoh siapa nak bertanggungjawab ah?" Mata Zarina menjegil kearah Helmi. Tangan tidak berhenti mengusap dahinya yang merah.
Helmi mula rasa serba salah melihat dahi Zarina yang putih menjadi kemerah merahan.
Helmi mengusap dahi Zarina lembut. Zarina terkedu dengan tindakan Helmi.
Helmi pula mengambil kesempatan untuk merenung setiap inci muka Zarina. Langsung tiada jerawat dan cacat cela. Kulit putih melepak. Alis mata yang tebal. Bulu mata yang melentik cantik. Warna mata yang hazelnut. Hidung yang mancung. Macam radar pula. Scan punya scan, Helmi terancap pada bibir seksi milik Zarina yang merah. Tergugat iman Helmi. Rahangnya bergerak gerak dek air liur yang banyak ditelan. Macam nak jilat aje bibir itu.
Zarina mula rasa tak sedap hati dengan renungan mata Helmi. Asyik tenung aje siapa tak rimas?
'Dah apahal dengan mamat ni?'
Pandangan yang sebentar tadi terancap pada bibir Zarina mula berhijrah.Mata mereka bersatu. Lama.
Giliran Zarina pula memerhati raut muka Helmi. Clean and maskulin. Yup. Dua perkataan yang dapat mengungkap raut wajah Helmi. Kulit sedikit gelap. Mata yang berwarna hitam dark. Ala ala dark tall. Tiada jambang pun. Bersih bebenor. Bibir yang tebal. Ahh... Zarina rasa macam nak rasa aje bibir itu.
"Ai pengantin baru! Kalau nak tenung, buat lah dalam bilik! Lebih daripada itu pun boleh buat! Jangan ganggu penglihatan kami! Kami nak makan malam!" laung Halina.
Laungan itu membuatkan Zarina dan Helmi tersentak. Masing masing termalu sendiri. Puan Maryam mengulum senyuman. Dari tadi dia menjadi saksi mereka beromantika walaupun bahasa agak kasar.
" Nampaknya, ibu akan dapat satu lagi lah cucu! " Giliran Firman mengusik.
Merah muka Zarina apabila diusik sebegitu.
Peha Firman ditepuk Halima.
"Jangan nak usik Puan Helmi tu! Lima tengok dah macam udang aje!" usik Halima.
"Jangan kotorkan pandangan budak budak innocent macam kami!" Hilman dan Hilna menutup mata dengan kedua dua belah tangan.
Seisi keluarga ketawa bahagia.
"Adoi.. Makan malam dah siap ke?" soal Tok Mah yang baru bangkit dari tidur.
"Makan malam apa tok sekarang dah Subuh!" usik Halina.
"Hah? Dah Subuh?" Terkocoh kocoh Tok Mah berlari nak ambil air wudhu.
Telinga Halina dipulas geram oleh Halima. Berani ya nak tipu Tok Mah!
"Tok, makan malam belum siap lagi.." ujar Zarina .
Larian Tok Mah terhenti.
"Bukan sekarang dah Subuh ka?"
"Matahari tengah baru nak terbenam Subuh apa dia" celah Hilman yang berdiri bersandar di dinding.
"Laaa.... Lina tipu tok lah ni?" soal Tok Mah.
"Eh eh. Jangan tetuduh ikut suka hati hampa ah. Cek tak tipu" Halina cuba tegakkan benang yang terang lagi bersuluh basah.
"Dah tu?" soal Helmi sambil ketawa geli hati.
"Cek cuma kelentong Tok sahaja..."
Bahu Halina ditepuk Tok Mah.
"Huh... Pandai lah hang!"
Mereka semua ketawa bahagia lagi. Zarina juga ketawa. Keluarga yang bahagia sungguh.
Share this novel