Bab 15

Romance Series 186474

ZARINA menggosok kelopak mata kirinya. Dia menguap perlahan. Rasa mengantuk masih bersisa. . Rambut yang serabai diraup kasar.

Huh.. Kalau hantu kak limah tengok rambut Zarina mesti dia akan tabik spring la. Sudah macam kaki sotong pula rambut Zarina.

Zarina mengerling jam di dinding kayu sebelum menoleh kearah Halina yang masih tidur memeluk bantal peluk.

Zarina menguap lagi. Nampak sangat mengantuk lagi. Tapi sekarang sudah pukul 11 pagi tak kan mahu terus menyambung tidur?

"Bangun lah anak gajah..." gerak Zarina sambil menggoncang tubuh Halina.

Tidak lena tidur Zarina dibuatnya kerana Halina berdengkur kuat. Mahu roboh rumah itu dek dengkuran yang mengalahkan gajah Africa.

Dari malam semalam, tidak nyenyak tidurnya. Cotton bud diletakkan ke dalam kedua dua lubang telinga tetapi dengkuran masih dapat didengari.

Kalau berdengkur halus macam bayi tidur tidak apa lah. Comel juga kalau dengkur halus macam bayi tetapi kalau berdengkur macam nak seru badak air memang tak boleh tidur lah jawabnya.

Halina bangun dengan wajah sugulnya. Air liur basi dilap. Zarina memandang bantal Halina.

Ewwww.... Basah setompok bantal itu. Ada air liur basi... Kalau sikit tak apa lah juga. Ini setompok besar. Geli nya!

Dipandang pula wajah Halina yang bangun dari tidur. Mata tajam Zarina terancap pada rambut Halina yang basah.

Itu.... Air liur ke? Ewwwwwww........... Sebiji macam Anna dalam cerita Frozen pada awal cerita. Pengotor betul lah Halina ni!

Zarina memandang bantal tidur milik dia. Hela nafas dilepas lega. Syukur... Bantal dia masih sihat dan selamat daripada bakteria perosak si air liur basi Halina.

"Bangun lah ngeng. Matahari sedang memanggil kita"

Halina masih berada didalam keadaan mamai. Walaupun sudah bangun tetapi bukan 100% bangun. Lihat sahaja mata dia maaih terpejam rapat.

Sudah lah tu dia sambung balik tidur. Aiseyman..

Tiada jalan lain lagi. Zarina harus bertindak,!

Zarina mengambil selimut lalu menutup wajah Halina.

"Bismillahirahmanirrahim... Yassin...." ucap Zarina dengan suara garau. Acah acah macam ramai orang tengah baca Yassin untuk si mati.

Terus terbuka kelopak mata Halina. Automatik dia bangun.

"Aaaaaahhhh!!!! Medusa!!!" teriak Halina terkejut.

Zarina kacip gigi. Tahu lah nama aku Medina. Tapi tak payah lah nak disamakan dengan Medusa. Jauh beza!

Zarina memandang Halina yang sedang lari bertempiaran keluar dari bilik. Makin berlapis lah dahi Zarina dibuatnya.

" Ada Medusa!!!"

Zarina memandang wajahnya di cermin. Terbeliak mata dia. Patut lah! Rambut sudah serupa Medusa! Muka pun seram macam Medusa! Patut lah si bakteria perosak air liur basi takut. Halina memang alah bab benda Yunani yang pasal dewi dan dewa la.

Zarina tersengih jahat. Dia keluar dari bilik laju. Kelihatan Halina yang sedang berlari ke dapur. Eleh... Nak cari Puan Maryam la tew.. Dasar anak manja!

"Halina Ifti Binti Ismael..... Look into my eyes.... Let me turn you into rock.. ." ujar Zarina sambil mengorak langkah mendekati Halina yang sedang menyorok dibelakang Puan Maryam. Suara dikasi meleret habis.

"Ibu!! Tolong cek.. Medusa nak makan cek!" rayu Halina sambil memegang bahu Puan Maryam. Mahu terkucil dia melihat Medusa itu.

Puan Maryam yang tidak senang dengan perlakuan anaknya terus toleh belakang. Nak basuh pinggan pun tak boleh.

"Ari, dah dah la tu kacau Lina. Sat gi malam mesti ngigau"

Terburai ketawa Zarina.

"Haha... Ini aku lah, Lina!" Zarina mengangkat helaian rambut yang menutupi wajahnya.

"Grrrr.... Tak guna hang Ari!!!!!!"

*

"Ibu.. Mana Am?" soal Zarina sambil membantu Puan Maryam menyidai baju. Hari ini hari Sabtu. Tak kan lah pergi sekolah waktu hari Sabtu.

"Am? Tadi dia pergi jalan-jalan katanya.." balas Puan Maryam lalu mengambil baju untuk disidai.

"Eh, tak payah lah bantu ibu, Ari.." Puan Maryam menghalang Zarina dari menyidai baju.

Zarina tersenyum.

"Alaaaa... Tak pe bu. Ari dah biasa." balas Zarina.

Puan Maryam ikut sama tersenyum. Senang dengan perlakuan menantunya. Patut lah anaknya jatuh hati. Sudah la Zarina Medina cantik. Baik hati pula tu. Bonus dia anak dato!

Walaupun datang dari keluarga yang berada, Zarina tidak pernah sesekali bongkak atau sombong. Malah selalu sangat merendah diri.

Dalam aspek pembersihan rumah, sidai baju, lipat baju, kutip baju, sapu sampah, mop lantai memang Zarina pakar. Macam sudah bersiap sedia untuk mendirikan rumah tangga. Meski pun bakat memasak tidak perang ditunjukkan, tetapi Puan Maryam sangat berbesar hati dapat menantu seperti Zarina Medina.

Pada awalnya, dia terkejut. Helmi membawa Zarina ke kampung untuk berkahwin. Tak ada angin tak ada ribut terus kahwin? Sekurang kurangnya bagi lah amaran.

Walhal Helmi bercinta dengan Atia bagai nak rak. Sudah 5 tahun usia percintaan mereka alih alih mereka terpaksa berpisah.

Benarlah kata orang tua tua zaman dahulu. Bercinta bagai nak rak pun kalau bukan jodoh pasti tidak menjadi juga. Kalau Allah tak izinkan memang tak akan kahwin juga. Kun fayakun.

Bercakap tentang keluarga, Zarina sekali pun tidak menyebut soal keluarga nya. Ayahnya sendiri pun tidak menghadiri perkahwinan anak kandungnya.

Pada mulanya Puan Maryam agak berkecil hati dengan perlakuan Dato Azman. Mana lah tahu Dato Azman jijik mahu datang ke kampung.

Ibu! Ibu Zarina pun tidak pernah datang. Apa mereka berasa jijik untuk memijak tanah kampung ini? Maklum lah orang bandar.

"Ari.. Ibu dan ayah Ari mana...?" soal Puan Maryam sambil memandang sisi wajah Zarina yang sedang menyidai baju.

Bagaikan ada saliran elektrik mengalir dalam tubuh Zarina. Dia berhenti. Kaku berdiri statik.

"Hah?" soal Zarina terkejut. Tidak menyangka dia akan diserang oleh soalan yang dianggap pedas yang keluar dari mulut ibu mertua!

Mana mama dan papa? Memang lah seorang ibu mertua akan tanya. Iyelah. Dato Azman tidak menghadiri perkahwinan dia, mestilah ibu mertua akan tanya. Hari perkahwinan pun dia sempat cover kata Dato Azman di oversea. Tetapi sekarang dia nak cover apa? Sudah 3 minggu berlalu kot.

Kalau soalan cepumas macam bila jatuh cinta dengan Helmi ke. Atau macam mana boleh terjatuh cinta ke. Boleh la dia reka sendiri jawapan yang mengarut tetapi ini soalan tentang ibu bapa!

"Papa? Papa masih lagi diluar negara. Tengah rebut syer saham" Wak lu rebut syer saham! Tak kan lah rebut syer saham sampai 3 minggu tak jenguk anak yang dah kahwin. Ayah jenis apa cam tu?

Kening Puan Maryam bertaut.

"Rebut saham? Sampai 3 minggu?" soap Puan Maryam tidak berlapis. See??? Naluri seorang wanita dan seorang ibu sangat kuat. Macam tahu tahu aje si Ari ni sedang menipu.

Lagipun memang tak logik lah alasan Zarina. Tak boleh pakai.

Zarina mengetap bibir. Think, Ari. Use your extremely brilliant brain to find a good solution for this question!

Patutnya aku cakap sebernanya papa saya sudah lama dijemput Ilahi. Tak kan kan nak cakap macam tu, Ari woi? Kau sudah cakap papa kau pergi outstation tak kan nak cakap Dato Azman mati mengejut? Tempah maut namanya itu.

"Selain dari rebut syer, papa tengah usahakan satu projek. Projek yang boleh membawa untung berjuta-juta ringgit. Itu yang papa tidak boleh lepaskan peluang itu. Boleh menaikkan nama syarikat papa, Wisma Holdings. Lagi pula, papa nak bagi syarikat tu dekat Ari. Papa nak Wisma itu berjaya ditangan papa dulu sebelum diserahkan ke tangan Ari. Kaut untung dulu. Itu yang papa tak boleh datang sini. Bukan sebab tak suka ke apa ke ibu. " Pap! Sekali siap dengan essay sekali aku bagi.

Tetapi kau memang biul Ari. Pass syarikat Wisma kat aku? Mimpi lah. Mesti dia akan pass dekat si anak setan Querina. Si demon child tu memang tergedik gedik nak jadi CEO Wisma Holdings.

Entah entah harta sikit pun dia tak akan bagi kat aku. Iye lah. Aku kan bukan anak favorite dia. Selalu melawan. Kau mengharapkan harta papa ke Ari?

Mana ada. Langkah mayat aku dulu lah jawabnya. Aku bukannya gila harta macam dua orang anak setan kat rumah tu. Tak kisah pun pasal harta. Bukannya boleh bawa sampai mati pun.

"Kalau ibu Ari? Kerja juga?"
"Mama... Mama Ari dah lama meninggal.." balas Zarina sambil mengukir senyuman hambar.

Puan Maryam terkilan.

"Maaf.. Ibu tak tahu.." Sungguh! Dia tak tahu mama Zarina sudah meninggal.

"Eh. Tak lah" Zarina tersenyum manis yang tampak hambar.

Puan Maryam merenung mata Zarina dalam dalam. Mata yang sayu dan kesunyian... Itu yang dia dapat perhatikan.

"Anggap ibu mama ye?"

"Ya!"

*

PHONE berjenama Samsung dibelek belek. Jari jemari berlegar legar di skrin telefon. Mata bundarnya kelihatan kuyu. Tanpa sedar, mulutnya mengeluh perlahan.

'Mana Misha ni?? Aku suruh cari maklumat. Tetapi sepatah haram pun tak ada reply!' bebel hati Zarina. Mulutnya seperti terkumat kamit membaca mantera. Haha.

Maklumat yang Zarina suruh Misha sah kan langsung dia tidak dapat respon. Kalau boleh, dia nak aje hantar telegram ke whatsapp ke. Tetapi data dia sudah kering kontang ibarat di padang pasir. Huhu.. Sedih lah pulak. Sudah lah internet tiada dekat sini!

Kalau call, habis lah kredit dia nanti! Kredit dia pun bukannya banyak tapi sikit ceketet aje. Mungkin ini yang dinamakan ikhitar hidup. Dia mahu Misha Dayana, PA dia yang telefon dahulu. Jangan habiskan kredit sendiri habiskan kredt pekerja. Kah kah! Peribahasa mende lah tu? Confirm kena reject teruk teruk dengan Dewan Bahasa!

Ini yang Zarina Medina cukup pantang! Suka delay lewat!

Kalau lah ada sepuluh pekerja yang sikap dia macam Misha Dayana, habis lah Zarina. Lingkup lah syarikat Zarina! Eh.. Lingkup mende? Kau bukannya kerja pun. Misha pun seorang aje pekerja kau. Kiranya Misha Dayana ini Personal Assistant dan Secretary ekspres.

"Ari!!!" teriak Halina lalu menolak daun pintu.

Cepat cepat Zarina matikan telefon dia. Halina juga tidak tahu tentang kewujudan 'Misha Dayana' yang bekerja sebagai PA.

"Aku ada cerita!!"

Manik manik peluh membasahi dahi Halina. Tercungap cungap dia bernafas.

Lihat sahaja dari kelakuan Halina Ifti, gadis ini kalut. Mesti gadis ini lari sebentar tadi.

"Rilek lu.. Duduk dengan tenang dan ambil nafas. Minum air ni elok elok." Botol mineral dihulurkan kepada Halina.

Halina merampas botol mineral itu. Di teguknya air itu beberapa kali dengan rakus. Wah! Macam orang yang dekat Mesir kehausan. Dahaga sangat ke sampai nak minum satu oasis?

" Okay cerita"

"Aku nampak!!" teriak Halina.

Jari telunjuk diletakkan di mulut Zarina tanda senyap. Gila lah! Si U's iaitu Uzair, Umar, Ufa, Uda, Una tu sedang tidur lena. Pasti suara elephant Halina mampu membangkitkan mereka.

Timbul pula masalah. Masalahnya kalau The U's bangun, kecoh lah rumah jadinya! Lari sana lari sini. Ada yang menangis ada yang menjerit melalak.

Hilna dan Hilman pula pergi berjumpa kawan. Tok Mah pergi ke Warung Haji Wahab. Halima dan Firman pergi melawat rakan mereka yang sakit Tinggal Puan Maryam, Halina, The U's dan Zarina sahaja yang berada didalam rumah itu. Sebab itu tenang dan sunyi sahaja rumah itu. Peace and paradise..

"Nampak apa?" desak Zarina geram. Ini juga dia cukup pantang. Cerita sekerat sekerat. Baik tak payah cerita terus! Buat suspense aje!

Krikk.. Krikk..

Halina tidak membuka mulut sehingga cengkerik pun boleh tumpang free buat show bunyi.

"Aku lupa lah!" ujar Halina cemas.

Zarina menepuk dahinya sendiri. Aigoo... Menyesal aku bagi kau minum air aku!

"Baik kau ingat sebelum aku bunuh kau.." ujar Zarina seram. Memang kena bagi terajang free mendarat sampai Benua Africa lah budak ni.

"Hah! Aku dah ingat dah!"

Kening kiri Zarina terangkat. Aii.. Dan dan?

"Hang tau kan.. Aku pi kedai runcit kan.. Aku nampak orang kan.. Hang tau tak aku nampak siapa kan.. Orang tu kan.."

Zarina ketap gigi. Aku debik gak budak ni! Kan.. Kan! Menguji kesabaran betul lah!

Melihat raut wajah Zarina yang berubah tegang kerana geram, cepat cepat Halina menyambung.

" Aku nampak abang Am! " Hah, keluar dah suara dia.

"Alaa.. Normal lah tu. Ibu kan cakap Am pergi jalan jalan" cebik Zarina.

Laju Halina menggelengkan kepala berulang kali. Nak tunjuk kata memang tak normal lah tew.

Kening Zarina terangkat. Dah tu?

"Aku nampak abang Am dengan Tia!"

Zarina terkedu. Bagaikan ada gam gajah dimulut Zarina. Dia diam.

"Dok jalan kat bendang. Gelak gelak tampar tampar la. Geli aku!" cerita Halina.

Zarina masih lagi diam.

"Hang.. Tak suka abang aku kan?" soal Halina tidak berlapis. Melihat sahaja perubahan raut wajah Zarina macam kaku.

"Ari?"

"Hah? Apa kau cakap tadi?" soal Zarina blur.

"Hang.. Suka abang Am ke?" soal Halina lagi.

Mana tahu kalau Zarina sudah lupa matlamat dia kahwin dengan Helmi. Untuk dapat kan keredhaan si ayah!
Susah lah kalau Zarina sudah mula jatuh cinta dengan Helmi.

Susah mahu lepaskan Helmi.

"Hah? Tak lah!" nafi Zarina.

"Ya ka?" Halina memandang redup wajah Zarina mencari kejujuran di wajah polos itu.

"Iye lah! Buat apa aku nak suka mamat sambal belacan tu?" cebik Zarina dengan senyuman sinis.

Senyuman terukir pada wajah Halina.

"Bagus lah.. Aku pi jamban sat na.." Halina bangkit lalu beredar

Senyuman Zarina kian pudar. Dia memegang dadanya yang berlapit baju.

Wahai hati.. Kenapa dengan kau? Kenapa hati kau rasa lain? Hatinya terasa sakit tatkala mendengar bahawa Helmi dan Atia sedang bersama.

Kenapa.. Apa.. Perasaan yang kurasakan sekarang ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience