BINGKAI gambar ditangan digenggam erat seolah olah tidak mahu dilepaskan. Dia mengusap perlahan gambar lembut. Tanpa sedar, air matanya bertakung.
Sungguh dia rindukan anak perempuannya dan juga arwah isterinya. Merekalah bagai permata dimata si dia. Merekalah segala galanya untuk dia.
Jujur dia akui. Dia sangat menyayangi anaknya. Setulus tulus kasih sayangnya pada anaknya. Tetapi anaknya silap tafsir.
Dia bekerja siang malam tanpa mengenal erti penat lelah untuk menyara anaknya.
Zarina Medina....
Permata didalam hidup Dato Azman. Penyeri hidup Dato Azman.
Dialah nyawa Dato Azman.
Dato Azman mengeluh sambil menatap sayu gambar bingkai dia, Zarina dan arwah isterinya, Nurin.
Dulu, Zarina seorang yang sangat ceria dan happening. Setiap hari, senyuman dia akan mekar. Itu yang membuatkan dia sangat disenangi ramai orang. Tetapi sejak Nurin pergi menghadap Ilahi, Zarina menjadi seorang yang pendiam dan dia sudah tidak kenal apa erti senyuman.
Siapa tidak terasa dengan pemergian orang tersayang? Malah dia sendiri sedih akan pemergian isterinya. Sehingga air mata juga penat untuk mengalir.
Tetapi dia harus kuat untuk Zarina. Ya, dia ada Zarina. Zarina ada dia. Dia tidak boleh membiarkan Zarina terkapai kapai didalam
lautan kesedihan dan kemurungan.
Jadi dia ambil tindakan untuk mengahwini Noraini memandangkan Noraini ialah kakak Nurin. Noraini ialah wanita yang kedua berjaya menakluki hati lelaki itu selepas Nurin. Mengharapkan Zarina tidak akan dahagakan kasih sang ibu, dia berkahwin dengan Noraini yang pada masa itu, janda anak satu, Querina.
Tapi dia tidak tahu Noraini berkahwin dengannya kerana harta. Dia tidak tahu Querina suka membuli Zarina. Kerana dia berada diluar negara. Dia tidak tahu Zarina dahagakan kasih sang ibu dan sang bapa.
Sikap Zarina berubah 100%. Zarina daripada seorang yang pendiam, terus berubah menjadi seorang yang baran dan keras kepala setelah Dato Azman mengahwini Noraini.
Apa yang dia lihat melalui mata kasarnya ialah Zarina seorang yang kurang ajar dan biadap. Semua sikap negatif ada pada Zarina.
Atas hasutan syaitan, ego mengelebungi diri. Menyebabkan dia menghalau satu satunya anak kandung dia keluar dari rumah.
Dia pula yang gusar apabila Zarina langsung tidak menelefon dia ataupun bertanya khabar. Lokasi anaknya dia juga tidak tahu. Pekerja pekerja dia bertungkus lumus cuba mencari jejak Zarina
"Rin, abang gagal menjadi seorang ayah yang baik..." rintih Dato Azman sambil menekup bingkai gambar kedada. Air mata jantannya menitis hanya kerana dia rindukan sang isteri dan anak tercinta.
Bilik tidur itu menjadi saksi kenangan kenangan manis dia dan Nurin. Terlalu banyak memori manis sehingga tak dapat luput didalam ingatan. Terlalu sadis untuk dilempar jauh dari kotak memori.
Betul lah kata orang. Dinding pun ada telinga. Disebalik pintu, ada telinga yang mendengar.
Tangan digenggam erat menahan geram.
"Ma! Mama rasa kita dapat tak harta?" soal Querina tidak berpuas hati. Dari tadi dia memerhati tingkah dan mendengar rintihan pilu Dato Azman. Melihat melalui ekoran mata, peluang untuk membolot harta Dato Azman amat tipis. Macam chipsmore! Sekejap ada sekejap tak ada!
Querina bukannya sayangkan Dato Azman pun. Ibunya berkahwin dengan Dato Azman memang dia bantah sungguh sungguh. Tetapi bila mendengar rancangan ibunya untuk membolot semua harta Dato Azman, kecil tapak tangan, besar Querina tadah.
Pada ketika itu dia baru berusia 13 tahun tapi dikaburi mata dan mindanya dengan kejahatan dan ketamakan oleh Datin Noraini. Bak kata pepatah, remaja ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika Datin Noraini yang mencorakkan, maka hasilnya sangat teruk.
"Itulah! Mama pun tidak tahu!" balas Datin Noraini. Jelas terpancar ketidak puas hatian pada wajahnya. Berkerut aje wajahnya tanda sah memang tidak puas hati dan sangat sakit hati.
Niat pada awalnya hanya mahu membolot harta Dato Azman memandangkan hartanya lebih banyak daripada bekas suaminya. Sepanjang perkahwinan mereka, dia cuba mengaburi minda Dato Azman untuk memberikan harta kepada mereka secara baik. Tetapi satu sen pun tidak dapat! Mana tak bengang? Hasil titik peluh macam sia sia aje ibarat mencurah air ke daun keladi.
Dia cuba bermacam macam cara supaya Dato Azman memberi mereka harta. Dan sesetengah rancangan berjaya dengan jayanya.
Berkahwin dengan Dato Azman . Tick!
Buat Dato Azman bencikan Zarina. Tick!
Singkirkan Zarina. Tick!
"Sabar ya sayang.. Sikit lagi kita dapat lah bolot harta orang tua tu.." ujar Datin Noraini cuba menenangkan anaknya, Querina.
Wajah manis Querina berubah masam macam jeruk. Dia menarik muncung sedepa. Tubuh di peluk sendiri tanda protes! Merajuk!
Melihat wajah mencuka Querina, Datin Noraini cepat cepat menyambung.
" Kita tunggu sekejap aje lagi sebelum merancang kejatuhan orang tua tu. Sikit aje lagi nak tumbang. Okay?"
Querina berpaling menghadap tingkap. Masih merajuk lagi tu.
Datin Noraini menggaru kepala yang tidak gatal. Aduhh.. Susahnya nak pujuk anak kesayangan seorang ini.
" Nak pergi shopping tak? Mama belanja. " pelawa Datin Noraini menggunakan taktik terakhir. Dia sebagai ibu mestilah tahu ubat apa yang boleh mengubati penyakit masam Querina ini. Sudah tentulah window shopping! Ubat yang paling mujarab dan berkesan dialam semesta!
Querina terus memandang mata Datin Noraini. Matanya bulat menunjukkan keceriaan yang dia alami. Bibirnya mengulum senyuman. Mata sepeknya bersinar sinar.
"Ye ke mama? Sungguh?"
Perempuan ini bab shopping aje laju macam Usain Bolt. Otot muka terus senang aje nak senyum. Well, shopping di Mid Valley memang menjadi tempat dia shopping. Kalau tak Mid Valley pun Pavillion.
Kalau shopping, memang dialah nombor 1. Kalau ada je pertandingan shopping, pasti piala milik Querina! Dialah yang pro dalam menghabiskan wang. Wang dalam kredit kad la. Alaa tak main lah guna cash. Tak ada class!
Sebut aje pasal shopping, memang dia suka berboros. Beli pakaian pun pakaian mahal yang berjenama. Kalau handbag sudah semestinya Gucci. Harga tag tidak akan dia koyak. Nak tunjuk kata bag tu mahal la. Kasut tumit tinggi sudah semestinya Stiletto. Make up Victoria Secret lah menjadi mangsa tempekan Querina.
Querina Balqis Qistina. Mungkin sebab ini Zarina menggelarnya anak setan. Suka berboros dan hasad dengki dalam diri. Pokoknya, semua 7 deadly sin ada pada Querina si anak setan.
Datin Noraini mengangguk.
"Sungguh."
Kening Querina terangkat menandakan keterujaan dia untuk berbelanja.
"Yi pi! Kita pergi Mid Valley nak?"
"Ye lah, sayang.."
--------------------------------------------------------------------
"MAKANAN apa ni?" soal Zarina sambil menuang air kedalam cawan.
Pelik dia melihat makhluk tidak diundang dan dikenali mendarat diatas meja makan.
"Ini ikan tempoyak. Ini pula asam pedas." jawab Puan Maryam. Ya, dia lah chef jadi dia tahulah apa menu yang berada didepan mereka.
Bergerak gerak kerongkong Zarina. Dia memerhati mereka yang lain. Hilna, Hilman dan Halina nampak berselera untuk makan. Halima pula menyuap makanan untuk anak anaknya. Firman pula bersahaja aje makan. Helmi yang baru pulang dari sekolah tidak membantah malah dikunyah rakus. Nampak sangat kebulur 5 tahun tak makan. Tok Mah pun makan sahaja.
Zarina bukannya jenis yang memilih atau cerewet. Cuma ikan tempoyak tu. Bau aje sudah busuk inikan pula rasanya. Berpadu padu lah rasanya. Asam pedas. Dia tidak pernah merasa asam pedas. Tengok aje macam pedas. Zarina bukan jenis yang suka makan pedas.
Helmi disebelahnya memerhati Zarina. Ah, dia tahu Zarina tidak suka makan masakan itu. Lihat dari tingkah aje nya sudah dia tahu.
'Dasar orang bandar!' desis hati Helmi.
"Awat hang tak makan lagi, Ari? Awat ambik nasi ja? Nak makan nasi kosong saja ka?" Nampak? Bertalu talu soalan daripada Tok Mah macam kereta api paling laju didunia.
Dari tadi dia perhatikan Zarina, cucu menantu dia. Teragak agak nak ambil lauk malam ini.
Zarina tersenyum kelat mendengar celoteh Tok Mah.
" Nak ambil la ni, tok"
"Biar Miam ambil untuk Zame" Helmi lebih mengambil ikan tempoyak lalu meletakkan dipinggan Zarina. Asam pedas diambil lalu diletakkan dipinggan Zarina.
Zarina tersenyum kelat. Kurang ajar punya lelaki,! Kenapa dia ambil banyak sangat!
Semua mata tertumpu kearah mereka.
"Miam? Zame?" soal Hilna Pelik.
"Binatang apa tu? Tenuk?" soal Hilman.
"Alaa.. Nama manja depa la. Hangpa budak apa tau" Puan Maryam menjawab bagi pihak Helmi dan Zarina sambil tersenyum manis.
"Apa kejadah la letak nama makanan ?" kutuk Halina. Miam? Macam Mee Siam aje! Zame? Sebutan macam Camel! Pelik nya! Kalau nak ada nama manja pun, bagi lah sayang ke hubby ke sweetie ke. Mende la? Zaman bila kau orang bro?
"Hissh.. Biaq pi lah kat depa. Hang tu bila nak kahwin?" Soalan maut Tok Mah berjaya membuatkan Halina tertunduk malu.
Huisssh... Gila tak malu? Dia umur sebaya dengan Zarina tapi Zarina kahwin dulu. Sadis kan? Kalah dengan member kamceng sendiri walaupun diorang terpaksa kahwin!
" Alaa.. Esoq esoq la tok." balas Halina selamba.
Bahu Halina ditampar lembut.
"Esoq esoq.. Setiap hari cakap lagu tu!" bebel Tok Mah perlahan lalu mengunyah makanan.
"Tok, Lina.. Jangan gaduh depan rezeki.." Halima bersuara.
"Err.. Hang kerja lagu mana? Okay, Am?" soal Puan Maryam apabila keadaan menjadi sunyi sepi. Kumbang pun tak nak krik krik.
"Hermm.. Bole la.." jawab Helmi acuh tak acuh.
"Jadi cikgu bukannya mudah macam tangkap ayam. Banyak usaha kena buat. Paham?" pesan Tok Mah.
'Tak susah tangkap ayam? Serius la Tok Mah..' monolog hati Zarina. Mudah? Tangkap Pak Man Tintong pun susah! Mana datangnya mudah?
"Ari... Bila la nak ada anak dalam perut tu?" soal Tok Mah.
Zarina tersedak minum air jus. Malangnya, Halina yang berada didepan dia menjadi mangsa.
"Thanks, bro" ucap Halina sarkastik.
"Sorry! Sorry !" pohon Zarina lalu mengambil tisu didalam poketnya. Diberikan kepada Halina.
"Awat la hang ni loqhlaq sangat, Ari?" soal Tok Mah.
"Dia loqhlaq sebab tak makan lagi tok!" potong Helmi sambil mengunyah makanan.
Mencerlung mata Zarina. Sengaja tempah maut ke ni?
"Kalau lagu tu, makan lah Ari.."
Teragak agak Zarina nak makan. Melihat tingkah Zarina, Helmi bertindak menyumbat ikan tempoyak kedalam mulut mungil Zarina...
"Meh Miam suap.." ujar Helmi manja.
Uhukk! Uhukk! Ahhh!!! Aku nak mati!!!
"Sedap?" soal Puan Maryam takut takut tidak menepati selera menantunya...
"Uhukk! Se.. dap!" balas Zarina lalu menolak manja bahu Helmi.
'Err... Ikan tempoyak tersekat di skala 6 kerongkong aku! Kurang gula punya suami!'
Puan Maryam tersenyum lega.
Cepat cepat Zarina minum air jus. Gelojoh betul.
"Are you okay, Zame?" soal Helmi khuatir lalu mengusap lembut belakang Zarina.
'Aku tak okay lah bengong!'
"Eii..jangan rosakkan mata kami!" Spontan Hilman dan Hilna menutup mata.
Helmi mencebik.
Zarina memijak kaki Helmi dibawah meja.
'Balasan!'
"Owwwwww...." Helmi mengadu kesakitan. Bisa betul pijakan Zarina. Rasa macam kena pijak dengan gajah aje.
"Hang ni awat? Pasaipa?" soal Tok Mah. Nak makan pun susah!
"Tak ada pape Tok!" Senyuman terpaksa diukir. Matanya memandang Zarina tajam. Dia memegang kakinya. Diusap perlahan.
"Tak ada pape kan, Zame?"
Zarina menahan ketawa. Lalu dia menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Sikit sangat tu! Tambah lagi" Helmi mengambil ikan tempoyak untuk Zarina. Dia tahu gadis ini tidak sukakan ikan tempoyak.
Zarina terkedu.
"Terima kasih, Miam....." Dileretkan aje suara. Walhal dalam hati sudah menyumpah seranah Helmi.
"Welcome, sweetie Zame!" balas Helmi lalu mengenyit mata nakal.
"Depan rezeki pun buat onar lagi. Pandai kau cover, kak" bebel Hilman perlahan.
"Apa dia, Man?" soal Firman seolah olah dapat menangkap ayat Hilman memandangkan dia duduk bersebelahan dengan Hilman.
"Eh, tak dek apa apa lah bang!"
*
"WAH! Kau memang sengaja lah kan?!" Zarina mengibas ngibas bajunya. Habis panas satu badan sebab makan asam pedas! Habis melecur bibir mungil itu.
Memang Zarina akan jadi begitu Jika makan makanan yang pedas. Mesti pedas satu badan. Nasib baik lah tak ada allergy. Kalau tidak, Helmi lah orang pertama yang dia akan cari.
"Yang kau pijak kaki aku tak pe pulak?" bidas Helmi. Ingat tak sakit ke kena pijal dengan baby elephant? Berapa berat badan lah perempuan ni? Berat nak mampus! Habis merah kakinya dibuatnya.
'Elehh... Kau yang mula dulu! " Zarina berpeluk tubuh.
Mundar mandir mereka didalam bilik tidur itu.
" Yang kau ikut dah pehal? " soal Helmi seraya berpeluk tubuh. Nak ajuk Zarina la tew!
" Eiiii... Geramnya aku! " Zarina mula menggenggam penumbuk.
" Nak tumbuk ke tu? Tak sedar kata dia tu pendek! " ejek Helmi.
" Arghh!! Malasnya aku nak layan kau yang mangkuk bertingkat tingkat!" Kesabarannya semakin menipis. Bab fizikal jangan main eh.
" Siapa suruh kau layan? Tak payah layan la. "
Zarina menghentak kaki tanda protes sebelum menghempapkan badan diatas katil kecil itu.
Helmi meniru aksi Zarina. Ikut sama menghempapkan badan.
Kriutt... Kriutt..
Tanda amaran daripada katil kayu itu. Amaran pertama. Boleh patah katil itu kalau keadaan mereka berterusan.
Mereka tidak mendengar kerana melayan perasaan sendiri. Masing masing baring menghadap dinding. Zarina menghentak kaki sambil baring lalu melompat diatas katil itu secara baring. Dia benci dengan Helmi Ikram, si suami untuk disewa!
Helmi Ikram ikut meniru perbuatan Zarina Medina. Sekadar mahu sakitkan hati isterinya sahaja. Dia turut melompat lompat diatas katil secara baring.
Kriutt... Kriutt...
Amaran yang kedua daripada katil. Semakin menghampiri ancaman bahaya itu.
Bergerak gerak tiang katil yang menjadi penahan katil.
Zarina mahukan yang lebih ekstrim dalam menunjukkan ketidak puas hati. Dia bingkas bangun lalu melompat lompat diatas katil nak tunjuk protes.
"Air pasang pagi surut pukul 5. Nyonya bangun pagi siram pokok bunga!!" nyanyi Zarina lalu berterusan melompat diatas katil kayu itu.
"Nyonya mende kau?" marah Helmi. Aduhh... Dia ni lagi gila. Lompat secara tertib terus.
"Pokok bunga melur, tanam tepi pantai. Itik bertelur ayam menetas!" Tidak menghiraukan Helmi, dia terus melompat tak Ingat dunia.
Kriutt... Kriutt...
Helmi ketap bibir. Tak boleh jadi ni. Kalau macam ini, dia akan menang!
Helmi berdiri diatas katil yang lalu melompat.
"Cik baba jatuh dalam parit!" nyanyi Helmi sambil melompat.
Kriutt... Kriutt..
Zarina tersenyum sinis.
"Cik minah ketawa jerit jerit!" sambung Zarina lalu melompat bagai nak gila.
Kriutt.. Kriutt... Kriutt...
Paap!!
Mereka serentak jatuh daripada katil. Helmi terjatuh diatas badan Zarina. Mereka memandang katil yang sudah nyawa nyawa ikan. Mereka memandang antara sesama sendiri. Riak terkejut jelas terpancar.
" Kau lah ni!" marah Helmi. Tak pasal pasal katil sudah terbelah dua.
"Eip, chop chop. Kalau kau tak lompat ikut aku tak akan jadi lah mende ni" bidas Zarina. Bukan salahnya sahaja.
"Siapa suruh kau lompat?!" marah Helmi.
"Siapa suruh kau lompat ?!" marah Zarina mengajuk semula percakapan Helmi.
" Apa yang bising bising ni?" soal Puan Maryam lalu membuka pintu bilik.
Dia melihat Zarina dan Helmi berada diatas lantai. Helmi diatas Zarina. Dia melihat pula katil yang sudah terbelah dua.
"Ya Allah! Macam mana boleh patah?" soal Puan Maryam terkejut. Siapa tak terkejut oi katil patah terbelah dua? Nampaknya doa Zarina termakbul.
Mereka saling menunding jari antara satu sama lain. Puan Maryam menepuk dahinya sendiri sebelum tersenyum.
"Oohh.. Ibu faham. Hangpa buat bende tu kan? Tak pe lah. Sambung lah buat. Ibu ganggu ye?" Puan Maryam terus berlalu sambil menutup pintu rapat rapat.
Zarina terus menolak tubuh Helmi.
"Errr.... Kau lah ni ibu dah pikir kita buat benda tu!" marah Helmi.
"Eh eh, kau ingat aku kebulur sangat ke nak buat benda tu?" bidas Zarina. Masing masing menyalahkan orang lain.
"Sekarang macam mana nak tidur ni?!" soal Zarina lalu memandang katil yang sudah terbelah dua.
"Tuu, dalam almari ada toto. Toto tu kecil aje. Kita share ah?" cadang Helmi.
Terburu buru Zarina pergi kearah almari lalu mengambil toto. Dibuka lipatan toto lalu diletakkan diatas lantai.
"OMG! Kecilnya!" jerit kecil Zarina.
"Ke kau nak tidur dekat ruang tamu? Nanti diorang salah sangka pula" Helmi mengambil bantal diatas lantai lalu baring diatas toto.
"Atau tidur kat kandang Kembang? Teman Kembang" ujar Helmi.
Cepat cepat Zarina menggelenglan kepala. Kembang? Seriously? No way!
"Tok Mah selalu cakap momok selalu sangat berkeliaran time malam malam" ujar Helmi lagi.
Laju Zarina baring diatas toto. Takut! Seram beb!
Helmi dalam diam tersenyum.
'Tahu takut...'
Share this novel