HILNA menggelengkan kepalanya berulang kali. Wajah Hilman yang berada didepan matanya dipandang sekilas. Dipandang pula Aida yang tidak berhenti senyum sumbing disisinya.
"Amboi amboi.. Sedap betul si Monkey ni dok tidoq.." ujar Hilna seraya mengambil kerusi duduk dihadapan Hilman.
Sudah lah tu siap berdengkur lagi! Depan Aida Mustapha pujaan hati Hilman siot! Sempoi berani gila si Hilman Ehsan ini! Aida pula asyik senyum tengok cara si otai, Hilman dok tidur!
Hilman yang menyebamkan muka pada meja dikerling. Hilman sedang enak dibuai mimpi. Dia tidur berbantalkan lengan.
Hilna mencucuk lengan Hilman. Hanya dengkuran bak gajah kedengaran. Serta merta terangkat kedua dua belah kening Hilna.
Amboi! Tidur mati betul budak ini!
Otak Hilna ligat mahu melakukan sesuatu. Terhasrat pula mahu mengenakan abang kembarnya itu. Revenge time!
Aida yang pada mulanya memerhati tingkah Hilna yang dianggap lucu terus merasakan sesuatu yang pelik. Hati nya berdetik bahawa pasti Hilna akan mengenakan abang kembarnya itu.
Lihat sahaja sudah tahu. Jelas terpampang sengihan nakal Hilna. Ditambah pula dengan mengangkat kening double jerk memang tahu sangat lah Aida si kawan baiknya itu ada niat tidak baik.
Aida mengukir senyuman. Dia bukannya kisah pon! Memang dia sukakan Hilman Ehsan tetapi itu tidak bermakna dia tidak suka mengenakan Hilman. Lagi suka ada lah!
Alahai comel betul wajah Hilman apabila membuat memek muka comel ketika tidur. Innocent betul! Sudah lah muka dia sedikit flawless. Macam Hilna lah. Nama pun kembar seiras.
Si Hilman ini kan selalu sangat serius memanjang dengan muka ketat dia macam nak telan orang. Gerun pula Aida bila terkenangkan pertemuan pertama dia dengan Hilman.
Serta merta bulu roma Aida meremang. Huishh!! Minta minta dijauhkan lah! Tidak sanggup dia teringat akan memori pahit itu sehingga air matanya yang mahal itu menitis lebat.
Hilman lah lelaki pertama yang berjaya sakit kan sekeping hati milik Aida! Dia juga berjaya membuat Aida mengalirkan air mata!
Setiap jerkahan Hilman pada pertemuan pertama mampu membuatkan air mata menitis daripada kelopak mata milik Aida. Wajah Hilman yang tampak bengang dan jelas sekali marah berlegar legar didalam kotak memorinya.
Tergeleng geleng kepala Aida mahu menjauhkan memori pahit itu berlayar pada otaknya. Kalau otak manusia seperti komputer, sudah lama Aida mahu tekan butang 'delete', tetapi otak manusia bukan macam komputer!
Cukup hanya dia dan Hilman sahaja yang tahu 'rahsia' kisah silam mereka. Hilna? Tidak payah lah mahu ambil tahu.
"Hang nak buat apa, Na?" soal Aida dalam nada yang berbisik. Tidak mahu Hilman terjaga mendengar suaranya kononnya.
Hilna meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sendiri. Tanda diam. Aida mengangguk perlahan tanda mengerti sambil meletakkan jari telunjuknya sendiri pada bibirnya sendiri.
Perlahan lahan Hilna mendekatkan wajahnya pada telinga kiri Hilman. Lebih tepat bibirnya.
"Marabbukaaaaaa....." bisik Hilna halus tetapi penuh mistik gayanya digegendang telinga Hilman.
Kelopak mata Hilman terus terbuka laju. Automatik dia mencelikkan matanya.
"Allah!!! Allah!!!" teriak Hilman ketakutan sambil kepalanya automatik terangkat. Matanya luas terbuka.
Terpinga-pinga dia memandang sekeliling bagai dia baru hari ini melihat alam.
Apa yang dia lihat adalah Hilna yang sedang ketawa guling guling.
"Nak mati baru nak ingat Allah ka? Pigidah!" ujar Hilna jelik disusuli dengan ketawa kuat.
Bergegar kelas 5 Amanah itu dengan gelak ketawa Hilna yang sangat kuat. Aida ketawa kecil.
"Hishhhh... Kurang ajaq hang Na!" marah Hilman lalu menggosok kelopak mata kirinya. Dia menguap perlahan dengan rasa mengantuk yang masih berbaki.
Cis, terkena juga dia dengan adik dia ini. Hilna ini spoil lah. Nak tidur pun tak boleh.
"Hang tak nak pi rehat ka? Lagi beberapa minit nak habis weyh, Man.." ujar Hilna serata mengerling Hilman yang masih menguap besar.
"Aku ngantuk lah. Dah dah jangan kacau aku nak tidoq ni.. Shuuh shuhh." halau Hilman lalu menyebamkan muka pada meja.
Terbeliak mata Hilna. Eh eh. Abang aku ni tak nampak ke Aida Mustapha dekat sebelah aku ini? Serius lah dia boleh sambung tidur dengan stail 'kotor' dia depan Aida?
"Oi, gila.. Hang bangun sebelom aku bagi penyepak kat hang. Hang tak nampak ka Aida dok kat depan hang, sedara?" sinis Hilna sambil mencekak pinggang.
Automatik terangkat kepala Hilman 180°. Tiba-tiba mata kuyu dia segar aje bila mendengar nama 'Aida'.
Hilna sembunyi senyum. Aida pula mengulum senyum. Comel betul Hilman!
Hilman toleh ke sebelah. Terbutang mata dia melihat susuk tubuh yang sangat dikenali. Aida Mustapha! Pujaan hati Hilman!
"Eh eh.. Aida buat apa kat sini?" soal Hilman ramah cuba berbasa basi.
Aida mengukir senyuman paling manis. Serta merta Hilman Ehsan cair. Ouch! Menusuk kalbu senyuman manis Aida kalah gula!
Baru sahaja Aida mahu membalas, Hilna terlebih dahulu memotong.
"Eeii.. Tak payah lah nak buat drama jejak kasih kat sini. Baik balik nanti tengok drama Sinetron ja. Aida kan memang kelas sekali ngan kita. Tuu lah hang. Tidoq ja tadi. Tuu yang tak perasan Aida. Aku suruh tidoq awal hang tak nak. Ketegaq sangat.. Tu lah padah dia..." cebik Hilna panjang lebar.
Hilman mencebik. Tetapi malu pula bila Aida tengok dia tidur. Tak macho kot!
"Aku tidoq sebab belajaq semalam. Hang pulak? Sedap ka tidoq tak siap keja skolah. Pagi pagi tiru keja Aida. Ingat aku tak tau ka?" bidas Hilman sambil merenung tepat wajah adik kembarnya yang sangat iras wajahnya.
Giliran Hilna pula hendak mencebikkan mulutnya.
Aida yang dari tadi mula merasakan aura yang tegang terus mencelah.
" Dah dah lah tu berkelieq.. Errr... Man nak pergi rehat dak? " ajak Aida.
Dilihat wajah Hilna. Wajah Hilna sedikit putih berbanding Hilman. Manakala wajah Hilman sedikit gelap memandangkan dia selalu bermain panas tetapi tetap flawless.
Dua kembar ini memang memiliki raut wajah yang sama. Kalau Hilman pakai tudung, confirm tak dapat nak kenal pasti mana satu Hilman mana satu Hilna.
Tetapi nak tahu beza senang aje. Hilman mempunyai tahi lalat pada keningnya. Tersembunyi sedikit.
Walaupun memiliki raut wajah yang sama, perwatakan dan personaliti memang 100% tak sama! Macam seorang ke kiri, seorang lagi ke kanan. Memang sama sekali tak sama!
"Tak payah ajak dia, Aida. Dia nak sambung tidoq kan.. Sambung lah! Kami nak pi rehat!" ujar Hilna lalu menarik tangan Aida mengikutinya keluar dari kelas.
Hilman terus bangun dari kerusi.
"Errr.. Aku nak ikut lah weyh!"
--------------------------------------------------------------------
"PAPA, bila nak pas company dekat Que?" soal Querina baik baik dan sopan. Kedua dua belah tangannya ligat mengurut kedua belah bahu Dato Azman.
Dato Azman menyelak surat khabar Metro itu satu persatu. Tangan kanannya menggapai cawan yang berisi air Nescafe.
Disisipnya air Nescafe itu pada tepi cawan. Ah.... Minuman berkafein itu sangat sedap. Memang menepati citarasa dia.
"Hmmm....?" balas Dato Azman sambil matanya yang tersarung kaca mata ligat bergerak kesana sini membaca petikan pada surat khabar.
Querina menggigit bibir bawah yang tercalit gincu merah tanda geram. Dipandang lelaki separuh abad itu dengan penuh rasa.
Geram, bengang, marah. Semua perasaan itu bercampur baur. Geramnya teramat pada lelaki berpangkat Dato yang bergelar 'ayah tiri' nya.
Ibarat semua perasaan itu digaul pada mangkuk. Digaulnya semua perasaan itu hingga sebati. Menunjukkan betapa dia bengang dengan Dato Azman!
"Papa.... Bila papa nak... Que ambil alih... Wisma...?" tanya Querina cuba mencari nasib. Suara cuba dileretkan bagi manja. Lagak anak solehah. Senyuman manis diukir sepanjang mungkin.
Dato Azman menoleh seketika kearah anak tirinya itu tanpa riak.
"Bila papa kata papa nak bagi Wisma dekat Que?" soal Dato Azman agak sinis sambil membuka kaca mata
Berubah 100% air muka Querina. Senyuman plastik yang manis terus mati ibarat bunga bunga yang mekar disembur racun serangga!
"Apa lah papa ni.. Papa kan selalu penat.... Dah tu siapa yang nak ganti tempat papa?" balas Querina sambil melirik manja. Dia menepuk bahu Dato Azman manja sambil disusuli ketawa kecil yang kedengaran hambar.
"Papa tak cakap pun Que yang akan jadi CEO..." ujar Dato Azman bersahaja.
Senyuman hambar Querina terus mati.
"Habis tu siapa yang akan jadi CEO Wisma? Tak kan Ari?" soal Querina dengan nada yang merajuk.
Dato Azman menjongket kedua dua belah bahunya.
"Papa tak cakap pun Ari yang akan jadi pengganti papa." ujar Dato Azman lalu mengurut dahinya yang berdenyut seketika. Dia bingkas bangun.
Sejak akhir akhir ini, acap kali dia terasa pelik. Badannya seperti lain macam. Macam selalu penat dan mengantuk. Dia juga selalu lupa. Pelik... Pelik...
Querina menggigit bibir bawah nya geram. Karang pecah bibir bawahnya itu juga.
Eh eh orang tua ni.. Dah sakit pun masih nak degil lagi! Omel hati Querina. Dia mendengus kecil.
"Habis tu siapa, pa? Aset papa ni papa nak serahkan dekat siapa?" soal Querina tidak berpuas hati.
Dato Azman menjongketkan lagi bahu kiri dan kanannya.
"Entah lah, Que. Papa pun tak tahu. Papa masuk dalam bilik dulu ye. Nak tidur.." Dato Azman terus berlalu.
Sebaik sahaja kelibat Dato Azman lesap, Querina mendengus kasar sambil berpeluk tubuh
"Tak sedar diri dia dah ada penyakit! Masih lagi keras kepala! Sebijik macam perempuan sundal tu! Anak borek bapak rintik!" dengus Querina sambil mulut terkumat kamit mengutuk Zarina dan Dato Azman.
Tiba tiba satu senyuman penuh sinis terukir pada wajah Querina yang sebentar tadi mencuka.
"Tapi tak pe. Sebab aku ada banyak plan lagi nak rampas Wisma dan harta.. Tunggu lah!" ucap Querina sendirian dengan senyuman yang sinis dan penuh menakutkan.
P/S : Hi guyz! Hari ni Scarlett belanja 1 lagi chap! Hari ni saya penat penat tau buat draft dan cepat cepat update. Just for you guyz! Esok, saya dah start busy. T_T.. Sedih.. Tetapi tak pe. Saya akan cuba untuk buat draft. Wish me good luck for studies! Scarlett Fighting! ^_^/
Share this novel